Gaya h Penemuan Bercapah

30
THE DIVERGENT DISCOVERY STYLE – H GAYA PENEMUAN BERCAPAH STAIL H Pembelajaran Individu, Guru menentukan kandungan, Murid merancang program.

Transcript of Gaya h Penemuan Bercapah

Page 1: Gaya h Penemuan Bercapah

THE DIVERGENT DISCOVERYSTYLE – H

GAYA PENEMUAN BERCAPAHSTAIL H

Pembelajaran Individu,Guru menentukan kandungan,

Murid merancang program.

Page 2: Gaya h Penemuan Bercapah

Stail penemuan bercapah melibatkan kemampuan dan kesanggupan pelajar yang mempunyai pelbagai penemuan yang tidak terhad dan membolehkan pelajar membuat penyelesaian masalah dengan cara tersendiri bergantung kepada pengetahuan dan

kemahiran yang sedia ada.

Page 3: Gaya h Penemuan Bercapah

Pelajar dianggap sebagai manusia yang menggunakan pemikirannya untukmencari alternatif – alternatif yang sesuai daripada pengetahuan sedia ada untuk

menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan. Stail ini merupakan penemuan mencapah yang menekankan kepada pelbagai idea dan kemahiran murid.

Page 4: Gaya h Penemuan Bercapah

Stimulus Cognitive Dissonance Mediation Responses

S D M R1

R2

R3

⇣ Rn

Page 5: Gaya h Penemuan Bercapah

Rangsangan yang diberi kepada pelajar dalam pelbagai bentuk seperti memberi soalan, masalah, atau sitauasi. Perbezaan yang paling nyata mengenai langkah iniialah penemuan untuk membuat pilihandi atas penyelesaian masalah yang telahdibuat.

Page 6: Gaya h Penemuan Bercapah

Dalam peringkat ini ,individu atau pelajar akan melalui prosesmemberi idea atau lakuan yangberbeza-beza dalam menyelesaikanmasalah yang sama.

Page 7: Gaya h Penemuan Bercapah

Proses ini melibatkan penerangan umum yang penting untuk membantu proses dan urutan yang akan berlaku .

Guru memerhatikan penglibatan setiap pelajar , mengawasi dan menasihati pelajar agar tidak terkeluar daripada ruang atau rangka yang telah ditetapkan.

Page 8: Gaya h Penemuan Bercapah

Guru memerhati penglibatan setiap pelajar dalam proses mencari penyelesaian masalah yang diberi, memberi tindakbalas dengan meminta pelajar mengemukakan alternative-alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut.

Masa yang mencukupi harus diberikan kepada pelajar untuk mencari hasilan yang dikehendaki

Page 9: Gaya h Penemuan Bercapah

Respon adalah bertujuan untuk mencari keputusan dalam penemuan bercapah. Idea terhadap tindakbalas ini mungkin

dinyatakan dalam maksud yang berlainan di mana ia sangat unik kepada sesuatu perkara.

Sebagai contoh dalam pelajaran pergerakan fizikal, tindak balas disampaikan menerusi pergerakan manusia. Proses ini tetap sama walaupun disampaikan melalui pelbagai tindak balas.

Page 10: Gaya h Penemuan Bercapah

1. Membolehkan guru membentuk soalan atau masalah yang boleh mencabar keupayaan minda murid melalui tajuk yang ditetapkan

2. Membolehkan murid mencari idea berdasarkan pengetahuan yang sedia ada bagi mencari jawapan kepada masalah yang diberi.

Page 11: Gaya h Penemuan Bercapah

3. Supaya murid dapat mencari penyelesaian dalam pelbagai bentuk tetapi dalam konteks struktur yang telah ditetapkan

4. Membolehkan guru dan murid mencari alternatif – alternatif daripada apa yang telah diperolehi.

5. Guru mengesahkan kesimpulan yang telah dicapai dan menyusun untuk mencapai objektif.

Page 12: Gaya h Penemuan Bercapah

1. Set Pra Impak

2. Set Impak

3. Set Pasca Impak

Page 13: Gaya h Penemuan Bercapah

Guru membuat 3 keputusan utama :

1. Guru perlu menetapkan tajuk yang hendak diajar

2. Guru menetapkan tajuk kecil3. Guru mereka satu masalah

/situasi/soalan yang mempunyai pelbagai cara penyelesaian .

Page 14: Gaya h Penemuan Bercapah

1. Pelajar memainkan peranan yang utama dalam mencari penyelesaian masalah, di mana pelajar menentukan jenis-jenis idea atau kesimpulan bagi menentukan cara penyelesaian masalah yang ditimbulkan.

2. Pelajar menemui alternatif-alternatif jawapan atau kesimpulan untuk mencari penyelesaian masalah.

Page 15: Gaya h Penemuan Bercapah

3. Kesimpulan atau alternatif yang diperolehi dalam mencari penyelesaian menjadi asas utama yang akan dibincangkan bersama guru.

4. Guru menyediakan kad tugasan yang mengandungi soalan-soalan penyelesaian masalah.

5. Guru berperanan memberi bimbingan dan peneguhan kepada pelajar dari semasa ke semasa.

Page 16: Gaya h Penemuan Bercapah

Pelajar membuat penilaian berkenaan dengan cara penyelesaian masalah yang ditemuinya adakah sesuai atau tidak.

Jika maklumbalas kendiri menyatakan tidak, pelajar akan mencuba alternatif – alternatif yang lain

Page 17: Gaya h Penemuan Bercapah

Cara penilaian dilakukan dengan menggunakan dua teknik:

1. Melakukan aktiiviti itu dan menilai sendiri hasil yang diperolehi

2. Merakam kelakuan atau kesimpulan itu dengan menggunakan video atau melalui pemerhatian guru

Page 18: Gaya h Penemuan Bercapah

Guru sebagai pengurus dan penilai

Guru membuat keputusan mengenai permasalahan yang hendak ditanya kepada pelajar

Guru menerima tindakbalas dan reaksi daripada pelajar

Guru sebagai sumber pengesahan dalam kebanyakan perkara

Page 19: Gaya h Penemuan Bercapah

Menghasilkan penemuan bercapah ( pelbagai tindakbalas bagi masalah yang sama )

Menentukan atau menghasilkan kesahihan tindakbalas

Mengenal pasti atau mengesahkan tindakbalas dalam kebanyakan perkara atau tugasan

Page 20: Gaya h Penemuan Bercapah

Proses yang diterangkan melibatkan antara teori dan amali iaitu hasilan kognitif dan keupayaan fizikal

Kadang – kadang realiti semasa melakukan aktiviti mempunyai halangan – halangan tertentu ke atas proses ini

Page 21: Gaya h Penemuan Bercapah

Pelajar boleh mereka bentuk satu penyelesaian masalah sebagai alternatif kepada sesuatu masalah yang diberi tetapi tidak dapat melakukannya

Page 22: Gaya h Penemuan Bercapah

Apabila seseorang pelajar berjaya melakukan jaringan bola baling dengan gaya sisi maka gaya itu merupakan satu cara penyelesaian masalah iaitu menjaring.

Namun begitu, ada pelajar yang tidak mampu menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan gaya tersebut

Page 23: Gaya h Penemuan Bercapah

Walau bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan mengenal pasti dua set penyelesaian masalah :

Set pertama adalah penyelesaian masalah yang merupakan semua hasil daripada keupayaan kognitif pelajar

Set kedua merupakan penyelesaian masalah yang dapat dilakukan oleh pelajar

Page 24: Gaya h Penemuan Bercapah

Adalah merupakan peraturan yang telah dipersetujui di kalangan orang ramai

Peraturan inilah yang menentukan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh ( Peraturan permainan)

Page 25: Gaya h Penemuan Bercapah

Menggalak perkembangan minda pelajar.

Pelajar tidak terkongkong dengan arahan guru.

Aktiviti pembelajaran lebih menarik dan mencabar.

Pelajar dapat melakukan aktiviti secara bebas dengan mengikut kebolehan masing – masing.

Dapat memupuk semangat bersaing di kalangan individu kearah pemantapan kemahiran.

Pelajar dapat membuat penilaian kendiri.

Page 26: Gaya h Penemuan Bercapah

Sukar untuk menentukan kejujuran pelajar.

Masa pembelajaran yang panjang. Sesuai untuk sesi pengajaran dan

pembelajaran yang jumlah pelajarnya kecil.

Kurang sesuai untuk pelajar yang lemah.

Page 27: Gaya h Penemuan Bercapah

Stail H lebih menumpukan kepada perkembangan idea pelajar, (kognitif) pengajaran berpusatkan kepada pelajar serta memberi kebebasan kepada pelajar untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang diberi

Page 28: Gaya h Penemuan Bercapah

Stail ini akan menghasilkan idea dan perlakuan yang berbeza–beza bagi menyelesaikan masalah yang sama.

Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat serta kebolehan mereka dalam menyelesaikan masalah.

Page 29: Gaya h Penemuan Bercapah

1.The teacher asks the students to move from point A to point B in the gym with the task parameter that all the students in the group must not touch the floor. The group must use the equipment provided to design a way of traveling from one point to one point.

2.Mendapatkan satu lompatan yang paling jauh dalam acara lompat jauh.

3. Mereka bentuk satu permainan bola, bermain di gelanggang bola keranjang,tetapi menggunakan kemahiran asas permainan bola tampar untuk menghantar bola.

Page 30: Gaya h Penemuan Bercapah

Disediakan Oleh :WONG YOON KIM

HO LAI FONGLIM BEE HWA