Gangguan emosi

17

Transcript of Gangguan emosi

Page 2: Gangguan emosi

Gangguan Emosi

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih

perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada

gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan

keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. 

Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me-

nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah

antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor

intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi.  Secara ringkasnya gangguan

emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan

emosi murid tersebut tidak stabil.  Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan

terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada

usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan

stress kepada murid-murid.

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

           

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi

dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid

ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya,

tindakan guru dan lain-lain lagi.

            

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak

kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di

dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.

Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan

Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof

Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan

negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid

Page 3: Gangguan emosi

mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan

mengganggu emosi  mereka.

            

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas

padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran.  Malah

keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar

dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

            

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi.

Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam

kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan

diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan,

penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan

lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat

dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu

memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan

menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas

fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati,

murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

            

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh

minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan

gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi

punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak

berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang

meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang

mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak

akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya

Page 4: Gangguan emosi

diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan

ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

            

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan

zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga

menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak

lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya

seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan

personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan

merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh

berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang

tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan

dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan

cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif,

sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior,

rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.

Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam

menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan oleh

Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can liveWithout experiencing some

degree of stress at all." Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu

kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran

dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997).

Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin

mendatangkan kesan yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat

untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan negatif

Page 5: Gangguan emosi

kepada diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan

berlebihan atau menahan lapar,

Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar mempunyai

kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright, 1988; Youngs,

Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp (1988),

kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan

masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison (1992). Penemuan yang diperolehi oleh para

pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi

yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya.  Justeru, identifikasi awal kepada simptom-

simptorn tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang

menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur.  Pelajar  tersebut

tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair  dan

pelajar itu  juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.

Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian biasa.

Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi

yang abnormal dan berlebihan .Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar  jika

terlanggarnya di tangga.

Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap

pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik

ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya

pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau

dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan

menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada setiap

minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif,

tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan.

Page 6: Gangguan emosi

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan

bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar yang mengalaminya

berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan.

Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu

bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka

menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan

negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami

gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan

sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak

menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan

emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan

pihak sekolah adalah seperti berikut:

      Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan

interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara

guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana

yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan

untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga

mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti kumpulan.

      Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

Page 7: Gangguan emosi

Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara

satu sama lain.  Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti

kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan,

lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek.  Aktiviti-aktiviti sebegini akan

merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan

berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk

menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

      Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan

interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak

langsung.  Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah

menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau

memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang

bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan

tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.

      Guru membantu murid yang bermasalah

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut,

pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi

masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti

pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal

supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan

tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang

bermasalah mengalami gangguan emosi.

      Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Page 8: Gangguan emosi

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program

yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku.

Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi

untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan

kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

       Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar

daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana

membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih

kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia

merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan

kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan

personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa

seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang

bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan

masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari

semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu

dibuat bersama-sama.

Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik

meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan

emosi.  Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-

masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak

diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu

diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini.  Seterusnya

Page 9: Gangguan emosi

diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya

mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang

memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku  itu. Ini akan meyebabkan anak

atau murid itu mengalami gangguan emosi.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan ini,

mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.

Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal

menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya.  Langkah-langkah di atas ini akan membantu

seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih

berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

Sekian.

Page 10: Gangguan emosi

PUNCA STRESS DALAM KALANGAN PELAJAR ANAK-anak hari ini berhadapan dengan stres yang membawa kepada kemurungan, pemberontakan

dan penyakit.

Remaja yang tertekan berasakan dirinya insan yang gagal lalu mengambil tindakan tidak belajar dan

membuang masa bersama rakan-rakan. Remaja tertekan boleh terlibat dengan pelbagai masalah

sosial.

Apakah yang mendorong kepada stres?

1. Masa belajar yang panjang. 

Anak-anak bangun untuk ke sekolah seawal jam 6 pagi dan pulang ke rumah jam 2 petang. Kemudian,

ke kelas agama hingga jam 4 petang.

Sebelah malam perlu hadiri kelas tuisyen. Kekerapan kelas tuisyen ini pula bergantung kepada

bilangan subjek yang diambil.

Ada anak terpaksa hadiri tiga hingga empat kali kelas tuisyen seminggu.

Dalam masa yang sama mereka perlu siapkan kerja sekolah. Jika kerja sekolah tidak siap bermakna

mereka terpaksa berhadapan tindakan guru dan didenda. Ada ketikanya dimalukan. Disamping kerja

sekolah, mereka juga mungkin diberikan kerja oleh guru tuisyen. Ulang kaji perlu dilakukan

terutamanya apabila tahun ini mereka berhadapan dengan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan

SPM.

Bayangkan apabila anak yang mengambil sembilan subjek diberikan kerja sekolah yang banyak oleh

guru. Mereka tidak sempat menyiapkannya dan tiada masa urusan lain. Hinggakan, waktu cuti pun

tidak dapat cuti. Waktu perayaan pun terpaksa bawa kerja sekolah. Hinggakan apabila balik kampung,

beg sekolah pun terpaksa dibawa sama.

Page 11: Gangguan emosi

Semua ini menuntut masa belajar yang panjang. Masa mana agaknya mereka punya masa untuk diri

mereka sendiri? Ada juga anak-anak seawal usia tujuh atau lapan tahun sudah dibebankan dengan

semua ini sedangkan itulah masanya mereka mahu meneroka zaman kanak-kanak mereka.

Tiga puluh tahun dahulu, anak-anak seusia mereka punya masa yang banyak bergaul dan bermain lalu

membina kemahiran sosial yang tinggi.

Hari ini, anak-anak banyak meluangkan masa membina kemahiran sosial melalui Internet dengan

melayari laman sosial seperti facebook dan twitter.

Kemahiran sosial yang diperolehi melalui Internet tidak sama dengan berjumpa dan bergaul secara

fizikal. Ini menimbulkan ketagihan laman sosial yang membawa kepada masalah baru.

2. Harapan yang tinggi daripada ibu bapa dan guru.

Hari ini ibu bapa dan guru berlumba-lumba mahukan anak-anak dan pelajar mendapat semua A dalam

peperiksaan.

Ibu bapa yang berkemampuan melakukan apa sahaja dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan tinggi

bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang. Bagi ramai ibu bapa malu jika anak mereka hanya

mendapat 3A 2B dalam UPSR. Mereka mahukan 5A.

Kasihan melihat anak-anak yang dikerah dan dipaksa belajar bagi memenuhi hasrat dan cita-cita ibu

bapa dan guru, bukan cita-citanya sendiri.

Ada beberapa sebab yang mendorong sikap obses semua ini.

keputusan anak apabila mereka tahu anak kita menduduki peperiksaan penting. Kegagalan anak

dilihat sebagai kegagalan ibu bapa itu sendiri.

Kedua, syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) yang memberikan laluan kepada pelajar

yang hanya mendapat semua A juga satu tekanan. Malah ada SBP yang langsung tidak memberikan

borang permohonan kepada pelajar yang tidak mendapat semua A.

Berbeza 30 tahun dulu, pelajar yang mendapat 2A atau 3A dalam peperiksaan masih punya harapan

memasuki SBP kerana turut mengambil kira faktor demografi dan latar belakang ekonomi keluarga.

Ketiga, guru-guru turut memberikan tekanan ke atas murid bagi mencapai sasaran sekolah dan

memenuhi tanda aras yang diletakkan oleh jabatan pendidikan.

Sudah sampai masanya ibu bapa dan guru memikirkan pembangunan diri pelajar yang lebih

seimbang. Mendapat semua A dalam peperiksaan bukan jaminan anak-anak ini boleh cemerlang

dalam kehidupan.

Ramai yang menjawat jawatan sebagai ketua, menjadi pemimpin masyarakat dan mencipta

kecemerlangan dalam kerjaya hari ini datangnya daripada golongan pelajar yang biasa sahaja ketika

di sekolah.

Tetapi mereka memiliki EQ (Emotional Quotient) yang baik dan kemahiran sosial yang tinggi. EQ dan

kemahiran sosial terbina sejak kecil melalui aktiviti, pergaulan, perhubungan, interaksi dan proses

komunikasi.

Page 12: Gangguan emosi

Apabila anak-anak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata, mereka tiada

peluang memantapkan EQ dan membina kemahiran sosial ini. Kesannya, mereka tidak pandai bergaul,

lemah jiwa, cepat mengalah dan putus asa, rendah diri, tidak tahu memimpin, tidak pandai

berkomunikasi dan tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Estim diri mereka rendah.

Sebab itulah ibu bapa dan sekolah perlu babitkan anak-anak secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

seperti sukan, pasukan beruniform dan berpersatuan.

3. Tekanan daripada rakan sebaya

Stres yang ketiga datangnya dari rakan sebaya. Ada ketikanya anak kita dipinggirkan hanya kerana

berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cara dan tingkah laku mereka.

Pelajar yang bersekolah di sekolah harian mungkin tidak begitu tertekan berbanding dengan pelajar

SBP. Sebab di SBP, anak-anak jauh daripada keluarga maka rakan-rakanlah yang keluarga terdekat

mereka. Hingga ada di antara anak-anak terpaksa mengikut telunjuk rakan meski pun tahu ia satu

kesalahan kerana enggan dikatakan berbeza.

Sebab itulah anak-anak perlu dibekalkan dengan kemahiran bergaul dan

kebolehan mempengaruhi agar mereka dapat menyesuaikan diri secara positif dengan rakan-

rakannya. Malah, ada beberapa kes ponteng sekolah yang berlaku kesan daripada tekanan rakan

sebaya ini.

Ibu bapa dan guru perlu tingkatkan benteng diri pelajar dengan sentiasa menasihati dan mendorong

mereka secara positif. Mencuri masa hanya lima minit, setiap kali sebelum memulakan kelas, bagi

membuka minda dan mendorong pelajar boleh memberikan impak yang besar dalam hidup mereka.

Maklumkan kepada pelajar bagaimana menguruskan rakan-rakan yang negatif agar tidak memberikan

tekanan kepada mereka.

Sediakan jalan mudah bagi menyampaikan aduan dan rahsiakan siapa si pengadu demi kebaikan

mereka.

Ramai pelajar yang tidak berani tampil ke hadapan dan membuat sebarang aduan kerana mereka

tidak percaya kepada pengawas dan guru serta tidak yakin akan ketelusan sistem yang sedia ada.