Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
-
Upload
mohd-alfathi -
Category
Education
-
view
294 -
download
10
Transcript of Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR DAN LUAR BANDAR
PENGENALAN• Kawasan petempatan bandar dan luar bandar mempunyai fungsi tersendiri.
• Fungsi petempatan merujuk kepada peranan bagi sesuatu kawasan petempatan yang merangkumi ekonomi, sosial dan kerajaan/governan
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK EKONOMI)
• Bandar sebagai pusat ekonomi: Berkembang seiring dengan fungsi pembangunan sesuatu kawasan petempatan bandar dalam menjana pendapatan penduduk dan negara.
• Bandar berfungsi sebagai pusat pelancongan, pelabuhan, perindustrian, teknologi maklumat dan perlombongan.
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK EKONOMI)Bandar sebagai Pusat Pelancongan• Terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan.• Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan sektor perniagaan dan sektor
pelancongan.• Contoh: Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Bandar raya Melaka.
Bandar sebagai Pusat Pelabuhan• Melibatkan urusan import dan eksport.• Penduduk terlibat dalam sektor perkapalan dan penguatkuasaan maritim• Contoh: Pasir Gudang (Johor), Klang (Selangor), Georgetown (Pulau Pinang),
Bintulu (Sarawak) dan Teluk Sepanggar (Sabah)
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK EKONOMI)
Bandar sebagai Pusat Perindustrian• Mempunyai pelbagai kegiatan industri• Kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang pengeluaran, kejuruteraan dan
teknikal.• Contoh: Shah Alam (Selangor) dan Perai (Pulau Pinang).
Bandar sebagai Pusat Teknologi Maklumat• Berperanan mengembangkan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT).• Terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang melibatkan penggunaan ICT termasuk
pemasaran dan pengaturcaraan komputer.• Contoh: Cyberjaya (Selangor) dan Taman Teknologi Malaysia (Kuala Lumpur).
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK EKONOMI)
Bandar sebagai Pusat Perlombongan• Berkembang akibat penerokaan sumber mineral.• Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam aktiviti perlombongan dan cari
gali.• Contoh: Bintulu (Sarawak) dan Kerteh (Terengganu) yang berfungsi sebagai
bandar perlombongan petroleum dan gas asli.
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK SOSIAL)Bandar sebagai pusat sosial merujuk kepada fungsi bandar dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada penduduk.Bandar Diraja: • Menjadi lokasi terletaknya istana yang menjadi kediaman rasmi bagi sultan atau
raja.• Wujud Peluang pekerjaan sampingan kepada penduduk setempat disebabkan
aktiviti pelancongan.
• Contoh: Pekan (Pahang), Kuala Kangsar (Perak) dan Arau (Perlis)
Bandar Pendidikan:• Terdapat institusi pendidikan tinggi yang menawarkan peluang pendidikan• Wujud peluang pekerjaan sebagai pensyarah atau kakitangan IPTA.• Contoh: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK SOSIAL)
Bandar Satelit: • Berperanan sebagai bandar sokongan kepada bandar utama.• Peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.• Contoh: Petaling Jaya (Selangor) dan Senawang (Negeri Sembilan).
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK KERAJAAN/GOVERNAN)
Bandar sebagai pusat kerajaan/governan merujuk kepada fungsi bandar yang berkaitan dengan dasar kerajaan dan pentadbiran.Bandar Pentadbiran• Berfungsi sebagai ibu negeri, ibu negara dan pusat pentadbiran.• Menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada penduduk.• Contoh: Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan manakala
Kota Kinabalu (Sabah), Kuantan (Pahang) dan Kangar (Perlis) berperanan sebagai ibu negeri.
Bandar Pertahanan:• Menempatkan pangkalan tentera yang menjadikan bandar ini berkembang
sebagai kawasan petempatan yang lebih besar.• Contoh: Lumut (Perak) dan Port Dickson (Negeri Sembilan)
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK KERAJAAN/GOVERNAN)
Bandar Sempadan: • Berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara.• Kegiatan pelancongan dan perdagangan yang rancak.• Contoh: Rantau Panjang (Kelantan) dan Padang Besar (Perlis)
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK KERAJAAN/GOVERNAN)
Bandar Sempadan: • Berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara.• Kegiatan pelancongan dan perdagangan yang rancak.• Contoh: Rantau Panjang (Kelantan) dan Padang Besar (Perlis)
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR (ASPEK KERAJAAN/GOVERNAN)
Bandar Sempadan: • Berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara.• Kegiatan pelancongan dan perdagangan yang rancak.• Contoh: Rantau Panjang (Kelantan) dan Padang Besar (Perlis)
FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR
Ekonomi • Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi iaitu pertanian, penternakan, perlombongan
dan industri desa yang menawarkan peluang pekerjaan.• Pertanian di kawasan luar bandar merangkumi penanaman padi, getah, kelapa
sawit dan sayur-sayuran.• Aktiviti penternakan seperti lembu, kambing serta kolam ikan air tawar.• Aktiviti perlombongan melibatkan penerokaan sumber mineral.• Industri desa membolehkan penduduk menghasilkan produk seperti kraf tangan dan
makanan.
FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR
Sosial• Petempatan luar bandar turut mempunyai kemudahan sosial seperti rumah
ibadat, klinik kesihatan, perkhidmatan pos, bekalan air dan elektrik.
Kerajaan/Governan• Perkhidmatan pengurusan pentadbiran terdapat di luar bandar.• Penduduk dapat menyelesaikan urusan mereka melalui pejabat penghulu dan
ketua kampung sebagai wakil kepada kerajaan dan menjalankan peranan serta tanggungjawab kepada masyarakat setempat.
• Balai raya juga berperanan sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan.