Garis Panduan PeBT Selangor

33
1 GARIS PANDUAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT) IPK.Sel.90364/9 (48)

description

IPK.Sel.90364/9 (48)GARIS PANDUAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)Dengan Pindaan bil 1/2010 1GARIS PANDUAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT) 1. TUJUAN 1.1 Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan perkara-perkara berikut: 1.1.1 Memaklumkan Tempatan; 1.1.2 Tadbir urus Penggerak Belia Tempatan; dan 1.1.3 Peruntukan dan tatacara penggunaan peruntukan Penggerak Belia Tempatan; 2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN 2.1 Penggerak Belia Tempatan (PeBT) ditubuhkan selaras dengan ha

Transcript of Garis Panduan PeBT Selangor

Page 1: Garis Panduan PeBT Selangor

1

GARIS PANDUAN

PENGGERAK BELIA

TEMPATAN (PeBT)

Dengan Pindaan bil 1/2010

IPK.Sel.90364/9 (48)

Page 2: Garis Panduan PeBT Selangor

GARIS PANDUAN

PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

1. TUJUAN

1.1Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan perkara-perkara

berikut:

1.1.1 Memaklumkan konsep dan struktur Penggerak Belia

Tempatan;

1.1.2 Tadbir urus Penggerak Belia Tempatan; dan

1.1.3 Peruntukan dan tatacara penggunaan peruntukan

Penggerak Belia Tempatan;

2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN

2.1 Penggerak Belia Tempatan (PeBT) ditubuhkan selaras dengan

hasrat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam usaha

menggerakkan program-program pembangunan belia secara

menyeluruh di seluruh negeri Selangor

2.2PeBT bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam

melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di

peringkat akar umbi.

3. STRUKTUR ORGANISASI PENGGERAK BELIA TEMPATAN

3.1 PeBT mempunyai tiga (3) struktur organisasi iaitu :

3.1.1 peringkat Negeri yang lebih dikenali sebagai Penggerak

Belia Negeri Selangor;

3.1.2 peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan

3.1.3 peringkat Zon.

2

Page 3: Garis Panduan PeBT Selangor

Rajah 1 : Peringkat Struktur Penggerak Belia Tempatan (PeBT)

3.2 Penggerak Belia Negeri Selangor (PBNS)

3

Rajah 2 ; Struktur Penggerak Belia Negeri Selangor

PENGERUSIY.A.B DATO’ MENTERI BESAR

Page 4: Garis Panduan PeBT Selangor

3.2.1 YAB Dato’ Menteri Besar selaku EXCO Jawatankuasa Tetap

Belia dan Sukan mempengerusikan Penggerak Belia Negeri

Selangor dan beliau berperanan :

i. menentukan dasar dan halatuju Penggerak Belia

Tempatan;

ii. melantik dan menamatkan perkhidmatan ahli

Penggerak Belia Tempatan peringkat Zon;

3.2.2 Tiga (3) Pembantu EXCO Jawatankuasa Tetap Belia akan

menyandang sebagai Timbalan Pengerusi dan bidang tugas

Timbalan Pengerusi adalah:

i. merancang dasar Penggerak Belia Tempatan; dan

ii. menentukan kaedah perlaksanaan Penggerak Belia

Tempatan;

3.2.3 Setiausaha disandang oleh Sektor Belia dan Sukan,

Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Bahagian ini bertanggungjawab untuk:

i. merangka dasar Penggerak Belia Tempatan;

ii. memantau dan menyediakan laporan prestasi

Penggerak Belia Tempatan;

iii. menyalurkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa

Tempatan dan memantau perbelanjaan peruntukan

Penggerak Belia Tempatan;

iv. mengurusetia Mesyuarat peringkat Penggerak Belia

Negeri Selangor;

v. mengurusetia dan menyemak percalonan Pengerusi

PeBT peringkat Zon setiap dua (2) tahun sekali.

4

Page 5: Garis Panduan PeBT Selangor

3.2.4 Ahli-ahli Penggerak Belia Negeri Selangor adalah terdiri

daripada:

3.2.4.1 Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri

3.2.4.2 Y.B. Pegawai Kewangan Negeri

3.2.4.3 Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri

(Pembangunan)

3.2.4.4 Datuk-Datuk Bandar/YDP PBT

3.2.4.5 Pegawai-Pegawai Daerah

3.3 Penggerak Belia Tempatan Peringkat Pihak Berkuasa

Tempatan

5

AHLIPENGERUSI PeBT PERINGKAT ZON

EX-OFFICIOADUN

PENGERUSIDATUK BANDAR / YANG DIPERTUA

TIMBALAN PENGERUSI IIKETUA PENOLONG PEGAWAI

DAERAH

TIMBALAN PENGERUSI I TIMBALAN DATUK BANDAR

/YANG DIPERTUA

SETIAUSAHAPEGAWAI BELIA

BENDAHARIAKAUNTAN PBT

PENASIHATPEMBANTU EXCO JAWATANKUASA TETAP BELIA

Rajah 3 : Struktur Penggerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Page 6: Garis Panduan PeBT Selangor

3.3.1 Pembantu EXCO Jawatankuasa Tetap Belia akan bertindak

sebagai Penasihat bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang di

bawah seliaan dan berperanan sebagai :

i. memantau prestasi Penggerak Belia Tempatan

peringkat Zon; dan

ii. menurunkan arahan kepada Pihak Berkuasa

Tempatan yang di bawah seliaan;

3.3.2 Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Tempatan memegang

jawatan sebagai Ex-Officio. Peranan Ex-Officio adalah :

i. mengesyorkan cadangan Pengerusi PeBT peringkat

Zon;

ii. memantau prestasi Penggerak Belia Tempatan yang

diselia; dan

iii. mendorong dan membantu Penggerak Belia

Tempatan dalam melaksana program pembangunan

belia.

3.3.3 Penggerak Belia Tempatan peringkat Pihak Berkuasa

Tempatan dipengerusikan oleh Datuk Bandar atau Yang

DiPertua. Pengerusi ini berperanan sebagai:

i. mempengerusikan Mesyuarat Penggerak Belia

Tempatan peringkat Pihak Berkuasa Tempatan;

ii. mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan dan

Penamatan;

iii. memantau prestasi Penggerak Belia Tempatan

peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Zon;

iv. membentuk Sasaran Kerja Tahunan Penggerak Belia

Tempatan dan memastikan keberkesanan program-

program yang dijalankan.

6

Page 7: Garis Panduan PeBT Selangor

3.3.4 Timbalan Pengerusi I disandang oleh Timbalan Datuk

Bandar / Timbalan Yang DiPertua. Timbalan Pengerusi I

berperanan untuk:

i. membantu tugas-tugas Pengerusi; dan

ii. boleh mempengerusikan mesyuarat sekiranya kuasa

tersebut diturunkan oleh Pengerusi.

3.3.5 Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) akan

menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi II yang

berperanan sebagai pemantau Penggerak Belia Tempatan

bagi kawasan-kawasan yang bukan di bawah pentadbiran

Pihak Berkuasa Tempatan.

3.3.6 Pegawai Belia Pihak Berkuasa Tempatan bertindak sebagai

Setiausaha dan bertanggungjawab:

i. mengurusetia mesyuarat Penggerak Belia Tempatan

peringkat Pihak Berkuasa Tempatan;

ii. menyemak, mengemaskini dan mengemukakan

senarai Pengerusi PeBT peringkat Zon kepada

Setiausaha Penggerak Belia Negeri Selangor;

iii. menyemak dan meneliti Kertas Kerja oleh Penggerak

Belia Tempatan peringkat Zon dan berhak menolak

sekiranya program tersebut tidak memenuhi

keperluan belia setempat;

iv. mengemukakan laporan prestasi Penggerak Belia

Tempatan kepada Setiausaha Penggerak Belia

Negeri Selangor;

7

Page 8: Garis Panduan PeBT Selangor

3.3.7 Bendahari disandang oleh Akauntan Pihak Berkuasa

Tempatan dan bertanggungjawab:

i. dalam menyalurkan dana dan membayar elaun

kepada PeBT peringkat Zon; dan

ii. mengemaskini akaun peruntukan Penggerak Belia

Tempatan.

3.3.8 Pengerusi PeBT peringkat Zon bagi kawasan PBT tersebut

merupakan ahli kepada struktur ini.

3.4 Penggerak Belia Tempatan peringkat Zon

8

Rajah 4 ; Struktur Penggerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat Zon

Page 9: Garis Panduan PeBT Selangor

3.4.1 Penasihat Penggerak Belia Tempatan peringkat Zon adalah

Ahli Dewan Negeri (ADUN) bagi zon tersebut. Sekiranya

Zon tersebut tidak mempunyai sebarang ADUN maka ADUN

Angkat atau Penasihat Penggerak Belia peringkat Pihak

Berkuasa Tempatan akan bertanggungjawab ke atas Zon

tersebut. Tanggungjawab Penasihat adalah seperti di para

3.3.2

3.4.2 Ahli Majlis (Majlis Perwakilan Penduduk/Jawatankuasa

Perunding Penduduk) bertindak sebagai penyelaras bagi

Penggerak Belia Tempatan peringkat Zon dan

bertanggungjawab dalam hal berkaitan pentadbiran.

3.4.3 Pengerusi PeBT peringkat Zon adalah individu yang dipilih

dan dilantik oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor. Beliau

peranan sebagai:

i. Mempengerusi mesyuarat Penggerak Belia Tempatan

Peringkat Zon;

ii. Melantik Ahli Jawatankuasa Kerja Penggerak Belia

Tempatan Peringkat Zon;

iii. Merancang program yang bermanfaat kepada belia

setempat;

iv. Menyampaikan maklumat kepada belia akan segala

pengumuman, pelaksanaan projek dan aktiviti

kerajaan;

v. Membentuk jaringan serta perkongsian pintar dengan

belia setempat, persatuan dan badan-badan yang

berkaitan;

9

Page 10: Garis Panduan PeBT Selangor

vii. Menghadiri mana-mana mesyuarat/ kursus/ program

yang diwajibkan ke atasnya. Pengerusi hendaklah

mengemukakan surat tunjuk sebab sekiranya tidak

dapat menghadirkan diri dan mestilah digantikan

dengan minit kepada Timbalan Pengerusi PeBT

peringkat Zon sahaja;

viii. Memastikan peruntukan yang diperuntukan diguna

dengan mengikut prosedur kerajaan;

ix. Membimbing golongan belia agar tidak terlibat dalam

aktiviti yang tidak bermoral dan gejala sosial;dan

x. Membantu golongan belia yang berpotensi untuk

maju dengan mendapatkan peluang-peluang yang

disediakan oleh kerajaan.

3.4.4 Timbalan Pengerusi bertangungjawab dalam membantu

tugas-tugas Pengerusi kecuali kuasa melantik Ahli

Jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan peringkat Zon .

3.4.5 Setiausaha bertanggungjawab dalam hal pentadbiran dan

dokumentasi seperti:

i. Penyediaan Kertas Kerja, Laporan Program, Minit

Mesyuarat dan surat; dan

ii. Menghadiri mana-mana mesyuarat atau program

yang diwajibkan ke atasnya iaitu arahan terus kepada

Setiausaha Penggerak Belia Tempatan peringkat

Zon.

10

Page 11: Garis Panduan PeBT Selangor

3.4.6 Bendahari bertanggungjawab dalam hal kewangan seperti:

i. Menyediakan perincian kewangan bagi tujuan Kertas

Kerja;

ii. Menyimpan rekod perbelanjaan bagi Program

peringkat Zon dan mengemukakan laporan tersebut

setelah selsai program; dan

iii. menyediakan laporan kewangan sebulan selepas

program dan secara tahunan.

3.4.7 Ahli-ahli Jawatankuasa tambahan adalah digalakkan dan

tidak boleh melebihi sepuluh (10) orang.

4. SYARAT PERLANTIKAN PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA

PENGGERAK BELIA TEMPATAN PERINGKAT ZON

4.1 Seseorang yang hendak dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli

Jawatankuasa PeBT Peringkat Zon mestilah :

4.1.1 Warganegara Malaysia;

4.1.2 berumur di antara 16 hingga 35 tahun;

4.1.3 boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu.

Kebolehan dalam Bahasa Inggeris adalah sangat

digalakkan;

4.1.4 mempunyai masa, tenaga dan bertanggungjawab dalam

pembangunan belia di kawasannya;

4.1.5 aktif dalam berpesatuan dan penduduk kampung (boleh

terdiri daripada penjawat awam);

4.1.6 berkelakuan baik dan tidak mempunyai sebarang rekod

jenayah;

4.1.7 Timbalan Pengerusi mestilah wanita sekiranya Pengerusi

terdiri daripada lelaki atau sebaliknya;

11

Page 12: Garis Panduan PeBT Selangor

4.1.8 Ahli Jawatankuasa mestilah mempunyai sekurang-

kurangnya dua (2) wanita atau 30% daripada jumlah

jawatan;

4.1.9 Ahli keluarga atau mempunyai pertalian persaudaraan rapat

dengan Pengerusi PeBT peringkat Zon tidak dibenarkan

untuk dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau Ahli

Jawatankuasa PeBT peringkat Zon tersebut; dan

4.1.10 Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa digalakkan berasal atau

bermastautin di Zon tersebut.

5. KUASA MELANTIK DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN PENGERUSI

PeBT PERINGKAT ZON

5.1 Pelantikan dan penamatan jawatan seseorang Pengerusi PeBT

Peringkat Zon adalah dibuat oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar

Selangor dengan pengesyoran oleh Mesyuarat Jawatankuasa

Pemilihan dan Penamatan.

5.2 Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mempunyai kuasa budi bicara untuk

melanjutkan tempoh perkhidmatan Pengerusi PeBT Peringkat Zon

yang semasa ianya dilantik berumur 35 tahun.

Walaubagaimanapun tempoh perkhidmatan beliau adalah dihadkan

hanya kepada dua (2) tahun sahaja ( satu penggal).

12

Page 13: Garis Panduan PeBT Selangor

6. JAWATANKUASA PEMILIHAN DAN PENAMATAN

6.1 Jawatankuasa Pemilihan dan Penamatan adalah bertanggungjawab

untuk melakukan pemilihan Pengerusi PeBT peringkat Zon.

Jawatankuasa ini terdiri daripada :

* ADUN yang mencalonkan Pengerusi tersebut dikecualikan

Rajah 5 : Jawatankuasa Pemilihan dan Penamatan

7. TATACARA PERLANTIKAN PENGERUSI PENGGERAK PeBT

PERINGKAT ZON

7.1 Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan Penamatan diberi kuasa untuk

memilih calon yang difikirkan layak. Bagi maksud pemilihan ini,

ADUN atau Ahli Majlis dikehendaki mengemukakan calon-calon

dan kemudiannya diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa

Pemilihan dan Penamatan peringkat PBT.

13

PENGERUSI

DATUK BANDAR / YANG DIPERTUA

TIMBALAN PENGERUSITIMBALAN DATUK BANDAR / TIMBALAN YANG DIPERTUA

atauSETIAUSAHA BANDAR / SETIAUSAHA YANG DIPERTUA

SETIAUSAHA

PEGAWAI BELIA PBT

AHLIKETUA PENOLONG PENGAWAI DAERAH

*AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR(ADUN)

Page 14: Garis Panduan PeBT Selangor

7.2 Calon Pengerusi tersebut seterusnya dikemukakan kepada

Setiausaha Penggerak Belia Negeri Selangor dengan

menggunakan Borang Percalonan Pengerusi PeBT peringkat Zon

seperti di LAMPIRAN A.

7.3 Senarai nama calon Pengerusi dilakukan saringan umur dan rekod

jenayah sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pengerusi

Penggerak Belia Negeri Selangor.

7.4 Pengerusi PeBT ini perlu menjalankan tempoh percubaan selama

enam (6) bulan dari tarikh lantikan sebelum pengesahan jawatan

tersebut.

7.4 Sekiranya Pengerusi tersebut berjaya menjalani tempoh percubaan

yang ditetapkan maka Surat Kuasa akan disampaikan oleh Y.A.B

Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai pengesahan lantikan.

14

Page 15: Garis Panduan PeBT Selangor

Ahli Majlis atau ADUN memilih calon

Mendapatkan pengesahan ADUN

TIDAK LULUSDikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilih

TIDAK LULUS LULUSDikemukakan kepada Setiausaha Penggerak Belia Negeri Selangor dan semakan jenayah dibuat

TIDAK LULUS LULUS

Dikemukakan kepada timbalan Pengerusi Penggerak Belia Negeri Selangor

LULUSTIDAK LULUS

Tempoh percubaan selama 6 bulan

Pengesahan lantikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar

Rajah 6 ; Carta Aliran Tatacara Perlantikan Pengerusi PeBT peringkat Zon

8. TEMPOH PERKHIDMATAN PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA

PeBT PERINGKAT ZON

8.1 Tempoh perkhidmatan Pengerusi PeBT peringat Zon bagi satu

penggal adalah dua (2) tahun dan Setiausaha Penggerak Belia

Negeri Selangor akan menyemak data pada setiap dua (2) tahun

sekali.

15

MULA

Page 16: Garis Panduan PeBT Selangor

8.2 Pengerusi PeBT peringkat Zon akan diberi tempoh percubaan

selama 6 bulan. Pengesahan lantikan akan diberikan sekiranya

Pengerusi tersebut telah melepasi tempoh percubaan tersebut.

8.3 Sekiranya seseorang pengerusi itu melakukan kesalahan atau tidak

menjalankan tugasnya dengan sempurna seperti di para 3.4.3

maka Pengerusi Penggerak Belia Negeri Selangor boleh

mengambil tindakan untuk menamatkan perkhidmatannya pada

bila-bila masa.

Laporan mengenai Pengerusi PeBT peringkat Zon

Dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilih dan Penamatan Peringkat PBT

Dikemukakan kepada unit Sektoral

Siasatan dilakukan

Sekiranya laporan adalah benar

Surat penamatan dikeluarkan

Rajah 7: Carta Aliran Tatacara Penamatan Pengerusi PeBT peringkat Zon

16

MULA

Page 17: Garis Panduan PeBT Selangor

9. PERUNTUKAN

9.1 Peruntukan Program

9.1.1 Setiap PeBT Peringkat Zon akan diberi peruntukan

sebanyak RM5,000 setahun bagi tujuan perlaksanaan

program di peringkat Zon dan setiap Zon akan dibayar

berdasarkan program yang dianjurkan.

9.1.2 Penggerak Belia Tempatan dibenarkan memohon

sumbangan atau penajaan daripada mana-mana syarikat

atau badan korporat. Namun sumbangan berbentuk wang

ringgit adalah tidak dibenarkan sama sekali.

9.1.3 Resit Pembayaran dan lain-lain dokumen berkaitan

hendaklah disimpan dan direkod. Laporan penuh program

hendaklah dikemukakan dalam tempoh sebulan selepas

selesai melaksanakan program.

9.2 Tuntutan Elaun Bulanan

9.2.1 Pengerusi atau Timbalan Pengerusi PeBT Peringkat Zon

dibayar elaun menghadiri mesyuarat sebanyak RM 20.00

sekali mesyuarat. Menghadiri mesyuarat termasuklah

menghadiri seminar dan acara urusan rasmi kerajaan.

9.2.2 Elaun perjalanan boleh dituntut bagi perjalanan yang

melebihi 40 kilometer (pergi dan balik) oleh Pengerusi atau

Timbalan Pengerusi dengan menggunakan Borang Tuntutan

Bulanan yang disediakan.

17

Page 18: Garis Panduan PeBT Selangor

9.2.3 Tuntutan ini mestilah disertakan bersama surat panggilan

mesyuarat, resit atau lain-lain dokumen yang berkaitan.

9.2.4 Jumlah elaun menghadiri mesyuarat dan tuntutan elaun

perjalanan (termasuk Pengerusi atau Timbalan Pengerusi

PeBT Peringkat Zon tersebut) ini mestilah tidak melebihi RM

300.00 sebulan.

9.2 Elaun Pengurusan

9.2.1 Bagi tujuan pengurusan mesyuarat dan Jawatankuasa,

setiap Pengerusi PeBT Peringkat Zon diberikan peruntukan

belanja mengurus sebanyak RM100 sebulan.

9.2.2 Peruntukan ini meliputi perbelanjaan seperti berikut:

i. makan dan minum semasa mesyuarat;

ii. pembelian alat tulis;

iii. baju seragam Ahli Jawatankuasa;

iv. pembayaran bil telefon (sekiranya digunakan untuk

tujuan penganjuran program/mesyuarat); dan

v. lain-lain perbelanjaan pengurusan yang relevan bagi

tujuan penganjuran program/mesyuarat.

9.3 Tarikh Tuntutan

9.3.1 Setiap Zon harus mempunyai akaun jawatankuasa bagi

tujuan penyaluran peruntukan program dan elaun

pengurusan.

18

Page 19: Garis Panduan PeBT Selangor

9.3.2 Permohonan peruntukan atau Kertas Kerja Program harus

dikemukakan kepada Setiausaha (Pegawai Belia) PeBT

Pihak Berkuasa Tempatan sekurang-kurangnya dua (2)

bulan dari tarikh perlaksanaan program.

9.3.3 Setiap Tuntutan bagi para 9.2 dan 9.3 hendaklah dilakukan

dalam tempoh 10 hari berakhir setiap bulan yang dituntut

iaitu 10 haribulan bagi bulan berikutnya.

9.3.4 Akauntan berhak untuk menolak, meminda atau meluluskan

elaun tuntutan yang dikemukakan berdasarkan prosedur

kerajaan sedia ada.

10. PENGKHUSUSAN PROGRAM

10.1 Program yang dilaksanakan oleh Penggerak Belia Tempat

peringkat Zon mestilah mempunyai salah satu daripada teras-teras

berikut:

i. Pendidikan

ii. Kepimpinan

iii. Ekonomi

iv. Komuniti

v. Sukan

vi. Kesenian

10.2 Jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan peringkat Zon harus

melaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) aktiviti setahun dengan

mengenalpasti keperluan para belia setempat sebelum

melaksanakan sesuatu program.

19

Page 20: Garis Panduan PeBT Selangor

10.3 Bagi setiap program yang dianjurkan mestilah mendapat memenuhi

keperluan berikut:

10.3.1 sekurang-kurangnya 20 penyertaan bagi program kursus;

dan

10.3.1 sekurang-kurangnya 40 penyertaan bagi program seminar

dan sebagainya.

10.4 Lokasi penganjuran program mestilah tidak melangkaui daripada

kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi Zon tersebut.

10.5 Penggerak Belia Tempatan peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

berhak membatalkan program tersebut sekiranya ia menjurus

kepada kepentingan peribadi, politik dan tidak memberi

manfaat kepada orang ramai.

11. PENUTUP

Ahli Jawatankuasa Penggerak Belia Negeri Selangor dan Tempatan harus

mematuhi Garis Panduan Penggerak Belia Tempatan dalam

melaksanakan agenda pembangunan belia di peringkat masing-masing.

 

20

Page 21: Garis Panduan PeBT Selangor

BORANG PENCALONAN

PENGERUSI PENGGERAK BELIA TEMPATAN PERINGKAT ZON

PIHAK BERKUASA TEMPATAN : _________________________

KAWASAN (Mengikut Zon Ahli Majlis) : _________________________

( perlu disediakan dalam 2 salinan )

BAHAGIAN I : BUTIR-BUTIR PERIBADI

Nama Penuh Pemohon

: ....................................................................................................................

...........

No. Kad Pengenalan : ................................. Umur : ................ tahun

Tarikh Lahir : ........................... Tempat Lahir : ........................................

Bangsa : ...........................

Alamat :

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

................................................... No. Telefon : ..............................

E-mail : .....................................................

21

Gambar Berukuran

Pasport

LAMPIRAN A

Page 22: Garis Panduan PeBT Selangor

Status Perkahwinan : Berkahwin Jantina : Lelaki

Bujang Perempuan

Duda/ Janda

Nama Isteri/ Suami

: ....................................................................................................................

.............

No. Kad Pengenalan : .................................... Umur : ................ tahun

Bil. Anak : ........... orang

Butiran Anak-Anak :

Bil. NamaNo. K/P / Sijil Lahir

Tarikh Lahir

Jantina ( L/ P)

BAHAGIAN II : MAKLUMAT PEKERJAAN

Nama dan Alamat Majikan

: ...............................................................................................................................

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

...................................

Jawatan : ...........................................

Status Perkhidmatan : ...................... Tahun Perkhidmatan : ..........................

22

Page 23: Garis Panduan PeBT Selangor

BAHAGIAN III : SUMBANGAN / AKTIVITI

Bil. Aktiviti / Persatuan Jawatan Peringkat

( sila lampirkan jika ruang tidak mencukupi )

BAHAGIAN IV : MAKLUMAT AKADEMIK

BIL INSTITUSI TAHUN KELULUSAN

23

Page 24: Garis Panduan PeBT Selangor

( sila lampirkan jika ruang tidak mencukupi )BAHAGIAN V : AKUAN PEMOHON

BAHAGIAN VI : PENGESAHAN AHLI MAJLIS

Saya akui bahawa segala maklumat di atas adalah benar. Sekiranya

maklumat tersebut didapati tidak benar, permohonan ini tidak akan

dipertimbangkan dan ditolak.

Tandatangan Pemohon: …………………………………………………………

Tarikh : ………………..

24

Disahkan bahawa maklumat di atas lengkap dan benar. Sekiranya maklumat

tersebut didapati tidak benar, permohonan ini tidak akan

dipertimbangkan dan ditolak.

Nama : ……………………………….......................................................

Jawatan : …………………………………...................................................

Tarikh : …………..........

Tandatangan dan Cop : ...............................................................................

Page 25: Garis Panduan PeBT Selangor

BAHAGIAN VII : PENGESAHAN ADUN

BAHAGIAN VIII : PENGESAHAN DATUK BANDAR / YANG DIPERTUA

25

Saya memperakukan pencalonan bagi ..............................................................

( nama calon)

No. K/P : ................................................ untuk dipertimbangkan bagi mengisi

jawatan berkenaan.

Tandatangan : ..............................................................................

(Datuk Bandar/Yang Dipertua)

Cop Jawatan / Jabatan :

Tarikh : ........................

Disahkan bahawa maklumat di atas lengkap dan benar . Sekiranya

maklumat tersebut didapati tidak benar permohonan ini tidak akan

dipertimbangkan dan ditolak.

Nama : ……………………………….......................................................

Jawatan : …………………………………...................................................

Tarikh : …………..........

Tandatangan dan Cop : ...............................................................................

Page 26: Garis Panduan PeBT Selangor

BAHAGIAN IX : UNTUK DIISI OLEH URUS SETIA

26

TandatanganPegawai Penerima : Senarai Semak :

............................................. Borang diisi dalam 2 salinan 2 keping gambar ukuran pasport

Tarikh : ..............................