GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI...
Transcript of GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP … · 2013-11-19 · GANGGUAN BUNYI BISING DARI...
GANGGUAN BUNYI BISING DARI JALAN RAYA TERHADAP PROSES
PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH. KEBANGSAAN
KAMPONG PASIR, TAMPOI, JOHOR BAHRU
NOOR ADLINA BINTI ABD KHADIR JALANI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
Dedikasi
Untuk yang disayangi dan dikasihi, Ayahanda & Bondaku
(Abd. Khadir Jalani Bin Mohamad)
&
(Noor Ain Binti Abd Muthallib)
serta
Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi dorongan ke arah kejayaan ini
dan
Rakan seperjuangan yang banyak membantu serta menyokong selama ini
PENGHARGAAN
Pada ruangan ini, penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda, En. Amirmuddin Bin
Udin atas bimbingan, dorongan, tunjuk ajar, perbincangan serta nasihat membina yang
diberikan dalam menjayakan projek ini. Beliau telah banyak meluangkan masa untuk
meneliti penulisan projek ini.
Kepada ibu bapa yang disayangi yang telah banyak menyokong serta memberi
nasihat kepada penyelidik untuk meneruskan perjuangan ini. Juga kepada pihak Sek.
Keb. Kampong Pasir, Tampoi, Johor Bahru yang telah memberikan kerjasama semasa
penyelidik sedang menjalankan kajian.
Penghargaan ikhlas juga ditujukan kepada staf-staf Pejabat Akademik yang
mengeluarkan surat-surat pengakuan untuk menjalankan kajian ini. Tidak ketinggalan
juga ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan staf dari Makmal Alam
Sekitar, Fakulti Alam Bina atas kerjasama yang telah diberikan dan mengizinkan
penyelidik meminjam peralatan dari fakulti berkenaan.
Kepada pelajar-pelajar perdana dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) atas kerjasama yang diberi semasa peenyelidik
mengumpul data untuk projek ini.
Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Sekian, terima kasih.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan puratan bacaan paras bunyi dan
membandingkan paras bunyi di antara kelas yang berdekatan jalan raya (KD) dengan
kelas yang berjauhan jalan raya (KJ) di Sek. Keb. Kampong Pasir, Tampoi, Johor Bahru.
Sound Level Meter telah digunakan untuk mengukur paras bunyi dalam unit desibel A
(dBA). Data yang diperolehi diplot menjadi taburan paras bunyi (dBA) melawan masa
(minit) dan membandingkan dengan paras bunyi yang perlu dipatuhi iaitu tidak melebihi
55 dBA (Standard WHO). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti
tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya terhadap penumpuan, komunikasi
antara murid dengan guru dan kecekapan melakukan kerja semasa proses pembelajaran.
Responden terdiri daripada murid-murid dari KD (62 orang) dan murid-murid dari KJ
(62 orang). Soal selidik digunakan untuk mengukur jawapan responden. Kajian rintis
telah dijalankan di Sek. Keb. Sri Skudai untuk memperoleh kebolehpercayaan soal
selidik. Data diproses menggunakan Program Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 13.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan nilai min. Hasil kajian
menunjukkan, purata paras bunyi bagi KD iaitu 62.5 dBA telah melebihi standard WHO
manakala KJ iaitu 54.3 dBA masih di bawah standard WHO. Hasil kajian juga
mendapati murid dari KD telah mengalami tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan
raya pada tahap yang tinggi terhadap penumpuan, komunikasi antara murid dengan guru
dan kecekapan melakukan kerja berbanding murid dari KJ.
ABSTRACT
The purpose for this study is to measure the average sound level and to compare
sound level in each class that is located near to the traffic (KD) and those classes that is
away from the traffic (KJ) in Sek.Keb. Kampong Pasir, Tampoi, Johor Bahru. ‘Sound
Level Meter’ was used during the study in dB(A) unit. The collected data was then
plotted on sound level distribution (dBA) versus time (minutes) graph. Plotted data was
then being compared with WHO Standard of sound level, which is less then 55 dBA for
an effective learning process. Besides, it also identified how sound distraction may
interrupt students attention, communication between teachers and students, and students’
effectiveness during learning process. Respondents were divided into 2 categories, those
classes located near the traffic (consist of 62 students) and those classes away from it
(consist of 62 students). A questionnaire is used to measure the answers from our
respondents. Pilot test was done upon students in SRK Sri Skudai, Johor for questions
reliability. Statistical Package for Social Science (SPSS) version 13 was used to analyze
the data collected and presented in frequencies, percentages and means. Our finding
shows that the average in KD is 62.5 dBA and obviously against WHO Standard where
as the average in KJ is 54.3 dBA and still under WHO standard. The result also shows
the significant problems cause by noise distraction that interrupt student attention,
communication between teachers and students, and the effectiveness during learning
process for student in class that is located near to the traffic (KD).
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Kajian 11
1.8.1 Pencemaran bunyi bising 11
1.8.2 Paras Bunyi Bising WHO 12
1.8.3 Proses Pembelajaran 12
1.8.3.1 Tumpuan dalam bilik darjah 13
1.8.3.2 Komunikasi 13
1.8.3.3 Kecekapan melakukan kerja 14
1.8.4 Murid-murid 15
1.8.5 Kelas Berdekatan Jalan Raya (KD) 15
1.8.6 Kelas berjauhan Dengan Jalan Raya (KJ) 15
1.8.7 Waktu Persekolahan 16
1.9 Rumusan 16
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Bunyi 17
2.3 Bising 18
2.4 Punca Bunyi 20
2.4.1 Sumber kebisingan dari pengangkutan 20
2.3.1.1 Lalu lintas jalan raya 20
2.4.2 Sumber kebisingan dari manusia atau domestik 21
2.5 Kesan Bunyi Bising 22
2.5.1 Kesan kepada Proses Pembelajaran 23
2.5.1.1 Gangguan kepada penumpuan 23
2.5.1.2 Gangguan kepada komunikasi 24
2.5.1.3 Gangguan kepada kecekapan kerja 25
2.5.2 Kesan kepada Kesihatan 26
2.5.2.1 Trauma akustik 27
2.5.2.2 Hilang Pendengaran Sementara 27
2.5.2.3 Kurang Pendengaran yang
kekal 27
2.5.3 Kesan kepada habitaliti 27
2.6 Alat Pengukuran Bunyi 28
2.6.1 Meter Paras Bunyi 28
2.7 Prosedur Mengukur Bunyi 29
2.8 Kawalan Bunyi Bising 30
2.8.1 Pembinaan tembok 31
2.8.2 Penanaman Pokok dan Kawasan Lapang 31
2.9 Standard Paras Bunyi WHO 34
2.10 Rumusan 34
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian dan Jenis Kajian 36
3.3 Populasi Kajian 36
3.4 Sampel Kajian 36
3.5 Lokasi Kajian 38
3.6 Instrumen Kajian 40
3.6.1 Alat Pengukuran 40
3.6.1.1 Cerapan Data 41
3.62 Borang Soal Selidik 42
3.7 Kajian Rintis 44
3.8 Prosedur Kajian 45
3.8.1 Mengukur bunyi 45
3.8.2 Gambar Mengukur Paras Bunyi 46
3.8.2 Mengedar soal selidik 47
3.9 Analisis Data 48
3.10 Rumusan 50
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 51
4.2 Bahagian A : Analisis data Bacaan Paras Bunyi 52
4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1, 2, 3, & 4 53
4.2.1.1 Graf Taburan Hari Isnin 54
4.2.1.2 Graf Taburan Hari Selasa 57
4.2.1.3 Graf Taburan Hari Rabu 60
4.2.1.4 Graf Taburan Hari Khamis 63
4.2.2 Perbandingan Paras Bunyi Ketika Murid Ada
dan Murid Tiada Dalam Kelas 66
4.2.2.1 Bacaan Paras Bunyi (Selasa) 67
4.2.2.2 Bacaan Paras Bunyi (Rabu) 69
4.3 Bahagian B : Analisis Borang Soal Selidik 71
4.3.1 Analisis Latar Belakang Responden 71
4.3.2 Analisis Data Item-Item Mengikut Persoalan Kajian 73
4.3.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 5 73
4.3.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 6 78
4.3.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 7 82
4.4 Rumusan 85
V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Rumusan 86
5.3 Perbincangan 91
5.3.1 Perbincangan Analisis Data Bacaan paras Bunyi 91
5.3.1.1 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 1 92
5.3.1.2 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 2 93
5.3.1.3 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 3 95
5.3.1.4 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 4 96
5.3.2 Perbincangan Analisis Item-Item Mengikut
Persoalan Kajian 97
5.3.2.1 Perbincangan Analisis Data Latar Belakang
Responden 97
5.3.2.2 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 5 98
5.3.2.3 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 6 99
5.3.2.4 Perbincangan Analisis Persoalan Kajian 7 101
5.4 Perbincangan Bacaan paras Bunyi Ketika Murid Ada
dan Murid Tiada Dalam Kelas 102
5.5 Cadangan Kajian : Pengawalan Bunyi Bising 104
5.5.1 Pembinaan Halangan Fizikal 104
5.5.2 Penanaman Pokok 108
5.5.2.1 Ciri-ciri Pokok yang Sesuai 108
5.4.2.2 Cara Penanaman Pokok 109
5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 109
5.7 Kesimpulan 110
BIBLIOGRAFI 111-115
LAMPIRAN 116-129
Lampiran A - I
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat 1.1 Keputusan Perbandingan Pencemaran Bunyi di 4
Sekitar Sekolah di Johor Bahru.
1.2 Keputusan Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa 4 2.1 Aras Bunyi dan Punca Bunyi Bising 22 2.2 Standard Paras Bunyi Oleh WHO 34 3.1 Masa Cerapan Data Bacaan Paras Bunyi 41 3.2 Item Bagi Latar Belakang Responden 42 3.3 Kedudukan Nombor Item Mengikut Persoalan Kajian 43 3.4 Skala Likert Lima Peringkat 43 3.5 Kaedah Analisis Data Tahap Bagi Setiap Min 50 4.1 Masa Pengambilan Bacaan Paras Bunyi Mengikut Sesi
Persekolahan 53
4.2 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa bagi
KD dan KJ (Isnin) 55
4.3 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa bagi
KD dan KJ (Selasa) 58
4.4 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa bagi
KD dan KJ (Rabu) 61
4.5 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa bagi
KD dan KJ (Khamis) 64
4.6 Taburan Responden Mengikut Jantina 71 4.7 Taburan Responden Mengikut Keturunan 72 4.8 Taburan Responden Mengikut Agama 72 4.9 Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya
terhadap penumpuan murid-murid bagi kedua-dua buah kelas
tersebut ? 74
4.10 Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya
terhadap komunikasi antara murid-murid
dengan guru bagi kedua-dua buah kelas tersebut ? 78
4.11 Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya
terhadap kecekapan murid-murid melakukan kerja 82
5.1 Purata Bacaan Paras Bunyi Mengikut Hari 92
5.2 Masa Cerapan Data Bacaan Paras Bunyi 94
5.3 Jenis Penghadang dan Penyerap Gelombang Bunyi 105
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Muka Surat
1.1 Model Shanon dan Weaver 14 2.1 Sound Level Meter 28 2.2 Penapisan Bunyi Oleh Tumbuhan Hijau 31 2.3 Cynomere cauliflora (Pokok Num-Num) 32 2.4 Mesua ferrea (Penaga Lilin) 32 2.5 Pengurangan Bunyi Bising Melalui Tanah,
Tembok Penghadang dan Penanaman Pokok 33
3.1 Pelan Sekolah (Lokasi KD dan KJ) 39
3.2 Gambar Pengambilan Bacaan Paras Bunyi Bagi 47
Kelas Yang Berdekatan Jalan Raya (KD)
3.3 Gambar Pengambilan Bacaan Paras Bunyi Bagi 47
Kelas Yang Berjauhan Jalan Raya (KJ)
4.1 Taburan Bacaan Paras Bunyi Bagi KD dan KJ 54
Ketika Murid Berada Di Dalam Kelas (Isnin)
4.2 Taburan Bacaan Paras Bunyi Bagi KD dan KJ
Ketika Murid Berada Di Dalam Kelas (Selasa) 57
4.3 Taburan Bacaan Paras Bunyi Bagi KD dan KJ
Ketika Murid Berada Di Dalam Kelas (Rabu) 60
4.4 Taburan Bacaan Paras Bunyi Bagi KD dan KJ
Ketika Murid Berada Di Dalam Kelas (Khamis) 63
4.5 Taburan Paras Bunyi Ketika Murid Ada dan
Murid Tiada Di Dalam Kelas Bagi KD (Selasa) 67
4.6 Taburan Paras Bunyi Ketika Murid Ada dan
Murid Tiada Di Dalam Kelas Bagi KJ (Selasa) 67
4.7 Taburan Paras Bunyi Ketika Murid Ada dan
Murid Tiada Di Dalam Kelas Bagi KD (Rabu) 69
4.8 Taburan Paras Bunyi Ketika Murid Ada dan
Murid Tiada Di Dalam Kelas Bagi KJ (Rabu) 69
5.1 Pemandengan Tingkap Dari Tingkat 3 dan Tingkat 2 106
5.2 Cadangan Pembinaan Tembok dan Penanaman Pokok 107
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
dBA - Desibel Wajaran ‘A’
WHO - Pertubuhan Kesihatan Dunia
JAS - Jabatan Alam Sekitar
KD - Kelas Yang Berdekatan Dengan Jalan Raya
KJ - Kelas Yang Berjauhan Dengan Jalan Raya
S - Setuju
SPSS - Statistical Package For Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
f - frekuensi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 116
B Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan, UTM 121
C Surat Kebenaran Dari Kementrian Pelajaran Malaysia 122
D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri, Johor 123
E Surat Kebenaran Membuat Tesis Melebihi 100 Muka Surat 124
F Pemohonan Meminjam Peralatan Fakulti (Makmal Alam Sekitar) 126
G Surat Pengakuan Pengendalian Alat 127
H Memohon Untuk Menyemak Kesahan Item Soal Selidik 128
I Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 129
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, manusia memerlukan persekitaran yang
selamat dan selesa supaya dapat menghasilkan mutu kerja yang berkualiti tinggi.
Sebagai contoh dalam industri hal-hal kebajikan, keselamatan dan keselesaan pekerja
telah dijuruskan kepada satu bidang khas iaitu ergonomik untuk memastikan kecekapan
bekerja sentiasa terjamin. Menurut International Labour Organisation, ILO (1981)
ergonomik bermaksud penggunaan sains biologi manusia dengan mengaitkan sains
kejuruteraan untuk mencapai penyesuaian yang optima antara manusia dengan kerjanya.
Manfaatnya diukur dalam bentuk kecekapan, keselesaan dan keselamatan manusia
semasa bekerja. Keselesaan dan kesihatan pekerja dalam bidang industri juga
merupakan antara objektif utama dalam bidang ergonomik
Menurut Hywel (1986) terdapat tiga faktor yang boleh menyebabkan objektif
dalam bidang ergonomik tidak tercapai. Beliau menyatakan bahawa fakor ini boleh
memberi kesan terhadap kecekapan dan keselesaan manusia dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Faktor tersebut adalah reka bentuk, persekitaran dan organisasi.
2
Faktor reka bentuk adalah seperti reka bentuk tempat duduk seperti kerusi.
Menurut Bala (2002), semasa melakukan kerja secara berpostur duduk, reka bentuk
kerusi yang sesuai diperlukan untuk memberi keselesaan dan pengurangan risiko kepada
para pekerja daripada mengalami masalah sakit belakang. Jika faktor reka bentuk ini
tidak dititikberatkan, pekerja akan cepat berasa letih dan seterusnya hilang tumpuan
terhadap kerja yang dilakukan. Selain reka bentuk tempat duduk, reka bentuk untuk
pergerakan kerja yang tersusun juga penting supaya perkerja tidak mengalami keletihan
dan kemalangan semasa bekerja.
Faktor yang kedua ialah faktor persekitaran seperti persekitaran kerja dalam
keadaan suhu yang terlalu panas atau sejuk, kebisingan, gegaran, habuk, kelembapan,
radiasi, mekanikal, letupan dan pencahayaan. Sebagai contoh pencahayaan haruslah
cukup semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Menurut Karl (2001), sesebuah pejabat
haruslah menyediakan sistem pencahayaan yang baik kepada pekerjanya terutama ketika
melakukan kerja yang memerlukan pemerhatian yang teliti seperti kerja menaip. Ini
kerana, sekiranya pekerja tersebut berterusan melakukan kerja dalam suasana
pencahayaan yang tidak mencukupi, dia boleh mengalami ketegangan urat mata dan
mengakibatkan mutu kerjanya merosot.
Faktor ketiga ialah faktor organisasi seperti jadual waktu kerja, umur pekerja dan
lain-lain. Dalam satu kajian kes yang dijalankan oleh Ravindra, et al. (2001) ke atas
pemandu keretapi mengenai jadual kerja mereka, beliau mendapati pemandu keretapi
yang berkerja melebihi masa dan mempunyai waktu rehat yang singkat telah mengalami
kadar denyutan jantung yang sangat laju. Keadaan ini telah menyebabkan dia berasa
letih dan menyebabkan prestasi kerjanya merosot. Oleh itu, ergonomik adalah bidang
yang cuba memahami dan mencipta satu keadaan yang tidak merbahaya kepada manusia
serta akan mewujudkan persekitaran yang selesa kepada mereka.
Di dalam kajian ini, penyelidik lebih memfokuskan kepada faktor persekitaran
iaitu kebisingan. Penyelidik ingin melihat bagaimana kebisingan boleh mempengaruhi
3
tahap kecekapan kerja seseorang apabila individu tersebut mengalami gangguan bunyi
bising. Menurut Yahya (1998), kebisingan atau hingar boleh menyebabkan seseorang
itu tidak dapat melaksanakan kerjanya dengan berkesan. Ia boleh menyebabkan
penghasilan mutu kerja tidak optimum dan produktiviti seseorang itu merosot. Dalam
kajian ini penyelidik telah memilih untuk menjalankan kajian ke atas kanak-kanak untuk
melihat bagaimanakah tindak balas mereka apabila mengalami gangguan bunyi bising.
Menurut Berndt (2004) di dalam kajian kes yang dijalankan ke atas murid-murid
sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah, beliau ingin melihat adakah peringkat
umur mempengaruhi tindak balas seseorang individu terhadap bunyi bising, Hasil
daripada kajiannya mendapati, murid-murid di sekolah rendah lebih mudah teralih
tumpuannya apabila diganggu oleh bunyi bising berbanding dengan pelajar di sekolah
menengah. Ini kerana pelajar di sekolah menengah sudah pandai menentukan bunyi
yang patut dihiraukan dan mereka juga tahu bagaimana untuk memberi perhatian yang
berkesan semasa belajar. Oleh itu penyelidik memilih untuk menjalankan kajian ke atas
murid-murid sekolah rendah kerana golongan ini mudah terpengaruh dengan bunyi
bising di sekeliling mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam kajian yang dijalankan oleh Aida (2000), beliau telah membandingkan
pencemaran bunyi bising di sekitar sekolah-sekolah di Johor Bahru. Kajian beliau telah
dijalankan selama empat minggu berturut-turut dan hari yang dipilih ialah hari Rabu dan
Ahad. Terdapat empat buah sekolah telah dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan (Sek. Keb.)
Kampong Pasir, Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Sekolah Kebangsaan Senai dan
Sekolah Menengah (Sek Men.)Vokasional (ERT) Azizah untuk dinilai tahap
pencemaran bunyi dan keputusannya adalah seperti berikut :
4
Jadual 1.1 : Keputusan Perbandingan Pencemaran Bunyi Di Sekitar Sekolah
Di Johor Bahru
Aras Bunyi Maksimum (dBA)
Bil.
Nama Sekolah Rabu Ahad
1. Sek. Keb. Kampong Pasir, Tampoi 68.0 – 80.2 58.9 – 75.7
2. Sek. Keb. Sri Skudai 70.0 – 74.0 66.5 – 72.4
3. Sek. Keb. Senai 61.3 – 68.0 61.7 – 66.2
4. Sek. Men. Vokasional (ERT), Azizah 51.3 – 62.5 51.3 – 75.0
Berdasarkan Jadual 1.1, secara keseluruhannya Sek. Keb Kampong Pasir,
Tampoi mencatatkan bacaan paras bunyi yang tertinggi iaitu antara 68.0 dBA hingga
80.2 dBA pada hari Rabu dan 58.9 dBA hingga 75.7 dBA pada hari Ahad. Menurut
Aida (2000) lagi, pencemaran bunyi bising ini adalah berpunca dari jalan raya yang
bertentangan dengan sekolah tersebut iaitu Jalan Skudai-Johor Bahru. Keputusan
bacaan paras bunyi yang diperolehi adalah bacaan paras bunyi yang diambil di dalam
kawasan sekolah dan berjarak 25 meter dari jalan raya.
Hairul (2000) pula telah menjalankan kajian mengenai pencemaran bunyi bising
di sekitar Sek. Keb. Kampong Pasir, Tampoi sahaja. Beliau telah mengambil bacaan
paras bunyi di sekitar sekolah iaitu jaraknya 25 meter dari jalan raya selama empat
minggu berturut-turut dan memilih hari Rabu dan Ahad. Beliau juga telah mengelaskan
bacaan paras bunyi mengikut empat Zon Masa dan keputusannya adalah seperti berikut :
Jadual 1.2 : Keputusan Bacaan Paras Bunyi Mengikut Zon Masa
Zon Masa Waktu Julat Paras Bunyi (dBA)
I 7.40 pagi – 7.58 pagi 70.0 – 80.0
II 12.30 tgh – 12.48 tgh 75.0 – 90.0
III 4.30 ptg – 4.48 ptg 67.0 – 75.0
IV 6.30 ptg – 6.48 ptg 73.0 – 86.0
5
Berdasarkan Jadual 1.2, secara keseluruhannya telah menunjukkan Sek. Keb.
Kampong Pasir, Tampoi mengalami pencemaran bunyi bising yang berpunca dari Jalan
Skudai-Johor Bahru. Bacaan yang tertinggi adalah pada Zon Masa II disebabkan oleh
penggunaan jalan raya untuk pertukaran sesi persekolahan dan waktu makan tengah hari
oleh pekerja pejabat (Hairul, 2000).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO (undated) telah mengesyorkan bahawa
paras bunyi bising yang perlu dipatuhi adalah tidak melebihi 55 dBA pada siang hari dan
45 dBA pada malam hari bagi kawasan-kawasan sensitif seperti tempat kediaman,
sekolah dan hospital. Menurut Schik (2000), paras bunyi yang melebihi had yang
ditetapkan boleh mengundang kesan-kesan yang memudaratkan kepada masyarakat
sekelilingnya terutama kepada golongan pelajar atau kanak-kanak. Dalam Laporan
Tahunan Jabatan Alam Sekitar, JAS (1995) pula ada menyatakan bahawa, paras bunyi
yang melebihi had yang sepatutnya iaitu 55 dBA boleh memberi kesan kepada proses
pembelajaran para pelajar.
Menurut Ahmad Latiff (1996), beliau menyatakan bahawa tempat belajar yang
senyap dan selesa dapat memberi hubungan yang rapat dan kuat dengan minda untuk
tumpuan dan kemajuan di dalam pelajaran. Penyataan beliau ini membawa maksud,
suasana yang senyap dan selesa dapat menghindari murid-murid daripada mengalami
tekanan semasa belajar akibat bunyi bising yang terdapat di sekolah mereka. Ini secara
tidak langsung dapat mempertingkatkan prestasi pelajaran bagi seseorang individu
tersebut khususnya di kalangan para pelajar.
Berndt (2004) pula ada menyebut dalam kajian kes yang dijalankan beliau ke
atas sebuah sekolah di Jerman bahawa, kerja yang melibatkan penggunaan mental sesuai
dilaksanakan dalam suasana paras bunyi di antara 30 hingga 45 dBA. Ini penting supaya
aktiviti seperti komunikasi dan mendengar, penumpuan, serta kecekapan melakukan
kerja dapat berjalan lancar di sepanjang tempoh proses pembelajaran.
6
1.3 Penyataan Masalah
Oleh itu, penyelidik telah memilih Sek. Keb. Kampong Pasir, Tampoi sebagai
lokasi kajian kerana sekolah tersebut telah terbukti mengalami pencemaran bunyi bising
berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Aida (2000) dan Hairul (2000). Walau
bagaimanapun, bacaan paras bunyi dalam kajian terdahulu hanya diambil di sekitar
sekolah iaitu berjarak 25 meter dari jalan raya. Oleh itu, dalam kajian ini, penyelidik
akan mengambil bacaan paras bunyi di dalam bilik darjah yang terbahagi kepada dua
kategori iaitu kelas yang berdekatan jalan raya dan kelas yang berjauhan dengan jalan
raya.
Selain itu, sekolah tersebut juga telah melebihi paras bunyi yang telah ditetapkan
oleh WHO iaitu 55 dBA bagi melaksanakan proses pembelajaran yang berkesan. Oleh
yang demikian, di dalam kajian ini penyelidik ingin melihat sama ada bunyi bising ini
mengganggu proses pembelajaran murid-murid di sekolah tersebut. Penyelidik ingin
mengenal pasti tanda-tanda gangguan daripada pencemaran bunyi bising terhadap proses
pembelajaran di dalam kelas yang meliputi aspek penumpuan, komunikasi antara murid
dan guru serta kecekapan melakukan kerja.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian merupakan senarai maklumat atau tujuan bagi sesuatu kajian. Di
dalam kajian ini, objektif kajiannya adalah :
i. Mendapatkan purata bacaan bagi paras bunyi di dalam kelas yang berdekatan
jalan raya dan kelas yang berjauhan dengan jalan raya.
ii. Melakar taburan paras bunyi (dBA) melawan masa persekolahan (minit) pada
hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bagi kedua-dua buah kelas tersebut.
iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan atau tiada bagi paras bunyi di antara
kedua-dua buah kelas tersebut berdasarkan taburan paras bunyi (dBA) melawan
masa persekolahan (minit).
iv. Mengenal pasti sama ada paras bunyi bagi kedua-dua buah kelas tersebut
melebihi atau tidak paras bunyi yang telah ditetapkan oleh WHO.
v. Mengenal pasti tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling
tinggi terhadap penumpuan murid-murid bagi kedua-dua buah kelas tersebut.
vi. Mengenal pasti tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling
tinggi terhadap komunikasi antara murid-murid dengan guru bagi kedua-dua
buah kelas tersebut.
vii. Mengenal pasti tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling
tinggi terhadap kecekapan murid-murid melakukan kerja bagi kedua-dua buah
kelas tersebut.
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian merupakan senarai pernyataan yang lebih khusus tentang
apakah data atau maklumat yang ingin diperolehi berdasarkan objektif. Persoalan kajian
dalam kajian ini ialah :
i. Berapakah purata bacaan bagi paras bunyi di dalam kelas yang berdekatan jalan
raya dan kelas yang berjauhan dengan jalan raya ?
ii. Bagaimanakah bentuk taburan paras bunyi (dBA) melawan masa persekolahan
(minit) pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bagi kedua-dua buah kelas
tersebut ?
iii. Adakah terdapat perbezaan bagi paras bunyi di antara kedua-dua buah kelas
tersebut berdasarkan taburan paras bunyi (dBA) melawan masa persekolahan
(minit) ?
iv. Adakah paras bunyi bagi kedua-dua buah kelas tersebut melebihi paras bunyi
yang telah ditetapkan oleh WHO ?
v. Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling tinggi
terhadap penumpuan murid-murid bagi kedua-dua buah kelas tersebut ?
vi. Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling tinggi
terhadap komunikasi antara murid-murid dengan guru bagi kedua-dua buah kelas
tersebut ?
vii. Apakah tanda-tanda gangguan bunyi bising dari jalan raya yang paling tinggi
terhadap kecekapan murid-murid melakukan kerja bagi kedua-dua buah kelas
tersebut ?