Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

27
GARISPANDUAN LAPORAN PERUBATAN PERKARA MUKA SURAT PENGENALAN 3 1 PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN 1.1 Laporan perubatan 4 1.2 Pemohon 4 1.3 Prosidur memohon 5 1.4 Borang/dokumen yang diperlukan 5 1.5 Bayaran/caj yang dikenakan 6 2 PENDAFTARAN DAN PENCARIAN REKOD 2.1 Pendaftaran permohonan 7 2.2 Pencarian rekod 7 2.3 Penyerahan rekod kepada jabatan/unit 7 3 PENYEDIAAN LAPORAN PERUBATAN 3.1 Pengagihan tugas 9 3.2 Tanggungjawab pegawai yang menyedia laporan 9 3.3 Tanggungjawab ketua jabatan 9 3.4 Urusan menaip laporan 10 3.5 Semakan laporan 10 4 PENYERAHAN DAN PENYIMPANAN 4.1 Penyerahan laporan kepada pemohon 11 4.2 Penyimpanan laporan 11 5 PEMANTAUAN KUALITI 5.1 Tempomasa menyediakan laporan 12 5.2 Kualiti laporan 12 5.3 Statistik laporan 12

Transcript of Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Page 1: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

GARISPANDUAN LAPORAN PERUBATAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN 3

1 PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN1.1 Laporan perubatan 41.2 Pemohon 41.3 Prosidur memohon 51.4 Borang/dokumen yang diperlukan 51.5 Bayaran/caj yang dikenakan 6

2 PENDAFTARAN DAN PENCARIAN REKOD2.1 Pendaftaran permohonan 72.2 Pencarian rekod 72.3 Penyerahan rekod kepada jabatan/unit 7

3 PENYEDIAAN LAPORAN PERUBATAN3.1 Pengagihan tugas 93.2 Tanggungjawab pegawai yang menyedia laporan 93.3 Tanggungjawab ketua jabatan 93.4 Urusan menaip laporan 103.5 Semakan laporan 10

4 PENYERAHAN DAN PENYIMPANAN 4.1 Penyerahan laporan kepada pemohon 114.2 Penyimpanan laporan 11

5 PEMANTAUAN KUALITI 5.1 Tempomasa menyediakan laporan 125.2 Kualiti laporan 125.3 Statistik laporan 12

Page 2: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

Lampiran 1 Borang permohonan laporan perubatan/ 13laporan bedah siasat

Lampiran 2 Panduan menetapkan bayaran bagi laporan 14terperinci pakar

Lampiran 3 Carta aliran pengurusan laporan perubatan 15

Lampiran 4 Surat akuan penerimaan permohonan 16laporan perubatan

Lampiran 5 Data /maklumat dalam buku daftar 17permohonan laporan

Lampiran 6 Format laporan perubatan 18

Lampiran 7 Notis pemberitahu laporan siap 20

Lampiran 8 Data/maklumat untuk pemantauan laporan 21

Lampiran 9 Borang statistik laporan perubatan 22

2

Page 3: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

PENGENALAN

Kelewatan mendapatkan laporan perubatan adalah aduan yang sering dibangkitkan oleh orang awam. Kelewatan boleh berpunca dari beberapa sebab samada masalah di unit rekod, di wad ataupun di jabatan yang bertanggungajwab menyediakan laporan. Oleh yang demikian semua pihak yang terlibat perlu bekerjasama untuk memastikan penyediaan laporan perubatan yang berkualiti dan dalam tempoh yang singkat.

Bagi memperbaiki dan memperkemaskini prosidur dan proses penyediaan laporan perubatan, perbincangan telah diadakan dengan semua pegawai yang terlibat. Garispanduan Laporan Perubatan ini disediakan setelah mendapat input dan maklumbalas daripada pengarah hospital, pakar, pegawai perubatan dan pegawai serta penolong pegawai rekod perubatan.

Garispanduan ini merangkumi proses permohonan, pendaftaran, pencarian rekod, pengagihan, penyediaan, pengeluaran dan penyimpanan laporan perubatan serta pemantauan dari segi tempohmasa dan kualiti laporan yang disediakan.

3

Page 4: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

1 PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

1.1 Laporan perubatan

Laporan perubatan ialah Laporan yang disediakan oleh pegawai perubatan mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh individu semasa di hospital atau kemudahan kesihatan.

Laporan hanya akan disediakan apabila ada permohonan diterima samada daripada pesakit, waris, majikan atau pihak-pihak tertentu untuk tuntutan insuran, pampasan, perundangan, pemeriksaan lembaga perubatan dan sebagainya.

Laporan akan dikeluarkan oleh hospital di mana pesakit menerima rawatan.

Sumber maklumat untuk penyediaan laporan perubatan adalah rekod perubatan pesakit oleh itu laporan perubatan seperti juga dengan rekod perubatan, diklasifikasikan sebagai ‘sulit’ secara pentadbiran.

Terdapat juga permohonan untuk mendapatkan laporan atau pandangan kedua daripada pakar KKM bagi rawatan yang dijalankan oleh pihak swasta. Oleh kerana pesakit tidak dirawat di hospital KKM, maka pakar berkenaan hanya boleh menyediakan laporan berpandukan kepada maklumat / dokumen / salinan rekod perubatan yang dikemukakan oleh pesakit. Permohonan sedemikian hendaklah dikategorikan dan diuruskan sebagai laporan perubatan.

1.2 Pemohon

Pesakit yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh memohon sendiri laporan perubatan.

Bagi pesakit yang berumur bawah 18 tahun ataupun pesakit yang tidak sedarkan diri, kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia, laporan perubatan boleh dipohon oleh waris terdekat seperti suami/isteri, anak, ibubapa, dan adik beradik. Pemohon perlu menyertakan dokumen yang berkenaan sebagai bukti pertalian keluarga.

Laporan perubatan yang dipohon dari pihak lain hendaklah disertai dengan surat izin pesakit atau bagi pesakit berumur bawah 18 tahun, pesakit yang tidak sedarkan diri, kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia, surat izin dari waris terdekat perlu disertakan.

Permohonan laporan perubatan dari mana-mana pihak bagi pesakit warganegara asing yang tidak dapat dikesan, sekiranya waris juga tidak

4

Page 5: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

dapat dihubungi, maka permohonan perlu disertakan dengan surat izin dari pihak Kedutaan Negara berkenaan.

Keizinan pesakit ataupun waris tidak diperlukan bagi laporan perubatan yang dipohon oleh agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mendapatkan laporan perubatan seseorang individu, sebagai contoh Jabatan Polis dan Mahkamah.

1.3 Prosidur memohon

Pesakit atau wakil yang memohon bagi pihak pesakit hendaklah mengemukakan maklumat lengkap seperti yang terdapat di dalam borang permohonan (lihat lampiran 1)

Semua permohonan untuk laporan perubatan perlu dikemukakan ke Unit Rekod Perubatan di hospital di mana pesakit menerima rawatan. Seberapa boleh pesakit hendaklah hadir sendiri ke unit rekod perubatan untuk membuat permohonan.

Sekiranya melibatkan bayaran, permohonan hendaklah disertakan dengan bayaran samada secara tunai ataupun dengan cek berpalang mengikut kadar yang ditetapkan. Resit akan dikeluarkan sebagai bukti bayaran.

Sekiranya bukan pesakit yang memohon, maka permohonan hendaklah disertakan dengan surat izin pesakit. Surat izin yang dikemukakan hendaklah menyatakan dengan jelas nama pemohon yang diberi izin, nama, tandatangan dan nombor kad pengenalan pesakit atau waris yang memberi izin dan nama, tandatangan serta nombor kad pengenalan saksi. Surat izin hanya boleh digunakan untuk satu kali permohonan sahaja.

1.4 Borang / dokumen yang diperlukan

Pemohon hendaklah menyertakan maklumat lengkap serta mengemukakan dokumen berikut (mana yang berkenaan),

- Surat izin yang ditandatangani pesakit ataupun waris. - Salinan kad rawatan pesakit atau kad temujanji / salinan permit kubur /

salinan sijil kematian pesakit.- Salinan dokumen pengenalan diri pemohon contohnya kad pengenalan /

passport / sijil kelahiran.- Salinan sijil nikah pemohon (contoh bukti pertalian keluarga).- Surat akuan sumpah dari pesuruhjaya sumpah. - Surat izin Kedutaan bagi warganegara asing. - Borang laporan perubatan (sekiranya terdapat borang spesifik yang perlu

digunakan). - Resit bayaran (akan di beri oleh unit hasil selepas bayaran dibuat).

5

Page 6: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Sekiranya borang spesifik (dari syarikat insuran) tidak disertakan maka laporan perubatan akan disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.

1.5 Bayaran /caj yang dikenakan

Bayaran yang dikenakan kepada pemohon untuk laporan perubatan adalah seperti yang ditetapkan dalam Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003- Bagi warganegara asing.

Bayaran laporan ringkas oleh pakar ataupun laporan terperinci oleh pakar akan di kenakan sekiranya pemohon membuat permohonan untuk mendapatkan laporan pakar.

Permohonan untuk laporan terperinci oleh pakar akan dikenakan bayaran mengikut yang dinyatakan dalam Perintah Fee (Perubatan) 1982 iaitu diantara RM200-RM1,000 (2 kali ganda bagi warganegara asing). Bayaran sebenar akan ditetapkan oleh pihak hospital berdasarkan kerumitan dan tempohmasa yang diambil oleh pakar bagi menyediakan laporan berkenaan. Panduan menetapkan bayaran untuk laporan terperinci pakar adalah seperti dilampiran 2.

Permohonan untuk mendapatkan salinan laporan perubatan yang telah pernah dikeluarkan akan dikenakan bayaran setengah dari bayaran asal. Permohonan untuk mendapatkan laporan yang lebih lengkap dan terperinci akan dianggap sebagai permohonan baru oleh itu dikenakan bayaran penuh.

6

Page 7: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

2 PENDAFTARAN DAN PENCARIAN REKOD

2.1 Pendaftaran permohonan

Permohonan laporan perubatan akan diuruskan oleh pihak hospital mengikut carta aliran seperti di lampiran 3.

Pegawai di unit rekod akan menerima dan merekodkan semua permohonan untuk laporan perubatan.

Semua permohonan hendaklah disemak untuk memastikan semua maklumat/dokumen yang dikemukakan lengkap.

Surat akuan terima permohonan akan dikeluarkan kepada setiap pemohon untuk memaklumkan samada permohonan telah lengkap atau tidak. Sekiranya tidak lengkap, pemohon diminta mengemukakan maklumat atau dokumen yang diperlukan. Contoh surat akuan penerimaan seperti dilampiran 4.

Sekiranya lengkap, pemohon dimaklumkan tentang anggaran tempoh menyediakan laporan.

Semua permohonan laporan perubatan hendaklah di rekodkan dalam buku daftar. Senarai data/maklumat yang perlu dicatitkan adalah seperti di lampiran 5.

2.2 Pencarian rekod

Pegawai di unit rekod bertanggungjawab mencari rekod yang disimpan di unit rekod ataupun yang telah di pinjam.

Sekiranya di pinjam, unit rekod perubatan hendaklah mendapatkan semula rekod daripada peminjam.

Sekiranya dalam tempoh 1 minggu rekod perubatan tidak dipulangkan ataupun di laporkan telah hilang, pegawai di unit rekod hendaklah memaklumkan perkara ini kepada pengarah hospital. Pengarah hospital bertanggungjawab mengarahkan pegawai ataupun ketua jabatan untuk mengambil tindakan membina semula rekod untuk penyediaan laporan perubatan.

2.3 Penyerahan rekod kepada jabatan/unit

Pegawai di unit rekod akan menyerahkan rekod kepada ketua jabatan / unit yang akan menyediakan laporan. Penyerahan dibuat dalam tempoh satu minggu dari tarikh permohonan.

7

Page 8: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Permohonan beserta rekod perubatan akan diserahkan kepada jabatan / unit di mana pesakit telah dimasukkan ataupun discaj.

Sekiranya dalam satu kemasukan, pesakit telah dirawat oleh lebih daripada satu jabatan / unit, tugas menyedia laporan akan diserahkan kepada jabatan / unit utama yang merawat pesakit berdasarkan diagnosa penyakit.

Sekiranya terdapat keraguan tentang jabatan/unit yang bertanggungajawab menyediakan laporan perubatan, unit rekod hendaklah merujuk kepada pengarah hospital untuk membuat keputusan.

8

Page 9: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

3 PENYEDIAAN LAPORAN PERUBATAN

3.1 Pengagihan tugas

Laporan perubatan biasa akan disediakan oleh pegawai perubatan melainkan dinyatakan permohonan untuk laporan pakar.

Laporan perubatan bagi kes perundangan yang dipohon oleh pihak polis ataupun mahkamah hendaklah disediakan oleh pakar ataupun disemak oleh pakar/ketua jabatan sebelum diserahkan kepada pemohon.

3.2 Tanggungjawab pegawai yang menyedia laporan

Pegawai perubatan/ pakar yang telah dibertanggungjawabkan akan menyediakan laporan perubatan (termasuk memastikan laporan siap ditaip, disemak dan ditandatangani) dalam tempoh yang ditetapkan selepas menerima arahan tugas.

Melainkan borang disediakan oleh pemohon, semua laporan perubatan hendaklah menggunakan format yang ditetapkan seperti di lampiran 6.

Laporan perubatan hendaklah disediakan dengan lengkap, jelas dan teratur, menggunakan bahasa yang mudah difahami. Penggunaan kata singkatan tidak dibenarkan.

Sekiranya bagi satu kemasukan, pesakit dirawat oleh berbagai jabatan / unit, laporan perubatan yang disediakan hendaklah merangkumi juga secara ringkas rawatan yang diterima dari jabatan / unit lain.

Laporan perubatan yang berasingan bagi setiap jabatan / unit yang terlibat dalam satu kemasukan hanya disediakan apabila dipohon dan pemohon bersedia untuk membuat bayaran mengikut bilangan laporan yang diminta.

Pegawai yang menyediakan laporan perubatan bertanggungjawab ke atas kesahihan maklumat dalam laporan.

Pegawai bertanggungjawab memaklumkan kepada ketua jabatan sekiranya menghadapi masalah untuk menyelesaikan laporan dalam tempoh yang ditetapkan.

3.3 Tanggungjawab ketua jabatan

Ketua jabatan/unit bertanggungjawab menyediakan sistem pengagihan yang berkesan supaya laporan dapat disediakan dalam masa yang singkat.

9

Page 10: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Ketua jabatan bertanggungjawab membuat pengagihan tugas menyediakan laporan perubatan kepada pegawai perubatan di bawah jagaan masing-masing.

Ketua Jabatan perlu melakukan pemantauan bagi memastikan penyediaan laporan perubatan yang berkualiti dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya didapati ada pegawai menghadapi masalah menyiapkan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungajwab ketua jabatan/unit untuk membuat pengagihan semula kepada pegawai lain.

3.4 Urusan menaip laporan

Pihak pengurusan hospital perlu menyediakan anggota yang mencukupi untuk urusan menaip laporan.

Sekiranya terdapat kekurangan anggota di unit rekod, kemudahan ruang dan peralatan komputer perlu disediakan bagi membolehkan pegawai perubatan menaip sendiri laporan yang disediakan.

3.5 Semakan laporan

Laporan perubatan bagi kes yang mempunyai implikasi perundangan perubatan hendaklah dirujuk terlebih dahulu ke Kementerian (Unit Medikolegal, Bahagian Amalan Perubatan) untuk semakan sebelum dikeluarkan kepada pemohon

Laporan perubatan bagi kes polis (kes jenayah) yang menarik perhatian umum (public interest) ataupun yang melibatkan orang kenamaan hendaklah dirujuk ke Kementerian (Pejabat Penasihat Undang-Undang, KKM) untuk mendapatkan pandangan/nasihat.

10

Page 11: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

4 PENYERAHAN DAN PENYIMPANAN LAPORAN

4.1 Penyerahan laporan kepada pemohon

Pegawai di unit rekod perubatan bertanggungjawab memastikan laporan perubatan yang disediakan telah ditandatangani oleh pegawai perubatan yang berkenaan sebelum diserahkan kepada pemohon.

Pegawai di unit rekod bertanggungjawab memaklumkan kepada pemohon secara bertulis bahawa laporan perubatan telah siap dan sedia untuk diambil, contoh surat seperti di lampiran 7.

Seberapa boleh laporan perubatan hendaklah diserahkan dengan tangan kepada pemohon. Laporan boleh diserahkan kepada wakil sekiranya ada surat turunkuasa yang jelas.

Sekiranya laporan perlu dihantar melalui pos, penghantaran hendaklah mengikut peraturan berikut,

- Sampul surat yang digunakan hendaklah dilakri - Surat perlu diposkan menggunakan pos berdaftar (AR Register).

Semua penyerahan laporan hendaklah direkodkan untuk rujukan di masa akan datang.

Sekiranya terdapat permohonan daripada jabatan polis dan lain-lain untuk mendapatkan salinan laporan perubatan, pihak hospital boleh menyerahkan salinan yang telah diakui sah. Walaubagaimana pun permohonan daripada individu ataupun syarikat insuran akan dikenakan bayaran iaitu setengah dari bayaran asal.

4.2 Penyimpanan laporan

Unit rekod perubatan hendaklah menyimpan satu salinan laporan perubatan yang telah disediakan. Salinan laporan perubatan perlu di simpan lebih lama dari rekod perubatan terutama bagi kes perundangan.

Semua laporan perubatan perlu diurus dan disimpan di tempat dan cara yang selamat bagi mengelakkan berlaku kehilangan, kebakaran, kerosakan dan lain-lain, sila rujuk Garispanduan Keselamatan Rekod Perubatan

11

Page 12: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

5 PEMANTAUAN KUALITI

5.1 Tempohmasa menyediakan laporan

Laporan perubatan hendaklah disiapkan awal dan tidak melebehi tempohmasa yang ditetapkan,

Hospital Negeri - 8 mingguHospital Daerah Pakar - 4 mingguHospital Tanpa Pakar - 2 minggu

Tempohmasa penyediaan laporan perubatan di kira dari tarikh permohonan lengkap diterima sehingga tarikh pemohon dimaklumkan mengenai laporan yang telah siap.

Pengarah hospital dan ketua-ketua jabatan klinikal bertanggungjawab membuat pemantauan dari masa kesemasa untuk mengenalpasti sebab kelewatan dan mengambil tindakan untuk mengatasinya. Contoh maklumat yang perlu direkodkan untuk tujuan pemantauan seperti dilampiran 8.

Pengarah hospital hendaklah memberi perhatian kepada semua aduan yang berkaitan dengan masalah kelewatan laporan perubatan.

5.2 Kualiti laporan

Semua pegawai perubatan perlu diberi taklimat mengenai tugas menyediakan laporan perubatan serta latihan dan panduan untuk menyediakan laporan yang berkualiti.

Pengarah dan ketua jabatan klinikal bertanggungjawab membuat pemeriksaan dari masa kesemasa bagi memastikan laporan perubatan yang disediakan oleh pegawai adalah lengkap, jelas dan teratur serta mengikut format yang ditetapkan.

Isu-isu berkaitan laporan perubatan hendaklah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Rekod Perubatan untuk perbincangan serta tindakan yang sewajarnya.

5.3 Statistik laporan

Semua hospital perlu mengumpulkan statistik mengenai laporan perubatan yang di sediakan. Maklumat ini boleh diperolehi dari buku daftar laporan perubatan yang disediakan di setiap hospital.

Statistik mengenai laporan perubatan hendaklah dikemukakan setiap 6 bulan kepada Bahagian Perkembangan Perubatan mengikut format seperti dilampiran 9.

12

Page 13: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Permohonan Laporan Perubatan / Laporan Bedah Siasat Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat pemohon:

Nama pemohon:

No K.P/ Passport: Hubungan dengan pesakit:

Alamat pemohon:

No Tel: (Rumah) (H/P)

Maklumat pesakit:

Nama pesakit:

No K.P: (Baru) (Lama) No Passport:

Jantina: ڤ Lelaki ڤ

PerempuanUmur: Klinik/Wad:

Tarikh mula rawatan di klinik pakar/Tarikh masuk hospital:

Tarikh keluar hospital/Tarikh meninggal dunia/Tarikh Bedah Siasat:

Laporan yang dipohon (sila tandakan √ ):

i) Laporan perubatan biasa oleh pegawai perubatan (RM 40) ڤ

ii) Laporan perubatan biasa oleh pakar (RM 80) ڤ

iii) Laporan terperinci oleh pakar (RM 200 – RM 1000 mengikut kerumitan) ڤ

Laporan perubatan diperlukan untuk PERKESO ya / tidak

Butiran Bayaran: (Nota: Bagi warga asing caj laporan perubatan adalah 2 kali ganda )

Bersama ini disertakan Cek bernombor /No Kad Kredit…………………………. / Kiriman Wang / Kiriman Wang Pos / Wang Tunai berjumlah RM ……………… (Ringgit Malaysia ………………………...……………………....) bagi bayaran laporan tersebut.

Keizinan daripada pesakit:

Saya membenarkan pihak hospital mengeluarkan laporan perubatan ..................................................................kepada pemohon diatas dan melepaskan pihak hospital dari sebarang tindakan perundangan yang berkaitan dengannya. Tandatangan Tandatangan

…………………………………………….…................... .......………………………………………................

Nama Pesakit/Waris:………………………………......... Nama Saksi.............................................................…

No K/P: ………………..……........................................... No K/P ………………………..…….......................

Tarikh: …………………………...................................... Tarikh:…………………………................................

Nota: Wakil yang hadir untuk mengambil laporan bagi pihak pemohon perlu mempunyai surat turun kuasa.

Untuk Kegunaan Pejabat: MRN: No Bedah Siasat :No Resit:……………………………….. Tarikh Resit……………………. 13

Lekatkan label pesakit di sini

Lampiran 1

Hospital _______________

Page 14: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Lampiran 2

Panduan bagi menetapkan bayaran bagi laporan terperinci Pakar(tidak termasuk Laporan Bedah Siasat)

i) Penyediaan Laporan Perubatan di mana maklumat pesakit diperolehi dari rekod perubatan tanpa pemeriksaan lanjut ke atas pesakit.

RM 200

ii) Penyediaan Laporan Perubatan termasuk status terkini keadaan pesakit dan pendapat berhubung dengan kemajuan penyakit di mana pesakit perlu datang semula untuk pemeriksaan lanjut.

RM 400

iii) Penyediaan Laporan Perubatan termasuk status terkini keadaan pesakit dan pendapat berhubung dengan kemajuan penyakit di mana pesakit perlu datang semula beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut.

RM 600

iv) Penyediaan Laporan Perubatan termasuk status terkini keadaan pesakit dan pendapat berhubung dengan kemajuan penyakit di mana pesakit perlu masuk wad untuk penilaian, pemerhatian dan penyiasatan lanjut sebelum pendapat Pakar boleh diperolehi.

RM 800

v) Penyediaan Laporan Perubatan termasuk status terkini keadaan pesakit dan pendapat berhubung dengan kemajuan penyakit dan juga hasil penyiasatan dari hospital yang dirujuk, di mana pesakit perlu dirujuk ke hospital lain untuk penyiasatan lanjut sebelum pendapat pakar boleh diperolehi.

RM 1000

14

Page 15: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Lampiran 3

Carta Aliran pengurusan laporan perubatanTindakan

15

Tidak

Ya

Pemohon

Kemukakan Pemohonan

Keluarkan surat akuan penerimaan permohonan kepada pemohon

Serahkankan senarai permohonan dan rekod perubatan kepada Ketua Jabatan

Agihkan kepada Pegawai Perubatan

Sediakan Laporan Perubatandan serahkan kepada Unit Rekod Perubatan

Lengkap

Keluarkan surat akuan penerimaan kepada pemohon meminta

maklumat lengkap

Keluarkan Laporan Perubatan kepada pemohon dan failkan salinan laporan

perubatan

Pemohon

Penolong Pegawai Rekod Perubatan

Pembantu Tadbir / Attenden

Penolong Pegawai Rekod Perubatan

Ketua Jabatan

Pegawai Perubatan / Pakar

Kemaskini pendaftaran

Daftar permohonanPembantu Tadbir

Pembantu Tadbir

Cari/kesan rekod

perubatan?

Tiada

AdaMaklumkan kepada Pengarah Hospital

Kemaskini pendaftaran Pembantu Tadbir

Page 16: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

_____________________________

_____________________________

_____________________________

Tuan/Puan,

SURAT AKUAN PENERIMAAN PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

Nama: ____________________________________________

No K/P / Passport : __________________________________

Dengan segala hormatnya merujuk kepada permohonan tuan/puan bertarikh _________________ berhubung dengan perkara diatas.

2. Permohonan yang diterima adalah:

Lengkap.

Nombor pendaftaran permohonan adalah __________________________.

Laporan perubatan akan disiapkan dalam tempoh _________ minggu. Pihak hospital akan memaklumkan tuan/puan secara bertulis apabila laporan siap.

Tidak Lengkap.

Nombor pendaftaran permohonan adalah __________________________.

Sila kemukakan ke pejabat ini:

Surat keizinan daripada pesakit/waris beserta dengan tandatangan saksi.

Salinan kad rawatan / kad temujanji pesakit.

Bayaran sebanyak _________________

Lain-lain _____________________________________________________

3 Permohonan tuan/puan hanya dapat diproses setelah maklumat lengkap diterima. Sekiranya maklumat lengkap tidak diterima dalam tempoh dua bulan dari tarikh surat ini maka permohonan ini akan dianggap batal. Sekiranya laporan perubatan masih diperlukan, tuan/puan diminta mengemukakan permohonan baru yang lengkap. Sila hubungi pejabat ini di talian...............................untuk pertanyaan lanjut.Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

................................................

Nama : ..........................................................................

Jawatan: …………………………………………………

**sila gunakan rujukan kami bila berurusan.

16

“Letter Head” Lampiran 4

Rujukan tuan:Rujukan kami:Tarikh:

Cop Rasmi

Page 17: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Lampiran 5

Data/maklumat untuk buku daftar permohonan laporan

1. No pendaftaran permohonan

2. Nama Pesakit

3. No K/P / Passport pesakit

4. MRN pesakit

5. Nama pemohon

6. Alamat pemohon dan no. telipon

7. Tarikh terima permohonan

8. Permohonan lengkap : (Ya / Tidak)

9. Tarikh surat akuan terima dikeluarkan

10. Tarikh permohonan lengkap diterima:

11. Jenis laporan dipohon,

Laporan oleh pegawai perubatan

Laporan ringkas pakar

Laporan terperinci pakar

12 Tujuan laporan di pohon

12. Bayaran dikenakan (ya / tidak)

13. Caj yang dikenakan

14. Tarikh dan no resit dikeluarkan

15. Jabatan/unit yang menyedia laporan

16. Tarikh laporan dikeluarkan kepada pemohon (pos atau diserah dengan tangan)

17. Nama dan tandatangan pemohon/wakil yang mengambil laporan perubatan

17

Page 18: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Lampiran 6

Butiran Pesakit (Patient Particulars):

Nama pesakit (Name of patient) : …………………………......................………………………....…. No K/P (I/C No): Baru (New) …………………………..….……… Lama (Old) ……………….....…..

No Passport (Passport No): ………………………………….. MRN: …………………………..... Umur (Age): ……….... Jantina (Sex): Lelaki (Male) ڤ Perempuan ڤ(Female)

Tarikh masuk wad atau menerima rawatan buat kali pertama (Date of admission or receiving treatment for the first time): .………………….………

Tempat menerima rawatan (Place where patient received treatment):

Jabatan Kecemasan (Emergency Department) ڤ

……………………………… Wad (Ward) ڤ Klinik Pakar (Specialist Clinic) ڤ

Tarikh discaj dari wad atau meninggal dunia (Date of discharge or death): …………………………...

Disiplin (Discipline):

Sejarah (History):

(Including Presenting Complaints, History of Presenting complaints, Past Medical History, Family History, Social History and Occupational History, Review of systems, Medical Records reviewed )

Pemeriksaan Fisikal (Physical Examination):(Including general assessment, Eye, ENT, oral cavity, Respiratory System, Cardiovascular System, Abdomen, Genitourinary, Central Nervous System, Musculoskeletal, Mental Health Status and Others)

Laporan Perubatan (Medical Report)Kementerian Kesihatan Malaysia

18

Page 19: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Keputusan ujian makmal dan radiology (Summary of investigations):

Diagnosis (Diagnosis):

Rawatan (Treatment) :Rumusan prosedur yang dijalankan ke atas pesakit (summary of procedures carried out on patient):

Preskripsi ubat-ubat yang diberikan kepada pesakit (drugs and other medicaments prescribed to patients):

Perkembangan keadaan pesakit sepanjang di bawah penjagaan doktor termasuk rawatan susulan (progress of patient while under the care of the doctor including follow up):

Keadaan pesakit ketika berjumpa kali terakhir dengan doktor (condition of the patient last seen by the doctor): Tarikh (Date): ……………………..

Cuti sakit/sekolah (Medical certificate/school leave):

Dari (From) ………………...… hingga (to)……………….…

Surat kerja ringan yang diberikan (light duty given):

Dari (From) ………………...… hingga (to)……………….…

Laporan disediakan oleh (Report prepared by):

Nama (Name): …………………………..........................................….……………….………….

No K/P (I/C No): …………………….…… Jawatan (Designation): ……….…..……..

Kelulusan (Qualification) : ……….…..…....… Jabatan (Department): …………...…....…

Tandatangan (Signature): ……………………..... Tarikh (Date): ………. Masa (Time): …….

19

Cop rasmi Hospital (Official Hospital Stamp)

Page 20: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

20

Page 21: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

_____________________________

_____________________________

_____________________________

_____________________________

Tuan/Puan,

NOTIS PEMBERITAHU LAPORAN SIAP

Nama: ____________________________________________

No K/P / Passport : __________________________________

Dengan segala hormatnya merujuk kepada permohonan tuan/puan bertarikh _________________ berhubung dengan perkara diatas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa laporan perubatan di atas telah disiapkan. Sukacita pihak tuan/puan dapat hadir ke Unit Rekod Perubatan untuk mengambil laporan tersebut.

3. Sekiranya tuan/puan menghantar wakil untuk mengambil laporan, sila pastikan beliau membawa bersamanya surat kuasa yang jelas. Sila maklumkan kepada pejabat ini jika tuan/puan ingin laporan perubatan tersebut diposkan ke alamat di atas. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat ini di talian ________________.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

................................................

(Tandatangan)

Nama: ....................................................................

Jawatan: …………………………………………………

**sila gunakan rujukan kami bila berurusan

21

“Letter Head” Lampiran 7

Rujukan tuan:Rujukan kami:Tarikh:

Cop Rasmi

Page 22: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Lampiran 8

Data/ maklumat untuk pemantauan laporan perubatan

1. Tarikh permohonan lengkap diterima

2. Tarikh serah kepada Ketua Jabatan

3. Nama pegawai yang menyedia laporan

4. Tarikh pesakit diminta temujanji (jika berkenaan):

5. Tarikh dan masa temujanji (jika berkenaan):

6. Tarikh pegawai menyerahkan laporan yang telah ditandatangani

7. Tarikh notis laporan siap dikeluarkan kepada pemohon

8. Tempoh penyediaan laporan

( tempoh antara tarikh permohonan lengkap dengan tarikh notis laporan siap)

9. Laporan disediakan dalam tempohmasa yang ditetapkan (ya / tidak)

22

Page 23: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

Lampiran 9

STATISTIK LAPORAN PERUBATAN BAGI BULAN........HINGGA ...........TAHUN .............

Negeri ........................................................

Hospital Bilangan laporan mengikut jenis Jumlah Bilangan laporan lewat Laporan oleh

pegawai Perubatan

Laporan ringkas oleh pakar

Laporan terperinci pakar

23

Page 24: Garispanduan Laporan Perubatan KKM 11/2004

24