Garisan

3
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 2011 1 Garisan Ciri-ciri fizikal garisan. 1. Garisan mempunyai ciri-ciri fizikal tertentu. Garisan boleh diukir 2. Ciri-ciri fizikal garisan ialah tinggi atau rendah, besar atau kecil, panjang atau pendek, dan tebal atau nipis. 3. Contoh-contoh lain ialah kasar, halus, lurus, bengkok, terang, gelap, terputus, dan sebagainya. Jenis-jenis garisan 1. Terdapat pelbagai jenis sifat dan identiti pada garisan. 2. Jenis-jenis garisan merujuk kepada sifat dan cirri fizikalnya. 3. Jenis-jenis garisan yang terdapat pada alam semulajadi dan buatan manusia adalah seperti garisan berpancar, garisan beralun, garisan bergerigi, dan sebagainya. Watak Garisan 1. Garisan-garisan yang dihasilkan dengan media berlainan boleh melahirkan kesan pelbagai ekspresi. 2. Setiap alat lukisan akan menghasilkan kesan garisan yang berlainan sifat. 3. Kesan-kesan itu akan menghasilkan garisan halus, tebal, nipis, terang, gelap dan sebagainya. 4. Kesan garisan yang menggunakan pena akan kelihatan lebih jelas, terang dan menarik. 5. Garisan menggunakan pensel mewujudkan garisan pelbagai saiz, ekspresif, bebas dan pelbagai ton terkawal. 6. Garisan menggunakan berus akan mewujudkan kesan pelbagai ragam dan artistik. 7. Garisan menggunakan pastel menimbulkan kejelasan imej dan bebas. 8. Garisan menggunakan arang menghasilkan kesan yang berkontra, jelas dan gelap.

Transcript of Garisan

Page 1: Garisan

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 2011

1

Garisan

Ciri-ciri fizikal garisan.

1. Garisan mempunyai ciri-ciri fizikal tertentu. Garisan boleh diukir

2. Ciri-ciri fizikal garisan ialah tinggi atau rendah, besar atau kecil, panjang atau pendek, dan

tebal atau nipis.

3. Contoh-contoh lain ialah kasar, halus, lurus, bengkok, terang, gelap, terputus, dan sebagainya.

Jenis-jenis garisan

1. Terdapat pelbagai jenis sifat dan identiti pada garisan.

2. Jenis-jenis garisan merujuk kepada sifat dan cirri fizikalnya.

3. Jenis-jenis garisan yang terdapat pada alam semulajadi dan buatan manusia adalah seperti

garisan berpancar, garisan beralun, garisan bergerigi, dan sebagainya.

Watak Garisan

1. Garisan-garisan yang dihasilkan dengan media berlainan boleh melahirkan kesan pelbagai

ekspresi.

2. Setiap alat lukisan akan menghasilkan kesan garisan yang berlainan sifat.

3. Kesan-kesan itu akan menghasilkan garisan halus, tebal, nipis, terang, gelap dan sebagainya.

4. Kesan garisan yang menggunakan pena akan kelihatan lebih jelas, terang dan menarik.

5. Garisan menggunakan pensel mewujudkan garisan pelbagai saiz, ekspresif, bebas dan

pelbagai ton terkawal.

6. Garisan menggunakan berus akan mewujudkan kesan pelbagai ragam dan artistik.

7. Garisan menggunakan pastel menimbulkan kejelasan imej dan bebas.

8. Garisan menggunakan arang menghasilkan kesan yang berkontra, jelas dan gelap.

Page 2: Garisan

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 2011

2

Garisan dan nilai ekspresif

1. Garisan boleh melahirkan nilai-nilai ekspresis berdasarkan kedudukan dan olahan garisan

berkenaan.

2. Garisan-garisan itu dapat menimbulkan perasaan, mood, dan emosi dalam lukisan.

3. Garisan melengkung ke atas memberi gambaran gembira, riang dan selesa ☺

4. Garisan melengkung ke bawah memberi gambaran sedih atau kesayuan.

Fungsi garisan

Hubungan garisan dengan unsur seni

1. Garisan menghasilkan rupa

- Melalui cantuman garisan dipenghujungnya.

- Melalui kontur garisan

2. Garisan menghasilkan ton

- Garis-garis yang disusun berdekatan akan mewujudkan ton gelap, manakala garis-garis

yang mempunyai ruang berjauhan mewujudkan ton cerah.

- Perbezaan tebal atau nipis garisan juga menimbulkan ton. Lebih nipis garisan yang dilukis

maka lebih cerah penghasilan tonnya dan lebih tebal garisan itu lebih gelap tonnya.

- Garisan menegak dan melintang digunakan untuk melukis ton berbentuk permukaan rata.

- Garisan melengkung digunakan untuk menghasilkan bentuk permukaan bulat.

3. Garisan dan jalinan

- Garisan dapat menunjukkan jalinan

- Setiap objek semulajadi dan buatan manusia mempunyai jalinan tertentu

- Kebanyakkan jalinan berupa garisan yang beraneka ragam.

4. Garisan dan ruang

- Garisan dapat menimbulkan ilusi ruang

- Ruang dihasilkan oleh garisan melalui penggunaan garisan yang berlainan saiz, kegelapan

jarak, dan berpandukan grid perspektif.

- Garis-garis yang tebal serta panjang kelihatan mara ke hadapan.

- Garis-garis yang halus dan pendek kelihatan jauh ke belakang.

Page 3: Garisan

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 2011

3

5. Garisan dan warna

- Garisan dapat menghasilkan ton warna

- Kontra warna juga boleh membezakan garisan

- Warna mempengaruhi nilai garisan yang melahirkan perasaan tertentu dalam jiwa

pemerhati.

6. Garisan dan bentuk

- Garisan dapat menghasilkan bentuk ilusi

- Garisan mewujudkan bentuk melalui jarak kekerapan garis-garis berulang, garisan

bersilang, atau melalui saiz ukuran garisan, ilusi cahaya dan pembayangan.

- Garisan yang rapat menghasilkan ton gelap manakala garisan yang jaraknya jarang

menimbulkan ton cerah.

- Kesan ini menjelaskan isipadu serta berat sesuatu objek.

Garisan dan lambang

1. Garisan boleh melambangkan sesuatu mesej dan benda.

2. Reka bentuk logo, lencana, simbol, dan isyarat-isyarat jalan raya banyak menggunakan unsur

seni.

Garisan dan corak

1. Dengan menggunakan elemen garisan, corak boleh dihasilkan melalui perbezaan saiz garisan,

kepelbagaian media dan garisan membentuk rupa pelbagai saiz.

2. Garisan menghasilkan motif reka corak yang dibuat secara berulang-ulang.

3. corak-corak biasanya terhasil melalui panduan garisan grid.