Gangguan Emosi Yang Ringan Selalunya Boleh Diatasi Sendiri Oleh Murid Tersebut

3
Gangguan emosi yang ringan selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut. Kebiasaannya gangguan seperti ini tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luar. Tetapi, jika diamati secara mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian terserlah kerana kadang kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya dengan baik seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam. Sebagai contoh, naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah tinggi, tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu berkongsi alat permainan atau perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit terganggu dan mereka mampu mengatasinya dengan baik. Seterusnya, jenis gangguan emosi yang kedua ialah gangguan emosi sederhana. Gangguan emosi jenis ini jika diamati, lebih jelas kelihatan berbanding dengan gangguan emosi ringan. Gangguan ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak badan, mimik muka dan perlakuan murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih dan sebagainya yang berada pada tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak lain.Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah lebih kuat berbanding dengan gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis. Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan, tetapi murid tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu menangis bagi menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh gurunya. Sehubungan dengan itu, jenis yang seterusnya ialah gangguan semosi berat. Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat dilihat dengan begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami gangguan emosi kerana tingkah laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah laku sehariannya. Gngguan emosi jenis ini agak bahaya kerana mampu mengundang bahaya apabila murid tersebut akan melakukan percubaan untuk mencederakan rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut tidak dapat mengawal emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti menjerit-jerit dan mengehntak-hentakkan kaki atau anggota bandannya sehingga mendatangkan kecederaan. Sebagai contoh, apabila murid tersebut terlalu marah kepada rakannya, mereka akan cenderung untuk bergaduh dan mencederakan satu sama lain bagi memuaskan hati mereka. Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya. Kajian ini telah saya jalankan dengan kerjasama guru kaunseling di sekolah ini. Sesi perbincangan bersama dengan guru yang menguruskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, Puan Norazizah, iaitu guru bimbingan

description

kkkkk

Transcript of Gangguan Emosi Yang Ringan Selalunya Boleh Diatasi Sendiri Oleh Murid Tersebut

Page 1: Gangguan Emosi Yang Ringan Selalunya Boleh Diatasi Sendiri Oleh Murid Tersebut

Gangguan emosi yang ringan selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut.

Kebiasaannya gangguan seperti ini tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luar. Tetapi, jika

diamati secara mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian terserlah kerana

kadang kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap tumbesaran

mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya dengan baik

seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam. Sebagai contoh, naluri

seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah tinggi, tetapi kadang

kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu berkongsi alat permainan atau

perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit terganggu dan mereka mampu

mengatasinya dengan baik.

Seterusnya, jenis gangguan emosi yang kedua ialah gangguan emosi sederhana.

Gangguan emosi jenis ini jika diamati, lebih jelas kelihatan berbanding dengan gangguan

emosi ringan. Gangguan ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak badan, mimik muka

dan perlakuan murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih dan sebagainya yang berada

pada tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak

lain.Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah lebih kuat berbanding dengan

gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya dengan

menggunakan pelbagai cara seperti menangis. Sebagai contoh, guru mengarahkan murid

untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan, tetapi murid tersebut enggan menyertai

kumpulan tersebut lalu menangis bagi menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang

dilakukan oleh gurunya.

Sehubungan dengan itu, jenis yang seterusnya ialah gangguan semosi berat. Bagi

gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat dilihat dengan begitu

jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami gangguan emosi kerana tingkah laku

murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah laku sehariannya. Gngguan emosi jenis ini

agak bahaya kerana mampu mengundang bahaya apabila murid tersebut akan melakukan

percubaan untuk mencederakan rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut

tidak dapat mengawal emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti

menjerit-jerit dan mengehntak-hentakkan kaki atau anggota bandannya sehingga

mendatangkan kecederaan. Sebagai contoh, apabila murid tersebut terlalu marah kepada

rakannya, mereka akan cenderung untuk bergaduh dan mencederakan satu sama lain bagi

memuaskan hati mereka. Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari awal, murid

tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa kelak seterusnya

mengganggu proses pembelajarannya.

Page 2: Gangguan Emosi Yang Ringan Selalunya Boleh Diatasi Sendiri Oleh Murid Tersebut

Kajian ini telah saya jalankan dengan kerjasama guru kaunseling di sekolah ini. Sesi

perbincangan bersama dengan guru yang menguruskan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling, Puan Norazizah, iaitu guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan

Paroi, Seremban yang telah memperkenalkan klepada saya dengan klien yang pernah

diberikan sesi bimbingan. Sesi perbincangan kami menjurus kepada kepada pengalaman

beliau sendiri dalam menguruskan masalah klien iaitu seorang murid di sekolah ini yang

menghadapi masalah gangguan emosi yang menyebabkan dia melakukan tingkah laku-

tingkah laku yang negatif seperti cepat marah, membuli, merosakkan harta benda atau

kemudahan sekolah dan juga kemerosotan pencapaian akademik murid tersebut. Dalam

temu bual tersebut, beliau menceritakan beberapa pengalaman yang dihadapinya semasa

menguruskan klien yang memerlukan bimbingan tingkah laku.

Antara punca yang menyebabkan murid ini mengalami ganguan emosi adalah peristiwa

dalam keluarga yang menjadi punca murid ini mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam

keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan

murid. Tinjauan mendapati klien tinggal bersama ibu dan bapanya tetapi jarang dapat

menghabiskan waktu bersama menyebabkan kurangnya masa berkualiti atau pemantauan

daripada ibu bapa di rumah. Bapa murid ini merupakan seorang yang tidak mempunyai

pekerjaan yang tetap manakala ibunya pula merupakan seorang guru yang berkhidmat di

sekolah yang jauh dari rumah iaitu di Kuala Lumpur. Murid ini kurang mendapat perhatian

daripada kedua ibu bapanya. Oleh yang demikian, klien menunjukkan sikap tidak memberi

perhatian di dalam kelas malah sering mengganggu pelajar lain yang ingin menumpukan

perhatian didalam kelas. Klien juga sering menghilangkan diri ketika sesi pembelajaran

sedang berjalan. Di samping itu, klien juga tidak mahu menyiapkan kerja yang diberi oleh

guru. Guru juga telah mengikhtiarkan beberapa cara untuk mengatasi tingkah laku negatif

pada klien ini. Ia termasuklah menukar kedudukannya di dalam kelas serta meletakkannya di

bawah panntauan guru disiplin. Masalah ini dipandang dengan serius oleh Puan Norazizah

kerana ia menjadi perbualan hangat oleh guru-guru di sekolah

Page 3: Gangguan Emosi Yang Ringan Selalunya Boleh Diatasi Sendiri Oleh Murid Tersebut