Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

37

Transcript of Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

Page 1: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah
Page 2: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

2

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Page 3: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

3

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Page 4: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

4

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Page 5: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

5

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Page 6: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

6

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Page 7: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

7

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Page 8: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

8

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

1.0 PENGENALAN

Jangkitan HIV merupakan penyakit jangkitan kronik di mana ia

mengambil masa yang lama (2 hingga 10 tahun) untuk seseorang

pesakit itu sampai ke peringkat AIDS. Walaubagaimanapun dalam

tempoh tersebut, pesakit HIV boleh mengalami berbagai masalah

jangkitan oportunistik terutama sekali apabila sistem pertahanan

tubuh semakin menurun. Secara kasar pesakit HIV adalah sihat

kecuali mereka ini membawa virus HIV dalam sistem tubuh mereka.

Justeru itu sebahagian besar daripada masa mereka berada di

dalam komuniti khususnya di rumah mereka tidak memerlukan

rawatan. Mereka hanya akan dimasukkan ke hospital sekiranya

memerlukan rawatan pesakit dalam.

Maka amatlah wajar penjagaan pesakit HIV/AIDS di rumah diberi

perhatian agar penjagaan dapat diberikan secara holistik dan

komprehensif supaya kualiti kehidupan yang optima dapat

dinikmati. Penjagaan pesakit HIV / AIDS di rumah melibatkan

berbagai pihak seperti ahli keluarga, pekerja sukarela, pekerja

kesihatan dan lain-lain. Dengan itu satu garispanduan penjagaan

pesakit HIV/AIDS di rumah perlu diwujudkan sebagai panduan

kepada penjaga.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi panduan perawatan asas kes HIV/AIDS di rumah

kepada ahli keluarga dan penjaga pesakit.

2.2 Memberi panduan kepada keluarga dan penjaga pesakit

HIV/AIDS di rumah bagaimana membantu pesakit

menghadapi masalah kesihatan yang biasa dialami di

peringkat akhir penyakit.

Page 9: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

9

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

2.3 Memberi pengetahuan dan amalan praktikal mengenai langkah-

langkah keselamatan semasa memberi perawatan kepada ahli

keluarga dan penjaga bagi mengelakkan risiko jangkitan HIV.

3.0 PENJAGAAN PESAKIT HIV / AIDS DI RUMAH

Penjagaan pesakit HIV/AIDS di rumah secara holistik merangkumi

beberapa aspek utama ;

• Perawatan bagi pesakit HIV/AIDS

• Pemakanan

• Senaman

• Sokongan psikosoial

• Rujukan untuk rawatan lanjut

• Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh

penjaga semasa membuat perawatan

Bagi memberikan perawatan yang baik dan berkesan kepada

pesakit HIV/AIDS, seseorang penjaga hendaklah mempunyai ciri-

ciri positif seperti berikut;

• Berfikiran positif , empati dan tidak bersikap “judgemental”

• Memberi perhatian yang tidak berbelah bagi

• Tidak merasa takut untuk merawat dan menjaga pesakit

• Mempunyai pengetahuan asas HIV/AIDS

4.0 PERAWATAN ASAS BAGI PESAKIT HIV/AIDS DI RUMAH

4.1 Peringkat – Peringkat Dalam HIV / AIDS

Seseorang yang telah dijangkiti HIV di peringkat awal tidak

menunjukkan sebarang gejala penyakit. Apabila sistem

pertahanan tubuh pesakit semakin menurun, mereka akan mengalami

Page 10: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

10

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

gejala-gejala penyakit seperti jangkitan oportunistik dan akhirnya akan

mendapat AIDS. Secara am peringkat-peringkat dalam HIV / AIDS boleh

difahami dengan jelas seperti berikut :-

a) Peringkat awal (tanpa gejala penyakit) :

Walaupun pada peringkat ini, pesakit HIV tidak menunjukkan apa-

apa masalah kesihatan, beberapa perkara perlu diambil perhatian

dalam pengurusan diri bagi mengekalkan tahap kesihatan yang

optima. Perhatian khas juga harus diberi sekiranya berlaku

perdarahan akibat luka, kemalangan dan sebagainya untuk

mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

b) Peringkat simptomatik

Pesakit jangkitan HIV juga akan mudah terdedah kepada jangkitan

opotunistik seperti; jangkitan kulat rongga mulut (oral candidi-

asis), Tibi paru-paru, radang paru-paru, kayap di bahagian kulit

dan kemaluan, kudis buta, ekzema dan sebagainya. Pada

peringkat ini pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk

rawatan perubatan dan perawatan yang khusus. Perawatan

sendiri (self care) di rumah juga boleh membantu mengurangkan

masalah ini.

c) Peringkat AIDS

Pada peringkat akhir jangkitan HIV pesakit akan menunjukkan

tanda-tanda AIDS di mana keadaan kesihatan semakin merosot,

serangan berbagai jenis jangkitan oportunistik semakin kerap dan

teruk sehinggalah ke peringkat di mana akhirnya mereka tidak

berdaya dan terbaring di katil.

Page 11: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

11

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

4.2 LANGKAH-LANGKAH PENTING PERAWATAN DI RUMAH YANGPERLU DIAMBIL:

a ) Menjaga kebersihan diri : mandi, menggosok gigi,membersihkan rambut serta memotong kuku danberpakaian bersih adalah amat penting untuk menghindarijangkitan kuman.

b ) Tidak berkongsi peralatan peribadi seperti: berus gigi, pisaucukur dan tuala mandi. Bagi wanita, digalakkanmenggunakan tuala wanita (untuk haid) jenis pakaibuang.

c ) Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan luka;

i) Luka-luka kecil hendaklah dicuci dengan ubatpencuci luka atau air bersih dan ditutup denganplaster kalis air.

ii) Luka-luka besar setelah dicuci hendaklah ditutupdengan gauze kemudian dibalut dengan kainpembalut.

d ) Menjaga kebersihan mulut penting bagi mengelakkanjangkitan pada rongga mulut ;

i) Memberus gigi 3 kali sehari dengan menggunkanberus gigi yang lembut.

ii) Berkumur dengan air garam atau dengan ubat kumuryang dibekalkan setiap kali selepas makan atausekurang-kurangnya 3 kali sehari.

e ) Kejadian kudis tekanan di kalangan pesakit HIV/AIDS yangterlantar boleh dielakkan dengan;

i) Tukar posisi baringan setiap dua jam sekali.

ii) Galakkan pesakit duduk di kerusi dari masa ke semasajika terdaya.

Page 12: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

12

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

iii) Pastikan tempat tidur sentiasa kering, bersih dan cadartidak berkedut.

iv) Penggunaan “air-ring” dan tilam air/angin (ripple mattess)digalakkan jika mampu.

f) Penjagaan kulit merangkumi ;

i) Elakkan kulit dari menjadi kering dengan menggunakanlosyen pelembab.

ii) Elakkan daripada menggaru apabila berasa gatal.

iii) Jika ada jangkitan kulit, berjumpa dengan doktor segerauntuk mendapat rawatan.

g) Jika batuk ;

i) Tutup mulut dengan kertas tisu bagi mengelakkanpenyebaran jangkitan paru-paru.

ii) Jangan meludah atau membuang kahak di merata-rata tempat.

iii) Sentiasa sediakan bekas kahak yang dimasukkanlarutan kloroks (1 bahagian kloroks dalam 10bahagian air) untuk kemudahan meludah.

iv) Ludahan kahak ke dalam bekas bertutup tersebutdan curah ke dalam mangkok tandas.

h) Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko jangkitanparu-paru dan membuat pernafasan lebih selesa.

i) Jangan mengambil alkohol atau apa-apa jenis dadah.

j) Gunakan kondom dengan cara yang betul setiap kalimelakukan hubungan seks.

Page 13: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

13

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

4.3 MASALAH – MASALAH KESIHATAN YANG SERING DIHADAPIOLEH PESAKIT – PESAKIT HIV / AIDS DAN PERAWATANNYA

a) Demam

i) Demam disebabkan oleh jangkitan kuman yang biasanya berlakuberulang-ulang dan berpanjangan. Ia boleh menyebabkankekejutan, sawan,kekeliruan dan kekurangan cecair badan.

ii) Rawatan sendiri yang boleh dilakukan di rumah adalah seperti berikut;

• Mandi atau lap badan dengan air sejuk dan biarkan badankering sendiri.

• Minum air masak yang telah disejukkan dengan banyak.

• Makan pil paracetamol (Panadol) untuk menurunkan suhubadan setiap 6 hingga 8 jam sekali (tidak melebihi 8 bijisehari bagi orang dewasa).

• Berjumpa doktor dengan segera sekiranya demamberterusan atau mengalami gejala-gejala seperti dibawah;

� Batuk

� Sukar bernafas

� Leher kejang

� Sakit kepala yang berterusan

� Mata berwarna kuning

� Cirit-birit atau muntah yang teruk

� Mengandung

� Wabak denggi atau malaria berlaku dikawasan anda.

Batuk

i) Batuk mungkin berpanjangan selama beberapa hari dan adaketikanya menjadi lebih teruk. Batuk mungkin berkahak atautidak berkahak. Kahak samada berwarna putih, kuning,perang,hijau atau berdarah.

Page 14: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

14

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

ii) Batuk yang berterusan boleh mengakibatkan seseorangmengalami kekeringan air liur, sakit kerongkong, sakit dada,sesak nafas dan menganggu tidur.

iii) Batuk adalah salah satu petanda jangkitan paru-paru.

iv) Bagi menggalakkan pengeluaran kahak dan memberi keselesaankepada pesakit;

v) Tepuk belakang dengan perlahan

iv) Letakkan kepala lebih rendah dari dada dan baring melentang,meniarap dan mengiring selama 5 minit, lakukan sekurang-kurangnya 4 kali sehari

v) Tinggikan bahagian kepala dengan mengguna beberapa bijibantal atau meninggikan bahagian katil jika boleh.

vi) Peluk bantal sekiranya batuk menyebabkan sakit dada

vii) Tutup mulut semasa batuk untuk mengelakkan jangkitan kepadaorang lain

viii) Segera berjumpa doktor sekiranya;

� Batuk berpanjangan melebihi dua minggu.

� Disertai demam.

� Sakit dada.

� Kahak berdarah.

� Sesak nafas berterusan atau pernafasan tidak teratur.

� Hujung jari dan bibir menjadi kebiruan.

Rasa mual dan muntah-muntah

i) Muntah biasanya disebabkan oleh kesukaran menelan,kesakitan pada saluran pemakanan dan kesan sampinganubat-ubatan yang diambil.

Page 15: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

15

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

ii) Muntah boleh menyebabkan pesakit merasa tidak selesa,kehilangan cecair badan dan susut berat badan.

iii) Muntah mungkin berwarna kuning, perang, berdarah ataukelihatan seperti air kopi dan berbau najis.

iv) Elakkan mencium bau yang kuat.

v) Bagi pesakit yang terlantar di katil, letakkan di dalam baringanmengiring bagi mengelakan tertelan muntah ke dalam paru-paru, atau duduk sekiranya terdaya.

vi) Sekiranya terasa mual, bernafaslah dengan perlahan-lahan dandalam.

vii) Muntahlah ke dalam bekas khas dan buang muntah ke dalammangkok tandas.

viii) Makan dan minum dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

ix) Cuba makanan kering seperti nasi, roti bakar dan biskut bijirindan elakkan makanan berminyak.

x) Elakkan daripada makan dan minum selama dua jam jikamengalami muntah yang teruk.

xi) Minum air masak dengan banyak atau ORS (oral rehydrationsolution) yang boleh didapati di farmasi atau boleh dibuatsendiri dengan membancuh 4 camca kecil gula dansetengan camca kecil garam dengan 4 gelas air.

xii) Segera berjumpa doktor sekiranya ;

� Muntah berterusan dan bertambah teruk

� Muntah bercampur darah atau berbau najis

� Sakit perut yang teruk

Page 16: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

16

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

d) Cirit-birit

i) Cirit-birit bermakna najis yang berair sekurang-kurang 3 kalisehari. Ia boleh berlarutan sehingga beberapa minggu

ii) Cirit-birit boleh menyebabkan badan kehilangan banyak air,kurus dan lemah serta kekejangan otot.

iii) Selepas setiap kali cirit-birit minumlah secawan ORS yang bolehdidapati di farmasi atau yang dibuat sendiri dengan membancuh4 camca kecil gula dan setengah camca kecil garam dengan 4gelas air.

iv) Bagi mengelakkan kekurangan zat makanan anda dinasihatkansupaya teruskan mengambil makanan mengikut panduanberikut;

� Makan sedikit makanan sekurang-kurangnya lima kalisehari.

� Makan makanan yang lembut seperti bubur atau makananyang dikisar.

� Makanan yang dimakan hendaklah mengandungi kanji danprotin seperti nasi, roti, mi, ikan, ayam , telur dan daging.

� Makan buah-buahan lembut seperti pisang dan betik,tetapi elakkan buah-buahan yang terlalu masak.

� Elakkan memakan sayuran berdaun, gentian gandum, susu,minyak masak , kari dan makanan pedas.

� Sekiranya dubur dan kawasan sekeliling berasa pedih,rendam punggung di dalam air garam suam untuk

beberapa ketika.

� Hanya gunakan ubat yang diberikan oleh doktor.

Page 17: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

17

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Segera berjumpa doktor sekiranya;

� Cirit-birit berterusan

� Disertai kesakitan dan perdarahan

� Tidak boleh mengambil makanan dan minuman

Penyakit mulut

i) Penyakit-penyakit yang biasa berlaku adalah seperti;

� “Oral thrush”, iaitu luka kemerahan atau keputihan dankesakitan di dalam mulut, lidah ,lelangit dan kerongkong.

� “Hairy Leukoplakia” ialah tompokan putih yang tidak sakitpada lidah dan tidak boleh ditanggalkan dan tidakmerbahaya.

� “Herpes Simplex” ialah melepuhan yang menyakitkan disekitar bibir.

Akibat daripada kesakitan dalam rongga mulut dan kerongkong pesakitmerasa tidak selesa dan mengalami kesukaran menelanterutamanya makanan pedas dan keras.

iii) Bagi mengurangkan risiko jangkitan pada rongga mulut, beruslahgigilah 3 kali sehari dengan menggunakan berus gigi yanglembut.

iv) Amalkan berkumur dengan air yang dimasukkan sedikit garamatau serbuk soda bikarbornat (serbuk penaik).

v) Jangan berkongsi berus gigi.

vi) Lakukan pemeriksaan rongga mulut sendiri setiap hari untukpengesanan awal masalah jangkitan mulut.

vii) Segera berjumpa doktor sekiranya; mengalami “thrush”yang tidak sembuh setelah tindakan di atas telah diambil.

Page 18: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

18

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

f) Berat badan

i) Hampir semua pesakit AIDS akan mengalami penyusutan beratbadan yang ketara.

ii) Pengurangan berat badan disebabkan oleh kurang selera, sukaruntuk menelan, cirit-birit, muntah ,demam yang berpanjangandan tekanan perasaan.

iii) Kehilangan berat badan ini boleh menyebabkan ketahananbadan untuk melawan berbagai jangkitan semakin lemah.

iv) Timbang berat badan setiap minggu untuk memerhatikansebarang perubahan berat badan.

v) Untuk menambahkan berat badan makan makananseimbang yang kaya dengan protin dan kanji.

vi) Segera berjumpa doktor jika;

� Pesakit kehilangan berat badan yang berterusan

� Tiada selera untuk makan dengan tiba-tiba

� Mengalami gejala-gejala seperti sakit perut , cirit-birit danmuntah-muntah yang teruk.

g ) Ruam kulit

i) Ruam kulit mungkin disebabkan oleh perkara berikut ;

� penyakit kulit yang berkaitan dengan AIDS

� jangkitan pada kulit

� alahan pada ubat-ubat

� akibat tekanan yang disebabkan baring atau duduk terlalupada satu kedudukan

Page 19: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

19

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

ii) Ruam kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ia jugaboleh menjadi kudis yang lebih menyakitkan.

iii) Bersihkan kulit setiap dengan air dan sabun yang lembut.

v) Jangan menggaru ruam kulit bagi mengelakkan kulit pecah danluka.

vi) Bagi kulit kering jangan gunakan sabun, sebaliknya gunakanminyak seperti minyak zaitun atau vaselin.

vii) Bagi kulit yang gatal dan sakit, cuba;

� Pakai pakaian longgar yang diperbuat dari kain kapas

� Balut bahagian yang beruam dengan kain basah yangbersih

� Sapu kulit dengan lotion “calamine” yang boleh diperolehidari klinik atau farmasi

Segera berjumpa doktor jika;

� Pesakit tidak dapat menahan kesakitan dan rasa gatal

� Benjolan yang panas dan kemerahan pada kulit

� Benjolan ungu gelap yang tidak gatal dan tidakmenyakitkan tetapi tidak boleh disembuhkan (KarposisSarcoma)

Kudis

i) Kulit yang melepuh dan pecah boleh dijangkiti kuman danseterusnya terjadi kudis.

ii) Kudis ini mungkin mengeluarkan nanah, berasa panas dankemerahan di sekelilingnya

iii) Jangkitan kuman pada kulit berkudis boleh merebak ke dalamsistem peredaran darah dan menyebabkan septisemia

Page 20: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

20

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

(keracunan darah) yang boleh membawa maut.

iv) Cuci kudis setiap hari dengan air bersih yang dicampurkandengan sedikit garam : satu camca kecil untuk 4 gelas air.

v) Balut kudis dengan pembalut bersih yang dibasmi kuman yangboleh diperolehi dari farmasi setiap hari

vi) Kudis yang telah kering tidak perlu dibalut

vii) Segera berjumpa doktor jika;

� Luka bernanah, berbau, panas atau berasa sakit

� Disertai dengan demam

Kesakitan

i) Kesakitan mungkin berlaku secara tiba-tiba (akut) atauberlarutan (kronik).

ii) Kesakitan pada pesakit AIDS mungkin disebabkan oleh;

� berbaring terlalu lama

� tangan dan kaki yang bengkak

� sakit kepala

� barah

� tekanan perasaan

� jangkitan penyakit

� Ketakutan, tekanan atau hilang harapan bolehmenyebabkan kesakitan bertambah teruk

Kesan kesakitan yang teruk dan berlarutan menyebabkan seseorangmengalami tekanan dan keinginan untuk membunuh diri.

iv) Di antara kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untukmengurangkan kesakitan ;

Page 21: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

21

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

� Mengajar pesakit mengamalkan kaedah senaman releksasiseperti: meditasi, yoga, taichi, releksasi otot dan pernafasanmendalam.

� Mengambil ubat penahan sakit yang disyorkan oleh doktor

� Penjaga patut bersikap tenang, memahami dan merungut

Segera berjumpa doktor jika ;

Ó Pesakit tidak dapat menahan kesakitan dan kelihatanterlalu lemah

� Mengalami sakit kepala yang teruk dan berlarutan

� Pesakit mengalami kesakitan yang disertai dengan :demam, perdarahan, masalah pernafasan, ruam,muntah-muntah dan kekejangan leher.

Perasaan / emosi / spritual

i) Jangkitan HIV dan AIDS boleh menyebabkan pesakitmengalami tekanan emosi seperti kesedihan, ketakutan,kemarahan, rasa bersalah, kesunyian dan hilang harapan.Kesan yang sama juga dirasai oleh penjaga mereka.

ii) Akibat tekanan perasaan boleh membawa kepada masalahberikut ;

� Kecenderungan untuk membunuh diri

� Kurang selera makan

� Tidak boleh tidur.

� Tidak boleh menjalankan tugas dengan sempurna

� meretakkan hubungan yang baik

� mendedah kepada penyalahgunaan dadah dan alkohol

Sokongan emosi kepada pesakit AIDS boleh diberikan mengikutpanduan berikut ;

Page 22: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

22

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

� Galakkan pesakit bersama-sama menjaga diri mereka

� Galakkan mereka membuat keputusan sendiri danberdikari

� Jika berkeupayaan, ajak mereka melakukan kerja-kerjaringan di rumah untuk mengelakkan rasa jemu dan sunyi

� Libatkan mereka di dalam aktiviti kekeluargaan

� Jika mereka terlantar di katil, sentiasa bersama merekaapabila diperlukan

� Bersedia berbual dan berbincang apabila merekamemerlukan teman

� Tunjukkan yang penjaga benar-benar memahami danmengambil berat akan diri mereka

� Bawa berjumpa dan berbual dengan pesakit HIV/AIDSyang lain atau kumpulan sokongan

� Jemput kawan-kawan mereka ke rumah

� Membaca buku-buku agama, berkunjung ke tempat-tempatsuci, dan mengamalkan aktiviti-aktiviti keagamaan akandapat memberi ketenangan dan kekuatan jiwa.

Gangguan sistem saraf

i) HIV boleh menyerang otak dan menyebabkan kekeliruan, hilangingatan dan hilang keupayaan untuk berfikir dengan waras,pertukaran personaliti seperti tingkah laku yang ganjil.

ii) Gangguan pada sistem boleh menyebabkan kelemahan otot,strok, sawan, hilang daya penglihatan, tidak dapat mengawalpembuangan najis dan tidak sedar diri.

iii) Mereka mungkin menghadapi masalah dalam penjagaan diridan mencederakan diri sendiri.

iv) Jauhkan barang yang membahayakan seperti pisau, gunting,

Page 23: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

23

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

pencukur dan benda-benda tajam di tempat yang selamat.

v) Bercakap dengan mereka menggunakan ayat yang pendek danmudah difahami.

vi) Simpan barang keperluan pesakit di tempat yang sama sepanjangmasa, senang diambil dan dapat dilihat.

vii) Segera berjumpa doktor jika ;

� Masalah ini adalah baru atau tiba-tiba bertambah teruk

� Perubahan kecil pada daya penglihatan

� Perlakuan pesakit tidak dapat dikawal

� Disertai dengan demam, sakit kepala, masalah pernafasandan kekejangan leher.

4.4 HIV / AIDS DAN WANITA

i) Wanita yang dijangkiti HIV/AIDS mungkin mendapat perubahankitaran haid dan ini menimbulkan kebimbangan

ii) Perubahan kitaran haid ini disebabkan oleh kehilangan beratbadan, tekanan perasaan dan penyakit

iii) Jangkitan yang teruk pada faraj terutamanya “thrush” atau“vaginal candidiasis” iaitu selaput keputihan dan ia bolehmenyebabkan kesakitan yang teruk dan gatal.

iv) Barah serviks boleh berlaku jika tidak dikesan dan dirawat awal.

v) Hubungan seks wanita yang telah dijangkiti HIV/AIDS masihboleh menyebabkan kehamilan

vi) Gunakan kondom setiap kali melakukan hubungan seksuntuk mengelakkan penyebaran jangkitan HIV, jangkitankelamin yang lain dan kehamilan

Page 24: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

24

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

vii) 30% daripada bayi yang dilahirkan oleh ibu positif HIV mungkinakan mendapat jangkitan HIV dari ibu ini.

viii) Ibu positif HIV tidak digalakkan mengandung dan dinasihatkanberbincang dengan doktor sekiranya bercadang untukmengandung.

ix) Sekiranya didapati mengandung segera membuat pemeriksaankandungan, kerana rawatan awal dapat mengurangkan risikojangkitan kepada bayi dalam kandungan.

x) Wanita hamil positif HIV digalakkan bersalin di hospital dantidak di rumah

xi) Wanita hamil tidak dibenarkan memberi susu ibu kepada bayimereka bagi mengelakkan jangkitan melalui susu ibu.

xii) Apabila terdapat luka pada faraj ;

� Jangan basuh dengan sabun atau bahan pembasuh

� Keringkan faraj setiap kali selepas membilas

Segera berjumpa doktor sekiranya ;

� Terdapat “thrush” atau luka yang menyakitkan

� Terdapat cecair dari faraj yang berwarna dan berbau

� Kesakitan di bawah perut (bahagian ari-ari) disertaidemam

� Pasangan mempunyai luka pada zakar atau zakarmengeluarkan nanah

Digalakkan menjalani ujian PAP smear setiap 6 hingga 12 bulan.

Page 25: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

25

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

4.5 HIV / AIDS DAN KANAK-KANAK

i) Kanak-kanak boleh mendapat jangkitan HIV dari ibu merekayang positif HIV semasa dalam kandungan , semasa proseskelahiran atau melalui susu ibu.

ii) Kanak-kanak yang mendapat jangkitan HIV/AIDS akanmenghadapi masalah kesihatan, disisihkan masyarakat danmungkin menjadi yatim piatu kerana kematian ibubapa akibatAIDS.

iii) Kanak-kanak yang dijangkitan HIV lebih mudah mendapatmasalah kesihatan dan lebih cepat mendapat AIDS berbandingorang dewasa

iv) Bayi yang dilahirkan oleh wanita positif HIV memerlukanpemeriksaan teliti. Sekiranya kanak-kanak tersebut positif HIVmemerlukan penjagaan perubatan yang khusus.

v) Penjaga bertanggung jawab mempastikan kanak-kanak positifHIV/AIDS mendapat rawatan susulan secara berterusan dikemudahan kesihatan/hospital. Rawatan berterusan dapatmemanjangkan hayat kerana melambatkan perkembanganpenyakit AIDS.

vi) Ibu bapa yang positif HIV patut menyedia dan merangka masadepan anak-anak mereka dengan meninggalkan wasiat danmenyediakan mereka dengan penjaga yang sah.

vii) Kanak-kanak positif HIV mempunyai hak membesar danmendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain.

5.0 PEMAKANAN UNTUK PESAKIT HIV / AIDS

Tujuan utama permakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah

untuk memberi tenaga dan membantu menguatkan sistem

Page 26: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

26

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

pertahanan badan melawan penyakit seterusnya melambatkan proses

perkembangan jangkitan HIV kepada fasa AIDS.

Terdapat beberapa sebab kekurangan zat makanan (nutrien) di kalangan

pesakit HIV/AIDS;

� Anoreksia atau tiada rasa lapar yang disebabkan kemurungan,loya atau kesan ubat.

� Sakit ketika makan akibat infeksi di rongga mulut atau esofagus.

� Gangguan rembesan atau penghasilan air liur akibat jangkitanatau mal-nutrisi.

� Kesukaran mendapatkan makanan akibat faktor sosio-ekonomi.

Pemilihan makanan dari berbagai kumpulan makanan adalah penting

untuk memastikan tubuh mendapat bekalan makanan yang diperlukan.

Jadual di lampiran 1, memberi panduan kasar mengenai jumlah

makanan yang perlu diambil.

5.1 PANDUAN MENGATASI MASALAH KEHILANGAN SELERA MAKAN

Panduan di bawah boleh digunakan bagi pesakit yang mengalami

kehilangan selera makan;

i) Cuba makan sebanyak yang boleh semasa badan merasa sihat.

ii) Sekiranya sukar, makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

iii) Ambil makanan yang memberikan tenaga nasi, roti dansebagainya.

iv) Elakkan minum ketika makan kerana ini boleh menyebabkancepat rasa kenyang dan kurang mengambil makanan lain.

Page 27: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

27

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

v) Pelbagaikan rasa dan jenis masakan bagi menambahkan seleramakan.

vi) Minum air yang telah dimasakkan sekurang-kurang 8 gelassehari.

vii) Minum minuman berzat seperti susu tepung,dan jus buah-buahan.

viii) Makan dalam suasana yang tenang, bersama keluarga ataukawan-kawan, dan ini membantu menambah selera makan.

Infeksi boleh menyebabkan gangguan serapan dan penghadaman yang

mana sering mengakibatkan cirit-birit yang kronik. Oleh kerana HIV

menggangu sistem ketahanan tubuh, maka adalah sangat penting untuk

mengawal jangkitan ke tahap yang paling minima.

5.2 PANDUAN MENJAGA KEBERSIHAN MAKANAN

Panduan yang boleh diikuti bagi menjamin kebersihan makanan;

i) Basuh tangan dengan sabun sebelum mengendalikan makanan

ii) Simpan makanan yang telah dimasak dengan makan yangmentah secara berasingan.

iii) Gunakan papan pemotong yang berbeza bagi makananmentah dan yang telah dimasak.

iv) Jangan makan makanan selepas tarikh luput.

v) Basuh sayuran mentah dengan sempurna dalam air bersih.

vi) Masak makanan dengan sempurna.

Page 28: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

28

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

vii) Makanan yang telah dimasak hendaklah dimakan dengan segerakerana kuman boleh membiak dalam makanan dalam masabeberapa jam.

6.0 SENAMAN

Senaman adalah penting bagi menjaga kesihatan. Faedah senaman

kepada pesakit HIV/AIDS adalah untuk;

i) Membantu mengekalkan berat badan

ii) Menguatkan otot

iii) Menguatkan keupayaan otot jantung

iv) Mengelakkan sendi-sendi dari menjadi kaku

v) Menggalakkan peredaran darah

vi) Menambahkan selera makan

vii) Mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekananperasaan

viii) Membantu tidur dengan nyenyak

ix) Badan menjadi sihat dan cergas

Di antara contoh-contoh senaman yang yang boleh dilakukan

oleh pesakit HIV/AIDS mengikut kemampuan adalah seperti

berikut;

Page 29: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

29

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

i) Bagi yang berdaya mereka boleh melakukan senamrobik, berjalankaki, berenang, regangan, taichi, yoga dan sebagainya.

ii) Bagi yang lemah kaki dan tangan bolehlah melakukanpergerakan-pergerakan ringan anggota (range of motionexercise) , berjalan menggunakan tongkat atau alat bantuan.

iii) Bagi yang terbaring di katil boleh melakukan senaman denganmenggerakkan sendi anggota samada secara aktif (melakukansendiri) atau secara pasif (dibantu oleh penjaga).

6.1 PANDUAN MELAKUKAN SENAMAN

Panduan umum berikut digunakan untuk melakukan senaman;

i) Setiap kali bersenam lakukan mengikut kemampuan jangansampai mudarat.

ii) Jika terdaya lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan30 minit setiap sesi.

iii) Mulakan dengan senaman ringan bagi yang tidak pernahbersenam, tingkatkan secara perlahan-lahan.

iv) Elakkan dari melakukan aktiviti senaman yang lasak danmudah terdedah kepada kecederaan.

7.0 PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN

Setiap kehidupan berakhir dengan kematian. Pesakit AIDS akan

mengalami perubahan fizikal, kurang upaya dan terpaksa

bergantung kepada orang lain. Mereka juga mungkin mengalami masalah

kewangan terutamanya mereka yang hidup dengan AIDS. Ini memberi

kesan psikososial yang serius kepada pesakit, keluarga dan masyarakat.

Page 30: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

30

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Pesakit muda selalunya mempunyai harapan dan cita-cita yang tidak

dapat dicapai. Tanggungjawab terhadap anak-anak dan ibu bapa tidak

dapat ditunaikan. Mereka mengalami tekanan perasaan terutamnya

dalam menghadapi stigma terhadap pesakit AIDS. Peskit AIDS juga

mengalami konflik dan tekanan psikologikal yang hebat. Amatlah penting

bagi keluarga untuk cuba memahami dan memberi sokongan moral

disaat mereka memerlukannya.

7.1 PERKARA-PERKARA YANG PATUT DISELESAIKAN

Beberapa perkara perlu diselesaikan menjelang kematian seperti;

� Pesakit digalakkan meninggalkan wasiat yang jelas untukmengelakkan kesulitan yang mungkin timbul

� Sekiranya kedua ibu bapa meninggal dunia, hak penjagaan anakakan ditentukan oleh mahkamah. Untuk mengeklakkan masalahibu bapa digalakkan melantik seorang pemjaga kepada anaknya.

� Pengeluaran wang simapan KWSP boleh disyorkan bagi tujuansara hidup dan rawatan pesakit AIDS dan keluarga.

� Pembahagian harta hendaklah dilakukan semasa hidup supayapesakit meninggal dunia dengan tenang.

� Bagi penganut agam Islam hartanya dibahagikan mengikuthukum faraid. Harta untuk anak angkat dan derma untukkebajikan hendaklah diberi semasa hidup sekiranya perlu.

7.2 KEMATIAN DI RUMAH

Keluarga pesakit hendaklah melaporkan segera kepada Pegawai

Kesihatan Daerah berkenaan bila pesakit meninggal dunia.

Makluman kepada Pejabat Kesihatan Daerah boleh dibuat secara

terus oleh keluarga si mati atau melalui balai polis atau penghulu yang

terdekat.

Page 31: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

31

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

i) Inspektor kesihatan / jururawat kesihatan perlu membuatpenyeliaan terhadap disinfeksi mayat dan pakaian yangdigunakan.

ii) Bilangan mereka yang terlibat dalam pengurusan mayathendaklah diminimakan. Adalah disyorkan tidak lebih dari5 orang.

iii) Semua pengurus jenazah dinasihatkan supaya mengambillangkah-langkah perlindungan semasa menguruskan mayatseperti garispanduan pengurusan jenazah HIV/AIDS yang telahdisediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

iv) Sekiranya waris si mati ingin melihat mayat tersebut, merekahendaklah dibenarkan, tetapi tidak digalakkan untukmemluk atau mencium mayat jika terdapat luka, kudis ataukeluar bahan cecair dari rongga terbuka.

8.0 LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN BAGI PERAWAT YANGMEMBERI PERAWATAN KEPADA PESAKIT HIV / AIDS DI RUMAH

HIV paling banyak terkandung di dalam cecair badan pesakit HIV/

AIDS seperti darah, nanah,muntah, kahak, air mani cecair faraj ,

najis dan air kencing. Penyebaran HIV boleh berlaku melalui

percampuran antara cecair badan yang telah tercemar dengan HIV

dan cecair badan individu yang belum tercemar. Percampuran ini boleh

berlaku melalui luka atau kudis pada anggota individu yang terdedah.

Percampuran ini boleh berlaku melalui luka atau kudis anggota yang

terdedah. Dalam konteks perawatan pesakit HIV/AIDS, walaupun risiko

jangkitan HIV dari pesakit kepada pemberi rawatan adalah rendah,

namun langkah keselamatan atau pencegahan standard hendaklah

sentiasa diikuti.

Page 32: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

32

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

8.1 PANDUAN UMUM LANGKAH PERLINDUNGAN

Panduan umum langkah perlindungan bagi pemberi perawatan semasa

menjalankan perawatan pesakit HIV/AIDS di rumah:

i) Membasuh tangan sehingga bersih sebelum dan selepasmelakukan perawatan , menyediakan makanan dan selepaske tandas dengan menggunakan sabun dan air.

ii) Jika pemberi rawatan ada luka atau kudis pada bahagian tangan,cuci dan balut luka/kudis tersebut sebelum memberi perawatanpesakit.

iii) Gunakan sarung tangan dan apron plastik pakaibuang apabila;

� perlu menyentuh darah, muntah najis, air kencing

� semasa mencuci mulut , menukar pampers dan mandi

� semasa mencuci kainan yang berlumuran darah ataucecair badan peskit

� semasa membersihkan tumpahan darah atau cecair badanpesakit dilantai

Cara membersihkan tumpahan darah atau cecair badan di atas lantai;

� Jika sedikit, tuangkan kloroks ke atasnya, lapkan, kemudianbasuh dengan sabun dan air

� Jika banyak tutup dengan kertas (surat khabar/tisu) dahulu,tuang kloroks dan tunggu 10 minit, masukkan kotoran kedalam beg plastik basuh dengan sabun dan air dan moplantai dengan air.

� Penyediaan larutan kloroks (1:10) ; 1 bahagian kloroksdengan 9 bahagian air.

Page 33: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

33

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Pada lantai, dinding, kerusi atau bangku yang mungkin tercemar tetapitiada kesan lapkan dengan larutan kloroks 1 : 100.

vi) Pembuangan muntah ,air kencing, najis dan kertas tisu yangtelah dicemari, curah ke dalam tandas. Berhati-hati supayatidak memercik.

vii) Tuala, kertas, tuala wanita, tampun,kondom, pembalut lukadan pampers yang telah digunakan masukkan ke dalambeg palstik dua lapis, diikat dengan kemas dan dibuangke dalam tong sampah yang tertutup.

viii) Jika wanita positif HIV bersalin di hospital adalah dinasihatkansupaya uri tidak dibawa pulang.

ix) Sekiranya uri wanita (positif HIV) bersalin dikendalikan dirumah,ikuti panduan berikut ;

� Gunakan dua lapis sarung tangan semasa mengendalikanuri

� Sesiapa yang ada luka atau kudis di tangan tidak digalakkanmengendalikan uri.

� Jika boleh elakkan daripada membasuh uri tersebut,masukkan ke dalam dua lapis beg plastik dan tanam didalam lubang yang dalam.

� Sekiranya uri dibasuh ;

� Di samping memakai sarung tangan, pengendali jugamesti memakai apron plastik, penutup mulut danmata serta kasut but.

• Rendamkan uri ke dalam dua lapis beg plastik hitam

yang mengandungi larutan kloroks (1:10) selama 10

minit.

Page 34: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

34

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

• Keluarkan uri dari beg plastik, curahkan air ke atas

uri dengan berhati-hati supaya tidak memercik.

• Masukkan uri ke dalam dua lapis beg plastik hitam

yang baru, ikat dengan kemas dan tanam.

• Beg plastik yang telah digunakan hendaklah

dimasukkan ke dalam dua lapis beg plastik yang

lain, diikat dan dibuang ke dalam tong sampah

bertutup.

• Bersihkan tempat pencucian dan pengaliran air

basuhan dengan kloroks 1 :10

• Pengendali hendaklah mencuci tangan,

membersihkan diri selepas mengendalikan uri.

RUJUKAN :

1 . Kaunseling HIV/AIDS, Teks Rujukan, Jilid 1, November 2000,Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Dr. Ditch Townsend, Penjagaan AIDS di Luar Hospital, EdisiPertama 1999.

Page 35: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

35

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

Kumpulan makanan, saiz bahagian dan hidangan yang diperlukan

dari setiap kumpulan makanan yang diambil setiap hari.

Kumpulan Makanan & Saiz Bahagian Hidangan / Hari

Bijirin ( Karbohidrat )� Nasi ( 1 cawan )� Roti ( 1 keping )� Mee / Meehon / Kuay teow dsb. ( 1 cawan )� Pasta ( 1 cawan ) 4 - 6� Bijirin sarapan ( 1 mangkok sederhana )� Biskut kraker ( 5 keping )

Buah – buahan� Epal, pear, pisang ( 1 biji )� Betik ( 1 potong )� Nenas ( 2 potongan kecil ) 3� Jambu Batu ( 1 biji )

Sayur – sayuran� Sayur yang telah dimasak ( 1 cawan ) 3

Daging, kacang dan kekacang� Telur ( 2 biji )� Dada ayam ( _ )� Kepak ayam kecil ( 3 )� Daging lembu / kambing ( 1 saiz kotak mancis )� Sate ( 4 cucuk ) 2-3� Kacang / pis kering ( 1 cawan )� Mentega kacang ( 4 sudu kecil )� Ikan ( seekor ikan )� Tauhu ( 1 keping )

Susu, Keju, Tairu� Susu ( 1cawan )� Keju ( 40 gram ) 3� Tairu ( 150 gram )

Minyak, Mentega, Margerin� Minyak zaiton/soya/bunga matahari/jagung

(1 sudu besar) 3

� Margerin ( 2 sudu kecil )

LAMPIRAN 1

Page 36: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

36

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah

LAMPIRAN 2

Panduan Am Pengambilan Makanan Rendah Lemak

Dan Makanan Berfiber

i) Makanan Rendah Lemak

� Makan hanya potongan daging rendah lemak.

� Buang kulit ayam sebelum masak.

� Pilih kaedah memasak yang menggunakan kurang lemak; contoh :rebus, kukus, panggang dsb.

� Kukus ikan tanpa menambah minyak.

� Minum / makan susu / produk susu yang rendah lemak dan laktos.

Elakkan;

• Makanan yang digoreng

• Minyak, mentega, margerin, kacang, mentega kacang dan saladdressing.

• Pastri, kek dan pencuci mulut yang kaya lemak

• Makanan snek berminyak seperti keropok dan kerepek

ii) Makanan Berfiber

� Makan roti putih yang diperkaya, bijirin rendah fiber, nasi,

barli dan oatmeal.

� Makan 1 sudu besar dan secara perlahan ditambah kepada 3 sudu

besar oatbran setiap hari.

� Makan lobak merah dan sayuran berkanji seperti kentang

Page 37: Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

37

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS DiRumah