fv fgbghnhgn vghn

3
Bilangan jurnal : 1 Minggu praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 17 April 2015 Tajuk Jurnal : Penyesuaian Diri dan Masalah Tingkah Laku Murid 1. Masalah / Peristiwa Sepanjang satu minggu berada di sekolah ini, saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan sebaiknya dari sehari ke sehari. Ini penting supaya saya dapat bergaul baik dengan masyarakat di sekolah sepanjang tiga bulan menjalani praktikum di sini. Selain pentadbir, guru dan kakitangan sekolah saya juga telah menjalankan proses suai kenal dengan murid-murid yang akan saya ambil alih sepanjang tiga bulan menjalani latihan. Saya bakal mengambil satu kelas prasekolah iaitu Prasekolah Azalea dan kelas ini mempunyai seramai 27 orang murid yang berumur 6 tahun. Masalah yang saya ingin fokuskan adalah masalah tingkah laku. Saya melihat sesetengah murid prasekolah Dua yang saya ajar tidak mengambil perhatian semasa pembelajaran dan bercerita semasa membuat kerja yang ditugaskan oleh guru. Selain itu, ada juga murid yang suka bercerita dan berjalan ke tempat sudut lain semasa guru mengajar. Hal ini mengganggu pengajaran guru yang dijalankan.

description

dcfghjuk, cxzcsd

Transcript of fv fgbghnhgn vghn

Page 1: fv fgbghnhgn vghn

Bilangan jurnal : 1

Minggu praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 17 April 2015

Tajuk Jurnal : Penyesuaian Diri dan Masalah Tingkah Laku

Murid

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang satu minggu berada di sekolah ini, saya cuba untuk menyesuaikan diri

dengan sebaiknya dari sehari ke sehari. Ini penting supaya saya dapat bergaul baik

dengan masyarakat di sekolah sepanjang tiga bulan menjalani praktikum di sini.

Selain pentadbir, guru dan kakitangan sekolah saya juga telah menjalankan proses

suai kenal dengan murid-murid yang akan saya ambil alih sepanjang tiga bulan

menjalani latihan.

Saya bakal mengambil satu kelas prasekolah iaitu Prasekolah Azalea dan kelas

ini mempunyai seramai 27 orang murid yang berumur 6 tahun. Masalah yang saya

ingin fokuskan adalah masalah tingkah laku. Saya melihat sesetengah murid

prasekolah Dua yang saya ajar tidak mengambil perhatian semasa pembelajaran

dan bercerita semasa membuat kerja yang ditugaskan oleh guru. Selain itu, ada

juga murid yang suka bercerita dan  berjalan ke tempat sudut lain semasa guru

mengajar. Hal ini mengganggu pengajaran guru yang dijalankan. 

Page 2: fv fgbghnhgn vghn

2. Analisis

Oleh kerana ini adalah praktikum fasa pertama bagi saya, maka proses

penyesuaian diri berlaku dengan lebih lambat dan saya masih dalam proses

menyesuaikan diri dalam keadaan sekolah ini. Kerjasama yang baik dari semua

pihak juga melancarkan lagi pelbagai urusan yang perlu saya selesaikan pada

minggu pertama ini. Saya juga mendapati bahawa ini adalah sekolah yang paling

saya selesa setakat ini baik dari segi persekitaran mahupun warga sekolah. Saya

berasa sangat gembira kerana terasa seperti disambut dengan baik oleh warga

sekolah yang keseluruhannya sangat mesra dan sentiasa cuba membantu sebaik

mungkin.

Bagi masalah tingkah laku murid pula, saya telah mencuba kaedah dengan

memberi peneguhan positif kepada murid-murid. Dengan menggunakan kaedah ini

iaitu memberi pujian dan galakan apabila mereka berkelakukan baik, murid-murid

prasekolah ini boleh mendengar cakap guru. Secara keseluruhannya, hanya ada 3-4

orang murid sahaja yang perlu diberi perhatian yang lebih agar tumpuan mereka

tidak lari daripada pengajaran.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Dalam mengatasi masalah murid-murid prasekolah Azalea yang sedikit mempunyai

masalah tingkah laku ini, guru perlu banyak menggunakan kaedah peneguhan

positif. Salah satunya adalah sistem token. Dengan cara ini, ianya dapat

memotivasikan murid untuk belajar dan mendisiplinkan murid. Melalui sistem token

ini juga, murid-murid akan berlumba-lumba untuk menambahkan jumlah token

mereka dengan menunjukkan kelakukan yang baik dan diingini oleh guru.

Jika cara menangani masalah tingkah laku ini masih berlaku, guru akan

mempelbagaikan bahan rangsangan dalam pengajaran seperti bahan bantu

mengajar yang menarik serta strategi dan teknik pengajaran yang pelbagai.

Pemerhatian terhadap tingkah laku murid akan dijalankan dari semasa ke semasa

Page 3: fv fgbghnhgn vghn

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh kurang daripada sebulan iaitu

sebelum saya menghabiskan praktikum fasa 1 ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :