Garis PanduanPenyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM...
Transcript of Garis PanduanPenyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM...
Disediakan oleh :
Bahagian Teknologi Pendidikan
Garis Panduan
Penyenggaraan
Peralatan ICT Di
Sekolah KPM
bagi tahun
2017-2018
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
Garis Panduan Penyenggaraan
Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Garis Panduan ini adalah mengenai tatacara operasi
penyenggaraan peralatan ICT (Aset Alih Kerajaan) di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2017.
1.2 Kerja penyenggaraan peralatan ICT (Aset Alih Kerajaan) ini dilaksanakan menggunakan kaedah kontrak bermasa berkuat kuasa pada 17 Julai 2017 hingga 16 Januari 2019 oleh syarikat yang dilantik melalui tender terbuka.
1.3 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Setuju Terima (SST) / Kontrak Perjanjian antara KPM dengan Syarikat Pembekal Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah mengikut zon masing-masing.
2.0 LATAR BELAKANG
Merujuk surat KP(B.Kew)(BJT)1600/107)(13) bertarikh 14 Januari 2009, Penyenggaraan dan perolehan peralatan ICT di institusi pendidikan KPM di bawah kategori pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
3.0 OBJEKTIF
6.0 Sekolah melaporkan kerosakan peralatan ICT ke dalam STS (Support
Ticketing System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my
3.1 Memastikan sekurang-kurangnya 10 unit PC sekolah berfungsi untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP).
3.2 Sekolah mematuhi tatacara pengurusan aset ICT (Aset Alih Kerajaan) dan prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.
3.3 Kontrak perjanjian dipatuhi semasa pelaksanaan kerja penyenggaraan.
3.4 Semua agensi terlibat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan peralatan ICT di sekolah disenggara dan boleh diguna pakai.
4.0 TAKRIFAN
4.1 Penyenggaraan Pemulihan (CM) ialah tindakan membaiki dengan menukar alat ganti komponen peralatan ICT supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.
4.2 Gantian Baharu 1PP merupakan CM menggunakan kaedah gantian baharu set peralatan ICT yang rosak supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling. 1PP.
4.3 Peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017-2018
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
sambungan ke komputer untuk berfungsi dan tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputer.
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN
5.1 Bahagian Teknologi Pendidikan mencadangkan pelaksanaan
penyenggaraan peralatan ICT melalui subwaran kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).
5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh BTPN/PTPB kepada syarikat sebelum kerja penyenggaraan dilaksanakan.
5.3 Kerja-kerja penyenggaraan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pesanan tempatan (LO).
5.4 Penyenggaraan ke atas peralatan ICT dibekalkan selepas tahun 2008 dicadangkan menggunakan kaedah tukar alat ganti. Alat ganti dan komponen yang dibekal hendaklah mempunyai jaminan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh Sijil Akuan Penerimaan (SAP) ditandatangani dan disahkan.
5.5 Penyenggaraan ke atas peralatan ICT dibekalkan pada dan sebelum tahun 2008 dicadangkan menggunakan kaedah gantian baharu 1PP
5.6 Pelaksanaan menggunakan kaedah gantian baharu 1PP perlu merujuk kepada Tatacara Penyenggaraan Peralatan ICT Menggunakan Kaedah Gantian Baharu (1PP) yang disertakan di bahagian akhir garis panduan ini.
6.1 SKOP PELAKSANAAN 6.0 Skop pelaksanaan hanya kepada Penyenggaraan Pemulihan
(corrective maintenance_CM)
6.1 Penyenggaraan peralatan ICT dilaksanakan berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak sekolah melalui STS (Support Ticketing System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my
6.2 Kerja-kerja penyenggaraan ini melibatkan semua kategori sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk:-
Sekolah Harian
Sekolah Berasrama Penuh / Kluster
Kolej Teknik / Vokasional
Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah Seni, Sukan Dan Ko-Kurikulum
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Sekolah Amanah
6.3 Peruntukan untuk penyenggaraan peralatan ICT di sekolah adalah terhad berbanding dengan jumlah aduan kerosakan diterima.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
Keutamaan adalah kepada kerosakan peralatan ICT di tahap kritikal yang boleh melumpuhkan pelaksanaan PdP di sekolah.
6.4 Peralatan ICT yang layak disenggara ialah :-
Komputer Peribadi Komputer Riba Projektor Pencetak Server Alat Pengimbas Set peralatan rangkaian (LAN)
6.5 Peralatan ICT berikut juga termasuk dalam skop penyenggaraan:
Peralatan ICT yang digunakan untuk Pengurusan dan
Pentadbiran sekolah (PdT).
Peralatan ICT yang digunakan di asrama sekolah
Peralatan ICT yang digunakan untuk Pra-sekolah
6.6 Syarat peralatan ICT layak disenggara adalah :
Peralatan ICT telah didaftarkan sebagai Aset Alih Kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal (DHM).
Mendaftar semula semua komponen sebagai satu set komputer jika terdapat mana-mana komponen komputer didaftarkan sebagai harta modal dan membatalkan rekod KEW.PA-2 bagi komponen ICT tersebut.
Peralatan ICT telah tamat tempoh jaminan (warranty). Peralatan ICT belum mendapat Sijil Hapus Kira
6.7 Peralatan ICT dikategorikan sebagai alat yang tidak wajar disenggara -BER (Beyond Economic Repair) - syarikat dibenarkan mengganti dengan peralatan baharu tertakluk kepada syarat berikut : (a) Jenama dan model peralatan baharu adalah terbuka atau
mengikut peralatan asal. (b) Peralatan baharu hendaklah berjenama serta tulen. (c) Spesifikasi peralatan baharu hendaklah sama atau lebih baik
daripada peralatan asal (d) Mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Kuasa menandatangani
di ruang Ketua Jabatan untuk KEW.PA-2/KEW.PA-3 - Lampiran A dan (KEW.PA-9/ KEW.PA-9(A)) - Lampiran B adalah oleh pihak Pentadbir Sekolah
(e) Harga peralatan baharu perlu munasabah dan kurang dari kos penyenggaraan tukar alat ganti mengikut jadual harga kontrak
(f) Peralatan baharu mempunyai tempoh waranti sekurang-kurangnya dua puluh empat (24) bulan secara on-site dan dilengkapkan dengan perisian, aksesori dan consumable part yang baharu.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017-2018
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
7.0 PROSES PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH KPM
7.1 Aduan kerosakan perlu dibuat oleh Juruteknik Komputer FT17 (JK) / Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru ICT (GIT) di sekolah melalui STS (Support Ticketing System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my
7.2 JK /GPB /GIT di sekolah perlu bekerjasama dengan PKG dalam kelompok sekolah masing-masing untuk verifikasi aduan dengan mengenal pasti punca masalah, kaedah penyelesaian dan implikasi kos yang diperlukan.
7.3 BTPN akan menyalurkan aduan STS kepada syarikat untuk menentusahkan punca kerosakan.
7.4 Pihak syarikat dikehendaki mengeluarkan sebutharga kos peralatan ICT yang perlu disenggara tidak melebihi harga dalam kontrak.
7.5 Syarikat perlu melengkapkan dokumen berikut untuk permohonan Pesanan Tempatan (LO) kepada BTPN :-
(a) Sebutharga Kontraktor (1 salinan asal); (b) Daftar Harta Modal / Daftar Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA-
2/KEW.PA-3) - Lampiran A (1 salinan yang telah disahkan) (c) Borang Aduan Kerosakan Harta Modal Kerajaan/Aduan Kerosakan
Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-9/ KEW.PA-9(A)) – Lampiran B (1 salinan asal)
(d) Rekod Penyelenggaraan Harta Modal/Rekod Penyelenggaraan Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA-14/KEW.PA-14(A)) - Lampiran C (1 salinan yang telah disahkan)
(e) Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) - Lampiran D (1 salinan asal)
7.6 Pihak BTPN hendaklah membuat semakan dan pengesahan dokumen sebelum LO dikeluarkan.
7.7 Hanya dokumen-dokumen yang lengkap sahaja akan diproses untuk pengeluaran LO
7.8 Kerja penyenggaraan akan bermula selepas LO dikeluarkan. 7.9 Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) -
Lampiran D perlu dilengkapkan sekiranya pihak syarikat perlu membawa keluar peralatan ICT dari lokasi.
7.10 Syarikat mesti menyelesaikan penyenggaraan dan memulangkan peralatan ICT yang telah disenggara dalam tempoh tujuh (7) hari.
7.11 Tempoh penyenggaraan peralatan adalah 30 hari bermula dari tarikh LO dikeluarkan.
7.12 Maklumat peralatan ICT yang telah disenggara hendaklah direkodkan dan borang (KEW.PA-14/KEW.PA-14(A)) - Lampiran C peralatan tersebut perlu dikemaskini.
7.13 Apabila kerja penyenggaraan telah selesai dilaksanakan, syarikat perlu melengkapkan dokumen berikut kepada BTPN untuk proses pembayaran :
(a) LO yang telah lengkap ditandatangani (b) Inbois (c) Sijil Akuan Penerimaan (SAP) - Lampiran E (1 salinan asal) (d) Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) - Lampiran F (1 salinan
asal)
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
(e) Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) - Lampiran D yang lengkap
7.14 Syarikat perlu mengemukakan dokumen lengkap dengan tandatangan, cop rasmi, nama dan jawatan serta tarikh dari pihak sekolah sebagai pengesahan kerja penyenggaraan telah selesai dilaksanakan.
7.15 Pihak BTPN pula perlu menyemak dan mengesahkan dokumen adalah lengkap sebelum pembayaran dibuat.
7.16 Pembayaran akan diproses dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh dokumen keperluan pembayaran yang lengkap diterima
.
8.0 PERANAN AGENSI TERLIBAT
8.1 SEKOLAH
8.1.1 Melaporkan semua kerosakan peralatan ICT ke dalam STS (Support Ticketing System) melalui http://sts.moe.edu.my
8.1.2 Aduan hendaklah dibuat oleh JK, GPB atau GICT di sekolah 8.1.3 Memastikan semua peralatan ICT di sekolah yang hendak
disenggara mempunyai Kad Daftar Harta Modal / Daftar Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA-2/KEW.PA-3) - Lampiran A yang lengkap dan dikemaskini.
8.1.4 Memastikan borang Aduan Kerosakan Harta Modal Kerajaan / Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-9/ KEW.PA-9(A)) - Lampiran B lengkap diisi.
8.1.5 Memastikan kerja-kerja penyenggaraan ke atas peralatan ICT dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik oleh KPM
8.1.6 Memastikan pihak syarikat mematuhi tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.
8.1.7 Memastikan kerja penyenggaraan dilaksanakan dengan sempurna sebelum menandatangani Sijil Akuan Penerimaan (SAP) - Lampiran E, Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) - Lampiran F dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.
8.1.8 Memastikan borang Rekod Penyelenggaraan Harta Modal / Rekod Penyelenggaraan Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA-14/ KEW.PA-14(A)) - Lampiran C bagi semua peralatan ICT yang telah disenggara lengkap dan dikemaskini.
8.1.9 Melabel nombor Daftar Harta Modal pada semua peralatan gantian baharu (1PP)
8.2 PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)
8.2.1 Memastikan semua sekolah dalam kelompok melaporkan aduan kerosakan ICT melalui STS supaya kerosakan dapat dibaikpulih.
8.2.2 Membuat verifikasi dan kenal pasti tahap kritikal kerosakan semua aduan yang dibuat oleh sekolah dalam kelompok masing-masing.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017-2018
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
8.2.3 Memberi khidmat nasihat penggunaan STS dan pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT di sekolah.
8.2.4 Membuat pemantauan bagi memastikan kerja penyenggaraan peralatan ICT mematuhi tatacara dan prosedur dalam kontrak.
8.2.5 Memastikan peralatan ICT yang rosak di sekolah-sekolah ahli PKG masing-masing disenggara dan berfungsi digunakan untuk PdP.
8.3 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN) / PUSAT
TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN (PTPB)
8.3.1 Memantau aduan kerosakan peralatan ICT sekolah melalui STS 8.3.2 Menyediakan senarai aduan kerosakan peralatan ICT sekolah
kepada pihak syarikat untuk dibaikpulih. 8.3.3 Menjadi pegawai penghubung antara syarikat yang dilantik
dengan sekolah. 8.3.4 Menyelaras perlaksanaan penyenggaraan peralatan ICT
kepada sekolah serta PKG / PPD / JPN di peringkat negeri masing-masing.
8.3.5 Memastikan dokumen permohonan LO mematuhi kaedah yang telah ditetapkan dalam kontrak perjanjian.
8.3.6 Mengeluarkan LO berdasarkan dokumen permohonan oleh syarikat yang lengkap.
8.3.7 Memantau dan memastikan penyenggaraan peralatan ICT mengikut tempoh dan ketetapan.
8.3.8 Mengesahkan kerja-kerja penyenggaraan oleh syarikat mematuhi spesifikasi dan skop kerja dalam kontrak perjanjian
8.3.9 Memastikan dokumen permohonan pembayaran lengkap serta mematuhi kaedah yang telah ditetapkan.
8.3.10 Membuat proses pembayaran berdasarkan dokumen permohonan pembayaran oleh syarikat yang lengkap.
8.3.11 Menyediakan laporan bulanan prestasi perbelanjaan dan analisa peralatan ICT yang disenggara bagi setiap sekolah yang terlibat.kepada BTP menggunakan borang Laporan Status Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-sekolah KPM seperti di Lampiran G
8.3.12 Peruntukan perlu digunakan untuk manfaat sekolah. Peruntukan penyenggaraan yang tidak dapat dibelanjakan akan ditarik balik.
8.3.13 Memastikan perlaksanaan penyenggraan memenuhi objektif KPM
8.4 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BTP)
8.4.1 Memastikan bajet peruntukan tahun semasa diperoleh. 8.4.2 Menyediakan agihan waran peruntukan kepada BTPN
berdasarkan jumlah peruntukan yang diterima..
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
8.4.3 Menyediakan Garis Panduan Operasi Pelaksanaan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM.
8.4.4 Mengurus mesyuarat penyelarasan antara semua negeri bagi memastikan penyenggaraan peralatan ICT di sekolah dapat dilaksanakan dengan mematuhi tatacara seperti dalam kontrak perjanjian. dalam tempoh yang ditetapkan
8.4.5 Memantau prestasi kerja bulanan syarikat. 8.4.6 Memantau on site secara rawak kerja penyenggaraan di sekolah
bagi memastikan skop kerja dan spesifikasi alat ganti peralatan dalam kontrak dipatuhi.
8.4.7 Memberi khidmat nasihat kepada BTPN, PTPB, PKG dan sekolah (mengikut keperluan).
8.4.8 Menyediakan laporan status penyenggaraan peralatan ICT sekolah KPM kepada Pengurusan Tertinggi KPM (mengikut keperluan).
8.5 SYARIKAT
8.5.1 Melaksanakan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah dalam zon masing-masing selepas terima LO.
8.5.2 Melaksanakan kerja penyenggaraan dengan mematuhi tatacara dan prosedur dalam kontrak perjanjian yang ditandatangani.
8.5.3 Menyenaraikan nama kakitangan yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan beserta kad kuasa bergambar dan surat kebenaran.
8.5.4 Bersedia untuk dihubungi oleh BTPN dalam zon masing-masing bagi menyelesaikan sebarang isu semasa pelaksanaan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah.
8.5.5 Wakil syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah mesti memaparkan kad pengenalan diri dan memakai uniform yang telah ditetapkan seperti dalam perjanjian kontrak.
8.5.6 Wakil syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan juga mesti melapor diri dan mohon kebenaran daripada pentadbir sekolah. Gagal berbuat demikian, pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan syarikat menjalankan kerja penyenggaraan tanpa sebarang amaran.
8.5.7 Syarikat dikehendaki menyerahkan laporan bulanan kepada BTPN mengenai status penyenggaraan peralatan ICT pada atau sebelum 5hb setiap bulan.
8.5.8 Syarikat dikehendaki melabel tanda ‘Hak Kerajaan Malaysia’ pada peralatan gantian baharu (1PP).
8.5.9 Pihak syarikat perlu membawa keluar peralatan lama yang telah disenggara dengan kaedah peralatan gantian baharu (1PP).
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017-2018
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
9.0 PENUTUP
Keberkesanan perkhidmatan boleh dicapai dengan kerjasama oleh pelbagai
pihak yang terlibat.. Masing-masing mempunyai peranan dan tugas yang
perlu dilaksanakan. Pengurusan aset ICT yang sistematik dan teratur
dapat membantu kecekapan proses penyenggaraan peralatan yang rosak.
Kaedah ini bagi memastikan penyenggaraan ICT di sekolah oleh syarikat
yang dilantik mencapai objektif yang ditetapkan. Perbelanjaan pula
digunakan secara berhemah dan mematuhi kontrak perjanjian yang sedang
berkuatkuasa.
LAMPIRAN A KEW.PA-2
(No. Siri Pendaftaran: )
DAFTAR HARTA MODAL Kementerian/Jabatan : Bahagian/Cawangan :
BAHAGIAN A Kod Nasional
Kategori
Sub Kategori
Jenis/Jenama/Model
Buatan Harga Perolehan Asal
Jenis Dan No. Enjin Tarikh Diterima
No Casis/Siri Pembuat No. Pesanan Rasmi Kerajaan
No Pendaftaran (Bagi Kenderaan)
Tempoh Jaminan
Nama Pembekal Dan Alamat:
Spesifikasi : Komponen/ Aksesori:
………………………………….. *Tandatangan Ketua Jabatan
Nama : Jawatan : Tarikh : Cop :
PENEMPATAN
Lokasi
Tarikh
Nama Pegawai
Tandatangan
PEMERIKSAAN
Tarikh
Status Aset
Nama Pemeriksa
Tandatangan
PELUPUSAN/HAPUS KIRA
Rujukan Kelulusan Tarikh Kaedah Pelupusan Tandatangan
*Nota tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit.
KEW.PA-2
DAFTAR HARTA MODAL
BUTIR-BUTIR PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIK TARAF
BAHAGIAN B
Bil. Kod Label
Jenis/ Jenama/
Model Kos (RM)
Tempoh Jaminan
Asal/ Tambah/
Naik Taraf/ Penggantian
Tarikh Catatan
Nama dan
Tandatangan Dipasang Dikeluarkan Dilupus
KEW.PA-3 (No. Siri Pendaftaran: )
DAFTAR ASET ALIH BERNILAI RENDAH
Kementerian/Jabatan : Bahagian :
BAHAGIAN A
Kod Nasional
Kategori
Sub Kategori
Jenis Harga Perolehan Asal
Kuantiti Tarikh Diterima
Unit Pengukuruan No. Pesanan Rasmi Kerajaan dan Tarikh
Tempoh Jaminan
Nama Pembekal Dan Alamat: ………………………………….. *Tandatangan Ketua Jabatan
Nama : Jawatan : Tarikh : Cop :
*PENEMPATAN
Kuantiti
No.Siri Pendaftaran
Lokasi
Tarikh
Nama Pegawai
Tandatangan
*PEMERIKSAAN
Tarikh
Kuantiti
Status Aset
Nama Pemeriksa
Tandatangan
*PELUPUSAN/ HAPUS KIRA/ PINDAHAN
Rujukan No.Siri Pendaftaran
Tarikh Kaedah Kuantiti Lokasi Tandatangan
`
*Nota : Ruangan tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit.
KEW.PA-3
DAFTAR ASET ALIH BERNILAI RENDAH
BUTIR-BUTIR PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIK TARAF
BAHAGIAN B
Bil. Kod Label
Jenis/ Jenama/
Model Kos (RM)
Tempoh Jaminan
Asal/ Tambah/
Naik Taraf/ Penggantian
Tarikh Catatan
Nama dan
Tandatangan Dipasang Dikeluarkan Dilupus
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
LAMPIRAN B
KEW.PA-9
BORANG ADUAN KEROSAKAN HARTA MODAL KERAJAAN
Bahagian I (Untuk diisi oleh Pegawai Aset/Pengadu)
1. Jenis Aset :
2. Keterangan Aset :
3. Nombor Siri Pendaftaran :
4. Kos penyelenggaraan terdahulu :
5. Pengguna Terakhir :
6. Tarikh Kerosakan :
7. Perihal Kerosakan :
8. Syor Pegawai Aset/Pegawai Teknikal:
Nama:………………………………………………………………….
Jawatan:………………………………………………………………..
Tarikh:………………………………………………………………….
Bahagian II (Keputusan Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit)
Diluluskan / Tidak Diluluskan*
………………………………….
Tandatangan
Nama:……………………………………………
Jawatan:…………………………………………
Tarikh:…………………………………………..
Nota: * Potong mana yang berkenaan
KEW.PA-9(A)
BORANG ADUAN KEROSAKAN ASET ALIH BERNILAI RENDAH KERAJAAN
Bahagian A (I) (Untuk diisi oleh Pegawai Aset/Pengadu) Kategori : Sub Kategori : 1. Jenis Aset : 2. Keterangan Aset : 3. Tarikh Kerosakan :
Nama:………………………………………………………………….
Jawatan:………………………………………………………………..
Tarikh:………………………………………………………………….
Bahagian A (II) (Keputusan Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit)
Diluluskan / Tidak Diluluskan*
………………………………….
Tandatangan
Nama:……………………………………………
Jawatan:…………………………………………
Tarikh:…………………………………….……..
Catatan:…………………………………….….. Nota: * Potong mana yang berkenaan
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia KP 2.4/2013 Lampiran B
BAHAGIAN B (Diisi Oleh Pegawai Aset)
Kategori : Jenis Aset :
Bil
Nombor Siri
Pendaftaran
Butiran
Pengguna
Terakhir
Perihal kerosakan
Syor
Pegawai
Aset
LAMPIRAN C KEW.PA-14
REKOD PENYELENGGARAAN HARTA MODAL
(diisi oleh Pegawai Aset atau Wakil)
Sub Kategori :
No. Siri Pendaftaran : Jenis :
Lokasi :
(a) (b) (c) (d) (e) (f)
Tarikh Butir-butir kerja No. Kontrak/Pesanan Nama Syarikat/ Kos (RM) Nama dan Kerajaan dan Tarikh Jabatan Yang Menyelenggara Tandatangan
Nota : a) Tarikh pembaikan/penyelenggaraan yang telah dilakukan bagi harta modal berkenaan. b) Butir-butir kerja Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli c) No. kontrak/No. Pesanan Kerajaan beserta tarikh No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ No.Kontrak berserta tarikh. d) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. e) Kos Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali. f) Nama dan Tandatangan Pegawai Aset/ Wakil hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaraan tersebut.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
KEW.PA-14(A)
REKOD PENYELENGGARAAN ASET ALIH BERNILAI RENDAH
(diisi oleh Pegawai Aset atau Wakil)
Sub Kategori :
Jenis :
Bil. (a)
Tarikh
(b)
No. Siri
Pendaftaran
(c)
Lokasi
(d)
Butir-butir kerja
(e)
No.Kontrak/
Pesanan Kerajaan
dan Tarikh
(f)
Nama Syarikat/
Jabatan Yang
Menyelenggara
(g)
Kos (RM)
(h)
Nama dan
Tandatangan
Nota :
a) Tarikh pembaikan/penyelenggaraan yang telah dilakukan. b) Butir-butir kerja Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli c) No. kontrak/No. Pesanan Kerajaan beserta tarikh No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ No.Kontrak berserta tarikh. d) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. e) Kos Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali. f) Nama dan Tandatangan Pegawai Aset/ Wakil hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaraan tersebut.
LAMPIRAN F
SIJIL PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN
Nama dan Alamat Jabatan:
_______________________________
_______________________________
_______________________________
No. Rujukan: _____________
Nama Syarikat dan Alamat:
___________________________
___________________________
___________________________
Tuan,
KONTRAK PENYENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
ZON: …………………………………………………….
No. Kontrak: …………………………………
Merujuk kepada kontrak tersebut di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa peralatan di
bawah yang mana telah dibekalkan ke ……………………………………………………… pada
………………………………… dan telah berjaya dipasang, diujilari dan ditauliah
pada……………………………………….
Butiran Nama Peralatan, Jenama dan Model Kuantiti Catatan
2. Dimaklumkan juga bahawa dengan pengesahan kerja-kerja pemasangan, pengujian
dan pentauliahan oleh pihak jabatan seperti di bawah, tidak menghadkan pihak tuan untuk
membuat apa-apa tuntutan kepada kami seperti mana yang ditetapkan di dalam syarat-
syarat kontrak sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap peralatan tersebut.
…………………………………………………… Tarikh: …………………………….
Tandatangan dan Cop Syarikat
Pengesahan Jabatan
Dengan ini adalah disahkan bahawa peralatan seperti yang dinyatakan seperti di para 1 di
atas telah dipasang, diujilari dan ditauliah pada …………………………………… Disahkan juga di sini
bahawa segala perubahan dan pembetulan kepada mana-mana maklumat yang tercatat
sebelum ini telah diambil kira dan dipersetujui oleh saya pada tarikh pengesahan ini.
………………………………………………… Tarikh : ……………………………
Tandatangan Pegawai
Nama dan Jawatan/Cop Rasmi
(Diisi dengan 3 salinan)
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
LAMPIRAN E
SIJIL AKUAN PENERIMAAN
KONTRAK PENYENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
ZON ………………………………………………………..
No. Kontrak: ……………………………………
Nama dan Alamat
Sekolah:
No. Rujukan sekolah:
…………………………………………………………………
………………………………………………………………..
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
Nama dan Alamat
Syarikat:
…………………………………………………………………
………………………………………………………………..
…………………………………………………………………
PERINGATAN
Butiran Nama Peralatan Jenama dan Model Butir-Butir Penyenggaraan Kos (RM) Catatan
1. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah
disediakan dalam 3 salinan untuk edaran berikut:
a. 1 salinan asal kepada Kontraktor
b. 1 salinan asal kepada Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri
c. 1 salinan asal kepada Sekolah
2. Hanya Pentadbir Sekolah sahaja yang dibenarkan
mengesahkan SAP.
Saya mengaku bahawa peralatan yang
tersebut di atas telah diterima dan
disemak betul pada………………………………….
……………………………………………………….
Tandatangan Pegawai Penyemak
Nama dan Jawatan/Cop Rasmi:
……………………………………………………….
Tarikh :………………………………………….
……………………………………………………….
Tandatangan Pentadbir Sekolah
Nama dan Cop:
……………………………………………………….
Tarikh :………………………………………….
LAMPIRAN D
BORANG PPP
BORANG PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT
MAKLUMAT SYARIKAT
Nama Syarikat
Nama Juruteknik/Wakil Syarikat
No.Telefon
No. Log Aduan Tarikh /Masa Hadir
MAKLUMAT SEKOLAH
Nama Sekolah dan Alamat
Kod Sekolah
Nama Pelapor No. Telefon
MAKLUMAT PEMERIKSAAN PERALATAN
Peralatan/Kategori No. Daftar/Siri
Jenama/Model Tahun / Fasa
Komponen Lokasi
Keterangan Kerosakan
Cadangan Tindakan (Nyatakan alat ganti yang perlu ditukar )
Cara Baikpulih ( Tandakan )
Di Lokasi (Sekolah) Catatan:
DiBawa Keluar *
Lain-lain (Nyatakan)
Maklumat Pinjaman (*Sekiranya peralatan dibawa keluar)
Jenama dan Model (unit pinjaman)
Catatan:
No. Siri (unit pinjaman)
Tarikh Bawa Keluar
Tarikh Pulang
PENGESAHAN PEMERIKSAAN
Pengesahan Sekolah Pengesahan Syarikat ____________________________ ____________________________ Tandatangan Pegawai Tandatangan dan Cop Syarikat Nama dan Jawatan/Cop Rasmi Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________
PEMULANGAN PERALATAN (*Sekiranya Peralatan Dibawa Keluar)
Pengesahan Sekolah Pengesahan Syarikat ____________________________ ____________________________ Tandatangan Pegawai Tandatangan dan Cop Syarikat Nama dan Jawatan/Cop Rasmi Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________
(Disi dengan 3 salinan)
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2017-2018
LAMPIRAN G
LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM
BULAN __________________
Bulan RM0.00 #DIV/0!
RM0.00 #DIV/0!
Peratus #DIV/0!
RM0.00 #DIV/0!
RM0.00 #DIV/0!
RM0.00 #DIV/0!
Server PC NB Laser (M) Laser (C) Dot Mtrix PC NB Pencetak LCD (RM)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 - -
*Mandatori - Wajib diisi
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
Tandatangan: ___________________________ ___________________________
Nama Pelapor: Nama: BTPN /PTPB :
Jawatan: Cop Pejabat
Tarikh :
LAPORAN RINGKASAN STATUS PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM
Nama BTPN/ PTPB : Tarikh Baki Dibawa Hadapan
Jum. Tanggungan + Belanja Jumlah Dibayar Semasa
Daerah / Negeri Peruntukan Asal Tambahan - Belanja Dibawa Hadapan
No. Telefon Jumlah Peruntukan Jumlah Ditanggungan Semasa
Baki Tanggungan
Baki Peruntukan
Bil*Daerah
PKG
*Sekolah BILANGAN PERALATAN DISELENGGARA *Pastikan lengkapJumlah Kos
STATUS PERBELANJAAN *Wajib diisi
Jenis Komputer Pencetak
LCD
Jum. Dihantar balik ke BTP
JUMLAH
Tarikh
Baucer
No.
Baucer
Bayaran
Tandatangan:
Rangkaian Scanner1PP
Tarikh Keluar
LO No. LO Telah Dibayar Kod Nama