Garis Panduan Dasar Bantuan Teksi 2012 - · PDF filesewa yang membuat pembelian kereta baru...

6
DASAR DAN GARIS PANDUAN BANTUAN KEPADA PEMILIK INDIVIDU TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA 1. Dasar Baru Bagi Pemilik Individu Bagi membantu pemilik individu teksi bajet dan kereta sewa mengurangkan kos operasi mereka dan menambah baik perkhidmatan teksi, YAB Perdana Menteri melalui ucapan Bajet 2012 telah mengumumkan seperti berikut: i. Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian kereta buatan tempatan untuk dijadikan teksi bajet dan kereta sewa; ii. Penjualan atau tukar milik teksi bajet dan kereta sewa selepas 7 tahun daripada tarikh pendaftarannya dikecualikan daripada bayaran balik duti eksais dan cukai jualan; iii. Cukai jalan teksi bajet dan kereta sewa dimansuhkan; iv. Pemberian subsidi kadar faedah 2% setahun ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi bajet dan kereta sewa baru buatan tempatan bagi tempoh 2 tahun; dan v. Pemberian bantuan RM3,000 bagi menggantikan teksi bajet dan kereta sewa berusia melebihi 7 tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi bajet dan kereta sewa yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM1,000 akan diberikan. 2. Tarikh Kuat Kuasa i. Cadangan (i) dan (ii) mulai 8 Oktober 2011; ii. Cadangan (iii) mulai 1 Januari 2012; dan iii. Cadangan (iv) dan (v) mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2013. 3. Garis Panduan Pelaksanaan 3.1 Pengecualian Duti Eksais dan Cukai Jualan 3.1.1 Pengecualian duti eksais sedia ada sebagaimana tertakluk dalam Butiran 24 Perintah Duti Eksais (Pengecualian)1977 masih lagi terpakai kepada mana-mana teksi atau kereta

Transcript of Garis Panduan Dasar Bantuan Teksi 2012 - · PDF filesewa yang membuat pembelian kereta baru...

Page 1: Garis Panduan Dasar Bantuan Teksi 2012 - · PDF filesewa yang membuat pembelian kereta baru pemasangan tempatan. 3.1.2 Teksi bajet dan kereta sewa milik individu sahaja yang boleh

DASAR DAN GARIS PANDUAN BANTUAN KEPADA PEMILIK INDIVIDU TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA

1. Dasar Baru Bagi Pemilik Individu

Bagi membantu pemilik individu teksi bajet dan kereta sewa mengurangkan kos operasi mereka dan menambah baik perkhidmatan teksi, YAB Perdana Menteri melalui ucapan Bajet 2012 telah mengumumkan seperti berikut:

i. Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian kereta buatan tempatan untuk dijadikan teksi bajet dan kereta sewa;

ii. Penjualan atau tukar milik teksi bajet dan kereta sewa

selepas 7 tahun daripada tarikh pendaftarannya dikecualikan daripada bayaran balik duti eksais dan cukai jualan;

iii. Cukai jalan teksi bajet dan kereta sewa dimansuhkan;

iv. Pemberian subsidi kadar faedah 2% setahun ke atas

pinjaman penuh untuk memiliki teksi bajet dan kereta sewa baru buatan tempatan bagi tempoh 2 tahun; dan

v. Pemberian bantuan RM3,000 bagi menggantikan teksi bajet

dan kereta sewa berusia melebihi 7 tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi bajet dan kereta sewa yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM1,000 akan diberikan.

2. Tarikh Kuat Kuasa i. Cadangan (i) dan (ii) mulai 8 Oktober 2011; ii. Cadangan (iii) mulai 1 Januari 2012; dan

iii. Cadangan (iv) dan (v) mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2013.

3. Garis Panduan Pelaksanaan

3.1 Pengecualian Duti Eksais dan Cukai Jualan

3.1.1 Pengecualian duti eksais sedia ada sebagaimana tertakluk dalam Butiran 24 Perintah Duti Eksais (Pengecualian)1977 masih lagi terpakai kepada mana-mana teksi atau kereta

Page 2: Garis Panduan Dasar Bantuan Teksi 2012 - · PDF filesewa yang membuat pembelian kereta baru pemasangan tempatan. 3.1.2 Teksi bajet dan kereta sewa milik individu sahaja yang boleh

sewa yang membuat pembelian kereta baru pemasangan tempatan.

3.1.2 Teksi bajet dan kereta sewa milik individu sahaja yang boleh

mendapat pengecualian duti eksais DAN cukai jualan bagi pembelian kereta baru buatan tempatan.

3.1.3 Perintah Duti Eksais (Pengecualian) dan Perintah Cukai

Jualan (Pengecualian) akan diwartakan dalam jangka waktu terdekat. Sebelum Perintah-perintah tersebut disiapkan, pengecualian duti eksais dan cukai jualan akan diluluskan secara kes demi kes oleh Bahagian Analisa Cukai, Kementerian Kewangan.

3.1.4 Mana-mana pemilik individu teksi bajet dan kereta sewa

yang telah membuat pembelian kereta buatan tempatan mulai 8 Oktober 2011 tanpa pengecualian cukai jualan boleh memohon untuk mendapat pulang balik dengan mengemukakan permohonan ke Bahagian Analisa Cukai, Kementerian Kewangan.

3.2 Definisi Kereta Buatan Tempatan

3.2.1 Kereta buatan tempatan seperti mana dalam perenggan

2.1.2 adalah kereta buatan PROTON sahaja dan tertakluk kepada model tertentu yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD).

3.3 Penjualan atau Tukar Milik Teksi Bajet Kereta Sewa

3.3.1 Pemilik individu hendaklah mengisi dan mengemukakan borang/senarai semak yang lengkap berserta dokumen ke Bahagian Analisa Cukai. Permohonan akan diproses sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan. Borang/senarai semak adalah seperti di Lampiran I.

3.3.2 Walau bagaimanapun, bagi teksi/kereta sewa yang berusia

kurang daripada 7 tahun, bayaran duti/cukai perlu dibuat berdasarkan penilaian semasa kenderaan oleh Kastam.

3.3.3 Bagi teksi/kereta sewa berusia melebihi 7 tahun yang ditukar

fungsi kepada kereta persendirian oleh pemilik yang sama, bayaran balik duti/cukai juga dikecualikan.

3.3.4 Mana-mana pemilik individu teksi bajet/kereta sewa yang

telah membayar duti eksais ke atas penjualan/tukar milik/tukar fungsi yang berusia melebihi 7 tahun mulai 8 Oktober 2011 bagi kenderaan yang telah dikecualikan duti

Page 3: Garis Panduan Dasar Bantuan Teksi 2012 - · PDF filesewa yang membuat pembelian kereta baru pemasangan tempatan. 3.1.2 Teksi bajet dan kereta sewa milik individu sahaja yang boleh

eksais, permohonan pulang balik boleh dibuat kepada Bahagian Analisa Cukai, Kementerian Kewangan.

3.4 Cukai jalan dimansuhkan

3.4.1 Cukai jalan akan dimansuhkan mulai 1 Januari 2012. Pemilik individu teksi bajet dan kereta sewa perlu ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan disc (pelekat) selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana setiap kenderaan perlu mempamerkannya.

3.4.2 Caj pentadbiran perolehan disc dikenakan pada kadar rata

RM2 iaitu menyamai layanan semasa pembatalan cukai jalan ke atas motosikal.

3.4.3 Bagi cukai jalan yang telah diperbaharui sebelum 1 Januari

2012, cukai jalan yang telah dibayar bagi tempoh melepasi 1 Januari 2012, boleh memohon kepada JPJ untuk mendapat pulang balik. Jumlah pulang balik hendaklah tidak kurang daripada RM5.

3.5 Pemberian subsidi kadar faedah 2% setahun ke atas pinjaman

penuh untuk memiliki teksi bajet dan kereta sewa

3.5.1 Pinjaman yang layak mendapat subsidi kadar faedah adalah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

3.5.2 Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak 2%

setahun dari jumlah kadar faedah yang dikenakan oleh BSN.

3.5.3 Subsidi kadar faedah ditanggung oleh Kerajaan sepanjang tempoh pembiayaan (3 hingga 7 tahun).

3.5.4 Jumlah minimum pinjaman dibenarkan adalah RM25,000.

3.5.5 Syarat-syarat pinjaman lain yang digariskan oleh BSN

hendaklah dipatuhi sebelum mendapat pinjaman penuh dengan subsidi kadar faedah.

3.5.6 Permohonan pinjaman bagi bantuan ini boleh dibuat Ibu

pejabat BSN.

Page 4: Garis Panduan Dasar Bantuan Teksi 2012 - · PDF filesewa yang membuat pembelian kereta baru pemasangan tempatan. 3.1.2 Teksi bajet dan kereta sewa milik individu sahaja yang boleh

3.6 Bantuan RM3,000 bagi menggantikan teksi/kereta sewa lama yang berusia 7 tahun ke atas dan bantuan RM1,000 bagi menggantikan teksi/kereta sewa lama yang berusia 10 tahun ke atas. 3.6.1 Hanya pemilik teksi dan kereta sewa yang membuat belian

kenderaan model PROTON sahaja layak mendapat bantuan ini.

3.6.2 Pihak PROTON akan memberikan diskaun harga sebanyak

RM3,000 atau RM1,000 bagi kenderaan baru yang dibeli oleh pemilik teksi /kereta sewa individu

3.7 Pemilik individu teksi bajet dan kereta sewa boleh mengemukakan

permohonan pembelian kereta baru atau penjualan kereta lama kepada ibu pejabat PROTON.

4. Nama Dan Alamat Pegawai

Sebarang pertanyaan atau masalah boleh dikemukakan kepada pegawai berikut di alamat: Seksyen Perkhidmatan 1 Bahagian Analisa Cukai Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Blok Tengah

Kompleks Kementerian Kewangan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Wilayah Persekutuan Putrajaya Untuk perhatian: Puan Kamsiah binti Muhamad Tel: 03-8882 4197 e-mel: [email protected] Puan Nur Aiena Othman Tel: 03-8882 3314 E-mel: [email protected] Puan Nurhidayah binti Lamien Tel: 03-8882 4154 E-mel: [email protected] Puan Nur Atikah Raihan binti Ariffin Tel: 03-8882 4059 E-mel: [email protected]

Page 5: Garis Panduan Dasar Bantuan Teksi 2012 - · PDF filesewa yang membuat pembelian kereta baru pemasangan tempatan. 3.1.2 Teksi bajet dan kereta sewa milik individu sahaja yang boleh

SENARAI SEMAK DOKUMEN BAGI PERMOHONAN KE ATAS TUKAR HAK MILIK/PENJUALAN TEKSI BAJET/KERETA SEWA MILIK INDIVIDU

1. Borang/surat permohonan

2. Salinan kad pengenalan

3. Salinan lesen memandu PSV

4. Salinan permit teksi

5. Salinan kad pendaftaran kenderaan (geran)

6. Salinan perakuan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

7. Salinan pemeriksaan PUSPAKOM (sekiranya ada)

Page 6: Garis Panduan Dasar Bantuan Teksi 2012 - · PDF filesewa yang membuat pembelian kereta baru pemasangan tempatan. 3.1.2 Teksi bajet dan kereta sewa milik individu sahaja yang boleh

Untuk kegunaan pejabat: Cop terima

BTKSB2012-1

BORANG PERMOHONAN KE ATAS TUKAR HAK MILIK/PENJUALAN TEKSI BAJET/KERETA SEWA MILIK INDIVIDU

BUTIRAN PEMOHON:

Nama pemilik asal

No. kad pengenalan

Alamat surat-menyurat

No. Telefon

BUTIRAN KENDERAAN:

No. pendaftaran

Model/Buatan

Tarikh pendaftaran

Tahun buatan

Dengan ini saya mengesahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan : Nama : Tarikh :

LAIN-LAIN PERKARA:

Sebab tukar hak milik : (sila tandakan)

Kereta persendirian

Penjualan

Lain-lain (sila nyatakan)