Gaya Bahasa

22
6. GAYA BAHASA (style of writing) Definisi Gaya Susunan kata-kata melalui satu cara pengucapan terbaik yang menggambarkan individualiti seseorang termasuk idea dan maksud dalam fikirannya. (Glosari Istilah Kesusasteraan : 88 ) Gaya Bahasa Corak, bentuk, atau rupa sesuatu bahasa, iaitu meliputi aspek-aspek kesesuaian Penggunaan kata, frasa, ayat dalam situasi tertentu. (Kamus Teras Sastera : 31) Jenis-jenis Gaya Bahasa 1. BAHASA PERBANDINGAN a. Metafora Satu objek atau abstraksi yang diberikan sifat objek lain dengan menganggap objek yang kedua itu mempunyai aspek-aspek persamaan dengan objek yang pertama.( konkrit / abstrak) Contoh: i) Hutan dara ii) Rimba kegelapan

description

Gaya Bahasa

Transcript of Gaya Bahasa

Page 1: Gaya Bahasa

6. GAYA BAHASA (style of writing)

Definisi Gaya

• Susunan kata-kata melalui satu cara pengucapan terbaik yang

menggambarkan individualiti seseorang termasuk idea dan maksud

dalam fikirannya. (Glosari Istilah Kesusasteraan : 88 )

Gaya Bahasa

• Corak, bentuk, atau rupa sesuatu bahasa, iaitu meliputi aspek-

aspek kesesuaian

• Penggunaan kata, frasa, ayat dalam situasi tertentu. (Kamus Teras

Sastera : 31)

Jenis-jenis Gaya Bahasa

1. BAHASA PERBANDINGAN

a. Metafora

• Satu objek atau abstraksi yang diberikan sifat objek lain dengan

menganggap objek yang kedua itu mempunyai aspek-aspek

persamaan dengan objek yang pertama.( konkrit / abstrak)

Contoh:

i) Hutan dara

ii) Rimba kegelapan

iii) Kolam derita

• Perbandingan secara langsung.

Contoh:

i) Raja Rimba - singa

ii) Raja siang - matahari

Page 2: Gaya Bahasa

iii) Dewi malam – bulan

b. Unsur Personifikasi

• Unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia.

• la dikatakan penjelmaan perorangan.

• Binatang, tumbuh-tumbuhan atau benda-benda mati yang lainnya diberi sifat-sifat

manusia.

• Unsur Personafikasi terbahagi kepada 3:

1.. Sifat manusia untuk objek

Contoh:

i) Rumah itu telah tua

ii) Warna bajumu terlalu garang

iii) Basikal itu telah uzur

2. Mengaitkan objek dengan anggota manusia

Contoh:

i) Mata hati

ii) Perut laut

iii) Kaki bukit

3. Kata kerja yang umumnya dilakukan oleh manusia .

Contoh:

i) Kedinginan malam memeluk seluruh kampung

ii) Teriakannya berjalan pantas menemui penghuni-penghuni

kampung.

iii) Kebisuannya membalut kesunyian malam.

Page 3: Gaya Bahasa

d. Simile

• Bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu bagi

melihat persamaannya dengan menggunakan kata bandingan: seperti, laksana,

bagai, bak, macam, dan umpama.

• Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan

nilai yang sama.

Contoh:

i) Mukanya pucat bagai bulan kesiangan

ii) Hatinya hancur umpama kaca terhempas ke batu

iii) Badannya kurus laksana lidi.

e. Simbolik / Lambang

Dalam pengertiannya yang literal atau biasa lambang ialah sesuatu yang

terpakai untuk menunjukkan sesuatu yang lain. Dalam kesusasteraan lambang

adalah benda atau peristiwa konkrit yang menyarankan sesuatu yang lain biasanya

berhubung dengan fikiran sikap dan perasaan. Lambang ini dilahirkan dengan satu

ataupun sebilangan perkataan. Ciri –cirinya adalah seperti berikut::

Kata dan rangkaian kata-kata yang maksudnya berbeza

daripada maksud yang tersurat.

Memindahkan sifat-sifat seseorang atau sesuatu pada yang lain.

Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda-benda lain

sebagai lambang.

Contoh:

i) Bendera - melambangkan sesebuah negara

ii) Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor:

bunga - gadis, kumbang - lelaki

iii) Putih - melambangkan kesucian

iv) Hitam melambangkan kemusnahan dan

kematian

Page 4: Gaya Bahasa

v) Singa melambangkan keberanian.

vi) Hijau melambangkan kehidupan

vii) Melor yang yang sedang mekar di taman

itu akhirnya akan dipetik orang juga

Sifat –Sifat Lambang

1. sifat tradisional—lambang yang biasa dan umum terpakai .contohnya

putih --suci

2. sifat peribadi—maksud lain daripada yang biasa difahami.contohnya

dalam novel Juara S. Othman Kelantan menggunakan lembu untuk

melambangkan politik

Cara Memahami Lambang

Selalunya pengarang memberikan isyarat kepada pembaca terhadap sesuatu yang

perlu dilihat sebagai lambang. Isyarat yang paling biasa digunakan dalam novel ialah

pengulangan perkataan.

f. Litotes

• Merupakan bahasa lembut yang berbalik kepada diri si penutur. Penutur bukan

sekadar melembutkan kata- kata secara umum tetapi merendah-rendahkan

dirinya sendiri (Rahman Shaari )

• Kata-kata yang digunakan berlawanan dengan makna yang sebenar bagi

mengikut kesederhanaan atau merendah diri.

Contoh:

i) Aminah tu mentah lagi, masak nasi pun tak pandai.

ii) Datanglah ke teratah kami jika tidak keberatan.

iii) Hanya air bujang sahaja yang dapat saya sediakan.

Page 5: Gaya Bahasa

g. Hiperbola

• Unsur yang digunakan untuk memperbesar-besarkan atau melebih-lebihkan

sesuatu daripada keadaan yang sebenamya.

• Tujuannya adalah untuk memperlihatkan keagungan atau kehandalan

seseorang atau untuk memperlihatkan kehebatan sesuatu peristiwa atau suasana.

Contoh:

i) Cita-citanya menggunung tinggi

ii) Darah mengalir menganak sungai

iii) Hajat hati memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.

h. Eufemisme

• Ungkapan yang lebih halus dan manis yang digunakan untuk

menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan.

• Perkataan dituturkan agar tidak menyinggung perasaan pendengar.

Contoh:

i) Mereka meminta diri untuk berundur ke belakang sebentar.

ii) Dia telah pergi menemui Tuhannya.

in) Dia telah diperkosa oleh seorang yang tidak bertanggungjawab.

i. Disfemisme

• Kata-kata atau ungkapan kasar yang digunakan untuk menggantikan kata-kata

halus namun tidak pula menyinggung perasaan orang lain.

Contoh:

i) Salbiah telah bunting

ii) Dia telah mati semalam

iii) " Anakjantan kamu belajar di mana?

Page 6: Gaya Bahasa

j. Alusi

• Kiasan yang dikaitkan dengan seseorang tokoh, nama tempat atau sesuatu

peristiwa sama ada secara terus atau tidak.

• Bertujuan untuk membicarakan atau menyatakan dengan lebih lengkap persoalan

atau mesej yang ingin disampaikan.

Contoh:

i) Hang Jebat itu mengamuk lagi. ( Hang Jebat dijadikan alusi untuk membayangkan

tindakan seorang muda yang dihormati tetapi melakukan tindakan yang

keras dan kasar terhadap pihak yang berkuasa atau yang sepatutnya

dimuliakan.)

ii) Gunung Tahan roboh dan menimpa kepalanya. ( Gunung Tahan memang

dikenaloleh semua orang. la dijadikan alusi untuk membayangkan sesuatu

yang berat dan besar sedang menjadi masalah bagi seseorang).

iii) Syurganya ialah rumahtangganya. ( Syurga dikenal atau diyakini oleh semua

orang Islam sebagai tempat hidup yang paling bahagia dan ideal di akhirat nanti.

la dibayangkan atau dijadikan alusi untuk penghidupan rumahtangga seseorang

yang amat bahagia)

k. Antonomasia

• Unsur ini biasanya digunakan untuk memperlihatkan sifat seseorang.

• la menggunakan nama lain untuk seseorang dengan memakai nama

sifat orang itu.

Contoh:

i) Orang yang kurus dan tinggi itu dipanggil Si Jangkung

ii) Si Gendut ( orang yang perutnya besar ) itu selalu datang ke

rumahnya.

iii) Kutu embun ( orang yang suka pulang lewat malam ) itu selalu

menyusahkan ibu bapanya.

Page 7: Gaya Bahasa

1. Parafrasa

• Gaya bahasa penghuraian

• Satu kata yang lebih ringkas dengan kata-kata lain yang lebih panjang

yang bersamaan ertinya dengan kata yang digantikan.

Contoh:

i) Kapal Padang Pasir - digantikan daripada perkataan unta

ii) Ketika sang suria keluar dari peraduannya-dihuraikan daripada

perkataan pagi-pagi.

iii) Perutku berkeroncong minta diisi. menjelaskan bahawa

lapar

13. Onomatopia / onomatope

• Proses pembentukan perkataan dengan berdasarkan ajukan bunyi-

bunyi yang dihasilkan oleh manusia, haiwan atau alam sekeliling.

Contoh:

i) Angin yang menderu- deru itu semakin menghancurkan hatinya.-

perkataan menderu dibentuk daripada bunyi angin rururu.

ii) Desiran ombak di pantai menjadikan hatinya semakin

menggelabah.- perkataan desiran terbentuk daripada bunyi ombak.

iii) Adik mengekek apabila menonton rancangan Senario - perkataan

mengekek dibentuk daripada bunyi ketawa.

15. Aforisme

• Ungkapan yang ringkas dan padat tentang sesuatu sikap hidup.

• Terdapat dalam bentuk bidalan atau pepatah (peribahasa)

Contoh:

i) Keadaannya menyedihkan, bagai kerakap tumbuh di batu, hidup

segan mati tak mahu.

Page 8: Gaya Bahasa

ii) Dia dan anaknya berkerat rotan , berpatah arang tidak mungkin

akan berbaik semula.

iii) Prinsip hidupnya amat jelas, biar mati anakjangan mati adat.

3.6 BAHASA SINDIRAN

3.6.1. Ironi

• Sejenis bahasa sindiran halus yang menyatakan sesuatu tetapi

mempunyai makna di sebaliknya.

• la bertujuan menyindir orang yang dilawan berbicara dengan

membawa maksud yang bertentangan dengan maksud literalnya.

Contoh:

i) Pengurus yang bijak ialah yang pandai menggunakan kepandaian

orang lain.

ii) " Cepat betul kau datang hari ni!" katanya kepadaku

iii) "Bagus benar gambarnya!". Kata guru kepada murid yang

menconteng dinding

3.6.2. Sinisme

• Bahasa sindiran tajam yang bertujuan untuk menyakitkan hati atau

menyinggung perasaan.

• Sindiran ini juga digunakan untuk menunjukkan ejekan terhadap keikhlasan

atau kejujuran seseorang yang diragui. ( Perbincangan Gaya Bahasa Sastera-

Keris Mas: 147- 149)

Contoh:

i) Tidak ada orang lain yang lebih pandai di dunia ini selain kamu.

ii) Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui

iii) " Kerana nila setitik rosak susu sebelanga!" kata ketua pasukan kepada

pemain-pemainnya.

Page 9: Gaya Bahasa

3.6.3. Sarkasme

• Sindiran kasar yang mengandungi cemuhan, bahkan kadang kala

berbentuk celaan.

• Tujuannya untuk melahirkan rasa marah terhadap seseorang dengan

menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati/ kasar. Contoh:

i) Rasa hendak muntah aku melihat lagakmu di atas pentas.

ii) " Pergi jahanam semuanya!".

iii) " Biarlah dia mampus, aku tak peduli!"

3.7 BAHASA PENEGASAN

3.7.1. Pleonasme

• Gaya bahasa yang menegaskan kata-kata sebelumnya dengan sifat kata-kata

itu.

• Sesuatu kata yang mempunyai sifat-sifat tertentu diperjelaskan lagi

dengan kata-kata sifat yang lain. Contoh:

i) "la turun ke bawah"

ii) Majulah ke depan beberapa langkah.

iii) Dia naikkan ke atas bendera itu.

3.7.2. Totologi

• Digunakan dalam bahasa untuk menekankan sesuatu agar meninggalkan

kesan yang lebih tinggi

• Terbahagi kepada dua j enis:

a) Penghapusan kata kedua vane ditambah tidak mengubah makna ayat. Contoh:

i) Dia sendiri yang memegang bahu saya dengan tangannya.

ii) Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri.

iii) Keterangannya pasti benar kerana dia sendiri mendengar jeritan itu dengan

telinganya

Page 10: Gaya Bahasa

b) Kata yang ditambah sebenarnya sudah terkandung maknanya dalam

kata yang pertama.

Contoh:

i) Ibunya meninggal dunia sewaktu dia masih berumur 7 tahun masa

kecil- kecil dahulu.

ii) Dia berdikari seorang diri meneruskan perusahaannya.

iii) Cintaku dibawanya pergi untuk selama- lamanya tidak akan

kembali lagi.

3.7.3 Repitisi

• Unsur yang digunakan dalam bahasa perulangan.

• Biasanya gaya ini mengulang kata-kata atau frasa beberapa kali dalam

satu kalimat.

Contoh:

i) Selama nafas masih mengalun, selama darah masih mengalir dan

selama jantung masih berdetik, aku akan terus berjuang.

ii) Kau tidak tahu, kau tidak faham dan kau tidak mengerti mengapa

aku bersikap sedemikian.

iii) Tak perlu kau tanyakan, tak perlu kau pertikaikan, tak perlu kau

persoalkan mengapa aku membuat keputusan ini.

3.7.4. Paralelisme

• Perulangan perkataan-perkataan yang sejajar dalam baris-baris yang berikut-

ikutan.

• Perulangan ini mungkin berlaku pada bahagian depan, tengah ataupun akhir.

• Konsep ini boleh bertindan-tindih dengan anafora, epifora, simplok, response,

woordopname.

a) Anafora - perulangan perkataan pada awal baris.

Contoh:

Page 11: Gaya Bahasa

i) Orang hanya kagum sekejap.

Orang tidak ambil pusing

( Novel Protes- Shannon ahmad)

b) Epifora - perulangan pada akhir baris

Contoh:

i) Pujangga itu tidak berkata lagi.

Perempuan itu tidak menangis lagi

( sajak Lilin Membakar Diri- Yusof Muda)

c) Simplok - percantuman antara anafora dan epifora. Perulangan

pada awal dan akhir baris serentak.

Contoh:

i) Aku duduk di kerusi Allah.

Aku bersandar di tiang Allah.

(Boelo Johannes Bijleveld)

d) Responsi - perulangan perkataan di tengah- tengah baris

Contoh:

i) Sungai mengalir panas.

Asap mengalir ganas.

( Sajak Malam- Latiff Mohidin)

e) Woordopname - perulangan apabila perkataan pada hujung baris

digunakan untuk memulakan baris yang seterusnya.

Contoh:

i) Rindu adik kepada abang

Abang jauh di rantau orang

3.8. Klimaks

Page 12: Gaya Bahasa

• Gaya bahasa yang mengemukakan beberapa hal berturutan dan semakin lama

semakain meninggi kata-kata itu.

• la bermula dari peringkat yang rendah seterusnya kearah yang lebih

tinggi.

Contoh :

i) Sejak kecil hingga dewasa dan seterusnya sampai ke hari tua dia

tidak pernah merasa bahagia.

ii) Kanak-kanak, remaja dan orang dewasa turut sama menyertai

pertandingan tersebut.

iii) Dari mula-mula masuk ke sekolah, kemudian ke sekolah menengah, dan

selepas itu ke universiti, dia tidak henti-henti belajar.

3.9. Anti-klimaks

• Gaya bahasa yang mengemukakan beberapa hal berturut-turut, bermula

dari yang tinggi kepada yang rendah.

Contoh :

i) Semua orang sama ada yang orang tua, orang muda atau kanak-

kanak dikehendaki hadir dalam upacara itu.

ii) Perdana Menteri, Menteri-menteri, Wakil Rakyat dan rakyat

biasa turut menyertai pesta yang diadakan.

iii) Kawasan setinggan itu dipenuhi dengan rumah banglow, rumah papan, dan

pondok-pondok buruk.

3.10. Inversi

• Gaya bahasa yang membalikkan ayat atau rangkaian kata-kata tertentu.

• Pembalikan tersebut menjadikan ayat atau rangkaian kata-kata itu menjadi

lebih I jndah, segar dan menarik walaupun

menyimpang daripada kelaziman tatabahasa.

Contoh:

Page 13: Gaya Bahasa

i) Diperangkapnya kami di tengah jalan.

ii) Di dalam hembusan bayu itu, dia menyanyi dan merintih.

iii) Telah kusoal diriku ini berkali- kali.

3.11. Elipsis

• Gaya bahasa yang menghilangkan sebahagian daripada kalimat supaya penegasan

dapat dilakukan pada kata-kata yang tinggal.

• Kata-kata yang tinggal ialah kata-kata yang penting sahaja.

Contoh :

i) Sekali merdeka tetap merdeka (Sekali kita merdeka, tetap kita

merdeka)

ii) Sudah berjaya kerana selalu melakukannya (Dia sudah berjaya

kerana selalu melakukannya)

iii) Mereka ke Jakarta minggu lepas ( Mereka pergi ke Jakarta minggu lepas)

3.12. Retoris

• Gaya bahasa yang terbentuk daripada pertanyaan atau soalan biasa tetapi

dimaksudkan untuk mencapai kesan yang lebih tegas dengan penekanan yang lebih

kuat sehingga jawapan kepada pertanyaan itu telah jelas. Soalan yang tidak

memerlukan jawapan.

Contoh:

i) Patutkah kita membalas susu dengan tuba?

ii) Mana mungkin orang yang mati hidup kembali?

iii) Inikah dia wakil rakyat, hidup senang-lenang, rakyat yang menderita?

3.13. Ekslamasi

• Gaya bahasa yang menggunakan kata seru untuk tujuan penegasan

maksud Contoh:

Page 14: Gaya Bahasa

i) Pergi mampus!

ii) Engkau yang mengambilnya, kau kata bukan kau!

iii) Itu bukan hak kau!

3.14. Koreksi

• Gaya bahasa yang mula-mula dinyatakan kurang tepat atau salah tetapi kemudian

diperbaik atau diperbetul.

• Kesilapan itu boleh disengajakan ataupun sebaliknya. Contoh:

i) Ibunya berada didapur, eh bukan dia di kamar sedang tidur.

ii) Dia telah menyebut perkara-perkara itu, oh tidak dia telah tersebut perkara itu

kepada orang ramai.

iii) Aku mengharapkan kesetiaannya bukan kecantikannya

3.15. Asindeton

• Gaya bahasa yang menghilangkan kata-kata penghubung. Contoh:

i) Siakap senohong gelama ikan duri

ii) Emas perak tembaga suasa, Malas

bergerak tidak merasa

iii) Barang-barang rumahnya seperti kerusi, meja, almari habis dijual.

3.16. Polisindeton

• Penggunaan kata hubung yang banyak di dalam satu ayat

Contoh :

i) Hutan rimba di kelilingnya dan gunung-gunung di depannya dan

tebing yang curam di sebelahnya dan bunyi air terjun yang

mendesah di bawah tebing menjadikan hatinya kecut untuk dapat

mencari jalan keluar.

Page 15: Gaya Bahasa

ii) Wang dan harta dan pangkat dan kemewahan, semuanya

menggelapkan mata hatinya.

iii) Dia duduk baik-baik di bibir perahu dan mencapai joran kailnya

dan membubuh umpan pada mata pancing dan meludah umpan

yang sudah lekat di mata pancing itu lalu melabuhkannya ke dalam

air.

3.17. Enumerasia

• Gaya bahasa menghuraikan sesuatu keadaan atau peristiwa dengan sengaja

dipisah-pisahkan.

• Dilukiskan satu-persatu supaya lebih terasa dan bertenaga.

Contoh:

i) Malam gelap. Langit tak berbintang. Lorang dan liku jalan sunyi sepi.

Lampu-lampu sudah dimatikan. Terdengar sayup-sayup jeritan anjing

menggila.

ii) Dia malas. Dia tidak mahu bekerja. Dia memang degil. Sudah puas

aku nasihat.

iii) Duit pendaftaran telah saya bayar. Skrip juga telah saya serahkan. Mahu apa

lagi. Tinggal ujian sahaja.

4. BAHASA PERTENTANGAN

4.1. Antitesis

• Gaya bahasa yang mempertentangkan paduan dua patah kata yang

berlawanan ertinya. Contoh:

i) Lalaki perempuan, tua muda, besar kecil, kaya miskin semuanya

hadir semasa ceramah itu disampaikan.

ii) Hidup mati dan susah senang dipegang oleh Tuhan.

Page 16: Gaya Bahasa

iii) Cantik hodoh, gemuk kurus, tinggi rendah bukanlah ukuran untuk menjadi

artis pujaan.

4.2. Kontradiksianjing

• Gaya bahasa yang memperlihat sesuatu yang bertentang dengan apa yang

sudah dikatakan.

• Penyataan yang pertama akan disangkal oleh penyataan yang kedua. Contoh:

i) Saya tidak lapar tetapi saya hendak makan.

ii) Malam sunyi sepi, tiada apa yang kedengaran. Hanya titisan embun

sahaja yang berbisik ditelinganya.

iii) Keluarganya baik-baik belaka tetapi anaknya yang tua pernah

terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.