Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

109
THILAGAVATHI A/P RAJENNDRAN 1 PISMP / RBT 1

Transcript of Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Page 1: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

THILAGAVATHI A/P RAJENNDRAN

1 PISMP / RBT 1

Page 2: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Berdasarkan kamus dewan bahasa, edisi keempat fungsi bermaksud tugas, jawatan atau kerja ( bahagian tubuh dll ), tugas, peranan.

Pendidikan Teknik Dan Vokasional memainkan peranannya dalam pembangunan Negara yang industri. Melalui penubuhan awal PTV di negara ini, didapati bahawa fungsi utama PTV pada awalnya ialah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran tangan (hands-on) berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain.

PTV juga aliran pendidikan yang menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap individu.

Page 3: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Pendidikan Teknik Dan Vokasional juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan KHSR sekolah rendah.

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, Pelaksanaan bermaksud Perihal, pembuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) atau rancangan (tugas dsb).

Berdasarkan Mok Soon Sang, 2007 dalam buku Pengurusan Kurikulum, perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin “curriculum” yang bermaksud ruang tempat dimana pembelajaran berlaku. Dari perkatan latin iaitu “currere” membawa maksud laluan, jejak, siri atau episod. Dari definisi tersebut, kurikulum adalah peluang bagi memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung memperkembangkan potensi diri.

Page 4: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Berdasarkan kementerian pelajaran Malaysia dalam buku sukatan pelajaran sekolah rendah, kemahiran hidup bermaksud satu mata pelajaran dalam kurikulum baru sekolah rendah yang bercorak amali dan diajar pada tahap II.

Page 5: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 6: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 7: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

  Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta

membentuk nilai-nilai spiritual, nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni;

  Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat

melalui pembangunan alat-alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal;

  Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan

kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan

  Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas

dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial dan ekonomi:

Page 8: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalamperkembangan  ekonomi,budaya, sosial dan pendemokrasian;

Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan saintifik;

Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan  pembangunan  alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka;

Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang  boleh  disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi yang meluas; dan

Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.

Page 9: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 10: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Memberi peluang kepada seseorang individu yang lemah dalam akademik.

Melatih pelajar untuk memperoleh kemahiran yang luas dalam bidang yang khusus.

Membentuk kemahiran individu.

Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dan murni supaya menjadi seorang pekerja yang produktif dan bertanggung jawab.

 

Page 11: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Melahirkan pekerja mahir dan separa mahir yang berkualiti untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara.

Menanam semangat keusahawanan dalam diri seseorang individu.

Melatih individu untuk memiliki kemahiran interpersonal.

Melahirkan individu yang mampu berdikari.

Page 12: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Menyediakan infrastruktur dan bekalan tenaga manusia yang mahir berasaskan sains dan teknikal.

Membolehkan manusia memahami perubahan-perubahan teknologi di mana sains dan teknologi adalah ciri utama

Memperluaskan pilihan kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan;

Memberi peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am;

Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan bekerja;

Page 13: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan;

Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan.

Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang berkesan;

Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan

Mewujudkan wadah bagi satu sistem pendidikan sepanjang hayat

Page 14: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap, berketrampilan,beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan,  berfikiran  terbuka,  kreatif dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang dipeloleh, serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan.

Memberi latihan awal bagi tiap-tiap indivu supaya mereka berpeluang memilih kerjaya masing-masing.

Mengadakan latihan untuk mengemaskinikan kemahiran pekerja-pekerja yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang masing-masing.

Mewujudkan peluang latihan semula bagi pekerja-pekerja yang ingin menukar kerja mereka atas sebab-sebab perbadi dan pekerjaan lapuk.

Page 15: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Memberi peluang yang sama dengan individu normal untuk pelajar berkeperluan khas supaya mereka tidak tersisih.

Memberikan kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan kemajuan Negara yang kini makin membangun kepada pelajar berkeperluan khas untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini.

Berfungsi dalam pembangunan tenaga manusia minda kelas pertama di Malaysia.

Memperkembangan “skill culture” atau budaya kemahiran dan tanggapan kerja manual. Jadi, dengan merangsang penggunaan tangan dan minda dalam praktikal dan teori, PTV dapat menyediakan sumber manusia dan menghasilkan pelajar minda kelas pertama.

Page 16: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 17: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa sosial pula bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang atau suka bergaul dan bermesra atau berkenaan hal-hal kemasyarakatan. Sosial pula dibahagikan kepada dua bahagian; kestabila sosial dan nilai masyarakat. PTV menjalankan fungsi yang berbeza mengikut dua bahagian tersebut.

Page 18: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 19: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

PTV memberi peluang kepada masyarakat untuk malibatkan diri dalam bidang-bidang tertentu seperti keusahawanan, pembuatan, pertanian dan lain-lain.

PTV membantu masyarakat untuk menghasilkan kualiti kerja yang baik.

PTV menyumbang kepada pencapaian matlamat masyarakat dari segi perkembangan  ekonomi,budaya, sosial dan pendemokrasian;

Membantu mengurangkan peningkatan bilangan pengangguran di kalangan lepasan sekolah;

Menyumbang kepada pembangunan masyarakat moden yang kompleks.

Membantu memenuhi keperluan ekonomi masyarakat dapat mewujudkan satu kumpulan pekerja yang terlatih, produktif dan mahir

Page 20: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

PTV menimbulkan kepercayaan dan norma hidup. Mempertingkatkan kualiti hidup manusia dalam

kelompok masyarakat dengan membantu mereka supaya menjadi lebih produktif, berdikari, boleh menyumbang dan dapat menjadi rakyat yang dapat memenuhi kehendak-kehendak diri (self-fulfilling citizens).

Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dan murni supaya menjadi seorang pekerja yang produktif dan bertanggung jawab.

memenuhi aspirasi dan harapan masyarakat, bangsa dan negara kearah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatu padu.

Page 21: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 22: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan atau system pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan, dll) sesebuah Negara atau keadaan kekayaan atau kebendaan. PTV memainkan perana penting dalam pembangunan ekonomi Negara. Antara fungsi PTV dri konteks ekonomi adalah;

Page 23: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

PTV memberi dan meningkatkan peluang pekerjaan.

PTV memainkan peranan penting dalam penjanaan ekonomi.

PTV membantu Negara kita untuk mempelbagaikan ekonominya.

Melalui PTV ekonomi Negara terpelihara dan mantap.

PTV membantu Negara kita dalam uasaha mencapat taraf Negara maju selaras dengan matlamat wawasan 2020.

Page 24: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan;

PTV berperanan untuk memperkenalkan konsep dunia pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Ia memberi pendedahan yang secukupnya kepada alam pekerjaan. Ia merapatkan jurang antara kurikulum dengan alam pekerjaan dan merupakan salah satu pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara.

Membantu dalam pembangunan kemahiran yang spesifik kepada bidang pekerjaan tertentu.

Page 25: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 26: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Menurut kajian Siti Nor Atiqah Abdul Padzil, Rohana Hamzah Dan Amirmudin Udin pendidikan teknik dan vokasional berfungsi dalam pembangunan tenaga manusia minda kelas pertama di Malaysia. Kajian ini mengatakan bahawa pendidikan vokasional menyediakan latihan-latihan untuk perkerjaan tertentu. Sementara itu, PTV banyak membantu dalam pembangunan kemahiran yang spesifik kepada bidang pekerjaan tertentu. Pendidikan vokasional juga memainkan peranan penting dalam perkembangan “skill culture” atau budaya kemahiran dan tanggapan kerja manual. Jadi, dengan merangsang penggunaan tangan dan minda dalam praktikal dan teori, PTV dapat menyediakan sumber manusia dan menghasilkan pelajar minda kelas pertama.

   

Page 27: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Menurut kajian Lokman Mihd Tahir Dan Nurul Mustafa, pendidikan teknik dan vokasional PTV memberi peluang yang sama dengan individu normal untuk pelajar berkeperluan khas supaya mereka tidak tersisih. PTV memberikan kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan kemajuan Negara yang kini makin membangun untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang dingini. Sementara itu, PTV menyediakan silibus khas untuk pelajar berkeperluan khas untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka supaya mereka mendapat pencapaian dan keupayaan akademik yang sama dengan pelajar normal.

 

 

Page 28: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Kedua-dua kajian yang dijalankan menberi kesan yang baik terhadap PTV. Bukan sahaja melibatkan pelajar yang normal, pendidikan PTV juga melibatkan pelajar yang berkeperluan khas dan memberi kemahiran yang sama dengan pelajar normal.Kajian dan penilaian yang dijalankan memainkan peranan penting dalam perancangan, pembuat dasar dan pentadbir berkaitan PTV.

Page 29: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 30: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran teknologi dan kreativiti.

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, kreativiti bermaksud Kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan.

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, reka bentuk bermaksud Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak dan teknologi pula bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll atau kaedah proses menangani sesuatu masalah teknikal. Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT merangkumi enam elemen.

Antaranya ialah;

Page 31: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 32: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 33: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz ataupun penggunaan pelbagai kemahiram dalam situasi yang sebenar.

Berdasarkan Lester (1970) dalam Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011, kemahiran berfikir, masalah bermaksud Sesuatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan ini dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja penyelesaiannya. Strategi penyelesaian masalah itu harus melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaiannya.

Page 34: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Mengandungi unsur-unsur yang terdapat dalam alam sekitar.  Penyelesaiannya memerlukan perancangan strategi dan pemilihan

kaedah yang sesuai.

Perancangan strategi dan pemilihan kaedah yang sesuai bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran murid yang sedia ada serta kefahaman masalah yang berkenaan.

Kebolehan penyelesaian masalah adalah berkaitan peringkat perkembangan kognitif yang sesuai, sekurang-kurangnya sampai ke peringkat aplikasi.

Cara penyelesaian masalah tidak boleh dihafaz seperti menyelesaikan soalan mekanis. Setiap soalan bermasalah memerlukan pelaksanaan satu set aktiviti yang sistematik.

Proses penyelesaian masalah memerlukan aplikasi kemahiran, konsep atau prinsip yang telah dikuasai terlebih dahulu.

Page 35: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Terdapat beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah;

  Kaedah penyelesaian masalah sendiri Kaedah inkuiri Kaedah dapatan Sumbangsaran Teknik TOC

Page 36: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi melalui penyelesaian masalah dengan berkesan, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip yang berkaitan.

Soalan harus diberikan sebaik sahaja murid memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan.

Soalan bermasalah harus dibina daripada isi yang boleh menggalakkan harus dijalankan oleh murid sendiri. Guru boleh member sedikit bimbingan sahaja bagi murid-murid yang berfikir lambat secara individu.

Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.

Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru harus membimbing murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.

Berbincang dengan murid berbagai cara yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah.

Elakkan member tunjuk ajar cara guru tentang cara menyelesaikan masalah. Segala proses pemikiran car penyelesaian harus dijalankan oleh murid sendiri. Guru boleh member sedikit bimbingan sahaja bagi murid-murid yang berfikir lambat dengan secara individu.

Page 37: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Menurut John Dewey, pembelajaran penyelesaian masalah melibatkan lima

peringkat seperti di rajat dibawah:

Page 38: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar menggunakan kemahiran yang dikuasai untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Untuk mengalakkan murid-murid berfikir secara analitis, logik, rasional dan objektif dalam proses penyelesaian masalah.

Untuk memberi peluang kepada murid-murid menggunakan pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka baru perolehi.

Untuk memperkukuhkan kemahiran, konsep, prinsip dan teori yang baru dipelajari.

Untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dipelajari.

Untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan penaakulan murid-murid dalam proses penyelesaian masalah.

Page 39: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Reka bentuk ialah suatu aturan susunan

perancangan bahan dalam konteks penghasilan semua produk.

Page 40: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Sesuatu reka bentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:

Berfungsi dengan baik dan cekap.Sangat ekonomikal dalam lingkungan

kekangan yang dikenakan.

Page 41: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

o Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Diantara kekangan utama dalam reka bentuk adalah:

Kos Keboleharapan (reliability). Keselamatan. Prestasi. Kehendak akta kilang dan jentera. Pertimbangan sosiologi. Pencemaran Penggunaan tenaga.

Page 42: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Reka bentuk dan teknologi menyediakan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan mahir dalam aktiviti mereka bentuk dengan menggunakan proses-proses yang betul.

Page 43: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 44: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

FAKTOR MEREKA BENTUK

Murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta melakukan kajian reka bentuk dan fungsi terhadap sesuatu produk. Tumpuan ditekankan ialah kesesuaian reka bentuk dengan diri sendiri. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada faktor-faktor mereka bentuk.

Faktor manusia Faktor fungsi Faktor estetik Faktor kekuatan

Page 45: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 46: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Pemikiran kreatif telah diberi tempat yang tinggi dalam kehidupan manusia.

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, kreatif bermaksud mempunyai kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan seterusnya mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.

Dalam buku Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011, kemahiran berfikir mengatakan bahawa kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.

Page 47: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar

biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

Page 48: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Ciri-ciri pemikiran kreatif

Pemikiran kreatif melahirkan pelajar reka bentuk dan teknologi yang mempunyai ciri-ciri kreatif dengan menggunakan ciri-cirinya

keberanian Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjanakan idea yang pelbagai dan

baru tanpa dikongkong oleh idea lama. Oleh itu, pelajar reka bentuk dan teknologi yang kreatif perlu berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan kritik orang lain.

  Imaginasi Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi yang mencapah serta kemahiran sistesis untuk

mencantum idea-idea yang sedia ada agar menkadi idea atau hasilan yang baru.

Perkembangan idea Pemikiran kreatif mengandungi cirri perkembangan idea yang dapat menyediakan pelbagai

alternatif yang baru.

Reka cipta Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka bentuk yang berasaskan kemahiran sistesis untuk

menghasilkan idea yang baru. 

Page 49: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

UNSUR-UNSUR KREATIVITI

Fisher (1990) dalam bukukemahiran berfikir oleh Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011, telah mengaitkan pemikiran kreatif dengan 4 aspek;

Idea atau produk yang dijana Proses merekacipta atau menjana Manusia yang merekacipta Persekitaran yang kreatif

Page 50: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Pemikiran kreatif ini dapat membantu seseorang pelajar untuk bertindak kreatif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi . Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti, semua murid mempunyai hak yang sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif kurikulum.

Page 51: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 52: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Berdasarkan kamus dewan bahasa (2005), edisi keempat, kritis bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu atau menimbangkan baik buruk sesuatu perkara terlebih dahulu.

Mayfield (1997) dalam Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011, kemahiran berfikir menganggap pemikiran krisis melibatkan pemerhatian secara sedar, membuat analisis, taakulan dan menganalisis berasaskan bukti-bukti.

John Arul (1997 ) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) pula mengatakan bahawa Pemikiran kritis sebagai sati aktiviti mental yang berkaitan dengan menilai maklumat berdasarkan ciri-ciri dan criteria tertentu. Pemikiran kritis dan kreatif sering bertindak antara satu sama lain terutama dalam menyelesaikan masalah.

Berdasarkan Som dan Mohamad Dahalan (1998) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK), kritis bermaksud kecekapan dan keupayaan seseorang menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meniliti kebernasan, keesahan dan mengenalpasti kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan menggunakan alasan atau bukti yang munasabah.

Page 53: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

PRINSIP-PRINSIP PEMIKIRAN KRITIS

 

Mengikut Chiras (1992) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) terdapat 11 prinsip pemikiran kritis yang dapat membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran RBT. Antaranya ialah;

Mengumpul maklumat dengan lengkap. Memahami dan mendefinisikan kesemua masalah yang dihadapi. Mengemukakan kaedah-kaedah untuk memperolehi fakta. Mengemukakan soalan mengenai kesimpulan. Meneroka andaian dan bias yang tersembunyi. Mempersoalkan sumber fakta. Tidak mengharapkan kesemua jawapan. Mengkaji sesuatu secara keseluruhan. Mengkaji secara berganda sebab dan kesan. Mengawasi sebab seseorang berhenti berfikir. Memahami bias diri sendiri.

Page 54: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR

SECARA KRITIS:

membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan

keseluruhan. menerangkan sebab. membuat urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian,

Page 55: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan pemikiran kritis dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran;

 Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan

pembuatan;Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid

bagi melihat kelemahandalam reka bentuk dan proses pembuatan;

Melihat alternatif-alternatif yang ada; danMenyediakan mereka bagi tugasan membuat

keputusan pada masa akan datang.

Page 56: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 57: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Berdasarkan Onosko dan Newmann (1994) dalam Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011 pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.

Zevin (1995) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) mengatakan bahawa pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi

Page 58: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 59: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

PENGETAHUAN Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali

maklumat yang diterima atau dipelajari.

PEMAHAMAN Aras ini menguji kebolehan pelajar memahami, menukar

dan menjelaskan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip dan hukum yang telah dipelajari.

APLIKASI Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan

maklumat, iaitu, fakta, konsep, hokum, teori, prinsip, kemahiran pengetahuan dan hukum di dalam situasi yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

 

Page 60: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

ANALISIS Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan

menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan diantara satu sama lain.

 

SINTESIS Aras ini menguji kebolehan pelajar mengabungkan maklumat

dikumpul dan membina struktur baru yang berbeza daripada keadaan yang asal.

PENILAIAN Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan,

mengesahankan, mengkritikan, merumuskan atau member pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip dan teori. Aras ini merupakan aras pemikiran tinggi.

Page 61: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 62: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

JENIS PEMIKIRAN TINGGI YANG PENTING:

  Menjana membolehkan pelajar menjanakan

alternatif, dan kombinasi idea   Menjelaskan idea membolehkan pelajar menjelaskan idea

dan menganalisis alasan

Menilai kemusabahan idea membolehkan pelajar menilai maklumat

asas, menilai inferensi (kegunaan bukti), dan menilai inferensi ( deduksi)

Page 63: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT

Soalan terbuka

Teknik Penyoalan

Perbincangan

Metakognisi

Pengurusan Grafik

Kaedah Penyelesaian masalah

Page 64: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Kesimpulannya, penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai mampu melahirkan pelajar berfikiran aras tinggi. Penglibatan pelajar secara langsung di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif. Penggunaan dan pemilihan metadologi P&P reka bentuk dan teknologi yang sesuai boleh menimbulkan minat serta membangkitkan motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam reka bentuk dan teknologi.

Page 65: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 66: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Berdasarkan kamus dewan bahasa (2005), edisi keempat, refleksi bermaksud bayangan atau gambaran (dalam cermin, fikiran, dll).

Hanipah, 2002 dalam buku kemahiran berfikir oleh Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011, mengatakan bahawa refleksi adalah proses merenung kembali, menganalisis masalah, mencari bukti dan alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri.

Berdasarkan buku pedagogi, Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan oleh Shababuddin Hasyim dan rakan-rakannya, refleksi bermaksud inkuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta memperdalam kefahaman mengenai sesuatu perkara.

Page 67: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

PROSES AMALAN REFLEKSI SCHON

Schon (1983) dalam buku pedagogi, Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan oleh Shababuddin Hasyim dan rakan-rakannya, berpendapat refleksi sebagai suatu usaha yang bertumpu kepada “knowing in action” bagi menganalisis masalah-masalah debgab menggunakan kemahiran interaktif dan interpretif.

Proses ini mendedahkan pelajar kepada cara-cara menganalisis dan proses membuat refleksi

Page 68: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 69: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 70: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam P&P reka bentuk dan teknologi yang telah dijalankan.

Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu P&P reka bentuk dan teknologi dan seterusnya boleh dijadikan sebagai asas kepada penulisan jurnal.

Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan;

Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses pembuatan;

Melihat alternatif-alternatif yang ada; dan Menyediakan mereka bagi tugasan membuat

keputusan pada masa akan datang.

Page 71: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 72: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Pembelajaran scaffold ialah merupakan teknik pemudah caraan.

Berdasarkan buku pengurusan kurikulum oleh Mok Soon San (2008), Scarffolding bermakna membina sesuatu sistem struktur untuk memanjat dengan tujuan membuat sesuatu kerja di tempat yang tinggi. Dibawah kenteks pendidikan, ia merupakan sistem struktur(bantuan) yang menyokong pelajar menjalankan aktiviti atau tugasan.

Mengikut Vygotsky dalam buku pengurusan kurikulum oleh Mok Soon San (2008), proses scarffolding bergerak dari komunikasi sosial luaran kepada proses metakognisi dalam seorang pelajar, mengembangkan penaakulannya supaya mmikir dan memilih strategi yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.

Page 73: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Pembelajaran scaffold amat diperlukan dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti, semua murid mempunyai hak yang sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif kurikulum. Namun, murid-murid tidak bertindak balas dengan cara yang sama terhadap kreativiti.

Peluang untuk murid berkembang kreatif dalam bilik darjah bergantung kepada pembelajaran Scaffold maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya dan keluarga.

Page 74: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

 

Page 75: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 76: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 77: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 78: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Penyertaan dan penghayatan secara aktif dalam satu proses yang berdaya cipta kreatif dan inovatif perlu dilakukan untuk melaksanakan perkembangan dan proses pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi.

Dengan menggunakan pemikiran kreatif boleh menjana, mengubahsuai atau memperbaiki idea-idea baru daripada sesuatu bahan atau produk yang telah sedia ada.

Murid juga akan memperolehi pengalaman dalam membuat keputusan dan juga bersikap tanggungjawab terhadap idea-idea yang digunakan.

Kesimpulannya, ciri ini dapat membentuk seorang murid yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi

Page 79: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 80: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Kepentingan kefahaman konsep dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi serta pengetahuan terhadap pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi perlu diberi penekanan.

Kaedah pengajaran yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam melakukan pengetahuan dan kefahaman dalam reka bentuk dan teknologi.

Page 81: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Penekanan diberikan juga kepada kepentingan pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep dengan jelas agar ianya dapat diaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran KHSR, reka bentuk dan teknologi diajar secara susunan yang merangkumi dua bidang iaitu teori dan amali. Dalam bidang ini terdapat beberapa aspek sokongan lain yang terdiri daripada penyelesaian masalah, penakulan serta pemikiran kreatif dan kritis dan nilai-nilai sejagat. Secara tidak langsung aspek-aspek ini memberi kesan kepada pemahaman proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi dalam kalangan pelajar.

Page 82: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran reka bentuk dan teknologi pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep reka bentuk dan teknologi yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. (Dalam kajian mengenai “Kepentingan kefahaman konsep dalam matematik” oleh Azizi hj. Yahaya dan Elanggovan a/l m. Savarimuthu)

Page 83: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Menurut Ausubel et. al. (1978) dalam “Research On Teaching And Teacher Education”, proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilihat dari perspektif orang dewasa iaitu pendidik sahaja tetapi adalah dari perspektif pelajar. Dengan cara ini, para pendidik akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kefahaman terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi

Page 84: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 85: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Berdasarkan Wagner (1969) dalam “ The study of attitude change: an introduction” sikap mendefinisikan sebagai mengandungi komponen afektif, kognitif (Katz, 1993) dan tingkahlaku (Oppenheim, 1966) yang berhubung kait dengan penilaian, pengetahuan dan kecenderungan untuk bertindak terhadap sesuatu objek sikap itu.

Kamus Dewan (2007) mentakrifkan sikap ialah perbuatan atau tindakan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat, fikiran dan pandangan. Menurut Teori Sikap Fishbein (1963) dalam “An Investigation Of The Relation Between Beliefs About An Object And The Attitude Toward That Object” sikap adalah suatu bentuk perubahan kelakuan positif atau negatif.

 

Page 86: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Sikap dan kualiti peribadi merupakan pembawaan seseorang yang dipengaruhi oleh pemikiran, perasaan dan haluan tingkah kalunya.

Sikap seseorang berkembang menerusi pendidikan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran RBT, sikap biasanya ditegaskan ialah sikap positif terhadap pendidikan, cinta kepada pembelajaran, nilai hormat-menghormati, berkelakuan baik, pergaulan baik, belajar dengan tekun dan sebagainya.

Berdasarkan sukatan pelajaran sekolah rendah, Kemahiran Hidup, sikap positif serta budaya kerja yang relevan sentiasa merentasi aktiviti yang dikendalikan sepanjang pengajaran dan pembelajaran RBT.

sikap positif dan kualiti peribadi seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid.

Page 87: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 88: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Nilai merupakan darjat kehargaan atau kualiti yang berguna dalam sesuatu.

Nilai yang dipegang oleh seseorang adalah diperolehi melalui pembelajaran dan pengalaman, dan bukan dilahirkan secara semulajadi.

Taksiran nilai seseorang terhadap sesuatu biasanya dapat diperlihatkan daripada pernyatan dan tingkah laku orang itu.

Unsur-unsur nilai dalam pendidikan adalah merangkumi kejayaan, persaingan, penyelesaian masalah, kejujuran, ketekunan, kerjasama, muhibah, taat setia dan lain-lain.

Misalnya, nilai dalam reka bentuk dan teknologi ialah memupuk keinginan dan kebolehan murid mengenal seberapa banyak tentang reka bentuknya, supaya ia dapat menghargai ciptaan baru dan dengan itu menginovasikan dan memperbaikinya untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Page 89: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Nilai juga terbahagi kepada tiga aspek; kognitif, afektif dan tingkah laku.

Aspek kognitif ialah nilai terhadap sesuatu perkara yang dimiliki oleh seseorang.

Aspek afektif pula melibatkan nilai yang berkaitan dengan perasaan dan penghargaan terhadap sesuatu objek atau kejadian.

Aspek tingkah laku melibatkan kecenderungan dan dedikasi melakukan sesuatu yang mencerminkan sebahagian daripada nilai.

Ketiga-tiga apek ini adalah saling berkaitan yang mengawal tingkah laku dan pandangan seseorang.

Page 90: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Kreatif Produktif Keusahawanan Cekap Professional Serba boleh membaiki peralatan rumah Cekap mengaplikasikan sains dan teknologi Berusaha Kebolehan mengubahsiau Inovatif mereka cipta Ingin maju dan memikirkan mutu Berani bersaing Berani meneroka Yakin diri Jimat cermat

Page 91: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Pembangunan diri Rasional Logis Analitis Peka mengikuti perkembangan ilmu Berdikari Rajin Tekun Sabar KerjasamaPemikiran moden Fikiran positif Tidak pesimis Progresif Agresif Bertanggungjawab Beretika dalam pekerjaan Bijak merancang dan mengurus

Page 92: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni dalam kalangan pelajar.

Suasana pembelajaran nilai dalam RBT pula bercorak terbuka, mempunyai aktiviti-aktiviti kreativiti dan inisiatif dan mengalakkan murid-murid berinteraksi.

Kesimpulannya, pengajaran reka bentuk dan teknologi tidak hanya memberi tumpuan kepada kandungan ilmu pngetahuan dan kemahiran-kemahiran, tetapi juga memberi tumpuan kepada perkembangan rohani, nilai dan sikap yang baik.

Page 93: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 94: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Istilah kolaboratif adalah falsafah mengenai interaksi dan gaya hidup personal. Kaedah kolaboratif mencadangkan apabila kita berhadapan dengan orang lain di dalam kumpulan, kita perlu menghormati mereka sebagai individu selain menghargai sunbangan mereka kepada kumpulan tersebut.

kaedah ini juga adalah kesediaan setiap ahli membina persefahaman antara satu sama lain dan bukannya mewujudkan persaingan. Oleh itu, kaedah ini diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran RBT di mana setiap ahli ingatkan apa saja kejayaan atau kegagalan kelas tersebut bergantung kepada sumbangan ahli kelas itu sendiri.

Page 95: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Pembelajaran kolaboratif telah diperkenalkan dengan pelbagai cara dalam pelbagai aspek yang berbeza dalam pendidikan. Menurut Whipple ( Dipetik daripada Kimber, 1994) menyatakan bahawa pembelajaran kolaboratif adalah corak pedagogi yang menekankan usaha bersama di kalangan pelajar-pelajar, fakulti dan pentadbir. Ia menekankan konsep inquiry sebagai asas proses pembelajaran.

Page 96: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Dalam model pembelajaran kolaboratif yang dikemukakan oleh Ried (1989) dalam Penilaian Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Kolaboratif Dalam Pengajaran Pendidikan terdapat lima (5) fasa untuk membentuk instruksi bagi pembelajaran kolaboratif, iaitu penglibatan, eksplorasi, transformasi, persembahan dan refleksi.

Page 97: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Reka bentuk dan teknologi dapat membantu pelajar dalam melakukan sesuatu dengan berjaya sebagai satu kumpulan.

Kemahiran kolaboratif dapat menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi dengan mudah dan cepat.

Pelajar dapat menjana idea-idea yang baru dan efektif melalui idea-idea yang dikongsi semasa kolaboratif. Jadi kemahiran kolaboratif dapat dibina dalam kalangan pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi melalui kerja kumpulan.

Pembinaan pembelajaran reka bentuk dan teknologi berkumpulan ini penting untuk menambahkan kemahiran pembelajaran pelajar dari segi pemahaman konsep reka bentuk dan teknologi.

Kekuatan pembelajaran kolaboratif adalah memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang, bertukar fikiran dan menghasilkan idea baru.

Page 98: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah
Page 99: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Kamus dewan (2002) mentakrifkan literasi sebagai kebolehan menulis dan membaca, celik huruf. Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada perkataan, ayat yang berasaskan tema reka bentuk dan teknologi dapat menyediakan murid kepada pembelajaran istilah dan perkataan secara spesifik. Konsep dan pelaksanaan literasi di sekolah lebih ditumpukan pada penguasaan dan kemahiran berilmu yang dusalurkan melalui penyataan kurikulum kognitif dan afektif

Page 100: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Guru-guru di sekolah boleh memperkenalkan cara murid-murid boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan bergembira melalui pendidikan literasi.

Gerakan sedaran terhadap pengalaman dan penhayatan literasi harus disegerakan supaya kanak-kanak dapat memenuhi cita rasa hidupnya melalui pengalaman literasi yang mereka lalui. Dengan ini, pertumbuhan dan percambahan ilmu berkembang selari dengan perkembangan mentol,emosi dan sosial.

Page 101: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Guru boleh menginovasikan cara mengajar di dalam bilik darjah. Bukan sahaja mengajar berdasarkan teori, guru juga boleh menyediakan sedikit permainan yang melibatkan perkataan.

Selain itu, guru turut boleh menyediakan “flash card” berdasarkan topik-topik reka bentuk dan teknologi.

Akhisekali boleh juga mengadaka permainan seperti silangkata, “puzzle”, mencari benda yang tersembunyi melalui gambar yang tertentu dan sebagainya.

Hal ini dapat meneroka, memperkenal atau mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia ada atau bagi merancang untuk masa depan.

Page 102: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

3M merangkumi membaca, menulis dan mengira. Berdasarkan kamus dewan (2002), membaca merupakan memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandungannya; menulis bermaksud memcatatkan kata-kata denga huruf dan memakai alat tulis; manakala mengira adalah menghitungkan dan mempertimbangkan. Pendidikan 3M harus ditekankan untuk meningkatkan tahap pelajar dalam penguasaan RBT. Berdasarkan pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj, perlu melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah.

Page 103: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Kaedah pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi yang berbeza dapat meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid.

Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah.

Keperluan murid yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka menguasai kemahiran 3M ini melalui pengajaran pemulihan pada Tahap I (Tahun 1-3) ini.

Page 104: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting perlu diadakan bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka.

Selanjutnya, pemerhatian juga dilaksanakan untuk mendapati murid lemah 3M dikelompokkan dalam lima kategori, iaitu anak Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka yang sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau dungu.

Pencarian kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut kelompok perlu ditekankan oleh Kementerian Pelajaran kerana jika dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh diguna atau diaplikasikan kepada semua murid yang gagal menguasai 3M.

Setiap kelompok murid terbabit diberikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka dapat diatasi secara berperingkat.

Page 105: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Penggunaan alat muzik dalam proses P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu kerana alat muzik adalah perantara sesuai diguna pakai oleh guru bagi menarik tumpuan kelompok murid masyarakat minoriti itu terhadap pengajaran guru.

Page 106: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks).

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran RBT bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan perisian khusus dalam RBT melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar terhadap reka bentuk dan teknologi.

Kaedah mengajar RBT dengan menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint amat berkesan.

Page 107: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

Penggunaan multimedia mempunyai potensi dalam program tutorial di mana ia memberi sokongan kepada pelajar mempelajari mata pelajaran reka bentuk dan teknologi melalui penggunaan audio.

Selain itu, penggunaan animasi dan video dalam komputer dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks.

Guru-guru juga boleh menggunakan kaedah pengajaran dan penilaian pengurusan dalam komputer ( computer-managed assessent and instruction khasnya dalam persediaan program pengajaran individu, ujian skor dan mengawal tahap pencapaian pelajar dalam reka bentuk dan teknologi.

Page 108: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah

CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan.

Melalui E-pembelajaran pelajar RBT dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ini membolehkan guru dan pelajar untuk mengakses banyak bahan yang terdapat pada pelbagai.

Page 109: Fungsi PTV Dalam Pelaksanaan KHSR Sekolah Rendah