Laporan sambutan hari koperasi smk kubang golok bachok berhad tahun 2015
Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan
-
Upload
wan-rosmadi-wan-salleh -
Category
Documents
-
view
3.557 -
download
0
Transcript of Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan
Corak Gaya Hidup Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan
AZIMAH BINTI MAT JUSOHUNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
Abstrak
Tajuk kajian yang dijalankan adalah Corak Gaya Hidup Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan. Kajian ini melibatkan peserta
seramai 20 orang guru terdiri daripada 10 orang guru lelaki dan 10 orang guru
perempuan. Peserta yang dipilih adalah dalam lingkungan umur 25 – 50 tahun.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai
amalan pemakanan dan senaman yang diamalkan oleh guru-guru tersebut. Kaedah
yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk soal-selidik. Kajian ini menggunakan
kaedah menganalisa data mentah untuk mendapatkan latarbelakang responden,
amalan pemakanan dan corak senaman yang diamalkan. Kajian ini dapat
memberikan gambaran yang sepenuhnya berkaitan keseluruhan kajian serta dapat
memandu ke arah penambahbaikan serta meningkatkan pengetahuan para guru
berkaitan soal gaya hidup agar penyelesaian dapat dilakukan dengan mengadakan
seminar, perbincangan ataupun kursus.
BORANG SOAL-SELIDIK
Para guru yang dihormati,
Kajian ini bertujuan untuk menentukan Corak Gaya Hidup di Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 PPD Kota Bharu bagi menentukan tahap dan amalan dalam gaya hidup seharian. Adalah diharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama untuk menjawab set soal selidik yang disertakan dan menjawab dengan jujur.
Semua jawapan yang anda berikan adalah sulit dan digunakan bagi tujuan dimuatkan ke dalam jurnal pendidikan tempatan.
Kerjasama anda sangat dihargai.
Terima kasih.
ARAHAN : Sila tandakan √ maklumat diri anda
1.Nama : ...........................................................................
2.Sekolah : ..........................................................................
3.Jantina : ...........................................................................
4.Bangsa : ...........................................................................
5.Umur (tahun ) : 25 – 30
31 – 40
41 – 50
6. Status : .....................................
7. Berat : ..................................... kg
8. Tinggi : ..................................... cm
9. BMI : .....................................
Bahagian ini terdiri dari 5 bahagian iaitu Bahagian A,B, C, D dan E.
Berikut adalah pernyataan tentang amalan pemakanan yang diamalkan. Sila tandakan darjah persetujuan anda terhadap setiap pernyataan berkenaan dengan menandakan ruang nombor berkaitan yang bermaksud;
1 = Sangat Tidak Setuju (STS)2 = Tidak Setuju (TS)3 = Setuju (S)4 = Sangat Setuju (SS)
BULATKAN JAWAPAN ANDA
A.Amalan pemakanan berdasarkan pengalaman
dan pengetahuan sedia adaSTS TS S SS
1.Mengutamakan makanan seimbang setiap kali
makan1 2 3 4
2.Lebih suka makan pada lewat malam lebih
banyak memberi kemudaratan kepada badan1 2 3 4
3.Pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh
menyebabkan penyakit kencing manis1 2 3 4
4.Makan buah-buahan sebagai satu perkara yang
diamalkan sentiasa1 2 3 4
5.Mengambil sarapan pagi sebagai satu amalan
dalam kehidupan1 2 3 4
6.Sentiasa mengutamakan penyediaan makanan
yang bersih adalah satu kemestian1 2 3 4
7.Sentiasa mengambil makanan berserat tinggi bagi
membantu proses penghadaman dengan baik1 2 3 4
8.Sentiasa makan makanan yang direbus bagi
mengurangkan kadar kolesterol dalam badan1 2 3 4
BAHAGIAN B
Penilaian berkaitan pemakanan dan senaman
BULATKAN JAWAPAN ANDA
A.Amalan senaman berdasarkan pengalaman
dan pengetahuan sedia adaSTS TS S SS
1.Mengamalkan senaman sebagai satu aktiviti
fizikal yang dapat menyihatkan badan 1 2 3 4
2.Menggunakan senaman sebagai satu cara untuk
mengurangkan stress 1 2 3 4
3.Membuat kerja seperti menyapu lantai dan
mengelap lantai sebagai menggantikan senaman 1 2 3 4
4.Bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan
serta penting untuk kesihatan jantung dan otak 1 2 3 4
5. Memanaskan badan sebelum aktiviti bersukan 1 2 3 4
6.Senaman yang dilakukan sekurang-kurangnya 20
minit 3 kali seminggu 1 2 3 4
7.Anda lebih suka melakukan senaman di kawasan
terbuka 1 2 3 4
8. Sentiasa mengamalkan senaman pada setiap hari 1 2 3 4
1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Di dapati bahawa gejala ketidakaktifan tubuh badan boleh mengurangkan keupayan
fungsi kerja dan secara beransur menjejas prestasi fisiologi seseorang individu.
Kebanyakan daripada kita kurang mengeluarkan peluh ketika bekerja atau pada waktu
lapang. Hampir sebahagian besar masalah obesiti berpunca daripada faktor luaran
iaitu pemakanan dan corak senaman. Pemakanan yang berlebihan, terutamanya
makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi boleh menyumbang
kepada masalah ini. Selain itu, sikap malas bersenam juga boleh menjadi penyebab.
Apabila tubuh menerima makanan yang banyak, sepatutnya ia diimbangi dengan
senaman yang berterusan. Kesibukan bekerja dan sikap malas melakukan aktiviti atau
gerakan antara faktor yang boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti. Hal ini lebih
ketara jika pengidap bekerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.
Walaupun kepentingan senaman dan faedah daripada senaman yang kerap,
jelas di ketahui umum namun penglibatan guru-guru di Malaysia dalam aktiviti
senaman, agak membimbangkan. Fenomina ini turut merisaukan pelbagai pihak
kerana bilangan guru-guru semakin meningkat dari masa ke semasa. Adalah
dikhuatiri jika keadaan ini berterusan kemungkinan kepercayaan dan amalan terhadap
pemakanan dan senaman ini dipindahkan kepada murid-murid mereka. Faktor-faktor
seperti tiada masa, tiada peralatan atau kemudahan, cuaca panas, norma dan
kepercayaan masyarakat serta perasaan malu, sering menjadi faktor penghalang
penglibatan mereka dalam aktiviti senaman yang kerap. Jika ia dilakukan setiap hari,
banyak manfaat boleh diperoleh seperti membantu mengurangkan risiko penyakit
jantung dan pelbagai penyakit yang dicetuskan oleh gaya hidup moden.
Senaman yang lebih bertenaga boleh membantu memulihkan kesihatan jantung dan
paru-paru, lantas memberi manfaat yang lebih konsisten untuk risiko penyakit lemah
jantung. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu guru-guru supaya lebih tekun
dan bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
1.2 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini ialah untuk meninjau secara umum, tahap
pengetahuan, sikap terhadap senaman serta amalan pemakanan serta faktor-faktor
yang menghalang penglibatan dalam aktiviti senaman di kalangan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Kubang Kerian 2 kota Bharu Kelantan. Seterusnya menjana beberapa
cadangan bagi mengatasi penghalang-penghalang ini.
1.3 Persoalan Kajian:
Adalah diharapkan melalui kajian ini persoalan-persoalan seperti berikut dapat
dijawab:
a. Apakah tahap pengetahuan mengenai pemakanan dan senaman di kalangan
responden?
b. Apakah tahap sikap mereka terhadap pemakanan dan senaman?
c. Apakah tahap amalan pemakanan dan senaman di kalangan responden?
d. Bagaimana latarbelakang pemakanan dan senaman mereka?
e. Apakah kekerapan senaman di kalangan responden berdasarkan ciri-ciri
demografi yang terpilih.
g. Apakah bentuk perkaitan yang terdapat di antara tahap pengetahuan
mengenai pemakanan dan senamani.
h. Apakah cadangan-cadangan yang sedia ada di kalangan responden bagi
meningkatkan pengetahuan, sikap dan penglibatan mereka dalam aktiviti
senaman.
1.4 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 kota
Bharu Kelantan Dapatan kajian tidak sesuai digenerilasikan kepada sekolah-sekolah
lain.
1.5 Kepentingan Kajian
Sumbangan kecergasan fizikal yang diperoleh dari senaman fizikal yang kerap
tentunya dapat meningkatkan lagi keupayaan fizikal dan mental para guru-guru bagi
menghadapi tugasan akademik dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya membuat persediaan menghadapi profesyen perguruan yang mencabar dari
segi mental dan fizikal. Oleh itu adalah diharapkan melalui kajian ini, tahap
pengetahuan, sikap dan amalan senaman di kalangan guru-guru dapat di ketahui. Juga
melalui kajian ini faktor-faktor utama yang menghalang penglibatan mereka dalam
senaman yang kerap dapat dikenalpasti. Langkah-langkah sewajarnya akan diambil
bagi memantapkan tahap pengetahuan, membantu membentuk sikap yang positif serta
usaha-usaha bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti senaman yang
kerap serta pemakanan yang baik.
2.0 TINJAUAN LITERATUR
DALAM masyarakat sekarang, tradisi makan bersama keluarga di rumah hampir
luput. Namun, pakar penyelidik berpendapat, usaha menghidupkan kembali tradisi ini
boleh membantu menyemaikan tabiat makan yang sihat dan mencegah amalan yang
memudaratkan. Menurut Journal of Adolescent Health, makan bersama keluarga
adalah cara yang baik untuk mengelakkan tabiat makan yang boleh mendatangkan
mudarat. Selain daripada itu aktiviti fizikal yang kerap seperti senaman mempunyai
implikasi yang baik terhadap kehidupan seharian kita terutamanya dalam aspek
kesihatan dan pengurusan stress.
Susu dan hasilannya pula seperti keju dan dadih, kaya dengan protein dan
kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi
yang kuat. Di samping kalsium, susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan
nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan
vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12), magnesium, fosforus dan
zink. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan
tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga (Winnie
Chee, 2007).
McMahan, Hampl, dan Chikamoto (2003) telah menjalankan kajian terhadap
pengetahuan dan amalan pemakanan di kalangan pelajar universiti di Amerika.
Dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pengetahuan pemakanan di
kalangan pelajar universiti berbanding kajian pada tahun 1971. Namun masih ramai
pelajar yang tidak mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam amalan seharian
mereka.
Mourey dan McGinnis (2003) menjalankan kajian terhadap kempen Wheeling Walks
Health Education and Media Campaign yang bertujuan untuk menggalakkan
masyarakat sekitar menggiatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi
khusus untuk penjagaan kesihatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih 90
peratus masyarakat melibatkan diri dalam program ini, malangnya hanya 14 peratus
sahaja yang memprakitkkannya dalam hidup 4 seharian.
Laporan Penang Cancer Registry (2003) bagi tahun 1998 mendapati bahawa
bilangan pesakit koronari telah meningkat hampir seratus peratus kepada 320 kes
berbanding tahun 1994 (160 kes). Dapatan ini disokong pula oleh laporan Jabatan
Perangkaan Malaysia (2004) yang mendapati bahawa terdapat peningkatan mendadak
dalam kes penyakit koronari pada tahun 2002 (151,824 kes) berbanding tahun 2001
(112,786 kes). Laporan ini menunjukkan bahawa mungkin pengetahuan dan amalan
gaya hidup sihat tidak diamalkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Di bahagian ini menerangkan metodologi yang akan digunakan untuk
menganalisa kajian. Ianya merangkumi bentuk kajian, populasi sampel, instrumen
kajian dan juga prosedur untuk menganalisa data-data yang diperolehi dari kajian
yang dijalankan. Adalah di harapkan data-data yang dipeolehi akan dapat membantu
kajian dalam menentukan amalan pemakan dan senaman yang sesuai bagi guru-guru
sekolah ini.
3.2 Rekabentuk kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui gaya hidup dari segi amalan
kekerapan senaman dan pemakanan. Pendekatan kajian yang dijalankan adalah
berbentuk kuantitatif berdasarkan pada kajian rintis dan lapangan. Kajian rintis yang
dijalankan dapat mengetahui kesahan item dalam instrumen kajian, dapat menguji
perkaitan item instrumen dengan kekerapan senaman dan pemakanan guru serta dapat
mengetahui jangka masa yang diperlukan oleh subjek untuk menjawab insrumen
kajian.
Kajian ini dapat memberikan gambaran yang sepenuhnya berkaitan
keseluruhan kajian serta dapat memandu ke arah penambahbaikan serta meningkatkan
pengetahuan para guru berkaitan soal gaya hidup agar penyelesaian dapat dilakukan
dengan mengadakan seminar, perbincangan ataupun kursus.
Untuk menjalankan kajian, pengkaji mendapat kebenaran dari Guru Besar
untuk menjalankan kajian di sekolah ini. Selain daripada itu senarai nama guru-guru
yang terlibat turut diperolehi. Responden yang terlibat ditemui dan taklimat mengenai
kajian diberikan sebelum soalselidik diedarkan.
Kajian ini menggunakan kaedah menganalisa data mentah untuk mendapatkan
peratusan latarbelakang responden kajian seperti jantina, umur, status, berat, tinggi
dan BMI. Selain daripada itu skor kekerapan juga di analisa untuk mencari skor
kekerapan amalan senaman dan gaya pemakanan. Pengkaji juga mencari
perbandingan jika terdapat latarbelakang responden seperti jantina dan taraf
perkahwinan subjek kajian mempunyai pengaruh terhadap persoalan kajian seperti
gaya senaman dan pamakanan.
Kaedah menganalisa data mentah dikumpul dalam bentuk kuantitatif. Data
dianalisis dengan menggunakan aplikasi komputer yang sesuai dengan kajian ini.
Keadaan ini adalah sesuai dihuraikan dengan menganalisa data-data mentah yang
berjaya dikumpulkan.
3.3 Sampel dan Populasi
Sampel kajian yang terlibat dengan kajian ini adalah terdiri dari dua puluh orang guru
iaitu 10 orang guru lelaki dan 10 orang guru perempuan Sekolah Kebangsaan Kubang
Kerian 2, Kota Bharu Kelantan.
SEKOLAH JANTINA BIL. GURU
Sek. Keb. Kubang Kerian 2
Kota Bharu Kelantan
Lelaki 10
Perempuan 10
JADUAL 1
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini adalah 20 set soalan soal selidik
yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu A, B dan C. Tujuan soal selidik bahagian A ini
adalah untuk mendapatkan latarbelakang guru terutamanya yang berkaitan dengan
jantina, umur, tinggi, berat dan BMI.
Instrumen bahagian B pula ialah set soalan berkaitan dengan amalan
pemakanan yang diamalkan oleh responden. Instrumen bahagian C pula adalah
berkaitan dengan gambaran sama ada responden mempunyai amalan senaman yang
baik. Keputusan daripada soalan soal-selidik ini akan di gunakan untuk mengkaji
sejauh mana latar belakang responden dan amalan pemakanan serta senaman
mempengaruhi gaya hidup mereka.
3.5 Prosedur Memperoleh Data
Seterusnya kita akan membincangkan prosedur tersebut dengan lebih terperinci.
Seperti yang telah dinyatakan soal selidik akan digunakan untuk mengkaji sampel.
Dari soal selidik ini pengkaji akan membuat penilaian terhadap sampel. Isi kandungan
dalam soal selidik itu terdapat beberapa soalan mengenai aspek-aspek :
a) Amalan sarapan pada waktu pagi.
b) Jenis makanan yang menjadi pilihan.
c) Waktu makan yang sesuai.
d) Amalan memakan buah-buahan.
e) Jenis senaman yang menjadi pilihan.
f) Waktu yang sesuai untuk bersenam.
g) Peruntukan waktu yang sesuai untuk bersenam setiap minggu.
h) Kawasan yang sesuai untuk bersenam.
Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit untuk menjawab kesemua soalan ini.
Kesemua soalan ini akan menggunakan Bahasa Malaysia.
3.6 Prosedur Menganalisa
Secara umumnya pengkaji memerlukan tiga jenis maklumat untuk mendapatkan hasil
kajian. Antara maklumat-maklumat penting yang diperlukan ialah:
a) Maklumat data responden di mana faktor-faktor tersebut yang memainkan
peranan penting dalam menentukan minat pelajar dan hasil keberkesanan
pengajaran dengan aplikasikan perisian pembelajaran.
b) Keduanya ialah maklumat tentang amalan pemakanan responden. Maklumat
ini akan diperolehi dari hasil ujian soal-selidik yang dijalankan terhadap
responden.
c) Seterusnya maklumat dari segi amalan senaman yang dijalankan. Keputusan
antara responden tanpa senaman dan dengan senaman akan dibandingkan.
Maklumat ini akan diperolehi dari hasil ujian soal selidik yang dijalankan.
Setelah kesemua maklumat ini dipungut barulah hasil kajian akan diperolehi.
4.0 ANALISA DAPATAN KAJIAN
Jantina Bilangan %
Lelaki 10 50
Perempuan 10 50
JADUAL 2 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Bilangan responden yang diambil adalah seramai 10 orang guru lelaki dan 10 orang
guru perempuan. Ini menunjukkan bahawa bilangan responden mengikut jantina
adalah sama.
Jantina Bilangan %
Kahwin 15 75
Bujang 5 25
JADUAL 3 : Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan
Daripada soal selidik yang telah dijalankan didapati bilangan responden yang telah
berkahwin adalah seramai 15 orang ( 75 % ) dan bilangan responden yang belum
berkahwin adalah seramai 5 orang ( 25 % ).
Jantina / Umur 25 - 30 31 - 40 41 - 50
Lelaki 2 4 4
Perempuan 1 6 3
Jumlah 3 10 7
% 15 50 35
JADUAL 4 : Taburan Responden Mengikut Umur
Bagi kumpulan umur pula, didapati kumpulan umur ( 31 – 40 tahun ) adalah menjadi
kumpulan responden yang tertinggi iaitu seramai 15 orang ( 50% ) manakala
kumpulan umur ( 25 – 30 ) tahun menjadi kumpulan responden yang terendah iaitu
seramai 3 orang ( 15% )
BMI / Jantina Lelaki Perempuan
Bawah 18.5( Kurang Berat )
2 2
18.5 - 24.9( Ideal )
4 5
25.0 - 29.9( Lebih Berat )
1 1
30.0 ke atas ( Obesiti )
3 2
JADUAL 5 : Taburan Responden Mengikut BMI
BangsaBilangan Responden
Bilangan %
Melayu 20 100
Cina 0 0
India 0 0
Lain-lain 0 0
JADUAL 6 : Taburan Responden Mengikut Bangsa
Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Dapatan menunjukkan
keseluruhan responden iaitu seramai 20 orang atau 100% terdiri daripada bangsa
Melayu.
Amalan pemakanan berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada
STS TS S SS
Bil % Bil % Bil % Bil %
1.Mengutamakan makanan seimbang setiap kali
makan0 0 3 15 5 25 12 60
2.Lebih suka makan pada waktu malam lebih
banyak memberi kemudaratan kepada badan1 5 5 25 4 20 10 50
3.Pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh
menyebabkan penyakit kencing manis2 10 3 15 6 30 9 45
4.Makan buah-buahan sebagai satu perkara yang
diamalkan sentiasa6 30 4 20 3 15 7 35
5.Mengambil sarapan pagi sebagai satu amalan
dalam kehidupan7 35 2 10 5 25 6 30
6.Sentiasa mengutamakan penyediaan makanan
yang bersih adalah satu kemestian0 0 0 0 7 35 13 65
7.Sentiasa mengambil makanan berserat tinggi bagi
membantu proses penghadaman dengan baik3 15 4 20 4 20 9 45
8.Sentiasa makan makanan yang direbus bagi
mengurangkan kadar kolesterol dalam badan6 30 6 30 4 20 4 20
Amalan senaman berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada
STS TS S SS
Bil % Bil % Bil % Bil %
1.Mengamalkan senaman sebagai satu aktiviti
fizikal yang dapat menyihatkan badan 0 0 6 30 4 20 10 50
2.Menggunakan senaman sebagai satu cara untuk
mengurangkan stress 2 10 5 25 10 50 3 15
3.Membuat kerja seperti menyapu lantai dan
mengelap lantai sebagai menggantikan senaman 8 40 2 10 4 20 6 30
4.Bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan
serta penting untuk kesihatan jantung dan otak 0 0 0 0 5 25 15 75
5. Memanaskan badan sebelum aktiviti bersukan 0 0 2 10 6 30 12 60
6.Senaman yang dilakukan sekurang-kurangnya 20
minit 3 kali seminggu 4 20 3 15 6 30 7 35
7.Anda lebih suka melakukan senaman di kawasan
terbuka 8 40 2 10 5 25 5 25
8. Sentiasa mengamalkan senaman pada setiap hari 4 20 5 25 5 25 6 30
Analisa Soal-selidik Pemakanan
Item 1 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 1 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 1 Tidak Se-
tuju L
Item 1 Tidak Se-
tuju P
Item 1 Se-tuju L
Item 1 Se-tuju P
Item 1 Sangat Setuju L
Item 1 Sangat
Setuju P
Se-ries1
0 0 2 1 2 3 6 6
0.51.52.53.54.55.56.5
Item 1 : Mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan
CARTA 1
CARTA 1 menunjukkan taburan amalan pemakanan seimbang oleh responden yang
terlibat. Bagi item 1, Majoriti responden iaitu seramai 12 orang ( 60% ) adalah sangat
bersetuju bahawa mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan adalah
penting untuk kesihatan. Manakala hanya 3 orang ( 15% ) responden yang tidak
bersetuju. Dari segi jantina, bilangan responden yang bersetuju adalah hampir sama.
Item 2 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 2 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 2 Tidak Se-
tuju L
Item 2 Tidak Se-
tuju P
Item 2 Se-tuju L
Item 2 Se-tuju P
Item 2 Sangat Se-
tuju L
Item 2 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
1 0 2 3 2 2 5 5
0.51.52.53.54.55.5
Item 2 : Lebih suka makan pada waktu malam lebih banyak memberi kemudaratan kepada badan
CARTA 2
CARTA 2 menunjukkan taburan amalan pemakanan pada waktu malam oleh
responden yang terlibat. Bagi item 2, Majoriti responden iaitu seramai 14 orang (70%)
adalah sangat bersetuju bahawa mengamalkan pemakanan pada waktu malam adalah
tidak baik untuk kesihatan. Manakala hanya 6 orang ( 30% ) responden yang tidak
bersetuju. Dari segi jantina, bilangan responden yang bersetuju adalah sama.
Item 3 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 3 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 3 Tidak Se-
tuju L
Item 3 Tidak Se-
tuju P
Item 3 Se-tuju L
Item 3 Se-tuju P
Item 3 Sangat Se-
tuju L
Item 3 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
2 0 1 2 2 4 5 4
0.51.52.53.54.55.5
Item 3 : Pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan penyakit kencing manis
CARTA 3
CARTA 3 menunjukkan pendapat mengenai pengambilan karbohidrat yang tinggi
oleh responden yang terlibat. Majoriti responden iaitu seramai 15 orang ( 75% )
adalah sangat bersetuju bahawa mengamalkan pengambilan karbohidrat yang tinggi
boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Manakala hanya orang ( 25% )
responden yang tidak bersetuju. Dari segi jantina, bilangan responden perempuan
lebih ramai yang bersetuju berbanding responden lelaki.
Item 4 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 4 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 4 Tidak Se-
tuju L
Item 4 Tidak Se-
tuju P
Item 4 Se-tuju L
Item 4 Se-tuju P
Item 4 Sangat Se-
tuju L
Item 4 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
5 1 2 2 2 1 1 6
0.51.52.53.54.55.56.5
Item 4 : Makan buah-buahan sebagai satu perkara yang diamalkan sentiasa
CARTA 4
CARTA 4 menunjukkan mengenai pengambilan buah-buahan oleh responden yang
terlibat. Daripada analisa didapati peratusan responden yang mengamalkan
pengambilan buah-buahan dengan yang tidak mengamalkan pengambilan buah-
buahan adalah sama. Dari segi jantina, bilangan responden perempuan lebih ramai
yang bersetuju iaitu seramai 7 orang ( 35% ) berbanding responden lelaki seramai 3
orang ( 15% ). Ini menunjukkan bahawa responden perempuan mempunyai tahap
kesedaran yang tinggi berbanding lelaki.
Item 5 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 5 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 5 Tidak Se-
tuju L
Item 5 Tidak Se-
tuju P
Item 5 Se-tuju L
Item 5 Se-tuju P
Item 5 Sangat Se-
tuju L
Item 5 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
2 5 2 0 4 1 2 4
0.5
1.5
2.5
3.5
4.5
5.5
Item 5 : Mengambil sarapan pagi sebagai satu amalan dalam kehidupan
CARTA 5
CARTA 5 menunjukkan mengenai pengambilan sarapan pagi oleh responden yang
terlibat. Daripada analisa didapati peratusan responden yang mengamalkan
pengambilan sarapan pagi adalah seramai 11 orang ( 55% ) manakala yang tidak
mengamalkan pengambilan sarapan pagi adalah seramai 9 orang ( 45% ). Ini
menunjukkan satu keadaan yang tidak banyak berbeza. Dari segi jantina, bilangan
responden lelaki lebih ramai yang bersetuju iaitu seramai 6 orang ( 30% ) berbanding
responden perempuan seramai 5 orang ( 25% ).
Item 6 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 6 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 6 Tidak Se-
tuju L
Item 6 Tidak Se-
tuju P
Item 6 Se-tuju L
Item 6 Se-tuju P
Item 6 Sangat Se-
tuju L
Item 6 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
0 0 0 0 5 2 5 8
0.51.52.53.54.55.56.57.58.5
Item 6 : Sentiasa mengutamakan penyediaan makanan yang bersih adalah satu kemestian
CARTA 6
CARTA 6 menunjukkan mengenai tahap penyediaan makanan oleh responden yang
terlibat. Daripada analisa didapati peratusan responden yang sentiasa mengamalkan
penyediaan makanan yang bersih adalah seramai 20 orang ( 100% ). Dari segi jantina,
bilangan responden yang bersetuju adalah sama.
Item 7 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 7 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 7 Tidak Se-
tuju L
Item 7 Tidak Se-
tuju P
Item 7 Se-tuju L
Item 7 Se-tuju P
Item 7 Sangat Se-
tuju L
Item 7 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
3 0 1 3 2 2 4 5
0.5
1.5
2.5
3.5
4.5
5.5
Item 7 : Sentiasa mengambil makanan berserat tinggi bagi membantu proses penghadaman dengan baik
CARTA 7
CARTA 7 menunjukkan mengenai tahap pengambilan makanan yang berserat tinggi
oleh responden yang terlibat. Daripada analisa didapati majoriti responden iaitu
seramai 13 orang ( 65% ) bersetuju bahawa pengambilan makanan yang berserat
tinggi membantu proses penghadaman dengan baik. Dari segi jantina, bilangan
responden yang bersetuju adalah hampir sama sama. Ini menunjukkan bahawa faktor
jantina tidak memainkan peranan yang penting.
Item 8 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 8 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 8 Tidak Se-
tuju L
Item 8 Tidak Se-
tuju P
Item 8 Se-tuju L
Item 8 Se-tuju P
Item 8 Sangat Se-
tuju L
Item 8 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
3 3 2 4 2 2 3 1
0.250.751.251.752.252.753.253.754.25
Item 8 : Sentiasa makan makanan yang direbus bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam badan
CARTA 8
CARTA 8 menunjukkan mengenai tahap pengambilan makanan yang direbus oleh
responden yang terlibat. Daripada analisa didapati majoriti responden iaitu seramai 12
orang ( 60% ) tidak mengamalkan pengambilan makanan yang direbus sebagai jaudah
mereka. Dari segi jantina, majoriti responden perempuan iaitu seramai 7 orang (35%)
tidak bersetuju dengan amalan pengambilan makanan yang direbus berbanding
responden lelaki seramai 5 orang ( 25% ).
Analisa Soal-selidik Senaman
Item 1 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 1 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 1 Tidak Se-
tuju L
Item 1 Tidak Se-
tuju P
Item 1 Se-tuju L
Item 1 Se-tuju P
Item 1 Sangat Se-
tuju L
Item 1 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
0 0 3 3 1 3 6 4
0.51.52.53.54.55.56.5
Item 1 : Mengamalkan senaman sebagai satu aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan badan
CARTA 9
CARTA 9 menunjukkan mengenai tahap senaman oleh responden yang terlibat.
Daripada analisa didapati majoriti responden iaitu seramai 13 orang ( 65% )
mengamalkan senaman sebagai aktiviti yang menyihatkan badan.. Dari segi jantina,
bilangan responden yang mengamalkan senaman bertujuan menyihatkan badan adalah
sama iaitu masing-masing 7 orang ( 35% ).
Item 2 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 2 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 2 Tidak Se-
tuju L
Item 2 Tidak Se-
tuju P
Item 2 Se-tuju L
Item 2 Se-tuju P
Item 2 Sangat Se-
tuju L
Item 2 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
1 1 3 2 6 4 0 3
0.5
1.5
2.5
3.5
4.5
5.5
6.5
Item 2 : Menggunakan senaman sebagai satu cara untuk mengurangkan stress
CARTA 10
CARTA 10 menunjukkan mengenai responden yang menghilangkan stress melalui
senaman. Daripada analisa didapati majoriti responden iaitu seramai 13 orang ( 65% )
mengamalkan senaman sebagai cara menghilangkan stress. Dari segi jantina, bilangan
responden yang mengamalkan senaman bertujuan menyihatkan badan adalah sama
iaitu masing-masing 6 orang ( 30% ) bagi responden lelaki dan 7 orang responden
(35%).
Item 3 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 3 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 3 Tidak Se-
tuju L
Item 3 Tidak Se-
tuju P
Item 3 Se-tuju L
Item 3 Se-tuju P
Item 3 Sangat Se-
tuju L
Item 3 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
8 0 0 2 2 2 0 6
0.51.52.53.54.55.56.57.58.5
Item 3 : Membuat kerja seperti menyapu lantai dan mengelap lantai sebagai menggantikan senaman
CARTA 11
CARTA 11 menunjukkan mengenai responden yang melakukan senaman melalui
aktiviti menyapu dan mengelap lantai. Daripada analisa didapati peratusan responden
yang bersetuju dan yang tidak bersetuju adalah sama iaitu masing-masing 10 orang
( 50% ). Dari segi jantina, didapati majoriti responden perempuan iaitu seramai 8
orang ( 40% ) melakukan aktiviti tersebut sebagai senaman berbanding responden
lelaki iaitu seramai 2 orang ( 10% ).
Item 4 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 4 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 4 Tidak Se-
tuju L
Item 4 Tidak Se-
tuju P
Item 4 Se-tuju L
Item 4 Se-tuju P
Item 4 Sangat Se-
tuju L
Item 4 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
0 0 0 0 4 1 6 9
0.51.52.53.54.55.56.57.58.59.5
Item 4 : Bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan serta penting untuk kesihatan jantung dan otak
CARTA 12
Daripada CARTA 12 didapati kesemua responden iaitu 20 orang ( 100% )
berpendapat bahawa bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan serta penting
untuk kesihatan jantung dan otak.
Item 5 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 5 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 5 Tidak Se-
tuju L
Item 5 Tidak Se-
tuju P
Item 5 Se-tuju L
Item 5 Se-tuju P
Item 5 Sangat Se-
tuju L
Item 5 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
0 0 1 1 4 2 5 7
0.51.52.53.54.55.56.57.5
Item 5 : Memanaskan badan sebelum aktiviti bersukan
CARTA 13
CARTA 13 menunjukkan mengenai responden yang melakukan aktiviti memanaskan
badan terlebih dahulu sebelum bersukan. Daripada analisa didapati bilangan
responden yang bersetuju adalah lebih tinggi iaitu seramai 18 orang ( 90% )
berbanding dengan yang tidak bersetuju iaitu seramai 2 orang ( 10% ). Dari segi
jantina, bilangan responden yang melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih
dahulu sebelum bersukan adalah sama iaitu masing-masing 9 orang ( 45% ).
Item 6 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 6 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 6 Tidak Se-
tuju L
Item 6 Tidak Se-
tuju P
Item 6 Se-tuju L
Item 6 Se-tuju P
Item 6 Sangat Se-
tuju L
Item 6 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
1 3 2 1 3 3 4 3
0.250.751.251.752.252.753.253.754.25
Item 6 : Senaman yang dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu
CARTA 14
Daripada CARTA 14 didapati bilangan responden yang melakukan senaman
sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu adalah lebih tinggi iaitu seramai 13
orang ( 65% ) berbanding yang kurang berminat iaitu 7 orang ( 35% ). Dari segi
jantina didapati bilangannya tidak menunjukkan perbezaan yang banyak iaitu hanya 1
orang ( 5% ).
Item 7 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 7 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 7 Tidak Se-
tuju L
Item 7 Tidak Se-
tuju P
Item 7 Se-tuju L
Item 7 Se-tuju P
Item 7 Sangat Se-
tuju L
Item 7 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
5 3 1 1 3 2 1 4
0.5
1.5
2.5
3.5
4.5
5.5
Item 7 : Anda lebih suka melakukan senaman di kawasan terbuka
CARTA 15
CARTA 15 menunjukkan bilangan responden yang melakukan senaman di kawasan
terbuka dan tertutup adalah sama iaitu masing-masing 10 orang ( 50% ). Dari segi
jantina, bilangan responden perempauan lebih ramai yang mengamalkan senaman di
kawasan terbuka berbanding lelaki iaitu masing-masing 6 orang ( 30% ) bagi lelaki
dan 4 orang ( 20% ) bagi perempuan.
Item 8 Sangat
Tidak Se-tuju L
Item 8 Sangat
Tidak Se-tuju P
Item 8 Tidak Se-
tuju L
Item 8 Tidak Se-
tuju P
Item 8 Se-tuju L
Item 8 Se-tuju P
Item 8 Sangat Se-
tuju L
Item 8 Sangat Se-
tuju P
Se-ries1
2 2 4 1 2 3 2 4
0.250.751.251.752.252.753.253.754.25
Item 8 : Sentiasa mengamalkan senaman pada setiap hari
CARTA 16
CARTA 16 menunjukkan bahawa bilangan responden yang melakukan senaman pada
setiap hari berbanding tidak adalah tidak menunjukkan perbezaan yang banyak.
Bilangan responden yang melakukan senaman pada setiap hari adalah seramai 11
orang ( 55% ) manakala bilangan responden yang tidak melakukan senaman pada
setiap hari adalah seramai 9 orang ( 45% ). Dari segi jantina pula didapati bilangan
responden perempuan lebih ramai iaitu 7 orang ( 35% ) berbanding responden lelaki 4
orang ( 20% ) yang melakukan senaman pada setiap hari.
5.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
5.1 PENDAHULUAN
Bab ini merupakan bab yang terakhir di dalam kajian pengkaji bagi
membincang, merumus dan mencadangkan hasil daripada maklumat dan data yang
diperolehi dari responden . Di sini kita dapat melihat sejauhmana tahap gaya
pemakanan dan senaman yang menjadi amalan guru-guru di sekolah ini.
Bab ini juga akan memperlihatkan kepada kita sejauhmana pendekatan yang
boleh diambil bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. Di samping itu juga
bagaimanakah peranan gaya hidup sihat dapat sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.
5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Setelah menganalisis data yang telah diberikan oleh responden, maka beberapa
rumusan dapat dinyatakan di dalam bab ini. Rumusan yang akan dinyatakan
berdasarkan kepada 4 aspek penting iaitu :
1. Tahap kesedaran terhadap aspek pemakanan seimbang.
2. Amalan pemakanan yang di amalkan.
3. Tahap kesedaran terhadap amalan senaman untuk kesihatan.
4. Amalan senaman yang diamalkan.
Walau bagaimanapun beberapa aspek lain yang agak penting akan disentuh juga
untuk kepentingan bersama.
Berdasarkan dapatan ini menunjukkan yang responden pada umumnya
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap gaya hidup sihat secara
keseluruhannya.
Tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesihatan oleh para responden kajian ini
menunjukkan yang rakyat negara ini telah mula memberikan perhatian yang khusus
terhadap penjagaan kesihatan mereka. Keadaan ini juga adalah berkemungkinan
kerana majoriti responden adalah terdiri daripada kalangan mereka yang terlibat
dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana golongan pendidik telah mendapat
pendedahan semasa mereka belajar di institute pendidikan. Mereka juga telah terlibat
secara tidak langsung kepada pengetahuan mengenai gaya hidup sihat kerana terdapat
matapelajaran pendidikan kesihatan dan pendidikan jasmani yang mana kebanyakan
daripada mereka terlibat dalam pengajaran matapelajaran ini. Apa yang menjadi
permasalahan di sini adalah tahap amalan terhadap pemakanan dan senaman. Tahap
pengetahuan yang tinggi belum tentu menjamin tahap amalannya walaupun ada
kecenderungan ke arahnya.
Jika dilihat dari segi indek BMI didapati hanya 7 orang ( 35% ) sahaja responden
yang mengalami lebih berat badan. Ini menunjuk tahap kegemukan bukanlah factor
yang terdesak di dalam kajian ini. Melalui dapatan kajian yang diperolehi ini
menunjukkan pada keseluruhannya tahap amalan gaya hidup sihat responden berada
pada tahap yang sederhana manakala amalan sukan dan rekreasi adalah yang terendah
di kalangan responden. Aspek jenis makanan mencapai peratus yang terendah di
kalangan responden dengan peratus yang tertinggi hanyalah 11 orang ( 55% ) sahaja.
Ini menunjukkan bahawa responden kurang mementingkan jenis makanan berkhasiat
di dalam amalan pemakanan mereka.
Mengekalkan kesihatan bukan sekadar memakan makanan yang bermutu, bersenam
dengan tekun dan mendapatkan rawatan apabila perlu. Ini hanya sebahagian
daripadanya. Yang pastinya, usaha ini memerlukan pemahaman yang mendalam
tentang fungsi badan kita serta bagaimana badan kita bekerja di dalam keadaan
kesihatan yang optimum. Sihat bererti fungsi badan kita berada pada tahap yang
optimum, yang membolehkan kita tidur dengan lena, bekerja dengan selesa, prestasi
mental dan fizikal juga berada pada tahap yang cemerlang serta bebas daripada
sebarang penyakit.
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian ini terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat
seperti berikut :
1. Berdasarkan dapatan ini menunjukkan yang responden pada umumnya
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap gaya hidup sihat secara
keseluruhannya.
2. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan gaya hidup sihat responden berada
pada tahap yang sederhana manakala amalan sukan dan rekreasi adalah yang
terendah di kalangan responden.
3. Daripada hasil kajian di atas, secara kesimpulannya menunjukkan hanya
terdapat sedikit sahaja hubungan atau perkaitan antara pengetahuan dan
amalan gaya hidup sihat bagi responden yang dikaji.
CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian ini maka cadangan-cadangan berikut dikemukakan bagi
manafaat serta panduan di dalam aspek pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat juga
bagi tujuan penyelidikan pada masa hadapan :
1. Kajian-kajian yang akan datang perlu ditumpukan terhadap sampel dan situasi
yang lain yang lebih besar dan menyeluruh bagi mendapat hasil yang lebih
lengkap, tepat dan lebih signifikan, misalnya terhadap masyarakat di sebuah
negeri atau melibatkan populasi pada peringkat nasional.
2. Pendedahan kepada kempen gaya hidup sihat yang kebanyakannaya dilakukan
terhadap murid-murid diperluaskan kepada para guru-guru. Walaupun guru-
guru telah sedia maklum tentang kebaikan gaya hidup sihat namun dari segi
amalannya, ia adalah masih rendah lagi.
3. Pihak pentadbir sekolah boleh mengadakan kempen gaya hidup sihat di
peringkat sekolah secara berkala sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
4. Pihak sekolah juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan sekolah. Ini secara tidak langsung akan membuatkan kita berpeluh.
5. Wujudkan kawasan kebun di sekolah dan tugaskan guru-guru yang
mempunyai masalah lebihan berat badan untuk menjaga kebun tersebut. Akan
tetapi ini perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tanggapan
unsur pilih kasih dan sebagainya.
6. Untuk guru-guru yang kurang melakukan senaman, pihak sekolah boleh
menyusun jadual kelas yang perlu diajar agak jauh sedikit dari bilik guru. Ini
secara tidak langsung guru-guru tersebut terpaksa berjalan jauh ke kelas
mereka. Ini secara tidak langsung merupakan satu bentuk senaman.
PENUTUP
Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang memberikan keutamaan kepada amalan
hidup yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang
gejala penyakit. Bukanlah menjadi satu kemustahilan bagi seseorang itu menikmati
kesihatan yang berpanjangan dan mengalami kehidupan yang selesa. Melalui gaya
hidup sihat segalanya bukan mimpi dan mampu dicapai oleh sesiapa jua. Gaya hidup
sihat perlu diamalkan oleh setiap orang tanpa halangan usia, latar belakang
kehidupan, perkauman, agama mahupun status kehidupan mereka. Melalui hasil
kajian ini sedikit sebanyak memberikan gambaran dan memaparkan kepada kita
tentang sejauhmana tahap pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat sebahagian
masyarakat di negara kita atau secara tepatnya di kalangan pelajar universiti yang
menjadi responden kajian ini. Apa jua dapatan yang diperolehi sekurang-kurangnya
berupaya menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh penyelidik. Namun
demikian, penyelidik beranggapan yang kajian ini adalah merupakan permulaan ke
arah penghasilan banyak lagi dimensi kajian yang perlu dilakukan pada masa-masa
yang akan datang.