Garispanduan Pengurusan · 2017-08-14 · Garispanduan Pengurusan Wabak Penyakit Disentri...

21

Transcript of Garispanduan Pengurusan · 2017-08-14 · Garispanduan Pengurusan Wabak Penyakit Disentri...

Garispanduan Pengurusan

Wabak Penyakit Disentri

FWBD/TYP/GP/OO1 (pindaan 2006)

MOH/K/EPI/27.00(GU)

Hak Cipta Terpelihara. Buku ini tidak boleh dikeluarkan, keseluruhan atau sebahagiannya, dalam apa jua cara, elektronik atau mekanikal termasuklah fotokopi, merekod atau secara penyimpanan maklumat dan sistem pencarian yang diketahui sekarang atau yang dicipta kemudiannya tanpa permohonan bertulis daripada pengeluar.

Hakcipta Kementerian Kesihatan Malaysia

Dikeluarkan Oleh

Bahagian Kawalan Penyakit (Cawangan Penyakit Berjangkit) Kementerian Kesihatan Malaysia

Edisi Kedua – 2006

Diedarkan Oleh Bahagian Kawalan Penyakit

(Cawangan Penyakit Berjangkit) Kementerian Kesihatan Malaysia

Peringatan:

Dalam apa sahaja keadaan, negeri serta daerah yang terlibat dengan wabak

perlu diingatkan bahawa pendekatan kawalan wabak yang diberikan oleh

kementerian hanyalah sebagai panduan sahaja. Kemungkinan

pengubahsuaian di peringkat pelaksanaan adalah perlu selaras dengan

situasi setempat seperti faktor geografi, jumlah petugas dan kelengkapan

kawalan yang ada, kemudahan asas serta budaya masyarakat. Apa pun

keputusan yang diambil hendaklah bermatlamat membendung dengan cepat

serta mencegah perebakan wabak ke luar.

GARISPANDUAN PENGURUSAN

WABAK DISENTRI

FWBD/DYS/GP/OO1 (pindaan 2006)

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

EDISI KEDUA, 2006

MOH/K/EPI/27.00(GU)

Lampiran 4

MESEJ PENDIDIKAN KESIHATAN5

KEBERSIHAN DIRI Basuh tangan anda

Basuh tangan dengan sabun, arang atau limau: - Sebelum penyediakan atau menghidangkan makanan - Sebelum makan ataupun memberi makanan kepada kanak-kanak - Selepas menggunakan tandas ataupun selepas membersihkan kanak-kanak. Menggunakan air bersih dengan banyak. Basuh semua bahagian tangan – depan, belakang, celah-celah jari dan di bawah kuku. Gunakan tandas, jika tiada bina sebuah. Pastikan tandas bersih. Buang najis bayi ke dalam lubang tandas ataupun ditanam.

MAKANAN Masak, kupas ataupun lupakan.

Masak makanan mentah dengan sempurna. Makan makanan yang dimasak dengan segera, semasa masih panas. Simpan makanan yang dimasak baik-baik dalam peti sejuk. Jika ingin memanaskan semula makanan, lakukan dengan sempurna. Elakkan makanan yang mentah dan yang telah dimasak daripada bercampur. Makan buah-buahan hanya yang telah dikupas seperti oren dan pisang. Basuh pinggan mangkuk dan peralatan dapur dengan sabun dan air. Basuh alas pemotong dengan sabun dan air.

AIR MINUMAN Masak atau klorinkan air minum.

Masak, atau campur klorin sebelum diminum. Simpan air minum di bekas yang bersih dan berpenutup ataupun bekas yang mempunyai bukaan/mulut yang kecil. Gunakan dalam tempoh 24 jam. Tuang air daripada bekas – jangan celupkan cawan ke dalam bekas.

PUNCA AIR MINUMAN

Jangan membuang air (najis) di dalam ataupun berdekatan dengan punca air minuman Jangan mandi, membasuh pakaian, pinggan mangkuk dan peralatan dapur dengan menggunakan punca air minuman. Tutup telaga dengan baik jika tidak digunakan. Gantungkan timba atau bekas yang digunakan untuk mengambil air semasa tidak digunakan – jangan tinggalkan dipermukaan yang kotor.