Garis panduan permohonan pensijilan pengurus perolehan Panduan Program Pensijilan... · iii)...

23
Garis panduan permohonan pensijilan pengurus perolehan CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Transcript of Garis panduan permohonan pensijilan pengurus perolehan Panduan Program Pensijilan... · iii)...

Garis panduan

permohonan pensijilan

pengurus perolehan CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN

IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

1 of 12

REV:07052018

PROGRAM PENSIJILAN UKUR BAHAN

PENSIJILAN PENGURUS PEROLEHAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 OBJEKTIF 2

3.0 TAHAP PENSIJILAN 3

4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN 4

5.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN BIASA) 4

6.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN KHAS) 4

6.0 CARA MEMOHON 5

8.0 LATIHAN 6

9.0 PENILAIAN 6

10.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 - Modul Pensijilan

Lampiran 2 - Borang Permohonan Untuk Pentauliahan Bagi Program Pensijilan

Lampiran 3- Carta Alir Permohonan Untuk Pentauliahan Bagi Program

Pensijilan

Lampiran 4 - Senarai Semak Bagi Pematuhan Syarat-syarat Permohonan

(Laluan Biasa)

Lampiran 5 - Senarai Semak Bagi Pematuhan Syarat-syarat Permohonan

(Laluan Khas)

2 of 12

REV:07052018

PROGRAM PENSIJILAN UKUR BAHAN

PENSIJILAN PENGURUS PEROLEHAN

1.0 PENGENALAN

Program Pensijilan Pengurus Perolehan (Procurement Manager) ini adalah

program di mana Juruukur Bahan akan melalui proses pentauliahan bagi

mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam perolehan

Kerajaan seperti yang disyaratkan dan menepati piawaian pensijilan.

Melalui pentauliahan ini, Juruukur Bahan akan lebih berperanan di dalam

melaksanakan tanggungjawab professional dan seterusnya membantu Jabatan

dalam memberikan nasihat berkaitan perolehan.

Ini merupakan usaha Jabatan selaras dengan Pelan Strategik JKR untuk

melahirkan lebih ramai Juruukur Bahan berkepakaran dalam bidang khusus.

2.0 OBJEKTIF

Pensijilan Pengurus Perolehan ini adalah untuk :-

i) Meningkatkan Kompetensi Juruukur Bahan dalam bidang Perolehan;

ii) Mengiktiraf pengetahuan dan pengalaman Juruukur Bahan dalam

bidang perolehan;

iii) Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang Perolehan selari dengan

kehendak Pelan Bisnes Cawangan;

iv) Mewujudkan peluang pembangunan kerjaya di samping dapat

meningkatkan keupayaan, keyakinan diri dan kepuasan individu.

3 of 12

REV:07052018

3.0 TAHAP PENSIJILAN

Penetapan tahap Pensijilan Pengurus Perolehan ini adalah merujuk kepada

MODEL COMPETENCY & DICTIONARY JKR 293-006-11. Tahap pengkelasan

adalah terdiri daripada tiga (3) tahap pengkelasan. Tahap pengkelasan adalah

terdiri daripada Tahap 2 - Basic, Tahap 3 - Competent dan Tahap 4 – Proficient.

Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan diberi

gelaran seperti berikut:-

3.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

3.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement) Tahap

3

3.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

Pensijilan Pengurus Perolehan Tahap 4 bukan sahaja mentauliahkan

seseorang Juruukur Bahan itu Proficient tetapi juga memantapkan

pengetahuan pegawai tersebut menuju laluannya sebagai Subject Matter

Expert (SME) dalam perolehan Kerajaan.

4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

Calon hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam

menguruskan perolehan Kerajaan di sepanjang berkhidmat sebagai Juruukur

Bahan.

4 of 12

REV:07052018

Ciri-ciri kekompetenan yang dijangka dimiliki adalah seperti berikut:-

i) Berkemahiran dalam menguruskan perolehan Kerajaan;

ii) Mengenalpasti masalah dan berkebolehan menangani masalah berkaitan

perolehan;

iii) Berkebolehan menjalankan tugas tanpa pengawasan.

Skop pengetahuan bagi tahap-tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti

berikut:-

4.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep,

kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu

untuk menganalisa keperluan penggunaan perolehan Kerajaan

seterusnya mengadaptasikan kepada projek-projek Kerajaan. Butiran

modul pensijilan adalah seperti di Lampiran 1.

4.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement) Tahap

3

Pada tahap ini, calon mampu untuk menganalisa dan mengenalpasti

elemen elemen kritikal sebelum keputusan penggunaan perolehan ke

atas projek. Calon telah didedahkan dengan amalan baik perolehan di

sektor swasta dan antarabangsa. Calon lebih mahir untuk mengambil kira

lebih banyak faktor untuk memastikan kejayaan projek melalui perolehan

yang sesuai. Calon juga mampu untuk menjangka masalah dan

memberikan hujah. Calon juga berkemahiran untuk memberi panduan

kepada agensi luar berkenaan perolehan Kerajaan dan juga peraturan-

peraturan Kerajaan berkenaan perolehan Kerajaan. Butiran modul

pensijilan adalah seperti di Lampiran 1.

5 of 12

REV:07052018

4.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

Pada tahap ini, calon lebih mahir untuk mengambil kira lebih banyak

faktor untuk membantu menjayakan projek melalui perolehan yang

sesuai yang mana calon juga mampu untuk menyelesaikan masalah dan

membuat pembaikan serta pengubahsuaian. Calon dilengkapkan dengan

pengetahuan undang-undang serta amalan perolehan swasta yang lebih

mendalam berbanding Tahap 3. Butiran modul pensijilan adalah seperti

di Lampiran 1.

5.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN BIASA)

Calon berminat boleh memohon dengan memenuhi syarat yang ditetapkan :-

5.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-

a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur

Bahan minimum dua (2) tahun;

b) Telah hadir sekurang-kurangnya dua (2) kursus asas Perolehan

anjuran LJBM atau CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB

atau RISM.

c) Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur

Bahan Provisional (Provisional Quantity Surveyor).

6 of 12

REV:07052018

5.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement) Tahap

3

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-

a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur

Bahan minimum lima (5) tahun;

b) Lulus kursus Tahap 2;

c) Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur

Bahan Provisional (Provisional Quantity Surveyor).

5.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-

a) Pengalaman bekerja sebagai Juruukur Bahan dalam sektor

Kerajaan minimum lapan (8) tahun;

b) Pengalaman menguruskan perolehan Kerajaan dalam tempoh

sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;

c) Calon telah lulus kursus Tahap 3;

d) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,

Juruukur Bahan Profesional ATAU Juruukur Bahan Konsultan

(Professional Quantity Surveyor (PQS) OR Consultant Quantity

Surveyor (CQS));

Dan salah satu daripada

e) Berpengalaman menjadi penceramah/fasilitator ATAU membuat

pembentangan kertas kerja dalam bidang perolehan di peringkat

Jabatan/ Agensi/ Kementerian;

7 of 12

REV:07052018

f) Berpengalaman dalam menyediakan garis panduan ATAU

menulis buku/ artikel/ lain-lain penulisan dalam bidang perolehan

di peringkat Jabatan/ Agensi/Kementerian.

6.0 SYARAT PEMBANTU JURUUKUR BAHAN KE TAHAP 2

Calon mestilah memenuhi kriteria tersebut:

a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Penolong Juruukur

Bahan minimum tujuh (7) tahun;

b) Telah hadir sekurang-kurangnya empat (4) kursus asas Perolehan

anjuran LJBM atau CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau

RISM.

7.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN KHAS)

Calon juga boleh dikecualikan daripada tahap-tahap tertentu di atas melalui

Laluan Khas. Permohonan boleh dipertimbangkan oleh Panel Bidang

Kepakaran dengan syarat pemohon perlu mengemukakan pembuktian seperti

berikut:

6.1 Laluan Khas Ke Tahap 2

a) Mempunyai kelulusan Sarjana atau setaraf dengannya dalam

bidang perolehan;

b) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,

Juruukur Bahan Profesional (Professional Quantity Surveyor

(PQS)) ataupun Juruukur Bahan Konsultan (Consultant Quantity

Surveyor (CQS)) dengan Laporan Analisa Kritikal dalam bidang

perolehan;

8 of 12

REV:07052018

c) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan selama lima (5) tahun

dan sekurang-kurangnya pernah 3 kali terlibat didalam salah satu

proses:

Perolehan Kapasiti

1 Proses Perolehan

Tender atau

HODT/Penilai Tender

2 Proses Sebutharga atau Urusetia/Ahli Jawatankuasa

3 Proses FMM HODT/Penilai Tender

e) Telah hadir sekurang-kurangnya dua (2) bilangan kursus asas

Perolehan ataupun daripada salah satu modul berikut:

i. Tender

ii. Sebutharga

Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM,

atau CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM.

Kursus tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5 tahun

daripada tempoh permohonan.

6.2 Laluan Khas Ke Tahap 3

a) Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah atau setaraf dengannya

dalam bidang perolehan;

b) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,

Juruukur Bahan Profesional (Professional Quantity Surveyor

(PQS)) ataupun Juruukur Bahan Konsultan (Consultant Quantity

Surveyor (CQS)) dengan Laporan Analisa Kritikal dalam bidang

perolehan;

c) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan selama lapan (8)

tahun dan sekurang-kurangnya pernah 5 kali terlibat didalam

proses:

9 of 12

REV:07052018

Bidang Perolehan Kapasiti

1 Proses Perolehan

Tender

HOPT/HODT/Penilai Tender/Ahli

Lembaga Perolehan/Urusetia

Lembaga Perolehan

2 Proses Sebutharga Urusetia/Ahli Jawatankuasa

3 Proses FMM HOPT/HODT/Penilai Tender

d) Telah hadir sekurang-kurangnya lima (5) bilangan kursus asas

Perolehan ataupun daripada salah satu modul berikut:

i. Tender

ii. Sebutharga

iii. Penilaian Tender

iv. FMM

Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM,

atau CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM.

Kursus tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5 tahun

daripada tempoh permohonan;

e) Personal statement yang menceritakan pengalaman

mengendalikan perolehan sepanjang bekerja;

f) Berpengalaman menjadi penceramah/fasilitator sekurang-

kurangnya 2 kali di dalam subjek perolehan asas ataupun mana-

mana modul seperti yang disenaraikan pada B (i), (ii), (iii), (iv) di

peringkat Jabatan/ Agensi/ Kementerian;

g) Berpengalaman dalam menyediakan garis panduan ATAU menulis

buku/ artikel/ lain-lain penulisan dalam bidang perolehan di

peringkat Jabatan/ Agensi/Kementerian.

6.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

10 of 12

REV:07052018

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-

a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan selama 10 tahun dan

sekurang-kurangnya pernah 7 kali terlibat didalam proses:

Bidang Perolehan Kapasiti

1 Proses perolehan

tender

HOPT/HODT/penilai tender/Ahli

Lembaga Perolehan/Urusetia

Lembaga PErolehan

2 Proses sebutharga Urusetia/Ahli Jawatankuasa

3 Proses FMM HOPT/HODT/Penilai Tender

4 Rundingan Harga HODT/HOPT

5 Risk Management Ahli

b) Pernah menjadi tenaga pengajar sekurang-kurangnya 5 kali didalam

subjek perolehan asas ataupun mana-mana modul seperti yang

disenaraikan pada B (i), (ii), (iii), (iv) kepada JKR ataupun agensi luar

c) Pernah menganggotai satu kali sebagai ahli Jawatankuasa garis

panduan/pekeliling yang berkaitan dengan perolehan di JKR atau agensi

luar

d) Pernah membentang atau menulis artikel berkaitan perolehan di

peringkat nasional sebanyak sekurang-kurangnya 2 bilangan

e) Berdaftar dengan LJBM sebagai Juruukur Bahan Profesional ATAU

Juruukur Bahan Konsultan

6.4 Laluan Khas Bagi Calon Yang Diperakukan Oleh Ketua Disiplin

11 of 12

REV:07052018

Calon yang diperakukan oleh Ketua Disiplin berdasarkan pengalaman

dan perkhidmatan dalam bidang perolehan.

Calon-calon dikehendaki untuk mengemukakan bukti-bukti lanjut sekiranya

diperlukan oleh Panel Bidang Kepakaran dan penilaian adalah berdasarkan

temuduga/temubual.

8.0 CARA MEMOHON

Hebahan program akan dibuat melalui :-

i) Laman Web JKR;

ii) Surat Jemputan calon kepada Ketua Jabatan.

Pertanyaan dan borang permohonan yang lengkap di Lampiran 2 hendaklah

dialamatkan kepada:-

Makmal Penyelidikan Ukur Bahan

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE),

Jabatan Kerja Raya Malaysia,

Jalan Kemus, Simpang Ampat,

78000 Alor Gajah,

Melaka.

Carta alir permohonan untuk pentauliahan bagi program pensijilan adalah

seperti di Lampiran 3.

9.0 LATIHAN

12 of 12

REV:07052018

Program ini akan dikendalikan mengikut modul kursus teknikal yang telah

digubal dengan merujuk kepada kursus anjuran CREaTE.

Senarai modul berkaitan keseluruhan Program adalah seperti di Lampiran 1.

10.0 PENILAIAN

Pentauliahan pensijilan akan dinilai berdasarkan perkara-perkara berikut:-

9.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;

b) Lulus ujian pensijilan.

9.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement) Tahap

3

a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;

b) Lulus ujian pensijilan.

9.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)

Tahap 4

a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;

b) Menyediakan Laporan Cadangan Penyelesaian Kajian Kes;

c) Lulus Pembentangan Cadangan Penyelesaian Kajian Kes

Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut:-

Program Pensijilan Kriteria Markah

Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2

Peperiksaan Objektif (individu) 100%

13 of 12

REV:07052018

Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement) Tahap 3

Peperiksaan Subjektif (individu) 100%

Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager) Tahap 4

Laporan Cadangan Penyelesaian

Kajian Kes

60%

Pembentangan Laporan Cadangan

Penyelesaian Kajian Kes

40%

Calon mestilah memperolehi markah keseluruhan sekurang-kurangnya 80%

untuk melayakkan memperolehi pensijilan ini.

LAMPIRAN 1 SIJIL TAHAP 2

Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul

Kaedah Penyampaian

Tatacara Perolehan dan Peraturan Kerajaan

Pengenalan Kaedah Perolehan Kerja Konvensional Kerajaan PK1 oleh Kementerian Kewangan Dasar, Prinsip dan

Perancangan Perolehan

Kaedah Perolehan

Isu dan Cabaran

Pendedahan kepada lesson learnt

2 Jam

Syarahan

Perolehan Tender Terhad/Pra-kelayakan oleh JKR 2 Jam

Tatacara Perolehan Kerja di bawah RM 500K dan Perolehan Darurat

2 Jam

Penyediaan dokumen tender dan TTD 2 Jam

Kaedah Penilaian Tender 2 Jam

Pengenalan Perolehan dalam FMM 2 Jam

Pengenalan kepada Perolehan Perlantikan Perunding dan Kaedah Penilaian Teknikal dan Kewangan Perunding oleh JKR

2 Jam

Pengenalan kepada Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan oleh Kementerian Kewangan

2 Jam

Perolehan bagi menyiapkan Projek Sakit 2 Jam

Etika dan Integriti

Integriti dalam Pengurusan Perolehan oleh SPRM Konsep Integriti didalam perolehan awam

Kesalahan rasuah didalam perolehan awam dan lain-lain kesalahan yang berkaitan

Etika mengurus perolehan awam

Isu dan Cabaran

2 Jam Syarahan

1 of 12

REV:07052018

SIJIL TAHAP 2

Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul

Kaedah Penyampaian

Teknikal

Kaedah Perolehan Swasta dan Antarabangsa (I) Konsep

Strategi Pemilihan Kontraktor

Kaedah Pelaksanaan

Amalan Terbaik

Isu dan Cabaran

2 Jam

Syarahan

Kos Kitar Hayat (J) Konsep

Pengiraan kos kitar hayat (Kaizen costing etc)

Analisis Kos Kitar Hayat

Aplikasi Kos Kitar Hayat

Amalan Terbaik

Isu dan Cabaran

2 Jam

Penyenggaraan dan Operasi (J) Konsep

Pegurusan penyenggaraan dan operasi

Pengiraan Kos Penyenggaraan dan Operasi

Value Analysis

Amalan Terbaik

Isu dan Cabaran

2 Jam

Pengurusan Risiko Konsep

Komponen kos didalam risiko

Identification of risk

Assessment of risk

2 Jam

2 of 12

REV:07052018

Valuing risk

Legal liability, economic damages and non-economic damages

Pengenalan kepada Kontrak Konsesi (I) Konsep

Klausa-Klausa

Isu dan Cabaran

Pengajaran

2 Jam

Peraturan-peraturan Perolehan Kerajaan (akta, pekeliling, panduan) (I)

Akta

Peraturan

2 Jam

Kemahiran keras dan kemahiran

insani

Kemahiran Rundingan Konsep

Persediaan rundingan

Rundingan

Strategi

Psikologi rundingan

Pos rundingan

Isu dan Cabaran

2 Jam Syarahan dan latihan di dalam

kelas

Kemahiran Mengurus Pemegang Saham 2 Jam Syarahan dan latihan di dalam

kelas

Isu Perundangan didalam Perolehan (J) Pembentukan kontrak

Surat Niat

Surat Setuju Terima Kes dan Iktibar

4 Jam Syarahan

3 of 12

REV:07052018

TAHAP 4

Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul

Kaedah Penyampaian

Pentadbiran Kewangan Kerajaan & Perakaunan Kerajaan (KKR)

Konsep kewangan Kerajaan

Pengurusan Kewangan Kerajaan

Sumber Kewangan Kerajaan

Ekonomi Sektor Awam

Prinsip perakaunan kerajaan

Jenis Perakaunan Kerajaan

Amalan Terbaik

Isu dan Cabaran

2 Jam Syarahan

TPPA dan Perolehan Kerajaan (R) 2 Jam Syarahan

Pelan Kewangan Pengenalan kepada pelan kewangan

Perancangan dan penilaian kewangan

Cash Flow forecasting

2 Jam Syarahan

Model Kewangan (optional) (UKAS) Pengenalan kepada model kewangan

Analisa Penyata Kewangan

Analisa Kewangan

Ratio kewangan

Model Kewangan

2 Jam Syarahan

4 of 12

REV:07052018

Lawatan Teknikal dan Kajian Kes 4 Jam Lawatan

LAMPIRAN 2

BORANG PERMOHONAN UNTUK PROGRAM PENSIJILAN

(Diisi Oleh Calon)

TAHAP : 2 TAHAP : 3 TAHAP: 4

BAHAGIAN I : MAKLUMAT PERIBADI PEMOHON

Nama Penuh

Jawatan

No. Kad Pengenalan

Tarikh Lantikan Pertama & Gred Sekarang

Jantina Bahagian

Nama & Alamat Majikan

Cawangan/ Negeri

No. Tel (P) No. Tel (Bimbit)

No. Fax Emel

No BQSM Bil Kakitangan Seliaan

BAHAGIAN II : KELAYAKAN AKADEMIK

Bil Sijil/Diploma/Ijazah/IjazahSarjana/PHD Kolej/Universiti Tahun

BAHAGIAN III : LAIN –LAIN KELAYAKAN

Bil Kelayakan Kolej/Universiti/BadanIktisas Tahun

LAMPIRAN 2

BAHAGIAN IV : PENGALAMAN KERJA (Pengalaman kerja dan tempoh)

Bil Tempat Bertugas Bidang tugas (secara ringkas) Gred Jawatan/Tempoh

LAMPIRAN 2

BAHAGIAN V : SENARAI KURSUS YANG DI HADIRI (Permohonan Untuk Tahap 2 Sahaja)

BAHAGIAN VI : SIJIL TAHAP 2 YANG DI HADIRI (Permohonan Untuk Tahap 3 Sahaja)

BAHAGIAN VII : SIJIL TAHAP 3 YANG DI HADIRI (Permohonan Untuk Tahap 4 Sahaja)

Tandatangan Pemohon : Disokong/ Tidak Disokong (Ketua Bahagian)

……………………………………………… ………………………………………………

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan :

Cop Jabatan : Cop Jabatan :

Tarikh : Tarikh :

CARTA ALIR PERMOHONAN UNTUK PENTAULIAHAN BAGI LAMPIRAN 3 PROGRAM PENSIJILAN UKUR BAHAN

Terima borang permohonan daripada calon

Memaklumkan kepada calon yang

tidak memenuhi syarat-syarat

ditetapkan

Menghadiri kursus/program yang diwajibkan

Pengesyoran nama calon yang lulus kepada JK

Program Pensijilan Ukur Bahan di CKUB

Persidangan JK Program Pensijilan Ukur Bahan di

CKUB

Memaklumkan keputusan JK Program Pensijilan

Ukur Bahan kepada CREaTE

Pentauliahan kepada calon yang berjaya

M

Penilaian calon oleh

Panel Penilai yang dilantik

oleh Ketua Bidang

T

YA

YA

TIDAK

TIDAK

Urusetia CREaTE

Urusetia CREaTE

Calon

Panel

Penilai

Urusetia CREaTE

Urusetia

CKUB

Urusetia

CKUB

Urusetia CREaTE

Membuat tapisan mengikut

syarat kelayakan calon

menggunakan Senarai

Semak

Memaklumkan kepada calon yang

tidak lulus penilaian