Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

download Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

of 18

Transcript of Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    1/18

    PROSESPEMBENTUKANPERLEMBAGAAN

    MALAYSIA

    Afiq

    Idris

    Ikhwan

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    2/18

    PENGENALAN

    Konsep perlembagaan secara umumnya merujuk

    kepada satu dokumen yang mengandungi

    himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-

    prinsip asas yang dianggap penting untuk

    pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara

    Perlembagaan menyatakan secara jelas

    pembahagian kuasa antara semua badan dengan

    institusi yang terlibat dengan pemerintahan dan

    pentadbiran negara itu, serta bagaimana kuasatersebut dilaksanakan.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    3/18

    JENISPERLEMBAGAAN

    Perlembagaan bertulis: undang-undangperlembagaan yang dikumpul dan disusun dalamsatu kanun atau naskhah. Perlembagaan jenis inisukar dipinda, kecuali wujud peruntukan tertentu

    dalam perlembagaan itu yang membolehkanpindaan tersebut dilakukan.

    Perlembagaan tidak bertulis: perlembagaan yangsemua prinsip undang-undang perlembagaan tidakterkumpul dalam satu kaknun atau naskhah, tetapi

    terkandung dalam adat resam dan tradisi,keputusan mahkamah, akta Parlimen danpandangan para ilmuan undang-undang yangterkemuka. Contoh negara ialah United Kingdom

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    4/18

    PERANANPERLEMBAGAAN

    Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara

    Membataskan bidang kuasa pemerintah

    Menetapkan bentuk sistem kerajaan yang

    diamalkan Menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada

    rakyat

    Perlembagaan digubal untuk menjadi panduan

    tentang corak pemerintahan, sistem politik danpentadbiran negara, serta memberikan jaminan

    perlindungan kepada rakyat.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    5/18

    PROSESKEPADAPEMBENTUKAN

    PERLEMBAGAANMALAYSIA

    Cadangan Suruhanjaya Reid 1956

    Memorandum Perikatan dan Tolak Ansur antara

    Kaum (1956-1957)

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    6/18

    CADANGANSURUHANJAYAREID1956

    Sebagai usaha ke arah kemerdekaan Tanah

    Melayu, kerajaan British telah menubuhkan sebuah

    suruhanjaya khas pada bulan Mac 1956 untuk

    merangka satu perlembagaan baharu bagi

    Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.Suruhanjaya itu dikenali sebagai Suruhanjaya Reid.

    Dipengerusikan oleh Lord Reid dari Britain dan

    dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dari

    negara-negara Komanwel iaitu Sir Ivor Jennings,Sir William Mckell, Hakim B. Malik dan Hakim Abdul

    Hamid

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    7/18

    Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untukmenggubal satu perlembagaan bagi Persekutuan

    Tanah Melayu yang merdeka. Perlembagaan adalah berdasarkan syarat-syarat

    berikut:

    1. Membentuk sebuah negara persekutuan dengankerajaan pusat yang kuat

    2. Mengekalkan hak dan kedudukan raja-rajaMelayu sebagai pemerintah berlembagaan dinegeri masing-masing

    3. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu

    serta hak-hak yang sah kaum-kaum yang lain4. Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang

    seragam

    5. Menubuhkan sebuah negara yang berasaskanprinsip-prinsip demokrasi

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    8/18

    MEMORANDUMPERIKATANDANTOLAKANSUR

    ANTARAKAUM 1956-1957

    Suruhanjaya Reid telah menerima 131

    memorandum secara bertulis yang mewakili

    pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.

    Dua memorandum yang amat penting dalam

    mempengaruhi penggubalan Perlembagaan

    Persekutuan ialah memorandum daripada

    Perikatan dan raja-raja Melayu.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    9/18

    Dua ciri penting yang terkandung dalam

    Memorandum Parti Perikatan ialah pengekalan 4

    unsur tradisi Melayu yang diwarisi dari zaman

    prapenjajahan, iaitu institusi beraja, agama Islam,

    bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang

    Melayu yang diimbangi oleh pengiktirafan hak

    kaum bukan Melayu untuk diterima menjadi

    warganegara Persekutuan Tanah Melayu yangberasaskan prinsipjus soli.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    10/18

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    11/18

    Memorandum Parti Perikatan yang lebih dikenali

    sebagai Pakatan Murni dilihat sejajar dengan

    ketetapan kerajaan British yang hanya akan

    memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu

    jika penduduk berbilang kaum sedia untuk

    bekerjasama dan mewujudkan perpaduan terlebih

    dahulu.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    12/18

    PERLEMBAGAANPERSEKUTUANTANAH

    MELAYU 1957

    Struktur kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

    mengandungi ciri-ciri berikut:

    1.Ketua Negara ialah YDP Agong yang dipilih dalam

    kalangan sembilan orang raja-raja Melayu yang

    memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun

    2.Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik

    dalam kalangan parti yang mempunyai bilangan

    anggota majoriti dalam Dewan Rakyat. Perdana

    Menteri akan mengetuai sebuah Kabinet sebagaibadan pemerintah yang tertinggi.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    13/18

    3.Sebuah badan perundangan pada peringkat pusat

    yang mengandungi dua dewan, iaitu Dewan Rakyat

    dan Dewan Negara.4.Ketua perlembagaan pada peringkat negeri ialah

    Sultan atau Gabenor, manakala Ketua Kerajaan

    ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.

    5.Setiap negeri mempunyai sebuah DewanUndangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya

    untuk tempoh lima tahun

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    14/18

    Perlembagaan ini juga memperuntukkan beberapa

    syarat untuk membolehkan kaum bukan Melayu

    diberi taraf kewarganegaraan, iaitu:1.Mereka yang telah menjadi warganegara

    Persekutuan sebelum Hari Merdeka

    2.Mereka yang dilahirkan di Persekutuan pada atau

    selepas Hari Merdeka3.Mereka yang berumur 18 tahun ke atas, dilahirkan

    di Persekutuan dan telah bermaustatin selama lima

    tahun daripada tujuh tahun terdahulu, boleh

    bertutur dalam bahasa Mealyu dan mengangkat

    sumpah setia.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    15/18

    Mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan

    dilahirkan di luar Persekutuan, tetapi bermaustatin

    8 tahun daripada 12 tahun yang terdahulu, boleh

    bertutur dalam bahasa Melayu dan mengangkat

    sumpah taat setia.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    16/18

    Peruntukan tentang bahasa adalah seperti berikut:

    1.Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

    Pembelajaran dan penggunaan bahasa ibundakaum-kaum lain secara umumnya tidak dilarang.

    2.Bahasa Inggeris terus digunakan dalam semua

    urusan rasmi kerajaan untuk tempoh 10 tahun

    selepas merdeka.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    17/18

    Berhubung dengan agama Islam dan kedudukan

    istimewa orang Melayu, perlembagaan telah

    memperuntukakan bahawa:

    1. Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan,tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan

    bebas di aman-mana bahagian dalam

    Persekutuan.

    2. Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin olehperlembagaan, iaitu berhubung dengan

    pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota

    dalam perkhidmatan awam dan perkhidmtan lain

    serta keutamaan dalam pemberian biasiswa,lesen perniagaan dan bantuan kerajaan yang lain.

  • 7/29/2019 Galurkan Proses Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    18/18

    RUMUSAN

    Perlembagaan persekutuan telah digubal berasaskan

    semangat permuafakatan dan tolak ansur antara

    kaum yang menggabungkan unsur-unsur tradisi

    Melayu sebagai penduduk peribumi dengan

    diimbangi oleh pemberian kewarganegaraan

    kepada kaum-kaum lain, serta ciri-ciri moden

    seperti amalan demokrasi Parlimen yang

    diterapkan ke dalam sistem pemerintahan negara.