Gah! Malaysia Kita - SIM – Singapore Institute of ... BM Pg 14.pdf · terus menjalankan tugas...

1
Demi maruah manusia sanggup berdiam walaupun kebatilan amat nyata berleluasalah kebatilan... Banyak yang jadi mangsa tanpa pembelaan yang wajar apabila mangsa membela diri tiada siapa yang mengerti maka mangsa jadi mangsa ketidakadilan lagi Begitulah seterusnya... Kebatilan masih berleluasa Ilmu tinggi menggunung iman makin menebal amalan bak rantai tak putus tetapi manusia masih tidak mampu tidak mampu menegakkan kebenaran menghapuskan kebatilan Ini semua kerana maruah sedangkan maruah itu sudah lama tercemar apa yang hendak dijaga lagi Begitulah seterusnya... Kebatilan masih berleluasa KHAZIAH YEM Tika beramal harapkan upah Erti bakti segerah punah Bumi dipijak turut marah Tinggallah badan menanggung lelah Badan yang lelah mudah tergoda Dalam ibadat tiada makna Bulan bintang turut berduka Mengenang kita buka neraka Agar amalan tetap berguna Abdikan diri disuci himmah Sehening sujud rabiyal a’la Sesyahdu mentari di telaga Pabila amalan tepat tujuan Bulan bintang mesra salaman Buat mentari perdamaian Dalam dakapan haliqul ’alam E.F. KAMALUDIN Aku daif meruntuhkan tembok angkuh mencabut tebu di bibir membakar ego menutup tirai aibmu Aku kerdil menerjah istana damai mengocak kolam bahagia mengotori suci cinta atau khianat janji mulukmu Aku jahil cahaya kebenaran tak secerah matahari suluh kau pada keikhlasan bawa kau pada kedamaian sedarkah kau pada kenyataan kerana aku ada daif kerdil juga jahil bagai anak jalanan sepertimu menumpang teduh di langit Tuhan sentiasa pasrah ketentuan-Nya reda kurnia-Nya mencari keampunan-Nya HAMDAN NAIM TUNGGU! Tunggu! Tunggu! Tunggu, aku hendak ikut! Aku hendak ikut! Tunggu! “Tidak boleh, pak cik. Kapal sudah berlepas. Pak cik sudah terlambat.” Laungan azan mendayu-dayu. Muazin yang meng- gunakan mikrofon untuk melaungkan panggilan suci itu terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan ke- padanya. Marilah mendirikan solat! Marilah mendirikan solat! Marilah menuju kejayaan! Marilah menuju kejayaan! Tiada seorang pun daripada mereka yang berpu- luh-puluh ribu itu mencari paip untuk berwuduk. Keba- nyakan mereka menangis dan melambai-lambai kepada penumpang kapal, yang perlahan-lahan ditarik oleh bot tolak, meninggalkan dermaga. Kapal haji itu, Malaysia Kita, akan meninggalkan Pelabuhan Tanjung Pagar, menuju Jeddah. Mentari bulan Mei 1972 terus bersinar riang. Kapal Malaysia Kita, yang dahulunya dikenali sebagai Viet- nam, perlahan-lahan meninggalkan Pelabuhan Tanjung Pagar, meninggalkan Singapura, menuju Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, belayar di Lautan Hin- di, singgah di Colombo dan Aden, sebelum berlabuh di Pelabuhan Jeddah, Arab Saudi. Dalam perut kapal haji itu nanti akan termuat 1,500 jemaah dari Singapura dan Malaysia. Tunggu! Tunggu! Tunggu! Aku hendak ikut! Aku sudah sedar! Aku sudah insaf! Aku hendak bertaubat! Tunggu! Manusia yang beribu-ribu itu tidak mempedulikan Sapuan, yang mula menangis teresak-esak. Bukan Sapuan seorang sahaja yang menangis di situ. Mereka pilu mendengar seruan azan yang diilhamkan oleh Abdullah Said pada zaman Rasulullah. Sedang Nabi Muhammad memikirkan cara terbaik memanggil orang mendirikan solat, Abdullah Said menceritakan kepada baginda akan mimpinya. Bilal bin Rabah pun dipanggil untuk melaungkan azan pertama dalam sejarah Islam. Tunggu! Tunggu! Aku sedar aku kaya! Aku sedar aku selalu sakit! Apa guna harta penuh satu dunia tetapi badan tidak sihat! Apa guna aku selalu terlantar sakit di atas katil walau- pun harta penuh satu bilik! Tunggu! Tunggu! Aku mahu melihat Kaabah! Seruan Sapuan ditenggelami suara azan yang men- dayu-dayu itu. Suara merdu muazin yang dibawakan dari Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Bla- ngah. “Sudahlah, pak cik. Kapal sudah berlepas. Pak cik boleh pergi haji tahun hadapan. Kapal tidak boleh tung- gu lagi, pak cik.” “Aku mesti pergi tahun ini. Aku mesti pergi tahun ini. Aku banyak buat dosa. Aku banyak buat dosa. Aku hendak bertaubat. Aku hendak jumpa Tuhan! Aku hendak jumpa Allah!” “Allah berada di mana-mana, pak cik.” “Tidak, tidak, tidak! Engkau tidak faham. Engkau budak lagi! Aku hendak jumpa Allah! Aku banyak buat dosa! Aku hendak bertaubat! Tunggu! Tunggu! Tung- gu!” Ghazali memerhatikan sahaja gelagat Sapuan. Sapuan tiba di pelabuhan itu sehelai sepinggang. Tiada apa-apa yang dibawanya. Dan sekarang dia melaung- laung ingin naik kapal dan tunaikan haji! Orang ramai mula mengemas dan membersihkan kawasan yang ber- himpun sejak dari subuh lagi. Pihak pelabuhan menyedi- akan banyak tong sampah pada hari itu. Begitulah keadaan Pelabuhan Tanjung Pagar setiap kali tiba musim haji. Setiap kali pintu pagar dibuka untuk orang ramai menghantar bakal-bakal haji, perhimpunan manu- sia itu bagai berpesta. Berlakulah peluk-pelukan, salam- salaman, tangis-tangisan. “Pak cik, Tuhan dengar permintaan pak cik. Pasti Tuhan akan beri peluang kepada pak cik untuk tunaikan haji pada tahun hadapan. Bersabarlah pak cik, bersa- bar.” Kapal haji milik Great Malaysian Lines yang panjang- nya 163.6 meter itu terus belayar, satu pelayaran yang jauh, membawa insan-insan yang dipanggil Ilahi ke ru- mah-Nya. Bersujud di hadapan Kaabah, yang selama ini menjadi kiblat solat mereka. Akan menangiskah mere- ka? Akan meraungkah mereka seperti Sapuan? Akan kembalikah mereka? Atau mereka tidak akan kembali, pergi untuk selama-lama di bumi baginda Rasulullah. Entah mengapa, sejak tiga bulan kebelakangan ini, perangai Sapuan banyak berubah. Selalunya dia me- mandu kereta besarnya, melintasi masjid yang tidak jauh dari banglonya dalam perjalanan ke tempat kerja. Pu- lang dari kerja, dia memandu sekali lagi melintasi masjid itu. Dia tidak pernah berhenti di masjid itu untuk mendi- rikan solat. Maaf, ada sekali, untuk buang air besar kera- na tidak tertahan. Malam harinya, Sapuan menghadap peti televisyen. Hampir semua rancangan ditontoninya. Suara azan yang keluar daripada radio Cik Siti Kamilah, orang gajinya, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mungkin perangainya berubah setelah mendengar berita kematian kawan baiknya, kawan sekolah, kawan niaga, kawan bermain golf. Kawannya, Maasod, mening- gal dunia setelah diserang penyakit jantung. Dia diserang semasa bermain golf di Bukit Timah dan disahkan me- ninggalkan dunia di Hospital Alexandra. Mungkin. Maa- sod dengannya sebaya, 44 tahun. Sapuan berada di upacara pengebumian Maasod di Pusara Aman. Di situlah dia berkenalan dengan Ustaz Hakeem. Ustaz Hakeem, imam Masjid Telok Blangah, mempelawa Sapuan menjadi relawan di masjid itu. En- tah mengapa, Sapuan bersetuju, dengan pusara Maasod menjadi saksi. Dalam pertemuan seterusnya di Masjid Telok Bla- ngah, Ustaz Hakeem, 48 tahun, mengingatkan orang kaya Sapuan: “Ingatlah tiga perkara, Tuan. Dari mana kita datang? Kenapa kita didatangkan? Ke mana kita akan pergi? Apa- bila kita berjaya menjadikan diri kita bermanfaat kepada orang lain, maka kehidupan kita akan menjadi lebih ber- makna dan bahagia. Apabila kita bermanfaat kepada or- ang lain, maka masyarakat akan menyukai kita. Malah peluang untuk kita berubudiyyah kepada Allah akan menjadi lebih luas. Kita juga berpeluang besar menyebar- kan Islam melalui peribadi kita.” Sapuan mendengar nasihat Ustaz Hakeem dengan hati yang pilu. Pilu akan pemergian kawannya. Pilu akan kehidupannya selama ini. Pilu kerana hidup dalam keakuan selama ini. Semasa kecil dia belajar agama. Se- masa remaja dia mulai mengabaikan agama. Apabila de- wasa dia tidak menghiraukan agama. Yang dia hiraukan – wang, wang, wang. Hidup dan matinya seolah-olah ke- rana wang. **** Ghazali menegur: “Lagipun, pak cik tidak boleh naik kapal haji itu ka- lau pak cik belum daftar. Kapal ini bukan kapal makan angin, pak cik. Pak cik harus daftar setahun sebelum ber- angkat.” “Terima kasih, anak. Ambillah ini,” Sapuan menghu- lurkan sampul surat yang agak tebal. “Apa ini, pak cik?” “Ambillah, buat belanja, buat belajar. Pak cik sede- kah.” Ghazali mengambil sampul surat itu dan memasuk- kannya ke dalam saku kanan seluarnya yang lusuh. “Anak buat apa di sini?” “Saya tolong orang angkat barang, pak cik, dapat ju- ga beberapa ringgit.” “Bukankah tong-tong sahara itu berat belaka?” “Memang berat, pak cik. Kami angkat berempat.” “Anak masih bersekolah?” “Masih, pak cik. Menengah tiga, Sekolah Menengah Gan Eng Seng.” “Bagus sekolah itu. Belajarlah setinggi mungkin. Ting- gal di mana?” “Saya tinggal di Kampung Baru, pak cik. Insya-Allah, saya akan belajar rajin-rajin.” “Anak mahu jadi apa?” “Saya mahu jadi manusia yang berguna kepada bang- sa dan negara.” **** “Mak! Mak!” “Apa Ghazali? Mengapa pekik-pekik?” “Sampul surat ini, mak! Tengok apa isinya!” “Siapa yang beri kamu?” “Pak cik yang ketinggalan kapal haji siang tadi.” “Tertinggal kapal haji? Dia lambat datangkah?” “Tidak, mak. Dia belum daftar, mana boleh pergi.” “Apa isi sampul surat itu?” “Cuba mak kira... dua ribu ringgit!” Air mata jernih bertakung di kedua-dua mata Puan Norjahan. Ibu tunggal itu melakukan sujud syukur. Ghazali menghampiri ibunya lalu memeluknya. Impian- nya untuk menjadi manusia berguna kepada bangsa dan negara tidak akan tersekat. Pembelajarannya ke puncak gunung ilmu terasa ringan. Kapal haji Malaysia Kita sudah berada jauh di samu- dera. Hajat Sapuan tidak kesampaian. Hajatnya mening- galkan sifat keakuan, dikabulkan Tuhan! Agar amalan tetap berguna Demi Maruah Ibu ke mana langkahmu kini? puas sudah kujejaki tiada kaumeninggalkan bekas kamar rinduku kini tiada bertepi. kutatap ke lekung langit mungkin bertatahkan wajahmu agar bisa kujenguk senyummu. irama duniaku bernada sepi kini kamar kerinduan itulah syurgaku masih bersenandungkan kidung rindu. Pelabuhan rindu telah merantai laluanku hati tidak juga terubati menjilid kepingan hati yang penuh ilusi menyentuh luka menahan pedih. Di hujung tasik rindu kubiarkan saja angin semilir berlalu rinduku masih dalam bayangan sendu biarkan saja kuterus dibuai lena di ampaian rindu selaut kasih akan kekal di nubari menjadi kurnia balasan kesabaranku. FARIDAH TAIB Malaysia Kita Ridhwan Anuar ialah nama pena Anuar Othman. Beliau lahir di Pulau Brani, Singapura. Anuar menghasilkan sajak, cerpen, novel, skrip televisyen dan radio, esei sastera, ulasan buku serta lirik lagu. Beliau telah memenangi beberapa sayembara penulisan setempat termasuk Pena Emas. Setakat ini beliau menghasilkan 11 buku. Kini, beliau sedang melanjutkan pendidikan di UniSIM bagi mendapatkan ijazah Bahasa dan Sastera Melayu. Anuar juga mengajar penulisan kreatif di sekolah-sekolah di Singapura menerusi syarikatnya, Akademi Anuar Othman. Bukan Aku Kamar Rindu SAJAK CERPEN KARYA Ridhwan Anuar BIODATA PENULIS 14 Berita Minggu | 15 September 2013 Gah!

Transcript of Gah! Malaysia Kita - SIM – Singapore Institute of ... BM Pg 14.pdf · terus menjalankan tugas...

Page 1: Gah! Malaysia Kita - SIM – Singapore Institute of ... BM Pg 14.pdf · terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan ke-padanya. ... Setiap kali pintu pagar dibuka untuk orang ...

Demi maruahmanusia sanggup berdiamwalaupun kebatilan amat nyataberleluasalah kebatilan...

Banyak yang jadi mangsatanpa pembelaan yang wajarapabila mangsa membela diritiada siapa yang mengertimaka mangsa jadi mangsa ketidakadilan lagi

Begitulah seterusnya...Kebatilan masih berleluasa

Ilmu tinggi menggunungiman makin menebalamalan bak rantai tak putustetapi manusia masih tidak mamputidak mampu menegakkan kebenaranmenghapuskan kebatilan

Ini semua kerana maruahsedangkan maruah itu sudah lama tercemarapa yang hendak dijaga lagi

Begitulah seterusnya...Kebatilan masih berleluasa

KHAZIAH YEM

Tika beramal harapkan upahErti bakti segerah punahBumi dipijak turut marahTinggallah badan menanggung

lelah

Badan yang lelah mudahtergoda

Dalam ibadat tiada maknaBulan bintang turut berdukaMengenang kita buka neraka

Agar amalan tetap bergunaAbdikan diri disuci himmahSehening sujud rabiyal a’laSesyahdu mentari di telaga

Pabila amalan tepat tujuanBulan bintang mesra salamanBuat mentari perdamaianDalam dakapan haliqul ’alam

E.F. KAMALUDIN

Aku daifmeruntuhkan tembok angkuhmencabut tebu di bibirmembakar egomenutup tirai aibmu

Aku kerdilmenerjah istana damaimengocak kolam bahagiamengotori suci cintaatau khianat janji mulukmu

Aku jahilcahaya kebenarantak secerah mataharisuluh kau pada keikhlasanbawa kau pada kedamaiansedarkah kau pada kenyataankerana akuada daif kerdil juga jahilbagai anak jalanansepertimumenumpang teduh di langit Tuhansentiasa pasrah ketentuan-Nyareda kurnia-Nyamencari keampunan-Nya

HAMDAN NAIM

TUNGGU!Tunggu!Tunggu!Tunggu, aku hendak ikut!Aku hendak ikut!Tunggu!“Tidak boleh, pak cik. Kapal sudah berlepas. Pak cik

sudah terlambat.”Laungan azan mendayu-dayu. Muazin yang meng-

gunakan mikrofon untuk melaungkan panggilan suci ituterus menjalankan tugas yang telah diamanahkan ke-padanya.

Marilah mendirikan solat!Marilah mendirikan solat!Marilah menuju kejayaan!Marilah menuju kejayaan!Tiada seorang pun daripada mereka yang berpu-

luh-puluh ribu itu mencari paip untuk berwuduk. Keba-nyakan mereka menangis dan melambai-lambai kepadapenumpang kapal, yang perlahan-lahan ditarik oleh bottolak, meninggalkan dermaga. Kapal haji itu, MalaysiaKita, akan meninggalkan Pelabuhan Tanjung Pagar,menuju Jeddah.

Mentari bulan Mei 1972 terus bersinar riang. KapalMalaysia Kita, yang dahulunya dikenali sebagai Viet-nam, perlahan-lahan meninggalkan Pelabuhan TanjungPagar, meninggalkan Singapura, menuju PelabuhanKlang, Pelabuhan Pulau Pinang, belayar di Lautan Hin-di, singgah di Colombo dan Aden, sebelum berlabuh diPelabuhan Jeddah, Arab Saudi. Dalam perut kapal hajiitu nanti akan termuat 1,500 jemaah dari Singapura danMalaysia.

Tunggu!Tunggu!Tunggu!Aku hendak ikut!Aku sudah sedar!Aku sudah insaf!Aku hendak bertaubat!Tunggu!Manusia yang beribu-ribu itu tidak mempedulikan

Sapuan, yang mula menangis teresak-esak. BukanSapuan seorang sahaja yang menangis di situ. Merekapilu mendengar seruan azan yang diilhamkan olehAbdullah Said pada zaman Rasulullah. Sedang NabiMuhammad memikirkan cara terbaik memanggil orangmendirikan solat, Abdullah Said menceritakan kepadabaginda akan mimpinya. Bilal bin Rabah pun dipanggiluntuk melaungkan azan pertama dalam sejarah Islam.

Tunggu!Tunggu!Aku sedar aku kaya!Aku sedar aku selalu sakit!Apa guna harta penuh satu dunia tetapi badan tidak

sihat!Apa guna aku selalu terlantar sakit di atas katil walau-

pun harta penuh satu bilik!Tunggu!Tunggu!Aku mahu melihat Kaabah!Seruan Sapuan ditenggelami suara azan yang men-

dayu-dayu itu. Suara merdu muazin yang dibawakandari Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Bla-ngah.

“Sudahlah, pak cik. Kapal sudah berlepas. Pak cikboleh pergi haji tahun hadapan. Kapal tidak boleh tung-gu lagi, pak cik.”

“Aku mesti pergi tahun ini. Aku mesti pergi tahun ini.Aku banyak buat dosa. Aku banyak buat dosa. Akuhendak bertaubat. Aku hendak jumpa Tuhan! Akuhendak jumpa Allah!”

“Allah berada di mana-mana, pak cik.”“Tidak, tidak, tidak! Engkau tidak faham. Engkau

budak lagi! Aku hendak jumpa Allah! Aku banyak buatdosa! Aku hendak bertaubat! Tunggu! Tunggu! Tung-gu!”

Ghazali memerhatikan sahaja gelagat Sapuan.Sapuan tiba di pelabuhan itu sehelai sepinggang. Tiadaapa-apa yang dibawanya. Dan sekarang dia melaung-laung ingin naik kapal dan tunaikan haji! Orang ramai

mula mengemas dan membersihkan kawasan yang ber-himpun sejak dari subuh lagi. Pihak pelabuhan menyedi-akan banyak tong sampah pada hari itu. Begitulahkeadaan Pelabuhan Tanjung Pagar setiap kali tibamusim haji. Setiap kali pintu pagar dibuka untuk orangramai menghantar bakal-bakal haji, perhimpunan manu-sia itu bagai berpesta. Berlakulah peluk-pelukan, salam-salaman, tangis-tangisan.

“Pak cik, Tuhan dengar permintaan pak cik. PastiTuhan akan beri peluang kepada pak cik untuk tunaikanhaji pada tahun hadapan. Bersabarlah pak cik, bersa-bar.”

Kapal haji milik Great Malaysian Lines yang panjang-nya 163.6 meter itu terus belayar, satu pelayaran yang

jauh, membawa insan-insan yang dipanggil Ilahi ke ru-mah-Nya. Bersujud di hadapan Kaabah, yang selama inimenjadi kiblat solat mereka. Akan menangiskah mere-ka? Akan meraungkah mereka seperti Sapuan? Akankembalikah mereka? Atau mereka tidak akan kembali,pergi untuk selama-lama di bumi baginda Rasulullah.

Entah mengapa, sejak tiga bulan kebelakangan ini,perangai Sapuan banyak berubah. Selalunya dia me-mandu kereta besarnya, melintasi masjid yang tidak jauhdari banglonya dalam perjalanan ke tempat kerja. Pu-lang dari kerja, dia memandu sekali lagi melintasi masjiditu. Dia tidak pernah berhenti di masjid itu untuk mendi-rikan solat. Maaf, ada sekali, untuk buang air besar kera-na tidak tertahan. Malam harinya, Sapuan menghadappeti televisyen. Hampir semua rancangan ditontoninya.

Suara azan yang keluar daripada radio Cik Siti Kamilah,orang gajinya, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Mungkin perangainya berubah setelah mendengarberita kematian kawan baiknya, kawan sekolah, kawanniaga, kawan bermain golf. Kawannya, Maasod, mening-gal dunia setelah diserang penyakit jantung. Dia diserangsemasa bermain golf di Bukit Timah dan disahkan me-ninggalkan dunia di Hospital Alexandra. Mungkin. Maa-sod dengannya sebaya, 44 tahun.

Sapuan berada di upacara pengebumian Maasod diPusara Aman. Di situlah dia berkenalan dengan UstazHakeem. Ustaz Hakeem, imam Masjid Telok Blangah,mempelawa Sapuan menjadi relawan di masjid itu. En-tah mengapa, Sapuan bersetuju, dengan pusara Maasodmenjadi saksi.

Dalam pertemuan seterusnya di Masjid Telok Bla-ngah, Ustaz Hakeem, 48 tahun, mengingatkan orangkaya Sapuan:

“Ingatlah tiga perkara, Tuan. Dari mana kita datang?Kenapa kita didatangkan? Ke mana kita akan pergi? Apa-bila kita berjaya menjadikan diri kita bermanfaat kepadaorang lain, maka kehidupan kita akan menjadi lebih ber-makna dan bahagia. Apabila kita bermanfaat kepada or-ang lain, maka masyarakat akan menyukai kita. Malahpeluang untuk kita berubudiyyah kepada Allah akanmenjadi lebih luas. Kita juga berpeluang besar menyebar-kan Islam melalui peribadi kita.”

Sapuan mendengar nasihat Ustaz Hakeem denganhati yang pilu. Pilu akan pemergian kawannya. Pilu akankehidupannya selama ini. Pilu kerana hidup dalamkeakuan selama ini. Semasa kecil dia belajar agama. Se-masa remaja dia mulai mengabaikan agama. Apabila de-wasa dia tidak menghiraukan agama. Yang dia hiraukan– wang, wang, wang. Hidup dan matinya seolah-olah ke-rana wang.

****Ghazali menegur:“Lagipun, pak cik tidak boleh naik kapal haji itu ka-

lau pak cik belum daftar. Kapal ini bukan kapal makanangin, pak cik. Pak cik harus daftar setahun sebelum ber-angkat.”

“Terima kasih, anak. Ambillah ini,” Sapuan menghu-lurkan sampul surat yang agak tebal.

“Apa ini, pak cik?”“Ambillah, buat belanja, buat belajar. Pak cik sede-

kah.”Ghazali mengambil sampul surat itu dan memasuk-

kannya ke dalam saku kanan seluarnya yang lusuh.“Anak buat apa di sini?”“Saya tolong orang angkat barang, pak cik, dapat ju-

ga beberapa ringgit.”“Bukankah tong-tong sahara itu berat belaka?”“Memang berat, pak cik. Kami angkat berempat.”“Anak masih bersekolah?”“Masih, pak cik. Menengah tiga, Sekolah Menengah

Gan Eng Seng.”“Bagus sekolah itu. Belajarlah setinggi mungkin. Ting-

gal di mana?”“Saya tinggal di Kampung Baru, pak cik. Insya-Allah,

saya akan belajar rajin-rajin.”“Anak mahu jadi apa?”“Saya mahu jadi manusia yang berguna kepada bang-

sa dan negara.”****

“Mak! Mak!”“Apa Ghazali? Mengapa pekik-pekik?”“Sampul surat ini, mak! Tengok apa isinya!”“Siapa yang beri kamu?”“Pak cik yang ketinggalan kapal haji siang tadi.”“Tertinggal kapal haji? Dia lambat datangkah?”“Tidak, mak. Dia belum daftar, mana boleh pergi.”“Apa isi sampul surat itu?”“Cuba mak kira... dua ribu ringgit!”Air mata jernih bertakung di kedua-dua mata Puan

Norjahan. Ibu tunggal itu melakukan sujud syukur.Ghazali menghampiri ibunya lalu memeluknya. Impian-nya untuk menjadi manusia berguna kepada bangsa dannegara tidak akan tersekat. Pembelajarannya ke puncakgunung ilmu terasa ringan.

Kapal haji Malaysia Kita sudah berada jauh di samu-dera. Hajat Sapuan tidak kesampaian. Hajatnya mening-galkan sifat keakuan, dikabulkan Tuhan!

Agar amalantetap berguna

Demi Maruah

Ibu ke mana langkahmu kini?puas sudah kujejakitiada kaumeninggalkan bekaskamar rinduku kini tiada bertepi.

kutatap ke lekung langitmungkin bertatahkan wajahmuagar bisa kujenguk senyummu.

irama duniaku bernada sepi kinikamar kerinduan itulah syurgakumasih bersenandungkan kidung rindu.

Pelabuhan rindu telah merantailaluanku

hati tidak juga terubatimenjilid kepingan hati yang penuh

ilusimenyentuh luka menahan pedih.

Di hujung tasik rindukubiarkan saja angin semilir berlalurinduku masih dalam bayangan sendubiarkan saja kuterus dibuai lena di

ampaian rinduselaut kasih akan kekal di nubarimenjadi kurnia balasan kesabaranku.

FARIDAH TAIB

Malaysia Kita

Ridhwan Anuar ialah nama pena Anuar Othman. Beliau lahir di PulauBrani, Singapura.

Anuar menghasilkan sajak, cerpen, novel, skrip televisyen danradio, esei sastera, ulasan buku serta lirik lagu.

Beliau telah memenangi beberapa sayembara penulisan setempattermasuk Pena Emas. Setakat ini beliau menghasilkan 11 buku.

Kini, beliau sedang melanjutkan pendidikan di UniSIM bagimendapatkan ijazah Bahasa dan Sastera Melayu.

Anuar juga mengajar penulisan kreatif di sekolah-sekolah diSingapura menerusi syarikatnya, Akademi Anuar Othman.

Bukan Aku

Kamar Rindu

SAJAK

CERPEN KARYARidhwan Anuar

BIODATA PENULIS

14 Berita Minggu | 15 September 2013

Gah!