Futsal rizal

12
PERMAINAN BOLA SEPAK SEJARAH Sejarah mencatatkan bahawa manusia telah pun tertarik dengan pemainan-pemainan yang menggunakan bola dan kaki sejak dahulu kala lagi.Pelopor kepada bola sepak moden telah pun dimainkan di negara China seawall tahun 2000 sebelum Masehi. Bola sepak secara perlahan-lahan merebak ke Britain semasa abad pertengahan,yang mana pemainan hanya terhad kepada pesta-pesta tahunan.Askar-askar British kemudiannya menjadikan bola sepak sebagai kegiatan masa lapang. Melalui usaha penjajahan British pada abad ke-18dan19,bola sepak telah diperkenalkan ke seluruh pelusuk dunia. CARA BERMAIN BOLA SEPAK Permainan bola sepak dimainkan antara 2 pasukan,setiap pasukan mempunyai 11orang pemain,diatas kawasan padang.Pemainan rasmi mempunyai dua babak perlawanan iaitu 45minit untuk setiap babak.Seorang pemain daripada setiap pasukan ditugaskan sebagai penjaga gol yang mengawal pintu

Transcript of Futsal rizal

Page 1: Futsal rizal

PERMAINAN BOLA SEPAK

SEJARAH

Sejarah mencatatkan bahawa manusia telah pun tertarik dengan pemainan-

pemainan yang menggunakan bola dan kaki sejak dahulu kala lagi.Pelopor kepada bola

sepak moden telah pun dimainkan di negara China seawall tahun 2000 sebelum Masehi.

Bola sepak secara perlahan-lahan merebak ke Britain semasa abad pertengahan,yang

mana pemainan hanya terhad kepada pesta-pesta tahunan.Askar-askar British

kemudiannya menjadikan bola sepak sebagai kegiatan masa lapang.

Melalui usaha penjajahan British pada abad ke-18dan19,bola sepak telah diperkenalkan

ke seluruh pelusuk dunia.

CARA BERMAIN BOLA SEPAK

Permainan bola sepak dimainkan antara 2 pasukan,setiap pasukan mempunyai

11orang pemain,diatas kawasan padang.Pemainan rasmi mempunyai dua babak

perlawanan iaitu 45minit untuk setiap babak.Seorang pemain daripada setiap pasukan

ditugaskan sebagai penjaga gol yang mengawal pintu golnya.Penjaga gol boleh

memegang bola di dalam kawasan penaltinya.Kawasan ini adalah 70.4meter lebar dan

28.8meter lebar daripada garisan belakang (garisan gol).Pemain-pemain lain tidak boleh

menggunakan tangan atau lengan,dan mesti mengawalbola dengan menggunakan

kaki,badan atau kepala.Objektif pemainan ini ialah untuk menjaringkan gol yang

mungkin boleh didapati melalui tendangan atau tandukan ke dalam pintu gol

lawan.Setiap gol dikira satu mata.

Page 2: Futsal rizal

Susunan pemain adalah pelbagai.Kebanyakan sistem pemainan mempunyai empat orang

pertahanan,tiga atau empat orang pemain tengah ,dan dua atau tiga orang pemain

hadapan.Pemain boleh bergerak bebas dalam kawasan pemainan walaupun mempunyai

tanggungjawab tertentu dalam sistem pemainan mereka.

Lambungan duit syiling akan menentukan pasukan yang akan membuat sepak mula,aksi

pemain adalah berterusan.Jam dihentikan apabila gol dijaringkan atau mengikut kata

pengadil.Pemainan dimulakan semula oleh pasukan yang baru saja dibolosi gol.

Page 3: Futsal rizal

KEMAHIRAN PERTAHANAN SECARA INDIVIDU

Falsafah pertahanan dalam bolasepak ialah menanggung sedikit atau tiada risiko

langsung. Sedikit kesilapan perkiraan boleh mendatangkan gol kepada lawan. Sekiranya

pemain lawan menjaringkan gol, biarlah gol itu terhasil daripada usahanya sendiri dan

bukan kerana kelemahan anda.

Kawalan/ imbangan

-Berat badan tertumpu di atas bebola tapak kaki.

-Lutut dibengkokkan sedikit.

-Lengan di depan ke sisi.

Page 4: Futsal rizal

Menghampiri Bola.

-Buat agakan terhadap hantaran yanag akan diterima oleh pemain yang anda

awasi.

-Bergerak menghapiri lawan.

-Dekatkan jarak semasa bola dalam perjalanan.

-Perlahankan larian apabila hampir dengan lawan.

-Kekalkan kawalan badan dan imbangan.

Berdiri Cara Pertahanan.

-Postur membongkok

-Berat badan ditengah.

-Lengan berada di sisi.

-Kaki terkangkang lebih kurang selebar bahu.

-Berdiri dalam posisi bertingkat.

Page 5: Futsal rizal

-Tumpu pandangan pada bola.

Jarak mengawal.

- Buat penilaian keatas keupayaan lawan.

- Ambil kira kedudukan padang.

- Ambil kira posisi bola dalam hubungan dengan lawan.

- Ketatkan kawalan lawan jika berada dengan gol anda.

- Longgarkan kawalan lawan jika berada dalam kawasan lawan.

- Ketatkan kawalan jika bola berdekatan dengan lawan.

- Longgarkan kawalan jika bola berjauhan daripada lawan.

Page 6: Futsal rizal

Posisi Tepi gol.

-Tempatkan diri ditepi gol lawan.

-Tempat diri sebelah dalam daripada lawan.

-Bola dalam perhatian pada setiap masa.

Halang Daripada Berpusing.

-Kawalan ketat.

-Pandang pada bola.

-Kekalkan kawalan badan dan imbangan.

Sekatan.

-Lambatkan pergerakan kehadapan penggelecek.

-Jangan lalai atau terlalau gopoh.

Page 7: Futsal rizal

-Dorong penggelecek kegaris tepi.

-Dorong penggelecek ke rakan yang berhampiran.

Menakel Bola.

-Kekalkan kawalan badan dan imbangan.

-Tutup jarak kawalan.

-Tumpu pandangan pada bola.

-Kedudukan membongkok.

-Takel bola.

Latih tubi Pertahanan Secara Individu.

- Mendekatkan diri.

Berlatih dengan rakan(penyerang) dalam kawasan grid 10 x 10 meter.

Page 8: Futsal rizal

Anda sebagai pertahanan cuba rampas bola dari kawalan penyerang. Masa

dijalankan 10 saat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bergilir-gilir, 10 X –

seorang. Matlamat berjaya : 6 daripada 10 mata sebagai pertahanan.

- Satu lawan satu ke gol tengah.

-Kawasan grid 15 x 15 meter. Rakan anda mengawala bola dan anda bermain

sebagai pertahanan.

Sediakan satu kon ditengah-tengah grid sabagai gol.

Objektif nya : menghalang rakan anda daripada menggelecek menewaskan anda

dan kemudian menendang bola mengenai kon.

Aktiviti boleh dilakukan bergilir-gilir.

Masa : 5 minit.

Page 9: Futsal rizal

- Pertahankan garisan.

3 2

X B XA1

Berdiri di garis gol dengan bola ditengah dua tiang gol.

Hantar bola kepada rakan yang berdiri 25 meter daraipada gol. Bergerak segera

daripada garis gol sebaik sahaja selepas menghanatar bola dan berlagak sebagai

pemain pertahanan.

Rakan anda cuba menggelecek bola melepasi anda .

Anda mendapat 1 mata jika berjaya menakel dan merampas bola dan sebaliknya.

Ulang sebanyak 20 kali.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, pertahanan seseorang individu adalah amat penting dalam

permainan bola sepak untuk memastikan gol tidak dibolosi. Pertahanan seseorang

individu yang kuat boleh memberi tekanan kepada pihak lawan untuk menjaring gol,

sekaligus kita telah melemahkan strategi dan semangat pihak lawan untuk menjaring gol.