Gadis Jadi ‘Bos’ Termuda

1

Click here to load reader

description

Gadis jadi ‘bos’ termuda.pdf

Transcript of Gadis Jadi ‘Bos’ Termuda

Page 1: Gadis Jadi ‘Bos’ Termuda

Jakarta: Seorang gadis berusia 23 tahun menjadi ketua polis sektor wanita termuda

selepas dilantik mengetuai Candisari di Kota Semarang.

Inspektor Satu Dhayita Daneswari mengaku menanam hasrat menjadi anggota polis sejak

kecil lagi kerana mahu melindungi dan memberi khidmat terbaik untuk masyarakat

sekelilingnya.

“Pada saya tugas polis terlalu mulia, sentiasa diperlukan dan dicari anggota masyarakat.

“Keluarga juga tahu mengenai impian saya ini sejak kecil, terutama abang yang juga

bertugas sebagai tentera. Dia yang paling banyak menyuntik semangat untuk saya

mengejar cita-cita ini,” katanya.

Katanya, ibu bapanya juga menggalakkannya menjadi anggota polis sehingga berjaya

dilantik ke jawatan itu pada usia 23 tahun selepas enam tahun.

Dia kini mengetuai 30 anggota yang rata-rata jauh berusia berbandingnya, namun tidak

menganggap itu satu kesukaran.

“Paling penting adalah untuk menjalankan tugas dengan sopan serta saling hormat,”

katanya - Agensi