Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

26
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

Transcript of Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Page 1: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

Kementerian Kesihatan MalaysiaOktober 2011

KANDUNGAN

Page 2: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Muka surat

Tujuan 1

1. Pendahuluan 1

2. Rasional 1

3. Keperluan vitamin 2

4. Strategi 2

5. Objektif Program 2

6. Liputan Program 2

7. Kumpulan Sasar 3

7.1 Kriteria kelayakan 3

7.2 Kriteria pengecualian 3

8. Kaedah Pelaksanaan 3

8.1 Penerimaan bekalan daripada pembekal 3

8.2 Cara penyimpanan 4

8.3 Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa

atau penjaga

4

8.4 Cara pemberian 4

8.5 Langkah-langkah keselamatan 6

9. Pengurusan dan Penyelarasan 6

10. Rumusan 7

Page 3: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Muka surat

11. Rujukan 8

12. Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Pembentukan Garis Panduan Pelaksanaan Program Vitamin 1Malaysia di Sekolah Rendah

9

13. Lampiran :

Lampiran 1 – Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia

Lampiran 2 – Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral

12

13

Lampiran 3 – Spesifikasi Tablet Multivitamin dan Mineral 14

Lampiran 4 – Report on Suspected Adverse Drug Reactions 19

Page 4: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

GARIS PANDUAN PELAKSANAANPROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

TUJUAN

Tujuan garis panduan ini ialah untuk menggariskan kaedah pemberian multivitamin dan mineral di sekolah rendah dan akan digunakan oleh pentadbir/ guru sekolah dalam melaksanakan Program Vitamin 1Malaysia kepada murid sekolah. Garis panduan ini hendaklah juga dibaca bersama Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005 serta Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010.

1. Pendahuluan

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang 2020.

2. Rasional

Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005).

Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004).

Page 5: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A, kalsium, zat besi dan zink.

3. Keperluan Vitamin

Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.

Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit.

4. Strategi

Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah.

5. Objektif Program

Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.

6. Liputan Program

Semua murid yang memenuhi kriteria pemilihan dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.

Page 6: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

7. Kumpulan Sasar

7.1 Kriteria kelayakan

Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah).

7.2 Kriteria pengecualian

Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu:

i. Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala.

ii. Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin.

iii. Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital.

8. Kaedah Pelaksanaan

8.1 Penerimaan bekalan daripada pembekal

i. Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP).

ii. Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang mengandungi maklumat tarikh pembekalan, kuantiti dan nombor batch menggunakan Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1).

iii. Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam

keadaan baik dan dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.

Page 7: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

8.2 Cara penyimpanan

i. Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih dan kering pada suhu kurang daripada 30°C atau mengikut arahan pengeluar.

ii. Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian.

8.3 Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau

penjaga

Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap murid

mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-

masing. Oleh itu, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:

i. mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan

Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid,

ii. memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah

dijawab,

iii. memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian memberi

kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid.

Jika ibu bapa/penjaga menjawab “YA” pada soalan 1, 2 atau 3 di

bahagian “Sejarah Perubatan” pada Borang Kebenaran Pemberian

Multivitamin dan Mineral, maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi

multivitamin dan mineral di sekolah.

8.4 Cara Pemberian

i. Kekerapan

Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.

Page 8: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

ii. Dos (Bilangan tablet)

Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.

iii. Pemberian

Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan sarapan.

Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah dan ditelan oleh setiap murid. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik.

iv. Kesan sampingan pengambilan vitamin

Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius. Kesan sampingan ringan seperti muntah, mual, pening, sakit perut, sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam sebilangan kecil murid.

Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital untuk rawatan. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan.

Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan kemudian klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).

Page 9: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

8.5 Langkah-langkah keselamatan

Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:

i. Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah, retak atau terdapat kesan dibuka atau koyak.

ii. Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah:

- Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label.

- Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan.

- Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan dahulu sebelum yang baru dibuka.

- Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput.

iii. memastikan murid yang dikecualikan daripada menerima tablet multivitamin dan mineral (rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan.

9. Pengurusan dan Penyelarasan

Rancangan pemberian multivitamin dan mineral ini diintegrasikan ke dalam RMT. Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan memantau melalui unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan. Buat masa ini, tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

10. Rumusan

Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.

Page 10: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Rujukan

Brown KH et al. (2002). Effect of supplemental zinc on the growth and serum zinc concentrations of prepubertal children: a meta-analysis of randomized controlled trials. American Journal of Clinical Nutrition, 2002, 75:1062–1071.

Codex Alimentarius Guidelines For Vitamin And Mineral Food Supplements CAC/GL 55-2005.

Foo et. al. (2004). Iron status and dietary iron intake of adolescents from a rural community in Sabah, Malaysia. Asia Pacific J Clin Nutr 2004;13 (1):48-55.

Ministry of Health Malaysia. (2000). Nutritional Status of Children Below Six Years in Malaysia.

National Health and Morbidity Survey III (2006). Unpublished data.

Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005.

Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, 2005.

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah. Rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010.

Taras H., (2005) Nutrition and student performance in school. Journal of School Health. August 2005, Vol.75, No.6.

Page 11: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PEMBENTUKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Puan Rokiah DonPengarahBahagian Pemakanan

Puan Fatimah SalimTimbalan PengarahBahagian Pemakanan

Puan Zaiton Hj DaudKetua Penolong Pengarah KananBahagian Pemakanan

Puan Shamsuriati Awang KechikKetua Penolong Pengarah Bahagian Pemakanan

Puan Fatimah Zurina MohamadPenolong Pengarah KananBahagian Pemakanan

Encik Mohamad Soffian Mohamad RasidPenolong PengarahBahagian Pemakanan

Puan Rusnah AdonPenyelia JururawatBahagian Pemakanan

Dr. Nik Rubiah RashidKetua Penolong Pengarah KananBahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Page 12: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Puan Tan Phaik SimPenyelia JururawatBahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Puan Anis TalibTimbalan PengarahBahagian Perkhidmatan Farmasi

Puan Salasiah AbdullahPenolong PengarahBiro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

Dr. Fuziah ZainKetua Jabatan Perubatan PediatrikJabatan Perubatan PediatrikHospital Putrajaya

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tuan Hj Zafrullah ShamsuddinKetua UnitBahagian Pengurusan Sekolah Harian

Encik Ismail Abdul AzizTimbalan Setiausaha Bahagian (D)Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

Puan Noor Azani Abdul AzizPenolong Setiausaha (PP) 4Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

Encik Ahmad Afifi HussainPenolong SetiausahaBahagian Kewangan

Encik Mohd Nurhazwan RostamPenolong SetiausahaBahagian Kewangan

Encik Mohd Adyirwan ArshadPegawai Eksekutif (BT) 1Bahagian Kewangan

Page 13: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Dr. Razalee SedekPensyarahPusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan

Page 14: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Lampiran 1

LAPORAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA (PV1M) BULAN _______________ TAHUN _______________

NEGERI : _____________________________________________________________ TELEFON : ______________________________

PPG/PPD/ZON : _____________________________________________________________ TELEFON : ______________________________

SEKOLAH : _____________________________________________________________ TELEFON : ______________________________

PEMBEKAL : _____________________________________________________________ TELEFON : ______________________________

TEMPAT SIMPANAN : _____________________________________________________________ BIL. PENERIMA PV1M : ____________________

A. PENERIMAAN

BIL TARIKH TERIMA BEKALAN TARIKH LUPUT

KUANTITI DI TERIMA

NO. SAPNAMA PENERIMA

(PEGAWAI YANG MENERIMA BEKALAN)

TANDA TANGANJUMLAH

(KOTAK PENGHANTARAN)KIRAAN DALAM

KOTAK VITAMIN STRIP VITAMIN1.2.3.

B. AGIHAN (kuantiti ialah jumlah tablet)

HARITARIKH AGIHAN DAN KUANTITI

JUMLAH AGIHAN SEBULAN (KOTAK) KOMEN/ ULASANMINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5

TARIKH KUANTITI TARIKH KUANTITI TARIKH KUANTITI TARIKH KUANTITI TARIKH KUANTITI

AHADISNINSELASARABUKHAMISJUMAAT

JUMLAH

C. LAPORAN TABLET VITAMIN YANG ROSAK

BIL. KEROSAKAN GANTIAN ULASAN PELAPOR TANDA TANGANTARIKH JUMLAH TARIKH JUMLAH

1.2.3.4.

Page 15: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL

Objektif

Pemberian multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pemakanan dan tumbesaran. Ianya diberi secara percuma kepada anak/ anak jagaan tuan/ puan di sekolah. Multivitamin dan mineral diberi pada setiap hari persekolahan bersama dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekiranya terdapat kemusykilan, sila hubungi pihak pentadbir/ guru sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat Murid

Nama Murid: Tahun:

Alamat Rumah: Nama Sekolah:

Sejarah Perubatan

1. Adakah anak/ anak jagaan tuan/ puan mempunyai penyakit talasemia yang disahkan oleh pegawai perubatan dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala?

Ya Tidak

2. Adakah anak anda sedang mengambil apa-apa vitamin lain di rumah?

Ya Tidak

3. Adakah anak anda sedang menerima rawatan vitamin di klinik/ hospital?

Ya Tidak

Kebenaran menerima multivitamin dan mineral (sila lengkapkan SATU kotak sahaja).

Saya Bersetuju membenarkan anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral.

Saya Tidak Bersetuju anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral.

Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:No. Telefon Bimbit:

Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:No. Telefon Bimbit:

Tandatangan: Tandatangan:

Tarikh: Tarikh:

Terima kasih atas kerjasama tuan/ puan melengkapkan borang ini. Sila kembalikan borang kepada pihak sekolah.

Lampiran 2

Page 16: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Lampiran 3

SPESIFIKASI TABLET MULTIVITAMIN DAN MINERAL

1. Jenis

Tablet boleh dikunyah (chewable) berperisa buah-buahan (pelbagai rasa).

2. Standard

Produk hendaklah memenuhi kesemua kriteria berikut:

i. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai No. Pendaftaran Produk (salinan Sijil Pendaftaran Produk wajib disertakan).

ii. Mematuhi sukatan nutrien bagi multivitamin dan mineral dengan zat besi bagi kanak-kanak 7-12 tahun pada dos biasa sebagai tambahan pemakanan (dietary supplement) dan bukan dos terapeutik. Kandungan minima setiap vitamin dan mineral bagi sukatan pengambilan sehari hendaklah mengandungi 15% saranan pengambilan kanak-kanak 7-12 tahun yang ditetapkan oleh FAO/WHO (Codex Alimentarius Guidelines For Vitamin And Mineral Food Supplements CAC/GL 55-2005).

Sebagai panduan, berikut adalah kandungan yang dicadangkan:

Bil Jenis vitamin dan mineral

Kandungan minima bagi dos sehari

kanak-kanak 7-12 tahun

Unit

1. Vitamin A 249.8 IU2. Vitamin C 5.3 mg3. Tiamina (B1) 0.14 mg4. Riboflavin (B2) 0.14 mg5. Nicotinamide (B3) 1.8 mg6. Vitamin D 15 IU7. Vitamin E 1.0 IU8. Zat besi 1.4 mg9. Zink 0.9 mgLain-lain vitamin dan mineral yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 17: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

iii. Halal – kemukakan sijil HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekiranya ada.

iv. Mengisytiharkan kandungan produk mengandungi bahan-bahan daripada sumber porcine atau bovine, jika berkaitan.

v. Mengguna bahan pewarna, perisa dan pemanis yang dibenarkan.

3. Pembungkusan

Menepati syarat-syarat berikut:

i. Vitamin hendaklah dibungkus dalam botol yang legap sepenuhnya (tidak telus cahaya). Setiap bekas mengandungi 60 biji tablet.

ii. Pelabelan pada pembungkusan botol dan kotak mesti menepati keperluan PBKD dan produk dilabelkan ‘Program Vitamin 1Malaysia’ dan NOT FOR SALE. Label tersebut hendaklah dicetak dan bukan tampalan.

4. Syarat-syarat serahan produk:

a. Tarikh luput : Sekurang-kurangnya 18 bulan dari tarikh penyerahan

b. Tempat serahan : Semua sekolah yang terlibat

c. Kekerapan pembekalan : Setiap 3 bulan

d. Jadual dos (bilangan tablet sekali makan) mengikut umur murid hendaklah disediakan oleh pembekal berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Page 18: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

5. Pengangkutan dan Pengedaran

Tablet multivitamin dan mineral hendaklah dilindungi daripada pencemaran atau pun kerosakan semasa pengangkutan dan pengedaran. Kenderaan yang mengangkut hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap.

ii. Berada pada suhu kurang daripada 30oC atau mengikut arahan daripada pengeluar.

iii. Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih, berkeadaan baik dan boleh dibersihkan.

iv. Tidak mengangkut bahan lain yang boleh mencemar tablet multivitamin dan mineral serta kenderaan.

v. Mempunyai sistem pengudaraan yang cukup.

vi. Pemunggahan bekalan multivitamin dan mineral hendaklah dijalankan dengan cermat.

vii. Tidak mencampur adukkan batch bekalan multivitamin dan mineral yang

berlainan. Pengangkutan dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch.

Page 19: Garis Panduan Vitamin 1 Malaysia

Lampiran 3a

Cadangan Pembungkusan

Nama Produk

1 Nama dan kekuatan bahan aktif, RDA

Pengawet (jika ada) Alkohol (jika ada)

Indikasi Dos/ arahan

penggunaan

Akuan fungsi (jika ada)

Amaran (jika ada)

Arahan penyimpanan Jauhi daripada

kanak-kanak

Saiz pembungkusan

Bentuk dos

Nama dan alamat pemegang pendaftaran

Nama dan alamat pengilang

Sumber haiwan (jika ada)

2Nombor batch Tarikh pembuatan Tarikh LuputMAL…………………………..

1. Bagi nama dan kekuatan bahan aktif memadai dinyatakan ‘multivitamin dan mineral’2. No. batch, tarikh pembuatan dan tarikh luput boleh dinyatakan pada label, pada atas atau

bawah kotak

Program Vitamin 1Malaysia (ayat sama besar dengan nama produk)

Program Vitamin 1Malaysia

Arahan penyimpanan Jauhi daripada kanak-kanak Kuantiti Kuantiti

Program Vitamin 1Malaysia

Nama Produk dicetak pada setiap petak

tablet

No batch