GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AUDIT DALAMAN AKREDITASI PROGRAM 2012

4
GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AUDIT DALAMAN AKREDITASI PROGRAM 2012 Mohamad Fadzil Basir Ahmad Muhammad Nazri Abd. Halim Nor Hatizal Amarul Shah Fariza Ahmad Mahyaddin

Transcript of GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AUDIT DALAMAN AKREDITASI PROGRAM 2012

Page 1: GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AUDIT DALAMAN AKREDITASI PROGRAM 2012

GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AUDIT DALAMAN AKREDITASI

PROGRAM

2012

Mohamad Fadzil Basir Ahmad

Muhammad Nazri Abd. Halim

Nor Hatizal Amarul Shah

Fariza Ahmad Mahyaddin

Page 2: GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AUDIT DALAMAN AKREDITASI PROGRAM 2012

ii

ABSTRAK

Buku garis panduan kriteria dan standard Audit Dalaman Akreditasi program ini

dihasilkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada

Juruaudit dalaman Akreditasi Program Politeknik Seberang Perai yang dilantik supaya

dapat memikul tugas dan tanggungjawab sepertimana tanggungjawab sebenar

Juruaudit atau Panel Penilai Akreditasi Program Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Garis panduan telah dibangunkan oleh barisan Panel Penilai Akreditasi Program yang

telah dilantik oleh MQA dan kesemua maklumat yang disalurkan di dalam garis

panduan ini adalah bertepatan dengan amalan akreditasi program MQA iaitu Code of

Practice for Programme Accreditation (COPPA) dan Code of Practice for Institutional

Audit (COPIA). Jawatankuasa Akreditasi Program PSP yang telah dilantik oleh

Pengarah Politeknik Seberang Perai (PSP) akan menggunakan buku garis panduan ini

bertujuan untuk;

i. Memahami fungsi dan peranan sebagai Juruaudit Dalaman Akreditasi Program

Politeknik Seberang Perai.

ii. Memahami 9 kriteria standard kod amalan Akreditasi Program.

iii. Melakukan proses pengauditan akreditasi program untuk kesedaran awal staf

akademik dan bukan akademik di PSP.

iv. Menilai dan menganalisis laporan akreditasi setiap program yang ditawarkan di

Politeknik Seberang Perai.

v. Membuat keputusan terhadap permohonan samada memperoleh Akreditasi

Sementara atau Akreditasi Penuh program dan kelayakan, iaitu memberi,

menolak, mengekal atau membatalkan Akreditasi Sementara atau Akreditasi

Penuh program dan kelayakan.

vi. Melaporkan perkara-perkara di cadangan penambaikan dan perkara yang perlu

diberi perhatian supaya dapat didedahkan dan langkah penyelesaian dapat

diatasi segera sebelum audit akreditasi program MQA yag sebenar dilakukan.

Page 3: GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AUDIT DALAMAN AKREDITASI PROGRAM 2012

iii

vii. Membentangkan hasil penemuan kepada umum agar kesemua pemegang

kepentingan/unit dapat mengetahui keadaan sebenar proses audit akreditasi

program ini yang berlaku dan cuba mengatasi kelemahan yang sedia ada.

viii. Membuat laporan awal dan laporan akhir akreditasi program.

Penghasilan buku garis panduan kriteria dan standard audit dalaman akreditasi

program ini merupakan satu nilai tambah yang baharu kerana dapat meningkatkan

kualiti dan kecemerlangan sesebuah institusi di dalam persediaan menghadapi audit

akreditasi program MQA. Dengan adanya barisan panel-panel penilai yang telah

dilantik oleh MQA, segala maklumat, ilmu, kepakaran mereka dapat dimanfaatkan dan

disumbangsarankan kepada institusi. Perkara ini sangat praktikal, menjimatkan kos,

masa, memberi nilai tambah dan faedah yang positif kepada kakitangan akademik,

bukan akademik dan pihak Pengurusan. Penghasilan garis panduan ini berpotensi

untuk diguna pakai bersama-sama oleh institusi-institusi yang lain.

Page 4: GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AUDIT DALAMAN AKREDITASI PROGRAM 2012

iv

ISI KANDUNGAN

Abstrak ii

Glosari v

Singkatan vi

Agensi Kelayakan Malaysia vii

Majlis Agensi Kelayakan Malaysia viii

Jawatankuasa Audit Dalaman Akreditasi Program viii

Kerangka Kelayakan Malaysia ix

Akreditasi Program x

Laporan Akreditasi xi

GARIS PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD AKREDITASI PROGRAM

BIDANG 1: MATLAMAT PENDIDIKAN DAN HASIL PEMBELAJARAN 1

BIDANG 2: REKA BENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN 3

BIDANG 3: PENILAIAN PELAJAR 11

BIDANG 4: PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR 15

BIDANG 5: STAF AKADEMIK 21

BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 26

BIDANG 7: PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM 32

BIDANG 8: KEPIMPINAN, GOVERNANS DAN PENTADBIRAN 34

BIDANG 9: PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN DAN SECARA

MENYELURUH 37

CADANGAN CARTA PERBATUAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI

PERSEDIAAN UMUM PPT UNTUK LAWATAN AKREDITASI MQA

SENARAI PANEL PENILAI MQA DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Rujukan