GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH...

10
GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN PRODUK INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI POLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH POLITEKNIK MELAKA Versi April 2016 Berkuatkuasa Mei 2016

Transcript of GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH...

Page 1: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN

TERIMAAN BAGI HASIL

KEWANGAN PRODUK INOVASI,

PERTANDINGAN PRODUK INOVASI

DAN PENGKOMERSIALAN DAN

PEMBERIAN SAGUHATI

POLITEKNIK MELAKA

PENGURUSAN AKAUN AMANAH POLITEKNIK MELAKA

Versi April 2016

Berkuatkuasa Mei 2016

Page 2: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Akaun Amanah PMK

i | P a g e

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 TUJUAN 1

2.0 LATAR BELAKANG 1

3.0 SKOP 2

4.0 PANDUAN PERKONGSIAN KEUNTUNGAN 4

5.0 PENGURUSAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN 5

Page 3: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Page 1 of 9

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI HASIL

KEWANGAN PRODUK INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI

DAN PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI

POLITEKNIK MELAKA

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan memberikan panduan kepada Jawatankuasa

Pengurusan Akaun Amanah Politeknik Melaka mengenai pelaksanaan

terimaan bagi hasil kewangan produk inovasi, pertandingan produk

inovasi dan pengkomersialan dan pemberian saguhati Politeknik Melaka

dalam skop berikut:

a) Pengurusan Produk Inovasi Politeknik Melaka

b) Penyertaan Pameran dan Pertandingan Politeknik Melaka

c) Perancangan Pengkomersialan dan Pertandingan Usahawan

Politeknik Melaka.

2.0 LATAR BELAKANG

Garis panduan pengurusan produk inovasi, penyertaan pameran dan

pengurusan pengkomersialan produk inovasi Politeknik Melaka

dilaksanakan berasingan berlandaskan kepada Buku Panduan

Perancangan Dan Pengurusan Inovasi, Harta Intelek (IP) Dan

Pengkomesialan Politeknik Malaysia terbitan Pusat Penyelidikan dan

Inovasi Politeknik (PPIP), Jabatan Pengajian Politeknik pada tahun

2014.

Page 4: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Akaun Amanah PMK

2 | P a g e

Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi Politeknik Melaka (KUPIK)

bertanggungjawab mengemukakan pengurusan produk inovasi,

penyertaan pameran dan pengurusan pengkomersialan produk inovasi

Politeknik Melaka tahunan kepada PPIP. Laporan pelaksanaan pula

hendaklah dihantar secara berkala setiap sukuan tahun.

3.0 SKOP

Skop pelaksanaan pengurusan produk inovasi Politeknik Melaka

adalah seperti berikut:

1. Pengurusan Produk Inovasi Politeknik

2. Penyertaan Pameran dan Pertandingan

3. Pengurusan Pengkomersial Produk Inovasi

SKOP 1 : Pengurusan Produk Inovasi Politeknik Melaka

Pengurusan produk inovasi Politeknik Melaka. Peranan KUPIK adalah

seperti berikut:

a) Menggalakkan penjanaan idea inovasi dalam kalangan staf/pelajar

politeknik dan membantu dari segi pengurusan produk inovasi

Politeknik Melaka.

b) Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di

Politeknik Melaka.

c) Memastikan inovasi yang disenarai pendek dibuat perlindungan

harta intelek terlebih dahulu sebelum diketengahkan untuk

Page 5: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Akaun Amanah PMK

3 | P a g e

pameran dan pertandingan di peringkat yang lebih tinggi (rujuk

panduan perancangan dan pengurusan IP).

SKOP 2 : Penyertaan Pameran Dan Pertandingan

Penyertaan Pameran Dan Pertandingan produk Inovasi dilibatkan

bersama-sama KUPIK dalam proses penyertaan pameran dan

pertandingan. Peranan KUPIK adalah seperti berikut:

a) Menggalakkan penyertaan politeknik dalam

pameran/pertandingan Produk Inovasi Politeknik Melaka.

b) Memastikan inovasi tersebut telah diiktiraf di peringkat politeknik

dan kebangsaan untuk layak ke peringkat antarabangsa.

SKOP 3 Perancangan Pengkomersialan/ Pertandingan Usahawan

KUPIK dan Ketua Unit Usahawan melaksanakan proses perancangan

pengkomersialan tahunan politeknik dengan penglibatan PPIP.

Peranan KUPIK adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti keperluan dan membuat perancangan

pengkomersialan termasuk anggaran belanjawan

pengkomersialan.

b) Menghantar salinan perancangan pengkomersialan berkenaan

kepada PPIP.

Page 6: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Akaun Amanah PMK

4 | P a g e

4.0 PANDUAN PERKONGSIAN KEUNTUNGAN

Sebarang hasil kewangan yang diperoleh daripada produk inovasi,

pertandingan inovasi dan pengkomersialan/ eksploitasi inovasi/ IP

politeknik hendaklah dibahagikan di antara politeknik dengan pereka

cipta setelah mengambil kira potongan ke atas semua perbelanjaan

yang munasabah.

Politeknik Melaka boleh mengagihkan pendapatan bersih tersebut

berdasarkan surat perjanjian yang telah dimeterai di antara politeknik,

pereka cipta dan pihak yang berkenaan (pembeli/ syarikat usahasama/

pemegang lesen).

Surat perjanjian tersebut (MOA) dengan jelas memperuntukkan

persetujuan pengagihan keuntungan dan ditandatangani bersama-

sama oleh politeknik, pereka cipta dan pihak berkenaan.

Terdapat pelbagai model perkongsian keuntungan yang boleh

digunapakai oleh politeknik. Contoh model perkongsian keuntungan

yang boleh dirujuk adalah seperti di bawah:

Model Perkongsian Keuntungan

Jumlah Pereka Cipta Politeknik

1. RM 250,000.00 pertama 80% 20%

2. RM 250,001.00 – RM 1,000,000.00 70% 30%

3. RM 1,000,001.00 – RM 2,000,000.00 60% 40%

4. RM 2,000,001.00 ke atas 50% 50%

(rujukan: Buku Panduan Perancangan Dan Pengurusan Inovasi, Harta Intelek (IP) Dan

Pengkomersialan Politeknik Malaysia terbitan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik

(PPIP), Jabatan Pengajian Politeknik, 2014)

Page 7: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Akaun Amanah PMK

5 | P a g e

Sekiranya terdapat dua atau lebih pereka cipta menghasilkan

inovasi/IP, pengagihan pendapatan pereka cipta adalah mengikut

perjanjian bertulis yang telah dibuat di antara mereka. Jika tiada

sebarang perjanjian bertulis, setiap pereka cipta berhak untuk

mendapat bahagian pendapatan bersih yang sama. Jika terdapat

perubahan dalam keahlian pasukan pereka cipta, terma perjanjian

perlu dirunding semula dalam kalangan pasukan lama dan baharu.

Terma baharu hendaklah didokumenkan.

5.0 PENGURUSAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN PRODUK

INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI DAN

PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI

Pengurusan terimaan bagi hasil kewangan pengkomersialan dan

pemberian saguhati hendaklah dilaksanakan melalui Akaun Amanah,

Unit kewangan Politeknik Melaka, yang telah diluluskan oleh

Pengarah Politeknik Melaka.

Segala pendapatan hasil pengkomersialan inovasi/IP dan apa-apa

jenis sumbangan yang berkaitan hendaklah disampaikan kepada

Pengarah Politeknik Melaka untuk dikreditkan ke dalam Akaun

Amanah,Unit Kewangan Politeknik Melaka.

Page 8: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Akaun Amanah PMK

6 | P a g e

Berikut adalah pembahagian hasil terimaan:

Item Pereka Cipta Politeknik

1. Produk Inovasi 20% 80%

Peserta +

Penyelia

Akaun

Amanah PMK

75% 25%

Item Pereka Cipta Politeknik

2. Pertandingan Inovasi 20% 80%

Peserta Akaun

Amanah PMK

75% 25%

Item Pereka Cipta Politeknik

3. Pengkomersialan/

Pertandingan Usahawan

70% 30%

Peserta Akaun

Amanah PMK

75% 25%

Pertandingan 0% 80% 20%

Keuntungan Keusahawanan 0% 80% 20%

(Fasilitator/ mentor/coach) 20% dari peruntukan peserta

4. Nota: Pensyarah pengiring tidak layak mendapat pembahagian hasil

terimaan

Page 9: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Akaun Amanah PMK

7 | P a g e

Garis Panduan Garis Panduan Pelaksanaan Terimaan Bagi Hasil Kewangan

Produk Inovasi, Pertandingan Produk Inovasi Dan Pengkomersialan, Dan

Pemberian Saguhati Politeknik Melaka versi April 2016 ini telah

dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan

Akaun Bil.4/2015 Politeknik Melaka pada 08 Januari 2016.

Garis panduan ini diluluskan untuk diguna pakai oleh Politeknik Melaka dan

berkuatkuasa mulai Mei 2016.

Page 10: GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI · PDF filePOLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH ... Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka.

Akaun Amanah PMK

8 | P a g e