GARIS PANDUAN - malaysiahindusangam.org · (c) Dilarang mencetak atau menitik gambar-gambar...

9
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAMBAR, SIMBOL, DAN IMEJ TUHAN DISEDIAKAN OLEH MALAYSIA HINDU SANGAM No.67, Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama 7 46150 Petaling Jaya, Selangor Telefon: 03-7784 4668 Laman web: www.malaysiahindusangam.org Emel: [email protected]

Transcript of GARIS PANDUAN - malaysiahindusangam.org · (c) Dilarang mencetak atau menitik gambar-gambar...

GARIS PANDUANPENGGUNAAN GAMBAR, SIMBOL, DAN IMEJ TUHAN

DISEDIAKAN OLEH

MALAYSIA HINDU SANGAMNo.67, Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama 7

46150 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-7784 4668

Laman web: www.malaysiahindusangam.org

Emel: [email protected]

TUJUAN Setiap orang berhak mengamalkan agama masing-masing dengan bebas. Namun, masyarakat Hindu sering menghadapi ancaman, ketakutan, atau kebimbangan untuk mengamalkan agama Hindu di negara ini. Ini disebabkan paparan atau gambaran salah yang diberikan mengenai agama Hindu.

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan dalam pengurusan dan pemeliharaan agama Hindu di negara ini. Garis panduan ini harus dijadikan rujukan kepada para pengusaha, pengilang, pengimport, penjual, pembeli, dan semua pihak yang terlihat dengan kegiatan pembuatan, pengendalian, pengimportan, penjualan, dan penggunaan bahan-bahan penerbitan, perhiasan, dan apa-apa barangan pengguna yang mengandungi apa-apa simbol, tanda, gambar yang berunsurkan atau menyentuh agama Hindu.

LATAR BELAKANG Aktiviti pembuatan, pengimportan, pengendalian, penjualan dan pameran bahan-bahan penerbitan, perhiasan, barang-barang penggunaan harian, dan barangan sembahyang yang mengandungi simbol, tanda, gambar yang berunsurkan atau menyentuh agama Hindu berlaku dengan begitu meluas dan tanpa sebarang kawalan.

Bahan-bahan tersebut terdapat dalam pelbagai bentuk dan kegunaan, antaranya ialah:

(a) Bahan penerbitan bercetak seperti buku, surat khabar, majalah, cakera optik, memori kad, poster, kertas balut atau bungkusan, pepanduk, banner, dan apa-apa bentuk cetakan lain.

(b) Barangan perhiasan seperti cenderamata, pelekat, aksesori, dan lain-lain.

(c) Barangan pengguna seperti peralatan dapur, peralatan mandi, pakaian, kasut, selipar, permaidani dan seumpamanya.

(d) Cetakan pada barangan sembahyang seperti minyak sembahyang, kapur barus, gaharu, dan sebagainya.

TAKRIFANBeberapa takrifan yang perlu difahami terdapat di dalam garis panduan ini, iaitu:

(a) “Pembuatan” bermaksud perihal (kegiatan, usaha dsb) membuat. Ia termasuk aktiviti merekabentuk, menulis, mencetak, menerbit, mengilang, menjilid, mengukir dan menempa yang bertujuan menghasilkan sesuatu bahan yang mengandungi perkara-perkara yang ditegah.

(b) “Pengendalian” bermaksud perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dll). Ia termasuklah pengurusan yang meliputi kegiatan memperaga, mempamer, meletak, menyimpan, memegang, membungkus, mengedar dan menghantar bahan-bahan yang mengandungi perkara-perkara yang ditegah.

3

(c) “Penjualan” bermaksud perbuatan (kerja) menjual. Ia termasuklah proses jual beli yang meliputi aktiviti-aktiviti import-eksport, memperaga, mempamer, meletak, mengendali, membungkus, mengiklankan, bahan-bahan yang mengandungi perkara-perkara yang ditegah.

(d) “Bentuk-bentuk tegahan” – meliputi dan tidak terhad kepada:

(i) sebarang bentuk penggunaan simbol, lambang, tanda, isyarat, perkataan, huruf, atau apa jua bentuk penyataan, perihalan, atau gambaran lain yang memaparkan dewa-dewa atau simbol agama Hindu seperti dalam Lampiran A;

ii) Apa-apa rakaman tampak sama ada imej kaku atau bergerak yang memaparkan dewa-dewi atau simbol agama Hindu;

iii) Apa-apa rakaman bunyi atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik atau apa jua pun data lain yang memaparkan agama Hindu;

PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH(a) Dilarang mencetak gambar-gambar dewa-dewi Hindu atau simbol-simbol Hindu pada jubin, kerusi, meja, kotak rokok, botol arak, tempat abu (“ashtray”), tuala, kasut, permaidani, alas kaki, tikar, selipar, dan apa-apa barangan kegunaan harian kerana dikhuatiri tidak dapat menjaga kesuciannya sekalipun untuk tujuan pengiklanan.

(b) Dilarang mencetak gambar-gambar dewa-dewi Hindu atau simbol-simbol agama Hindu pada paket, bekas-bekas, bungkusan atau kotak barangan sembahyang dan seumpamanya kerana dikhuatiri tidak dapat menjaga kesuciannya sekalipun untuk tujuan pengiklanan.

(c) Dilarang mencetak atau menitik gambar-gambar dewa-dewi Hindu atau simbol-simbol agama Hindu pada binatang, manusia, bangunan, alat permainan, dan seumpamanya.

(d) Dilarang dipijak, dilangkah, atau diletakkan di atas lantai.

(e) Tidak diperaga atau dipamer berhampiran dengan bahan-bahan seperti minuman keras, rokok, senjata, bahan tidak bermoral, bahan yang menjolok mata, atau yang dianggap boleh merendahkan agama Hindu.

(f) Dilarang membungkus bahan-bahan jualan dengan apa-apa kertas yang mengandungi gambar dewa-dewi atau simbol agama Hindu.

(g) Contoh perkara-perkara yang ditegah dan dibenarkan disertakan dalam Lampiran-Lampiran B dan C.

PENUTUP Sesungguhnya, setiap orang Hindu bebas untuk mengamalkan agamanya sendiri tanpa rasa takut, malu, atau bimbang. Bagi melindungi kebebasan beragama dalam kalangan orang-orang Hindu, beberapa perkara yang disebut dalam Garis Panduan di sini perlu diberi perhatian. Maka dengan

4

sebab itu, garis panduan ini diadakan agar dapat menjadi panduan asas dalam menjaga kesucian dan kehormatan agama Hindu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkenaan garis panduan ini bolehlah ditujukan kepada:

MALAYSIA HINDU SANGAMNo.67, Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama 746150 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-7784 4668

Laman web: www.malaysiahindusangam.org

Lampiran A

SIMBOL-SIMBOL AGAMA HINDU

Lampiran B

KEGUNAAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Bungkusan, paket, dan kotak barangan sembahyang

Barangan penggunaan harian seperti bekas abu, tikar yoga, permaidani, tuala mandi, tuala dapur, sapu tangan, dan sebagainya.

7

Pakaian, kasut, dan tattoo

Lampiran C

KEGUNAAN YANG DIBENARKAN

Lampu pelita, loceng, perkakas khas untuk sembahyang Hindu

Barangan kemas tradisional Hindu

Key-chain

9

Barangan cenderahati, barangan perhiasan, jam,