Gangnam style
-
Upload
visnu-rathinam -
Category
Documents
-
view
599 -
download
0
description
Transcript of Gangnam style
SEJARAH SEKOLAH KITAAhli kumpulan :
Tan Ke Ni
Tan Seok Hong
Lim Yi Ying
Lim Xin Hui
Shalini
( Ketua kumpulan )
LENCANA SEKOLAH MENENGAH METHODIST, TELOK DATOK
Lencana Sekolah Menengah Methodist mempunyai ciri-ciri berikut:-LENCANA SEKOLAH INI MEMPUNYAI 2 WARNA, IAITU KUNING DAN BIRU.WARNA BIRU:Keharmonian dan Kedamaian.WARNA KUNING : Kecermalangan dalam bidang pendidikan dan kemuliaan.OBOR YANG BERNYALA : Ilmu dan pengetahuan yang akan menyinari kehidupan pelajar.SENIKATA DALAM BAHASA LATIN “ORA ET LABORA” bermakna Berdoa dan Berusaha.SENIKATA DALAM BAHASA INGGERIS, “LET THERE BE LIGHT” bermakna Usaha selalu untuk Mencapai Kecemerlangan.
7
Sejarah Sekolah M.E.S
Pada tahun 1927 Geraja Methodist Malaya dalam usaha memperkembangkan pendidikan ke kawasan luar bandar telah menubuhkan sebuah sekolah di sebuah rumah berbumbung atap dan berlantai tanah liat. Sekolah Inggeris yang bersejarah ini
telah ditubuhkan oleh Rev. S.M.Arumugam di Banting. Guru bahasa Inggeris yang pertama ialah Encik Ganamoney. Kelas pertama ini dengan lebih kurang 40 orang murid berfungsi dengan nama ‘Methodist English School’. Pada tahun 1931 Rev. S. S. Pakianathan dari Gereja Methodist telah berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan sekolah yang kecil ini. Sekolah ini terpaksa ditutup semasa perang dunia dan dibuka semula dengan kedatangan British. Selepas perang dunia, seorang tokoh pendidik iaitu En. G.S Argumugam telah mendapat kebenaran dari pengawai Daerah, En.P.H. Setehell untuk menggunakan Kelab Stonor di Telok Datok dan memulakan sekolah tersebut dengan 60 orang murid. Selepas 2 tahun sekolah terpaksa berpindah ke sebuah kedai di jalan Jugra, Banting dan berfungsi di bawah Puan Lily Bastiampilay. Dari sini sekolah berpindah dari satu tempat yang lain. Pada tahun 1951 Madam Chi Liung telah membenarkan panggung wayangnya(Golden City) digunakan sebagai Sekolah untuk 100 orang murid.
Bangunan Lama MES
MAKLUMAT AM
KOD SEKOLAH : BEB1069GRED : ALOKASI : LUAR BANDARBIL. GURU : 81BIL. STAFF SOKONGAN : 10BIL. MURID : 1424BIL. PELAJAR PMR : 289BIL. PELAJAR SPM : 267NO. TEL : 03-31871532NO. FAX : 03-31818708
PENGETUA MES
1. En. V.K Vincent Danial (1959 ~ 1983)2. En. I. Selladurai (1983 ~ 1993)3. En. Ang Seng Hin (1993 ~ 1994)4. En. I. Selladurai (1995 ~ 1998)5. Pn. Alice Goerge (1998 ~ 1999)6. Dr. Hannah Pillay (1999 ~ 2002)7. Pn. Susila S. Solomon (2003 ~ 2006)
8. En. Chay Kin Siong (2006 ~ 2010)9. En. Woon Boon Yiat (2011 ~ Kini)
Oleh kerana sambutan dari orang awam sangat menggalakan, kerajaan telah meminta Gereja Methodist Malaya untuk mendirikan sebuah Sekolah bangunan di atas tanah wakaf yang diberikan oleh kerajaan. Jawantankuasa ini telah dipengurisikan oleh Pengawai Daerah dan ahli-ahlinya terdiri dari beberapa orang ahli Gereja Methodist. Pada tahun 1952 Rev. J.A.P.Osward telah dihantar dari Kuala Lumpur ke Banting oleh Gereja Methodist dan beliau meneruskan projek bangunan sekolah.
Pada 12-01-1953 Methodist English School (MES) telah dimulakan dengan 5 buah bilik darjah, 202 orang murid dan 8 orang guru. Ini merupakan sekolah aliran Inggeris bantuan modal kerajaan yang pertaman di Daerah Kuala Langat. Guru Besar yang pertama ialah Rev.J.A.P. Oswald. Pada tahun 1954 Rev Oswald dengan bantuan dari Gereja Methodist dan bantuan orang ramai telah mendirikan sebuah bangunan lagi dengan 10 buah bilik darjah, tandas dan kantin. Rev. Oswald juga telah menggalakan pelajar-pelajar yang berlebih umur (over-aged pupils) untuk mengikuti kelas di waktu petang yang dipanggil ‘Methodist Afternoon School (MAS)’.
Pendidikan Menengah (Secondary Education) bermula pada 01-01-1957 apabila 48 orang pelajar Darjah 6 telah lulus ‘Malayan Secondary School Entrance Examination’ dan dinaikkan ke Tingkatan 1. Pada akhir tahun 1957 Rev. J.A.P Oswald telah bersara dan Encik Leow Sae Yin telah dilantik Guru Besar pada tahun 1958. Beliau telah berkhidmat hanya satu tahun. Pada 01-02-1959 En. V.K. Vincent Daniel telah dilantik telah sebagai Guru Besar. Tahun ini dianggap sangat kritikal dalam sejarah sekolah kerana seramai 48 orang murid Tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan ‘Lower Certificate of Education (LCE)’ dan kumpulan inilah yang akan menentukan kewujudan Tingkatan 4 pada tahun yang berikutnya.
Atas usaha-usaha gigih En. V.K. Vincent Daniel dan guru-guru, daripada 48 orang muridperintis (pioneers) ‘Sekolah Menengah’ ini, 22 orang murid telah lulus peperiksaan L. C. E. dan layak masuk ke Tingkatan 4 pada tahun 1960. Pada tahun berikutnya (1961) seramai 25orang murid Tingkatan 5 telah didaftarkan untuk peperiksaan “Cambridge School Certificate / Federation of Malaysia Certificate”(CSC/FMC). Daripad 25 orang murid yang merupakan Perintis peperiksaan CSC/FMC ini, 19 orang muris telah berjaya dengan mencatatkan keputusan 76%. Tahun 1961 merupakan tahun yang paling penting di dalam sejarah MES. Inilah tahun yang terakhir “Methodist English School” berfungsi sebagai “Comprehensive School” dengan kelas-kelas dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 dengan bilangan murid 1000 dalam 27 buah kelas ditadbirkan oleh seorang Guru Besar.
Pada 01-01-1962 Methodist English School dipecah kepada 2 unit pentadbiran yang berasingan. En. Sam Paranjothy telah dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Rendah Methodist (MES) manakala En. V.K. Vincent Daniel dilantik Pengetua Sekolah Menengah Methodist (MES). Dalam perkembangan pendidikan di daerah ini, peranan yang dimainkan oleh 2 buah institusi yang lain juga perlu direkodkan. Sekolah Inggeris Persendirian (Methodist Afternoon School-MAS) dan sekolah Lanjutan Pendidikan (Further Education Classes) adalah 2 buah Institusi yang berpusat di MES Telok Datok, khasnya untuk menampung pelajar-pelajar yang berlebih umur seperti golongan guru, pengawai kerajaan, peniaga dan mereka yang gagal LCE/CSC/FMC. Beribu-beribu orang pelajar yang kini memegang jawatan yang tinggi menuntut ilmu di MAS dan EFC. MAS wujud dari tahun 1953 hingga tahun 1969, manakala FEC dari tahun 1963 hingga 1971.
Pendidikan menengah di MES telah bermula pada tahun 1957. Bangunan yang dibina khas untuk menengah ialah ‘Bangunan Merdeka’ pada tahun 1957. Bangunan ini dinamakan ‘Merdeka Block’ kerana pada tahun itulah wang sebanyak $13.000/- yang dikutip oleh Jawantankuasa Sambutan Hari Merdeka Daerah Kuala Langat dari orang awam digunakan untuk membina stu bangunan yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Wang ini telah dikutip oleh Jawantankuasa yang dipengurusikan oleh Pengawai Daerah Kuala Langat, Tuan Syed Abdullah untuk membina sebuah pancutan air (Water fountain) untuk memperingati Hari kemerdekaan. Tetapi Rev. J.A.P Oswald yang juga seorang ahli Jawatankuasa ini dapat mempengaruhi Jawantankuasa Sambutan Hari Merdeka ini bahawa dengan membina sebuah sekolah menengah akan tetap mengingatkan Merdeka dengan lebih tepat lagi. Akhirnya wang ini diserahkan kepada Rev. Oswald. Pihak Gereja Methodist Malaya telah memberi sumbangan sebanyak $5,000/- untuk projek pembinaan Blok Merdeka ini. Rancangan pembinaan bangunan telah dijalankan dengan pesat oleh En. V.K. Vincent Vincent Daniel. Beliau bertanggungjawab untuk pembinaan sebuah makmal Sains dan 2 bilik darjah dengan harga $30,000/- pada tahun 1960. Pada tahun 1961 beliau mendapat peruntukan dari kerajaan sebanyak $18,000/- untuk mendirikan sebuah Asrama untuk guru wanita. Pada tahun 1962 satu bangunan 2 tingkat dibina dengan harga $77,000/-. Bangunan 2 tingkat ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Abdul Rahman b. Hj. Taib, Menteri Kesihatan pada 26-10-1962.
PERKEMBANGAN FIZIKAL SEKOLAH MENENGAH
EN. DANIEL JUGA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENDIRIKAN SATU LAGI BANGUNAN 2 TINGKAT YANG MENGANDUNGI DEWAN, MAKMAL SAINS DAN BILIK
GURU PADA TAHUN 1973. KOS PEMBINAAN BANGUNAN INI IALAH $79,000/-. BANGUNAN INI DIRASMIKAN OLEH
YAB DATO SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD PADA 20-01-1976 (SEBAGAI MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA).
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuam, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
MATLAMAT PENDIDIKANBerpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini akan sekaligus menjadi warganegara Malaysia yang baik. Insan yang baik memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:-
-Percaya dan patuh pada Tuhan-Berilmu pengetahuan-Berakhlak mulia-Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara-Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
VISI DAN MISI
VISI Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak, bermotivasi tinggi
dan berorientasi kecemerlangan. Membentuk satu pasukan tenaga akademik yang profesional dari
segi sikap, budayakerja dan berakhiak. Menyediakan suasana yang kondusif dalam bidang pembelajaran
dan persekitaran Menyediakan satu sistem pentadbiran dan pengurusan yang
sistematik dan mesra pelanggan. Menyediakan satu sistem pentadbiran dan pengurusan yang
sistematik dan mesra pelanggan dan
MISI• Ke arah menjadikan sekolah sebagai Intitusi pendidikankan yang
berupaya melahirkan pelajar yang mampu menghadapi cabaran-cabaran alaf baru dan memenuhi aspirasi negara.
Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran untuk mengembangkan potensi pelajar mengikut kemampuan.
Mewujudkan budaya dan ikllrn sekolah yang sihat ke arah melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhak dan berwibawa.
Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan (pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.
Mengamalkan etika dan budaya kerja yang positIf ke arah perkhidmatan yang berkualiti dan penyayang.
Sentiasa mengekalkan prestasi dan kualiti pencapalan dalam peperiksaan awam, dalaman dan kegiatan kokurikulum.
Menyediakan kemudahan-kernudahan dan peralatan yang mencukupi untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Menyediakan perkhidmatan sokongan untuk memenuhi keperluan rohani dan kebajikan pelajar.
PIAGAM PELANGGAN
PELAN MES
CARTA ORGANISASI
School song There is a school in Banting town, Banting town,The best, the very best for miles, miles around,And when we sing, with laughter, loud and free,the folks all think it’s Jubilee! Jubilee
In the classroom it’s Geography, Geometry, BiologyAnd any other subject on the earth, sky and sea,Hurrah! Hurrah for MES, Hurrah! Hurrah,Our hearts, our hearts they Swell with joy, swell with joy,And our song shall ring on many distance shore,Our Alma Mater evermore, evermore! Our Alma Mater evermore, evermore!Words by Mr. V.K.
Vincent Daniel(Pengetua M.E.S 01-02-1959 – 15-11-1983)
1. OBJEKTIF PERATURAN
• Melicinkan pekerjaan pentadbiran sekolah.• Melicinkan proses pembelajaran pelajar-pelajar.• Menanam semangat cintakan sekolah dan Negara.• Menghormati guru-guru dan rakan• Membentuk perpaduan dan hidup berharmoni • Mencapai matlamat persekolahan yang maksima di kalangan
pelajar-pelajar di bidang akademik dan kurikulum. • Membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi
dan rohani.
Peratuan-peratuan ini berkuatkuasa di Sekolah Men. Methodist (MES) Telok Datok sahaja untuk menjadi panduan kepada semua pelajar semasa mereka berada di sekolah ini. Peratuan ini mesti dipatuhi bagi :
2. PENGUATKUASA DISIPLIN
• Pengetua Sekolah• Lembaga Disiplin dan Tatatertib• Guru-guru• Pengawas-pengawas Sekolah • Ketua kelas dan AJK
3. WAKTU PERSEKOLAHAN• Sesi Pagi Hari Isnin – Selesa : 07.30 pagi – 01.25 petang Rabu – Khamis : 07.30 pagi – 12.50 tengahari Jumaat : 07.30 pagi – 12.15 tengahari• Sesi Petang Hari Isnin – Rabu : 01.25 tengahari – 06.35 petang Khamis : 12.50 tengahari – 06.35 petang Jumaat : 02.35 petang – 06.35 petang• Kelas Hari Sabtu Tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa
4. TATATERTIB KELAKUAN
• Anda adlah wajib menghormati guru, kakitangan sekolah atau mereka yang lebih tua dari anda
• Memberi salam atau ucap selamat kepada guru, kakitangan sekolah dan mereka yang lebih tua dari anda adalah wajib.
• Anda wajib berdiri dengan sikap hormat sempurna apabila berhadapan dengan guru bagi menerima arahan atau menyampaikan sesuatu.
• Anda hanya boleh meninggalkan atau memasuki satu-satu kelas selepas mendapat kebenaran daripada guru yang sedang mengajar di kelas tersebut.
• Anda perlu mendapatkan PAS KELUAR dari guru jika anda ingin keluar dari kelas untuk sesuatu tujuan.
Menghormati Guru :
Penumpuan Pelajaran :
• Anda mestilah menumpukan perhatian kepada pelajaran anda, menyempurnakan kerja-kerja rumah dan tugas-tugas lain seumpamanya yang diarahkan oleh guru-guru
• Anda mestilah menghadirkan diri dalam setiap kelas biasa, kelas-kelas bimbingan dan kelas-kelas tambahan yang ditetapkan.
Kebersihan dan kekemasan diri :• Anda mestilah membuang sampah-sampah di bakul-bakul sampah
atau tempat-tempat pembuangan sampah sahaja. Kertas atau sampah-sarap yang anda jumai di mana-mana di kawasan sekolah, hendaklah dipungut dan dibuangkan ke dalam bakul sampah.
• Anda dilarang meludah di merata-rata tempat.• Pastikan bahawa diri anda sentiasa bersih, berpakaian bersih,
kemas, sesuai dengan kehendak peraturan pakaian sekolah.• Anda diwajibkan berambut pendek, tidak bermisai dan tidak
berjanggut sesuai dengan kehendak pekeliling Ikhtisas No. 2/1976 mengenai potongan rambut murid-murid kelaki.
• Anda tidak boleh menyimpan kuku panjang, tidak boleh mewarnakan kuku dan tidak boleh memakai inai.
Budi Bahasa• Anda hendaklah sentiasa berkelakuan baik sama ada di dalam atau di
luar sekolah dan majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi.• Anda hendaklah sentiasa bersopan-santun, berbudi bahasa kepada
para tetamu dan pelawat-pelawat yang datang ke sekolah. • Anda adalah dikehendai entiasa bersedia menghulurkan pertolongan
ihlas dan jujur kepada sesama teman dan mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan.
• Anda adalah wajib memupuk persahabatan, ikhlas dan jujur kepada semua pelajar sekolah ini, hormat kepada yang lebih tua, sayang keada teman sebaya dan adik-adik yang lebih kecil.
• Anda mestilah minta izin dengan hormat sambil menundukkan badan, apabila anda terpaksa melintas di hadapan guru, ibubapa, dan orang yang lebih tua dari anda.
PERATURAN PAKAIAN (AM)0 Lencana sekolah mesti sentiasa disematkan di bahagian
dada sebelah kiri atau di atas saku.0 Semasa di sekolah mesti memakai pakaian seragam
sekolah yang lengkap bersih dan kemas tidak terlaulu longgar dan tidak terlalu ketat.
0 Pakaian seragam sekolah tidak boleh diubahsuai mengikut kehendak sendiri. ( Rujuk contoh pakaian sekolah)
0 Semasa menghadiri kegiatan kokurikulum hendaklah berpakaian sekolah atay berbaju “T” yang dibenarkan oleh pihak sekolah dan bersukan :
Lelaki Baju “T” putih atau baju “T” rasmi dan berseluar pendek (biru atau hitam) atau seluar sukan (track bottom).PerempuanSeluar sukan sesuai berwarna biru atau hitam dan berbaju berlengan (Baju “T” berlengan dibenarkan).
( Semua pelajar digalakkan memakai seluar panjang )
*Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berselipar ke sekolah pada bila-bila masa.
*Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian (baju/seluar) jenis jean ketika berada dalam kawasan sekolah.
*Pelajar yang tidak mematuhi cara pakaian yang ditetapkan tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
*Pakaian yang ‘berfesyen’ adalah dilarang.
*Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian seperti jaket, topi, baju sejuk atau lain-lain selain dariada pakaian rasmi sekolah.
*Pelajar tidak dibenarkan bersolek.
6. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR
PEREMPUAN• Pelajar-pelajar perempuan dibenarkan memilih
sama ada hendak memakai pakaian baju kurung atau skirt ‘Pinafore Tunic’. Pelajr-pelajar Islam digalakkan memakai tudung seperti dalam peraturan. Jenis kain untuk baju mestilah yang tidak nipis dan tidak menampakkan susuk tubuh.
• Pinafore Tunic’ dan Blouse ‘Pinafore Tunic’ adalah berwarna ‘torquise’ dan
labunya hendaklah sampai ke paras lutut. ‘Blouse’ adalah berwarna putih dan berlengan pendek.
Lihat contoh di lampiran D.
*TudungPelajar-pelajar dibenarkan memakai tudung. Hanya
tudung jenis tiga segi dua sama dibenarkan.Berwarna putih.Ukuran sesuai dengan murid yang memakainya.Tudung bahagian bawah dagu jahit habis.Tudung yang berulam tepi tidak dibenarkanBoleh gunakan pin atau ‘brooch’ yang kecil sahaja.Cara memakai tudung – lihat Lampiran E.
Kasut Kasut berwarna putih, tiada warna
lain. Pengawas dibenarkan memakai
kasut warna hitam. Bersetokin warna putih (tanpa warna
lain)
Rambut Rambut pelajar-pelajar perempuan tidak
dibenarkan panjang sehingga mencecah bahu. Jika panjang mencecah bahu, mestilah diikat satu atau dua.
Rambut bahagian depan tidak dibenarkan. Ruben – hanya warna hitam dibenmenutupi dahi
dan mesti disepit. Hanya sepit hitam arkan. Cetak rambut (hair band) warna hitam yang kecil
boleh dipakai. Rambut tida dibenarkan didandan mengikut fesyen
kecuali seperti yang telah ditentukan oleh pihak sekolah sahaja. Penggunaan ‘gel’ adalah dilarang.
Rambut tidak boleh diwarnakan (dye). Rambut fesyen berekor tidak dibenarkan.
*Barang kemasBarang-barang kemas tidak dibenarkan kecuali
sepasang subang kecil untuk menutup lubang tindek.
7. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR LELAKI
Baju Baju berlengan pendek atau panjang
berwarna putih dengan poket di sebelah kiri. Baju lengan panjang hendaklah dibutangkan atau dilipat hingga ke situ. Baju sentiasa masuk ke dalam.
Seluar Seluar berwarna hijar kehitam-hitaman (hijau tua). Boleh memakai seluar pendek atay seluar
panjang. Ukuran seluar panjang dipergelangan kaki
mestilah di antara 40cm – 48cm keliling iaitu 20cm – 24cm ukuran lintang.
Panjang seluar mestilah menutupi baku tali. Seluar tidk dibenarkan terlalu ketat atau terlalu
longgar. Seluar fesyen adalah dilarang.
• KasutKasut putih – Tiada warna lain.Bersetokin putih (tanpa warna lain)Pengawas dibenarkan memakai kasut
warna hitam.
• Tali PinggangTidak melebihi 3 SM lebar.Tali pinggang berkepala besar tidak
boleh dipakai (Termasuk jenis ‘GQ’)
*Baju Melayu (untuk murid sesi pagi sahaja)
* Pelajar – pelajar lelaki Islam digalakkan memakai ‘Baju Melayu’ pada hari Jumaat.
Baju Melayu – Cekak Musang berwarna putih.Butang dikenakan setiap masa.Seluar berwarna putih.Kasut dana sarungkaki (rujuk di atas).Sampin berwarna ‘torquise’.Baju hendaklah dimasukkan ke dalam sampin.Bersongkok hitam atau biru gelap.Lihat contoh di Lampiran C.
Rambut : Surat pekeliling Iktisas kem. Pel 2/1976. Lihat contoh di Lampiran A. Setiap pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut :
Di bahagian belakang – rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
Di bahagian depan – rambut menutup garisan tengah dahi. Di bahagian tepi – rambut mencecah telinga atau
sebahagian daripadanya dan ‘side – burn’ melebihi garisan tengah hidung.
Di bahagian atas – rambut lebih daripada 6 panjang (Rujuk gambarajah) Lampiran A.
Pelajar-pelajar lelaki yang beragama sikh boleh berambut pan jang. Jika mereka memakai serban tetapi yang tidak berserban, peraturannya adalah seperti di atas.
Tidak bleh menyimpan beberapa helai rambut panjanng (ekor rambut) dan tidak boleh gunakan ‘gel’.
Rambut tidak boleh diwarnakan.
Misai dan Janggut Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan
menyimpan misai atau janggut atau kedua-duanya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh pada pelajar – pelajar lelaki yang beransur baligh dan mereka ini tidaklah patut dipaksa bercukur.
*Barang KemasTidak dibenarkan kecuali jam tangan sahaja.Pelajar-pelajar yang ingin memakai rantai leher atau
rantai tangan kerana kepercayaan agama hendaklah mendapatkan kebenaran khas (bertulis) dari pengetua sekolah.
8. PELANGGARAN DISIPLIN (Rujuk
Peraturan Disiplin Kementeriaan
Pendidikan )• Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku
jenayah:- Memeras ugut Menjadi anggota kumpulan jahat / haram Berjudi Mencuri Memukul guru / pengawas / murid-murid lain Membawa / memiliki senjata merbahaya dengan
tujuan jahat. Mengancam mengugut pengetua / guru-guru /
murid-murid lain (ancaman yang serius dan merbahaya )
Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku lucah atau biadab:-
Membaca, meninjau dan menyebarkan bahan - bahan dan gambar - gambar lucah.
Mengintai murid murid perempuan. Bercumbu – cumbuan Menggunakan kata – kata lucah Melukis atau memiliki gambar lucah atau
menulis kata – kata lucah.
Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku anti sosial:-
Merosakkan harta benda kerajaan / sekolah / guru – guru atau sebarang milik persendirian.
Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah. Membuat bising dan menggangu ketenteraman umum dan kelas. Bergaduh dan berlawan. Berkelakuan biadab terhadap guru / pengetua ( sikap bongkak
atau membuat penghinaan ) . Mengadakan pelacoan ( ragging ) dalam apa jua bentuk dan rupa
. Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran pengetua. Menyalahgunakan kemudahan sekolah / kuasa yang
diamanahkan kepadanya. Melanggar peraturan – peraturan dan undang – undang yang
dikuatkuasakan oleh sekolah dan pejabat pendidikan. Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu / mendapat
kebenaran pihak sekolah / pengetua. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan
tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
Perbuatan – perbuatan curang atau tingkahlaku tidak jujur / tidak amanah :
Meniru dalam ujian / peperiksaan.Meniru tandatangan ibubapa / penjaga / pengetua /
guru – guru.Bercakap bohong.Mengubah markah.Ponteng kelas.
*Perbuatan – perbuatan yang dianggap sebagai tingkahlaku tidak sopan :
Berbahasa kasar dan mencarut.Tidak menghormati guru / pengawas.Menghisap atau memiliki rokok.Berambut panjang.Tidak memberi perhatian pada masa guru sedang
mengajar.Selalu lewat masuk kelas.Lalai dan cuai terhadap pelajaran.Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukan.Masih membantah hukuman guru / pengetua, sekalipun
sudah diberi tiga atau empat kali amaran.Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan kehendak
peraturan disiplin sekolah.
0Kesalahan – Tatatertib yang berat : Menjadi anggota kumpulan jahat / pertubuhan haram. Membawa / memiliki senjata merbahaya dengan tujuan haram. Memukul guru / pengetua / pengawas / murid-murid lain. Mengancam guru / pengetua / pengawas . Murid-murid lain (dengan ancaman yang
serius dan merbahaya). Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh
pihak sekoklah atau pejabat pendidikan. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu dan mendapat kebenaran pihak
sekolah / pengetua. Merosakkan harta berita kerajaan / sekolah / guru-guru atau sebarang milik
persendirian. Mencuri. Terlibat dengan dadah. Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan. Menghisap / memiliki rokok. Berjudi. Membantah hukuman guru / pengetua, sekaligus sudah diberi tiga atau empat kali
amaran. Berkelakuan biadab terhadap guru / pengetua (menunjukan sikap bongkaak atau
membuat penghinaan) Sengaja menimbulkan sesuatu eprkara yang sensitif seperti menghina keturunan,
agama dan kebudayaan dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
Pontenng perhimpunan dan tidak menyanyi lagu-lagu patriotik.
• Jenis Hukuman :* Tertakluk kepada berat ringanya kesalahan yang
dilakukan. Hukuman yang boleh dikenakan ke atas seorang pelajar ialah :-
Diberi teguran dan amaran bertulis.Diberi nasihat dan kaunseling.Dirotan.Digantung persekolahan.Diberhentikan sekolah.Membayar gantirugi.Menarikbalik biasiswa yang diberi.Lain-lain hukuman yang difikirkan sesuai.
9. KEGIATAN KOKURIKULUM
• Tiap-tiap pelajar diwajibkan menyertai dan bergerak aktif dalam tiga kegiatan berkumpulan (persatuaan / pakaian seragam / sukan)
• Gerakerja kokurikulum diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu.
• Kad laporan kedatangan Gerko hendaklah ditandatangani oleh guru penasihat persatuan apabila pelajar datang menjalankan kegiatan.
• Latihan Olahraga dan Merentas Desa adalah diwajibkan bagi setiap pelajar (kecuali mereka yang disahkan oleh doktor sebagai tidak layak mengikutnya).
• Sekiranya seorang pelajar itu terlalu aktif di dalam berbagai bidang sukan, keanggotaan Gerkonya boleh dikurangkan.
10. TIDAK HADIR SEKOLAH
Pelajar yang tidak hadir ke sekolah mesti membawa surat doktor atau keterangan ibubapa padaa hari berikutnya.
Sekiranya pelajar tidak datang lebih daripada tiga (3) hari, hendaklah ibubapa memberitahu pihak sekolah secara bertulis dengan segera.
Pihak sekolah akan menghantar surat peringatan sekiranya pelajar tidak datang lebij daripada tiga (3) hari – lihat lampiran F.
11. DATANG LEWAT KE SEKOLAH
Setiap pelajar yang datang lewat, tidak dibenarkan masuk ke kelas tanpa kebenaran pengetua atau guru yang ditugaskan.
Pelajar-pelajar yang kerap datang lewat ke sekolah (yang disengajakan) boleh diambil tindakan disiplin.
Dalam hal-hal tertentu, ibubapa/penjaga boleh secara rasmi menulis meminta kebenaran daripada Pengetua.
*12. LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI DISIPLIN
*Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa pelajar-pelajar sekolah lain atau orang luar masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua.
*Menggunakan kelas secara rasmi dan tidak rasmi mestilah mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
*Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas pukul 7:30 pagi sehingga loceng pertama berbunyi dan pada waktu rehat.
*Pelajar-pelajar dibenarkan makan di kantin sekolah hanya pada waktu rehat persekolahan sahaja. Makanan dan minuman meti dihabiskan di kantin.
*Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Pengetua.
*Penggunaan cecair pemadam (liquid paper) adalah dilarang di sekolah ini.
Rambut Murid Lelaki
Pakaian Murid Lelaki
Pakaian Murid Lelaki Beragama Islam
Pakaian Murid Perempuan
Pakaian Murid Perempuan Beragama Islam
Nama guru sesi pagiBil Nama pengawai Gred Jawatan Opsyen
1 En.Woon Boon Yiat DG48 Pengetua Sejarah
2 Dr.Hj.Alias bin Hj Abd Ghani
DG48 PKPentadbiran B.Melayu/Pengurusan
3 Tn.Hj.Abdol Jani bin.H.Tahiri
DG48 PK Hal Ehwal Murid
B.Melayu/sejarah
4 En.Rajendran a/l Palaniappan
DG48 PK Kokurikulum Bahasa Ingerris
5 Pn.Rahimah binti Abdul Rahman
DG48 GKMP Bahasa Bahasa Melayu
6 En.Nyoi Teek Choy DG48 GKMP Sains & Math
Kimia
7 Pn.Lucy Uning DG44 GKMP Teknik & Vok
Perdagangan / Ekonomi
8 Pn.Mahesvary a/p Marimuthu
DG44 GKMP Kemanusiaan
Sejarah / geografi
9 Cik Liew Mei Woon DG44 Kaunselor Kaunseling
10 En.Gopalan a/l Mutihah DG44 Kaunselor Kaunseling / B.Tamil
11 Tn. Hj. Abdul Ghani bin Ahmad
DG44 Guru Penolong B.Melayu/Ekonomi
12 En. Ahmad Noorazizi bin Noor Kamar
DG41 Guru Penolong Biologi /Fizik
13 Pn. Arizan binti Mohamed
DG41 Guru Penolong Pengajian Am/Sejarah
14 Pn.Arniza binti Mohd Hamzah
DG44 Guru Penolong B.Melayu /Seni
15 Pn. Caroline Selvarani a/p R.Solomon
DG44 Guru Penolong Bahasa Inggeris
16 En. Chia Siow Kim DG41 Guru Penolong Biologi /Kimia
17 Pn.Hajar binti Zakaria DG41 Guru Penolong TESL Bahasa Inggeris
18 Pn. Halimatun Sa`adiah binti Hamidun
DG41 Guru Penolong Biologi
19 Pn. Hjh. Hamsidah binti Saian
DG44 Guru Penolong Geografi/B.Melayu
20 En.Har Chee Keong DG41 Guru Penolong B.Cina/PJK
21 Pn.Jamaayah binti Abd. Wahab
DG Guru Penolong Matematik
22 Pn.Kalai Selvi a/p Maniam DG Guru Penolong Biologi/Sains
23 Pn.Kalaichelvi a/p Munisamy DG Guru Penolong Perakaunan
24 En. Lian Hua Min DG Guru Penolong Bahasa Inggeris
25 En. Lim Yee Shun DG Guru Penolong B.Cina/Sejarah
26 En. Mohamad Zakiamani bin Mohd. Suput
DG Guru Penolong Fizik
27 En.Mohd Rodzi bin Zakaria DG Guru Penolong B.Melayu/Matematik
28 En. Mohd Saufian bin Mohd Saad
DG Guru Penolong Biologi/Sains
29 Pn. Muolifah binti Wasis DG Guru Penolong Bahasa Melayu
30 Pn. Nasiwah binti Mairaj DG Guru Penolong Sains
31 Cik Nadiah binti Mohammed Shariff
DG41 Guru Penolong Biologi/Sains
32 Pn. Nor Azah binti Mohd Hashim
DG44 Guru Penolong Seni
33 Pn. Nor Azyyati binti Yusoff @Jusoh
DG44 Guru Penolong Biologi/Kimia
34 Pn.Nor Ma’izatul Akmam binti Sulaiman
DG41 Guru Penolong TESL/English Literature
35 Pn. Nur Idayu binti Ishak DG41 Guru Penolong Perdagangan/KHB
36 En. Ramachandaran a/l Kannan
DG44 Guru Penolong Bahasa Tamil/Ekonomi
37 Pn. Rathanam a/p Micheal DG44 Guru Penolong Bahasa Inggeris
38 Pn. Ros Melati binti Sutomah @ Sutarmo
DG41 Guru Penolong Perakaunan
39 En. Sabari bin Kasdi DG44 Guru Penolong Perakaunan
40 Pn. Sreedevi a/p Krishnan DG44 Guru Penolong Bahasa Melayu
41 En. Subramanaim a/I Thangiah
DG44 Guru Penolong B.Tamil/Pengurusan
42 Tn. Hj. Syed Mohamad Zubaidi bin Syed Ismail
DG44 Guru Penolong Sejarah
43 Cik Tavamani a/p Muniandy
DG41 Guru Penolong Perakaunan/Ekonomi
44 Pn. Tee Ley Kian DG41 Guru Penolong B.Cina/B.Inggeris
45 Pn. Thilakavathy a/p Chenggoden
DG41 Guru Penolong Kimia/Biologi
46 En. Thiruchelvam a/l S. Thangaveloo
GG48 Guru Penolong Bahasa Inggeris
47 Pn. Umadevi a/p S. Krishnan
DG44 Guru Penolong Ekonomi
48 Pn. Umadhevy a/p Ananda
DG41 Guru Penolong Sejarah/Geografi
49 En. Yeoh Chiew Seong DG48 Guru Penolong B.Cina/Matematik
50 Pn. Yokammal a/p Mariasomalia
DG44 Guru Penolong Bahasa Tamil
51 En.Zainuddin bin Tipan DG44 Guru Penolong Bahasa Melayu
52 En. Zaman bin Dullah DG44 Guru Penolong Pendidikan Islam
53 En. Zulkarnain bin Salleh DG41 Guru Penolong Sejarah/Pengajian Am
Bil Nama Pengawai Gred Jawatan Opsyen
1 En. Mahadi bin Muhammad DG44 PK Petang Bahasa Melayu
2 En. Johari bin Manan DG41 Penolong PK Petang B.Melayu/Seni
3 Cik Norhayati binti Saarin @ Sairin
DG41 Kaunselor Kaunseling
4 En. Ahmad Ahmani bin Muhammad Afik
DG41 Guru Penolong Sains Pertanian
5 En. Azni b Misran DG41 Guru Penolong Teknologi Makanan
6 Pn. Chandra a/p Muniandy DG41 Guru Penolong B.Tamil/Sejarah
7 Pn. Chua Lee Ming DG41 Guru Penolong Matematik
8 Pn. Kalai Chelvi a/p Bashkaran
DG41 Guru Penolong Biologi/Matematik
9 Pn. Kalaimamani a/p Karuppiah
DG41 Guru Penolong Bahasa Inggeris
10 Pn. Khatijah binti Kosin DG41 Guru Penolong Perdagangan
MAKLUMAT STAF GURU SESI PETANG
11 Cik Lim Lily DG44 Guru Penolong Bahasa Cina
12 Pn.Lok Lay Cheng DG44 Guru Penolong Bahasa Cina
13 En. Mohd. Sadli bin Abd. Hamid
DGA29 Guru Penolong Sains Pertanian
14 En. Mohammad Iqbal bin Azmi
DGA32 Guru Penolong Fabrikasi Logam
15 En. Muniandy a/l Govindasamy
DG44 Guru Penolong B.Tamil
16 Pn. Norlina binti Hj. Tarmaji
DG41 Guru Penolong Sejarah
17 Pn. Norlina binti Sapatanoh
DG44 Guru Penolong Matematik
18 Pn. Puvanambigai a/p Balakrishnan
DG44 Guru Penolong Ekonomi/Sejarah
19 Pn. Ruzaiti binti Md. Nor DG41 Guru Penolong Bahasa Melayu
20 En. Selvasingam a/l Sachinathan
DG41 Guru Penolong Perdagangan/Perniagaan
21 Pn. Sharifah Mazura bt Selamat
DG41 Guru Penolong TESL/Ekonomi
22 Pn. Siti Noorul Arafah binti A. Wahab
DG41 Guru Penolong Seni
23 Pn. Surayah binti Salim DG44 Guru Penolong Bahasa Melayu
24 Pn. Tham Pow Yin DG41 Guru Penolong B.Cina/IT
25 En. Zaninudin bin Ahmad DG44 Guru Penolong Matematik/Sejarah
Bil Nama Jawatan
1 Pn. Roslina Binti Kamaruddin Pembantu Tadbir N26 (CC)
2 Cik Shuriani binti Saat Pembantu Tadbir W
3 Pn. Maziah binti Abdul Rahman Pembantu Tadbir N17
4 Pn. Zurairah binti Salehan Pembantu Tadbir N17
5 Pn. Sharifah Azila Binti Syed Yaacob Pembantu Tadbir N17
6 Pn. Maznah binti Mohamed Pembantu Makmal C17
7 Pn. Nurul Huda binti Yaakub Pembantu Makmal C17
8 En. Arbangi Bin Diman Pembantu Am Pejabat N4
9 En. Takrir bin Banuri Jaga R1
MAKLUMAT STAF SOKONGAN
Sesi Pagi Tingkatan 5 Pn Nasiwah bt Mairaj
Sesi petang Tingkatan 2 Zaninudin bin Ahmad
Tingkatan 4 En Mohd Rodzi b Zakaria
Tingkatan 1 Pn. Lok Lay Cheng
Tingkatan 3 Pn. Yokammal a/p Mariasomalia
Keseluruhan Petang
En. Ahmad Ahmani b. Muhamad Afik
PENYELARAS GURU TINGKATAN
5 Newton Pn Jamaayah Abd Wahab
5 Curie En. Ramachandran a/l Kannan
5 Pasteur En. Har Chee Keong
5 Einstein Pn Sreedevi a/p Krishnan
5 Smith En Zainuddin b Tipan
5 Pacioli Pn Kalaichelvi a/p Munisamy
5 Keynes En Lim Yee Shun
5 Ford Tn Hj Syed Mohammad Zubaidi b Syed Ismail
GURU-GURU TINGKATAN
4 Newton Pn. Caroline Selvarani
4 Curie Pn. Umadavi a/p Krishnan
4 Pasteur Pn Halimatun Sa’adiah bt Hamidun
4 Smith Pn Rathanam a/p Michael
4 Pacioli Pn Nor Azah bt Mohd Hashim
4 Keynes Pn. Arnizza binti Mohd. Hamzah
4 Ford Pn Kalai Selvi a/p Maniam
3 Melor Pn Ros Melati Sutomah @ Sutarmo
3 Mawar En. Mohd Saufian b. Mohd Saad
3 Anggerik En Thiruchelvam a/I Thangaveloo
3 Kekwa Cik Thilakavathy a/p Chenggoden
3 Teratai Pn. Nor Ma’izatul Almam bt Sulaiman
3 Tulip Pn. Nur Idayu binti Ishak
3 Dahlia Pn. Waindah Bt. Supaat
3 Melati En. Zulkarnain bin Salleh
2 Melor Pn. Norlina bt Sapatanoh
2 Mawar Pn. Khatijah bt Kosin
2 Anggerik Pn. Puvambigai a/p Balakrishnan
2 Kekwa Pn. Sharifah Mazura bt Selamat
2 Teratai Pn. Kalaimamani a/p Karuppiah
1 Melor Pn. Siti Noorul Arafah bt A. Wahab
1 Mawar Pn. Norlina bt Tarmaji
1 Anggerik Pn. Chandra a/p Muniandy
1 Kekwa Pn. Surayah bt. Salim
1 Teratai Pn. Kalai Chelvi8 a/p Bashkaran
1 Tulip En. Ahmad Ahmani bin Mohd Afik
Peralihan Melor Pn. Chua Lee Meng
ii. Prosedur Serahan Kutipan Bayaran
a. Kutipan boleh dibuat daripada pelajar mulai Januari 2012 sehingga akhir Februari 2012.
b.Segala wang kutipan atau sumbangan /derma lain mesti diserahkan dengan kadar segera kepada pegawai yang berkenaan :
Jenis Kutipan Pegawai Penerima
4.1 Derma Tabung Pembangunan Pn. Yokammal a/p Mariasomalia
4.2 Derma Tabung PIBG En.Yeoh Chiew Seong Bendahari PIBG
4.3 Derma Program Peningkatan Prestasi
En. Yeoh Chiew Seong
c. Persediaan sebelum wang diserahkan ke pegawai penerima adalah seperti berikut:
1. Buku resit(ambil dari pegawai penerima dan diserahkan semula akhir Februari)
2. Selepas Februari,guru yang telah mengutip wang perlu mengisikan resit pada pegawai berkenaan.
3. Resit diberi mengikut giliran apabila pelajar membayar dan BUKAN mengikut senarai nama dalam kelas.
d. Sediakan senarai nama pelajar yang belum membayar yuran setiap bulan. Gunakan borang yang berkenaan.
e. Surat peringatan hendaklah diberi kepada ibu bapa / penjaga pelajar yang tidak menjelaskan bayaran dengan menggunakan Surat Peringatan 1(SP1) ini perlu dihantar kepada ibu bapa / penjaga apabila bayaran belum dijelaskan berakhir pada
minggu ketiga bulan Mac 2012.
f. Surat Peringatan 2 pula dihantar apabila bayaran belum dijelaskan pada minggu ketiga bulan.
Terima
Kasih