Gangster is Me
-
Upload
andy-moltar -
Category
Documents
-
view
229 -
download
0
description
Transcript of Gangster is Me
1.0 Pengenalan
Menurut Haslina Hassan (2000), mengatakan gangsterisme boleh dirujukan sebagai aktivitivi
yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu.
Mereka ini sanggup melakukan sesuatu tindakan yang salah di sisi undang undang demi
mencapai kepuasan dan matlamat bagi dirinya. Kemunculan masalah gangsterisme di peringat
sekolah akan menyebabkan pelajar mudah terbabit dalam kegiatan lain seperti membuli, peras
ugut, ketagihan rokok atau dadah, poteng kelas , vandalisme ,pengaduhan kongsi gelap dan
sebagainya.
2.0 Punca-Punca
Antara punca yang menyebabkan berlaku kegiatan gangsterisme ialah pengaruh rakan sebaya.
Rakan sebaya menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana
kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja tersebut juga menjadi
jahat (Kementerian Pendidikan Malaysia,1999). Pada zaman sekarang, golongan remaja
dikatakan lebih suka bergaul rapat dengan rakannya dan menganggap mereka sebagai rakan
sebenar jika berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka
kepada anaknya. Jadi, tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng
atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing. Contohnya di
sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli pelajar yang
lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar, peras ugut, ponteng sekolah,
merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok dan lain lain .
Di samping itu, faktor seterusnya ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa
terhadap anak mereka. Hal ini kerana kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-
matanya sehinggalah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anaknya. Keadaan ini
telah menyebabkan golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar. Ibubapa tidak
mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat
segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya
menarik perhatian daripada ibu bapa. Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme
disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal. Dengan
itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap gum, merokok memberontak,
melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah sosioal.
Tambahan lagi, pengaruh media massa juga menjadi punca yang mendorong masalah
gangsterisme ini terus berleluasa.Dalam era globalisasi ini, media massa yang berbentuk
bercetak dan eletronik yang bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak kerajaaan.
Justeru, tindaklaku remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak bermoral dan beretika
yang dibawa dari negara barat.Contohnya, aksi, tindaklaku, perwatakan yang bersifat negatif,
keganasan yang ditayangkan dalam filem akan menjadi ikutan kepada remaja kini sehinggalah
ia menjadi role model bagi remaja. Dengan kata lain, pembentukan personaliti, sikap dan sifat
seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman remaja
sekarang untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pelakon dalam filem yang ditontoni. Oleh
kerana kegiatan gangsterisme telah menjejaskan keselamatan dan ketenteraman dalam
kalangan masyarakat, maka pelbagai langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera.
3.0 Langkah Mengatasi Gengsterlisme
Antara langkah untuk mengatasi gelaja gengsterlisme ini ialah individu perlu berhati hati
memilih rakan sebaya dalam pengaulan seharian. Menurut Amir (1999), remaja lebih suka
menghabiskan masanya bersama rakan sebaya semata-mata untuk menyeronokkan. Jadi
mereka mudah terperangkap dalam kegiatan gangsterisme kerana rakannya merupakan
seorang gangster dan akhirnya juga diambil sebagai ahli kumpulan gangster tersebut.
Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras
kegiatan gangsterisme yang semakin beleluasa pada hari kini. Mereka perlu mengambil
perhatian tindaklaku dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh anaknya dalam pengaulan
seharian. Misalnya, ibubapa boleh terlibat dalam Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) di peringat
sekolah supaya dapat mengawal dan mengetahui tindaklaku,gerak geri anaknya dengan lebih
berkesan dengan melalui perjumpaan pihak guru kauseling dan pentadbiran sekolah. Ibubapa
juga mendedahkan didikan agama untuk menyedari para remaja tentang tindakan yang
dilakukan adalah salah ataupun betul.
Masalah gangasterisme turut boleh diatasi jika media massa memaiankan peranan yang
lebih proaktif. Contohnya, pihak media massa sepatutnya menghentikan menyiarkan filem yang
mengandungi isu negatif seperti keganasan dan bersifat jenayah. Hal ini kerana remaja mudah
dipengaruhi dengan tindakan yang dilakukan oleh pelakon yang diminati tanpa mengira ia
merupakan sesuatu yang salah di sisi undang undang.
Pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang undang seperti Akta Pencegahan
Jenayah supaya menbendung gejala ini dalam kalangan remaja. Hukuman keras wajib
diberikan kepada pesalah tanpa mengira umur yang masih kecil. Tujuannya ialah menimbulkan
perasaan ketakutan dalam kalangan remaja yang nakal. Pihak polis turut boleh bekerjasama
dengan pihak sekolah dengan mengadakan kempen atau ceramah yang berkaitan dengan
gangsterisme. Tujuannya ialah memberitahu tentang keburukkan gangsterisme kepada para
pelajar.
4.0 Penutup
Kesimpulannya, golongan remaja ditakrifkan sebagai aset yang paling bernilai bagi sesebuah
negara yang sedang membangun. Maka pelbagai langkah yang berkesan perlu dilaksanakan
supaya membantu mereka menghindari gejala gangsterisme yang membawa impak negatif
kepada masyarakat.
Senarai Rujukan
Amir Hasan Dawi. 1999. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong Malim:
Quantum Books.
Haslina Hassan (2000). “Gejala Gangsterisme dalam Kalangan Pelajar: Fenomena yang
Meresahkan”. Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Halaman 14-16.
Kementerian Pendidikan Malaysia,(1999). Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian.
Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.