Garis Panduan Emel Selangor

download Garis Panduan Emel Selangor

of 10

Transcript of Garis Panduan Emel Selangor

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    1/10

    Garis Panduan Pengurusan emel Jabatan Pelajaran Selangor dan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor ppkjps2012

    GARIS PANDUAN

    PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMEL

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

    DAN

    SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    2/10

    Garis Panduan Pengurusan emel Jabatan Pelajaran Selangor dan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor ppkjps2012

    1

    1. PENGENALAN

    Mel elektronik atau emel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan

    pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej

    elektronik. Setiap penjawat awam mempunyai emel rasmi yang digunakan

    untuk tujuan rasmi dan didaftarkan di bawah agensi Kerajaan. Emel rasmi

    boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu emel rahsia rasmi dan emel

    bukan rahsia rasmi.

    (a) Emel Rahsia Rasmi

    Emel yang mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi yang

    mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang

    dikelaskan mengikut pengelasannya sama ada Terhad atau Sulit.

    Maklumat Rahsia atau Rahsia Besar TIDAK boleh dihantar melalui

    emel.

    (b) Emel Bukan Rahsia Rasmi

    Emel yang tidak mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi.

    Semua warga Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan sekolah-sekolah seluruh

    negeri Selangor telah diberi kemudahan emel mengikut kelayakannya. Setiap

    warga adalah bertanggungjawab kepada emel masing-masing dan perlu

    mematuhi etika seperti yang dinyatakan dalam - Perkara 04 Pengurusan emel

    dan Penggunaan Internet.

    1.1 Tujuan

    Tujuan Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan emel adalah untuk:

    (a) Menerangkan dengan lebih terperinci tatacara penggunaan dan

    pengurusan emel kepada semua pegawai, kakitangan di Jabatan

    Pelajaran Negeri Selangordan sekolah-sekolah di negeri Selangor

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    3/10

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    4/10

    Garis Panduan Pengurusan emel Jabatan Pelajaran Selangor dan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor ppkjps2012

    3

    2. PENGGUNAAN EMEL

    Warga Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Pentadbir di Sekolah

    haruslah menggunakan emel secara bertanggungjawab berlandaskan

    undang-undang negara, peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam, Polisi ICT

    Perbendaharaan serta mengikut etika emel yang bersopan. Panduan dan

    etika penggunaan emel yang harus diamalkan adalah seperti berikut:

    (a) Memastikan penghantaran emel rasmi menggunakan akaun emel rasmi

    dan alamat emel penerima yang betul;

    (b) Segala urusan rasmi adalah dilarang menggunakan alamat emel

    persendirian seperti yahoo.com, gmail.com, streamyx.com.my dan

    sebagainya;

    (c) Mengutamakan penggunaan emel sebagai media komunikasi untuk

    urusan dalaman agensi atau dengan pelanggan luar;

    d) Memastikan setiap emel rasmi dibalas dengan kadar segera selewat-

    lewatnya 1 hari dari tarikh emel berkenaan diterima;

    (e) Memastikan setiap emel mempunyai tajuk yang sesuai dengan

    kandungan emel;

    (f) Menulis jawapan di bahagian atas mesej emel;

    (g) Penggunaan huruf besar kandungan emel adalah tidak digalakkan

    dan dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gunakan gabungan huruf

    besar dan huruf kecil;

    (h) Menggunakan bahasa dan ayat yang jelas, tepat dan mudah difahami

    oleh penerima;

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    5/10

    Garis Panduan Pengurusan emel Jabatan Pelajaran Selangor dan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor ppkjps2012

    4

    (i) Menggunakan bahasa formal di dalam emel rasmi;

    (j) Menggunakan kemudahan Reply untuk menjawab emel tanpa

    sebarang perubahan kandungan asal emel;

    (k) Memastikan kemudahan Reply To All digunakan jika jawapan perlu

    disalin kepada semua penerima emel; ELAKKAN daripada menggunakan

    Reply to All kerana ia akan membanjiri inbox pengguna emel yang lain

    (l) Tidak menggunakan kemudahan Auto-Reply

    (m) Menggunakan kemudahan Forward untuk memanjangkan emel

    kepada penerima lain tanpa sebarang perubahan;

    (n) Memastikan kemudahan salinan kepada (cc) jika sesuatu emel perlu

    dimaklumkan kepada penerima yang berkaitan sahaja;

    (p) Memastikan kemudahan blind cc (bcc) digunakan bagi tujuan khusus

    dan terkawal (bukan sewenang-wenangnya).

    2.1 Saiz Emel

    Saiz maksimum emel (termasuk kepilan) samada untuk dihantar atau

    diterima adalah 10 MB. Jika saiz emel adalah agak besar, pengguna

    disarankan supaya menggunakan kaedah pemampatan (compression) bagi

    mengurangkan saiz fail contohnya menggunakan perisian winzip.

    2.2 Fail Kepilan

    Sebarang fail yang dihantar harus dilakukan pengimbasan scanning

    dengan mesin pengimbas sebelum dikepilkan untuk dihantar kepada

    penerima bagi menjamin keselamatan dan mengelakkan sebarang

    perubahan maklumat. Tujuannya adalah untuk menjadikan dokumen atau

    surat yang dihantar sebagai fail PDF atau Jpeg agar isi kandung surat

    tidak boleh diubah.

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    6/10

    Garis Panduan Pengurusan emel Jabatan Pelajaran Selangor dan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor ppkjps2012

    5

    2.3 Pengimbasan Fail Kepilan

    Pengguna hendaklah sentiasa mengimbas fail yang diterima sebelum

    membukanya. Pengguna juga hendaklah memastikan fail yang akan dihantar

    melalui emel adalah bebas dari virus.

    2.4 Penerimaan Emel Tanpa Diminta (UnsolicitedEmail)

    Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka emel daripada

    penghantar yang tidak diketahui atau diragui. Ini bagi melindungi pengguna

    serta aset ICT Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan sekolah daripada

    aktiviti yang tidak diingini seperti phishing, ancaman virus, spamming, dan

    lain-lain malware. Pihak pengurusan emel (@btpnsel.edu.my) akan menapis

    terlebih dahulu emel yang akan dihantar ke sekolah secara pukal. Ini adalah

    untuk menggelakkan emel-emel sampah.

    2.5 Mengenal Pasti Identiti Pengguna

    Pengguna perlu mengenalpasti dan mengesahkan identiti pihak yang

    berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi

    maklumat melalui emel. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan

    daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.

    2.6 Katalaluan

    Katalaluan adalah rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Ia

    perlu ditukar setiap 3 bulan. Pengguna disarankan untuk menggunakan

    katalaluan kukuh yang mempunyai ciri-ciri berikut:

    (a) Mestilah sekurang-kurangnya terdiri daripada 12 aksara, lebih baik

    dengan kombinasi alphanumericdan simbol. (contoh: ?nokia.#3$).

    (b) Pengguna dilarang menggunakan katalaluan yang sama dengan akaun

    emel (id pengguna).

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    7/10

    Garis Panduan Pengurusan emel Jabatan Pelajaran Selangor dan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor ppkjps2012

    6

    2.7 Pengesanan Virus

    Pentadbir emel hendaklah dimaklumi segera sekiranya disyaki ada serangan virus

    dimana pengguna menerima mesej dari sistem mengenai bounced mailyang pengguna

    sendiri tidak hantar.

    2.8 Perkara Yang Dilarang Dalam Penggunaan Emel

    Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti berikut :-

    (a) Menggunakan emel untuk menghantar bahan-bahan yang salah di sisi

    undang-undang seperti bahan lucah, perjudian, jenayah, cetak rompak

    atau apa-apa maklumat yang menjejaskan reputasi Perbendaharaan

    dan Perkhidmatan Awam;

    (b) Menggunakan emel rasmi untuk tujuan peribadi, komersial atau politik;

    (c) Menghantar emel sampah (junk mail) dan emel spam;

    (d) Menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, dan trojan horse yang

    boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;

    (e) Menyimpan dan memuat turun bahan yang mempunyai hakcipta,

    termasuk yang dimuat turun dari Internet ke dalam sistem emel

    Perbendaharaan Malaysia atau menyebarkan kepada pihak lain tanpa

    mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta yang

    berkenaan;

    (f) Menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi

    akses akaun kepada orang lain untuk menjawab emel bagi pihaknya;

    dan

    (g) Menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar

    maklumat yang sah.

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    8/10

  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    9/10

    Garis Panduan Pengurusan emel Jabatan Pelajaran Selangor dan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor ppkjps2012

    8

    3.4 Backup Rekod Emel

    Rekod emel penting yang telah berusia melebihi satu (1) tahun dan

    berkemungkinan besar akan dirujuk semula haruslah di backup (eksportfolder)dan disimpan dalam storan PC atau luaran seperti pen drive atau

    cakera padat (CD). Ini akan mengurangkan penggunaan mailboxdisamping

    membuat backup sebagai langkah keselamatan. Terdapat dua pilihan Backup

    iaitu:

    (a) Menggunakan fungsi Preferences dan pilihan Import/Export. Sila rujuk

    Lampiran 2.

    (b) Memuat turun maklumat emel yang diterima dan di simpan pada dalamstoran PC atau luaran sepertipen drive atau cakera padat (CD).

    4. TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

    Peraturan penggunaan dan pengurusan emel Jabatan Pelajaran Negeri

    Selangor dan sekolah-sekolah di negeri Selangor ini adalah merupakan

    peraturan yang menggariskan tatacara penggunaan dan pengurusan rekod-

    rekod emel. Semua pengguna emel hendaklah mematuhi garis panduan ini.

    6. KHIDMAT NASIHAT

    Sebarang kemusykilan yang timbul berkaitan dengan garis panduan ini

    hendaklah dirujuk kepada:-

    1. Pentabdir emel Kementerian Pelajaran Malaysia (@moe.gov.my)Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT

    Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

    2. Pentadbiran emel Sekolah negeri Selangor (@btpnsel.edu.my)a) Unit Maklumat

    Sektor Pengurusan Maklumat dan ICTJabatan Pelajaran Negeri Selangor

    Alamat emel :[email protected]

    b) Unit ICTBahagian Teknologi Pendidikan Negeri SelangorAlamat emel : [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/30/2019 Garis Panduan Emel Selangor

    10/10

    Garis Panduan Pengurusan emel Jabatan Pelajaran Selangor dan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor ppkjps2012

    9

    RUJUKAN:

    1. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU rujukan MAMPU.BDPICT.700-2/36(1):Pemantapan Penggunaan dan Pengurusan Emel di Agensi-Agensi

    Kerajaan - MAMPU, 1 Julai 2010.

    2. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU rujukan UPTM159/526/9 Jld.4 (60) :Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik DiAgensi-agensi Kerajaan- MAMPU, 23 Nov 2007.

    3. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 : GarisPanduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Emel DiAgensiAgensi Kerajaan - MAMPU, 2003

    4. Malaysian Public Sector Management of Information & CommunicationsTechnology Security Handbook (MyMIS) - MAMPU, 15 Januari 2002

    http://www.mampu.gov.my/pdf/arahankp1107.pdfhttp://www.mampu.gov.my/pdf/arahankp1107.pdfhttp://www.mampu.gov.my/pdf/arahankp1107.pdfhttp://www.mampu.gov.my/pdf/arahankp1107.pdfhttp://www.mampu.gov.my/pdf/arahankp1107.pdfhttp://www.mampu.gov.my/pdf/arahankp1107.pdfhttp://www.mampu.gov.my/pdf/arahankp1107.pdf