GameLan

20
ALAT DALAM MUZIK GAMELAN

description

gamelan

Transcript of GameLan

  • ALAT DALAM MUZIK GAMELAN

  • BONANG PENERUS LEBIH KECIL DARI BONANG BARUNG

  • Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu.

    Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut tali.

    Ia mempunyai variasi notasi yang merdu.

    Gamelan Melayu mempunyai 10 mangkuk berpencu yang mempunyai notasi 1, 2, 3, 5, 6.

  • Gambang dikategorikan dalam alat zilofon.

    Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 20 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang.

    Biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'.

    Cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.

  • Kenong dikategorikan sebagai alat muzik idiophone.

    Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis dan bulat berbanding gong.

    Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.

  • Dikategorikan sebagai alat muzik metallophones.

    Terdiri daripada 7 bilah tembaga padu untuk skel pentatonik selandro.

    Mempunyai penukul yang di perbuat daripada kayu.

  • Dikategorikan sebagai alat muzik metallophones.

    Terdiri daripada 7 bilah tembaga padu untuk skel pentatonik selandro.

    Saiznya lebih kecil daripada demong.

    Mempunyai penukul yang di perbuat daripada kayu.

  • Dikategorikan sebagai alat muzik metallophones.

    Terdiri daripada 7 bilah tembaga padu untuk skel pentatonik selandro.

    Saiznya lebih kecil daripada demong dan saron barong.

    Mempunyai penukul yang di perbuat daripada tanduk kerbau.

  • Perbezaan demong, saron barong & saron penerus

    DEMONGSARON BARONGSARON PENERUS

    Pemukul diperbuat daripada kayuPemukul diperbuat daripada kayuPemukul diperbuat daripada tanduk kerbauBilah yang lebih besar dan nipisBilah yang lebih kecil dari demong dan tebalBilah yang lebih kecil dan tebal

  • Gendang merupakan alat membraphone.

    Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau batang cempedak.

    Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang sama ada kulit kambing, lembu atau kerbau.

    Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang.

    Kebiasaanya bahagian yang kecil dicucuk dengan 6 urat rotan, manakala bahagian yang besar dengan 9 urat rotan.

  • Diperbuat daripada tembaga.

    Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur Selatan.

    Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

    Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

  • Mengandungi 7 bilah tembaga untuk skel pentatotik slendro.

    Terdapat satu alat pemukul yang diperbuat daripada kayu dan dibalut dengan kain.

    **