Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

download Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

of 14

Transcript of Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    1/14

    GARIS-GARIS BESAR HALUAN PERJUANGAN II:

    MEMPERTEGAS HADAF, MEMPERKUKUH KHITTAH

    Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan,

    Ahli-ahli Majlis Syura Kebangsaan,

    Pimpinan dan Ahli Jawatankuasa ABIM Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah,

    Ketua-ketua Agensi ABIM,

    Para petugas Muktamar ke-42,

    Muktamirin dan Muktamirat.

    Mewakili saf qiadah ABIM Pusat, saya memanjangkan salam dengan ucapan ahlan wasahlan dan masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari

    Kebangsaan yang kita raikan buat kali yang ke-56. Angka 56 itu seharusnya membawa erti

    yang cukup mendalam dalam mengangkat Karamah Insaniah kerana ia melambangkan satu

    perjuangan yang diwarisi dari para mursalin.

    Muktamar kali ke-42 ini menghantar kita ke persada kedewasaan di gelanggang dakwah. Ia

    bukan sekadar jangka masa atau tempoh beraksi, tetapi juga membawa erti keyakinan dan

    kepercayaan, keperitan dan kebahagiaan malah kehidupan dan kematian. Telah ramai para

    aktivis dakwah yang dilahirkan bagi mencorak perubahan, juga ramai yang telah gugur

    sebagai mujahid dakwah dan tidak kurang juga yang tergelincir di tengah jalan, terkelirudengan umpan kepalsuan.

    Dalam meraikan hari kebesaran jamaah kita ini, hati kita terpalit duka yang tidak sedikit,

    apabila bayangan kesengsaraan umat menjelma di kotak fikiran kita. Kezaliman di luar

    batasan kewarasan manusia, terpapar pada saudara kita dipelbagai negara. Penderitaan

    umat di Palestin masih tidak dapat kita padamkan, Rohingya masih terus terseksa, Syria juga

    terus menangis hiba dan kini Mesir datang menambah keperitan derita.

    Pertembungan antara kuasa Barat dengan Islam terus berlangsung tanpa terlihat di

    manakah penghujungnya. Kini keadaan lebih parah apabila kelompok Islamis pula dijadikansasaran. Satu persatu gerakan rakyat yang bangun dari gelombang al-thawrah syaab, mulai

    layu, gugur dirobek dendam dan kemarahan Barat. Demi sebuah keangkuhan

    pertembungan ini dengan sengaja diadakan bagi memastikan dominasi Barat terus

    berlangsung.

    Kesediaan ummat untuk menerima demokrasi sebagai pilihan kepada sistem pemerintahan

    disambut dengan pandangan sinis oleh para pengkaji Barat. Ini dinyatakan sendiri oleh

    Profesor John L. Esposito:

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    2/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    2

    People who believe that secular approaches and a separation of religion and politics are an

    essential part of democracy argue that Islamist groups only advocate democracy as a tactic

    to gain political power.

    Pada mereka Islam sebagai sebuah agama yang tidak mampu untuk memberikan ruang

    kepada demokrasi seutuhnya. Islam tidak boleh untuk berinteraksi dengan nilai-nilai

    demokrasi.

    Kenyataan-kenyataan ini disanggah oleh beberapa pemikir Islam dengan menyatakan

    bahawa Islam amat menghargai kedudukan manusia sebagai makhluk yang berfikir dan

    mampu membuat pertimbangan. Amalan syura seperti yang dituntut oleh Islam adalah asas

    terpenting dalam melaksanakan demokrasi. Dr. Rashid al Ghannoushi misalnya menyatakan:

    If by democracy is meant the liberal model of government prevailing in the west, a system

    under which the people freely choose their representatives and leaders, in which there is an

    alternation of power, as well as all freedoms and human rights for the public, then Muslimswill find nothing in their religion to oppose democracy, and it is not in their interests to do

    so.

    Demokrasi adalah diperlukan kerana kebaikannya. Ia ada satu set mekanisme bagi warga

    Muslim untuk memanfaatkan sebaik mungkin darinya bagi mewujudkan semula sistem

    pemerintahan moden berasaskan shura.

    Ternyata kelunakan sikap yang ditunjukkan oleh sarjana Islam itu seolah-olah masih belum

    dapat meyakinkan para penaja demokrasi moden. Tidak cukup dengan itu satu kajian yang

    dijalankan oleh Gallup Institute berkaitan sikap penduduk di negara-negara muslimberkaitan beberapa perkara yang melibatkan kebebasan bersuara, sumber perundangan

    negara dan ketua negara, jelas memberikan indikasi bahawa prinsip-prinsip asas demokrasi

    bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat muslim.

    Namun adakah demokrasi sahaja yang menyebabkan ketegangan atau penafian hak muslim

    untuk hidup sebagai manusia yang bertamadun? Bagaimana pula dengan negara-negara

    yang mengamalkan sistem monarki, menolak sistem berparti yang mendapat layanan yang

    istimewa dari Amerika Syarikat? Negara seperti ini mendapat bantuan dan perlindungan

    yang bukan sedikit dari Amerika dan sekutunya.

    Jelas dari kedudukan ini, demokrasi atau tidak, bukanlah punca umat Islam ditindas sebegini

    hari ini. Ia lebih kepada satu ancaman terhadap kedudukan Barat dan penguasaan terhadap

    politik dunia. Faham sekularisme yang mendasari libralisme yang melepas bebas semahunya

    kedurjanaan hawa nafsu adalah pokok pangkal kepada sengketa ini.

    Kemahuan Barat yang menaja pengasingan hidup dengan agama terpancar dengan jelas

    dalam setiap dialog dan wacana anjuran mereka. Terpisahnya manusia dari agama

    membuka satu ruang untuk manusia dieksploitasi semahunya. Dari ruang ini manusia bagai

    dipukau untuk memperhambakan dirinya kepada kemahuan manusia. Mereka akan

    memenuhi masa mereka berkerja dan berkerjaya bagi membeli kehidupan yang penuhdengan kepura-puraan. Bermula dengan makanan yang diseleweng khasiatnya, pakaian

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    3/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    3

    yang dikeliru kecantikannya sehinggalah pendidikan yang ditipu kecerdikannya. Ini golongan

    yang dimahukan oleh Barat agar penindasan dapat diteruskan dengan jayanya.

    Apabila gema perubahan mula berkumandang, menjadikan seluruh kehidupan seutuhnya

    demi Allah, mengangkat Rasul sebagai qudwah ikutan, mengisytihar al-Quran sebagai

    perlembagaan kehidupan, ukhuwah Islamiah sebagai teras penyatuan, maka tindakbalas

    penentangan mula kelihatan.

    Kelompok ini yang benar-benar mahukan Islam didaulatkan dalam setiap aspek kehidupan,

    akan ditindas semahunya. Tidak kira diceruk mana pun, kelibat mereka akan diburu habis-

    habisan.

    Dalam berhadapan dengan segala cabaran ini, kita perlu untuk mempertegas hadaf

    (matlamat), membugar kefahaman terhadap matlamat perjuangan, agar khittah (strategi)

    dapat dilaksana bagi menjayakan misi, mengangkat martabat ummah.

    Terdapat 5 matlamat khusus seperti yang telah digariskan oleh Dr. Siddiq Fadhil dalam

    ucapan dasarnya pada Muktamar ABIM ke-11 iaitu:

    1. Membina sahsiah (peribadi) Islam2. Membina usrah (keluarga) Islam3. Membina ummah (masyarakat) Islam4. Menegakkan dawlah (negara) Islam5. Membina khilafah (dunia) Islam

    MEMBINA SAHSIAH (PERIBADI) ISLAM

    Peribadi Islam adalah unit asas bagi pembinaan tamadun ummah. Kita dengan jelas menolak

    individu yang sekerat ular, sekerat belut. Apatah lagi anglophile yang mengkagumi gaya

    hidup barat sehingga lupa tempat berdiri.

    Pembinaan sahsiah Islamiah, adalah satu proses pentarbiyahan yang selengkapnya. Kita

    mengutarakan penyepaduan setiap unsur manusiawi, dengan segala potensi diri untuk

    dikembangkan bagi mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat.

    Keyakinan terhadap kemurnian akidah tidak akan lengkap sekiranya sangsi dengankesempurnaan cara hidup Islam. Begitu juga keyakinan itu menjadi tidak sempurna jika

    sangsi terhadap kegemilangan masa depan Islam.

    Atas tuntutan keimanan jugalah kita melayari lautan perjuangan ini. Tanpa pelayaran ini kita

    akan tenggelam dalam kealpaan yang merugikan. Dalam menggariskan ciri-ciri ibad al-

    Rahman Dr. Yusof al-Qaradhawi, beliau menyimpulkan kehambaan bukan sahaja tunduk

    dan patuh kepada titah perintah Allah, juga bukan hanya menjauhi segala laranganNya

    tetapi sifat kehambaan adalah, jiwa yang tertakluk dengan rela, mengakui segala kelemahan

    diri dan pasrah menerima ketentuanNya.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    4/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    4

    Sifat ini seharusnya mengakar dalam setiap individu yang menamakan diri mereka sebagai

    daie. Kita tidak mahu penggerak dakwah ini terpesona dengan kejayaan diri dan angkuh

    mempamer pencapaian peribadi.

    Lewat kegagahan Nabi Sulaiman putera Nabi Daud yang tertunduk memandang permaisuri

    semut seraya berkata : Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu

    yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku danmengerjakan amal saleh yang engkau Redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu

    yang saleh (Al-Naml: 19).

    Inilah sosok yang mendepani kejayaan dan kelebihan peribadi dengan sifat yang terpuji,

    sujud dan insaf ia adalah kurnia Ilahi bukan hak mutlak peribadi. Ia hadir bagi

    menyempurnakan segala perancangan Rabbani.

    Sahsiah sebeginilah yang mengakar dalam diri para sahabat yang membenihkan keberanian

    dan ketangkasan bagi membela setiap sudut kebenaran. Generasi para sahabat adalah

    generasi teladan sepanjang zaman. Mereka tetap kental walau dipijak derita seksaan tetapi

    tetap tunduk di puncak menara kejayaan.

    Mereka dari awal menyahut dengan yakin seruan Rasulullah s.a.w yang menyifatkan

    kalimah thayyibah sebagai:

    Aku hanya memanggil kamu semua kepada dua kalimat yang mudah disebut dengan

    lidah, akan tetapi amat berat dibawa kepada mizan.

    Peribadi muslim adalah tonggak pembinaan ummah yang kuat dan cemerlang. Peribadi

    muslim harus berdiri dilapangan amal dengan segala kemahiran, yang kukuh dengan tauhid

    serta sentiasa berwaspada dengan setiap bisikan yang melonggarkan hubungan dengan

    Allah.

    MEMBINA USRAH (KELUARGA) ISLAM

    Dalam menyongsong arus kebangkitan ummah, pembinaan keluarga mesti diberikan

    perhatian yang serius. Statistik menunjukkan perceraian keluarga muslim berlaku bagi setiap

    15 minit. Perceraian bukan semata-mata perpisahan antara suami dan isteri, tetapi ia turut

    mengheret persoalan anak-anak, keadilan bagi para isteri dan suami, perlindungan dan yang

    lebih menakutkan adalah persoalan akidah.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    5/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    5

    Institusi keluarga turut diserang dari sudut konsep dan falsafahnya. Para pengikut faham

    liberalisme contohnya, cuba untuk mengenengahkan konsep yang begitu asing yang

    berteraskan fahaman mereka. Maka gerakan LGBT yang kian agresif dewasa ini semakin

    berani mengemukakan pandangan mereka yang liar dan menjijikkan.

    Penglibatan kita dalam gerak kerja sosial menemukan kita dengan pelbagai penyakit

    masyarakat. Kita boleh menyimpulkan bahawa kelumpuhan institusi keluarga dalam

    melaksanakan fungsinya akan membawa bencana yang amat buruk kepada masyarakat dan

    negara.

    Perjuangan Rasulullah s.a.w amat dekat dengan keluarga. Baginda menyenaraikan sebab

    musabab bagi seorang perempuan itu dinikahi iaitu, rupa, harta, keturunan dan agamanya.

    Lalu Rasulullah mencadangkan agar kita cenderung kepada wanita yang beragama. Dari

    agama lahirlah taqwa yang membenihi rasa kasih dan sayang yang berpaksikan akidah.

    Maka ini adalah asas pembinaan sebuah keluarga Islam yang bakal melahirkan zuriat

    pembela agama Allah.

    Baginda juga dikehendaki mengharungi fitnah bagi memberikan gambaran yang betul

    berkaitan keluarga Islam. Saranan Baginda agar Zaid bin Harithah menceraikan isterinya

    Zainab Jahsy lalu disusuli dengan perintah Allah agar Baginda menikahinya diambil

    kesempatan oleh musuh Islam untuk melemparkan fitnah kepada Baginda. Namun bagi

    menyempurnakan aturan sebuah risalah Baginda berhadapan fitnah ini dengan kecekalan

    dan kesabaran.

    Penglibatan ahli keluarga Baginda dalam pelbagai misi dakwah dengan kerencaman kaedah

    dan suasana memang tidak boleh dinafikan. Rasulullah membina keluarga yang menjadikanperjuangan sebagai identiti. Keluarga sebagai faktor dorongan, medan perbincangan strategi

    perjuangan dan tempat berkongsi kesusahan.

    Kita khuatir dalam hambatan ekonomi yang mampu menghumban kita ke lembah

    materialistik, keluarga akan menjadi batu penghalang untuk kita gagah melangkah ke medan

    juang. Kita juga khuatir pengabaian prinsip-prinsip asas keluarga yang berteraskan taqwa

    mulai menarik kita ke lohong kehancuran keluarga.

    MEMBINA UMMAH (MASYARAKAT) ISLAMKonsep asas ummah seperti yang digagaskan oleh Rasulullah lebih seribu tahun dahulu

    mesti dikembalikan. Penyatuan ummah yang bermula dari perakuan aqidah yang sah,

    penyatuan fikrah, amal, bahasa, undang-undang dan sebagainya, perlu digerakkan

    sebaiknya.

    Ummah yang merangkul gelaran ummat yang terbaik adalah ummat yang membudayakan

    gerak kerja dakwah dalam segenap aspek kehidupan. Dakwah ini bertitik tolak daripada

    manifestasi keimanan yang tulen. Ia adalah jelmaan dari sistem nilai yang hakiki dan diyakini

    dengan sebenar-benarnya.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    6/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    6

    Dakwah dalam ertinya yang bertenaga telah diketengahkan oleh Dr.Siddiq Fadhil sebagai:

    al-amruna bi l-maruf wa an-nahyu an il-munkar juga harus direncana dan digubah dalam

    bentuk program penyelesaian kepada masalah-masalah umat dan masyarakat. Gerakan

    Islam tidak harus selamanya menumpukan hanya kepada nahi munkar dalam bentuk

    retorika yang ofensif dan provokatif, menggempur dan mendombrak! Memang ada

    ketikanya nahyi munkar dalam bentuk itulah yang diperlukan. Tetapi pada ketika lain apa

    yang sangat diperlukan ialah amar makruf dalam bentuk problem solving. Para aktivis

    gerakan Islam selaku golongan al-amiruna bil-maruf wan-nahuna an il-munkar harus tahu

    menilai situasi untuk menentukan pendekatan mana yang paling relevan agar mereka tidak

    menjadi golongan yang hanya pandai meruntuh tetapi tidak tahu membina.

    Pertembungan idea di pentas-pentas perdebatan menyaksikan Islam berupaya menjadi

    pemenang yang membanggakan. Namun apabila kita memasuki gelanggang aksi kita

    tersungkur dek kerana sikap dan strategi bertindak yang longgar.

    Bagi memastikan kita mampu mengolah ummah menjadi satu jenis kekuatan yang dihormati

    pihak lawan, keupayaan menterjemah idea adalah satu bentuk usaha amat-amat

    diperlukan. Jangan kita terperangkap dalam membincangkan aliran-aliran pemikiran

    semata-mata, tanpa berusaha dengan serius dan mencukupi untuk memperlihatkan

    kebenaran yang terkandung adalah kebenaran yang memberi rahmat dan nikmat seperti

    yang diharapkan.

    Bagi merealisasikan hasrat ini maka oraganisasi dakwah seharusnya tampil menawarkan

    upaya. Organisasi dakwah seperti ABIM, perlu bersungguh-sungguh mempersiapkan diri

    mendepani cabaran. Disiplin harakiy dan budaya organisasi yang kompeten seharusnyamenjadi tunjang kepada gerak kerja kita.

    Kita bermula dari cetusan kesedaran untuk menawarkan penyelesaian yang praktikal

    terhadap segala kemelut permasalahan ummah. Ia mesti diteruskan dengan mempraktikkan

    budaya merencana, ketekunan melaksana dan sikap yang terbuka dalam melakukan

    introspeksi.

    Keupayaan kita menawarkan dan melaksanakan solusi menjadi penentu hayat relevensi kita

    di tengah kancah pergulatan ummat. Di sinilah letaknya kualiti organisasi bersabung nyawa

    membela nasib ummat.

    MENEGAKKAN DAWLAH (NEGARA) ISLAM

    Menyonsong konsep dawlah Islamiah, membawa kita meneliti sejarah bermulanya konsep

    negara bangsa. Seperti pandangan ramai sejarawan, konsep negara bangsa ini timbul

    lantaran pemisahan negara dari pengaruh Gereja Roman Katholik yang sekaligus memberi

    ruang kepada negara terbabit, untuk mentadbir dan memutuskan sesuatu perkara dalam

    wilayah sempadan yang berkaitan.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    7/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    7

    Ia ditandai dengan Treaty of Westphalia pada tahun 1648. Perjanjian itu melahirkan satu

    pemerintahan bentuk baharu yang mengakhiri pemerintahan berbentuk empayar. Maka

    lahirlah sebuah negara yang mandiri (national self-determination) yang mempunyai

    sempadan yang tersendiri.

    Perkara yang sama juga berlaku kepada Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1923.

    Natijahnya lahirlah negara seperti Arab Saudi, Yaman, Mesir, Tunisia dan lain-lain.

    Kemunculan pelbagai negara ini datang bersama kerencaman sistem pemerintahannya.

    Muhammad Asad memberikan pandangan bahawa negara Islam (dawlah Islamiah) boleh

    mengambil pelbagai bentuk asalkan sentiasa berpaksi kepada syariah. Ia seharusnya

    meletakkan satu kerangka politik yang membina perpaduan dan kerjasama sesama muslim.

    Ini seperti yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran: 103-104:

    Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berceraiberai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah)

    bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana

    nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka,

    lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-

    ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk (Ali Imran: 103)

    Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,

    menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang

    yang beruntung (Ali Imran: 104)

    Dari sinilah kita lihat kewajaran apabila Saidina Umar ibnu al-Khatab, tidak merasa canggung

    apatah lagi rasa bersalah mewujudkan sebuah intitusi pengurusan kewangan yang dikenali

    sebagai diwan. Beliau juga telah melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbirannegara.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    8/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    8

    Demokrasi adalah salah satu pilihan yang ada. Pilihan ini dilihat sebagai mampu

    menampung semangat syura seperti yang dituntut syariat. Dr. Yusof al-Qaradhawi

    mendokong idea ini lalu menggunakan istilah dawlah shuriyyah.

    Pemuafakatan perlu berlaku dalam semangat dakwah yang mahukan makruf diangkat dan

    munkar diketepikan. Ia juga seharusnya berupaya menggembleng segala potensi bagi

    mencapai hasrat maqasid syariah yang semestinya mengejar maslahah ummah dan

    mengenepikan mafsadah.

    Kemajmukan budaya, agama dan latar belakang perlu ditangani dengan baik bagi

    menterjemah pernyataan rahmatan lil a-lamin menjadi kenyataan dalam segenap aspek

    kehidupan.

    Seharusnya kemajmukan yang ada di Malaysia ini tidak sepatutnya menghalang kita

    membina perpaduan dalam masyarakat. Setiap daripada kita ini mengimpikan sebuahnegara yang adil, bebas dan setiap kaum juga lapisan masyarakat dapat hidup dengan

    sejahtera.

    MEMBINA KHILAFAH (DUNIA) ISLAM

    Fenomena Arab Spring telah membuka dimensi baru dalam wacana politik umat Islam.

    Gelombang ini yang ditanggapi oleh ulama terkenal Dr. Yusof al-Qaradhawi sebagai

    Thawrah Syaab (Kebangkitan Rakyat), menzahirkan kesedaran umat menuntut Karamah

    Insaniah mereka dihormati serta tidak dinafikan.

    Ketika menghuraikan makna di sebalik Karamah Insaniah sepertimana yang dikemukakan

    menerusi Surah Al-Isra ayat 70, Ibn Ashur, menafsirkan Allah s.w.t telah mengangkat

    martabat manusia berdasarkan kemampuan akal fikirannya ataupun Karramahum

    Subhanahu Bi Al-Aql.

    Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan

    dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka

    dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan mahluk yang telah Kami ciptakan. (Al-

    Isra:70)

    Menerusi visi Karamah Insaniah, umat Islam mengenal hakikat Al-Tahririyyah

    (Pembebasan), Al-Tanwiriyyah (Pencerahan dan Pencerdasan) dan Al-Taghyiriyyah

    sepertimana yang dikemukakan dalam al-Quran:

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    9/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    9

    Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang (Al-Quran) kepada hamba-Nya

    (Muhammad) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya, Dan sungguh,

    terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang (Al-Hadid: 9)

    Gelombang Kebangkitan Rakyat (Thawrah Syaab) menyaksikan umat bangkit menuntut

    Karamah Insaniah mereka mereka diperakui. Simboliknya tidak lain tidak bukan, hanyalah

    semata-mata untuk membuka mencipta masa depan (untuk umat & negara) yang lebih baik.

    Lantaran itu, Thawrah Syaab telah mengangkat Ikhwan Muslimin (Mesir) serta An-Nahdah

    (Tunisia) ke puncak kekuasaan Siyasiy. Peranan kedua-dua gerakan tersebut dalam

    mengangkat dan membela Karamah Insaniah telah diperakui melalui amalan demokrasi

    yang luhur.

    Jika dahulu, autoriti gerakan tersebut jelas terserlah dari keupayaan mengetengahkan idea

    dan gagasan-gagasan pemikiran besar sebagai rujukan untuk umat. Arab Spring mencabar

    gerakan-gerakan Islam tersebut untuk merealisasikan gagasan pemikiran untuk kebaikan

    masyarakat seperti di mana Dr. Tariq Ramadhan:

    The Arab world, and Muslim-majority societies, need not only political uprisings, but also a

    thorough going intellectual revolution from within that will open the door to economicchange; to spiritual, religious, cultural and artistic liberation; and to the empowerment of

    women.

    Akan tetapi, tragedi rampasan kuasa tentera dan tragedi Medan Rabiah di Mesir di samping

    pergolakan terbaru yang sedang dihadapi Rached Ghannouchi (Tunisia), telah membuka

    wacana baru peranan gerakan Islam dalam politik.

    Politik telah menyaksikan suara rakyat telah beberapa kali dikhianati pendukung

    Sekularisme (Kemalisme) di Turki. Begitu juga di Algeria, FIS di bawah pimpinan Abbas

    Madani dinafikan mandat mereka dengan rampasan kuasa yang turut mengundangcampurtangan Perancis. Kita juga tidak harus lupa di Sudan, peranan serta jasa Hassan

    Turabi dan Ikhwan Muslimin (Sudan) telah dilupakan oleh regim tentera yang dibantu

    mereka sebelum ini.

    Kemenangan AKP parti pimpinan Reccep Tayyip Erdogan serta Abdullah Gul telah membuka

    dimensi baru wacana politik Islami. Dengan demokrasi, golongan Sekularis Kemalisme tegar

    telah ditewaskan dengan dukungan suara rakyat. Akan tetapi pengajaran dari AKP Turki

    menunjukkan amalan politik berasaskan demokrasi yang luhur mampu mengangkat

    martabat umat!

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    10/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    10

    Atas jalur demokrasi, martabat Turki sebagai Dawlah penaung kekuatan politik Ummah di

    pentas antarabangsa telah diangkat sekali lagi.

    Politik memerlukan perancangan dan pengamatan teliti terhadap faktor-faktor sekeliling.

    Tragedi politik di Mesir dan kemelut di Tunisia menyedarkan kita bahawa evolusi Arab

    Spring masih belum dituai kebaikannya (kepada rakyat).

    Perkembangan ini seharusnya dicermati secara mendalam oleh para pendukung ABIM.

    Keadaan ini seharusnya dimanfaatkan sebagai rujukan serta suri teladan dalam merangka

    Khittah perjuangan.

    Sepanjang 42 tahun penubuhannya, ABIM telah meraikan kepelbagaian pengalaman serta

    pemikiran di peringkat global. Kita sentiasa bersedia untuk belajar daripada pengalaman

    gerakan-gerakan Islam lain. Dalam hal ini, kita harus merenungi kembali pengajaran yang

    diketengahkan Al-Hujjurat ayat 13 yang berbunyi:

    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan

    perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya

    kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain.(Al-Hujjurat: 13)

    Sepanjang 42 tahun penubuhannya, ABIM telah meraikan kepelbagaian pengalaman serta

    pemikiran di peringkat global. Natijah daripada itu lahirlah Manhaj Maliziy sebagai Magnum

    Opus untuk gerakan ini.

    ABIM sentiasa berlapang dada menerima tunjuk dari pelbagai tokoh serta para intelektual

    dan golongan ulama yang tidak diragui autoriti keilmuwannya. Akan tetapi ia tidak

    semestinya menjadikan kita apologetik dan menjadi para pengkagum yang naf terhadappencapaian orang lain.

    Sudah sampai detiknya untuk kita mengetengahkan pengalaman serta gagasan pemikiran

    berasaskan Manhaj Maliziy merentas persada global. Justeru adalah amat penting untuk

    para penggerak ABIM menganjakkan diri berperanan selaku major global player.

    Jaringan antarabangsa dirintis serta dikembangkan bukan sahaja untuk memperkayakan

    citra gerakan serta individu semata. Sebagai major global player, mereka perlu memandu

    jaringan-jaringan antarabangsa umat Islam agar lebih cakna terhadap perkembangan yang

    membentuk persekitaran umat.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    11/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    11

    Institusi-institusi antarabangsa umat perlu lebih gagah mengangkat suara umat. Sudah tiba

    masanya untuk institusi-institusi antarabangsa umat melangkaui perbincangan persidangan

    atau seminar. Para major global playeryang dilahirkan ABIM perlu memastikan gagasan

    kebangkitan umat menjadi realiti.

    Pendedahan yang diterima para penggerak kita di awal penubuhan ABIM menerusi IIFSO,

    WAMY, dan kini UNIW serta beberapa institusi antarabangsa, merupakan sumber inspirasi

    kita untuk merintis kecemerlangan masa depan.

    Kelantangan Turki dalam membela nasib rakyat Mesir, Syria, Palestin serta Rohingya

    membuktikan umat Islam mampu tampil sebagai Kuasa Besar bercitra ummatik. Untuk itu,

    kita perlu membuka ruang untuk meraikan potensi yang ada di kalangan generasi muda

    Islam. Kader-kader ini perlu dibimbing dan dikembangkan potensinya agar mereka mampu

    menggalas cabaran serta harapan umat pada masa akan datang.

    Kita juga perlu memanfaatkan setiap ruang serta mencipta kesempatan berdasarkanpersekitaran sosio, politik serta ekonomi kita. Gagasan Rahmatan Lil Alamin hanya mampu

    direalisasikan menerusi perlaksanaan khittah yang berkesan.

    MEMPERKUKUH KHITTAH

    Khittah yang tepat amat diperlukan bagi memastikan hadaf dapat direalisasikan. Ia juga

    perlu mempunyai keluwesan agar segala halangan dan gangguan di sepanjang perjalanan

    menuju hadafdapat diatasi dengan jayanya.

    Bagi menjayakan hadafyang telah digariskan maka kita mengambil 3 strategi utama iaitu:

    Dalaman Rangkaian Organisasi

    Strategi Dalaman

    Objektif strategi ini adalah bagi membina penggerak-penggerak dakwah yang berkualiti

    tinggi. Individu yang menggelarkan dirinya sebagai pendakwah seharusnya malu jika tidak

    dapat hadir program-program asas seperti usrah dan tamrin.

    Penekanan terhadap kefahaman mengenai dakwah dan harakah perlu disampaikan dalam

    pelbagai bentuk dan medium. Kefahaman dakwah yang meliputi kepentingan dakwah,

    konsep dakwah, latar sejarah dan budaya seharusnya menjadi teras perbincangan.

    Kefahaman mengenai harakah boleh diukur menerusi tindakan, disiplin dan cara bertindak

    dalam struktur organisasi. Harakah seharusnya mampu untuk memberi ruang berkarya

    kepada seluruh lapisan masyarakat. Kita bukan organisasi elitis yang dianggotai oleh

    sekelompok kecil manusia berciri istimewa, tetapi kita adalah gerakan dakwah yang

    mengakar di tengah-tengah ummah mengangkat suara rakyat sebagai gema keramat.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    12/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    12

    Oleh itu seharusnya kita dilengkapi dengan kefahaman mengenai ilmu pengurusan,

    komunikasi dan disiplin yang tinggi. Denyut nadi jamaah kita ini perlu dirasai dan dikongsi

    bersama di setiap peringkat. Barulah akan terbina nanti sebuah binaan saling mengukuhkan

    dan laungan suara yang saling bersahutan.

    Strategi dalaman ini juga seharusnya meliputi pembinaan keluarga. Kita perlu memberi

    perhatian yang sewajarnya pada setiap peringkat pembinaan keluarga. Termasuklah di sini

    persoalan kualiti keluarga yang berdiri dibawahnya soal pendidikan, soal kewangan

    keluarga, kesihatan keluarga dan sebagainya lagi. Kita mahukan zuriat serta para isteri

    sebagai penyejuk mata dan digandingkan dengan kepimpinan yang bertaqwa. Inilah hasrat

    kita yang perlu disambut dengan penuh bersemangat di segenap peringkat.

    Pengukuhan Rangkaian

    Pengukuhan rangkaian bukan sekadar menjalin hubungan dengan mengenali nama dan

    tempat kelahiran. Tetapi ia seharusnya menjangkau kepada sebuah ikatan yang mampu

    membawa misi kita ke tengah-tengah masyarakat.

    Penganjuran konferens antarabangsa kali ini, mengisyaratkan bahawa kita mesti

    mempersiapkan diri sehingga ke peringkat tertinggi. Kini medan aksi kita bukan sekadar di

    persada nasional tetapi telah terangkat ke lapangan global.

    Kita berhasrat mewujudkan penggerak-penggerak dakwah yang mampu berfungsi di

    segenap peringkat. Kita bersama-sama berikrar untuk menjadikan kehadiran kita ini dirasai,

    diperhitung dan dihormati. Jaringan dakwah kita menyerap ke segenap ceruk kampung dan

    desa, menyelinap sehingga ke puncak menara.

    Setiap dari kita harus memperkirakan bahawa setiap posisi itu penting dan bermakna untuk

    dakwah. Perumpamaan batang tubuh bagi melambangkan kekukuhan ukhuwah Islamiah

    perlu dihayati sebaiknya. Walau pun gigi itu kecil tetapi jika sakit setiap inci badan akan

    terjejas dan merana dibuatnya. Tanpa memandang kedudukan tinggi atau rendahnya dalam

    hierarki jamaah, sepenuh masa atau tidak, exco mahupun petugas jamaah setiap yang jujur

    dari kita adalah sama kepentingannya dari sudut misi gerakan.

    Jangan ada yang berasa kerdil atau terpinggir, kerana jawatan atau kedudukan bukan

    dambaan kemegahan. Ia adalah satu lambang amanah yang sifatnya, semakin tinggi

    semakin sukar untuk disempurnakan.

    Maka dari sinilah nanti akan kita bina rangkaian dakwah dengan segala keramahan bagi

    mengembleng segala potensi dan upaya ummah.

    Memperkemas Institusi dan Agensi

    Kita amat bertuah mewarisi sebuah wadah yang telah banyak menempa sejarah. Terima

    kasih yang tidak terhingga wajar kita rakamkan kepada generasi terdahulu yang telah

    banyak menaburkan jasa.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    13/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    13

    Mereka dengan penuh rela menyerahkan kehidupan kepada perjuangan. Sanggup bergolok

    bergadai demi menggapai impian, sanggup mengenepikan keselesaan hiidup demi sebuah

    perjuangan.

    Sebagai generasi pewaris jangan kita dengan penuh angkuh mendabik dada memperlekeh

    sumbangan mereka kerana sedikit kesilapan yang terpampang di depan mata. Sejarah

    perjuangan generasi terdahulu telah tertulis dengan tinta emas tanpa dapat dinafikan oleh

    sesiapa pun. Kita pula masih belum tahu di manakah pengakhiran kita dan bagaimanakah

    wajah kita di lembaran sejarah. Kita menumpang bahagia apabila ada yang sanggup

    berkongsi catatan kejayaan dengan menukilkan nama kita sebagai pewaris perjuangan.

    Justeru segala kelemahan dalam gerakan kita ini bukanlah satu nikmat untuk dijaja bagi

    melondeh dan memalukan sesiapa. Kelemahan ini mesti kita dokong bersama bagi mencari

    penyelesaian yang terbaik. Itu pun masih belum tentu kerana penyelesaian yang kita

    andaikan hari ini, boleh menjadi masalah dan bencana di kemudian hari.

    Maka dalam kita memperkemas institusi dan agensi, ia mesti disertai dengan penuh

    tawaddhu bagi menghilangkan takbur dan riya. Dari sinilah nanti suasana yang harmoni

    dalam budaya organisasi dapat kita wujudkan. Biasakanlah diri dengan catatan yang

    sistematik dan teratur, perbincangan yang mesra dan mampu mencari jalan penyelesaian.

    Inilah sebenarnya sebahagian dari ikhtiar kita untuk memastikan jamaah kita ini dapat

    bertahan seterusnya mampu mengurangkan keciciran.

    KHATIMAH

    Di penghujung kalam ini, kami ingin merakamkan ucapan penghargaan tidak terhinggakepada semua pihak yang sama-sama menjayakan penganjuran muktamar serta beberapa

    program sampingan lain.

    Setinggi-tinggi ucapan tahniah ingin diucapkan di atas komitmen serta pengorbanan dalam

    mendukung kesucian visi Rahmatan Lil Alamin. Sesungguhnya, kita menggalas

    tanggungjawab yang besar untuk membawa pengharapan baru ke dalam urat nadi umat ini.

    Marilah sama-sama kita berdoa memohon hidayah serta kekuatan dari-NYa, agar usaha kita

    ini terangkum dalam garisan jejak dakwah Rasullulah S.A.W ke arah menggapai ma'rifah

    Allah s.w.t.

    Semoga Allah memberkati usaha dan ikhtiar kita ini dengan keredhaan yang tidak terkira ke

    arah memperolehi kebahagiaan abadi. Selamat bermuktamar. Selamat bermuhasabah.

    Wa Allahu alam. Allahu Akhbar! Walillahil Hamd!

    BIBLIOGRAFI

    Abbas As Sissi (1990), Dakwah & Tarbiyah Pandangan Hasan Al-Banna. Kota Bharu:Pustaka Aman Press.

  • 7/29/2019 Garis-garis Besar Haluan Perjuangan II

    14/14

    Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

    14

    Ahmad Ibrahim, Mat Saad, Abdullah Abu Bakar (1995), Pemerintahan Islam dalam

    Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: IKIM.

    M. Natsir (2010), Dibawah Naungan Risalah. Jakarta: P.T Abadi.

    Mahmood Zuhdi (2010), Bagaimana Islam Memimpin Masyarakat Majmuk. Batu Caves: PTS

    Islamika.

    Nasr Farid Wasil (1980), Muhamad (S.A.W) Pejuang Islam dan Kedamaian. Kota Bharu:

    Yayasan Islam Terengganu.

    Rustam Abdul Sani (2004),Ke Mana Nasionalisme Melayu?. Kuala Lumpur: R Publishing

    Services.

    Sayyid Abul Ala Al-Maududi (1987), Prinsip-Prinsip Utama Negara Islam. Kuala Lumpur:Penerbit Hizbi.

    Siddiq Fadzil (2009), Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan. Kajang: Akademi Kajian

    Ketamadunan KDH.

    Siddiq Fadzil (2012), Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat. Bangi: Aras

    Mega.

    Syaikh Mushthafa Masyhur (2009), Fiqh Dakwah. Jakarta: Al-Itishom Cahaya Umat.

    Syeikh Said Hawwa (2010), Pendidikan Spiritual. Kuala Lumpur: Mutiara Ilmu Selekta.

    Yusuf al-Qaradhawi (2007), 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman. Kuala Lumpur: Blue-T

    Publication.