GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN … · 2019. 5. 16. · KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9...

60
KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21) 1 GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah mengenai bilangan Pekerja Kebersihan, terma dan syarat serta skop dan spesifikasi perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK) bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2. LATAR BELAKANG 2.1. Selaras dengan Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) #40: Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid untuk mengoptimakan kos pengurusan SKM, SKM digugurkan daripada senarai premis bagi tender perkhidmatan KBK yang dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan (BPL) mulai tahun 2019 memandangkan skop dan spesifikasi perkhidmatan KBK bagi sekolah tersebut adalah terhad berdasarkan kepada bilangan murid serta nilai aset Kerajaan yang lebih rendah berbanding lain-lain sekolah. 2.2. Susulan itu, perolehan perkhidmatan KBK bagi SKM dilaksanakan di peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau kewangan semasa. 3. TAFSIRAN Bagi tujuan garis panduan ini (a) Sekolah Kurang Murid” atau “SKM” ertinya sekolah yang mempunyai bilangan murid 150 orang atau kurang;

Transcript of GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN … · 2019. 5. 16. · KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9...

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    1

    GARIS PANDUAN

    PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

    BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)

    DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    1. TUJUAN

    Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan

    Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah

    mengenai bilangan Pekerja Kebersihan, terma dan syarat serta skop dan

    spesifikasi perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK) bagi Sekolah

    Kurang Murid (SKM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    2. LATAR BELAKANG

    2.1. Selaras dengan Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

    #40: Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid untuk mengoptimakan kos

    pengurusan SKM, SKM digugurkan daripada senarai premis bagi tender

    perkhidmatan KBK yang dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan (BPL) mulai

    tahun 2019 memandangkan skop dan spesifikasi perkhidmatan KBK bagi

    sekolah tersebut adalah terhad berdasarkan kepada bilangan murid serta nilai

    aset Kerajaan yang lebih rendah berbanding lain-lain sekolah.

    2.2. Susulan itu, perolehan perkhidmatan KBK bagi SKM dilaksanakan di

    peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ)

    mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau kewangan semasa.

    3. TAFSIRAN

    Bagi tujuan garis panduan ini –

    (a) “Sekolah Kurang Murid” atau “SKM” ertinya sekolah yang mempunyai

    bilangan murid 150 orang atau kurang;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    2

    (b) “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia dan termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian

    Pendidikan Malaysia atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua

    Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk mana-mana pegawai

    atas jawatan yang diberi kuasa sebagai Pentadbir Kontrak;

    (c) “Kontraktor” ertinya sebuah syarikat atau perniagaan yang didaftarkan di

    Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau Akta Pendaftaran

    Perniagaan 1956 [Akta 197] dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan

    Malaysia, serta dilantik oleh Kerajaan bagi memberikan perkhidmatan

    kebersihan bangunan dan kawasan bagi Premis di bawah Kementerian

    Pendidikan Malaysia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan;

    (d) “Perjanjian” ertinya Perjanjian Kebersihan Bangunan dan Kawasan antara

    Kerajaan dengan Kontraktor;

    (e) “Perkhidmatan” ertinya perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan

    yang disediakan oleh Kontraktor termasuk mesin, kelengkapan, peralatan

    dan bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan Jadual 2;

    (f) “Premis” ertinya kawasan dan/atau bangunan Perkhidmatan dilaksanakan

    seperti yang ditentukan oleh Kerajaan;

    (g) “Anggaran Nilai Perjanjian” ertinya anggaran jumlah keseluruhan yang perlu

    dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor bagi pembekalan Perkhidmatan;

    (h) “Bayaran Perkhidmatan” ertinya jumlah yang perlu dibayar oleh Kerajaan

    kepada Kontraktor;

    (i) “Tempoh Perjanjian” ertinya tempoh Kontraktor untuk memberikan

    Perkhidmatan kepada Kerajaan daripada tarikh mula (Tarikh Berkuat Kuasa)

    hingga tarikh akhir (Tarikh Tamat);

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    3

    (j) “Bon Pelaksanaan” ertinya jaminan tidak boleh batal yang telah atau akan

    dikeluarkan oleh institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta

    Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau Akta Perkhidmatan

    Kewangan Islam 2013 [Akta 759] atau undang-undang Malaysia lain yang

    terpakai atau mana-mana institusi yang dibenarkan oleh Kerajaan;

    (k) “Pekerja Kebersihan” ertinya mana-mana orang yang digaji oleh Kontraktor

    untuk melaksanakan perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan

    seperti di Jadual 1;

    (l) “Penyelia” ertinya orang yang telah dilantik oleh Kontraktor yang bukan

    daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang akan bertindak sebagai

    pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan pihak

    Kontraktor dan melaksanakan tanngungjawab dalam Jadual 1; dan

    (m) “Ketua Jabatan” ertinya Pengarah JPN, Pegawai Pendidikan Daerah,

    Pengetua dan Guru Besar.

    4. KRITERIA ASAS PEMILIHAN KONTRAKTOR

    Kriteria asas pemilihan Kontraktor adalah seperti berikut –

    (a) Kontraktor berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod

    bidang Perkhidmatan Mencuci Bangunan dan Membersih Kawasan di

    bawah Bidang, Sub-Bidang dan Pecahan Sub-Bidang 221001

    (Pembersihan Bangunan dan Pejabat) dan 221002 (Membersih

    Kawasan) yang masih sah dan berkuat kuasa; dan

    (b) Kontraktor mempunyai keupayaan teknikal dan kewangan yang kukuh.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    4

    5. BILANGAN PEKERJA KEBERSIHAN

    Bilangan Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah –

    (a) Bagi SKM tanpa asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah dua (2)

    orang; dan

    (b) Bagi SKM yang mempunyai asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah

    tiga (3) orang.

    6. PELANTIKAN PEKERJA KEBERSIHAN OLEH KONTRAKTOR

    6.1. Pelantikan

    (a) Kontraktor dikehendaki menggaji dan menentukan Pekerja Kebersihan

    yang bertugas sepertimana yang ditetapkan.

    (b) Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pekerja

    Kebersihan dari aspek pembayaran gaji dan upah, caruman

    Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang

    Simpanan Pekerja (KWSP), pakaian seragam dan aksesori, mesin,

    kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan bagi melaksanakan

    pembersihan bangunan dan kawasan, latihan dan kursus berkaitan

    pembersihan bangunan dan kawasan, disiplin, kebajikan, perbelanjaan

    perubatan dan rawatan.

    (c) Sekiranya seseorang Pekerja Kebersihan itu bercuti sakit, cuti rehat,

    cuti kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri untuk bertugas

    atau dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan diri untuk bertugas,

    maka Kontraktor hendaklah menyediakan pengganti Pekerja

    Kebersihan tersebut daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang telah

    disahkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    5

    (d) Sekiranya pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian atau

    semasa Pekerja Kebersihan menjalankan Perkhidmatan, Kerajaan

    mendapati Pekerja Kebersihan yang dibekalkan tidak memenuhi

    kriteria pelantikan atau tidak sesuai untuk melaksanakan

    Perkhidmatan, Kontraktor hendaklah menyediakan pengganti Pekerja

    Kebersihan daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang telah disahkan

    oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan tanpa apa-apa kos

    tambahan kepada Kerajaan.

    (e) Sekiranya Kontraktor gagal menyediakan pengganti Pekerja

    Kebersihan, Kerajaan berhak membuat tolakan ke atas Bayaran

    Perkhidmatan mengikut pengiraan tolakan menurut Jadual 4.

    (f) Kerajaan boleh meminta Kontraktor menambah bilangan Pekerja

    Kebersihan pada masa tertentu sekiranya difikirkan perlu oleh

    Kerajaan. Dalam keadaan tersebut, pihak Kerajaan dan Kontraktor

    akan merundingkan, antara lain, Bayaran Perkhidmatan yang akan

    dibayar kepada Kontraktor dan skop kerja dan sebarang perkiraan yang

    dipersetujui hendaklah diperuntukkan melalui perjanjian tambahan

    yang akan dibuat kemudian oleh pihak Kerajaan dan Kontraktor.

    6.2. Kriteria Pelantikan

    Dalam melantik Pekerja Kebersihan bagi melaksanakan Perkhidmatan,

    Kontraktor hendaklah –

    (a) mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang,

    peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa di Malaysia;

    (b) mengadakan perbincangan dengan Ketua Jabatan/Pengetua/Guru

    Besar/pentadbir Premis dan mempersetujui secara bertulis bagi tujuan

    seperti berikut –

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    6

    (i) menentukan kawasan Premis yang perlu dibersihkan;

    (ii) mengatur pelaksanaan skop Perkhidmatan;

    (iii) taklimat mengenai peraturan-peraturan Premis;

    (iv) senarai Pekerja Kebersihan yang akan dibekalkan; dan

    (v) lain-lain perkara yang berkaitan.

    (c) melantik Pekerja Kebersihan daripada kalangan warganegara

    Malaysia sahaja yang telah mendapat pengesahan kad pengenalan

    biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara. Warga asing

    tidak boleh dilantik sebagai Pekerja Kebersihan dan tidak dibenarkan

    berada dalam kawasan Premis sepanjang Tempoh Perjanjian kecuali

    mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan;

    (d) tidak menggaji atau mengambil bekerja mana-mana orang di bawah

    umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur enam puluh tiga

    (63) tahun sebagai Pekerja Kebersihan. Walau bagaimanapun, bagi

    mana-mana orang yang berumur 56 tahun sehingga 63 tahun boleh

    dilantik sebagai Pekerja Kebersihan hendaklah mendapat pengesahan

    daripada Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai tahap kesihatan

    diperolehi setiap tahun dan dikemukakan untuk kelulusan Ketua

    Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis;

    (e) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik fasih bertutur, membaca

    dan menulis dalam Bahasa Malaysia;

    (f) memastikan Pekerja Kebersihan tidak buta warna dan tidak cacat

    pendengaran;

    (g) menentukan hanya Pekerja Kebersihan yang berpengalaman, terlatih,

    cekap dan berwibawa ditugaskan;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    7

    (h) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik adalah berdisiplin,

    cergas, sihat tubuh badan, berpengetahuan dan terlatih dalam aspek

    pembersihan bangunan dan kawasan;

    (i) memastikan Pekerja Kebersihan yang diambil bekerja sentiasa

    menjaga kebersihan diri dan bebas daripada apa-apa wabak atau

    penyakit berbahaya atau berjangkit;

    (j) memastikan setiap Pekerja Kebersihan telah atau dikehendaki dari

    semasa ke semasa menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi dan

    disahkan sihat tubuh badan, penglihatan yang baik dan mempunyai

    rekod perubatan yang disahkan oleh Pengawai Perubatan Kerajaan;

    (k) memastikan Pekerja Kebersihan yang diambil bekerja tidak mempunyai

    rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah

    berbahaya dan aktiviti-aktiviti tidak sah atau tidak bermoral;

    (l) memastikan bahawa pengambilan Pekerja Kebersihan bertugas yang

    mempunyai pertalian saudara adalah tidak melebihi daripada dua (2)

    orang;

    (m) mengemukakan Maklumat Peribadi Pekerja Kebersihan kepada

    Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh Berkuat

    Kuasa Perjanjian atau tarikh Pekerja Kebersihan berkenaan dilantik

    oleh Kontraktor, mengikut mana yang terkemudian seperti berikut –

    (i) nama, salinan kad pengenalan dan pengesahan kad pengenalan

    biometrik oleh Jabatan Pendaftaran Negara, gambar terkini

    Pekerja Kebersihan, alamat dan nombor telefon Pekerja

    Kebersihan;

    (ii) latar belakang dan kelayakan Pekerja Kebersihan;

    (iii) jadual bertugas Pekerja Kebersihan;

    (iv) surat lantikan Pekerja Kebersihan oleh Kontraktor; dan

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    8

    (v) nama dan nombor telefon Penyelia.

    (n) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik berkelakuan baik,

    bertatatertib, mematuhi peraturan-peraturan dan tidak melakukan

    perbuatan-perbuatan buruk, salah laku atau menyalahi undang-undang

    sepanjang Tempoh Perjanjian;

    (o) memastikan Pekerja Kebersihan wanita sahaja dibenarkan bekerja di

    blok asrama perempuan bagi Premis yang mempunyai asrama

    termasuk tandas perempuan di Premis; dan

    (p) menghalusi pemilihan dan pengambilan kerja Pekerja Kebersihan atau

    mana-mana pekerja yang diletakkan dan ditugaskan;

    7. OBLIGASI KONTRAKTOR

    7.1. Perkhidmatan

    (a) Kontraktor hendaklah memastikan dan menetapkan bahawa pada

    setiap masa, Perkhidmatan dilaksanakan menurut skop dan spesifikasi

    Perkhidmatan seperti yang ditentukan dalam Jadual 1;

    (b) Kontraktor hendaklah melantik seorang Penyelia yang bukan

    daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang akan bertindak sebagai

    pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan pihak

    Kontraktor. Kontraktor hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan

    secara bertulis sekiranya terdapat pertukaran atau pelantikan Penyelia

    yang baharu;

    (c) Kontraktor hendaklah menyediakan sesalinan kod etika, fungsi dan

    tanggungjawab Pekerja Kebersihan yang telah ditandatangani oleh

    Pekerja Kebersihan itu untuk diserahkan kepada Pekerja Kebersihan

    tersebut;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    9

    (d) Kontraktor hendaklah membenarkan mana-mana wakil Kerajaan yang

    diberi kuasa untuk memeriksa dan membuat lawatan di Premis pada

    bila-bila masa;

    (e) Kontraktor bertanggungjawab menjaga nama baik, imej dan reputasi

    Premis dan Kerajaan sepanjang masa;

    (f) Kontraktor hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas

    Pekerja Kebersihan yang didapati lalai, cuai dan melakukan kesalahan

    jenayah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat

    kuasa;

    (g) Kontraktor hendaklah memastikan Pekerja Kebersihan bersikap sopan-

    santun, bertatatertib dan mematuhi peraturan-peraturan yang

    dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;

    (h) Kontraktor hendaklah membekalkan dan menyenggara segala mesin,

    kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh Pekerja

    Kebersihan dalam memberikan Perkhidmatan;

    (i) Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang

    berkenaan pembuangan sampah sarap serta membuang semua

    sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah

    yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan;

    (j) Kontraktor hendaklah menanggung kos/saman/denda yang dikenakan

    oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan atas kesalahan

    berhubung pembuangan sampah sarap dan bahan-bahan buangan

    yang dikendalikan oleh Kontraktor;

    (k) Kontraktor hendaklah menanggung kos/saman/denda yang dikenakan

    oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atas kesalahan terdapat

    tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam kawasan Perkhidmatan;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    10

    (l) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa hanya Pekerja Kebersihan

    yang berpengalaman dan terlatih mengendalikan mesin, kelengkapan,

    peralatan dan bahan-bahan;

    (m) Kontraktor hendaklah sentiasa mengutamakan aspek keselamatan

    dan mengambil langkah-langkah keselamatan dalam memberikan

    Perkhidmatan;

    (n) Kontraktor hendaklah membaiki kerosakan harta Kerajaan yang

    disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau

    Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor atas

    perbelanjaan dan kos sendiri. Kerosakan harta Kerajaan yang tidak

    boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau

    lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan;

    (o) Apa-apa pembaikan, penggantian dan/atau pembayaran yang

    hendaklah dibuat oleh Kontraktor kepada Kerajaan hendaklah

    disempurnakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh

    tuntutan atau suatu tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh

    Kerajaan. Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembaikan,

    penggantian dan/atau pembayaran berkenaan, Kerajaan berhak

    mendapatkan amaun yang dituntut itu dengan membuat pemotongan

    daripada apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada Kontraktor atau

    di bawah Bon Pelaksanaan;

    (p) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa

    pembayaran caj, cukai, levi, bayaran, permit, kebenaran atau lesen,

    mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikenakan oleh Pihak

    Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi Kerajaan berkenaan

    dengan Perkhidmatan dan Pekerja Kebersihan;

    (q) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa

    pembayaran dan ganti rugi bagi apa-apa kerugian termasuk reputasi

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    11

    dan nama baik yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh

    mogok dan ketidakhadiran Pekerja Kebersihan dan termasuk kerugian

    akibat kegagalan pematuhan peruntukan undang-undang berkenaan

    dengan penggajian Pekerja Kebersihan dan pembuangan sampah

    sarap;

    (r) Kontraktor digalakkan untuk melantik Pekerja Kebersihan yang pernah

    berkhidmat dengan Kontraktor terdahulu;

    (s) Kontraktor digalakkan menghantar Pekerja Kebersihan untuk mengikuti

    kursus berkaitan perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan

    yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan pihak swasta atas

    perbelanjaan dan kos Kontraktor sendiri;

    (t) Kontraktor hendaklah memastikan Pekerja Kebersihan –

    (i) bertanggungjawab menjaga kebersihan Premis;

    (ii) memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti

    di Jadual 3 dan sentiasa menjaga keterampilan diri bagi menjaga

    nama baik Kerajaan;

    (iii) tidak berambut panjang bagi lelaki dan berambut kemas bagi

    perempuan;

    (iv) tidak menggunakan telefon bimbit, merokok, tidur, mabuk dan

    membaca majalah/suratkhabar semasa bertugas;

    (v) mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja

    Kebersihan semasa waktu bertugas sebelum menjalankan tugas

    dan apabila hendak meninggalkan tugas. Kegagalan Pekerja

    Kebersihan berbuat demikian adalah dianggap tidak hadir

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    12

    bertugas dan tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan boleh

    mengenakan tolakan terhadap Kontraktor;

    (vi) mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan dalam Jadual

    Pembersihan. Kegagalan Pekerja Kebersihan berbuat demikian

    adalah dianggap tidak melaksanakan kerja pembersihan dan

    tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan boleh mengenakan

    tolakan terhadap Kontraktor;

    (vii) sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan

    bersesuaian semasa melaksanakan Perkhidmatan;

    (viii) memastikan tiada mana-mana orang yang dibenarkan berada di

    Premis berada di kawasan berumput, padang dan kawasan

    Premis yang terlibat ketika kerja pemotongan rumput dan kerja

    penebasan/pemotongan/pemangkasan pagar tanaman (hedges),

    semak/belukar dan pokok kecil/renek dilaksanakan di kawasan

    tersebut;

    (ix) meletakkan atau mempamerkan tanda amaran keselamatan

    ketika kerja pembersihan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan

    berlakunya kemalangan kepada mana-mana orang yang

    dibenarkan berada di Premis akibat kecuaian, kelalaian atau salah

    laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja

    Kontraktor;

    (x) mengendalikan/menggunakan mesin, kelengkapan, peralatan

    dan bahan-bahan yang disediakan oleh Kontraktor mengikut

    tatacara penggunaan/pemakaian yang betul bagi mengelakkan

    sebarang kemalangan kepada mana-mana orang yang

    dibenarkan berada di Premis atau kerosakan harta Kerajaan di

    Premis;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    13

    (xi) menyimpan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan di

    ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;

    (xii) membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di

    tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa

    Tempatan;

    (xiii) memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di Premis;

    dan

    (xiv) bersikap profesional, berdisiplin, sopan-santun, bertatatertib serta

    mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke

    semasa oleh Kerajaan semasa melaksanakan Perkhidmatan.

    7.2. Mesin, Kelengkapan, Peralatan dan Bahan-bahan

    (a) Kontraktor hendaklah menyediakan segala mesin, kelengkapan,

    peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh Pekerja Kebersihan

    sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual 2 bagi tujuan memberikan

    Perkhidmatan; dan

    (b) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa sepanjang Tempoh

    Perjanjian, segala mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan

    sentiasa mencukupi, berada dalam keadaan baik, bersih, kemas,

    tersusun, disenggara dengan teratur serta boleh berfungsi dengan

    sempurna pada setiap masa.

    7.3. Laporan Harian

    (a) Kontraktor hendaklah menyenggara Buku Rekod Kehadiran Pekerja

    Kebersihan dan Jadual Pembersihan serta memastikannya

    dilengkapkan pada setiap hari oleh Pekerja Kebersihan yang bertugas.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    14

    (b) Pekerja Kebersihan yang bertugas hendaklah mencatatkan kehadiran

    dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi mengesahkan

    kehadiran semasa waktu bertugas sebelum menjalankan tugas dan

    apabila hendak meninggalkan tugas..

    (c) Kontraktor hendaklah menghantar laporan kehadiran Pekerja

    Kebersihan dan keadaan kebersihan setiap hari dan

    mengemukakannya kepada wakil Kerajaan untuk semakan.

    (d) Laporan bagi setiap hari hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada

    pukul 9.00 pagi hari yang berikutnya.

    7.4. Perlindungan Insurans

    (a) Kontraktor hendaklah mengambil perlindungan insurans bagi setiap

    Pekerja Kebersihan dan mana-mana pekerjanya yang ditugaskan

    melaksanakan Perkhidmatan terhadap apa-apa kecederaan yang

    dialami oleh mereka semasa menjalankan tugas tersebut dan

    melainkan kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian Kerajaan.

    (b) Kontraktor hendaklah menanggung kerugian Kerajaan terhadap semua

    tindakan atau tuntutan yang berkenaan dengan kecederaan tersebut.

    8. HARGA TAWARAN

    8.1. Harga Tawaran penyebut harga/petender hendaklah mengambil kira semua

    kos berkaitan termasuk segala kos yang terlibat semasa atau selepas

    tawaran, kos pentadbiran serta semua kos berkaitan dengan Perkhidmatan

    seperti pengangkutan, perkhidmatan, mesin, kelengkapan, peralatan dan

    bahan-bahan, cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan dan semua kos

    luar jangka yang berkaitan.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    15

    8.2. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender adalah tetap,

    harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh

    dipinda selepas penawaran sebut harga/tender ditutup serta akan

    berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku sebut harga/tender. Harga

    yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender yang berjaya hendaklah

    dipatuhi sepanjang masa Perjanjian berkuat kuasa dan tidak boleh dibuat

    sebarang perubahan KECUALI atas persetujuan bersama oleh kedua-dua

    pihak Kerajaan dan Kontraktor.

    8.3. Harga yang ditawarkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan

    harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua

    (2) titik perpuluhan sahaja, sebagai contoh RM2.10.

    8.4. Tawaran harga hendaklah telah mengambil kiraan fi perkhidmatan sistem

    ePerolehan. Pengiraan fi perkhidmatan adalah berdasarkan kepada perkara

    berikut –

    (a) One-time payment

    Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus

    (0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum

    berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.

    (b) Multiple payment

    Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat peratus

    (0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum

    berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2

    juta atau lebih.

    8.5. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.

    Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    16

    bukanlah nilai Perjanjian muktamad yang akan ditetapkan oleh Kerajaan

    sekiranya berjaya di dalam penawaran sebut harga/tender.

    9. ANGGARAN NILAI PERJANJIAN

    9.1. Pengiraan Anggaran Nilai Perjanjian adalah seperti berikut –

    Anggaran Nilai Perjanjian

    = Harga Sebut Harga/Tender yang telah dipersetujui

    = Kadar Harga Seorang Pekerja Kebersihan Sebulan x Bilangan Pekerja

    Kebersihan x Bilangan Bulan

    9.2. Anggaran Nilai Perjanjian adalah termasuk kos bayaran fi perkhidmatan

    sistem ePerolehan.

    9.3. Anggaran Nilai Perjanjian adalah tetap dan apa-apa permohonan bagi

    pelarasan semula Anggaran Nilai Perjanjian berikutan kenaikan harga

    disebabkan oleh polisi atau keputusan Kerajaan hendaklah dikemukakan oleh

    Kontraktor kepada Kerajaan secara bertulis. Kerajaan mempunyai kuasa

    mutlak sama ada hendak mempertimbangkan permohonan itu atau

    sebaliknya.

    9.4. Sekiranya Kerajaan bersetuju dengan permohonan Kontraktor, pelarasan

    semula kepada Anggaran Nilai Perjanjian hanya akan berkuat kuasa melalui

    pindaan kepada Perjanjian.

    10. SURAT SETUJU TERIMA

    10.1. Kerajaan berhak menyetujuterima tawaran sebut harga/tender sama ada

    kesemuanya ataupun sebahagiannya daripadanya. Kerajaan tidak terikat

    untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran

    atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut

    harga/tender.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    17

    10.2. Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan

    sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut

    harga/petender mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.

    10.3. Penyebut harga/petender yang berjaya dikehendaki menandatangani satu

    Perjanjian dengan Kerajaan dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang

    terkandung dalam Perjanjian tersebut.

    10.4. Surat Setuju Terima hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada

    Kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Surat Setuju Terima

    dikeluarkan. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga

    puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima tersebut dikeluarkan.

    Kegagalan menyerahkan kembali Surat Setuju Terima dan Bon Pelaksanaan

    dalam tempoh tersebut atau tempoh yang dinyatakan oleh pihak Kerajaan

    akan menyebabkan tawaran tender tersebut TERBATAL DENGAN

    SENDIRINYA.

    11. BON PELAKSANAAN

    11.1. Tanggungjawab Menyerahkan Bon Pelaksanaan

    Kontraktor hendaklah memastikan Bon Pelaksanaan dalam bentuk

    sebagaimana yang dilampirkan dalam Jadual 5 telah diserahkan kepada

    Kerajaan dalam tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima atau

    dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan bagi

    menjamin pelaksanaan obligasi-obligasi Kontraktor di bawah Perjanjian

    tersebut dalam bentuk –

    (a) Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank/syarikat

    kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta

    758] yang beroperasi di Malaysia;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    18

    (b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank berlesen di bawah Akta

    Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang beroperasi di

    Malaysia;

    (c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans yang berlesen

    di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang

    beroperasi di Malaysia;

    (d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen

    di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang

    beroperasi di Malaysia; atau

    (e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad

    (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank)

    yang beroperasi di Malaysia.

    11.2. Syarat-syarat Bon Pelaksanaan

    (a) Kontraktor hendaklah menyerahkan Bon Pelaksanaan pada kadar

    seperti berikut –

    (i) 2.5% bagi kontrak perkhidmatan dengan Anggaran Nilai

    Perjanjian kurang daripada RM500,000; atau

    (ii) 5.0% bagi kontrak perkhidmatan dengan Anggaran Nilai

    Perjanjian lebih daripada RM500,000.

    (b) Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah pada setiap masa tidak kurang

    daripada nilai yang diperuntukkan.

    (c) Bon Pelaksanaan hendaklah sah laku dari tarikh ia dikeluarkan sehingga

    tempoh dua belas (12) bulan selepas tamatnya Tempoh Perjanjian.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    19

    (d) Kerajaan berhak untuk membuat tuntutan terhadap keseluruhan atau

    sebahagian daripada Bon Pelaksanaan jika Kontraktor gagal

    melaksanakan obligasi atau jika memungkiri apa-apa terma dan syarat

    tanpa menjejaskan hak Kerajaan untuk mengambil tindakan undang-

    undang yang lain.

    11.3. Bon Pelaksanaan Tambahan

    Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan di bawah Bon Pelaksanaan ini yang

    menyebabkan jumlah Bon Pelaksanaan tersebut berkurangan daripada

    jumlah yang diperuntukkan, Kontraktor hendaklah menyerahkan suatu bon

    pelaksanaan tambahan kepada Kerajaan di mana Kerajaan hendaklah

    memegang suatu bon atau bon-bon pelaksanaan yang mempunyai agregat

    tidak kurang daripada jumlah yang diperuntukkan pada setiap masa.

    11.4. Bon Pelaksanaan Lanjutan

    Sekiranya tempoh sah laku Bon Pelaksanaan akan luput, Kontraktor

    hendaklah menyerahkan bon pelaksanaan yang baharu sebelum atau pada

    tarikh luput tempoh sah laku Bon Pelaksanaan tersebut dengan nilai yang

    sama dengan jumlah bon pelaksanaan yang akan luput.

    11.5. Bon Pelaksanaan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian

    dan akan dikembalikan kepada Kontraktor selepas tempoh sah laku dan

    tertakluk kepada apa-apa pindaan atau potongan yang boleh dibuat oleh

    Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian

    berhubung dengan apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat yang

    dilakukan oleh Kontraktor.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    20

    12. PEMBAYARAN

    12.1. Pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian dibuat dalam Ringgit Malaysia kepada

    Kontraktor dalam akaun bank Kontraktor dan pembayaran Anggaran Nilai

    Perjanjian akan diproses oleh Kerajaan selepas Kerajaan menerima daripada

    Kontraktor invois dan/atau dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari

    semasa ke semasa, daripada Kontraktor yang lengkap diisi dengan butir-butir

    Perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan oleh Kerajaan tidak lewat

    daripada tujuh (7) hari bulan berikutnya selepas Perkhidmatan

    dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah yang

    difikirkan sesuai oleh Kerajaan. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di

    atas kelewatan pembayaran kepada Kontraktor sekiranya jika invois dan/atau

    dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, tidak

    dihantar ataupun tidak lengkap dalam tempoh tersebut.

    12.2. Pembayaran akan dibuat bagi setiap pesanan oleh Kerajaan yang

    disempurnakan pembekalannya dan berdasarkan penerimaan sebenar oleh

    pihak Kerajaan.

    12.3. Bayaran fi perkhidmatan akan dikenakan kepada Kontraktor secara

    pemotongan atau tolakan (set-off) sekiranya pembayaran diproses

    menggunakan sistem ePerolehan. Pengiraan fi perkhidmatan adalah

    berdasarkan kepada perkara berikut –

    (a) One-off payment

    Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus

    (0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum

    berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    21

    (b) Multiple payment

    Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat peratus

    (0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum

    berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2

    juta atau lebih.

    12.4. Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada

    Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai tolakan atau pampasan

    daripada mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan

    daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor di

    bawah Perjanjian. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak

    mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, maka Kerajaan boleh

    menuntut baki tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah

    membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam notis

    tuntutan. Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki tersebut daripada

    Kontraktor melalui mana-mana perjanjian yang ditandatangani oleh

    Kontraktor dengan agensi Kerajaan yang lain, sekiranya Kontraktor gagal

    membuat bayaran setelah dituntut.

    13. TOLAKAN (SET-OFF)

    13.1. Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar

    kepada Kontraktor oleh Kerajaan sebagai tolakan daripada apa-apa wang

    yang perlu dibayar dan terhutang oleh Kontraktor mengikut kiraan dalam

    Jadual 4 sekiranya –

    (a) Kontraktor gagal menyediakan atau menempatkan Pekerja Kebersihan

    di Premis pada satu-satu masa mengikut bilangan yang ditetapkan;

    (b) Pekerja Kebersihan gagal melaksanakan Perkhidmatan menurut skop

    dan spesifikasi Perkhidmatan seperti yang ditentukan;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    22

    (c) mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan bagi tujuan

    Perkhidmatan di Premis tidak disediakan, tidak mencukupi atau tidak

    berfungsi dan tidak disenggara dengan baik oleh Kontraktor;

    (d) Pekerja Kebersihan tidak memakai pakaian seragam yang ditetapkan

    oleh Kerajaan semasa bertugas; atau

    (e) pelanggaran mana-mana terma dan syarat Perjanjian; dan

    (f) berlakunya kerosakan harta Kerajaan di Premis yang disebabkan oleh

    kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan

    atau mana-mana pekerja Kontraktor.

    13.2. Jika jumlah tolakan tersebut tidak mencukupi bagi menampung tuntutan

    Kerajaan, Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena

    dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan bagi bulan seterusnya.

    14. PENGESAHAN PERKHIDMATAN

    Pihak Kontraktor dan Kerajaan hendaklah melaksanakan pengesahan

    Perkhidmatan dengan melengkapkan borang-borang pengesahan Perkhidmatan

    seperti di Jadual 6 iaitu –

    (a) Borang BPL KBK A (SKM) – Borang Pengesahan Pelaksanaan Perkhidmatan

    Kebersihan Bangunan dan Kawasan;

    (b) Borang BPL KBK 1A (i) (SKM), Borang BPL KBK 1A (ii) (SKM), dan Borang

    BPL KBK 1B (i) dan Borang BPL KBK 1B (ii) – Borang Rumusan Pengesahan

    Pelaksanaan Skop dan Spesifikasi Perkhidmatan dan Pengurusan Pekerja

    Kebersihan;

    (c) Borang BPL KBK 2 (SKM) – Borang Pengesahan Bilangan Pekerja dan

    Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    23

    (d) Borang BPL KBK 3 (SKM) – Borang Pengesahan Kehadiran Pekerja

    Berdasarkan Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan; dan

    (e) Borang BPL KBK 4 (SKM) – Borang Pengesahan Pembekalan Mesin,

    Kelengkapan, Peralatan dan Bahan-bahan.

    15. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK

    MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN

    Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran

    mana-mana terma dan syarat Perjanjian, maka Kerajaan boleh mengambil

    tindakan mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara yang berikut

    (a) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya dan

    menghendaki Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau apa-apa

    bahagian daripadanya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh

    Kerajaan. Jika perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya tidak

    digantikan dalam masa yang ditentukan, maka Kerajaan boleh mendapatkan

    Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya menerusi punca-punca

    lain dan Perjanjian dikehendaki membayar amaun penggantian dan kos-kos

    lain yang berkaitan kepada Kerajaan;

    (b) mengenakan tolakan iaitu denda dengan jumlah satu peratus (1%) sehari

    daripada Anggaran Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat tanpa

    mengira bilangan pelanggaran mana-mana terma dan syarat Perjanjian, skop

    dan spesifikasi Perkhidmatan yang dilakukan pada hari tersebut. Kiraan

    tolakan adalah seperti di Jadual 4;

    (c) mengenakan tolakan iaitu pemotongan sekiranya mana-mana Pekerja

    Kebersihan tidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan syarat-syarat

    Perjanjian dengan jumlah yang sama banyak dengan gaji pokok sehari

    Pekerja Kebersihan yang tidak hadir tersebut tanpa mengenakan denda

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    24

    dengan syarat Perkhidmatan yang diberikan memuaskan Kerajaan. Bagi

    maksud ini, pengiraan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap

    Pekerja Kebersihan yang tidak bertugas. Kiraan tolakan adalah seperti di

    Jadual 4;

    (d) menamatkan Perjanjian dan melantik pihak lain untuk melaksanakan

    Perkhidmatan; dan/atau

    (e) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam

    Bon Pelaksanaan.

    16. LARANGAN MEMBUAT PERUBAHAN PEGANGAN EKUITI SYARIKAT ATAU

    PERNIAGAAN

    Kontraktor dilarang membuat perubahan pegangan ekuiti syarikat atau perniagaan

    (apa-apa penjualan atau pemindahan ekuiti) sepanjang Tempoh Perjanjian berkuat

    kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan terlebih dahulu.

    17. PENAMATAN PERJANJIAN

    17.1. Penamatan oleh Kerajaan

    (a) Sekiranya Kontraktor tanpa apa-apa sebab yang munasabah –

    (i) menangguhkan atau enggan melaksanakan Perkhidmatan

    tersebut;

    (ii) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut secara tekun dan

    berterusan seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian;

    (iii) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut atau gagal

    menjalankan obligasi seperti yang diperuntukkan di dalam

    Perjanjian;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    25

    (iv) melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau terma

    Perjanjian; atau

    (v) mengemukakan dokumen atau maklumat palsu, tidak sah atau

    tidak tulen kepada Kerajaan;

    Kerajaan berhak memberikan notis tujuan penamatan kepada

    Kontraktor dengan menyatakan butiran mengenai kegagalan atau

    kemungkiran itu dan menghendaki Kontraktor untuk meremedikan

    kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam

    notis itu. Sekiranya Kontraktor gagal untuk meremedikan kegagalan

    atau kemungkiran itu dalam tempoh yang dinyatakan atau mana-mana

    tempoh lain yang ditetapkan oleh Kerajaan, Kerajaan berhak

    menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa selepas itu dengan

    memberikan notis penamatan.

    (b) Kerajaan juga berhak dengan serta-merta menamatkan Perjanjian

    sekiranya –

    (i) Kontraktor pada bila-bila masa menjadi bankrap atau satu

    perintah penerimaan atau pentadbiran dibuat terhadapnya; atau

    (ii) seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang

    pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang

    memberikan hak kepada mahkamah atau seseorang pemiutang

    melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang

    memberikan hak kepada mahkamah membuat suatu perintah

    penggulungan;

    Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa selepas

    itu dengan memberikan notis penamatan.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    26

    17.2. Kesan Penamatan oleh Kerajaan

    Sekiranya Perjanjian ditamatkan menurut peruntukan di perkara 17.1(a) atau

    perkara 17.1(b) –

    (a) Apa-apa obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada Kontraktor di

    bawah Perjanjian hendaklah ditamatkan dengan serta-merta;

    (b) Kontraktor hendaklah –

    (i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan

    (ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri, memindah dan

    mengeluarkan semua peralatan dan kelengkapan milik Kontraktor

    yang tidak diperlukan oleh pentadbir Premis dalam tempoh tiga

    puluh (30) hari selepas tarikh notis dikemukakan dan meremedi

    semua kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan tersebut;

    (c) Kerajaan berhak –

    (i) menuntut kepada Kontraktor apa-apa ganti rugi bagi kerugian

    yang ditanggung oleh Kerajaan sebagai akibat kepada penamatan

    Perjanjian dan merampas Bon Pelaksanaan; dan

    (ii) melantik pihak ketiga untuk meneruskan pelaksanaan Perjanjian

    dan Kontraktor hendaklah membuat bayaran kepada Kerajaan

    untuk apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh

    Kerajaan bagi menyempurnakan pelaksanaan Perjanjian tersebut

    selaku bayaran yang perlu dibuat kepada Kontraktor apabila

    Kontraktor menyempurnakan pelaksanaan Perkhidmatan

    tersebut jika Perjanjian tidak ditamatkan menurut perkara 17.1.(a)

    atau perkara 17.1.(b).

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    27

    Walau apa pun, penamatan itu tidak boleh menyentuh atau

    menjejaskan hak mana-mana Pihak yang telah terakru sebelum tarikh

    penamatan Perjanjian dan obligasi di bawah Perjanjian hendaklah

    berterusan walaupun selepas penamatan Perjanjian berkenaan dengan

    apa-apa perbuatan, perkara, atau benda yang berlaku sebelum

    penamatan Perjanjian. Sekiranya Perjanjian ditamatkan, Kerajaan

    berhak mengemukakan maklumat Kontraktor kepada Kementerian

    Kewangan Malaysia untuk tindakan tatatertib.

    17.3. Penamatan oleh Kontraktor

    Kontraktor berhak menamatkan Perjanjian sekiranya Kerajaan tanpa sebab

    yang munasabah gagal untuk melaksanakan atau memenuhi mana-mana

    obligasinya yang secara langsung menjejaskan obligasi Kontraktor di bawah

    Perjanjian. Kontraktor hendaklah memberikan notis tujuan penamatan

    secara bertulis kepada Kerajaan menyatakan butiran mengenai kegagalan

    atau kemungkiran itu dan meminta Kerajaan untuk meremedikan kegagalan

    atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu atau

    apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan sebagaimana yang dipersetujui oleh

    Pihak-Pihak. Jika Kerajaan gagal untuk meremedikan kegagalan atau

    kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh lain

    yang dilanjutkan, maka Kontraktor berhak untuk menamatkan Perjanjian

    pada bila-bila masa dengan memberi notis penamatan.

    17.4. Kesan Penamatan oleh Kontraktor

    Sekiranya Penamatan Perjanjian berlaku menurut perkara 17.3, Kontraktor

    hendaklah menerima aku janji daripada Kerajaan yang menyatakan bahawa

    Kerajaan telah menyelesaikan secara lengkap semua tuntutan yang kena

    dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor berkaitan peruntukan Perjanjian –

    (a) Kerajaan hendaklah membuat bayaran kepada Kontraktor untuk apa-

    apa bayaran yang terhutang dan kena dibayar kepada Kontraktor pada

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    28

    tarikh penamatan Perjanjian dan yang belum dibayar dengan syarat

    bahawa Kerajaan hendaklah berhak untuk menolak apa-apa jumlah

    wang yang kena dibayar kepada Kerajaan daripada Kontraktor di

    bawah Perjanjian dan/atau menolak daripada Bon Pelaksanaan; dan

    (b) Kontraktor hendaklah –

    (i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan

    (ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri, memindah dan

    mengeluarkan semua peralatan dan kelengkapan Kontraktor,

    subkontraktor, atau ejen-ejennya dan meremedikan semua

    kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan tersebut.

    17.5. Perkhidmatan dalam Perjanjian hendaklah tamat dengan serta merta jika

    Kontraktor meninggal dunia dan Kontraktor adalah pemilik tunggal dan

    perniagaan ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta

    197] atau Ordinan Perlesenan Perniagaan 1948 atau Ordinan Pelesenan

    Perniagaan, Profesion dan Perdagangan Sarawak [Bab 33]. Pembayaran

    Perkhidmatan, jika ada, akan dibayar kepada waris Kontraktor yang sah.

    18. PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SAH ATAU

    MENYALAHI UNDANG-UNDANG

    18.1. Tanpa prejudis kepada apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika Kontraktor,

    pengkhidmat atau pekerjanya disabitkan oleh mahkamah atas kesalahan

    rasuah atau aktiviti-aktiviti yang tidak sah atau menyalahi undang-undang

    yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau perjanjian-perjanjian lain yang

    dimeterai oleh Kontraktor tersebut dengan Kerajaan, maka Kerajaan berhak

    untuk menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa dengan memberikan notis

    bertulis dengan serta-merta kepada Kontraktor bagi tujuan penamatan

    Perjanjian.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    29

    18.2. Dengan penamatan di bawah perkara 18.1 tersebut, Kerajaan berhak

    menuntut kepada Kontraktor atas segala kerugian, kos-kos, ganti rugi dan

    perbelanjaan, termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan yang

    ditanggung oleh Kerajaan berikutan daripada penamatan Perjanjian.

    18.3. Bagi mengelakkan keraguan, pihak Kerajaan dan Kontraktor dengan ini

    bersetuju bahawa Kontraktor tidak berhak ke atas apa-apa bentuk kerugian

    termasuklah kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa-apa pun

    berikutan daripada penamatan Perjanjian.

    19. PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

    19.1. Kontraktor yang mempunyai Perjanjian dengan Kerajaan yang nilainya

    mencapai atau melebihi nilai ambang dikehendaki melaksanakan program

    SL1M, tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan.

    19.2. Penentuan bilangan minimum peserta SL1M adalah melalui formula berikut –

    1% x Nilai Perjanjian

    RM24,000

    di mana RM24,000 adalah elaun SL1M selama 12 bulan bagi seorang

    peserta dengan elaun sebanyak RM2,000 sebulan.

    19.3. Bagi Kontraktor yang mempunyai Perjanjian dengan Kerajaan bernilai kurang

    daripada nilai ambang adalah digalakkan untuk melaksanakan program

    SL1M seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    30

    20. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

    20.1. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pekeliling ini

    dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh JPN/ PPD/ sekolah masing-

    masing.

    20.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perolehan perkhidmatan KBK

    bagi SKM dilaksanakan di peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf PTJ

    mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau kewangan

    semasa, termasuk memastikan perolehan dibuat berdasarkan

    peruntukan yang diluluskan bagi Jabatannya.

    21. TARIKH BERKUAT KUASA

    Garis panduan ini hendaklah dilaksanakan berkuat kuasa bagi kontrak

    perkhidmatan KBK di SKM mulai 1 Januari 2019.

    22. PEMAKAIAN

    22.1. Garis panduan ini terpakai kepada semua JPN, PPD dan SKM di bawah

    KPM.

    22.2. Bagi perkara-perkara dan isu-isu lain selain daripada tatacara yang

    dinyatakan dalam garis panduan ini hendaklah mendapat kelulusan daripada

    Setiausaha Bahagian Perolehan terlebih dahulu.

    Bahagian Perolehan

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    28 November 2018

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    31

    JADUAL 1

    SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

    1. BILANGAN PEKERJA KEBERSIHAN

    Bilangan Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah –

    (a) bagi SKM tanpa asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah dua (2)

    orang; dan

    (b) bagi SKM yang mempunyai asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah

    tiga (3) orang.

    2. WAKTU PERKHIDMATAN DAN WAKTU BERTUGAS PEKERJA KEBERSIHAN

    2.1. Waktu perkhidmatan bagi SKM tanpa asrama dan SKM yang mempunyai

    asrama adalah enam (6) hari seminggu, tidak termasuk cuti umum dan hari

    kelepasan am.

    2.2. Waktu bertugas Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah seperti

    berikut –

    (a) Bagi SKM di mana Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat

    mingguan

    (i) Isnin hingga Jumaat: 7.00 pagi hingga 4.00 petang [termasuk satu

    (1) jam waktu rehat pada hari Isnin hingga Khamis, satu (1) jam

    lima belas (15) minit waktu rehat pada hari Jumaat]

    (ii) Sabtu: 7.00 pagi hingga 1.00 petang [tiada waktu rehat]

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    32

    (b) Bagi SKM di mana Jumaat dan Sabtu merupakan hari rehat

    mingguan

    (i) Ahad hingga Khamis: 7.00 pagi hingga 4.00 petang [termasuk

    waktu rehat selama satu (1) jam]

    (ii) Sabtu: 7.00 pagi hingga 1.00 petang [tiada waktu rehat]

    (c) Masa rehat yang diperuntukkan pada setiap hari adalah secara bergilir

    dalam kalangan Pekerja Kebersihan KECUALI pada hari Jumaat bagi

    Pekerja Kebersihan lelaki muslim.

    2.3. Sebarang perubahan waktu bertugas adalah tertakluk kepada kelulusan

    Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis. Perubahan waktu

    bertugas tidak boleh mengubah, memendekkan atau memanjangkan tempoh

    waktu bertugas.

    3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

    3.1. Tanggungjawab Pekerja Kebersihan

    Pekerja Kebersihan hendaklah melaksanakan arahan dan tugas yang

    ditetapkan seperti berikut –

    (a) wajib memakai pakaian seragam yang lengkap berserta kad

    pengenalan kerja dan berketerampilan kemas setiap hari semasa

    menjalankan tugas;

    (b) mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja

    Kebersihan sebelum menjalankan tugas dan apabila hendak

    meninggalkan tugas;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    33

    (c) melaksanakan skop kerja seperti di Jadual 1A dan Jadual 1B dan

    mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan dalam Jadual

    Pembersihan;

    (d) sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan

    bersesuaian semasa melaksanakan Perkhidmatan;

    (e) mengendalikan/menggunakan mesin, kelengkapan, peralatan dan

    bahan-bahan yang disediakan oleh Kontraktor mengikut tatacara

    penggunaan/pemakaian yang betul bagi mengelakkan sebarang

    kemalangan atau kerosakan harta Kerajaan di Premis;

    (f) menyimpan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan di ruang

    penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;

    (g) memastikan ruang penyimpanan mesin, kelengkapan, peralatan dan

    bahan-bahan adalah dalam keadaan bersih, kemas dan teratur pada

    setiap masa;

    (h) memastikan tiada mana-mana orang yang dibenarkan berada di Premis

    berada di kawasan berumput, padang dan kawasan Premis yang

    terlibat ketika kerja pemotongan rumput dan kerja

    penebasan/pemotongan/pemangkasan pagar tanaman (hedges),

    semak/belukar dan pokok kecil/renek dilaksanakan di kawasan

    tersebut;

    (i) meletakkan atau mempamerkan tanda amaran keselamatan ketika

    kerja pembersihan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya

    kemalangan kepada mana-mana orang yang dibenarkan berada di

    Premis akibat kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau

    Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    34

    (j) membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak

    pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;

    (k) memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di Premis;

    (l) menyediakan dan mengemukakan Jadual Pembersihan harian kepada

    wakil Kerajaan;

    (m) tidak menggunakan telefon bimbit, merokok, tidur, mabuk, membaca

    majalah/suratkhabar, berbual-bual atau lain-lain perbuatan yang

    melanggar etika Pekerja Kebersihan yang boleh menjejaskan imej

    Kerajaan; dan

    (n) bersikap profesional, berdisiplin, sopan-santun, bertatatertib serta

    mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke

    semasa oleh Kerajaan semasa melaksanakan Perkhidmatan.

    3.2. Tanggungjawab Penyelia

    Penyelia dilantik bukan dalam kalangan Pekerja Kebersihan dan hendaklah

    bertanggungjawab seperti berikut –

    (a) boleh dihubungi oleh wakil Kerajaan sepanjang masa termasuk pada

    hari cuti umum;

    (b) melakukan pemantauan setiap hari ke atas Pekerja Kebersihan yang

    bertugas di Premis;

    (c) memastikan setiap Pekerja Kebersihan datang bekerja pada masa yang

    ditetapkan;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    35

    (d) memastikan Pekerja Kebersihan sentiasa mencukupi mengikut

    bilangan yang telah ditetapkan di Premis dan menempatkan Pekerja

    Kebersihan gantian sekiranya berlaku kekurangan Pekerja Kebersihan;

    (e) memastikan setiap Pekerja Kebersihan mencatatkan kehadiran dalam

    Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi memastikan kehadiran

    semasa masuk dan selepas kerja;

    (f) mencatat senarai nama Pekerja Kebersihan yang bertugas pada setiap

    hari dan menyerahkan laporan kehadiran Pekerja Kebersihan kepada

    wakil Kerajaan;

    (g) memastikan setiap Pekerja Kebersihan memakai pakaian seragam

    yang lengkap berserta kad pengenalan kerja dan berketerampilan

    kemas setiap hari;

    (h) memupuk disiplin dalam kalangan Pekerja Kebersihan agar sentiasa

    bersedia menerima arahan dan maklumat-maklumat terkini;

    (i) memastikan Pekerja Kebersihan yang bertugas tidak merokok, tidur,

    cuai atau leka semasa bertugas;

    (j) memastikan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan disimpan

    di ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;

    (k) memastikan Pekerja Kebersihan sentiasa mengutamakan aspek

    keselamatan dan mengambil langkah-langkah keselamatan dalam

    memberikan Perkhidmatan;

    (l) melaporkan kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan kepada Ketua

    Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis dua (2) minggu sekali;

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    36

    (m) menyediakan laporan bulanan yang perlu dikemukakan kepada pihak

    Kerajaan tidak lewat daripada tujuh (7) haribulan bagi setiap bulan;

    (n) hadir bersama dengan pihak pengurusan Kontraktor ke mesyuarat yang

    diadakan oleh Kerajaan; dan

    (o) menyediakan nombor telefon kecemasan seperti nombor telefon Balai

    Polis, Hospital, Bomba dan agensi-agensi yang berkaitan di Premis dan

    diletakkan di ruang penyimpanan bagi persediaan menghadapi

    sebarang kemungkinan termasuk juga nombor-nombor penting bagi

    Kontraktor dan Kerajaan.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 ( )

    GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    37

    JADUAL 1A

    SKOP KERJA PEMBERSIHAN MENGIKUT LOKASI/RUANG/KAWASAN DAN KEKERAPAN

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    (a) Tandas, Bilik Air, Bilik

    Mandi, Tempat

    Wuduk, Tempat

    Membasuh Baju dan

    Bilik Persalinan

    Semua Tandas, Bilik

    Air, Bilik Mandi,

    Tempat Wuduk,

    Tempat Membasuh

    Baju dan Bilik

    Persalinan

    (i) Mencuci dan memberus lantai dengan

    bahan pencuci lantai yang bersesuaian

    dengan permukaaan lantai serta

    mengeringkan lantai

    (ii) Membersih dan mengelap dinding dan

    kubikel/pembahagi ruang menggunakan

    bahan pencuci disinfektan (pembasmi

    kuman) yang bersesuaian

    (iii) Membasuh, membersih dan mengelap

    semua peralatan/kelengkapan/aksesori

    perpaipan/sanitari menggunakan bahan

    Dua (2) kali sehari

    Bersih, kering dan

    tidak berbau

    busuk

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    38

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    pencuci disinfektan (pembasmi kuman)

    yang bersesuaian

    (iv) Menyedia/meletakkan/mempamerkan

    tanda amaran keselamatan semasa

    pembersihan dijalankan

    (v) Menyembur atau meletakkan bahan

    pewangi selepas setiap kali dicuci

    (vi) Membekal/menyediakan dan memasang

    karung plastik pada tong/bakul sampah Sepanjang masa

    Tong/bakul

    sampah sentiasa

    terpasang dengan

    karung plastik

    (vii) Menyapu/membersih/memungut dan

    memasukkan sampah sarap dalam

    karung plastik serta membuangkannya di

    tempat pelupusan sampah

    Dua (2) kali sehari

    Tiada sampah

    sarap di atas

    lantai serta

    sampah sarap

    dalam karung

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    39

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    plastik dibuang ke

    tempat pelupusan

    sampah

    (viii) Menyediakan hand soap dispenser

    berserta sabun tangan cecair antiseptik

    (pembasmi kuman) di Tandas

    Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas Murid

    Sepanjang masa

    Sabun cecair

    antiseptik sentiasa

    tersedia

    (ix) Menyediakan tissue dispenser berserta

    tisu tandas gulung di Tandas

    Guru/Pegawai/Pelawat

    Sepanjang masa

    Tisu tandas/tisu

    gulung sentiasa

    tersedia

    (b) Bangunan dan bilik-

    bilik dalam bangunan

    Premis

    Kaki

    lima/koridor/susur

    gajah

    (i) Menyapu/membersih/mencuci/mengelap

    (mopping) lantai menggunakan bahan

    pencuci lantai yang bersesuaian dengan

    permukaan lantai

    Dua (2) kali sehari Sentiasa bersih

    dan kemas

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    40

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    Tangga

    Pejabat

    Bilik

    Pengetua/Guru

    Besar

    Bilik Penolong

    Kanan

    Bilik Ketua Bidang

    Bilik Guru

    Bilik Mesyuarat

    Bilik Kaunseling

    Makmal

    Bengkel

    Bilik Kebal

    (ii) Membersih/mengelap

    peralatan/kelengkapan KECUALI alat

    radas dan bahan-bahan kimia yang

    digunakan dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran di makmal

    Dua (2) kali sehari

    (iii) Membersihkan permaidani menggunakan

    mesin pembersih hampagas Dua (2) kali seminggu

    (iv) Membekal/menyediakan dan memasang

    karung plastik pada tong/bakul sampah di

    sekitar bangunan Premis

    Sepanjang masa

    Tong/bakul

    sampah sentiasa

    terpasang dengan

    karung plastik

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    41

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    Dewan/dewan

    terbuka/dewan

    mini

    Kawasan

    pentas/astaka

    Surau

    Stor/stor sukan

    Gelanggang

    permainan

    Gimnasium

    Wakaf

    Kolam dan

    kawasan sekitar

    kolam

    (v) Menyapu/membersih/memungut dan

    memasukkan sampah sarap dalam

    karung plastik serta membuangkannya di

    tempat pelupusan sampah

    Dua (2) kali sehari

    Tiada sampah

    sarap di atas

    lantai serta

    sampah sarap

    dalam karung

    plastik dibuang ke

    tempat pelupusan

    sampah

    (c) Kawasan persekitaran

    Premis –

    Keseluruhan kawasan

    persekitaran Premis

    Keseluruhan kawasan

    persekitaran Premis

    (i) Menyapu/membersih/memungut dan

    memasukkan sampah sarap dalam

    karung plastik serta membuangkannya di

    tempat pelupusan sampah

    Dua (2) kali sehari Bersih dan kemas

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    42

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    (ii) Membekal/menyediakan dan memasang

    karung plastik pada tong/bakul sampah di

    sekitar bangunan Premis

    Sepanjang masa

    Tong/bakul

    sampah sentiasa

    terpasang dengan

    karung plastik

    (iii) Memungut/mengumpul dan membuang

    sampah dari tong/bakul sampah yang

    terdapat di bangunan dan sekitar

    kawasan Premis

    2 kali sehari

    Sampah tidak

    melimpah keluar

    daripada

    tong/bakul

    sampah

    (iv) Mencuci tong/bakul sampah bahan

    pencuci disinfektan (pembasmi kuman)

    yang bersesuaian

    Mengikut keperluan

    (v) Memastikan tiada tempat pembiakan

    nyamuk Sepanjang masa

    Tiada tempat

    pembiakan

    nyamuk

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    43

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    (d) Kawasan persekitaran

    Premis –

    Kawasan berumput

    Padang

    Tepi/celah

    bangunan Premis,

    kantin/dewan

    makan, Pusat

    Kegiatan Guru

    (PKG), dan

    Kuarters Institusi

    Perguruan

    (KIP)/rumah guru

    Kawasan

    taman/lanskap

    Cerun/tebing yang

    berbukit dan

    beralun

    Simpang/bahu

    jalan

    Memotong, menyapu, mengumpul dan

    membuang rumput ke tempat pelupusan

    sampah

    Dua (2) minggu sekali.

    Setiap pusingan

    pemotongan

    hendaklah dihabiskan

    pada masa tidak lebih

    dari lima belas (15)

    hari.

    Rumput-rumput

    yang dipotong

    hendaklah tidak

    lebih dari 3.0 cm

    tinggi dari

    permukaan tanah

    pada

    setiap kali

    pemotongan

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    44

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    Tepi

    longkang/parit

    Kawasan luar

    pagar dalam jarak

    2 kaki dari pagar

    Premis

    (e) Kawasan persekitaran

    Premis –

    Kawasan sekitar

    bangunan, sepanjang

    pagar, kolam ‘titipan

    air’ serta tebing

    longkang/parit dan

    sepanjang saluran

    longkang/parit

    Keseluruhan kawasan

    sekitar bangunan,

    sepanjang pagar,

    kolam ‘titipan air’ serta

    tebing longkang/parit

    dan sepanjang saluran

    longkang/parit

    (i) Menebas/memotong/memangkas hedges

    semak/belukar, tumbuhan menjalar dan

    pokok-pokok kecil/renek dengan ukuran

    lilit tidak melebihi 12” serta mengumpul

    membuang sampah hasil tebasan di

    tempat pelupusan sampah

    Dua (2) minggu sekali/

    mengikut keperluan

    Tumbuhan sekitar

    kawasan tersebut

    terjaga dan tidak

    menjadi sarang

    haiwan

    berbahaya/berbisa

    (ii) Mencuci/membersih longkang/parit di

    sekitar kawasan bangunan dengan

    mengeluarkan dan membuang sampah,

    mendapan, lumut dan rumput rumpai

    Dua (2) minggu sekali

    Longkang/parit

    bersih, aliran air

    lancar dan tidak

    menjadi tempat

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    45

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    (iii) Membuang rumput rumpai/tumbuhan

    menjalar dan dahan kering/rapuh di

    tempat pelupusan sampah

    Mengikut keperluan

    pembiakan

    nyamuk

    (f) Kawasan persekitaran

    Premis –

    Pokok

    tanaman/bunga/hiasan

    dan lanskap

    Semua pokok

    tanaman/bunga/hiasan

    dan lanskap

    (i) Menyiram pokok dalam pasu Setiap hari

    Pokok tumbuh

    subur, sihat,

    cantik, tidak

    berbahaya dan

    tidak berisiko

    menjejaskan

    struktur bangunan

    (ii) Menyiram pokok atas tanah Mengikut keperluan

    (iii) Membaja pokok dalam pasu dan atas

    tanah Dua (2) minggu sekali

    (iv) Memangkas dan membersih pokok dalam

    pasu dan atas tanah

    Dua (2) minggu sekali/

    mengikut keperluan

    (v) Membersih dan mengembur tanah di

    pangkal pokok Dua (2) bulan sekali

    (vi) Menanam pokok baharu dan mengganti

    pokok yang mati Mengikut keperluan

    (g) Kawasan persekitaran

    Premis –

    Gutter (saluran air)

    Semua saluran air di

    bumbung, dinding dan

    keliling bangunan yang

    berfungsi untuk

    Membersihkan saluran air daripada

    sampah/daun kering Mengikut keperluan

    Gutter bersih,

    aliran air lancar,

    tiada air bertakung

    dan tidak menjadi

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    46

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    mengalirkan air hujan

    daripada bumbung

    terus ke dalam

    longkang di bawahnya

    tempat pembiakan

    nyamuk

    (h) Rumah pam Rumah pam

    Menjalankan kerja-kerja backwash dengan

    proses seperti berikut –

    (i) Laraskan ke kedudukan manual

    (ii) Tutup injap 1

    (iii) Buka injap 2.

    (iv) Backwash dan bilas (rinse) penapis.

    a. Laraskan ganggang MPV pada posisi

    backwash

    b. Pasang suis Pam Penggalak

    c. Setelah selesai backwash, luruskan

    ganggang MPV pada posisi rinse

    d. By pass untuk backwash dan rinse

    penapis seterusnya.

    e. Tutup suis pam penggalak.

    1 kali sehari

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    47

    LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN

    KUALITI

    (v) Kembalikan MPV ke kedudukan filter.

    (vi) Buka Injap 1

    (vii) Tutup Injap 2

    (viii) Kembalikan Suis ke kedudukan Auto.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 ( )

    GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    48

    JADUAL 1B

    SKOP KERJA PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN KHAS SEMASA CUTI

    PERTENGAHAN PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI AKHIR TAHUN

    Perkhidmatan yang perlu dilaksanakan pada cuti pertengahan penggal persekolahan

    dan cuti akhir tahun adalah seperti berikut –

    (a) Membersih/mengelap semua cermin tingkap, kipas angin, lampu, bingkai

    gambar, dan lain-lain peralatan peralatan/kelengkapan dalam bangunan Premis

    KECUALI alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran di makmal dengan menggunakan bahan-bahan

    pencuci yang bersesuaian;

    (b) Menyedut dan membersih semua habuk, kotoran, sarang labah-labah, sarang

    lebah, tahi burung, tahi cicak, sawang dan seumpamanya di semua bangunan

    Premis; dan

    (c) Mengelap lantai (mopping) semua bilik termasuk bilik darjah, kaki lima bangunan

    Premis dan tangga dengan menggunakan bahan pencuci lantai yang

    bersesuaian.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    49

    JADUAL 2

    MESIN, KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN

    BIL.

    MESIN, KELENGKAPAN,

    PERALATAN DAN BAHAN-

    BAHAN

    SPESIFIKASI DAN KUANTITI

    1. Pakaian Seragam Lengkap

    (a) Dua (2) pasang T-shirt berkolar dan

    seluar panjang setahun

    (b) Satu (1) pasang kasut bertutup setahun

    (c) Garis Panduan Pemakaian Seragam

    Pekerja Kebersihan adalah seperti di

    Jadual 3

    2. Buku Rekod Kehadiran

    Pekerja Kebersihan

    Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan

    bagi merekodkan kehadiran Pekerja

    Kebersihan setiap hari Perkhidmatan

    3. Jadual Pembersihan

    Jadual Pembersihan bagi mencatatkan

    mencatatkan pelaksanaan kerja

    pembersihan

    Mesin, Kelengkapan dan Peralatan

    4. Mesin rumput

    (a) Tahan lasak (heavy duty)

    (b) Jenis sandang atau apa-apa jenis yang

    bersesuaian dengan keluasan Premis

    5. Mesin pembersih hampagas

    (vacuum cleaner)

    (a) Satu (1) buah

    (b) Tahan lasak (heavy duty)

    (c) Kuasa sedutan (suction power)

    sekurang-kurangnya 250 Watt

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    50

    BIL.

    MESIN, KELENGKAPAN,

    PERALATAN DAN BAHAN-

    BAHAN

    SPESIFIKASI DAN KUANTITI

    6. Set penyapu dan penyodok

    sampah

    (a) Penggunaan penyapu yang

    bersesuaian dengan jenis permukaan

    lantai

    (b) Penyodok sampah jenis plastik

    (c) Bilangan set penyapu dan penyodok

    sampah bersamaan dengan bilangan

    Pekerja Kebersihan

    7. Set mop dan baldi

    (a) Baldi atau bekas (water bucket) beroda

    (b) Bilangan set mop dan baldi bersamaan

    dengan bilangan Pekerja Kebersihan

    8. Gunting/pemangkas pokok

    (a) Tahan lasak (heavy duty)

    (b) Tahan karat

    (c) Bilangan gunting/pemangkas pokok

    bersamaan dengan bilangan Pekerja

    Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-

    kerja lanskap

    9. Sabit

    (a) Tahan lasak (heavy duty)

    (b) Tahan karat

    (c) Bilangan sabit bersamaan dengan

    bilangan Pekerja Kebersihan yang

    ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap

    10. Cangkul

    (a) Tahan lasak (heavy duty)

    (b) Tahan karat

    (c) Bilangan cangkul bersamaan dengan

    bilangan Pekerja Kebersihan yang

    ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap

    11. Pencakar rumput (a) Tahan lasak (heavy duty)

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    51

    BIL.

    MESIN, KELENGKAPAN,

    PERALATAN DAN BAHAN-

    BAHAN

    SPESIFIKASI DAN KUANTITI

    (b) Jenis besi atau plastik

    (c) Bilangan pencakar rumput bersamaan

    dengan bilangan Pekerja Kebersihan

    yang ditugaskan bagi kerja-kerja

    lanskap

    12. Kereta sorong

    (a) Tahan lasak (heavy duty)

    (b) Saiz sederhana atau bersesuaian

    (c) Bilangan kereta sorong bersamaan

    dengan bilangan Pekerja Kebersihan

    yang ditugaskan bagi kerja-kerja

    lanskap

    13. Penyodok longkang

    (a) Jenis besi

    (b) Tahan karat

    (c) Bilangan penyodok longkang

    bersamaan dengan bilangan Pekerja

    Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-

    kerja lanskap

    14. Hos getah (d) Dua (2) gulung

    (e) Panjang minimum 20 meter setiap satu

    15. Hand soap dispenser

    (a) Saiz minimum 500 mL

    (b) Bilangan hand soap dispenser

    bersamaan dengan bilangan Tandas

    Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas

    Murid di mana satu (1) hand soap

    dispenser bagi setiap tandas

    16. Tissue dispenser (a) Jenis roller atau wall mount

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    52

    BIL.

    MESIN, KELENGKAPAN,

    PERALATAN DAN BAHAN-

    BAHAN

    SPESIFIKASI DAN KUANTITI

    (b) Bilangan tissue dispenser bersamaan

    dengan bilangan Tandas

    Guru/Pegawai/Pelawat di mana satu (1)

    tissue dispenser bagi setiap Tandas

    Guru/Pegawai/Pelawat

    17. Tanda amaran keselamatan

    Mengikut kesesuaian bagi semua jenis skop

    kerja yang ditetapkan seperti tanda amaran

    lantai licin dan sebagainya

    Bahan-bahan

    18. Bahan pencuci lantai (a) Jenis cecair

    (b) Berbau harum

    (c) Disinfektan (pembasmi kuman)

    (d) Bahan yang selamat, bersesuaian

    dengan jenis permukaan yang

    dibersihkan/dicuci dan mesra alam

    (e) Bahan pencuci serbaguna (multi-

    purpose cleaner) yang bersesuaian

    dengan permukaan yang

    dibersihkan/dicuci adalah dibenarkan

    (f) Bahan pencuci bersifat terbiodegrasi

    (biodegradable) yang mempunyai

    pengiktirafan MyHijau Mark atau label

    hijau seperti SIRIM Ekolabel adalah

    digalakkan

    (g) Pewangi tandas berasaskan bahan

    semulajadi seperti limau purut, serai

    19. Bahan pencuci mangkuk

    tandas

    20. Bahan pencuci sinki

    21. Bahan pencuci cermin

    22. Pewangi tandas

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    53

    BIL.

    MESIN, KELENGKAPAN,

    PERALATAN DAN BAHAN-

    BAHAN

    SPESIFIKASI DAN KUANTITI

    wangi, bunga melur dan daun pandan

    adalah digalakkan

    23. Sabun tangan cecair

    (a) Jenis cecair

    (b) Antiseptik (pembasmi kuman)

    (c) Disediakan di Tandas

    Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas

    Murid

    24. Tisu tandas gulung

    (a) Dwilapis (two ply/double ply)

    (b) Disediakan di Tandas

    Guru/Pegawai/Pelawat

    25. Plastik sampah

    (a) Tebal

    (b) Saiz yang bersesuaian dengan

    tong/bakul sampah

    26. Baja

    (a) Mengikut kesesuaian pokok

    tanaman/bunga/hiasan

    (b) Penggunaan baja organik adalah

    digalakkan

    27. Ubat pembasmi jentik-jentik

    Ubat/bahan pembasmi jentik-jentik yang

    diluluskan oleh Kementerian Kesihatan

    Malaysia

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    54

    JADUAL 3

    GARIS PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM PEKERJA KEBERSIHAN

    PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI

    SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Kontraktor dikehendaki mematuhi garis panduan pemakaian pakaian seragam yang

    ditetapkan seperti berikut –

    BIL. PERKARA SPESIFIKASI

    1. Jenis

    Pakaian seragam adalah terdiri daripada –

    (a) T-shirt berkolar

    (b) Seluar berwarna gelap dan longgar (leggings tidak

    dibenarkan)

    (c) Kasut bertutup dan bersesuaian dengan kerja/ tugas

    yang sedang dijalankan

    2.

    Maklumat di

    uniform

    Maklumat berikut perlu dicetak pada T-shirt –

    (a) Syarikat Kontraktor KPM

    (b) Nama Kontraktor

    (c) No. Tel. Kontraktor

    3. Contoh

    Kontraktor Pembersihan KPM

    ABC Enterprise

    Tel: 03-8888 8888

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    55

    JADUAL 4

    TOLAKAN

    BIL. PELANGGARAN FORMULA TOLAKAN

    1. Kontraktor gagal menyediakan atau

    menempatkan Pekerja Kebersihan di

    Premis pada satu-satu masa

    mengikut bilangan yang ditetapkan

    Nota:

    (a) Sekiranya skop dan spesifikasi

    Perkhidmatan seperti di Jadual

    1, Jadual 1A dan Jadual 1B

    yang dilaksanakan

    memuaskan Kerajaan,

    pemotongan akan

    dilaksanakan tanpa

    mengenakan denda kepada

    Kontraktor. Bagi maksud ini,

    pengiraan pemotongan dibuat

    berasingan bagi setiap Pekerja

    Kebersihan yang tidak

    bertugas.

    (b) Jika ketidakhadiran Pekerja

    Kebersihan menjejaskan kualiti

    Perkhidmatan, kedua-dua

    pemotongan dan denda akan

    dikenakan.

    Pemotongan

    = Bilangan Pekerja Kebersihan Yang

    Tidak Bertugas x

    (Gaji Pokok Pekerja Kebersihan

    Sebulan* ÷ 30.5 hari) x

    Bilangan Hari Tidak Bertugas

    *Gaji Pokok Sebulan Pekerja

    Kebersihan adalah gaji minimum

    mengikut peraturan-peraturan dan

    Perintah yang berkuat kuasa semasa

    Surat Setuju Terima ditandatangani

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    56

    BIL. PELANGGARAN FORMULA TOLAKAN

    2. Pekerja Kebersihan gagal

    melaksanakan Perkhidmatan

    menurut skop dan spesifikasi

    Perkhidmatan seperti yang

    ditentukan dalam Jadual 1, Jadual

    1A dan Jadual 1B

    Denda

    = 1% sehari x

    Bilangan Hari Pelanggaran

    Dilakukan x

    Anggaran Nilai Perjanjian Sebulan

    Bagi Premis Terlibat

    Had denda maksimum ditetapkan

    sebanyak 20% daripada Anggaran

    Nilai Perjanjian Sebulan

    3. Mesin, kelengkapan, peralatan dan

    bahan-bahan seperti di Jadual 2

    tidak disediakan, tidak mencukupi

    atau tidak berfungsi dan tidak

    disenggara dengan baik

    4. Pekerja Kebersihan tidak memakai

    pakaian seragam yang ditetapkan

    oleh Kerajaan semasa bertugas

    seperti di Jadual 3

    5. Pelanggaran mana-mana terma dan

    syarat Perjanjian

    6. Berlakunya kerosakan harta

    Kerajaan di Premis yang disebabkan

    oleh kecuaian, kelalaian atau salah

    laku Kontraktor atau Pekerja

    Kebersihan atau mana-mana

    pekerja Kontraktor

    Sejumlah penalti yang akan

    ditentukan oleh Kerajaan kemudian

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    57

    JADUAL 5

    BORANG JAMINAN BANK/JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/ JAMINAN

    INSURANS UNTUK BON PELAKSANAAN

    Sebagai balasan kepada Perjanjian No. ............................ yang dibuat antara Kerajaan

    Malaysia, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) dan

    ......................................, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor”) bagi

    membekal Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan bagi tempoh mulai

    ............. hingga ................ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perjanjian”) kami

    yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Penjamin”)

    atas permohonan Kontraktor, mengaku janji yang tak boleh batal untuk memberi

    Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Perjanjian tersebut

    mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada ini.

    MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut:

    1. Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan

    serta merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di dalam tuntutan

    tersebut tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada

    Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain dan tanpa bukti atau

    bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak

    melebihi sebanyak Ringgit .................................. (nyatakan nilai jaminan dalam

    perkataan) (RM ..................) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar

    kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai tersebut di atas.

    2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian jika

    dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu hendaklah tidak melebihi

    nilai Ringgit ............................................ (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan)

    (RM ..........) dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan jumlah yang

    disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan

    dengan apa-apa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Penjamin.

  • KPM.BPPA.S.400-10/3/4 JLD 9 (21)

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    58

    3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan in