Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim...

14
Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Sekolah-Sekolah KPM

Transcript of Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim...

Page 1: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

Garis Panduan Perkhidmatan

Talian Internet Interim di

Bahagian Sumber dan Teknologi

Pendidikan (BSTP), Bahagian

Teknologi Pendidikan Negeri

(BTPN), Pusat Teknologi

Pendidikan Bahagian (PTPB),

Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan

Sekolah-Sekolah KPM

Page 2: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Garis Panduan ini adalah mengenai Perkhidmatan Talian Internet Interim

di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), Pusat Kegiatan Guru (PKG) Dan Sekolah-Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019.

1.2 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Kelulusan Khas Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh: 14 Jun 2019 No Rujukan: S/K.KEW/PK/KPM/05/06/S.K.4(37)

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Talian internet sekolah di bawah Kontrak 1BestariNet Fasa 2 dijadualkan

berakhir pada 30 Jun 2019.

2.2 Talian internet interim ini akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019 di BSTP, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-Sekolah di bawah KPM.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Memastikan talian internet di sekolah tidak putus dan berterusan untuk

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta Pengurusan dan Pentadbiran (PdT).

3.2 Memastikan semua aplikasi dalam talian KPM dapat diakses oleh warga KPM.

3.3 Sebagai persediaan alternatif talian internet yang baharu apabila kontrak 1BestariNet Fasa 2 tamat pada 30 Jun 2019.

3.4 Memastikan guru dan murid dapat melaksanakan PdPc berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN 4.1 Tadbir Urus Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 4.1.1 Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian

Internet Interim (Pelantikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri) Pengerusi : Ketua Sektor Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT (SPMICT) Pengerusi Ganti : Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah, BTPN

Page 3: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

Ahli : Wakil Unit Kewangan Wakil Sektor Pengurusan Sekolah Penolong PPD ICT Urus Setia : SPMICT

4.1.2 Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 orang (termasuk pengerusi).

4.1.3 Kekerapan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau mengikut keperluan.

4.1.4 Mengesahkan Internet Service Provider (ISP) setiap sekolah berdasarkan ketetapan Surat Kelulusan Kementerian Kewangan serta semakan yang dibuat oleh Pasukan Kerja Daerah.

4.1.5 Memperakui syor Pasukan Kerja Daerah bagi penamatan ISP yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.

4.1.6 Menyediakan laporan Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim dan dikemukakan kepada BPM, KPM.

4.2 Tadbir Urus Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

4.2.1 Pelantikan Pasukan Kerja Peringkat Daerah bagi kerja-kerja pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim (Pelantikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah) Pengerusi : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ICT Pengerusi Ganti : Penyelia ICT Setiausaha : Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ahli : Ketua Juruteknik Komputer Daerah Guru Penyelaras Bestari Juruteknik Komputer PKG Juruteknik Komputer Sekolah Urus Setia : Unit Pentadbiran dan Kewangan

4.2.2 Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 orang (termasuk

pengerusi).

4.2.3 Kekerapan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 bulan sekali atau mengikut keperluan.

4.2.4 Menetapkan ISP berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan dan liputan terbaik di sekolah.

4.2.5 Pengujian dan Pentauliahan talian internet interim oleh Pasukan Kerja peringkat daerah.

4.2.6 Pengesahan penerimaan perkhidmatan internet melalui Sijil

Page 4: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) daripada ISP yang dilantik untuk pemasangan kali pertama.

4.2.7 Pemantauan pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim sekolah.

4.2.8 Menyediakan laporan perkhidmatan ISP dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim peringkat negeri o Laporan Prestasi Perkhidmatan (rujuk Lampiran C) o Laporan Aduan Perkhidmatan Internet Service Provider (ISP)

(rujuk Lampiran D) o Laporan Kewangan (cetakan MyGFMAS) o Salinan SAP dan SPP (pengesahan penerimaan

perkhidmatan)

4.2.9 Mengemukakan syor penamatan ISP yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.

4.2.10 Memastikan pengesahan bil dibuat oleh sekolah dan dihantar ke PPD.

5.0 PEMBAYARAN 5.1 BPM akan menyediakan subwaran peruntukan kewangan talian internet

interim kepada BSTP, BTPN ,JPN dan PPD yang terpilih.

5.2 Peruntukan yang akan diturunkan adalah di bawah bayaran Utiliti dibawah Objek Sebagai (OS23000 mengikut kod aktiviti yang ditetapkan oleh Bahagian Akaun.

5.3 Pembayaran dicadangkan secara pukal mengikut kod aktiviti yang telah disediakan dan jika sebaliknya maka pembayaran akan dibuat secara baucar.

5.4 Pihak ISP yang dilantik perlu mengemukakan bil dalam tempoh 5 hari selepas akhir bulan sebelumnya.

5.5 BSTP, BTPN, PPD, PTPB dan sekolah perlu membuat pengesahan dan menghantar bil kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh 5 hari bekerja selepas bil diterima.

5.6 BSTP, BTPN dan PPD membuat pembayaran (pukal / baucar).

5.7 Pihak PPD perlu menghantar laporan bulanan prestasi perbelanjaan setiap bulan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Interim Perkhidmatan Internet Interim peringkat negeri.

Page 5: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

5.8 Pihak JPN perlu menghantar laporan bulanan prestasi perbelanjaan setiap bulan kepada BPM, KPM.

6.0 PEMANTAUAN PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET 6.1 Pemantauan boleh dbuat menggunakan borang speed test atau borang

Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) yang diberikan kepada semua JPN dan PPD.

7.0 PERANAN 7.1 SEKOLAH 7.1.1 Menerima surat arahan Perkhidmatan Talian Internet Interim

daripada KPM

7.1.2 Menerima kunjungan KPM, JPN, Pasukan Kerja Daerah dan ISP bagi tujuan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim .

7.1.3 Menentukan lokasi pemasangan talian internet: Keutamaan di pejabat, makmal komputer dan bilik guru. Walaubagaimana pun, sekolah boleh menentukan lokasi terbaik di kawasan sekolah dengan mengambil kira liputan capaian internet bagi memastikan proses PdPc dapat berlaku dan aplikasi dalam KPM dapat diakses.

7.1.4 Memastikan SAP perkhidmatan ditandatangani oleh pihak pentadbir dan SPP ditandatangani oleh wakil Pasukan Kerja Daerah dan satu salinan SAP dan SPP tersebut disimpan oleh pihak sekolah.

7.1.5 Jika tiada capaian internet atau kerosakan peralatan pihak sekolah perlu membuat aduan kepada pihak ISP mengikut terma perjanjian dan syarat.

7.1.6 Sekiranya ISP gagal menyelesaikan aduan dalam tempoh 24 jam, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada pihak pasukan kerja peringkat daerah dengan mengemukakan maklumat berikut: o Tarikh aduan o Nombor tiket aduan o Log aduan

7.1.7 Sekolah perlu membuat pengesahan dan menghantar bil kepada PPD dalam tempoh 5 hari selepas bil diterima.

7.1.8 Sebarang pertanyaan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim boleh merujuk kepada Pasukan Kerja Daerah / JPN / KPM.

Page 6: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

7.2 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

7.2.1 Pelantikan Pasukan Kerja Peringkat Daerah bagi kerja-kerja pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim (Pelantikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah)

7.2.2 Mengurusetia mesyuarat sekurang-kurangnya 1 bulan sekali atau

mengikut keperluan.

7.2.3 Menetapkan ISP berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan dan liputan terbaik di sekolah.

7.2.4 Pengujian dan Pentauliahan talian internet interim oleh Pasukan Kerja Peringkat Daerah

7.2.5 Pengesahan penerimaan perkhidmatan talian internet interim daripada ISP dilantik (SAP dan SPP) untuk pemasangan kali pertama.

7.2.6 Pemantauan pelaksanaan perkhidmatan talian internet interim di sekolah

7.2.7 Menyediakan laporan perkhidmatan ISP dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim peringkat negeri o Laporan Prestasi Perkhidmatan (rujuk Lampiran C) o Laporan Aduan Perkhidmatan ISP (rujuk Lampiran D) o Laporan Kewangan (cetakan MyGFMAS) o Salinan SAP dan SPP (pengesahan penerimaan

perkhidmatan)

7.2.8 Mengemukakan syor penamatan ISP yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.

7.2.9 Sekiranya ISP dilantik gagal menyediakan perkhidmatan, Pasukan Kerja Daerah boleh mengesyorkan cadangan penambahbaikan perkhidmatan kepada KPM.

7.2.10 Memastikan pengesahan bil dibuat oleh sekolah dan diterima oleh PPD dalam tempoh 5 hari bekerja.

7.2.11 Memastikan semua sekolah di bawah seliaan masing-masing menerima capaian internet sebagaimana yang telah ditetapkan.

7.2.12 Mengambil tindakan segera jika terdapat aduan dari pihak sekolah.

7.2.13 Membuat bayaran selepas semua dokumen adalah lengkap dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

Page 7: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

7.2.14 Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada sekolah-sekolah dalam pelaksanaan talian internet interim ini

7.3 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

7.3.1 Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian

Internet Interim (dilantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri).

7.3.2 Mengurusetia mesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau mengikut keperluan.

7.3.3 Mengesahkan pemilihan ISP setiap sekolah berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pasukan Kerja Daerah.

7.3.4 Memperakui syor Pasukan Kerja Daerah bagi penamatan ISP yang tidak memenuhi perkhidmatan yang ditawarkan.

7.3.5 Menyediakan laporan Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim dan dikemukakan kepada BPM, KPM.

7.3.6 Bertanggungjawab sebagai Pengurus di peringkat JPN.

7.3.7 Memastikan semua sekolah di bawah seliaan masing-masing menerima capaian internet sebagaimana yang telah ditetapkan.

7.3.8 Memastikan semua ISP mematuhi terma perjanjian dan syarat yang telah ditetapkan.

7.4 Bahagian Pengurusan Maklumat

7.4.1 Menyediakan Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet

Interim di BSTP, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-Sekolah di bawah KPM bermula 01 Julai 2019.

7.4.2 Memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim dilaksanakan mengikut ketetapan dan kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

7.4.3 Menyediakan surat arahan kepada JPN berserta senarai sekolah dan ISP serta jadual pemasangan.

7.4.4 Memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim dilaksanakan mengikut ketetapan dan kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia

7.4.5 Merancang, mengurus dan menyediakan agihan peruntukan serta menurunkan subwaran kepada BSTP, BTPN dan PPD untuk bayaran talian internet interim di PKG, PTPB dan sekolah-sekolah KPM.

Page 8: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

7.4.6 Menyediakan laporan bulanan capaian talian internet dan status bayaran kepada Pengurusan Tertinggi KPM.

7.4.7 Melaksanakan pemantauan pelaksanaan talian internet interim ke lokasi terlibat supaya pihak syarikat mematuhi terma perjanjian perkhidmatan yang telah ditetapkan.

7.4.8 Memberi khidmat nasihat kepada BSTP, BTPN, JPN, PPD, PPTB, PKG dan sekolah.

7.4.9 Mengumpul dan menganalisis segala data yang diterima dari BSTP dan JPN.

7.5 Syarikat

7.5.1 Menerima surat arahan Perkhidmatan Talian Internet Interim

daripada KPM

7.5.2 Menyediakan perkhidmatan berdasarkan surat arahan yang telah ditetapkan.

7.5.3 Pihak syarikat perlu mengadakan perbincangan dengan JPN dan PPD bagi tujuan urusan pelaksanaan perkhidmatan pelaksanaan talian internet interim

7.5.4 Syarikat perlu menyenaraikan nama kakitangan berdaftar yang akan melaksanakan kerja-kerja pemasangan talian internet di sekolah berserta kad kuasa bergambar dan surat kebenaran.

7.5.5 Syarikat hendaklah boleh dihubungi melalui surat, lisan, telefon, faks, emel atau lain-lain cara bagi menyelesaikan sebarang masalah capaian internet di sekolah.

7.5.6 Kakitangan syarikat yang hadir ke sekolah / lokasi untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan atau lain-lain yang melibatkan talian internet mesti memakai kad pengenalan diri.

7.5.7 Syarikat yang hadir ke sekolah / lokasi mesti melaporkan diri dan memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah, jika gagal pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan syarikat menjalankan kerja-kerja.

7.5.8 Syarikat dikehendaki menyerahkan bil bulanan kepada BSTP, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah-sekolah KPM mengenai caj bayaran talian internet sekolah-sekolah selewat-lewatnya 5hb setiap bulan di bulan berikutnya.

7.5.9 Syarikat dikehendaki menyerahkan ringkasan bil bulanan kepada BTPN, PTPB dan PPD.

Page 9: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

8.0 PENUTUP 8.1 Pelaksanaan talian internet interim di sekolah merupakan kaedah

alternatif sementara menunggu proses tender terbuka yang dijangkakan akan selesai perolehan pada Disember 2019

8.2 Memandangkan proses untuk meneruskan dengan Kontrak 1BestariNet sedia ada secara interim akan mengakibatkan kos yang berlipat ganda maka kaedah secara interim dari pelbagai ISP digunakan untuk memberi penjimatan dan menguntungkan kerajaan.

8.3 Keberkesanan pelaksanaan ini boleh dicapai dengan kerjasama pelbagai pihak terutama JPN, PPD dan sekolah. Kerjasama padu diperlukan dalam keselarasan aduan, maklumat dan pemantauan pelaksanaan projek interim ini. Langkah ini perlu supaya syarikat yang dilantik adalah selari dengan objektif keperluan capaian oleh sekolah.

8.4 Berpandukan saranan pihak kerajaan memastikan setiap projek dilaksanakan secara kos efektif, proses interim ini diurus secara berhemah dan mematuhi tatacara kewangan semasa.

Disediakan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 25 JUN 2019

Page 10: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

ALIRAN PROSES : PEMASANGAN PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET INTERIM

(BPM)

BSTP JPN

PPD

SEKOLAH

ISP

PEMASANGAN TALIAN

INTERNET

SURAT ARAHAN

SENARAI SEKOLAH MENGIKUT ISP

JADUAL PEMASANGAN

SURAT KEBENARAN

PEMASANGAN TALIAN INTERNET

TERIMA JADUAL DAN SURAT

KEBENARAN PEMASANGAN

TALIAN INTERNET

TERIMA JADUAL DAN

SURAT KEBENARAN

PEMASANGAN TALIAN

INTERNET

PEMASANGANIAN

INTERNET

PENGESAHAN

SAP (PENTADBIR) & SPP (PASUKAN

KERJA)

PENYEDIAAN

SAP & SPP

TAMAT

MULA

Page 11: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

ALIRAN PROSES : TADBIR URUS

MULA

TIDAK

1

Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan Interim Perkhidmatan Internet (Dilantik oleh pengarah BSTP/JPN/BTPN)

2

Mengeluarkan surat arahan pelaksanaan senarai sekolah berserta ISP dan jadual pemasangan (Pentadbir Projek BPM)

3 Pelantikan Pasukan Kerja Peringkat Daerah bagi kerja-kerja pelaksanaan interim perkhidmatan internet

6 Menerima pemasangan talian internet interim daripada ISP yang telah ditetapkan (Sekolah)

Menerima pemasangan talian internet interim daripada ISP yang telah ditetapkan (BSTP, BTPN,PTPB dan PKG)

7

9

4 Menetapkan ISP berdasarkan kelulusan MOF dan liputan terbaik bagi sekolah di Daerah

Y

A

TIDAK

Mengesahkan pemilihan ISP setiap sekolah berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pasukan Kerja Peringkat Daerah

5

Pengujian dan Pentauliahan talian internet interim oleh Pasukan Kerja Peringkat Daerah

8

Y

A

Pemantauan pelaksanaan perkhidmatan internet interim

10

Menyediakan laporan perkhidmatan ISP dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Interim Perkhidmatan Internet peringkat negeri

Page 12: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

CARTA ALIRAN : PEMBAYARAN

ISP

BSTP BTPN PTPB PKG

SEKOLAH

BSTP BTPN PPD

PTPB

TEMPOH MASA

Tempoh pembayaran bil 14 hari 5 hari 5 hari

MULA KELUARKAN

BIL BULANAN

MENERIMA DAN

MENGESAHKAN

BIL BULANAN

MENGHANTAR

BIL KE PTJ

MENYEMAK

BIL TAMAT

PEMBAYARAN

UNIT KEWANGAN

(PUKAL/BAUCAR)

Page 13: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

PAKEJ INTERIM PERKHIDMATAN INTERNET BAGI 10,214 SEKOLAH, SATU (1) BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP), 15 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN), 13 PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN (PTPB) DAN 366 PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

SIJIL AKUAN PENERIMAAN

Nama Jabatan: BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama & Alamat Syarikat:

No. Rujukan Syarikat/No.

Inbois:

Telekom Malaysia Berhad

17 Selatan, Menara TM, Jalan Pantai

Baru, 50672 Kuala Lumpur

No. Rujukan Jabatan: No. Kontrak/Pesanan Kerajaan: KPM/40/2014/06/0024

Butiran (Kod Item)

Nama Alat-Alat/ Bahan-Bahan Buatan

(Jenama/Model) Dan Negara Asal

Kuantiti Harga (RM) Direkodkan Dalam Buku Stok

Ulasan Jabatan Seunit

Jumlah No. Buku Stok Mukasurat

1.

UONU

Huawei / China

3

RM129

RM 387

Laporan

pengesahan

pemasangan dan ujilari disertakan untuk diserahan

kepada BPM

ERINGATAN:

1. SAP hendaklah disediakan asal dan 2 salinan

untuk edaran berikut:

a. Salinan asal PTJ yang membayar

b. 1 salinan asal kepada Kontraktor

c. 1 salinan asal kepada lokasi/agensi yang

dipasang peralatan.

2. Pegawai Penerima hendaklah daripada pegawai

yang telah dilantik oleh Ketua Jabatan dan

memiliki kepakaran teknikal ICT.

Saya mengaku bahawa alat-alat/bahan-

bahan yang tersebut di atas telah diterima

dan disemak betul oleh saya pada

……………………………………………….

…………………………………………………….

Tandatangan Pegawai Penerima

Nama Pegawai Penerima: …………………….

Tarikh : ..........................

Disahkan oleh:

…………………………………………………….

Tandatangan

Pengetua/Guru Besar/PK/GPK

/Guru Penyelaras ICT /Juruteknik

Komputer Sekolah

Nama dan Cop Jawatan:

Tarikh: ……………………………………….

Page 14: Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments...Garis Panduan Perkhidmatan Talian Internet Interim di Bahagian Sumber dan

1

SIJIL PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Maklumat

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-4, Blok E11, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

(Nama Syarikat dan Alamat)

………………………………………….….

………………………………………….….

Tuan,

PAKEJ INTERIM PERKHIDMATAN INTERNET BAGI 10,214 SEKOLAH, SATU (1)

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP), 15 BAHAGIAN

TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN), 13 PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN

BAHAGIAN (PTPB) DAN 366 PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

No. Kontrak: ……………………………….......

Merujuk kepada kontrak tersebut di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa item di bawah

yang mana telah dibekalkan ke ………………………………… pada ………………… dan telah berjaya

dipasang, diujilari dan ditauliah pada ………………………………………

Bil. No. Kod & Nama

Item Kuantiti

1. Perkhidmatan Unifi

(50mbps) 3 unit

2. Dimaklumkan juga bahawa dengan pengesahan kerja-kerja pemasangan, pengujian dan

pentauliahan oleh Ketua Jabatan seperti di bawah, tidak menghadkan pihak tuan/puan

untuk membuat apa-apa tuntutan kepada kami seperti mana yang ditetapkan di dalam

syarat-syarat kontrak sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap item tersebut.

…………………………………….………………

(Tandatangan Pegawai ICT JPN/

Pegawai ICT BTPN/Pegawai ICT PPD/

Pegawai PKG/Guru Penyelaras ICT /

Juruteknik Komputer Sekolah)

(Nama dan Cop Jabatan)

Tarikh: ……………………….

Pengesahan Ketua Jabatan/Bahagian

Dengan ini adalah disahkan bahawa item seperti yang dinyatakan seperti di para 1 di

atas telah dipasang, diujilari dan ditauliah pada ………………………… Disahkan juga di sini

bahawa segala perubahan dan pembetulan kepada mana-mana maklumat yang

tercatat sebelum ini telah diambil kira dan dipersetujui oleh saya pada tarikh

pengesahan ini.

………………………………………. Tarikh : ……………………………

(Tandatangan Pengetua/Guru Besar)

(Nama dan Cop Jabatan)