Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

download Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

of 14

Transcript of Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    1/14

    Pendahuluan

    Istilah modal insan dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou

    (1877-1959) dalam karyanya A Study in Public Finance pada tahun 1928.

    Menurut perspektif barat, modal insan ialah pembangunan sumber manusia dari

    sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan

    kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.

    Di negara kita, konsep modal insan mula dipopularkan oleh Perdana

    Menteri Malaysia kelima iaitu Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa

    pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Tegas beliau,

    Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan dan

    anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar.

    Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika

    kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan

    modal insan haruslah diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan

    bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Beliau turut

    memberi penekanan bahawa modal insan merupakan penggerak kepada

    ekonomi, pembangunan dan kemajuan negara. Faktor kemanusiaan(termasuk

    kerohanian) dan kemasyarakatan merupakan dua perkara penting dalam

    pembangunan modal insan. Hal ini kerana insanlah faktor utama dalam semua

    strategi dan pelan tindakan untuk menggerakkan aktiviti dan program

    pembangunan negara. Baik insan, baiklah perancangan, pelaksanaan dan

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    2/14

    natijah kerja dalam pembangunan negara. Buruk insan, buruklah natijahnya

    kepada kemajuan dan pembangunan negara.

    Signifikan modal insan dalam RMK9 mencakupi beberapa aspek.

    Antaranya ialah keperluan kepada modal insan berkualiti, pendekatan holistic

    dalam pembangunan modal insan, strategi melahirkan modal insan kelas

    pertama, keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam

    Hadhari, modal insan dan pendidikan, modal insan dan aktiviti kebudayaan,

    modal insan dan peranan golongan wanita, modal insan dan perundangan dan

    modal insan dan integriti.

    Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa aspek dalam

    modal insan. Bagi maksud ini, pengkaji akan membincangkan tiga aspek

    daripadanya iaitu keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan

    Islam Hadhari, keperluan kepada modal insan berkualiti, dan strategi melahirkan

    modal insan kelas pertama. Aspek ini dipilih berdasarkan kesesuaian tajuk kerja

    kursus itu gambaran modal insan dalam karya prosa.

    Untuk menganalisis gambaran modal insan dalam karya prosa,

    pengkaji akan menggunakan beberapa teks karya daripada prosa tradisional dan

    prosa moden. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan teks Sulalatus Salatin,

    Ranjau Sepanjang Jalan dan beberapa buah cerpen karya sasterawan negara

    seperti Keris Mas dan lain-lain lagi sebagai bahan analisis untuk melihat

    gambaran modal insan dalam karya prosa. Pengkaji akan menganalisis sejauh

    manakah penulis-penulis buku dapat menggambarkan ciri-ciri modal insan

    dalam penulisan mereka sebagai mana yang dicitakan oleh Perdana Menteri.

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    3/14

    Isi kandungan

    Keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam Hadhari

    merupakan salah satu daripada aspek modal insan. Islam Hadhari

    diperkenalkan oleh YAB Pedana Menteri Malaysia, Dato Seri Ahmad Badawi

    pada 23 September 2003 yang menjuruskan kepada pembinaan peradaban.

    Pembinaan peradaban ini perlu dicanai dengan pegangan Islam dan memberi

    fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan

    ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal. Pendekatan ini

    bertujuan melahirkan individu dan masyarakat Islam yang berdaya saing, melihat

    ke hadapan, inovatif, memandang tinggi budaya integriti, membenci rasuah dan

    melaksanakan sistem penyampaian pentadbiran negara yang cekap kepada

    semua rakyat tanpa mengira golongan etnik.

    Sepuluh prinsip utama yang digariskan oleh Perdana Menteri. iaitu

    keimanan dan ketakwaaan kepada Allah SWT, kerajaan yang adil dan

    beramanah, rakyat yang berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan ,

    pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti,

    pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral,

    pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan.

    Untuk kertas kerja ini, pengkaji akan mengkaji beberapa prinsip Islam

    Hadhari yang digambarkan dalam karya sastera. Salah satunya ialah prinsip

    keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Keimanan dan ketakwaan kepada

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    4/14

    Allah bermaksud manusia yang beriman dan bertakwa kepada Penciptanya

    yang sentiasa optimistik, berfikiran terbuka dan memiliki kekuatan jiwa dan

    emosi yang terkawal untuk mengerjakan yang terbaik bagi diri, keluarga,

    masyarakat, negara dan makhluk sejagat. Di samping itu, mereka juga memiliki

    kemampuan menyaring dan menapis semua perkara atau budaya yang

    bercanggah dengan norma dan nilai agamanya. Kerana iman dan takwanya

    kepada Allah membimbingnya ke jalan yang lurus bagi melakukan perkara-

    perkara yang bermanfaat, oleh sebab keimanan itulah menjadi sumber pelbagai

    kebaikan.

    Bagi melihat gambaran modal insan yang beriman dan bertakwa

    kepada Penciptanya, pengkaji akan menggunakan teks pertama Ranjau

    Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad sebagai bahan kajian. Dalam novel ini,

    pengarang melukiskan watak dan perwatakan Lahuma sebagai seorang yang

    menyerahkan susah dan senang kehidupannya semata-mata kepada Allah

    SWT. Digambarkan Lahuma seorang petani gigih yang dibelenggu kemiskinan

    dan sentiasa ditimpa nasib yang malang. Walaupun demikian, Lahuma

    menganggap segala yang berlaku adalah kehendak Allah Azzawajalla. Contoh

    keimaman Lahuma yang tidak lupa memohon keizinan daripada Allah sebelum

    melakukan pekerjaannya tertera di halaman 13.

    Oh Tuhanku Yang Maha Besar Yang Maha Agung, benarkanlah

    aku mula bekerja besok dan biarlah selama itu aku dilindungi oleh-

    Mu. Jauhkan aku daripada segala bencana alam, daripada lipan-

    lipan dan ular-ular dan kala jengking yang bias-bisa. Singkirkan

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    5/14

    segala banjir yang besar yang boleh melimpahi padiku. Singkirkan

    kemarau panjang yang mengeringkan tanah bendangku.

    Jauhkanlah segala malapetaka yang menghalang kami. Jauhkan

    segala ketam-ketam putih yang mematahkan anak-anak padi kami

    selama ini. Jauhkan segala ribut dan taufan. Jauhkan daripada

    tikus dan babi dan juga manusia-manusia yang mencuri padi kami.

    Lanjutkanlah usia aku, biniku Jeha dan anak-anakku, Sanah, Milah,

    Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Jauhkanlah kami daripada

    segala malapetaka.

    Dalam gambaran di atas, bolehlah disimpulkan bahawa sebagai

    hamba yang taat dan beriman kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengingati

    dan berserah kepada Allah dalam menempuh kehidupan sehariannya.

    Konsep menyerah kepada Allah juga dapat dilihat di dalan cerpen

    Nenek. Dalam cerpen nenek , Aku terpaksa berserah kepada Allah. Aku

    digambarkan tidak dapat menjaga nenek kerana harus belajar. Dan Aku berasa

    amat sedih sekali apabila pualng dan mendapati nenek sudah meninggal dunia.

    Aku berasa kesal kerana tidak dapat menunaikan permintaan nenek yang

    terakhir. Dua contoh di atas merupakan sebahagian daripada gambaran modal

    insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

    Gambaran modal insan seterusnya ialah insan yang bermanah.

    Amanah bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang

    diletakkan ke atasnya. Sebagai ketua negara atau pemimpin perlu mentadbir

    negara dengan penuh bertanggungjawab dan amanah. Nilai pemimpin yang

    menunaikan tanggungjawabnya dengan amanah dapat dilihat di dalam buku

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    6/14

    Sulalatus Salatin berkisahkan tentang pemerintahan Sultan Alaud-Din Riayat

    Syah. Dikisahkan Sultan Alaud-Din Riayat Syah amat risau tentang kejadian

    kecurian yang berlaku di dalam negerinya. Baginda sendiri telah menyamar

    sebagai pencuri untuk menyelesaikan masalah di dalam negerinya. Di bawah

    ini sebahagian daripada petikan :-

    Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka pencuri terlalu buas,

    orang kehilangan pun tiada berhenti lagi sentiasa malam. Setelah

    Sultan Alaud-Din Riayat Syah mendengar pencuri terlalu ganas itu,

    maka baginda pun terlalu masyghul, setelah hari malam, maka

    baginda pun memakai cara pakaian si pencuri. Maka baginda

    berjalan menyamar, tiada membawa teman; hanya Hang Isap

    dibawa baginda berserta pergi itu

    (Sulalatus Salatin, hlm 173)

    Sindiran Sultan Alaud-Din terhadap menterinya yang tidak

    menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dapat dilihat daripada dialog di

    bawah ini :-

    Adakah kawal semalam? Maka sembah Seri Maharaja, Ada

    tuanku. Maka titah baginda, Kita dengar ada orang mati dibunuh

    orang; di atas bukit seorang, di bawah bodi seorang, dan di hujung

    jambatan seorang; jikalau demikian, orang yang mati itu Seri

    Maharajakah membunuh dia? Maka sembah Seri Maharaja,

    Tidak patik tahu tuanku. Maka titah Sultan Alaud-Din, Sia-sialah

    kawal Seri Maharaja; orang mati tiga orang tiada diketahui.

    Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini.

    (Sulalatus Salatin, hlm 174)

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    7/14

    Daripada petikan di atas, menunjukkan pemimpin yang

    menjalankan tanggungjawab yang amanah akan menjadi contoh kepada orang

    bawahannya dan sikap seperti akan menjamin keadilan kepada rakyat di

    bawahnya. Oleh itu penting kita memiliki sifat amanah dalam diri bagi menjamin

    keadilan kepada orang lain. Inilah sebagai daripada aspek keselarian

    pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam Hadhari.

    Seterusnya, aspek kedua modal insan ialah keperluan modal insan

    yang berkualiti. Maksud modal insan yang berkualiti ialah insan yang memiliki

    nilai-nilai moral tinggi seperti gigih, bertanggungjawab, dan memiliki semangat

    nasionalisme yang tinggi. Adanya modal insan yang berkualiti akan dapat

    melahirkan bangsa yang cemerlang di persada dunia. Gambaran insan yang

    gigih dapat dilihat di dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Pengkaji dapat

    melihat bagaimana Lahuma digambarkan seorang yang gigih berusaha

    walaupun dalam kesakitan. Diceritakan bagaimana Lahuma terpaksa

    menanggung kesakitan kaki akibat tertusuk duri nibung semasa mengerjakan

    tanahnya untuk dibuat bendang. Tusukan duri nibung menyebabkan kakinya

    membengkak, mengeluarkan nanah dan menyebabkan dia sukar untuk berjalan.

    Namum kesakitan itu tidak dihiraukan dan dia masih turun ke sawah untuk

    bekerja. Berikut di bawah ini petikan yang menunjukkan kegigihan Lahuma :-

    Aku boleh turun pagi ini.

    Tapi bengkak kakimu melarat sekarang.

    Biar dia melarat. Bendang kita tidak boleh dibiar saja.

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    8/14

    Tapi kata kau suruh aku saja bersama Sanah dan Milah.

    Aku tak sakit lagi.

    (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm 83)

    Gambaran kegigihan juga dapat dilihat pada watak anak-anak

    Lahuma terutama Milah dan Sanah. Walaupun usia mereka masih muda, namun

    mereka begitu gigih bekerja di sawah semenjak ibu mereka, Jeha menjadi gila.

    Pelbagai rintangan dan kepayahan terpaksa dilalui oleh mereka sepanjang

    mereka bersawah seperti serangan ketam, banjir besar dan serangan burung

    tiak. Di bawah ini gambaran tentang kegigihan anak-anak Lahuma.

    Sanah dan Milah serta Jenab turun di atas permatang yang

    ditutupi oleh air deras itu. Air sudah tiba setakat pinggang Jenab.

    Mereka meranduk air itu menuju ke sawah. Upih-upih yang

    menyekat di tengah-tengah perjalanan itu dikuak-kuaknya. Batang-

    batang kayu yang reput, ranting-ranting dan dahan-dahan pokokyang tumbang, rumput-rumput yang mati, kertas-kertas yang

    kembang, tin-tin kosong, tong-tong, dan serba jenis najis dikuak-

    kuak ke simpang hingga lari benda-benda itu dihanyutkan oleh arus

    yang sudah mulai deras datangnya, Jenab meneruskan juga

    randukannya bersama-sama kedua-dua orang kakaknya.

    (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm 216)

    Dua contoh di atas memberi gambaran jelas tentang nilai kegigihan

    dalam menempuh rintangan untuk mencapai matlamat hidup. Gambaran ini

    sewajarnya dijadikan contoh kepada kita bagaimana perlu kita memiliki kegigihan

    untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang datang.

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    9/14

    Setiap insan perlu menjalankan tanggungjawab mereka terhadap

    keluarga, masyarakat dan negara. Gambaran insan yang seterusnya ialah insan

    yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Pengkaji masih menggunakan teks

    Ranjau Sepanjang Jalan sebagai bahan kajian. Nilai tanggungjawab dapat

    dilihat pada watak Sanah sebagai kakak sulung dalam keluarga. Digambarkan

    Sanah seorang kakak yang amat bertanggungjawab memikul tugas sebagai

    ketua keluarga. Dia terpaksa menjadi bapa dan ibu kepada adik-adiknya

    semenjak kematian bapanya dan ibunya menjadi gila. Dia bertanggungjawab

    memastikan sawahnya dijaga dengan baik sehingga mengeluarkan hasil dan

    bertanggungjawab menjaga keselamatan ibunya yang gila. Di bawah ini dapat

    dilihat gambaran Sanah seorang yang anak dan kakak yang bertanggungjawab.

    Sawahnya sekarang sedang menghijau. Perut batang-batang padi

    itu sudah nampak kembungnya. Barangkali lagi dua tiga bulan

    mereka akan menuailah padi-padi itu. Sanah sedar tentang tugas

    menuai itu. Emaknya tidak lagi dapat berbuat apa-apa. Barangkali

    lagi empat lima bulan. Tetapi padi mesti dituai juga cepat-cepat

    supaya jangan terlampau masak. Luruhlah padi-padi itu kalau

    renggang dari tangkai. Milah juga boleh menuai. Jenab dan

    Semek boleh diajar sedikit. Liah, Lebar dan Kiah juga boleh

    membawa padi-padinya itu segemal sekali. Dia percaya bahawa

    padinya akan selamat hingga masuk jelapang.

    (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm 191)

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    10/14

    Gambaran modal insan yang memiliki semangat

    nasionalisme dapat dilihat di dalam cerpen Darah dan Air Mata dan Dalam

    pelukan wanita sedar karya Keris Mas. Cerpen Darah dan air mata

    memaparkan semangat perjuangan dan keperwiraan Perajurit Kita bertempur di

    medan perang menentang penjajah Belanda. Walaupun pengarang tidak

    meletakkan watak Perajurit Kita berada di Tanah Melayu, namun perjuangan itu

    memperlihatkan betapa dalam usaha dan upaya menolak kehadiran penjajah,

    lokasi perjuangan bukanlah perkara dasar. Dalam cerpen ini, dijelaskan

    perjuangan untuk memperoleh hak kebebasan bangsa, dan tanah air itu

    diransang kuat oleh Suriati, kekasih Perajurit Kita sebagai jururawat dan pernah

    merawatnya semasa terlantar di hospital. Diakhir cerita dijelaskan Perajurit Kita

    terkorban jua demi menyelamatkan tanah airnya. Berbanding dengan cerpen

    Dalam pelukan wanita sedar (Mastika, Disember 1947), pengarang

    menampilkan tipa wanita perjuangan yang pada peringkat awalnya menolak

    cinta aku yang tidak mempunyai semangat nasionalisme. Norkamala Wati

    adalah ahli kumpulan SEDAR yang berjuang untuk pembebasan tanah air dan

    bangsa. Dalam surat jawapannya kepada aku yang mencintainya, dengan

    terus terang Wati menyatakan sikapnya. Perhatikan petikan berikut :

    .janganlah berkecil hati kiranya Wati terangkan bahawa pada

    masa ini Wati telah menumpahkan segenap kecintaan Wati kepada

    yang lebih berharga iaitu tanah air kita dan bangsa kita sedang

    tertindih dan terhina.

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    11/14

    ..Sebab itulah Wati mencintai dia, berjuang dan berkorban

    kerana dia dengan meninggalkan kepentingan diri sendiri.

    (hlm, 31)

    Daripada petikan cerpen di atas memberi gambaran jelas,

    seseorang yang memiliki semangat patriotik akan meletakkan negaranya

    mengatasi segala kepentingan peribadi. Inilah gambaran insan yang ingin

    dilahirkan oleh negara agar bangsa kita memiliki semangat nasionalisme yang

    tinggi. Dengan adanya semangat ini, negara pasti tidak akan dijajah lagi pada

    masa akan datang.

    Aspek ketiga yang akan dikaji oleh pengkaji ialah modal insan

    kelas pertama. Modal insan kelas pertama merangkumi nilai moral yang tinggi

    seperti mementingkan ilmu pengetahuan, mempunyai akhlak yang terpuji dan

    lain-lain.

    Gambaran modal insan yang mementingkan ilmu dapat dilihat

    daripada novel Badai Semalam. Mazni digambarkan sebagai wanita yang gigih

    dan amat mementingkan cita-cita individu. Dia percaya pada diri sendiri dan

    tahu matlamat hidup yang hendak dituju. Walaupun berasal daripada keluarga

    miskin, Mazni bercita-cita untuk menjadi doktor. Pelbagai rintangan dan

    cabaran hidup yang dihadapi oleh Mazni, Mazni tetap gigih melanjutkan

    pelajarannya di sekolah malam, hingga berjaya lulus HSC dan akan masuk ke

    universiti. Ini memberi gambaran betapa perlu seseorang itu memiliki ilmu

    pengetahuan bagi mencapai cita-cita dan mengubah kehidupan keluarga.

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    12/14

    Dengan memiliki ilmu pengetahuan, seseorang akan dipandang tinggi oleh

    masyarakat dan masyarakat yang mementingkan ilmu akan dapat memajukan

    negaranya. Inilah yang hendak dicapai oleh pemimpin negara menuju kepada

    Wawasan 2020.

    Gambaran modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji dapat

    dilihat di dalam cerpen Hilangnya Cincin Pertunangan. Cerpen ini

    menggambarkan Imah seorang isteri yang tahu mengambil hati dan menjaga

    perasaan suami meskipun terpaksa memendamkan perasaan yang amat pedih.

    Sambil memendam perasaannya itu, Imah tidak pernah merungut walaupun

    setiap kali pulang suaminya selalu membeli barang-barang untuk adik atau

    ibunya, tidak untuk Imah. Tetapi Imah tetap sabar dan selalu meyambut apa

    sahaja yang dibawanya dengan mesra dan penuh kesyukuran. Walaupun

    perasaan Imah terhiris, Imah tidak pernah menunjukkan sebarang protes kepada

    suaminya. Contohnya dapat dilihat di halaman 47.

    Aku sedar, sebagai isteri yang baik dan bertimbang rasa, aku perlu

    menghargai keluarga suamiku. Aku perlu hormat kepada seluruh

    adik-adiknya dan memuliakan mereka dengan ramah-tamahku.

    Aku juga sedar kiranya kulakukan segalanya dengan ikhlas,

    hidupku akan menjadi aman damai dan harmoni seperti dituntut

    oleh agamaku-agama Islam yang suci.

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    13/14

    Kesimpulan

    Karya-karya prosa yang dihasilkan oleh penulis sama ada prosa tradisioanal

    mahu moden seperti novel dan cerpen mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.

    Pengarang dapat melukiskan watak dan perwatakan dalam cerita yang memiliki

    moral yang baik dengan begitu baik. Melalui tema dan penceritaan juga terdapat

    nilai-nilai murni yang baik bagi menbolehkan pembaca menjadikan sebagai

    panduan. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa karya prosa berjaya

    memberikan gambaran modal insan yang baik kepada pembaca bagi

    membolehkan pembaca menilai dan menjadikan contoh dalam kehidupan

    seharian.

  • 8/14/2019 Gambaran Modal Insan Dalam Karya Prosa

    14/14