Fungsi Muzik

20
PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012 PENDAHULUAN Semua pendidik harus sentiasa peka dan sedar tentang perkembangan-perkembangan baharu dan isu-isu semasa dalam arena pendidikan. Perkara ini amat mustahak atau penting dalam arena pendidikan muzik Di Malaysia yang kini sedang giat berubah dengan kemunculan beberapa masalah serta cabaran untuk golongan pendidik muzik. Segala perubahan dan perkembangan baharu harus disedari, difahami, dan dikaji secara rasional oleh golongan pendidik muzik supaya mereka dapat menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran semasa dalam bidang ini dengan satu sikap psikologi yang lebih pragmatis. Ini bererti golongan pendidik harus sanggup untuk berubah dengan menerima serta mencuba kaedah-kaedah baru dan pendekatan- pendekatan dalam pedagogi muzik yang mungkin berbeza. Sikap demikian amat penting bagi golongan pendidik muzik supaya mereka boleh berfungsi dengan lebih baik dan yakin demi kepentingan diri, para pelajar, profesion pendidikan, masyarakat dan Negara. Dalam hal ini citarasa dan aspirasi rakyat Malaysia seperti yang terkandung dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020, tidak dapat diketepikan. Muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Kerana itu pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi asas muzik adalah sebagai hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai salah satu KENEGARAAN (HNS 2013) Page 1

description

Fungsi Muzik

Transcript of Fungsi Muzik

Page 1: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

PENDAHULUAN

Semua pendidik harus sentiasa peka dan sedar tentang perkembangan-perkembangan baharu dan

isu-isu semasa dalam arena pendidikan. Perkara ini amat mustahak atau penting dalam arena

pendidikan muzik Di Malaysia yang kini sedang giat berubah dengan kemunculan beberapa

masalah serta cabaran untuk golongan pendidik muzik. Segala perubahan dan perkembangan

baharu harus disedari, difahami, dan dikaji secara rasional oleh golongan pendidik muzik supaya

mereka dapat menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran semasa dalam bidang ini dengan satu

sikap psikologi yang lebih pragmatis.

Ini bererti golongan pendidik harus sanggup untuk berubah dengan menerima serta mencuba

kaedah-kaedah baru dan pendekatan-pendekatan dalam pedagogi muzik yang mungkin berbeza.

Sikap demikian amat penting bagi golongan pendidik muzik supaya mereka boleh berfungsi

dengan lebih baik dan yakin demi kepentingan diri, para pelajar, profesion pendidikan,

masyarakat dan Negara. Dalam hal ini citarasa dan aspirasi rakyat Malaysia seperti yang

terkandung dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020, tidak dapat diketepikan.

Muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Kerana itu

pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi asas muzik

adalah sebagai hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai salah satu bidang budaya

jelata yang dominan. Ini kerana, selain melodi, muzik mengandungi utusan dalam bentuk lirik.

Gabungan kedua-dua melodi dan lirik boleh meletakkan muzik sebagai salah satu aspek

komunikasi yang bertenaga dalam kehidupan manusia. Kerana itu, ada juga pihak yang melihat

muzik sebagai khazanah budaya sesuatu bangsa yang mampu menggambarkan imej dan

ketamadunan budaya sesuatu bangsa itu.

Ada juga yang melihatnya sebagai salah satu cabang aktiviti ekonomi yang boleh membentuk

industrinya sendiri seterusnya membantu perkembangan pembangunan social.Tetapi,

sejauhmanakah masyarakat umum sedar tentang keadaan ini? Sejauhmanakah masyarakat

Malaysia sedar kepentingan fungsi Pendidikan Muzik dalam pembangunan sesebuah negara? Hal

ini akan saya kupas bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingannya

kepada agama,bangsa dan juga negara.

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 1

Page 2: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Muzik memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan sesebuah Negara

berjalan dengan lancar. Ia merangkumi beberapa aspek terutama dalam bidang

pendidikan, sosio-ekonomi, politik, kesihatan dan juga agama.

PERANAN MUZIK DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Menarik dan mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran

Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara

mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran

Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan

kandungan matapelajaran yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih

berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam.Pelajar akan

merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik.

Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik

apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang

mereka dengar.Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan

menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru

perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi

kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu

pengetahuan melalui cara yang pasif (Meyer, L. B.,1956). Mereka membina pengetahuan

secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah

digalakkan. Pembelajaran melalui musik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang

aktif dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar. Kesimpulannya, muzik

memainkan peranan penting dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 2

Page 3: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

Memupuk Minda Kanak-kanak

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak.

Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya

untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen

atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah

atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang

sihat kepada bayi dan kanak-kanak. (Draper, T.W. & Gayle, C. ,1986)

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa,

hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya

meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.Pada trimester ketiga pembesaran

janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah

menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya

dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.Pada peringkat ini,

Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan

seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi sebelum

bayi dilahirkan.Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas

kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan

deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta

membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi. (Spintge, R. & Droh,

R., Eds. 1992)

Menurut kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan

bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan

keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk

matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas

dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka

yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. (Stijnen, J.,1995)

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 3

Page 4: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

PERANAN MUZIK DALAM ASPEK KESIHATAN DAN PERUBATAN

Memulih kanak-kanak Dileksia

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian

yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik

meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.Seperti yang dinyatakan dari awal,

pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan

cepat perubahan bunyi dan nada.John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford

menekankannya dengan berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting,

terdapat aspek tertentu bahasa (Blair, D.,1964).Yang berubah dalam minda dan otak

manusia dengan latihan muzikal.Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa

memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum

ditentukan.

Terapi muzik berkesan pulih tekanan mental, perasaan dan emosi/jiwa

Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna

untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup

berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan.Ia adalah alternatif rawatan moden

dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk

pemulihan,pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.Perubahan

dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah,

seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan

bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma,

gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.(Bunt, L.,1994)

Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan

pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi

sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka

meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu

melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 4

Page 5: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu,

memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah

lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis

menggunakan muzik (Feder, E. & Feder. B.,1981).Tujuannya untuk mengalih kesakitan

dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.Mungkin ada

yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan. Jangan anda lupa,

tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani

kita.Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang.

Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet

muda dan berseri-seri secara semula jadi.

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 5

Page 6: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

PERANAN MUZIK DALAM ASPEK SOSIO-EKONOMI

Mewujudkan dan membina Bangsa Malaysia

Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu

belum pernah didefinisikan walaupun muzik setiap kaum ada membawa kesannya yang

tersendiri kepada muzik kaum yang lain. Dalam proses membina Bangsa Malaysia, sifat

keunikan negara kita di mana pelbagai jenis kaum hidup aman sentosa harus

dititikberatkan.Mengikut perangkaan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,

(Malaysia, Jabatan Perangkaan,1993) populasi negara kita terdiri daripada kaum Melayu

(54.5%), China (29%), India (8%), orang asli (8%, kebanyakannya kaum Iban dari

Sarawak dan kaum Kadazan dari Sabah dengan kaum Orang Asli semenanjung hanya

membentukkan 0.5% daripada jumlah populasi Malaysia) dan lain-lain (0.5%,

kebanyakannya Arab, Sinhalese, Eurasians dan Eropah).

Untuk mendefinisikan sesuatu budaya Malaysia yang bersepadu bukannya mudah.

Masyarakat majmuk Malaysia mengekalkan tradisi kebudayaan yang kepelbagaian yang

walaupun saling berinteraksi masih mengekalkan identiti masing-masing. Information

Malaysia 1994 YearBook ,menghuraikan Malaysia sebagai sebuah negara yang

mengandungi 5 jenis budaya berasingan - Islam, China, India, Barat dan Asli - dan

menghujah bahawa wujudnya bersama 5 budaya ini melalui zaman membawa maksud

mereka pasti telahpun menyerap ciri-ciri satu sama lain untuk membentukkan suatu

budaya Malaysia yang unik.

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (1929-1973) merupakan pejuang seni yang paling banyak

memberi sumbangan terhadap perkembangan muzik di Malaysia dan pembentukan muzik

Malaysia yang tersendiri. Beliau berhasrat untuk membentukkan gaya muzik tanahair

yang unik dengan ciri-cirinya yang tersendiri yang menggabungkan elemen muzik dari

pelbagai budaya yang wujud di Malaysia. Beliau mencipta lebih daripada 250 buah lagu

yang kebanyakannya masih popular pada masa kini (Shafiee Ahmad & Sulaiman

Zakaria,1992). Karya beliau menggabungkan elemen muzik Melayu tradisional, muzik

Barat, muzik Hindustani dan muzik Timur Tengah. Terdapat ramai artis terkini yang juga

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 6

Page 7: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

berusaha untuk menggabungkan pelbagai elemen muzik tradisional dari pelbagai kaum di

Malaysia dalam lagu ciptaan dan persembahan mereka. Artis begini, seperti Zainal

Abidin, M. Nasir, Sheila Majid, Jenny Chin, Mac Chew, Michael Veerapan dan Zahid

Ahmad semuanya boleh dianggap sebagai memainkan peranan dalam pembentukan

identiti budaya muzik Malaysia yang bersepadu. Walaupun demikian, harus

dititikberatkan bahawa Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang

bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan secara formal.

Media masa boleh memainkan peranan yang penting dalam membentukkan identiti

muzik Malaysia yang boleh digunakan dalam membina Bangsa Malaysia. Sebagaimana

yang telah dilihat, muzik memang boleh digunakan untuk tujuan yang murni, dan ianya

amat sesuai dalam membangunkan semangat nasionalisme serta membina identiti

kebangsaan di kalangan rakyat sesuatu negara. Media masa seperti television, radio, dan

muzik yang dimainkan di bas mini, kompleks beli-belah dan sebagainya semuanya

mempunyai pengaruh yang mendalam dan berkesan ke atas masyarakat umum

disebabkan sifat sentiasa adanya media ini di semua tempat (Melvin, L.D.F. & Sandra,

B.R. ,1988). Sekadar muzik masih dimainkan melalui saluran tersebut, pengaruh muzik

ke atas orang ramai tidak dapat dielakkan. Muzik yang melambangkan ciri-ciri yang

menyumbang terhadap pembentukan masyarakat yang sihat harus dipromosikan melalui

saluran tersebut.

Multimedia Information Superhighway atau Internet pula boleh juga memainkan peranan

yang penting dalam membina Bangsa Malaysia. Imej budaya Malaysia boleh dipaparkan

ke seluruh dunia. Disebabkan sifat muzik dan sifat multimedia, media ini merupakan

pentas yang amat sesuai untuk mempersembahkan bangsa Malaysia yang bersatupadu

yang dicerminkan oleh muzik Malaysia yang bersepadu.Kesimpulan Muzik memang

memainkan peranan yang besar dalam membina Bangsa Malaysia.

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 7

Page 8: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

Hiburan dan sumber ekonomi masyarakat

Muzik jugaberfungsi sebagai suatu medium dan produk dalam sistem hiburan di sesebuah

negara.Sistem hiburan adalah sebahagian daripada sistem media, yang juga sebagai salah

satu unsur dalam sistem sosial. Sistem media dan sistem-sistem sosial yang lain, adalah

saling bergantungan kerana salah satu tidak boleh mencapai matlamat masing-masing

tanpa menggunakan kekuatan sistem yang lain itu . Muzik juga adalah sebagai satu

sistem industri di Malaysia kerana kewujudannya sebagai satu sistem sangat bergantung

kepada sistem-sistem lain. Satu sistem yang tersusun boleh meletakkan muzik bukan saja

sebagai sebuah industri yang boleh menyokong ekonomi negara tetapi, sebagai medium

efektif dalam penyaluran mesej yang boleh membantu pembangunan sosial. Dalam

konteks kajian ini, isu kekuatan industri itulah yang menjadi persoalan. Ini kerana,jika

industri ini lemah, kedua-dua fungsi muzik sebagai satu produk ekonomi dan sebagai

wahana pembangunan sosial tidak dapat diwujudkan, sedangkan muzik sebagai unsur

seni dan budaya sangat mudah untuk mendekati masyarakat, terutamanya kelompok

remaja. Lantas, ianya sangat sesuai menjadi produk yang boleh dipasarkan. Untuk

mengetahui bagaimana masyarakat Malaysia memberi penerimaan terhadap muzik,

kajian dilakukan terhadap bagaimana atau apa persoalan muzik yang diketengahkan oleh

media cetak. Akhbar khususnya, akhbar milik syarikat swasta akan mengetengahkan

sesuatu maklumat yang mereka fikir boleh dan mampu menarik perhatian khalayak.

Terdapat wartawan dan ahli akademik yang menjelajahi teknik pengawalan isi mesej

media dan penyebarannya. Pakar media dan penguna-pengguna media menganggap

media seolah-olah media mempunyai kuasa dalam membawa mesej yang disampaikan

(Lull, J. ,1987). Dengan beranggapan sedemikian, mereka menambahkan kuasa media di

mata masyarakat. Dengan kata lain, apa yang sesuatu akhbar itu paparkan adalah

kandungan yang dijangka boleh diterima oleh khalayak umum atau khalayak massa.

Sekiranya akhbar-akhbar cenderung memaparkan maklumat yang bersifat pinggiran dan

picisan, ini bermakna khalayak boleh menerima isu-isu yang sedemikian kerana tidak ada

bantahan mengenai perkara tersebut. Sekiranya akhbar-akhbar ini cenderung

memaparkan isu-isu yang boleh memberi implikasi dasar, bermakna pembaca sudah

bersedia untuk didedahkan dengan maklumat berat yang juga boleh memberi implikasi

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 8

Page 9: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

dasar khususnya dalam kaitan pembangunan ekonomi dan sosial. Oleh itu, kajian ini

memberi perhatian khusus terhadap peranan media cetak dalam memaparkan isu-isu yang

berkaitan dengan hiburan khususnya hiburan muzik. Persoalannya ialah, apakah jenis

kandungan mengenai hiburan muzik yang dipaparkan oleh akhbar dan dalam bentuk

bagaimana maklumat itu

PERANAN MUZIK DALAM ASPEK POLITIK

Meningkatkan semangat Nasionalisme dan Patriotik

Semangat nasionalisme mula dibangunkan di benua Eropah semasa Revolusi Perancis

dan Perang Napolean pada awal abad ke-19. Semangat ini mempengaruhi ramai

komposer pada pertengahan abad yang sengaja mencipta lagu yang mempunyai identiti

kebangsaannya yang tersendiri. Lagu dan tarian rakyat serta melodi baru yang

menggunakan elemen lagu rakyat sengaja disertakan dalam karya komposer nasionalis ini

(Grout, D.J. & Palisca, C.V.,1988) .Komposer nasionalisme sering mencipta lagu dan

opera yang mempersembahkan sejarah, legenda atau landskap masing-masing. Ritma,

corak nada, tekstur dan melodi yang berpunca dari muzik tradisional dipaparkan dalam

membina gaya komposisi kebangsaan yang tersendiri. (Matusky, P. ,1994)

Di setiap negara muncul komposer yang mewujudkan muzik kebangsaan dengan identiti

masing-masing yang tersendiri. Bagi setiap komposer, bangsa dan negara masing-masing

dicerminkan dalam karya komposisi mereka. Muzik digunakan untuk menimbulkan

semangat kekitaan serta untuk melambangkan identiti unik negara.

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 9

Page 10: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

PERANAN MUZIK DALAM ASPEK AGAMA

Peranan Muzik dalam agama Hindu

Dalam agama Hindu, kesenian dan budaya tak dapat dipisahkan dari hidup keagamaan.

Khususnya di India Selatan, tempat kebudayaan Veda masih bertahan dengan keaslian

bentuknya selama ribuan tahun, seni budaya mendapat tempatnya yang sangat terhormat.

Bagi umat Hindu dari India Selatan dan terutama bagi para Vaishnava sebagaimana yang

diketahui, seni budaya salah satunya muzik, adalah bahagian yang sangat penting dalam

kuil. Muzik dikatakan membawa pemuja menjadi lebih dekat dengan Tuhan. Alat-alat

musik yang berjenis-jenis, dipelihara dalam kuil adalah untuk mengiringi lagu-lagu suci.

Biasanya tidak ada ritual apapun yang dilaksanakan tanpa iringan musik dan lagu-lagu

dari Veda.

Peranan Muzik dalam agama Kristian

Perkembangan muzik gereja dalam agama Kristen dari waktu ke waktu semakin lama

semakin berkembang fungsi dan strukturnya. Awalnya muzik digunakan di Gereja

Ortodoks dan Katholik. Muzik dalam gereja ini menggunakan modus-modus seperti

dorian, frigian, lidian, miksolidian, eolian, dan ionian, yang berkarakter kuat

menggunakan melodi. Modus-modus muzik gereja ini bertumpu kepada masa Yunani

dan Roman sebagai sumber kebudayaan Barat. Di dalam Gereja Protestan unsur-unsur

muzik Eropah juga muncul dalam teori dan praktiknya.Setelah era reformasi gereja yang

digerakkan oleh Marthin Luther King dalam agama Kristian Protestan munculah aliran-

aliran seperti Pietisme, Anglikan, Revival, dan Karismatik (Kamien, R. ,1996).

Sebahagian besar perkembangan muzik dalam aliran-aliran gereja tersebut banyak

dipengaruhi oleh orang-orang Barat, yang berlatar belakang peradaban Barat. Persebaran

atau muzik, selain bersumber kepada ajaran-ajaran agama yang bertumpukan kepada

kitab suci juga membawa kebudayaan-kebudayaan dari mana agama tersebut

dikembangkan. Dalam konteks persebaran agama Kristian ke seluruh dunia, selain

ajaran-ajaran Kristian yang tertumpu dalam Kitab Suci Injil, para pendakwah agamanya

turut membawa kebudayaan-kebudayaan seperti Timur Tengah, Eropah, maupun

Amerika. Oleh karena itu, muzik dan ibadah tidak dapat dipisahkan, muzik berperanan

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 10

Page 11: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

untuk menciptakan kesedaran akan kehadiran Tuhan dan suasana untuk ibadah,

menghidupkan jiwa manusia, menyatukan manusia dalam suatu pengalaman ibadah

bersama dan menunjukkan keimanan kepada Tuhan.

Peranan Muzik dalam agama Islam

Dalam Islam Al Qur'an adalah sumber & ilham untuk muzik. Semangat pasukan nabi

Muhammad SAW lebih berkobar ketika perang Uhud pada 625 M, dan 3 kali pasukan

Nabi dapat mengalahkan pasukan kaum Qureish, dengan bantuan nyanyian perang yang

dikumandangkan oleh Hindun seorang wanita kesatria Muslimat sekaligus yang

memimpin nyanyian perang tersebut. Memanggil umat Islam untuk menjalankan sholat

(adzan) menjadi indah ditelinga umat Islam kerana ia dilakukan dengan nyanyian yang

bermelodi.

Dalam muzik ia boleh menjadi syurga sekaligus neraka yg diciptakan oleh manusia itu

sendiri bergantung kepada bagaimana manusia itu menempatkan dan dimana muzik itu

digunakan.Semenjak perkembangan muzik tumbuh dalam Islam, muzik tidak pernah

terlepas dari tuntunan Agama. Ia tumbuh dengan siraman ketuhanan yg terdapat dalam

Islam. Dalam Islam muzik yg tercipta adalah suatu yang indah dan untuk

membahagiakan umat manusia.

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 11

Page 12: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

KESIMPULAN/PENUTUP

"MUZIK sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan. Kehebatan muzik menerusi

iramanya yang mesra dan syahdu, dapat menerobos sempadan bangsa, budaya dan bahasa.

Malah tidak salah untuk dikatakan muzik sudah lama menjadi medium atau perantara berkesan

menyatupadukan masyarakat di seluruh dunia."

Muzik telah membantu manusia dalam pelbagai aspek. Elemen-elemen muzik yang terkandung

dalam muzik ibadah daripada semua bangsa dan kaum sepanjang zaman adalah cukup jelas dan

nyata. Maka, pembelajaran muzik tentu akan dapat membantu kita dalam hal-hal yang berkaitan

muzik ibadah secara langsung ataupun tidak langsung. Muzik mempunyai banyak potensi dan

skop untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran manusia sama ada secara positif atau

negative. Oleh itu, kita boleh menggunkan muzik secara positif untuk beberapa keperluan

kebangsaan sama ada menanam rasa taat setia dan cinta akan nusa dan bangsa serta

meningkatkan lagi perpaduan Negara. Perpaduan Negara merupakan salah satu matlamat utama

dalam pendidikan di Malaysia sejak merdeka lagi seperti yang terkandung dalam Laporan Tun

Razak (1956).

Pada masa sekarang, soal untuk memperkenalkan warisan budaya kebangsaan serta identity

Malaysia difikirkan amat perlu. Perkara ini lebih ketara dikalangan Negara-negara yang

membangun seperti Malaysia.Maka, pembelajaran muzik tradisional kita secara formal banyak

membantu dalam aspirasi kebangsaan ini. Soal moral adalah sesuatu yang diutamakan dalam

proses pendidikan di Malaysia dan juga dalam proses pembangunan Negara pada amnya. Hal

moral ini juga adalah amat penting dalam semua agama. Dengan ini, lagu-lagu yang

mengandungi lirik berkenaan, nilai-nilai murni, aspek moral dan aspek akhlak yang baik boleh

diajarkan kepada golongan muda-mudi dari peringkat prasekolah lagi bagi memastikan Negara

akan terus menuju era kemodenan seiring dengan peningkatan moral dan akhlak yang dipuji.

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 12

Page 13: Fungsi Muzik

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA 2012

Rujukan

[1] Bunt, L. (1994). Music Therapy. London: Routledge.

[2] Blair, D. (1964). “Arts in Society: Music Therapy”. New Society. 30 Jan 64. p26.

[3] Draper, T.W. & Gayle, C. (1986). “An Analysis of Historical Reasons for Teaching Music to Young Children”. Music and Child Development. New York: Springer-Verlag. pp 194-205.

[4] Feder, E. & Feder. B. (1981). The “Expressive” Arts Therapies: Art, Music and Dance as Psychotherapy. New Jersey: Prentice-Hall.

[5] Grout, D.J. & Palisca, C.V. (1988). A History of Western Music. London: J.M. Dent & Sons.

[6] Kamien, R. (1996). Music, An Appreciation. New York: McGraw-Hill.

[7] Lull, J. (1987). Popular Music and Communication. CA: SAGE Publications.

[8] Meyer, L. B. (1956). Emotion and Meaning in Music. Chicago: University of Chicago Press.

[9] Malaysia, Jabatan Perangkaan. (1993) Yearbook of Statistics 1992. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan.

[10]Matusky, P. (1994). “Traditional Music among the Singapore Malays: Notes and Reflections on Old Genres in a New Urban Context.” Tirai Panggung. 2: 43-56.

[11]Melvin, L.D.F. & Sandra, B.R. 1988. Teori komunikasi massa. Terj. Noor Bathi.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

[12]Spintge, R. & Droh, R., Eds. (1992). Music Medicine. St. Louis: MMB Music.

[13]Stijnen, J. (1995). The Psychology Of Music. http://michotte.psy.kuleuven.ac.be/%7Epeterd/RESEARCH.HTML

[14]Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria. (1992). Kesenian di Malaysia. Kuala Lumpur: Buku Must Sdn. Bhd.

KENEGARAAN (HNS 2013) Page 13