Gajet

7

Click here to load reader

Transcript of Gajet

Page 1: Gajet

GAJET

Semasa berada di rumah kita dapat menggunakan pelbagai perkakas dan peralatan yang ada di rumah bagi melicinkan urusan di rumah. Walau bagaimanapun semua perkakasan ini tidak dapat dibawa semasa berada di khemah.

Oleh yang demikian alat ganti terpaksa direka khas semasa berada disepanjang perkhemahan bagi memudahkan kita. Alat-alat gantian ini dalam pergerakan pengakap dikenali sebagai GAJET.

Gajet yang dibuat dalam perkhemahan pengakap selalu dinilai dari segi buatan dan kegunaannya. Markah akan diberi kepada kumpulan yang dapat menghasilkan paling banyak gajet serta kemas buatannya. Kumpulan yang berjaya dikira sebagai kumpulan yang paling kreatif.

FAEDAH MEMBUAT GAJET

1. Menggalakkan seseorang itu berfikiran lebih kreatif dalam menghasilkan peralatan yang diperlukan

2. Menguji keupayaan seseorang atau ahli pengakap dalam mempraktikkan kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari

3. Menanam semangat berkerjasama dalam sesbuah kumpulan untuk menyiapkan gajet dalam tempoh masa yang singkat

4. Mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli yang menyertai perkhemahan

CARA-CARA PEMBINAAN GAJET

1. Gajet-gajet yang dibina mesti mempunyai cirri-ciri yang tersendiri. Pembinaannya pula perlu mengikut kesesuaian tempat serta bilangan peserta yang menggunakannya.

2. Gajet yang baik adalah gajet yang dibina dengan cara yang paling ringkas , kuat serta senang dirobohkan.

3. Lokasi gajet ditentukan kepada 3 bahagian;

Mahfodz A M Page 1 Gajet

Page 2: Gajet

3.1 hadapan perkhemahan,3.2 dalam khemah, dan3.3 belakang / dapur khemah

4. Gajet di hadapan perkhemahan, di antaranya:

4.1 Papan kenyataan.

4.2 Kotak surat4.3 Tiang bendera4.4 Buaian4.5 Penyapu4.6 Tempat meletak barang tajam4.7 Tempat meletak kasut4.8 Tempat meletak kain (ampaian)4.9 Meja solek dan lain-lain.

Mahfodz A M Page 2 Gajet

Page 3: Gajet

Mahfodz A M Page 3 Gajet

Page 4: Gajet

Mahfodz A M Page 4 Gajet

Page 5: Gajet

5. Gajet dalam khemah agak terhad, umpamanya

5.1 Penyangkut baju5.2 Tempat lilin / lampu dan sebagainya

6. Gajet bahagian dapur / belakang, di antaranya

6.1 Pangkin/ tempat duduk / kerusi / meja6.2 Tempat menyimpan makanan6.3 Penyepit kayu6.4 Tempat menyimpan perkakas Dapur6.5 Dapur6.6 Lubang sampah kering dan basah6.7 Bekas alat mandi

Mahfodz A M Page 5 Gajet

Page 6: Gajet

6.8 Bilik air dan tandas

Tempat Menimpan Perkakas Tajam

Mahfodz A M Page 6 Gajet

Page 7: Gajet

Tempat menyimpan Perkakas Dapur

Tempat menyimpan Bahan Makanan

Mahfodz A M Page 7 Gajet