Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

27
1 PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1 TAHUN 2011 No Rujukan : 300-BBI(Per 12/1) Tarikh : 1 Julai 2011 Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam Rektor UiTM Negeri / Rektor UiTM Cawangan / Penyelaras Kampus UiTM Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam Ketua Pejabat Bendahari UiTM Negeri / UiTM Cawangan/Kampus UiTM Yg. Bhg. Datuk / Dato‟ / Datin / Prof. / Tuan / Puan GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA BAYARAN MELALUI KAEDAH PEMFAKTORAN DAN SURAT IKATAN SERAH HAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1.0 TUJUAN Pekeliling ini disediakan untuk memaklumkan garis panduan berkaitan tatacara bayaran bagi perolehan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui kaedah Pemfaktoran (Factoring) dan Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment). 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Bayaran melalui kaedah pemfaktoran dan Surat Ikatan Serah Hak (Deed Of Assignment) adalah satu kemudahan yang diberikan kepada kontraktor/pembekal melalui Surat Arahan Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 1995 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2003. 2.2 Pemfaktoran merupakan kemudahan pembiayaan yang diperolehi oleh kontraktor/pembekal di mana, ia adalah proses menjual invois syarikat kepada syarikat pemfaktoran untuk mendapatkan pendahuluan tunai dengan kadar segera. 2.3 Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) adalah dokumen perjanjian yang dibuat di antara kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Institusi Kewangan bagi mendapatkan kemudahan tunai atau di antara kontraktor utama (kontraktor yang dilantik oleh UiTM) dengan subkontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama untuk mendapatkan bayaran terus daripada UiTM. PEJABAT BENDAHARI

Transcript of Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

Page 1: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

1

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1 TAHUN 2011

PEJABAT BENDAHARIPEJABAT BENDAHARI No Rujukan : 300-BBI(Per 12/1) Tarikh : 1 Julai 2011 Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam

Rektor UiTM Negeri / Rektor UiTM Cawangan / Penyelaras Kampus UiTM

Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

Ketua Pejabat Bendahari UiTM Negeri / UiTM Cawangan/Kampus UiTM

Yg. Bhg. Datuk / Dato‟ / Datin / Prof. / Tuan / Puan GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA BAYARAN MELALUI KAEDAH PEMFAKTORAN DAN SURAT IKATAN SERAH HAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1.0 TUJUAN

Pekeliling ini disediakan untuk memaklumkan garis panduan berkaitan tatacara bayaran bagi perolehan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui kaedah Pemfaktoran (Factoring) dan Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Bayaran melalui kaedah pemfaktoran dan Surat Ikatan Serah Hak (Deed Of

Assignment) adalah satu kemudahan yang diberikan kepada kontraktor/pembekal melalui Surat Arahan Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 1995 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2003.

2.2 Pemfaktoran merupakan kemudahan pembiayaan yang diperolehi oleh kontraktor/pembekal di mana, ia adalah proses menjual invois syarikat kepada syarikat pemfaktoran untuk mendapatkan pendahuluan tunai dengan kadar segera.

2.3 Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) adalah dokumen perjanjian

yang dibuat di antara kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Institusi Kewangan bagi mendapatkan kemudahan tunai atau di antara kontraktor utama (kontraktor yang dilantik oleh UiTM) dengan subkontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama untuk mendapatkan bayaran terus daripada UiTM.

PEJABAT BENDAHARI

Page 2: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

2

3.0 PELAKSANAAN

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan yang ke 172 pada 20 April 2011 telah meluluskan untuk menggunapakai Surat Arahan Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 1995 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2003 tertakluk kepada pindaan format dan syarat-syarat penandatanganan seperti berikut:

3.1 BAYARAN MELALUI KAEDAH PEMFAKTORAN

(a) Bayaran melalui kaedah pemfaktoran merupakan satu kemudahan

kewangan kepada kontraktor/pembekal yang mendapat kontrak bekalan, perkhidmatan, kerja UiTM. Kaedah ini dibenarkan dalam urusan bayaran bagi perolehan UiTM dengan syarikat-syarikat pemfaktor yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

(b) Peraturan dan cara-cara pembayaran secara pemfaktoran: (i) Di dalam melaksanakan pemfaktoran ini, UiTM hendaklah

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A.

(ii) Urusan pemfaktoran ini sesuai dilaksanakan di awal kontrak. Walau bagaimanapun ia boleh dipohon di peringkat pertengahan kontrak dengan syarat semua peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

(iii) Sebelum menandatangani surat pemberitahuan yang

menyatakan persetujuan kepada urusan pemfaktoran, Ketua Bahagian/ Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari UiTM Negeri / Cawangan / Kampus mestilah menyemak dokumen pemohon untuk memastikan kontrak berkenaan belum pernah diserah hak kepada mana-mana pihak sekalipun.

(iv) Surat pemberitahuan seperti di Lampiran A1 (bekalan /

perkhidmatan) dan di Lampiran A2 (kerja) hendaklah ditandatangani dalam tiga (3) salinan untuk simpanan UiTM, kontraktor/pembekal dan syarikat pemfaktor.

(v) Satu kontrak pemfaktoran hanya untuk satu kontrak sahaja

dan boleh dihadkan mengikut Pesanan Tempatan yang telah ditentukan. Urusan pemfaktoran tamat apabila kontrak berkenaan tamat serta segala bayaran bagi kontrak / Pesanan Tempatan tersebut telah selesai.

(vi) UiTM adalah tidak terikat kepada kadar faedah atau syarat-

syarat lain yang telah dibuat antara pihak kontraktor/pembekal dan syarikat pemfaktor.

(vii) Jumlah yang difaktorkan hendaklah tidak melebihi jumlah

kontrak/ Pesanan Tempatan.

Page 3: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

3

3.2 BAYARAN MELALUI KAEDAH SURAT IKATAN SERAH HAK

(a) Di antara Kontraktor Yang Dilantik oleh UiTM Dengan Bank Berdasarkan Kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 1995

(i) Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) di antara

kontraktor dan bank merupakan satu kemudahan untuk mendapatkan sumber kewangan sehingga satu nilai tidak melebihi satu peratusan nilai kontrak yang munasabah. Kemudahan ini bertujuan membantu pihak kontraktor mendapatkan bantuan kewangan dalam melaksanakan kontrak dengan UiTM. Sebagai balasan UiTM membenarkan penyerahan hak ini untuk semua pembayaran yang kena dibayar kepada Penyerah Hak diserahkan kepada bank yang berkenaan.

(ii) Surat Ikatan Serah Hak ini dibenarkan untuk kontrak-kontrak kerja sahaja.

(iii) Kebenaran yang diberi oleh UiTM hendaklah tertakluk kepada terma/syarat tertentu. Format surat persetujuan UiTM kepada bank berhubung dengan penyerahan hak ini adalah seperti di Lampiran B manakala contoh Surat Ikatan Serah Hak daripada kontraktor kepada bank adalah seperti di Lampiran B1.

(b) Di antara Kontraktor Utama Dengan Sub Kontraktor Yang Dilantik

Oleh Kontraktor Utama Berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2003, UiTM dibenarkan membuat bayaran terus kepada sub kontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

(i) Surat Ikatan Serah Hak ini dibenarkan untuk kontrak-kontrak

kerja sahaja.

(ii) Bayaran kemajuan boleh dibuat terus kepada sub kontraktor sehingga 90% daripada jumlah nilai sub kontraktor berkenaan;

(iii) Baki sebanyak 10% lagi hendaklah dibayar kepada kontraktor utama selepas Certificate of Practical Completion (CPC) dikeluarkan dan UiTM hendaklah mempastikan kontraktor utama membayar sub kontraktor selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan;

(iv) Syarat bayaran terus kepada sub kontraktor hendaklah

dimasukkan ke dalam dokumen tender dan dokumen kontrak;

Page 4: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

4

(v) Sub kontraktor berkenaan hendaklah berdaftar dalam kelas yang bersesuaian, bertaraf Bumiputera dan kontraktor tempatan yang beroperasi di kawasan/daerah di mana projek dilaksanakan;

(vi) Syarat bayaran terus kepada sub kontraktor hendaklah juga

dimasukkan dalam Surat Setuju Terima (Letter Of Acceptance - LOA) kepada kontraktor yang berjaya dan kontraktor dikehendaki mengemukakan senarai lengkap sub kontraktornya semasa mengembalikan LOA yang ditandatangani;

(vii) Kebenaran yang diberi oleh UiTM hendaklah tertakluk kepada

terma/syarat tertentu. Format surat persetujuan UiTM untuk membayar terus kepada sub kontraktor berhubung dengan penyerahan hak ini adalah seperti di Lampiran C.

(viii) Kontraktor utama dikehendaki menandatangani Surat Ikatan

Serah Hak (Deed Of Assignment) dengan sub kontraktor untuk bayaran bagi skop dan nilai kerja yang dilaksanakan oleh sub kontraktor. Contoh Surat Ikatan Serah Hak (Deed Of Assignment) adalah seperti di Lampiran C1.

(ix) Pejabat Pembangunan/Pengurusan Fasiliti UiTM hendaklah

memastikan tiada penyerahan hak bayaran dibuat oleh kontraktor utama kepada pihak lain bagi projek yang sama, selain daripada sub kontraktor yang telah disenaraikan;

(x) Kontraktor utama tidak boleh meminda senarai sub

kontraktornya kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pejabat Pembangunan/ Pengurusan Fasiliti;

(xi) Kontrak hendaklah mempunyai klausa indemnity bagi menjaga

kepentingan UiTM.

3.3 Semua surat persetujuan UiTM untuk membayar terus kepada sub kontraktor atau kepada bank berhubung dengan penyerahan hak ini mestilah ditandatangani oleh Pegawai Penguasa (Superintending Officer) projek tersebut.

3.4 Satu salinan surat persetujuan dan Surat Ikatan Serah Hak yang telah lengkap ditandatangani dan dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah diserahkan kepada Pejabat Bendahari yang akan melaksanakan bayaran tersebut. Penyerahan tersebut hendaklah dibuat dengan kadar untuk membolehkan Pejabat Bendahari mengemaskinikan maklumat tersebut di dalam sistem FAIS.

3.5 Pejabat Pengurusan Fasiliti / Pejabat Pembangunan UiTM Shah Alam / UiTM Negeri / UiTM Cawangan / UiTM Kampus adalah bertanggungjawab melampirkan satu salinan dokumen berkaitan dengan Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) dan pemfaktoran kerja bersama-sama dengan dokumen tuntutan bayaran kontraktor kepada Pejabat Bendahari yang menguruskan bayaran.

Page 5: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

5

3.6 Sekiranya pihak pemfaktor/kontraktor/pembekal gagal menyediakan

dokumen Surat Persetujuan mengikut format UiTM, UiTM boleh mengeluarkan Surat Persetujuan dengan menggunakan kepala surat rasmi UiTM secara berasingan mengikut format UiTM.

3.7 Semua dokumen berkaitan dengan Surat Ikatan Serah Hak (Deed of

Assignment) dan pemfaktoran hendaklah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri mengikut nilai yang ditentukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Surat dan kos setem ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang memohon. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada pegawai yang menandatangani bagi pihak UiTM dalam tempoh 3 hari dari tarikh tandatangan.

3.8 Pegawai yang menandatangani Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) dan pemfaktoran yang belum dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah menyimpan satu salinan dokumen tersebut untuk tujuan susulan untuk mendapatkan dokumen yang telah dimatikan setem. Pegawai yang menandatangani Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) dan pemfaktoran hendaklah mendapatkan kembali dokumen asal Surat Persetujuan yang telah ditandatangani jika uruskan pemfaktoran dan bayaran keapda pihak ketiga dibatalkan.

4.0 LAMPIRAN

1. Lampiran A - Peraturan Dan Cara-Cara Pembayaran Secara Pemfaktoran Dalam Urusan Perolehan UiTM

2. Lampiran A1 - Surat Pemberitahuan dan Persetujuan Mengenai Urusan Pemfaktoran Bekalan dan Perkhidmatan

3. Lampiran A2 - Surat Pemberitahuan dan Persetujuan Mengenai Urusan Pemfaktoran Kerja

4. Lampiran B - Surat Persetujuan Universiti Teknologi MARA Kepada Surat Ikatan Penyerahan Hak (Di Antara Kontraktor Dengan Bank)

5. Lampiran B1 - Surat Ikatan Serah Hak (Di Antara Kontraktor Dengan Bank)

6. Lampiran C - Surat Persetujuan Universiti Teknologi MARA Kepada Surat Ikatan Penyerahan Hak (Di Antara Kontraktor Utama Dengan Sub Kontraktor) (The Consent Of The Universiti Teknologi MARA (UiTM) To The Deed Of Assignment For Direct Payment To A Third Party.)

7. Lampiran C1 - Surat Ikatan Serah Hak (Di Antara Kontraktor Utama Dengan Sub Kontraktor)

Page 6: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

6

5.0 PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA

Pekeliling ini hendaklah digunapakai oleh Universiti Teknologi MARA bagi semua Kumpulan Wang, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2011.

Sekian, terima kasih. Yang benar SANIP BIN WAHID Bendahari

s.k 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) 3. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) 4. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) 5. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat)

Page 7: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

7

LAMPIRAN A

PERATURAN DAN CARA-CARA PEMBAYARAN SECARA PEMFAKTORAN DALAM URUSAN PEROLEHAN UiTM

1.0 Kontrak Khusus/Sebut Harga/ Pembelian Terus

1.1 Kontraktor/Pembekal yang menerima Pesanan Tempatan bagi kontrak

bekalan atau perkhidmatan UiTM, membuat perjanjian dengan syarikat pemfaktor yang diluluskan oleh Perbendaharaan untuk memfaktorkan inbois bagi barangan/perkhidmatan yang akan dibekal/dibuat kepada UiTM.

1.2 Kontraktor/pembekal akan menghantar surat pemberitahuan seperti di Lampiran A1 kepada Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus yang berkenaan memberitahu bahawa kontrak tersebut telah difaktorkan dengan melampirkan satu salinan perjanjian pemfaktoran tersebut.

1.3 Ketua Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM

Negeri/Cawangan/Kampus akan menandatangani surat pemberitahuan ini di ruangan yang berkenaan menyatakan persetujuannya kepada urusan ini.

1.4 Semasa membuat penghantaran, setiap invois yang dikemukakan oleh

kontraktor/pembekal serta salinan asal Pesanan Tempatan mestilah dicap Tanda Pemfaktoran seperti di bawah, memberitahu bahawa pesanan/kontrak tersebut telah difaktorkan dan pembayaran ke atasnya hendaklah dibuat kepada syarikat pemfaktor seperti contoh di bawah .

Invois ini telah dijual dan dipindahmilik kepada:

XYZ FACTORING BERHAD Tingkat 9, No. 9, Jalan Kenangan Budi

50100 Kuala Lumpur Peti Surat 9999, Kuala Lumpur

Tel : 03- 2999 9999 Fax : 03 – 3999 9999

Sila bayar terus kepada:

XYZ FACTORING BERHAD

Akaun No. XYZ: 1234-1234567-12-1

1.5 Bagi pesanan berkala, Pesanan Tempatan yang asal hendaklah dikemukakan oleh kontraktor bersama-sama dengan tuntutan pertama. Walau bagaimanapun Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus hendaklah menyimpan Pesanan Tempatan Asal untuk dikepilkan pada baucar bayaran peringkat akhir. Bagi bayaran peringkat sebelumnya, Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus yang berkenaan hendaklah mengepilkan pada baucar bayaran salinan Pesanan Tempatan yang disahkan sahaja.

Page 8: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

8

1.6 Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus akan membuat pembayaran ke atas bekalan/perkhidmatan tersebut seperti mana diarahkan dan setiap pembayaran kepada syarikat pemfaktoran adalah dianggap sebagai bayaran kepada kontraktor/pembekal untuk kontrak tersebut selagi ianya belum dibatalkan secara bertulis dengan persetujuan kedua-dua belah pihak (syarikat pemfaktor dan pembekal).

1.7 Semua persetujuan pada surat pemberitahuan di Lampiran A1 untuk UiTM

membayar terus kepada syarikat pemfaktor berhubung dengan urusan pemfaktoran di dalam kategori ini mestilah ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab membuat perolehan dan/atau yang akan melaksanakan bayaran kepada syarikat pemfaktor, iaitu Ketua Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus.

2.0 Kontrak Pusat UiTM (Gunasama) 2.1 Kontraktor/pembekal yang mendapat kontrak pusat UiTM (peringkat UiTM

atau peringkat Negeri dan Cawangan) untuk melaksanakan bekalan / perkhidmatan gunasama UiTM seperti kontrak sewaan komputer, bekalan kertas A4 UiTM Shah Alam, dan mengikat perjanjian pemfaktoran akan menghantar surat pemberitahuan seperti di Lampiran A1 kepada Bahagian Perolehan UiTM atau Ketua Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus.

2.2 Ketua Unit Proses Tender / Sebut Harga Rasmi UiTM Shah Alam atau Ketua

Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus akan menandatangani surat pemberitahuan di ruangan yang berkenaan menyatakan persetujuannya kepada urusan tersebut.

2.3 Walau bagaimanapun, sebelum menandatangani persetujuan itu, Ketua Unit

Proses Tender / Sebut Harga Rasmi UiTM Shah Alam atau Ketua Pejabat Bendahari UiTM Negeri / Cawangan / Kampus hendaklah membuat semakan untuk memastikan kontrak berkenaan tidak pernah diserah hak kepada mana-mana pihak.

2.4 Pegawai Bahagian Perolehan yang menandatangani surat pemfaktoran

tersebut adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada semua Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus, bahawa kontrak tersebut telah difaktorkan dan mengarahkan supaya pembayaran untuk kontrak tersebut dibuat kepada syarikat pemfaktor yang dinamakan seperti dicap Tanda Pemfaktoran di atas invois dan Pesanan Tempatan.

2.5 Cap Tanda Pemfaktoran hendaklah dibuat pada setiap inbois dan Pesanan

Tempatan setiap kali tuntutan pembayaran dibuat.

2.6 Bagi pesanan berkala, Pesanan Tempatan yang asal hendaklah dikemukakan oleh kontraktor bersama-sama dengan tuntutan pertama. Walau bagaimanapun Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus hendaklah menyimpan Pesanan Tempatan Asal untuk dikepilkan pada baucar bayaran peringkat akhir. Bagi bayaran

Page 9: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

9

peringkat sebelumnya, Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus yang berkenaan hendaklah mengepilkan pada baucar bayaran salinan Pesanan Tempatan yang disahkan sahaja.

2.7 Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM

Negeri/Cawangan/Kampus yang mengeluarkan Pesanan Tempatan adalah bertanggungjawab untuk membuat pembayaran ke atas bekalan/perkhidmatan tersebut seperti mana diarahkan dan setiap pembayaran kepada syarikat pemfaktoran adalah dianggap sebagai bayaran kepada kontraktor/pembekal untuk kontrak tersebut selagi ianya belum dibatalkan secara bertulis dengan persetujuan kedua-dua belah pihak (syarikat pemfaktor dan pembekal).

2.8 Semua persetujuan pada surat pemberitahuan di Lampiran A1 untuk UiTM

membayar terus kepada syarikat pemfaktor berhubung dengan urusan pemfaktoran di dalam kategori ini mestilah ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab membuat perolehan iaitu Ketua Bahagian Perolehan / Ketua Unit Proses Tender/ Ketua Unit Sebut Harga/Ketua Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus.

3.0 Urusan Pemfaktoran Bagi Kerja

3.1 Kontraktor yang menerima Pesanan Tempatan/Inden dari UiTM, membuat

perjanjian dengan syarikat pemfaktor yang diluluskan oleh Perbendaharaan untuk memfaktorkan inbois bagi kerja yang akan dibuat untuk UiTM.

3.2 Urusan pemfaktoran boleh dibuat bagi kerja requisition/sebut harga yang melibatkan satu bayaran sahaja dengan menggunapakai peraturan pemfaktoran di perenggan ini.

3.3 Kontraktor akan menghantar surat permohonan seperti di Lampiran A2

kepada Pegawai Penguasa atau wakil (Lazimnya Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti / Pengarah Pejabat Pembangunan) yang berkenaan, memberitahu bahawa Requisition/Sebut Harga tersebut telah difaktorkan dengan melampirkan satu salinan perjanjian pemfaktoran. Pegawai Penguasa akan menandatangani surat pemberitahuan di ruangan yang berkenaan, menyatakan persetujuannya kepada urusan ini.

3.4 Satu salinan surat persetujuan dan Surat Pemberitahuan Pemfaktoran yang telah lengkap ditandatangani dan dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah diserahkan kepada Pejabat Bendahari yang akan melaksanakan bayaran tersebut. Penyerahan tersebut hendaklah dibuat dengan kadar segera untuk membolehkan Pejabat Bendahari mengemaskinikan maklumat tersebut di dalam sistem FAIS.

3.5 Semasa penghantaran, setiap invois yang dikemukakan oleh kontraktor serta salinan asal Pesanan Tempatan/Inden mestilah dicap Tanda Pemfaktoran seperti di bawah, memberitahu bahawa pesanan/kontrak tersebut telah difaktorkan dan pembayaran ke atasnya hendaklah dibuat kepada syarikat pemfaktor seperti contoh di bawah .

Page 10: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

10

Invois ini telah dijual dan dipindahmilik kepada:

XYZ FACTORING BERHAD Tingkat 9, No. 9, Jalan Kenangan Budi

50100 Kuala Lumpur Peti Surat 9999, Kuala Lumpur

Tel : 03- 2999 9999 Fax : 03 – 3999 9999

Sila bayar terus kepada:

XYZ FACTORING BERHAD

Akaun No. XYZ: 1234-1234567-12-1

3.6 Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM

Negeri/Cawangan/Kampus akan membuat pembayaran ke atas kerja-kerja tersebut seperti mana diarahkan dan setiap pembayaran kepada syarikat pemfaktoran adalah dianggap sebagai bayaran kepada kontraktor untuk kontrak tersebut selagi ianya belum dibatalkan secara bertulis dengan persetujuan kedua-dua belah pihak (syarikat pemfaktor dan pembekal).

3.7 Semua persetujuan pada surat pemberitahuan di Lampiran A2 untuk UiTM membayar terus kepada syarikat pemfaktor berhubung dengan urusan pemfaktoran di dalam kategori ini mestilah ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab membuat perolehan iaitu Pegawai Penguasa projek tersebut.

Page 11: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

11

LAMPIRAN A1(Surat Pemberitahuan) (PEMOHON PERLU MEMATIKAN SETEM DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI) KEPALA SURAT PEMBEKAL Rujukan : Tarikh : Pegawai Pembayar Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari UiTM Negeri / UiTM Cawangan / UiTM Kampus …………………………………………….. …………………………………………….. …………………………………………….. Tuan PEMBERITAHUAN MENGENAI URUSAN PEMFAKTORAN

TAJUK KONTRAK : ………………………………………………………………………………

NO.KONTRAK/PESANANTEMPATAN: ……………………………………………………….

Adalah dimaklumkan bahawa di dalam melaksanakan kontrak/pesanan tersebut di atas, kami telah melalui satu perjanjian pemfaktoran bertarikh untuk mendapat perkhidmatan pemfaktoran daripada ....................................................................(syarikat pemfaktor) 2. Melalui perkhidmatan pemfaktoran tersebut, kami akan memfaktorkan inbois jualan kami di bawah kontrak tersebut kepada ......................................................................... (syarikat pemfaktor). Setiap invois yang terlibat akan dicapkan seperti contoh di bawah-

Invois ini telah dijual dan dipindahmilik kepada:

XYZ FACTORING BERHAD Tingkat 9, No. 9, Jalan Kenangan Budi

50100 Kuala Lumpur Peti Surat 9999, Kuala Lumpur

Tel : 03- 2999 9999 Fax : 03 – 3999 9999

Sila bayar terus kepada:

XYZ FACTORING BERHAD

Akaun No. XYZ: 1234-1234567-12-1

(Satu salinan Perjanjian Pemfaktoran berkenaan dilampirkan)

Page 12: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

12

3. Maka dengan ini kami, tertakluk kepada syarat-syarat mengenai pembayaran di bawah kontrak tersebut, membuat arahan agar segala bayaran yang perlu dibuat terhadap inbois-inbois tersebut hendaklah terus dibayar kepada (syarikat pemfaktor) sehingga arahan ini dibatalkan oleh kami secara bertulis dengan persetujuan syarikat pemfaktor. 4. Apa-apa bayaran yang dibuat oleh Universiti Teknologi MARA kepada syarikat pemfaktor di bawah arahan ini hendaklah dianggap disisi undang-undang seolah-olah bayaran itu dibuat kepada kami di bawah kontrak tersebut dan merupakan satu penyelesaian yang cukup dan sah bagi tanggungan Universiti Teknologi MARA terhadap bayaran di bawah kontrak itu.

5. Arahan bayaran tersebut tidaklah dengan apa jua cara memudaratkan atau menyentuh apa-apa hak Universiti Teknologi MARA terhadap kami di bawah kontrak tersebut.

6. Kami mengesahkan bahawa sebelum ini kami tidak pernah membuat arahan yang sama terhadap kontrak ini bagi faedah syarikat pemfaktor atau institusi-kewangan yang lain.

7. Sekian, terima kasih Yang benar ………………………….. Nama: Jawatan:

PERSETUJUAN UiTM (Bahagian ini hendaklah dilengkapkan oleh (*) Ketua Pejabat Bendahari yang berkaitan) Rujukan UiTM : Tarikh :

Nama Pembekal Alamat Pembekal Tuan, Merujuk kepada Surat Pemberitahuan tuan (Pembekal) bil:__________________ bertarikh:_____________,

A. Tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Surat Pemberitahuan di atas,, kami bersetuju untuk membuat bayaran seperti yang diarahkan.

B. Tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Surat Pemberitahuan di atas, kami bersetuju supaya semua bayaran bagi kontrak No. …………………………. dibuat terus kepada…………………………………………………. Nombor Akaun …………………… dengan syarat pihak syarikat dimestikan mengecap nama dan nombor akaun pada Inbois, Pesanan Tempatan (ASAL) dan Sijil Akuan Penerimaan yang dikemukakan untuk dibuat bayaran serta mengemukakan

Page 13: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

13

kepada yang bertandatangan di bawah, satu salinan Surat Pemberitahuan di atas yang telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri

C. Sekiranya pihak syarikat gagal mematuhi syarat ini, pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika pembayaran dibuat sebaliknya.

D. Adalah menjadi tanggungjawab syarikat jika sekiranya timbul sebarang masalah pembayaran akibat daripada kegagalan mematuhi peraturan ini.

Tandatangan …………………………..

Nama ………………………………………………………………………..

Jawatan ……………………………………………………………………..

Tarikh ……………… Cop ……………………………………………….

(*) Ketua Bahagian /Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri /Cawangan/Kampus yang akan melaksanakan bayaran bagi kontrak yang khusus untuk satu-satu PTJ, atau Ketua Unit Proses Tender/Sebut Harga Rasmi /Ketua Pejabat Bendahari UITM Negeri/Cawangan/Kampus bagi Kontrak Pusat (Gunasama).

s.k: Nama Pemfaktor Alamat Pemfaktor

Page 14: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

14

LAMPIRAN A2 (Surat Pemberitahuan) (PEMOHON PERLU MEMATIKAN SETEM DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI) KEPALA SURAT KONTRAKTOR Tarikh : …………………………………………….. RUJ. KONTRAKTOR : …………………………………………….. …………………………………………….. ................................................................ (Nama dan Alamat Bahagian/ Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari UiTM Negeri/ Cawangan/ Kampus) Tuan

PERMOHONAN KELULUSAN MEMFAKTOR BAYARAN

TAJUK KERJA : .................................................................................................................... ................................................................................................................................................

NO. REQUISITION / SEBUT HARGA* ....................

Adalah dimaklumkan bahawa di dalam melaksanakan Requisition / Sebut Harga* tersebut di atas, kami telah menandatangani satu Perjanjian Pemfaktoran bertarikh .................... untuk mendapat perkhidmatan pemfaktoran daripada .................................................................... (Isikan nama syarikat pemfaktor) 2. Perjanjian ini akan hanya berkuat kuasa setelah mendapat kelulusan tuan. Satu salinan Perjanjian Pemfaktoran berkenaan dilampirkan. 3. Maka dengan ini, tertakluk kepada syarat-syarat mengenai pembayaran di bawah requisition / sebut harga* tersebut, pihak UiTM adalah dikehendaki membuat segala bayaran yang kena dibayar kepada kami di bawah requisition / sebut harga* tersebut terus kepada ...................................................... (Isikan nama syarikat pemfaktor) Borang requisition / inden/ Pesanan Tempatan* yang berkenaan akan dicapkan dengan Tanda Pemfaktoran seperti berikut :

Requisition / Borang Inden / Pesanan Tempatan* No………………….

Telah dijual dan dipindah milik kepada

…………………………………………….. (Isikan nama syarikat pemfaktor)

Mengikut Perjanjian Pemfakoran Ruj ……………

…………………. bertarikh ……………………….

Sila bayar terus kepada Syarikat Pemfaktor tersebut atas

No. Akaun ……………………………………………………

Page 15: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

15

4. Apa-apa bayaran yang dibuat oleh Universiti Teknologi MARA kepada syarikat pemfaktor di bawah arahan ini hendaklah dianggap disisi undang-undang seolah-olah bayaran itu dibuat kepada kami di bawah kontrak tersebut dan merupakan satu penyelesaian yang cukup dan sah bagi tanggungan Universiti Teknologi MARA terhadap bayaran di bawah kontrak itu. 5. Apa-apa pembayaran terus yang dibuat oleh Universiti Teknologi MARA kepada syarikat pemfaktor di bawah arahan ini hendaklah tidak dengan apa jua cara memudaratkan atau menjejaskan apa-apa hak Universiti Teknologi MARA atau kuasa Pegawai Penguasa di bawah terma-terma dan syarat-syarat requisition / sebut harga* tersebut.

6. Sebarang syarat termasuk syarat-syarat mengenai pembayaran faedah atas kelewatan bayaran yang dikenakan oleh …………………………………………. kepada kami di bawah urusan pemfaktoran di atas tidak akan mengikat dan tidak akan dipertanggungjawabkan kepada Universiti Teknologi MARA.

7. Kami dengan ini mengesahkan bahawa sebelum ini kami tidak pernah membuat arahan yang sama terhadap kontrak yang sama bagi faedah syarikat pemfaktor atau institusi-institusi kewangan yang lain.

Sekian, terima kasih Yang benar ………………………….. Nama: Jawatan:

PERSETUJUAN UiTM (Bahagian ini hendaklah diisi oleh Pejabat Pengurusan Fasiliti/Pejabat Pembangunan/ Bahagian Pengurusan fasiliti Negeri/Cawangan yang berkaitan) Rujukan UiTM : Tarikh :

Nama Kontraktor Alamat Kontraktor Tuan, Merujuk kepada Surat Pemberitahuan tuan (Kontraktor) bil:__________________ bertarikh:_____________, A. Tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Surat Pemberitahuan di atas, kami bersetuju

untuk membuat bayaran seperti yang diarahkan.

B. Tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Surat Pemberitahuan di atas, kami bersetuju supaya semua bayaran bagi Kontrak No. …………………………. dibuat terus kepada ………………

……………………………………………………… No. Akaun ……………………………. dengan syarat pihak kontraktor dimestikan mengecap nama dan nombor akaun pada Inbois dan Pesanan Tempatan (ASAL) / Inden yang dikemukakan untuk dibuat

Page 16: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

16

bayaran serta mengemukakan kepada yang bertandatangan di bawah, satu salinan Surat Pemberitahuan di atas yang telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri

C. Sekiranya pihak kontraktor gagal mematuhi syarat ini, pihak kami tidak akan

bertanggungjawab jika pembayaran dibuat sebaliknya. D. Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor jika timbul masalah pembayaran apabila

gagal mematuhi peraturan ini.

Tandatangan ………………………….. Nama ……………………………………………………………………….. Jawatan(Pegawai Penguasa): …………………………………………… Tarikh ……………… Cop ……………………………………………….

s.k: Nama Pemfaktor Alamat Pemfaktor

Page 17: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

17

LAMPIRAN B KEPALA SURAT UiTM

SURAT PERSETUJUAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KEPADA SURAT IKATAN SERAH HAK

KONTRAK NO. : ......................................................................

TAJUK KONTRAK :...............................................................................................................

TARIKH:................................

Saya merujuk kepada surat ..........................................................bertarikh.................................... mengenai Surat Ikatan Serah Hak daripada Pemborong Induk (Main Contractor)................................................................................................kepada ......................................................................... 2. Di sini saya menyampaikan persetujuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkenaan penyerahan hak tersebut seperti yang terkandung dalam Surat Ikatan Serah Hak dengan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

a) Apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atas UiTM melalui Surat Ikatan Serah Hak tidaklah dengan apa jua cara memudaratkan atau menyentuh apa-apa hak UiTM atau kuasa Pegawai Penguasa di bawah terma-terma dan syarat-syarat Kontrak Induk No ............................. untuk ................................................................................ (Kerja) termasuk yang berhubungan dengan pemborong-pemborong kecil yang dilantik atau pembekal-pembekal yang dilantik.

b) Apa-apa pembayaran yang dibuat kepada .................................................. (Bank)

selepas ditolak pembayaran yang mesti dibayar kepada mana-mana kontraktor-kontraktor kecil atau pembekal-pembekal yang dilantik hendaklah dianggap disisi undang-undang seolah-olah pembayaran itu dibuat kepada Pemborong Induk……………………………………di bawah terma-terma kontrak Induk No. ........................................(Kerja).

c) Apa-apa wang yang dibayar oleh UiTM kepada bank yang tersebut di atas di bawah

perenggan (b) adalah satu penyelesaian yang cukup dan sah bagi tanggungan UiTM terhadap pembayaran di bawah kontrak tersebut.

d) UiTM dengan ini mengesahkan bahawa ia belum menerima notis mengenai apa-apa

penyerahan hak sebelum ini berhubung dengan kerja-kerja yang dinyatakan dalam Fasal 1 di atas di dalam kontrak Induk No................................ dan juga ia tidak pernah memberi persetujuan tentang apa-apa penyerahan hak yang lain berhubung dengan kerja-kerja seperti itu dalam kontrak tersebut.

Page 18: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

18

Sila akui penerimaan surat ini dan sahkan setujuterima oleh ............................................ (Bank) dan Kontraktor akan terma-terma tersebut di atas dengan menandatangani salinan surat ini dan kembalikannya kepada saya.

Yang benar,

........................................... Pegawai Penguasa Tarikh : Kami mengaku menerima dan mengesahkan persetujuan kami akan terma-terma yang dikenakan ke atas Surat Ikatan Serah Hak. ....................................................... ..................................................... (Pemborong Induk) (Bank)

Page 19: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

19

LAMPIRAN B1 (PEMOHON PERLU MEMATIKAN SETEM DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI)

SURAT IKATAN SERAH HAK

(Dengan cara sekuriti bagi pembayaran kontrak) SURAT IKATAN SERAH HAK ini dibuat pada ………………………………………….di antara …………………………………………………………….sebuah Syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai Pejabat Berdaftarnya di ……………………………………………....... ……………………………………………………………………………………………………………….sebagai satu pihak (kemudian dari ni disebut „Penyerah Hak‟) dengan sebuah institusi kewangan………………………………………………………………………………………………….. (kemudian dari ini disebut „Bank‟) sebagai pihak yang satu lagi. BAHAWASANYA Penyerah Hak telah diberi oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) satu Kontrak bagi …………………………………………………………………………….(kemudian dari ini disebut ‟kontrak‟) bernilai sebanyak ........................................................................... (RM…………………….) dan mengikut terma-terma Kontrak nilai penuhnya sebanyak ……………………………………………….. (RM…………………………….) adalah kena dibayar oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebaik sahaja terlaksananya Kontrak dengan memuaskan hati. DAN BAHAWASANYA Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memberi surat kebenarannya bertarikh ...............................berkenaan dengan penyerahan hak semua pembayaran yang kena dibayar kepada Penyerah Hak kepada Bank (surat tersebut dikembarkan bersama-sama ini sebagai Lampiran B) DAN BAHAWASANYA Penyerah Hak telah meminta Bank mengadakan kemudahan urusan Bank untuk membolehkan Penyerah Hak melaksanakan Kontrak itu dan Bank telah bersetuju untuk mengadakan kemudahan urusan Bank sehingga jumlah wang sebanyak Ringgit…………………………………………….(RM…………………) kemudian dari ini disebut sebagai „Wang Pokok‟ dengan faedah atasnya mengikut kadar…………………..peratus (%) setahun atau mengikut apa-apa kadar atau kadar-kadar lain yang difikirkan patut oleh Bank.

MAKA SURAT IKATAN INI MENYAKSIKAN seperti berikut:-

Sekatan ke atas Surat Ikatan

1. Terma Surat Ikatan Serah Hak ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam memberi kebenarannya mengenai penyerahan hak ini.

Penyerahan Hak 2. Sebagai balasan kepada pihak Bank yang menurut budi bicara mutlaknya memberi pendahuluan kepada Penyerah Hak dari semasa ke semasa sejumlah wang tertentu yang jumlahnya tidak melebihi Wang Pokok sebanyak Ringgit Malaysia..................................................(RM.................). Penyerah Hak dengan mutlaknya menyerahkan kepada Bank tersebut semua wang, termasuk faedah dan hak, yang kini atau selepas ini adalah genap masa atau kena dibayar kepada Penyerah Hak

Page 20: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

20

oleh .......................................... di bawah kontrak itu tertakluk kepada kewajipan pihak Penyerah Hak yang terkandung dalam Kontrak itu.

Perlaksanaan menurut kontrak

3. Penyerah Hak dengan ini berwaad dan mengaku janji bahawa dia akan melaksanakan dan menyempurnakan semua kewajipan dan tanggungjawab dan mematuhi semua terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak dan akan selanjutnya melepaskan Bank dari apa-apa kerugian, kerosakan atau tuntutan yang ditanggung oleh Bank akibat dari kemungkiran Penyerah Hak melaksanakan peruntukan dalam Fasal ini.

Hak bayar balik jikalau pembayaran balik tak cukup

4. Sekiranya tiada wang atau faedah diterima oleh Bank menurut penyerahan hak di bawah Fasal 2 di atas, atau jika wang yang diterima sebenarnya tidak menyelesaikan sepenuhnya Wang Pokok itu serta faedah atasnya, kesemua Wang Pokok dan faedah atau sebahagian daripadanya yang masih belum dibayar itu adalah kena dibayar balik dengan serta merta.

Pembayaran balik 5. Semua wang dan faedah yang diterima oleh Bank menurut penyerahan hak di bawah Fasal 2 di atas adalah untuk pembayaran balik kemudahan-kemudahan urusan Bank yang diberikan kepada Penyerah Hak dan apa-apa pengurangan hendaklah mengikut cara yang dipersetujui dan ditetapkan oleh Bank.

Pengeluaran resit 6. Penyerah Hak seterusnya berwaad bahawa apa-apa resit yang dikeluarkan oleh Bank berkenaan dengan apa-apa pembayaran yang dibuat oleh wakil berkuasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah pelepasan yang memadai dan sah akan penyerahan hak di bawah Fasal 2 setakat pembayaran itu.

Amaun berlebihan 7. Sekiranya Bank menerima apa-apa wang yang berlebihan dari Wang Pokok dan faedah terakru atasnya mengikut ....peratus ( %) setahun atau mengikut apa-apa kadar atau kadar-kadar lain yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara mutlaknya maka Bank bersetuju memulangkan apa juga lebihan setelah ditolak semua perbelanjaan sampingan yang perlu kepada Penyerah Hak dengan serta merta atau dengan seberapa segera yang praktik.

Bayaran Kemajuan 8. Wang Pokok hendaklah dibayar secara berperingkat-peringkat kepada Bank bila-bila sahaja sijil pembayaran kemajuan diberi kepada kami oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan tertakluk kepada hak Bank menurut budi bicaranya sendiri untuk menarik semula kemudahan itu bila diminta.

Hak untuk mengambil tindakan undang-undang

9. Adalah dipersetujui selanjutnya bahawa Surat Ikatan Serah Hak ini tidak menyentuh hak Bank untuk mengambil

Page 21: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

21

tindakan undang-undang pada bila-bila masa terhadap Penyerah Hak untuk mendapatkan semula kemudahan urusan Bank atau mana-mana bahagiannya serta faedah atasnya.

Wasi-wasi, pentadbir-pentadbir dan lain-lain

10. Surat Ikatan Serah Hak ini hendaklah mengikat wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, waris-waris, penerima serah hak dan pengganti-pengganti pihak kepada Surat Ikatan Serah Hak ini.

Perbelanjaan sampingan 11. Adalah selanjutnya dipersetujui bahawa apa-apa perbelanjaan sampingan termasuk perbelanjaan guaman (atas asas peguam dan anak guam bagi Surat Ikatan ini dan cukai setem adalah ditanggung oleh Penyerah Hak.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Surat Ikatan Serah Hak ini telah menurunkan tandatangan dan mohor mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas. DITANDATANGANI untuk dan bagi pihak

) ) ) ) ) )

Oleh wakilnya

Oleh Di hadapan

) ) ) ) ) )

DITANDATANGANI untuk dan bagi pihak

) ) ) ) ) )

Oleh Di hadapan

) ) ) ) ) )

Page 22: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

22

LAMPIRAN C LETTERHEAD UiTM Date:

THE CONSENT OF THE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) TO THE DEED OF

ASSIGNMENT FOR DIRECT PAYMENT TO A THIRD PARTY To : ……………………………………………… ……………………………………………… ……………………………………………… CONTRACT NO. : ………………………………………………. SUB-CONTRACT /SUPPLY………………………………………………… WORK : …………………………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………….. I refer to your letter ………………………………………… dated ………………………………….. seeking the consent of the UiTM to your proposal to assign part of the Contract Sum by a Deed of Assignment to ……………………………………………, the Assignee. 2. This to convey the UiTM has consented to the said assignment as contained in the Deed

of Assignment, subject to the terms as follows:-

a. Any obligation imposed upon the UiTM by the Deed of Assignment shall not in any way prejudice of affect any rights of the UiTM or the powers of the Superintending Officer under the terms and conditions of the Contract, including those relating to direct payments to nominated sub-contractors and nominated suppliers and deductions from any money otherwise due to you under the Contract.

b. Any payment made to the Assignee shall be deemed to be a payment as if the same

is paid to you under the terms and conditions of Contract and shall constitute a sufficient and valid discharge of the obligations of the UiTM under the Contract to the extent of such payment.

c. No terms of payment including any term for the payment of interest for delayed

payments which the Assignee may impose upon you shall be imposed upon the UiTM by the Deed of Assignment.

d. You shall be liable and shall indemnify and hold the UiTM harmless from all costs,

claims, damages, expenses, liabilities, losses whatsoever incurred by the Assignee howsoever arising from the Deed of Assignment from the rights which have been assigned to the Assignee in accordance with the Deed of Assignment.

Page 23: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

23

3. Kindly acknowledge receipt of this letter and confirm acceptance by the Assignee and

yourself of the terms stipulated above by appending your signature and returning the same to me.

Yours faithfully, ……………………………………. Superintending Officer (Pegawai Penguasa) I/We acknowledge receipt of the above Consent of the UiTM and confirm my/our acceptance of the terms imposed herein.

……………………………………… Signature of Assignor

……………………………………… Signature of Assignee

Name: Name:

Capacity: Capacity:

For and on behalf of ……………………………………… (Seal or Stamp of Assignor

For and on behalf of ………………………………………… (Seal or Stamp of Assignee)

Page 24: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

24

LAMPIRAN C1

(PEMOHON PERLU MEMATIKAN SETEM DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI)

DEED OF ASSIGNMENT (Security for direct payments from a third party)

THIS DEED OF ASSIGNMENT is made on the …………….day of……….20………between …………………………………………, a company incorporated under the laws of Malaysia and having its registered office at ……………….…………………………………………………………………………., (hereinafter referred to as “the Assignor”) of the one part and ……………………………………………………., a company incorporated under the laws of Malaysia and having its registered office at ……………………………………………………………………………………....(hereinafter referred to as “the Assignee”) of the other part. WHEREAS

A. The Assignor has been awarded by the Universiti Teknologi MARA (UiTM) (hereinafter referred to as the UiTM”) the contract with the reference number ……………… (hereinafter referred to as “the Contract”) for the …………………………………………………………………………………….. (hereinafter referred to as “the Work”) for the sum of Ringgit Malaysia……………………….(RM ………….) only (hereinafter referred to as „The Contract Sum”).

B. The Assignor has caused work to be executed and/or is desirous of causing *work/supply to be executed and the Assignee has agreed to execute certain *work/supply namely ……………………. (hereinafter referred to as *The Sub-contract Work”/ the Sub-contract Supply) for the Assignor in the fulfillment of the Assignor‟s obligations under the Contract.

C. The Assignor is desirous of assigning to the Assignee moneys due and payable to

the Assignor under the Contract as payment for the Sub-contract Work/Sub-contract Supply, up to a maximum value of Ringgit Malaysia……………………………..(RM ………….) only (hereinafter referred to as the “Assigned Sum”).

D. The UiTM through its authorised representative has given its consent in a letter

dated ………………… to the Assignor to assign its rights, interest and title in the Assigned Sum to the Assignee. The said letter is attached hereto as Lampiran C.

Page 25: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

25

NOW THIS DEED WITHNESSETH as follows:

1. Restriction on this Deed The terms of this Deed of Assignment shall be subject to the terms and conditions imposed by the UiTM or its authorized representative in the granting its assent to this Assignment.

2. Assignment In consideration of the Assignee having executed and/ or agreeing to execute the *Sub-contract Work/ Sub-contract Supply, the Assignor hereby absolutely assigns to the Assignee moneys payable now or hereinafter due and payable to the Assignor under the Contract, not exceeding the Assigned Sum.

3. Irrevocable Assignment This assignment shall be irrevocable and shall remain in force for so long as the Assigned Sum is due and payable to Assignor by the UiTM.

4. Exclusion of Nominated Sub-contractors/Suppliers For the purposes of this Assignment, moneys due and payable to the Assignor under the Contract shall be deemed to exclude moneys due and payable to nominated sub-contractors and nominated suppliers who, in accordance with the terms and conditions of the Contract shall be paid direct by the UiTM to the nominated sub-contractor and nominated suppliers.

5. Payment Subject to the provisions of the Companies Act 1965 (Act 125) the Assignee shall be paid the value of the *Sub-contract Work/Sub-contract Supply executed from the moneys due and payable to the Assignor under the Contract in accordance with the terms and conditions of the Contract.

6. Interim Payment The amount to be paid to the Assignee in each interim payment or any other payment shall be ascertained based on claims certified by the Assignor or his authorized representative and submitted by the Assignee to the Superintending Officer named in the Contract or his authorized representative not later than 3 days before the date of interim valuation.

7. Insufficient Payment 7.1 In the event of the money due and payable to the Assignor in an interim

payment is insufficient to pay the amount due to the Assignee in respect of the *Sub-contract Work/ Sub-contract Supply executed, the deficiency shall be paid to the Assignee in the next and subsequent interim payment(s).

7.2 If upon final payment under the Contract no money is received by the Assignee or the amount received by the Assignee is less than the total value

Page 26: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

26

of the *Sub-contract Work/Sub-contract Supply executed, the value of the *Sub-contract Work/ Sub-contract Supply that remains unpaid shall be a debt due from the Assignor to the Assignee.

8. Receipt Issued

The Assignor covenants that any receipt issued by the Assignee in respect of any payment made by the UiTM or its authorized representative shall be a sufficient and valid discharge of the assignment under the Clause 2 to the extent of such payment.

9. Undertaking The Assignor undertakes to do all things and acts necessary to ensure that the UiTM pays to the Assignee money otherwise due payable to the Assignor under the Contract in respect of the *Sub-contract Work/ Sub-contract Supply executed by the Assignee.

10. Notification of Assignment The Assignor shall notify the UiTM of the execution of this Deed of Assignment by lodging a stamped copy thereof with the UiTM or its authorized representative.

11. Incidental Charges Any incidental charges including legal fees for this Deed of Assignment and the stamp duty thereof shall be borne by the Assignor.

12. Successors-In-Title This Deed of Assignment shall be binding upon the successors-in-title of the parties hereto and, if the party is an individual, upon his heirs, executors and personal representatives.

IN WITNESS WHEREOF the Parties hereunto set their seal and hand respectively on the day and year first set out above.

SIGNED for and behalf of

) ) ) ) ) )

______________________

(Signature of Assignor)

In the presence of:

) ) ) ) ) )

_____________________ (Signature of Witness)

Page 27: Garis Panduan Mengenai Tatacara Bayaran Melalui Kaedah ...

27

SIGNED for and behalf of

) ) ) ) ) )

______________________ (Signature of Assignee)

In the presence of:

) ) ) ) ) )

_____________________ (Signature of Witness)