GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar...

33
GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

Transcript of GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar...

Page 1: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

Page 2: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara i

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

PERKARA 1.0 PENGENALAN 1

PERKARA 2.0 SKOP 3

PERKARA 3.0 RUJUKAN NORMATIF 4

PERKARA 4.0 DEFINISI 5

PERKARA 5.0 KEPERLUAN AM 6

PERKARA 6.0 BAHAN KIMIA KLORIN 8

PERKARA 7.0 KEPERLUAN REKABENTUK

SILINDER/DRUM KLORIN

8

PERKARA 8.0 PENGHANTARAN DAN

PENERIMAAN BAHAN KIMIA

KLORIN

11

PERKARA 9.0 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA

KLORIN

14

PERKARA 10.0 PENGOPERASIAN DI LOJI

RAWATAN AIR

15

PERKARA 11.0 KAEDAH PELUPUSAN

SILINDER/DRUM DAN LEBIHAN

KLORIN

17

PERKARA 12.0 LAIN-LAIN SISTEM

PENGKLORINAN

19

PERKARA 13.0 PELAN TINDAKAN KECEMASAN

TAPAK DAN LUAR TAPAK

21

Page 3: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

ii © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

PERKARA 14.0 LATIHAN YANG DIBERIKAN

KEPADA SETIAP PEKERJA

23

PERKARA 15.0 DOKUMENTASI DAN

PENYIMPANAN REKOD

24

Page 4: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 1

1.0 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG

Klorin merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan secara meluas didalam industri umumnya sebagai agen pengoksidaan, pelunturan, dan nyahjangkitan yang sangat efektif. Gas klorin, Cl2, adalah dari kumpulan kimia halogen, boleh dimampatkan dan disejukkan untuk mengubah keadaan fizikalnya menjadi cecair bagi memudahkan pengangkutan dan penyimpanan. Apabila klorin cecair dibebaskan, ia dengan cepat akan berubah keadaan fizikalnya menjadi gas yang tetap dekat dengan tanah dan menyebar dengan cepat. Gas klorin dapat dikenali dengan bau yang menyakitkan dan menjengkelkan (strong pungent smell), seperti bau peluntur. Gas klorin berwarna kuning kehijauan Klorin sendiri tidak mudah terbakar, tetapi boleh bertindak balas secara meletup atau membentuk sebatian yang boleh meletup dengan bahan kimia lain seperti turpentin dan amonia. Klorin merupakan bahan kimia yang digunakan sebagai agen nyah cemar (disinfeksi) dalam air minuman secara meluas sejak ia berjaya dipraktikkan dalam sistem bekalan air pada tahun 1908. Hampir semua loji bekalan air (LRA) di Malaysia menggunakan klorin sebagai agen nyah cemar utama untuk membunuh patogen dan bahan pencemar yang membahayakan para pengguna. Tujuan utama pengedosan bahan kimia klorin ke dalam air adalah bagi: a) mencegah dari merebaknya penyakit bawaan air; dan b) meningkatkan kualiti air - Bahan kimia klorin bertindak balas dengan komponen-

komponen kimia yang boleh menyebabkan rasa dan bau seperti besi, mangan, sulfida dan bahan-bahan lain.

Berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, setiap air terawat yang dibekalkan kepada pengguna mesti mengekalkan baki klorin bebas atau free radical chlorine (FRC) sebanyak minimum 0.2 mg/L di dalam sistem pengagihan sebelum dan apabila sampai kepada pengguna. Dalam sistem rawatan dan bekalan air di Malaysia, secara amnya bahan kimia klorin dicampurkan pada: 1) Awal rawatan (pengklorinan awal) bagi membunuh alga di dalam air selain mengoksida

bahan-bahan seperti besi dan mangan untuk menghasilkan mendakan. 2) Akhir rawatan (pengklorinan akhir) bagi membunuh bakteria dan mewujudkan baki

klorin di dalam air terawat supaya memastikan pembasmian bakteria yang berterusan di dalam sistem agihan air kepada pengguna.

3) Di saluran air paip utama (pengklorinan sekunder) bagi memastikan air terawat yang sampai kepada pengguna mematuhi had di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu mengandungi baki klorin bebas atau free radical chlorine (FRC) sekurang-kurangnya 0.2 mg/L.

Page 5: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

2 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

Klorin digunakan secara meluas sebagai bahan nyah cemar (disinfektan) kerana kosnya yang lebih rendah dan tahap keberkesanannya yang tinggi. Disebalik keberkesanan proses pengklorinan bagi membunuh patogen dalam air, penggunaan bahan kimia klorin mempunyai risiko keselamatan kepada pekerja, pelawat dan penduduk di tempat dan di sekitar di mana ianya disimpan dan digunakan. Klorin adalah perengsa kuat yang boleh menyebabkan kerosakan pada mata, hidung, tekak dan paru-paru. Pada kepekatan tinggi dan pendedahan yang berpanjangan, ia boleh menyebabkan kematian akibat sesak nafas. Mengikut Jadual 1 (Peraturan 6 dan 7) di dalam Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengguna dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 atau seperti pindaan terkini (Peraturan USECHH 2000), had pendedahan yang dibenarkan bagi bahan kimia klorin adalah 0.5 bahagian per juta (bpj) atau 1.5 mg/m3. Pendedahan bahan kimia klorin ke atas pekerja dengan kepekatan di udara purata pemberat lapan (8) jam yang melebihi 0.5 bpj atau 1.5 mg/m3 adalah berbahaya dan mengancam kesihatan. Gas klorin adalah bahan rangsangan yang kuat yang boleh menyebabkan masalah pernafasan. Di tahap kepekatan yang tinggi, ia boleh menyebabkan kematian berikutan kerosakan yang teruk pada tisu paru-paru. Gas klorin pernah digunakan sebagai senjata semasa Perang Dunia Pertama (Perang Dunia I) sebagai senjata kimia yang sangat bahaya dan efektif untuk membunuh musuh. Lampiran A (informatif) merumuskan kesan pendedahan bahan kimia klorin terhadap manusia dan alam sekitar. Klorin ialah sejenis bahan kima yang sangat bermanfaat untuk pembekalan air bersih bagi kegunaan harian, tetapi jika tidak diurus dengan baik dan teratur ia juga boleh menjadi punca berlakunya kemalangan besar. Sebagai bahan kimia yang berbahaya, klorin merupakan suatu potensi risiko ke atas pengendalinya (pekerja loji rawatan air), orang awam dan alam sekitar. Pemahaman secara menyeluruh terhadap risiko klorin adalah sangat penting bagi memastikan pengurusan, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan klorin dilakukan dengan selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja dan orang awam. 1.2 OBJEKTIF Tujuan utama garis panduan ini dibangunkan adalah sebagai panduan yang praktikal berkenaan keselamatan bagi pembekalan, pengendalian dan penggunaan bahan kimia klorin untuk sistem bekalan air kepada pembekal/pengilang dan operator air di loji rawatan air (LRA) dengan matlamat: 1) memastikan pembekalan dan penggunaan bahan kimia klorin bagi sistem bekalan air

dikendalikan secara teratur dengan prosedur yang disyorkan dan sistematik; 2) mewujudkan keseragaman dalam pelbagai aspek keselamatan, teknikal dan pengurusan

yang boleh diterima dan digunapakai oleh semua pihak yang terlibat; 3) menetapkan spesifikasi minimum untuk digunapakai oleh pembekal, operator air dan

pihak-pihak lain yang terlibat; dan 4) menyelaras dan mengharmonikan pelbagai peraturan/tatacara/kaedah yang berkaitan

agar ia lebih tersusun.

Page 6: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 3

1.3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1.3.1 SPAN boleh mempertimbangkan garis panduan ini dan memutuskan cara yang terbaik bagi menggalakkan pelaksanaan garis panduan ini demi: a) meningkatkan kesedaran operator bekalan air terhadap keselamatan berkaitan klorin; b) memastikan pengilang dan pembekal klorin adalah kompeten dari segi pengurusan dan

pengendalian klorin; dan

c) memastikan keselamatan pekerja yang mengendalikan klorin dan orang awam. 1.3.2 Pengilang dan pembekal klorin seharusnya menggunapakai garis panduan ini untuk: a) membekalkan klorin yang berkualiti mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak

pengawal selia; dan b) memastikan kaedah pengurusan dan pengendalian klorin, termasuk pengurusan logistik

yang baik. 1.3.3 Operator bekalan air seharusnya menggunapakai garis panduan ini untuk: a) memastikan fasiliti sentiasa dalam keadaan yang selamat melalui penggunaan prosedur

penyimpanan bahan kimia klorin yang betul serta melakukan penyelenggaraan berkala ke atas sistem pembekalan air dan pembentungan dan semua aset lain yang berhubung dengan sistem tersebut; dan

b) mencegah daripada berlakunya kemalangan yang melibatkan penggunaan bahan kimia

klorin melalui penggunaan alat pemantauan dan prosedur operasi yang praktikal. 2.0 SKOP Dokumen ini menetapkan garis panduan bagi kaedah pembekalan dan penggunaan bahan kimia klorin untuk sistem bekalan air, meliputi aspek-aspek seperti berikut: a) pengurusan pembekalan; b) pengurusan pengangkutan; c) kaedah pelupusan silinder/drum klorin dan lebihan klorin; d) dokumentasi dan penyimpanan rekod; dan e) pengurusan kecemasan. Garis panduan ini terpakai kepada semua pembekal, pengilang, pengimport dan operator bekalan air di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Page 7: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

4 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

3.0 RUJUKAN NORMATIF Rujukan normatif berikut adalah penting bagi penggunaan standard ini. Bagi rujukan bertarikh, hanya edisi yang disebutkan akan digunakan. Bagi rujukan tanpa tarikh, edisi terkini bagi rujukan normatif (termasuk sebarang perubahan) digunakan. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) (Akta 655)

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)

Arahan No. 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara

Peraturan-peraturan Makanan 1985, Subperaturan 394 Jadual 25 A Standard Bagi Air

Peraturan Pengelasan Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya 2013

Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Kod Amalan Industri S.P.A.D.- Keselamatan untuk Pengendali Berlesen Perkhidmatan Kenderaan Barangan Perintah Duti Kastam 2017 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) (Kenderaan Membawa Barangan Berbahaya) 2015 Garis Panduan Penggunaan Peralatan Perlindungan Diri, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Garis Panduan Kawalan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Uniform Building by Laws 1984 MS 1718, Specification for sodium hypochlorite used for portable water supply MS 1584, Specification for calcium hypochlorite used for potable water supply MS 171, Liquid chlorine used for potable water supply - Specification ISO 9809-1, Gas cylinders - Refillable seamless steel gas cylinders - Design, construction and testing - Part 1: Quenched and tempered steel cylinders with tensile strength less than 1 100 MPa

Page 8: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 5

ISO 9809-3, Gas cylinders - Refillable seamless steel gas cylinders - Design, construction and testing - Part 3: Normalised steel cylinders ISO 10297, Transportable gas cylinders. Cylinder valves. Specification and type testing ISO 11118, Gas cylinders. Non-refillable metallic gas cylinders. Specification and test methods ISO 13340, Transportable gas cylinders. Cylinder valves for non-refillable cylinders. Specifications and prototype testing JIS B 8241, Seamless steel gas cylinders IS 7681, Welded low carbon steel gas cylinders for chlorine gas IS 8198-6, Code of practice for steel cylinders for compressed gases, Part 6: Liquefied chlorine gas BS 1500, Fusion welded pressure vessels for use in the chemical and allied industries BS EN 1964-1, Transportable gas cylinders. Specification for the design and construction of refillable transportable seamless steel gas cylinders of water capacities from 0,5 litre up to and including 150 litres BS EN 10028 series, Flat products made of steels for pressure purposes BS EN 10029, Hot-rolled steel plates 3 mm thick or above. Tolerances on dimensions and shape PD 5500 Specification for unfired fusion welded pressure vessels ASME Sect VIII, Boiler and Pressure Vessel Code Section VIII JIS B 8243, Construction of pressure vessels Tataamalan Industri untuk Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazad 2014 (ICOP CHC 2014)

Safety Guidelines for Gas Cylinders (construction, operation and maintenance) 4.0 DEFINISI 4.1 Pembekal Sebuah syarikat yang dibentuk di bawah undang-undang Malaysia dan menjalankan perniagaan di Malaysia. Pembekal boleh menjadi pengeluar, pengimport, wakil tempatan yang diberi kuasa atau pengedar tetapi tidak termasuk peruncit.

Page 9: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

6 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

4.2 Operator bekalan air Orang yang bertanggungjawab ke atas pengendalian loji, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas bahan kimia klorin, prosedur keselamatan serta pengurusan sistem rawatan loji yang diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

5.0 KEPERLUAN AM 5.1 Pra-syarat 5.1.1 Operator bekalan air hendaklah mempunyai lesen yang berkaitan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum memberikan perkhidmatan bekalan air sepertimana yang diperuntukkan didalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) (Akta 655). 5.1.1 Pembekal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum membekalkan klorin kepada operator bekalan air di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. 5.1.2 Semua pembekal dan operator bekalan air hendaklah mematuhi keperluan-keperluan dibawah Peraturan 129, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) (Akta 655) dan menjadi kesalahan sekiranya pembekal dan pengilang gagal untuk mematuhi segala keperluan dibawah peraturan tersebut. 5.1.3 Akta dan peraturan Operator bekalan air, pembekal bahan kimia klorin dan agensi pengawalselia hendaklah menjalankan peranan mereka dengan mengikut undang-undang yang releven seperti Jadual 1.

Jadual 1. Undang-undang sedia ada

Agensi Undang-undang

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) (Akta 655)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Arahan No. 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Peraturan-peraturan Makanan 1985, Subperaturan 394 Jadual 25 A Standard Bagi Air

Page 10: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 7

5.2 Analisis risiko Pemilihan jenis pengklorinan dalam sistem rawatan air perlu dinilai melalui penggunaan penilaian holistik dengan mengambilkira semua faktor alam sekitar, sosial, dan ekonomi untuk membantu dalam proses membuat keputusan. Faktor-faktor ini termasuk dan tidak terhad kepada: a) keperluan pengawalseliaan (rujuk Jadual 1); b) kesan alam sekitar (contohnya pelepasan gas klorin, jejak carbon (carbon foot print) dan

lain-lain); c) kesan keselamatan dan kesihatan pekerja serta orang awam (contohnya, potensi siaran

bahan kimia berbahaya); d) keselamatan (contohnya, potensi kecurian bahan kimia atau serangan ke atas sistem

rawatan air minuman); e) membekalkan ketersediaan (availability)/kebolehpercayaan (reliability) (contohnya,

keupayaan untuk mendapatkan input yang diperlukan); f) kerumitan operasi (operational complexity); g) kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan; h) penggunaan tenaga keseluruhan sistem (contohnya jejak carbon (carbon foot print)); i) pelaburan awal, penyelenggaraan dan kos operasi; j) kemahiran dan infrastruktur yang sediada; dan k) keselamatan operasi. 5.3 Keperluan import 5.3.1 Berdasarkan Perintah Duti Kastam 2017, bagi tujuan pengimportan bahan kimia klorin dengan kod HS 2801 dan kalsium hipoklorit dengan kod HS 2828, keperluan berikut hendaklah mematuhi: a) import disertakan dengan izin import yang dikeluarkan oleh Lembaga Racun Makhluk

Perosak, Jabatan Pertanian; atau

b) melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Page 11: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

8 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

6.0 BAHAN KIMIA KLORIN 6.1 Spesifikasi bahan kimia klorin 6.1.1 Jenis bahan kimia klorin dan spesifikasi yang boleh digunakan bagi proses rawatan air adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 2. Pengelasan bahaya bagi setiap bahan kimia adalah merujuk kepada Tataamalan Industri untuk Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazad 2014 (ICOP CHC 2014).

Jadual 2. Jenis bahan kimia klorin dan spesifikasi

Bahan kimia (nama produk)

Spesifikasi

Klorin cecair, Cl2 (Nombor CAS 7782-50-5)

MS 171:2013, Liquid chlorine used for potable water supply – Specification

Natrium hipoklorit, NaOCl (Nombor CAS 7681-52-9)

MS 1718:2003, Specification for sodium hypochlorite used for portable water supply

Kalsium hipoklorit, CaOCl (Nombor CAS 7778-54-3)

MS 1584:2003, Specification for calcium hypochlorite used for potable water supply

6.1.2 Bahan kimia klorin yang dibekalkan kepada operator bekalan air bagi tujuan rawatan air mesti mendapat sijil halal daripada JAKIM atau jabatan agama Islam negeri atau badan pensijilan halal negara-negara lain yang diiktiraf oleh JAKIM. 7.0 KEPERLUAN REKABENTUK SILINDER/DRUM KLORIN 7.1 Umum 7.1.1 Berdasarkan Peraturan Pengelasan Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya 2013, pembekal hendaklah memastikan bahawa: a) bekas bahan kimia itu hendaklah direka bentuk dan dibina sedemikian rupa untuk

memastikan bahawa bahan kimia berbahaya itu tidak boleh keluar melainkan jika peranti keselamatan dipasang pada bekas itu;

b) bungkusan dan pengancingnya hendaklah kukuh dan mampu menampung bahan kimia

berbahaya itu untuk menahan tegasan normal dan terikan kendalian; dan

Page 12: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 9

c) bahan yang dijadikan bungkusan dan pengancing hendaklah tidak mudah rosak

disebabkan serangan buruk oleh bahan kimia berbahaya itu atau boleh membentuk sebatian yang memudaratkan atau berbahaya dengan bahan kimia berbahaya itu.

7.1.2 Bekas simpanan bahan kimia klorin hendaklah diperiksa, diuji dan diluluskan oleh badan pensijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia. Dokumentasi teknikal hendaklah merangkumi spesifikasi lengkap mengenai reka bentuk serta maklumat lengkap mengenai pembuatan dan pengujian. 7.2 Silinder 7.2.1 Umum Bagi pembungkusan bahan kimia klorin gas, silinder hendaklah direka, dihasilkan dan diuji mengikut spesifikasi atau standard seperti berikut, atau standard-standard lain yang setara dengannya. a) ISO 9809-1, Gas cylinders - Refillable seamless steel gas cylinders - Design, construction and testing - Part 1: Quenched and tempered steel cylinders with tensile strength less than 1 100 Mpa b) ISO 9809-3, Gas cylinders - Refillable seamless steel gas cylinders - Design, construction and testing - Part 3: Normalised steel cylinders

c) ISO 10297, Transportable gas cylinders. Cylinder valves. Specification and type testing

d) ISO 11118, Gas cylinders. Non-refillable metallic gas cylinders.Specification and test methods

e) ISO 13340, Transportable gas cylinders. Cylinder valves for non-refillable cylinders. Specifications and prototype testing

f) JIS B 8241, Seamless steel gas cylinders

g) IS 7681, Welded low carbon steel gas cylinders for chlorine gas

h) IS 8198-6, Code of practice for steel cylinders for compressed gases, Part 6: Liquefied chlorine gas

i) Safety Guidelines for Gas Cylinders (construction, operation and maintenance)1 7.2.2 Bahan a) Silinder mestilah kalis haba serta diperbuat daripada aluminium, besi, aloi dan bahan

komposit yang mempunyai kekuatan mekanikal serta mempunyai rintangan hentaman yang baik.

1 Dokumen masih diperingkat pembangunan oleh Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Page 13: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

10 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

b) Penutup silinder harus diperbuat daripada bahan-bahan yang tahan rapuh dan kakisan

seperti yang ditunjukkan dalam piawaian teknikal reka bentuk dan pembuatannya. 7.2.3 Kapasiti bekas pembungkusan Kapasiti bekas pembungkusan silinder bagi muatan klorin hendaklah sekurang-kurangnya 68 kg. Sekiranya silinder berkapasiti lebih besar diperlukan (> 68 kg), pemilihan saiz silinder akan tertakluk pada persetujuan antara pembekal dan pembeli (operator bekalan air). 7.3 Drum 7.3.1 Umum Bagi pembungkusan bahan kimia klorin gas, drum hendaklah direka, dihasilkan dan diuji mengikut standard seperti berikut, atau standard-standard lain yang setara dengannya. d) ASME Sect VIII, Boiler and Pressure Vessel Code Section VIII a) BS EN 10028 series, Flat products made of steels for pressure purposes b) BS EN 10029, Hot-rolled steel plates 3 mm thick or above. Tolerances on dimensions and shape

f) BS 1500, Fusion welded pressure vessels for use in the chemical and allied industries e) JIS B 82432, Construction of pressure vessels c) PD 55003 Specification for unfired fusion welded pressure vessels 7.3.2 Bahan 7.3.2.1 Drum mestilah kalis haba serta diperbuat daripada aluminium, besi, aloi dan bahan komposit yang mempunyai kekuatan mekanikal dan mempunyai rintangan hentaman yang baik. 7.3.2.2 Penutup drum harus diperbuat daripada bahan-bahan yang tahan rapuh dan kakisan seperti yang ditunjukkan dalam piawaian teknikal reka bentuk dan pembuatannya. 7.3.3 Kapasiti bekas pembungkusan Kapasiti bekas pembungkusan drum bagi muatan klorin hendaklah sekurang-kurangnya 930 kg, Sekiranya drum berkapasiti lebih besar diperlukan (> 930 kg), pemilihan saiz drum akan tertakluk pada persetujuan antara pembekal dan pembeli (operator bekalan air). 7.4 Keperluan requalification bagi silinder/drum klorin

2 Digantikan oleh JIS B 8270 yang kemudian ditarik balik 3 Digantikan oleh BS 1500

Page 14: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 11

7.4.1 Bekas simpanan bahan kimia klorin hendaklah diperiksa dan diuji dari semasa ke semasa supaya memastikan keadaan fizikal silinder/drum adalah memenuhi syarat minimum standard silinder/drum atau spesifikasi pengeluar. Dokumentasi teknikal hendaklah merangkumi spesifikasi lengkap mengenai reka bentuk serta maklumat lengkap mengenai pembuatan dan pengujian. 7.4.1 Silinder dan drum haruslah menjalani pemeriksaan, seperti ujian hidrostatik (hydrostatic test) dan ujian ketebalan (thickness test). 7.5 Keperluan penandaan dan pelabelan Setiap bahan kimia klorin hendaklah mematuhi sepenuhnya keperluan pembungkusan dan pelabelan mengikut Peraturan Pengelasan Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya 2013.

8.0 PENGHANTARAN DAN PENERIMAAN BAHAN KIMIA KLORIN 8.1 Umum 8.1.1 Pembekal boleh menghantar bahan kimia klorin ke loji rawatan air menggunakan kenderaan sendiri atau melalui servis pengendali logistik yang bersesuaian. 8.1.2 Pembekal harus mempunyai sistem pengurusan logistik yang baik dan berkesan bagi menguruskan setiap penghantaran bahan kimia klorin ke loji rawatan air. 8.1.3 Pembekal adalah disarankan untuk mendapatkan persijilan sistem pengurusan logistik oleh badan pensijilan yang diiktiraf. 8.1.4 Pembekal hendaklah memastikan bahawa langkah kawalan yang sewajarnya diambil oleh organisasi/pekerja semasa mengangkut dan mengendalikan bahan kimia klorin ke loji rawatan air seperti berikut, tetapi tidak terhad kepada: a) Mematuhi prosedur/garis panduan pengangkutan dan penghantaran bahan kimia klorin

b) Memaklumkan kepada pihak berkuasa; dan c) Mengikut laluan yang ditetapkan bagi pengangkutan bahan kimia klorin bagi

mengurangkan risiko bahaya kepada orang awam. 8.1.5 Pembekal hendaklah: a) memantau kelajuan pengangkutan dan mengambil tindakan serta merta terhadap

pemandu yang didapati memandu secara berbahaya atau melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

b) mengambil tindakan tatatertib dan/atau kaunseling ke atas pemandu bagi semua

kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh pemandu serta menyimpan rekod tindakan tatatertib dan/atau kaunseling tersebut.

Page 15: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

12 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

Pembekal disarankan memasang GPS pada setiap kenderaan pengangkutan bagi tujuan pemantuan dan memastikan tiada pemalsuan serta manipulasi terhadap rekod GPS. 8.1.6 Pembekal hendaklah memastikan pengangkutan bahan kimia klorin adalah mematuhi kesemua keperluan-keperluan yang disenaraikan didalam klausa 8 dan semua peruntukan kaedah-kaedah berkenaan lalulintas yang dikeluarkan oleh Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kod Amalan Industri S.P.A.D.- Keselamatan untuk Pengendali Berlesen Perkhidmatan Kenderaan Barangan. 8.2 Pelabelan kenderaan 8.2.1 Setiap kenderaan pengangkutan barang berbahaya hendaklah dipasang dengan plat maklumat kecemasan seperti dalam Gambarajah 1.

Gambarajah 1. Spesifikasi plat maklumat kecemasan kenderaan pengangkutan barang berbahaya

8.2.2 Plat maklumat kecemasan hendaklah diperbuat daripada bahan tahan lasak dan tidak mudah rosak dan sentiasa dalam keadaan kaku. Plat maklumat hendaklah: a) memaparkan semua maklumat dengan jelas; dan b) mengandungi maklumat yang sesuai dengan barang berbahaya yang dibawa

sebagaimana ditentukan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) (Kenderaan Membawa Barangan Berbahaya) 2015.

8.2.3 Plat maklumat kecemasan hendaklah dilekatkan pada satah menegak di bahagian belakang, kiri dan kanan kenderaan agar jelas kelihatan. Sekiranya plat maklumat kecemasan tidak boleh dilekatkan secara kekal pada badan kenderaan berbahaya, maklumat kecemasan hendaklah:

Page 16: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 13

a) dilekatkan pada badan kenderaan barang berbahaya dengan menggunakan pelekat; atau b) dipaparkan dengan menggunakan bingkai yang dilekatkan secara kekal pada badan

kenderaan barang berbahaya. 8.3 Laluan pergerakan 8.3.1 Pembekal hendaklah menggunakan laluan lebuh raya untuk melakukan penghantaran dan menggunakan jalan keluar lebuh raya yang paling dekat dengan premis loji rawatan air. 8.3.2 Jika perjalanan perlu menggunakan jalan bukan lebuh raya, sebolehnya menggunakan laluan kawasan perindustrian dan ladang serta menjauhi kawasan perumahan dan kawasan tumpuan awam. 8.4 Rancangan perjalanan Bagi perjalanan yang melebihi empat (4) jam pemanduan, ianya hendaklah mengikuti keperluan-keperluan yang disenaraikan di dalam Buku Panduan dan Kod Amalan Industri S.P.A.D. – Keselamatan untuk Pengendali Berlesen Perkhidmatan Kenderaan Barangan. 8.5 Keperluan memuat dan memunggah 8.5.1 Bekas bahan kimia klorin mesti dikendalikan dengan berhati-hati semasa penghantaran bagi melindunginya daripada kerosakan fizikal. 8.5.2 Perkara-perkara berikut hendaklah diberi penekanan ketika memuat dan memunggah bahan kimia klorin: a) Semasa penghantaran dan penyimpanan, pelindung injap bagi silinder dan tong drum

perlu sentiasa dipasang. b) Pemakaian PPE yang bersesuaian berdasarkan Garis Panduan Penggunaan Peralatan

Perlindungan Diri, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. c) Bekas bahan kimia klorin tidak boleh dijatuhkan atau bergolek ketika memuat kedalam

lori, ketika pengangkutan dan ketika memunggah daripada lori. d) Kerja-kerja memuat dan memunggah bahan kimia klorin hendaklah dilakukan hanya oleh

staf yang terlatih. e) Kerja-kerja memuat dan memunggah bahan kimia klorin hendaklah dilakukan ditempat

yang dikhaskan bagi mengelakkan risiko kemalangan. f) Semua klorin yang diterima perlu mematuhi sepenuhnya keperluan pembungkusan dan

pelabelan mengikut Peraturan Pengelasan Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya 2013.

g) Pembekal perlu menyediakan dokumen-dokumen yang releven seperti helaian data

keselamatan, certificate of analysis dan nota serahan (delivery note) dengan maklumat yang lengkap bagi kebolehkesanan.

Page 17: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

14 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

8.6 Penerimaan bahan kimia klorin Operator bekalan air hendaklah memastikan setiap penghantaran bahan kimia klorin direkodkan. Contoh senarai semak bagi penerimaan bahan kimia klorin adalah seperti dalam Lampiran B.

9.0 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA KLORIN 9.1 Lokasi tempat penyimpanan4 9.1.1 Kawasan penyimpanan bahan kimia klorin harus terletak jauh dari kawasan penempatan penduduk, kawasan banjir dan sumber-sumber hazard luar yang lain. 9.1.2 Lokasi harus mempunyai akses mudah untuk pengangkutan dan bantuan kecemasan. 9.1.3 Lokasi harus mempunyai fasiliti yang mencukupi, seperti bekalan elektrik dengan bekalan kecemasan jika diperlukan, bekalan air bersih dan air untuk memadam kebakaran. 9.1.4 Kawasan penyimpanan hendaklah dilindungi dengan secukupnya daripada penceroboh dengan pemasangan pagar dan pintu pagar serta kawalan keselamatan yang lain, jika perlu. 9.2 Rekabentuk tempat penyimpanan5 9.2.1 Rekabentuk bangunan yang dibina bagi tujuan penyimpanan bahan kimia klorin harus mematuhi keperluan-keperluan yang dinyatakan didalam Uniform Building by Laws 1984. 9.2.2 Susun atur tapak harus direka untuk membolehkan pengasingan bahan kimia klorin dengan bahan-bahan kimia lain dengan penggunaan bangunan berasingan atau melalui pengasingan fizikal yang lain mengikut kesesuaian. 9.2.3 Rekabentuk bangunan juga harus mempunyai ruang yang mencukupi untuk memberikan keadaan kerja yang sesuai dan keluar masuk ke kawasan penyimpanan melalui dua arah. 9.2.4 Keperluan-keperluan lain bagi tempat penyimpanan bahan kimia klorin adalah seperti berikut: a) Mempunyai ruang yang mencukupi bagi memastikan sistem first in first out (FIFO)

penggunaan bahan kimia dapat diamalkan. b) Mempunyai alatan mekanikal tambahan yang baik bagi memudahkan pengendalian

bahan kimia klorin.

4 Sumber: Guidelines on Storage of Hazardous Chemicals: A Guide for Safe Warehousing of Packaged

Hazardous Chemicals 5 Sumber: Guidelines on Storage of Hazardous Chemicals: A Guide for Safe Warehousing of Packaged

Hazardous Chemicals

Page 18: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 15

c) Berbumbung, kering dan jauh dari punca air bagi mengelakkan risiko pencemaran

kebocoran. d) Mempunyai pengudaraan yang baik. e) Mempamerkan tanda amaran bahaya dan tanda tempat penyimpanan bahan kimia di

tempat yang mudah dilihat dan mematuhi keperluan-keperluan didalam Garis Panduan Kawalan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

f) Menampal prosedur keselamatan dan menyimpan data helaian keselamatan berdekatan

tempat penyimpanan. Dokumen tersebut mestilah mempunyai maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan dan kemalangan.

10.0 PENGOPERASIAN DI LOJI RAWATAN AIR 10.1 Umum 10.1.1 Operator bekalan air hendaklah mematuhi keperluan-keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturan yang berkaitan serta kod amalan dan garis panduan yang relevan di bawah akta tersebut. 10.1.2 Operator bekalan air hendaklah mengenalpasti risiko berkaitan pengendalian bahan kimia klorin dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya. 10.1.3 Operator bekalan air hendaklah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) atau arahan kerja yang jelas dan praktikal bagi pengendalian dan penggunaan bahan kimia klorin secara selamat. Semua pekerja operator bekalan air hendaklah mengetahui akan kewujudannya dan merujuknya setiap kali mengendalikan bahan kimia. 10.1.4 Operator bekalan air hendaklah menyediakan PPE yang bersesuaian bagi pengendalian bahan kimia klorin berdasarkan Garis Panduan Penggunaan Peralatan Perlindungan Diri, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 10.1.5 Operator bekalan air perlu menyediakan maklumat mengenai bahan kimia terutamanya mengenai sebarang risiko yang mungkin berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan semasa penggunaan, pengendalian, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, atau pelupusan dan memastikan pengendali klorin mempunyai pengetahuan mengenai bahaya dan risiko yang dihadapi ketika mengendalikan klorin. 10.1.6 Arahan kerja selamat dan helaian data keselamatan (SDS) hendaklah tersedia dan dipamerkan didinding penyimpanan. Kotak pertolongan cemas dan sinki hendaklah disediakan di luar bilik pengklorinan. 10.1.7 Operator bekalan air digalakkan untuk menyediakan kemudahan bilik persalinan untuk pengendali bahan kimia klorin yang lengkap seperti loker individu, kabinet peralatan perlindungan diri (PPE), bilik mandi, mesin basuh dan lain-lain.

Page 19: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

16 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

10.1.8 Operator bekalan air hendaklah merekodkan penggunaan bahan kimia klorin harian di loji rawatan air seperti dalam Lampiran C. 10.2 Sistem penyelenggaraan 10.2.1 Di bawah Seksyen 34, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, tiap-tiap pemegang lesen mempunyai kewajipan untuk menyelenggara pada setiap masa keselamatan (security), keutuhan dan keadaan selamat (safety) sistem bekalan air dan pembetungan dan semua aset lain yang berhubung dengan sistem tersebut. 10.2.2 Pengemasan, pembaikan dan program penyelenggaraan peralatan hendaklah diwujudkan dengan baik. 10.2.3 Kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan hendaklah dijalankan oleh orang yang kompeten dan/atau terlatih. 10.3 Langkah-langkah pencegahan kemalangan di loji rawatan air 10.3.1 Kawalan risiko hendaklah dilaksanakan dengan merujuk kepada hierarki kawalan di mana keutamaan diberikan dari tahap perlindungan tertinggi, iaitu penghapusan, penggantian, kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran, dan peralatan perlindungan diri (PPE). 10.3.2 Operator bekalan air dan pembekal bahan kimia klorin hendaklah mengamalkan hierarki kawalan bagi mengawal risiko kemalangan bahan kimia klorin. Daripada lima hierarki kawalan, tertib keutamaan yang bersesuaian untuk mengawal risiko di operator bekalan air adalah seperti Gambajarah 2.

Gambajarah 2. Kawalan hierarki 10.3.3 Sebagai langkah mencegah kemalangan klorin, operator bekalan air disarankan untuk mempunyai perkara-perkara seperti berikut di loji rawatan air.

Page 20: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 17

a) mempunyai sistem pengesanan gas klorin yang praktikal dan sentiasa berfungsi dengan baik (contohnya auto shut-off system);

b) mempunyai dan menggunakan scrubber system atau unit yang mempunyai prinsip yang

menyerupai scrubber system di setiap loji rawatan air; c) pendosan klorin secara manual atau automatik daripada drum atau silinder klorin (yang

mematuhi spesifikasi seperti klausa 7) melalui sistem perpaipan (berketebalan 25 mm dan diperbuat daripada seamless carbon steel) kepada air mentah;

d) mempunyai penggahar; e) mempunyai general ventilation (GEV) yang baik; dan f) menempatkan bahan kimia klorin di sebuah bilik penyimpanan khas yang mematuhi

keperluan klausa 9. 10.3.4 Sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi memantau tahap bencana sekiranya berlaku kebocoran bahan kimia klorin, operator bekalan air harus menyediakan alat pemantauan keadaan persekitaran seperti berikut, tetapi tidak terhad kepadanya: a) arah tiupan angin; b) halatuju angin; c) kaedah pengukuran kelembapan; dan d) pengukuran suhu.

11.0 KAEDAH PELUPUSAN SILINDER ATAU DRUM DAN LEBIHAN KLORIN 11.1 Tanggungjawab operator bekalan air 11.1.1 Operator bekalan air hendaklah membuat inventori bagi stok bahan kimia klorin yang terdapat di setiap operator bekalan air sekurang-kurangnya sekali sebulan. 11.1.2 Bahan kimia klorin yang tidak digunakan dalam tempoh tiga (3) bulan dan keatas hendaklah dipulangkan kepada pembekal bagi tujuan pelupusan. 11.1.3 Operator bekalan air harus memastikan bahan kimia klorin digunakan berdasarkan sistem First In First Out (FIFO). 11.1.4 Bekas bahan kimia klorin yang telah kosong harus dipulangkan kepada pembekal dengan segera. Jika pengutipan semula tidak dapat dibuat dalam masa sebulan, bekas bahan kimia klorin tersebut harus ditandakan, diasingkan dan disimpan dibahagian lain distor simpanan.

Page 21: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

18 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

11.1.5 Jika bekas ditandakan tidak boleh dipulangkan, tetapkan cara pelupusan dengan pembekal sebelum membeli. Pastikan silinder rosak atau silinder yang tidak boleh dipulangkan adalah bebas daripada gas klorin sebelum pelupusan. 11.1.6 Bekas kosong juga mungkin mempunyai sisa bahan kimia klorin. Oleh itu, prosedur bagi pelupusan sisa perlu diambilkira. Prosedur yang disyorkan adalah seperti berikut: a) Kumpul dan bungkus, sejumlah klorin yang diperolehi ke dalam bekas yang tertutup dan

kembalikan kepada pembekal. b) Pakai pakaian pelindung, sarung tangan getah, pelindung mata dan alat bantuan

pernafasan untuk mengawal diri daripada terdedah. c) Alirkan gas klorin ke dalam sejumlah besar larutan natrium sulfit atau natrium bisulfit

pekat. d) Setelah semua tindak balas habis, neutralkan dan kosongkan kandungan ke dalam

longkang dengan sekurang-kurangnya 50 kali isipadu air.6 11.1.7 Bagi menjalankan pelupusan tumpahan, operator bekalan air hendaklah memastikan prosedur berikut sentiasa dipatuhi: a) Pakai sarung tangan getah butil, perlindung mata dan alat bantuan pernafasan untuk mengawal diri daripada terdedah. b) Alirkan gas klorin melalui larutan sodium sulfit dan larutan sodium karbonat berlebihan. c) Pastikan larutan tidak tersedut balik ke dalam silider. Letakkan bekas di kawasan teralih udara baik, jika larutan masuk ke dalam silinder. d) Jika berlaku kebocoran klorin semasa pemasangan injap, tutup kepala silinder dengan beg plastik dan pindahkan ke kawasan yang teralih udara baik.7 11.2 Tanggungjawab pembekal bahan kimia klorin 11.2.1 Pembekal harus mengambil semula semua bekas simpanan bahan kimia klorin silinder atau drum dari loji rawatan air yang: a) telah digunakan (berbaki klorin atau kosong), dan b) tidak digunakan bagi tempoh melebihi tiga (3) bulan. 11.2.2 Menjalankan pemeriksaan kepada silinder dan drum berdasarkan 7.2.3.4. 11.2.3 Silinder dan drum yang gagal akan diproses untuk pelupusan kerana silinder dan drum tersebut sudah tidak selamat untuk digunakan.

6 Malay-Sino SDS 7 Malay-Sino SDS

Page 22: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 19

11.2.4 Proses pelupusan silinder dan drum, bermula dengan meneutralkan silinder dan drum tersebut. Proses ini penting bagi memastikan silinder dan drum yang akan dilupuskan bebas daripada baki klorin yang boleh mengakibatkan bahaya kepada alam sekitar dan orang awam. Seterusnya, silinder dan drum boleh dikemekkan untuk dijual sebagai sekerap logam (metal scrap). 12.0 LAIN-LAIN SISTEM PENGKLORINAN 12.1 Sistem electro-chlorination 12.1.1 Umum Operator bekalan air harus mempertimbangkan keperluan untuk menggunakan sistem electro-chlorination berdasarkan kepada keperluan analisis risiko yang dijalankan seperti yang dinyatakan di dalam 5.2. 12.1.2 Prinsip 12.1.2.1 Sistem electro-chlorination adalah proses elektrolisis larutan air garam (larutan garam tepu/larutan natrium klorida) dan air yang telah dilembutkan (softened water) untuk menghasilkan larutan klorin aktif yang berkesan iaitu natrium hipoklorit (NaOCl). Penghasilan natrium hipoklorit (NaOCl) memerlukan garam, air dan elektrik (jenis arus terus). Natrium hipoklorit adalah pembasmi kuman yang berkesan dan boleh digunakan sebagai pengganti gas klorin dan kalsium hipoklorit. Penghasilan natrium hipoklorit dibuat secara asas di lokasi loji rawatan air. 12.1.2.2 Keperluan bagi sistem electro-chlorintion adalah seperti yang dinyatakan di dalam standard SPAN/TS XXXX8. 12.2 Sistem pengklorinan sekunder 12.2.1 Umum 12.2.1.1 Operator bekalan air haruslah mempertimbangkan keperluan untuk mewujudkan sistem pengklorinan sekunder bagi memastikan kualiti air di dalam saluran paip dan kolam perkhidmatan adalah sentiasa selamat. Berdasarkan Piawaian Kualiti Air Minuman Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), air yang dibekalkan kepada pengguna hendaklah mempunyai bacaan Baki Klorin Bebas ataupun Free Residual Chlorine (FRC) adalah di antara julat 0.2 mg/L hingga 5.0 mg/L. NOTA. Kepekatan FRC yang rendah dikesan di dalam rangkaian agihan ini biasanya disebabkan oleh kemerosotan klorin di dalam kolam dan rangkaian pengagihan kerana kadar penggunaan yang rendah di kawasan-kawasan pembangunan baharu.

12.2.1.2 Operator bekalan air hendaklah mengambilkira faktor kejatuhan bacaan FRC, seperti yang berikut dalam menentukan keperluan mewujudkan sistem pengklorinan sekunder:

8 Dalam proses penerbitan

Page 23: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

20 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

a) pengguna yang menerima bekalan air daripada sistem rangkaian yang jauh; b) kawasan yang berada di hujung sistem retikulasi; dan c) masa tahanan kolam yang melebihi dua (2) hari. 12.2.1.3 Sistem pengklorinan sekunder yang menggunakan natrium hipoklorit sebagai input, haruslah dipasang di perpaipan utama sebelum tangki agihan. Gambarajah 3 menunjukkan kedudukan sistem pengklorinan sekunder di dalam rangkaian agihan.

Gambarajah 3: Proses pengklorinan sekunder di dalam rangkaian agihan 12.2.2 Rekabentuk asas sistem 12.2.2.1 Reka bentuk bagi sistem pengklorinan sekunder mungkin berbeza dari satu operator bekalan air dengan yang lain. Bagi menampung keperluan yang berbeza, sistem ini biasanya dikonfigurasikan dengan komponen yang berikut dan beroperasi dengan cara yang diterangkan di bawah. 12.2.2.2 Sistem pengklorinan sekunder haruslah mempunyai dua jenis stesen iaitu stesen pengedosan klorin dan stesen penganalisa klorin. Kedua dua stesen ini dipasang di outlet kolam. Sumber klorin yang digunakan hendaklah memenuhi keperluan spesifikasi bahan kimia klorin seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. 12.2.2.3 Stesen pengedosan klorin terdiri daripada komponen berikut: a) unit pengedosan klorin;

b) titik pengedosan klorin; dan

c) tangki bahan kimia. 12.2.2.4 Stesen penganalisa klorin terdiri daripada komponen berikut:

Page 24: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 21

a) unit penganalisa klorin; dan

b) titik penganalisa klorin. 12.2.2.5 Jarak optima antara titik pengedosan dan titik penganalisa hendaklah melebihi 8 m bagi memastikan sampel bercampur sekata dengan klorin yang dicampurkan. 12.2.2.6 Stesen penganalisa akan menganalisa kandungan FRC di dalam sampel secara berterusan dan menghantar keputusan kepada controller pada stesen pengedosan. Sekiranya bacaan FRC adalah dibawah paras yang ditetapkan, controller akan memberi arahan kepada pam untuk memulakan proses pengedosan. Sekiranya bacaan FRC melebihi paras yang ditetapkan, controller akan memberikan arahan kepada pam untuk menghentikan operasi pengedosan. 12.2.2.7 Operator bekalan air hendaklah menetapkan had optima jumlah FRC didalam air selepas pengedosan. 12.2.3 Pengoperasian 12.2.3.1 Bagi memastikan kelancaran pengoperasian sistem pengklorinan sekunder, operator bekalan air hendaklah memastikan bekalan bahan kimia klorin di tapak pengklorinan sekunder adalah sentiasa mencukupi. 12.2.3.2 Operator bekalan air hendaklah memastikan pengangkutan bahan kimia klorin ke tapak pengklorinan sekunder adalah berdasarkan kepada Klausa 8, yang mana berkaitan. 12.2.3.3 Pengoperasian di tapak pengklorinan sekunder hendaklah memenuhi keperluan di Klausa 10, yang mana berkaitan, dan hendaklah dipantau rapi dari masa ke semasa. 12.2.3.4 Operator bekalan air hendaklah memastikan setiap stesen sistem pengklorinan sekunder mempunyai bekalan kuasa yang mencukupi, sistem amaran dan pelan tindakan kecemasan sekiranya berlaku sebarang kemalangan di tapak. 12.2.4 Penyenggaraan Penyenggaraan hendaklah dijalankan berkala bagi memastikan sistem berada dalam keadaan baik. Langkah-langkah penyenggaraan adalah seperti berikut tetapi tidak terhad kepada: a) pemeriksaan ke atas unit penganalisa klorin bagi kalibrasi dan pengujian pH probe; b) pemeriksaan ke atas unit kawalan dalam stesen pengedosan klorin dan pam pengedosan; c) pemerikasaan ke atas sistem perpaipan termasuk tiub pengedosan; d) penukaran paip yang bocor disebabkan natrium hipoklorit yang bersifat menghakis; dan e) membuang air lock yang terbentuk dalam tuib pengedosan.

Page 25: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

22 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

13.0 PELAN TINDAKAN KECEMASAN TAPAK DAN LUAR TAPAK 13.1 Umum 13.1.1 Pelan tindakan kecemasan tapak dan luar tapak hendaklah diwujudkan dengan bermatlamat seperti berikut. a) menyelamatkan nyawa; b) menguruskan dan menjaga orang yang tercedera; c) menyelamatkan dokumen-dokumen penting; d) menghalang atau meminumumkan kehilangan harta benda; e) menyelamatkan alam sekeliling; dan f) menjaga imej syarikat. 13.1.2 Perhubungan yang rapat dengan organisasi atau agensi kecemasan awam juga mesti diwujudkan agar kerjasama semasa berlakunya kecemasan dapat dicapai. 13.1.3 Latihan atau latih tubi (drill) perlu diadakan untuk mengenalpasti keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan yang telah disediakan dan penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk persediaan berlakunya sesuatu kecemasan yang sebenar.9 13.1.4 Operator bekalan air hendaklah mempunyai pelan kecemasan yang praktikal bagi menangani sebarang kemalangan dan kebocoran termasuk menyenaraikan maklumat talian yang boleh dihubungi jika sebarang kemalangan atau kebocoran berlaku. 13.1.5 Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan CIMAH bagi kemalangan hendaklah disediakan oleh orang kompeten. 13.1.6 Pembekal dan operator bekalan air hendaklah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan akan keperluan penyediaan plan kecemasan luar tapak bagi kawasan sekitar tapak yang terjejas akibat kemalangan tersebut. 13.1.7 Pembekal dan operator bekalan air haruslah menyediakan sistem pemberitahuan atau amaran (alerting system) bagi memaklumkan orang awam di luar tapak akan kemalangan tersebut. 13.1.8 Operator bekalan air disarankan agar mempunyai kit kecemasan yang terdiri daripada alat-alat khas untuk menghalang pelepasan gas klorin oleh silinder dan drum klorin akibat kerosakan fizikal seperti body puncture dan sebagainya. 13.2 Emergency Response Team (ERT)

9 Sumber: Ranhill SAJ Procedure

Page 26: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 23

13.2.1 Pembekal dan operator bekalan air disarankan untuk mewujudkan ERT di beberapa lokasi terpilih untuk menangani sebarang kecemasan di loji rawatan air atau di sepanjang laluan pengangkutan bahan kimia klorin. 13.2.2 ERT perlu terdiri daripada beberapa orang yang mahir dan telah menjalani latihan kecemasan berkaitan semua hazard kimia, terutamanya bahan kimia klorin. 13.2.3 Pasukan ini perlu sentiasa bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan sokongan kecemasan dan bertindak berdasarkan aduan secara langsung atau daripada arahan ibu pejabat operator bekalan air dan/atau pembekal yang menerima aduan. 13.3 Peralatan kecemasan Peralatan kecemasan seperti berikut hendaklah sentiasa berada di loji rawatan air untuk kegunaan apabila kecemasan berlaku di loji. a) peralatan komunikasi; b) papan kenyataan; c) informasi visual (contohnya peta dan lukisan kejuruteraan); dan d) peralatan sokongan (contohnya komputer). 13.4 Emergency Response Plan (ERP)10 Operator bekalan air disarankan untuk mewujudkan ERP untuk keadaan kecemasan bagi kebocoran gas klorin, dan tindakan yang harus diambil adalah seperti berikut serta dalam Lampiran D: a) Memakai peralatan kecemasan dan keselamatan (PPE) yang bersesuaian (misalnya SCBA) dan terus ke tempat kejadian. b) Menilai situasi dan mengenalpasti punca kebocoran gas klorin. c) Menutup semua injap silinder dan drum dan mengenalpasti jika injap tajuk (header valve) bocor atau tidak. d) Melaporkan kejadian kepada komander insiden dan komander di tempat kejadian. e) Mengawal dan menutup kebocoran. f) Kembali beroperasi dengan selepas dapat mengatasi kobocoran dengan selamat. g) Operator bekalan air perlu memantau silinder/drum dan sistem pengklorinan yang berkaitan dengannya untuk mengelakkan kejadian berulang.

10 Sumber SAJ Ranhill (Johor)

Page 27: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

24 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

14.0 LATIHAN YANG DIBERIKAN KEPADA SETIAP PEKERJA 14.1 Pembekal perlu mengadakan latihan berjadual bagi semua pekerja bahan kimia klorin di loji rawatan air. 14.2 Latihan hendaklah mempunyai penerangan secara terperinci tentang perkara-perkara seperti berikut: a) Bahaya bahan kimia klorin. b) Cara-cara mengendalikan bahan kimia klorin dengan selamat. c) Langkah-langkah awal yang mesti diambil oleh pekerja bahan kimia jika berlakunya

kecemasan di tapak loji rawatan air. 14.3 Setiap pekerja baru hendaklah di loji rawatan air hendaklah mengikuti latihan pengendalian bahan kimia klorin samada secara dalaman atau latihan yang dikendalikan oleh pihak pembekal. 15.0 DOKUMENTASI DAN PENYIMPANAN REKOD 15.1 Pembekal dan operator bekalan air hendaklah menyimpan maklumat berkaitan dengan operasi bahan kimia klorin sebagai bukti: a) ianya tersedia dan sesuai untuk digunakan, jika dan apabila diperlukan; dan b) ia dilindungi secukupnya (contoh, daripada kehilangan kerahsiaan, penggunaan yang tidak betul, atau kehilangan integriti).

15.2 Bagi mengawal maklumat didokumentasikan, organisasi hendaklah menyatakan aktiviti berikut, jika terpakai: a) pengedaran, akses, dapatan semula dan penggunaan; b) penyimpanan dan pemeliharaan, termasuk pemeliharaan kemudahbacaan; c) kawalan perubahan (contoh, kawalan versi); dan d) penyimpanan dan pelupusan. 15.3 Maklumat didokumentasikan yang berasal dari luar yang ditentukan penting oleh organisasi bagi perancangan dan operasi sistem pengurusan kualiti hendaklah dikenal pasti sewajarnya, serta dikawal. 15.4 Maklumat didokumentasikan atau rekod hendaklah disimpan sebagai bukti keakuran hendaklah dilindungi daripada pengubahan tidak disengajakan.

Page 28: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara 25

LAMPIRAN A (informatif)

Kesan pendedahan bahan kimia klorin terhadap manusia dan alam sekitar

ppm Kesan kepada pendedahan

0.2 – 3.5 Baunya tengik dan menyesakkan. Nilai kuantiti ambang (TLV) biasa untuk 8 jam tanpa memberi kesan buruk

3-5 Tiada kesan ketara pada pendedahan 30-60 minit

5-8 Sedikit kegatalan pada sistem pernafasan dan mata

15 Kegatalan teruk pada hidung, tekak, mata serta batuk

30 Sesak nafas dan skait dada. Berasa loya dan mungkin termuntah

40-60 Pendedahan 1 jam boleh membawa maut. Kecederaan teruk pada sistem pernafasan selepas beberapa jam terdedah

430 Pendedahan selama 30 minit membawa maut

1000 Beberapa sedutan membawa maut serta merta

Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar

Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat

Penyebaran gas/asap Sakit pada mata, hidung dan kerongkong. Menghakis keluli dan lain lain logam.

Sumber: Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian), 1996

Page 29: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

LAMPIRAN B (informatif)

Rekod penerimaan bahan kimia klorin

Tarikh terima

Masa terima

Nama pembekal

Nombor DO

Nombor batch

Kaedah penghantaran

Jenis/kuantiti yang diterima

Jenis/kuantiti yang ditolak

Parameter kawalan

Catatan Disediakan

oleh Disahkan

oleh

5.11.2018 10.30 pagi

Xx Chemical Sdn Bhd

A111 Lori Klorin gas/silinder (5)

Tiada Silinder dalam

keadaan baik

- Amri Husin

26

©

SP

AN

2020 - H

ak c

ipta

terp

elih

ara

GA

RIS P

AN

DU

AN

KESELA

MA

TAN

PEM

BEK

ALA

N D

AN

PEN

GG

UN

AA

N

BA

HA

N K

IMIA

KLO

RIN

UN

TUK

SISTEM B

EKA

LAN

AIR

Page 30: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

LAMPIRAN C (informatif)

Rekod penggunaan bahan kimia klorin harian

Tarikh Masa Baki klorin harian Catatan (i.e.

Pemeriksaan ke atas

silinder/drum)

Disediakan oleh Disahkan oleh

Nombor siri silinder/drum

Baki klorin (kg)

5.11.2018 10.30 pagi Silinder dalam keadaan baik

Amri Husin

© S

PA

N 2

020 - H

ak c

ipta

terp

elih

ara

27

GA

RIS P

AN

DU

AN

KESELA

MA

TAN

PEM

BEK

ALA

N D

AN

PEN

GG

UN

AA

N

BA

HA

N K

IMIA

KLO

RIN

UN

TUK

SISTEM B

EKA

LAN

AIR

Page 31: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

28 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

LAMPIRAN D (informatif)

Carta alir tindakan kecemasan kebocoran bahan kimia klorin

Page 32: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA KLORIN UNTUK SISTEM BEKALAN AIR

29 © SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

Bibliografi

[1] Akta MITI Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708)

[2] Akta Perkhidmatan BOMBA 1988 (Akta 341)

[3] Occupational Safety and Health (Control of Industrial Major Accident Hazards) Regulations 1996

[4] Occupational Safety and Health (Use And Standards of Exposure of Chemicals Hazardous to

Health) Regulations 2000

[5] The Chlorine Manual, The Chlorine Institute, 2000

[6] Guidelines for Drinking-water Quality, World Health Organization, 2011

[7] Emergency Response Guidebook, U.S Department of Transportation, 2020

[8] Panduan Menjalankan Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan Secara Generik, Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2019

[9] Maklumat kepada Umum, Loji Saringan Air Batu Ferringhi, Perbadanan Bekalan Air Pulau

Pinang

[10] Workplace Safety and Health Guidelines, Management of Hazardous Chemicals Programme,

Workplace Safety and Health Council of Singapore, 2011

[11] Pamphlet 1 Chlorine Basics Edition 8, The Chlorine Institute, 2014

[12] Recommendations on the Transport of Dangerous Goods Model Regulations Volume 1, United

Nations, 2019

[13] Recommendations on the Transport of Dangerous Goods Model Regulations Volume 2, United

Nations, 2019

[14] IS 8198 (Part 7) Code of Practice for Steel Cylinders for Compressed Gases Part 7 Ammonia

Gas, 2002

[15] Guidelines on Storage of Hazardous Chemicals: A Guide for Safe Warehousing of Packaged

Hazardous Chemicals

[16] Safety Data Sheet, Malay-Sino Chemical Industries Sdn Bhd

[17] Full Report CIMAH, Ranhill SAJ, 2019. Website: https://fliphtml5.com/zckdo/vrpt/basic/251-300

Page 33: GARIS PANDUAN KESELAMATAN PEMBEKALAN DAN ......Jenis kemalangan Kesan kepada awam dan alam sekitar Tumpahan dan bocor Hanya kawasan loji yang terlibat Penyebaran gas/asap Sakit pada

© SPAN 2020 - Hak cipta terpelihara

Penghargaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ingin mengucapkan terima kasih kepada organisasi-organisasi yang telah menyumbang idea dan kepakaran dalam membangunkan garis panduan ini. Puan Hazlina Yon (Pengerusi) Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Puan Nor Azian Duriat (Setiausaha)

SIRIM STS Sdn Bhd

Encik Mohd Safrurazi Salleh

Air Kelantan Sdn Bhd

Tuan Muhammad Firdaus Khan Anwat Khan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA)

Puan Pasilatun Adawiyah Ismail/ Encik Mohd Asrul Mamat

Malay-Sino Sdn Bhd

Encik Fauzan Hardi

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Dr Marfiah Ab Wahid/ Dr Zadariana Jamil

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Prof Dr Yang Farina Abdul Aziz

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Encik Zuhairi Borhan/ Puan Rohaidah Ibrahim

SIRIM QAS International Sdn Bhd

Puan Nageswary Iyampillai/ Puan Noraslina Mat Zain/ Puan Siti Hadijah Hassan

SIRIM STS Sdn Bhd

Puan Muzalifah Mohamad/ Puan Siti Aisyah Ab Rahman

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Encik Tin Pin Yaw/ Encik Tin Sin Fan/ Puan Norhanila Mohd Kasim/ Encik Moh Radzi Samsunawar

Yafah Enterprise Sdn Bhd