gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

135
GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI NEGERI JOHOR TINAH BINTI NAIM @ NAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

Page 1: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI NEGERI JOHOR

TINAH BINTI NAIM @ NAIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAJUK : GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI NEGERI JOHOR Saya TINAH BINTI NAIM @ NAIN SESI PENGAJIAN : 2005 – 2007 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi Pengajian Tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah Ditentukan oleh organisasi/badan di mana Penyelidikan dijalankan.

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Prof. Madya Dr. Mohamed Najib bin Abdul Ghafar No. 42, Jalan Jaya 1/11, Taman Pagoh Jaya, 84600 Pagoh, Muar, Johor Tarikh : 30 November 2007 Tarikh : 30 November 2007 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

Page 3: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”

Tandatangan : …………………………………………………

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohamed Najib bin Abdul Ghafar

Tarikh : November 2007

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 4: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN

STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI NEGERI JOHOR

TINAH BINTI NAIM @ NAIN

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 5: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

DEDIKASI saya yang tidak terhingga kepada :

Ayahanda, bonda dan keluarga tercinta yang banyak memberi sokongan.

” Semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi kita di dunia dan di akhirat”

Page 6: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : _________________________

Nama Penuh : TINAH BINTI NAIM @ NAIN

Tarikh : NOVEMBER 2007

Page 7: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya, kajian ini dapat disempurnakan mengikut jadual.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Prof. Madya Dr. Mohamed Najib bin Abdul Ghafar yang sedia membantu dan

membimbing baik di dalam mahu pun di luar waktu kuliah. Tanpa kerjasama dan

bantuan yang sepenuhnya diberikan, adalah mustahil kajian ini dapat disempurnakan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada ibu bapa

dan keluarga tercinta atas segala pengorbanan, pengertian, sokongan dan dorongan

yang diberikan terutama di sepanjang laluan program ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pensyarah yang telah

mencurah ilmu di sepanjang tempoh pengajian ini, serta rakan-rakan yang telah

memberi kerjasama dan penuh pengertian.

Setinggi ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Muar serta pengetua-

pengetua di sekolah-sekolah yang terlibat kerana memberi kebenaran kepada

pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada kaunselor pelajar di sekolah-sekolah berkenaan atas bantuan yang telah

diberikan. Terima kasih kepada semua guru yang telah meluangkan masa untuk

memberi respon kepada soal selidik yang dikemukakan.

Semoga kerjasama dan bakti yang dicurah akan mendapat ganjaran dari Yang

Maha Kuasa dan semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan

akhirat. Amin.

Sekian, salam hormat,

TINAH BINTI NAIM @ NAIN

Page 8: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya kepimpinan pengetua dan

hubungannya dengan stres guru di Daerah Muar, Johor. Kajian ini khusus untuk

mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya

kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru dengan stres guru. Kajian ini

menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang

menggunakan skala likert lima mata. Alat ukur “LeaderBehavior Description

Questionnaire” (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua

dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Alat ukur Stres Guru digunakan

untuk mengukur tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dua

dimensi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 314 orang guru dari lapan buah

sekolah menengah yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar. Sampel

kajian dipilih secara tak rawak kuota. Data diproses melibatkan statistik deskriptif

iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga

diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Pekali Korelasi Pearson, ANOVA dan

Ujian-t. Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan pengetua pada pandangan guru

adalah tinggi pada kedua-dua dimensi iaitu pada dimensi berstruktur dan dimensi

timbang rasa. Berdasarkan kajian, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan

tahap stres guru apabila dikaitkan dengan umur, pengalaman mengajar, status

perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan, dan dari segi sesi

persekolahan. Hasil kajian juga mendapati, (i) terdapat perbezaan yang signifikan

tahap stres guru apabila dikaitkan dengan jantina, (ii) terdapat hubungan yang

signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres

guru pada tahap yang sangat lemah dan hubungannya adalah secara negatif, (iii)

tidak terdapat hubungan yang signifikan gaya kepimpinan pengetua dimensi timbang

rasa dengan tahap stres guru pada gaya bertimbang rasa.

Page 9: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

ABSTRACT

The purpose of research was to investigate the style of leadership Muar

district and to find if there is any significant relations between the style of leadership

of the principle from the teachers point of view and stress among teachers. This

research was carried out by measuring the data gathered from the five point likert

scale. The `Leader Behavior Description Questionnaire’ (LBDQ) measuring

instrument was used to measure the dimension of principal’s leadership style,

initiating structure and consideration. The teacher’s stress measuring instrument was

used to measure the level of teachers’ stress based on principal’s leadership style

form the dimensions mentioned above. A number of 314 teachers from eight

secondary schools from Muar were chosen for this research. They were chosen using

randomly quota sampling. The data collected were analysed based on descriptive and

inferential statistic (frequencies, mean, standard devision, percentage, T-test,

ANOVA and Pearson Correlation Coeffiecient). The outcome at the research showed

that the teachers were at high opinion of the principal, from both of the dimensions.

Based on the research there was no significant differences between the teachers level

of stress and their age, experiences, marital status, form teacher, teaching exam

classes and the sessions they are teaching. However, there was a significant

difference between teachers’ level of stress and their sex. There was a very weak

negative relationship between structural dimension of principals leadership and

teacher’s stress. There was no significant relationship between principals’s

leadership style and consideration dimension.

Page 10: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

Pengesahan status tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul

Halaman Pengakuan

Halaman Dedikasi

Halaman Penghargaan

Abstrak

Abstrack

Halaman Kandungan

Halaman Senarai jadual

Halaman Senarai Rajah

Halaman Senarai Kata Singkatan

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xiii

x

I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Hipotesis Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Gaya

1.8.2 Kepimpinan

1.8.3 Pengetua

1.8.4 Stres

1.9 Kerangka Kajian

1

1

5

5

6

7

8

8

8

9

14

14

15

Page 11: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Gaya Kepimpinan

2.2.1 Gaya autokratik, demokratik dan

laissez-faire

2.2.2 Gaya Kepimpinan X dan Y Mc

Gregor

2.2.3 Gaya Kepimpinan Dua Faktor (Kajian

Ohio)

2.2.4 Kajian Universiti Michingan

2.2.5 Grid Pengurusan

2.3 Definisi dan Konsep Stres

2.4 Petanda dan Faktor-faktor Stres Guru

2.5 Pendekatan dan Teori Stres

2.6 Kajian Lepas

2.6.1 Kajian Dalam Negara

2.6.2 Kajian Luar Negara

17

17

17

19

20

23

23

25

27

32

34

35

39

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Populasi, Sampel dan Tempat Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A : Demografi

3.4.2 Bahagian B : Soal Selidik Gaya

Kepimpinan Pengetua (LBDQ)

3.4.3 Bahagian C : Soal Selidik Tahap Stres

Guru

3.5 Prosedur Kajian

3.6 Takwim Kajian

3.7 Kajian Rintis

3.8 Pembolehubah Kajian

40

40

43

44

45

45

46

48

48

50

51

Page 12: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

3.9 Analisis Data

3.9.1 Kaedah Deskriptif

3.9.2 Kaedah Inferensi

52

52

53

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Huraian Latar Belakang Responden

4.2.1 Jantina

4.2.2 Peringkat Umur

4.2.3 Pengalaman Mengajar

4.2.4 Status Perkahwinan

4.2.5 Adakah Sebagai Guru Kelas

4.2.6 Adakah Mengajar Kelas Peperiksaan

4.2.7 Sesi Persekolahan Responden

4.3 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua

4.3.1 Gaya Kepimpinan Pengetua (Dimensi

Berstruktur) Berdasarkan Pandangan

Guru

4.3.2 Gaya Kepimpinan Pengetua (Dimensi

Timbang Rasa) Berdasarkan

Pandangan Guru

4.4 Tahap Stres Guru

4.4.1 Tahap Stres Guru Pada Gaya

Berstruktur Pengetua

4.4.2 Tahap Stres Guru Pada Gaya Timbang

Rasa Pengetua

4.5 Pengujian Hipotesis

4.5.1 Hipotesis Pertama, Ho 1.1

4.5.2 Hipotesis Kedua, Ho 1.2

4.5.3 Hipotesis Ketiga, Ho 1.3

4.5.4 Hipotesis Keempat, Ho 1.4

4.5.5 Hipotesis Kelima, Ho 1.5

4.5.6 Hipotesis Keenam, Ho 1.6

55

55

55

56

54

57

57

58

58

59

59

62

65

66

70

74

75

76

77

78

79

79

Page 13: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

4.5.7 Hipotesis Ketujuh, Ho 1.7

4.5.8 Hipotesis Kelapan, Ho 2.1

4.5.9 Hipotesis Kesembilan, Ho 2.2

80

80

82

5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Ringkasan Kajian

5.3 Keputusan Dan Implikasi Kajian

5.4 Menjawab Objektif dan Hipotesis Kajian

5.5 Cadangan Tindakan Berdasarkan Keputusan

Kajian

5.6 Cadangan Tentang Kajian Lanjutan

5.7 Kesimpulan

5.8 Rujukan

84

84

85

88

94

95

96

98

6 LAMPIRAN

Lampiran A : Soal Selidik

Lampiran B : Surat Kebenaran Kementerian

Pelajaran

Lampiran C : Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran

Lampiran D : Surat Kebenaran Pejabat Pelajaran

Lampiran E : Analisis Realibiliti Kajian Rintis

Lampiran F : Analisis Relibiliti Kajian Sebenar

Lampiran G : Hasil kajian

107 – 113

114 – 115

116

117

118 – 119

120 – 121

122 - 145

Page 14: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Jadual Spesifikasi Instrumen

3.2 Skala Jawapan Soal Selidik Bahagian B

3.3 Cara Pemarkatan Gaya Kepimpinan Pengetua

3.4 Jumlah Skor Untuk Penentuan Tahap Gaya

Kepimpinan Pengetua

3.5 Cara Pemarkatan Tahap Stres Guru

3.6 Skala Jawapan Soal Selidik Tahap Stres Guru

3.7 Jumlah Skor Untuk Tahap Stres Guru

3.8 Nilai Alpha Cronbach Soal Selidik LBDQ dan

Tahap Stres Guru

3.9 Nilai Korelasi Dan Interpretasi Skala Pekali

Korelasi

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur

4.3 Taburan Pengalaman Mengajar Responden

4.4 Taburan Status Perkahwinan Responden

4.5 Tahuran Adakah Sebagai Guru Kelas

4.6 Taburan Adakah Responden Mengajar Kelas

Peperiksaan

4.7 Taburan Sesi Persekolahan Responden

4.8 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua

Berdasarkan Pandangan Guru (Gaya Berstruktur)

4.9 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan

Pandangan Guru (Gaya Timbang Rasa)

44

45

45

46

47

47

47

51

45

56

56

57

57

57

58

58

59

62

Page 15: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

4.10 Analisis Tahap Stres Guru Pada Gaya

Kepimpinan Pengetua Dimensi Berstruktur

4.11 Analisis Tahap Stres Guru Pada Gaya

Kepimpinan Pengetua Dimensi Timbang Rasa

4.12 Skala Tahap Stres Guru

4.13 Min Dan Tahap Stres Guru Pada Gaya

Kepimpinan Pengetua

4.14 Tahap Stres Guru Dengan Jantina

4.15 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala

Perbandingan Tahap Stres Guru Dengan Umur

4.16 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala

Perbandingan Tahap Stres Guru Dengan

Pengalaman Mengajar

4.17 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala

Perbandingan Tahap Stres Guru Dengan Status

Perkahwinan

4.18 Tahap Stres Guru Dengan Sebagai Guru Kelas

4.19 Tahap Stres Guru Dengan Mengajar Kelas

Peperiksaan

4.20 Tahap Stres Guru Dengan Sesi Persekolahan

4.21 Analisis Korelasi Antara Gaya Kepimpinan

Pengetua Dimensi Berstruktur Dengan Stres

Guru (Pada Gaya Berstruktur Pengetua)

4.22 Analisis Korelasi Antara Gaya Kepimpinan

Pengetua Dimensi Berstruktur Dengan Stres

Guru (Pada Gaya Timbang Rasa Pengetua)

66

70

74

74

75

76

75

78

79

79

80

81

82

Page 16: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Peranan Kepimpinan Pengurus Formal Dan Tidak

Formal

1.2 Kerangka Model Kajian

2.1 Dua Dimensi Gaya Kepimpinan Ohio State Yang

Menghasilkan Sukuan Gaya Kepimpinan

2.2 Grid Pengurusan

2.3 Beberapa Bentuk Tekanan Yang Dihadapi

Manusia

2.4 Perubahan Akibat Stres

2.5 Sindrom Adaptasi Am Hans Selye

3.1 Proses Reka Bentuk Kajian

3.2 Hubungan Antara Pemboleh Ubah Bebas Dan

Pemboleh Ubah Bersandar

3.3 Plot Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua

Dengan Tahap Stres Guru

4.1 Plot Hubungan Tahap Stres Guru Pada Gaya

Kepimpinan Pengetua Dimensi Berstruktur

4.2 Plot Hubungan Tahap Stres Guru Pada Gaya

Kepimpinan Pengetua Dimensi Timbang Rasa

12

16

22

24

26

30

34

41

52

53

82

83

Page 17: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

TAJUK

MUKA

SURAT

ANOVA Analisis Varians

LBDQ LeaderBehavior Description Questionnaire

Sig. Signifikan

S.P. Sisihan Piawai

SPSS Statistical Package For the Social Sciences

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan aset penting kepada semua individu dan aspek penting

dalam pembangunan sesebuah negara. Pembangunan modal insan menjadi tonggak

kepada kejayaan sesebuah negara. Untuk membentuk manusia yang seimbang dalam

menghadapi kesan globalisasi memerlukan kepimpinan yang sesuai dengan

keperluan semasa. Modal insan yang perlu dibangunkan perlu seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru menerusi gaya kepimpinan

pengetua yang menerajui sekolah merupakan asas kepada pembangunan pelajar

menerusi didikan guru-guru di bawah kepimpinannya. Tanggungjawab guru yang

kian mencabar bukan sahaja dari dunia pendidikan itu sendiri tetapi juga dari

masyarakat yang meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepada pengetua dan guru-

guru. Kestabilan emosi amat diperlukan dalam melaksanakan segala tanggungjawab

yang diamanahkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Akhbar Berita Harian bertarikh 23 Julai 2007 memaparkan kes dakwaan 22

murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran ditampar kerana tidak

menyiapkan kerja di rumah. Diberitakan juga seramai 200 orang pelajar perempuan

Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat Sibu, kena berendam dalam air

kolam ikan kotor selama sejam kerana kesalahan seorang pelajar membuang tuala

wanita dalam mangkuk tandas. Tindakan yang dilakukan oleh guru dalam kes ini

adalah keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan prosedur dan

garis panduan salah laku pelajar di sekolah. Hukuman yang dikenakan oleh guru-

guru tersebut bukanlah suatu isu remeh-temeh kerana ia membabitkan psikologi para

pelajar itu sendiri. Apabila membabitkan psikologi maka ia akan mewujudkan

Page 19: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

2

perasaan tertekan, dendam, malu yang sekaligus menghantui fikiran pelajar. Isunya

ialah mengapakah guru-guru berkenaan bertindak sedemikian? Mungkin jawapannya

ialah guru tertekan atau stres kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah

pelajar yang berulang dan berterusan. Atau adakah mungkin stres guru disebabkan

oleh gaya kepimpinan pengetua yang mengurus dan mentadbir sekolah?

Mungkin gaya kepimpinan pengetua boleh menyumbang kepada stres kerja

guru sama ada tinggi atau rendah. Terdapat pelbagai gaya kepimpinan pengetua yang

menggunakan pendekatan dan teori yang pelbagai seperti pendekatan sifat, teori

gelagat, teori kontigensi dan teori kontemporari.

Kepimpinan pengetua boleh dilihat dari perspektif pendekatan sifat,

personaliti, kemahiran dan kebolehan, dan faktor sosial. Pendekatan sifat meliputi

ciri fizikal seperti ketinggian, berat, rupa diri dan tenaga. Pendekatan personaliti

boleh dilihat dari aspek dominan, keyakinan diri dan kreativiti. Pendekatan

kemahiran dan kebolehan dilihat dari segi kepintaran, pengetahuan dan kecekapan

teknikal. Manakala pendekatan faktor sosial adalah berkenaan dengan kemahiran

intrapersonal, kebolehan bersosial, dan posisi sosio-ekonomi.

Gaya kepimpinan pengetua mengikut teori gelagat boleh dilihat berdasarkan

kajian Ohio State, kajian Universiti Michingan dan grid pengurusan. Kajian Ohio

State melihat gaya kepimpinan pengetua dari dua dimensi iaitu dimensi berstruktur

dan dimensi timbang rasa. Kajian Universiti Michingan melihat gelagat kepimpinan

pengetua dari segi kepimpinan berorientasikan manusia – pekerja dan kepimpinan

berorientasikan pengeluaran – tugas. Manakala grid pengurusan oleh Robert Blake

dan Jane Mouton memberi penekanan kepada manusia dan penekanan kepada

pengeluaran.

Gaya kepimpinan yang berteraskan teori kotingensi boleh dilihat dari Model

Fiedler, Julat Kepimpinan Tannenbaum dan Schmidt, Teori Situasi Hersey-

Blanchard, Teori Laluan Matlamat dan Model Pemimpin-Penyertaan. Gaya

kepimpinan kontemporari pula adalah pengganti kepada kepimpinan dan kepimpinan

transformasional.

Page 20: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

3

Kamarudin (1989), telah menggariskan kekurangan dalam kecekapan

pengetua yang menimbulkan masalah ialah :

i. Kecekapan pentadbiran yang melibatkan perancangan, pengelolaan,

pengarahan, penyelarasan, pelaporan, perbelanjaan dan sebagainya

ii. Kecekapan sosial yang penting untuk mendapatkan sokongan yang

mencukupi daripada semua sektor

iii. Kecekapan pengajaran bagi kelas-kelas besar yang pelbagai kaum

Pelaksanaan segala dasar, polisi dan inovasi pendidikan berlaku di peringkat

sekolah yang memberi kesan kepada tingkah laku guru. Keadaan ini boleh

menyebabkan stres dan kekangan kepada guru yang menjadi penentu kepada

keberkesanan pelaksanaannya.

Stres pekerjaan di kalangan guru telah mendapat perhatian di negara barat

sejak dua dekad yang lepas. Ini boleh dibuktikan dengan banyak kajian stres telah

dijalankan ke atas guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1977, 1978, 1979; Mc Cormik dan

Solman, 1992). Di Malaysia, kajian mengenai stres pekerjaan di kalangan guru telah

menarik ramai pengkaji seperti Siti Radziah, 1982; Ahmad Shakri, 1988; Helen,

Rojiah, Nor’azian, Eldrana, Mustafa Kamal, 2005.

Bukti-bukti daripada kajian stres ke atas guru menunjukkan masalah ini

berada pada tahap yang perlu diberi perhatian. Guru-guru menyedari bahawa sedikit

stres yang diberikan dalam melaksanakan tugas akan memberi kebajikan dan

memberi kesan dalam prestasi kerja. Tetapi stres yang berlebihan akan

mengurangkan prestasi kerja serta menjejaskan kesihatan terutama dari segi mental

dan fizikal.

Menurut Mohd Azhar (2004), setiap manusia yang mempunyai emosi yang

tenang mereka tidak cepat marah, dengki, sedih, iri hati dan sebagainya. Mereka

sentiasa bermotivasi, penyabar, suka bekerjasama dan seumpamanya. Ini adalah

gambaran kecerdasan emosi yang tinggi. Dengan lain perkataan, orang yang

mengurus tekanannya dengan baik dapat meningkatkan kecerdasan emosi. Terdapat

tiga elemen yang menyebabkan tekanan dalam kehidupan manusia iaitu faktor

tekanan; pembentukan tingkah laku dan emosi orang yang mengalami; dan reaksi

Page 21: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

4

individu dan makna hubungannya dengan faktor tekanan. Tekanan berpunca dari

faktor luaran diri individu seperti faktor organisasi atau pun majikan, pekerjaan, dan

hubungan sosial. Faktor organisasi berpotensi sebagai penyumbang kepada faktor

tekanan. Tahap tekanan bergantung pada faktor berikut:

i. Jumlah birokrasi terutamanya dalam sektor awam dan dalam organisasi yang

besar. Sebagai sebuah organisasi yang formal, sekolah yang dikategorikan

sebagai gred A juga boleh memberikan tekanan kepada guru, terutama

apabila mendapat pertindanan tugas yang harus dilakukan serentak.

ii. Perubahan dalam organisasi iaitu sebab berlaku perubahan dalam struktur

pekerjaan. Untuk menyesuaikan diri dengan perubahan boleh menyebabkan

tekanan pada tahap yang tinggi. Di sekolah keadaan ini berlaku apabila guru

diberi jawatan dalam bidang yang baru contohnya dari setiausaha

peperiksaan kepada setiausaha sukan.

iii. Berteknologi tinggi seperti industri komputer menyumbang kepada tekanan

pada tahap yang paling tinggi. Keadaan ini berlaku apabila pekerja perlu

berjuang bagi membantu industri mengekalkan persaingan dalam pasaran

dan mereka terpaksa mereka bentuk teknologi yang maju atau menggunakan

teknologi yang pesat berkembang. Di sekolah kedaan ini berlaku apabila

banyak data perlu di masukkan seperti rekod peperiksaan, maklumat peribadi

pelajar, salah laku disiplin pelajar, maklumat guru, dan sebagainya tetapi

komputer mengalami masalah. Kekangan masa untuk memasukkan data

juga menyebabkan tekanan kepada guru.

iv. Industri perkhidmatan kepada pelanggan : Tuntutan pelanggan berlaku pada

pelbagai tahap dan sering menjadikan situasi kerja sukar hendak

dikendalikan sehingga menimbulkan tekanan kepada pekerjaan berkenaan.

Pelanggan kepada organisasi sekolah dan perlu diurus sebagaimana yang

terkandung di dalam piagam pelanggan adalah pelajar, ibu bapa, masyarakat,

dan orang-orang perseorangan atau wakil-wakil pertubuhan dan syarikat

yang sentiasa berurusan dengan sekolah.

Page 22: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

5

Di sekolah menengah, kepimpinan diketuai oleh pengetua. Pengetua yang

berjaya atau tidak berjaya boleh dibezakan dalam teori iaitu mengikut gaya atau

orientasi kepimpinan mereka. Pendekatan ini cuba mengenal pasti apa yang

dilakukan oleh pengetua sewaktu memimpin iaitu sama ada secara bertimbang rasa

atau mementingkan tugas yang berstruktur. Gaya bertimbang rasa memperlihatkan

pemimpin yang seharusnya mempunyai hubungan mesra dengan kakitangan mereka.

Pemimpin juga perlu yakin dengan kebolehan pekerja, menghormati idea, mendengar

pandangan dan memberi perhatian terhadap perasaan pekerja. Gaya mementingkan

tugas yang berstruktur pula menekankan bagaimana seseorang pemimpin

mendefinisikan peranannya dan menstrukturkan tugasnya dan bagaimana tugas-tugas

perlu dikendalikan. Di antara dua jenis gaya kepemimpinan pengetua tersebut, gaya

kepemimpinan yang manakah yang menyumbang ke arah peningkatan stres yang

dihadapi oleh guru-guru di sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian mengenai stres yang dialami oleh guru telah mula diberi perhatian.

Menurut Mohd Taib dan Hamdan (2006), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh

University of Manchester Institute Science and Technology didapati bidang

bekerjaan guru mempunyai kadar stres yang tinggi iaitu pada skala 6.2 dari skala

stres 0 hingga 10. Tahap stres guru yang tinggi ini disumbangkan oleh perubahan

dan persaingan dunia pendidikan dalam menghadapi era globalisasi. Guru-guru

terpaksa menjalankan tugas bagi memenuhi kehendak pelbagai pihak seperti

kehendak organisasi sekolah, pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran

Negeri, Kementerian Pelajaran, serta kehendak pelajar, ibu bapa, masyarakat dan

negara.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

i. Untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan

guru

Page 23: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

6

ii. Untuk mengenal pasti tahap stres guru

iii. Untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan diantara

gaya kepimpinan pengetua dengan stres guru

1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini ialah:

i. Ho 1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi

dari segi demografi.

Ho 1.1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

dari segi jantina

Ho 1.2 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

pengetua dari segi umur

Ho 1.3 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

pengetua dari segi pengalaman mengajar

Ho 1.4 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

pengetua dari segi status perkahwinan

Ho 1.5 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

pengetua dari segi jantina sebagai guru kelas

Ho 1.6 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

pengetua dari segi mengajar kelas peperiksaan

Ho 1.7 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

pengetua dari segi sesi persekolahan

ii. Ho 2 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

kepimpinan pengetua dengan tahap stres guru

Ho 2.1 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres

guru

Ho 2.2 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

kepimpinan pengetua dimensi bertimbang rasa dengan tahap

stres guru

Page 24: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

7

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai usaha untuk menambah serta mengembangkan

lagi pengetahuan mengenai masalah ketegangan, tekanan atau stres yang dialami

oleh guru terutamanya di sekolah menengah yang dikatakan mengalami beban kerja

yang banyak. Kajian juga sebagai panduan penyeliaan dan penilaian serta mencari

beberapa alternatif penyelesaian masalah stres guru yang berkaitan dengan

kepemimpinan pengetua di organisasi pendidikan.

Hasil kajian ini diharap akan dapat membantu pengetua selaku pemimpin di

sekolah mengambil inisiatif untuk membuat renungan kendiri. Seterusnya pengetua

boleh bertindak untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam situasi yang harmoni

iaitu agar gaya kepimpinannya menuju kearah orientasi tugas tetapi pada masa yang

sama guru-guru dapat melakukan tugas masing-masing dalam keadaan tanpa stres

atau tahap stres yang paling minima.

Hasil kajian ini juga diharapkan dapat menyedarkan pihak guru dan pengetua

agar lebih berperanan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing

dan pada masa yang sama sedar akan penerimaan beban tugas yang dijalankan tidak

memberi tekanan sama ada dari segi emosi, tingkah laku mahu pun personaliti.

Diharapkan dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak-pihak yang

terlibat untuk membantu guru-guru yang mengalami stres yang serius agar mampu

mengurus stres amnya dalam kehidupan dan khususnya yang berkaitan dengan

pengurusan kerjaya guru tersebut.

Sekolah dikatakan sebagai tempat memainkan fungsi mengembangkan

sosialisasi dalam beberapa nilai, intelektual dan kemahiran fizikal para pelajar

sebagaimana yang diperlukan oleh masyarakat. Ini menunjukkan bahawa peranan

utama sekolah adalah untuk memberikan pendidikan yang sempurna (Omardin,

1996). Justeru pihak gurulah yang bertanggungjawab untuk memenuhi tuntutan ini

di bawah pengurusan, pentadbiran dan kepemimpinan pengetua. Apakah yang akan

berlaku sekiranya tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan oleh guru-guru yang

berada di dalam keadaan stres pada tahap yang tinggi?

Page 25: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

8

Menurut Hussein (1993), dalam banyak hal, pengetua sekolah ialah individu

yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang

bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah.

Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap

profesionalisme dan moral guru serta darjat keperihatinan terhadap masa depan para

pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas guru yang mengajar di lapan buah sekolah

menengah harian biasa yang mempunyai dua sesi/sidang persekolahan di daerah

Muar, Johor. Skop kajian hanya meninjau gaya kepimpinan pengetua di sekolah

tersebut sama ada mengamalkan gaya kepimpinan dimensi berstruktur atau timbang

rasa. Tahap stres guru pula ditinjau berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dari dua

kepimpinan dimensi kepimpinan tersebut iaitu berstruktur dan timbang rasa.

Seterusnya gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru dicari.

Perbezaan tahap stres guru dicari berdasarkan demografi guru.

1.8 Definisi Istilah

Istilah penting yang akan digunakan dalam kajian ini ialah gaya, kepimpinan,

pengetua dan stres (tekanan).

1.8.1 Gaya

Mengikut Kamus Dewan (1992), gaya ialah stail atau cara melakukan sesuatu

(mengarang, bercakap dan lain-lain). Merujuk kepada kajian ini, gaya merupakan

perlakuan, stail, cara atau orientasi kepimpinan pengetua dalam mengurus,

memimpin dan mentadbir sekolah ke arah mencapai matlamat, visi dan misi sekolah.

Page 26: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

9

Ainon (2005), menyatakan gaya kepimpinan merupakan cara seseorang itu

berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya. Aminuddin (1994), merujuk gaya

kepimpinan kepada ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang

berbeza. Perbezaan ini dianggap penting oleh Fiedler (1967), kerana pada ketika

tingkah laku penting seseorang boleh berubah daripada satu situasi ke situasi lain,

struktur keperluannya yang memotivasikan tingkah laku itu mungkin tidak berubah-

ubah.

Gaya yang digunakan dalam penulisan ini adalah merujuk kepada stail, cara,

gelagat dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dalam mengurus dan

mentadbir organisasi sekolah. Pada masa yang sama guru melihat dan menganggap

gaya kepimpinan yang dipamerkan oleh pengetua dari sudut pandangan guru itu

sendiri.

1.8.2 Kepimpinan:

Mengikut Kamus Dewan (1992), kepimpinan membawa erti keupayaan

(kebolehan, pencapaian dan sebagainya) sebagai pemimpin. Merujuk kepada kajian

ini kepemimpinan merupakan tingkah laku pemimpin bagi mencari penyelesaian

masalah dan mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan yang

bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Ainon (2003), kepimpinan

ialah sejenis tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain

supaya mereka sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh

individu yang memimpin. Fiedler (1967), menyatakan kepimpinan adalah hubungan

antara perseorangan di mana kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata

sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang

lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu.

Kepimpinan merupakan suatu bentuk perhubungan yang mempunyai tujuan.

Tujuan tersebut bukan sahaja untuk memenuhi kehendak orang yang memimpin,

tetapi juga orang yang dipimpin. Untuk memenuhi kehendak tersebut, cara dan gaya

pemimpin dalam membentuk perhubungan tersebut perlu mampu mempengaruhi

bagi mencapai matlamat organisasi. McGregor (1966), menyatakan kepimpinan

Page 27: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

10

bukannya ciri-ciri yang ada pada diri seseorang individu, melainkan ia suatu

perhubungan yang rumit dan kompleks antara keempat-empat faktor berikut iaitu:

i. Ciri-ciri peribadi si pemimpin

ii. Sikap, keperluan dan ciri-ciri peribadi mereka yang dipimpin

iii. Sifat-sifat organisasi yang dipimpinnya, seperti matlamat penubuhannya,

strukturnya dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan

iv. Persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang ada

Dalam Daftar Istilah Majlis Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu (DBP,

1985) terdapat tiga istilah yang berbeza digunakan dalam bidang-bidang yang

berbeza iaitu:

i. pimpinan (pengurusan am, pengurusan ladang, pentadbiran perniagaan),

ii. kepimpinan (sosiologi dan pengurusan) dan

iii. kepemimpinan (psikologi dan antropologi).

Para pengkaji biasanya mendifinisikan kepimpinan berdasarkan perspektif

masing-masing serta berasaskan aspek yang paling menarik minat mereka. Sorotan

ekstensif oleh Stogdill (1974) dan Bass (1981) dalam Aminuddin (1994), terhadap

kajian-kajian kepimpinan mendapati istilah kepimpinan telah diberi sekurang-

kurangnya sebelas makna seperti berikut:

i. Sebagai fokus proses kelompok

ii. Sebagai personaliti dan kesannya

iii. Sebagai tindakan memujuk kepatuhan (an actof inducing compliance)

iv. Sebagai pengenalan pengaruh (an exercise of influence)

v. Sebagai tindakan (act) atau tingkah laku (behavior)

vi. Sebagai hubungan kuasa (a power of relationship)

vii. Sebagai satu bentuk pemujukan (a form of persuasion)

viii. Sebagai alat mencapai matlamat

ix. Sebagai kesan interaksi yang muncul (an emerging effect of interaction)

x. Sebagai peranan berbeza (a differentiated role)

xi. Sebagai pendayautamaan struktur (initiating structure)

Page 28: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

11

Kepimpinan merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan sering saling

berkaitan di antara satu aspek dengan aspek yang lain. Gaya kepimpinan yang

dipamerkan mungkin dipersepsikan oleh orang lain tidak sepertimana yang

ditunjukkan oleh pemimpin. Ini adalah kerana sudut pandangan atau persepsi di

antara individu adalah berbeza. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor seperti

perbezaan latar belakang kehidupan, latar belakang pendidikan, gaya berfikir dan

sebagainya.

Terdapat banyak makna kepimpinan. Kamarudin (1989), menyatakan konsep

kepimpinan yang relevan dan perlu ada bagi setiap pengetua harus mengandungi

empat unsur penting iaitu:

i. kepimpinan yang mempunyai tugas

ii. kepimpinan yang berpengaruh

iii. kepimpinan yang positif

iv. kepimpinan yang berkesan.

Sebagai seorang ketua dalam sebuah organisasi, pengetua perlu mempunyai

gaya kepimpinan yang mampu membawa warga sekolahnya ke arah mencapai

matlamat yang telah dibina. Kepimpinan pengetua yang berpengaruh akan

menjadikan warga sekolah melaksanakan bidang tugas masing-masing dengan penuh

dedikasi. Hisham al-Talib (1992), mentakrifkan kepemimpinan sebagai satu proses

yang menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu jalan yang telah

ditentukan melalui dorongan yang tidak bermaksa.

Hussein (1997), menyatakan kepimpinan pengetua di sekolah merangkumi

kepimpinan pengajaran dan kepimpinan pendidikan. Koontz dan Wichrich (1991)

dalam Mohamad Najib (2004), mentakrifkan kepimpinan sebagai pengaruh, seni atau

proses mempengaruhi orang supaya mereka berjuang dengan rela hati dan penuh

semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan. Aizzat, Intan dan Zainal Ariffin

(2006), menyatakan kepimpinan merupakan proses membentuk wawasan,

menimbulkan inspirasi ke arah komitmen yang lebih tinggi dan mengarah usaha

sumber manusia ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan dalam

Page 29: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

12

organisasi boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kepimpinan formal dan kepimpinan

tidak formal (Rajah 1.1).

Hubungan Luaran

Kepimpinan Formal

Kepimpinan Tidak Formal

Rajah 1.1 : Peranan Kepimpinan Pengurus Formal Dan Tidak Formal

Sumber : Schermerhorn (1986)

Bagi Ahmad Ibrahim (1991), menggariskan tiga asas utama yang terdapat

dalam sesuatu kepimpinan iaitu:

i. Kumpulan manusia itu mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua

orang atau lebih;

ii. Kumpulan yang dibentuk mempunyai tujuan dan hasrat yang sama;

iii. Seorang ketua yang mendapat sokokngan dari semua pihak dilantik demi

untuk menjayakan tujuan kumpulannya.

Ketua hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam mengurus

organisasinya menuju matlamat yang dicita-citakan. Hal ini tidak akan tercapai

melainkan dengan wujudnya jalinan erat antara pemimpin dengan pihak yang

dipimpin tanpa adanya garis pemisah antara satu sama lain. Malah pemimpin itu

Pengurus Pengurus Atasan Atasan Lain Pengurus Rakan-rakan Sejawat Pengurs-pengurus Subordinat Hubungan Lebih muda Dalaman

Page 30: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

13

sendiri hendaklah menjadi contoh dalam segenap aspek kebajikan dan tindak-

tanduknya (Ahmad Ibrahim, 1991). Justeru untuk menjadi contoh, pengetua perlu

mempunyai segala pengetahuan yang berkaitan dengan kepemimpinan, psikologi,

pengurusan sumber manusia dan bahan.

Dalam konteks pendidikan, kepimpinan seorang pengetua akan menentukan

kejayaan sesebuah sekolah. Edmonds (1978), dalam Hussien (1997), menyatakan

principals can make a difference yang bermaksud bahawa sesebuah sekolah itu boleh

dimajukan dan kemajuan sekolah berpunca daripada kepimpinan pengetua. Seorang

pemimpin dakwah yang masyhur, Hassan al-Banna (dalam Syed Othman, 1998)

pernah berkata :

“ … Kamu akan dapat dikalahkan dengan pukulan teruk yang akan

mengakibatkan kamu hilang segala-galanya lantaran satu sebab,

iaitu : apabila hati kamu telah rosak, Allah tidak akan memperbaiki

kerja-kerja kamu, suara kamu berpecah belah dan fikiran kamu

bertentangan di antara satu sama lain. Sebaliknya selagi kamu

bersatu padu ditambahi pula kamu sentiasa mengadap kepada Allah,

sentiasa mengikuti jalan taat kepada-Nya, berjalan menurut petunjuk

yang diredhai-Nya, tidak pernah merasa lemah dan hina maka

kamulah umat yang paling tinggi, Allah bersama dengan kamu dan

Dia tidak akan mensia-siakan kerja kamu”

Berdasarkan kata-kata Imam Hassan al-Banna itu jelas menunjukkan bahawa

faktor penting dalam kepemimpinan adalah hati. Pemimpin sebenarnya memimpin

hati dan jiwa manusia untuk melakukan sesuatu kerja. Sekiranya pemimpin mampu

menguasai hati pengikutnya, bererti dia mampu menguasai jasad-jasad mereka dan

segala kerja akan menjadi mudah. Justeru kepimpinan pengetua yang berkesan ialah

apabila seorang pengetua dapat memainkan peranannya sebagai seorang pemimpin

yang bijaksana, mampu memberi arahan serta memimpin tetapi pada masa yang

sama menjaga hati dan perasaan guru serta berjaya mewujudkan suasana sekolah

yang kondusif dan bebas tekanan yang melampau.

Page 31: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

14

1.8.3 Pengetua:

Kamus Dewan (1992), menyatakan pengetua bermaksud sebagai orang yang

mengetuai kepada satu jawatan dalam struktur organisasi sekolah menengah yang

merupakan ketua eksekutif dan pemimpin sekolah bagi menjalankan tugas mengurus,

memimpin dan mentadbir sekolah menengah.

Pengetua sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat

sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah.

pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik

oleh Kementerian Pendidikan, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah

dan persekitarannya (Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Perseketuan, Kementerian

Pendidikan, 1993).

Dalam kajian ini, pengetua dirujuk sebagai ketua dalam pengurusan dan

pentadbiran sesebuah sekolah. Pengetua mempunyai cara yang tersendiri untuk

menentukan hala tuju dan matlamat sekolah. Cara dan gaya seseorang pengetua

dalam mentadbir dan mengurus sekolah berhubung secara terus dengan semua guru.

Guru mempunyai pandangan yang tersendiri tentang gaya kepimpinan yang

ditunjukkan oleh pengetua.

1.8.4 Stres

Hatta Sidi dan Mohamed Hatta (2005), mentakrifkan stres sebagai tindak

balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan (atau cabaran) mengikut

sesuatu keadaan atau tempat. Stres melibatkan perasaan subjektif, yang pada

mulanya diterima oleh diri seseorang secara aman, tetapi lama-kelamaan menjadi

semakin “kacau” apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah. Stres terjadi

akibat perubahan yang berlaku di dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan alam

sekeliling.

Page 32: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

15

Menurut Mohd Salleh (1994), stres adalah reaksi fizikal dan mental-emosi

seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat

keselesaan hidup. Menurut Nor Hanani (2007), stres merangkumi tekanan, beban,

konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, enxieti, kemurungan dan

hilang daya. Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu berasa yang keperluan

melebihi daripada keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Mahood Nazar (1990), menyatakan tekanan boleh didefinisi, difahami dan

dikaji dari tiga sudut. Pertama dari sudut ransangan yang menyebabkan tekanan.

Pendekatan ini mengkaji rangsangan-rangsangan fizikal, fisiologi dan psikologi yang

menyebabkan tekanan seperti kebisingan, suhu, kelembapan, sakit, emosi dan lain-

lain. Tekanan yang dihadapi ini boleh diatasi jika punca atau rangsangan yang

menyebabkan berlakunya tekanan itu dihapuskan. Kedua, dilihat dari aspek tindak

balas seseorang terhadap tekanan yang dihadapi. Tindak balas yang dimaksudkan

ialah tindak balas fisiologi yang berlaku di dalam tubuh seseorang. Aspek yang

ketiga pula melihat tekanan dari aspek kebolehan seseorang untuk berinteraksi

dengan alam sekitar yang menyebabkan tekanan serta menyesuaikan diri terhadap

tekanan yang dihadapi.

Dalam kajian ini istilah stres dan tekanan akan digunakan. Ia merujuk kepada

kadar tekanan yang dirasai oleh seseorang guru terhadap gaya kepimpinan yang

ditunjukkan oleh pengetua. Kadar tekanan yang dirasai oleh guru adalah berbeza

walau pun pada pengetua yang sama. Perbezaan stres yang dialami oleh seseorang

bukan sahaja disebabkan oleh faktor luaran tetapi juga oleh faktor dalaman. Namun

dalam kajian ini tahap stres hanya dikaitkan dengan gaya kepimpinan pengetua.

1.9 Kerangka Kajian

Kerangka kajian ini berdasarkan gaya kepimpinan pengetua Kajian Ohio

State. Kajian Ohio State melihat gaya kepimpinan pengetua dari dua dimensi iaitu

dimensi mengutamakan struktur (berstruktur) dan dimensi timbang rasa. Dalam

kajian ini gaya kepimpinan pengetua adalah berdasarkan kepada pandangan guru

iaitu sama ada dimensi berstruktur atau dimensi timbang rasa. Manakala tahap stres

Page 33: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

16

guru pula adalah berdasarkan kepada apa yang guru rasa terhadap gaya kepimpinan

yang diamalkan oleh pengetua. Model kajian yang pengkaji cadangkan adalah

seperti Rajah 1.2 di bawah.

GAYA KEPIMPINAN PNGETUA

Berstruktur Timbang Rasa

(Pada Gaya Kepimpinan Pengetua)

- Pendayautamaan Struktur- Timbang Rasa

TAHAP STRES GURU

Rajah 1.2 : Kerangka Model Kajian

Page 34: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

17

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Bahagian ini akan membincangkan dan meninjau kajian-kajian yang telah

dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai gaya kepimpinan pengetua dan

perkara yang berkaitan dengan stres kerja guru. Tujuan utama kajian ini ialah untuk

melihat gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres kerja guru dan

bagaimana keadaan itu dibantu dengan melihat persamaan dan perbezaan keputusan

berbanding dengan kajian yang terdahulu.

2.2 Gaya Kepimpinan

Menurut Fiedler (1967) dalam Aminudin (1990), gaya kepimpinan ialah

struktur keperluan yang memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi

kepimpinan. Ainon (2005), menyatakan perbezaan gaya kepimpinan mempunyai

kesan penting ke atas produktiviti individu-individu yang mereka pimpin. Oleh itu

pengetahuan tentang gaya kepimpinan membolehkan seseorang pemimpin untuk

lebih yakin dan berkemahiran sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin.

2.2.1 Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire

Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire telah dihasilkan oleh Lewin,

Lippit dan White (1939) dalam Aminudin (1990). Ciri-ciri gaya autokratik,

demokratik dan laissez faire adalah seperti berikut:

a. Ciri-ciri gaya autokratik:

i. Pemimpin menetapkan semua polisi

Page 35: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

18

ii. Teknik dan langkah-langkah ke arah mencapai matlamat diarahkan

oleh pemimpin, satu matlamat pada satu masa sehinggalah masa

depan sentiasa tidak menentu

iii. Tugas-tugas kerja dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin sendiri

iv. Pemimpin bersikap `peribadi’ dalam memberi pujian dan kritik

terhadap kerja-kerja setiap anggota tanpa memberi alasan yang

objektif. Dia tidak mencampuri aktiviti kelompok kecuali ketika

menunjukkan sesuatu.

b. Ciri-ciri gaya demokratik:

i. Semua polisi ditentukan oleh kelompok dengan digalak dan dirangka

oleh pemimpin

ii. Sebarang aktiviti yang akan dijangkakan oleh anggota akan dapat

difahami daripada penerangan yang diberi mengenai langkah-langkah

umum dalam perbincangan pertama. Jika kelompok memerlukan

nasihat teknikal, pemimpin akan memberi dua tiga prosedur alternatif

yang boleh dipilih oleh kelompok.

iii. Anggota bebas untuk bekerja dengan siapa sahaja yang mereka suka

dan pembahagian tugas diserahkan kepada kelompok.

iv. Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritik

dan mengambil bahagian dalam kelompok secara semangat tanpa

banyak campur tangan dalam kerja.

c. Ciri-ciri gaya laissez faire:

i. Pemimpin memberi kebebasan tentang cara kerja dan hanya campur

tangan apabila diminta pandangan

Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire dibezakan oleh tahap dan

peranan pemimpin ke atas orang bawahannya. Pemimpin gaya autokratik lebih

mengarah, berorientasi tugas dan berpusat kepada pemimpin. Pemimpin demokratik

membenarkan ketua dan pengikut bergerak dan bekerja bersama-sama dalam

membuat keputusan. Pemimpin gaya laissez faire pula memperlihatkan seolah-olah

ketua tidak beperanan.

Page 36: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

19

2.2.2 Gaya Kepimpinan X dan Y Mc Gregor

Gaya kepimpinan McGregor merupakan hasil pengalaman seumur hidupnya

sebagai pengurus, perunding dan ahli akademik. Beliau mendifinisikan dua set

andaian yang boleh digunakan oleh pengurus dan dinamakan Teori X dan Teori Y.

Teori X ialah konsepsi konvensional tentang tugas pengurusan. Pemimpin

yang berpegang kepada teori ini mempunyai anggapan berikut : (McGregor, 1966

dalam Aminudin, 1990) :

i. Pihak pengurusan bertanggungjawab kepada penyusunan unsur-unsur

keusahawanan yang produktif : wang, bahan, alatan dan orang untuk

kepentingan ekonomi

ii. Berhubung dengan manusia, ini adalah proses mengarah usaha mereka,

memotivasi mereka, mengawal tindakan mereka, untuk menyesuaikan

tingkah laku mereka dengan keperluan organisasi

iii. Tanpa campur tangan pihak pengurusan, manusia menjadi pasif, bahkan

menolak keperluan organisasi. Oleh itu mereka mesti dipujuk, diberi

ganjaran, dihukum, dikawal dan aktiviti-aktiviti mereka mesti diarah. Inilah

tugas pihak pengurusan iaitu mengurus orang bawah

iv. Manusia biasa adalah secara tabiinya malas dan bekerja sedikit yang mungkin

v. Manusia biasa kekurang cita-cita, tidak sukakan tanggungjawab dan lebih

suka dipimpin

vi. Manusia biasa secara semula jadi tidak ambil kisah tentang keperluan

organisasi

vii. Manusia biasa secara tabiinya menolak perubahan

viii. Manusia biasa adalah mudah ditipu, tak cerdas, pak turut kepada orang yang

berpura-pura mempunyai kebolehan.

Teori Y McGregor (1966) dalam Aminudin (1990), menyarankan tugas

mengurus manusia berasaskan andaian-andaian yang didakwanya lebih mencakupi

tabii dan motivasi manusia. Andaian-andaian itu adalah:

Page 37: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

20

i. Pengurusan bertanggungjawab menyusun unsur-unsur keusahawanan yang

produktif seperti wang, bahan, peralatan, dan manusia untuk tujuan ekonomi

ii. Manusia bukanlah secara tabiinya pasif atau menolak keperluan organisasi.

Mereka jadi begitu sebagai hasil pengalaman dalam organisasi.

iii. Motivasi, potensi untuk berkembang, keupayaan untuk mengambil

tanggungjawab, kesediaan untuk mengarah tingkah laku ke arah mencapai

matlamat organisasi semuanya ada dalam diri manusia, bukan pengurusan

yang meletakkannya di situ. Tanggungjawab pengurusan ialah untuk

membolehkan manusia mengenal pasti dan mengembangkan ciri-ciri manusia

itu sendiri.

iv. Tugas asasi pengurusan ialah mengatur keadaan organisasi dan kaedah

operasi supaya manusia boleh mencapai matlamat mereka sendiri dengan

sebaik-baiknya dengan cara mengarah usaha mereka sendiri ke arah objektif

organisasi. Proses ini melibatkan penciptaan peluang, melepaskan potensi,

menghapuskan halangan, menggalakkan perkembangan, menyediakan

panduan.

Gaya kepimpinan mengikut teori X dan teori Y memperlihatkan tentang

bagaimana seseorang pemimpin membuat tanggapan kepada manusia lain.

Tanggapan tersebut akan menjadikan diri pemimpin tersebut melihat manusia sama

ada secara negatif atau positif. Pemikiran tersebut seterusnya membentuk gaya

kepimpinan yang akan diamalkannya.

2.2.3 Gaya kepimpinan dua faktor (Kajian Ohio)

Faktor keberkesanan dan kecekapan kumpulan kerja dalam institusi

pendidikan telah dikaji oleh sekumpulan penyelidik di Ohio, Amerika Syarikat. Hasil

dari kajian didapati terdapat dua jenis gaya pemimpin iaitu:

i. Mementingkan tugas yang berstruktur

ii. Bertimbang rasa

Fleishman (1973) dalam Aminuddin (1990), menyatakan mementingkan

tugas yang berstruktur (initiating structure) ialah tindakan yang membawa implikasi

bahawa pemimpin yang menyusun dan mendifinisikan hubungan dalam kelompok

Page 38: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

21

cenderung menetapkan pola dan saluran komunikasi serta cara menjalankan kerja

yang nyata. Manakala timbang rasa (consideration) pula adalah merujuk kepada

tingkah laku yang menunjukkan persahabatan, saling percaya mempercayai, hormat,

kemesraan dan hubungan baik antara penyelia dengan kelompoknya.

Robbins (1993) dalam Aizzat, Intan dan Zainal (2006), menyatakan

mementingkan tugas yang berstruktur (struktur inisiatif) adalah merujuk kepada

darjah sejauh mana seseorang pemimpin itu berkecenderungan untuk mendifinisikan

peranannya dan peranan subordinatnya ke arah pencapaian matlamat. Manakala

timbang rasa (pertimbangan) pula adalah merujuk kepada darjah sejauh mana

seseorang pemimpin itu berkecenderungan untuk menjalin perhubungan kerja yang

bercirikan saling percaya-mempercayai dan hormat pada idea subordinat serta

perasaan mereka.

Gaya mementingkan tugas yang berstruktur menyatakan sejauh mana

pemimpin mendifinisikan peranannya dalam menentukan struktur terhadap tugasnya.

Pengetua juga menstrukturkan tugas kakitangannya. Pengetua jenis ini selalu

mengarah aktiviti-aktiviti kumpulan, membuat penjadualan tugas kakitangannya dan

mencuba idea-idea baru. Pendekatan ini menghasilkan kepuasan kerja.

Gaya bertimbang rasa pula menyatakan sejauh mana pengetua mempunyai

hubungan mesra dengan guru dan kakitangan. Gaya bertimbang rasa ini memerlukan

pengetua merasa yakin akan kebolehan guru-guru. Pengetua perlu mengambil kira,

menghormati idea, mendengar pandangan, memberi perhatian dan pertimbangan

terhadap perasaan guru dan kaki tangan. Pendekatan ini memerlukan komunikasi dua

hala dan boleh menghasilkan kepuasan pekerja.

Kedua-dua dimensi ini apabila digabungkan akan membentuk empat jenis

gaya tingkah laku yang mengandungi sama ada tinggi dalam kedua-dua, rendah

dalam kedua-dua, dan tinggi atau rendah dalam salah satu dimensi yang

dilambangkan dengan empat sukuan seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.1.

Page 39: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

22

Pendayautamaan Struktur

Rajah 2.1 : Dua dimensi gaya pemimpin Ohio State yang menghasilkan sukuan

gaya kepimpinan. Sumber : Penyesuaian dari Bartol & Martin (1994)

Hasil kajian Ohio State menyarankan gaya kepimpinan yang pada sukuan I di

mana dimensi pendayautamaan struktur tinggi dan dimensi timbang rasa juga berada

pada tahap yang tinggi akan membawa kepada prestasi dan kepuasan yang lebih

tinggi. Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang terkemudian mendapati pemimpin

yang berkesan mungkin berada pada sukuan II iaitu rendah dalam dimensi

pendayautamaan dan tinggi dalam dimensi timbang rasa atau berada pada sukuan ke

IV iaitu tinggi dalam dimensi pendayautamaan struktur dan rendah dalam dimensi

timbang rasa.

Menurut kajian Ohio, pengetua hendaklah mengamalkan kedua-dua gaya

kepimpinan tersebut iaitu dengan mengambil kira kebajikan pekerja dan mempunyai

kebolehan merancang, mengelola dan mengawasi organisasi sekolah. Gaya

kepimpinan pengetua adalah bergantung kepada situasi kerana tidak semua gaya

yang tinggi dalam kedua-dua dimensi merupakan gaya kepimpinan yang terbaik.

(Tinggi) Pendayautamaan Struktur Rendah

dan

Timbang Rasa Tinggi

(SUKUAN II)

Pendayautamaan Struktur Tinggi

Dan

Timbang Rasa Tinggi

(SUKUAN 1)

Pendayautamaan Struktur Rendah

Dan

Timbang Rasa Rendah

(SUKUAN III)

Pendayautamaan Struktur Tinggi

dan

Timbang Rasa Rendah

(SUKUAN IV)

(Rendah)

Timbang Rasa

(Tinggi)

Page 40: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

23

2.2.4 Kajian Universiti Michingan

Kajian Universiti Michingan telah dijalankan bagi mengenal pasti gaya

kepimpinan yang berkesan ke atas satu sampel yang terdiri daripada para kerani

sebuah firma insurans yang besar di Amerika Syarikat. Dalam penyelidikan yang

dibuat, terdapat dua gaya kepimpinan yang diamalkan iaitu :

i. Kepimpinan berorientasikan manusia (pekerja)

ii. Kepimpinan berorientasikan pengeluaran (tugas)

Menurut Aaizat, Intan dan Zainal (2006), kepimpinan berorientasikan

manusia merupakan pemimpin jenis yang lebih suka menenkankan aspek

perhubungan antara individu. Manakala kepimpinan berorientasikan pengeluaran

pula, memberi penekanan kepada aspek-aspek tugas. Hasil kajian menunjukkan

bahawa produktiviti dan kepuasan pekerja didapati meningkat di bawah gaya

kepimpinan yang berorientasi manusia.

Kepimpinan yang mementingkan perhubungan manusia dan pada masa yang

sama mementingkan pengeluaran adalah lebih baik. Ini kerana hasil pengeluaran

ditentukan oleh manusia. Manusia mempunyai keperluan dan kehendak seperti ingin

dihormati, difahami dan dihargai. Apabila kehendak manusia dipenuhi, maka

dorongan untuk meningkatkan hasil pengeluaran boleh ditingkatkan.

2.2.5 Grid Pengurusan

Grid pengurusan yang diperkenalkan oleh Robert Blake dan Jane Moulton

terhasil daripada gaya kepimpinan yang berteraskan teori-teori perlakuan atau

gelagat. Dimensi kepimpinan yang digunakan adalah memberi penekanan kepada

manusia dan pengeluaran (Rajah 2.2).

Page 41: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

24

Tinggi 9 Gaya (1, 9) Gaya (9, 9)

8

7

Penekanan 6

Kepada 5 Gaya (5, 5)

Manusia 4

3

2

1 Gaya (1, 1) Gaya (9, 1)

Rendah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 TinggiPenekanan kepada pengeluaran

Sumber : Hellriegel & Slocun (1996) dalam Aaizat (2006)

Rajah 2.2 : Grid Pengurusan

Kordinat-kordinat utama dalam grid pengurusan adalah seperti berikut:

i. Gaya (1, 1) melibatkan usaha minima untuk memastikan kerja yang

diperlukan dilaksanakan bagi mengekalkan keahlian dalam organisasi

ii. Gaya (1, 9) melibatkan perhatian terhadap keperluan manusia kerana

kepuasan dari segi perhubungan akan mewujudkan suasana organisasi dan

kerja yang mesra

iii. Gaya (5, 5) cuba mengimbangkan keperluan untuk memastikan kerja

dilakukan dengan sempurna dan dalam masa yang sama mengekalkan

semangat bekerja di kalangan pekerja pada tahap yang memuaskan. Tujuan

gaya ini ialah memperolehi prestasi organisasi yang memuaskan

iv. Gaya (9, 1) cuba meningkatkan kecekapan operasi organisasi melalui

penyusunan kerja mengikut cara di mana unsur kemanusiaan hanya mampu

menghalang pada tahap yang minima

v. Gaya (9, 9) memperlihatkan saling pergantungan di antara pihak pengurusan

dan pekerja di dalam organisasi di mana kedua-dua pihak saling bantu

membantu dalam menjalankan tugas bagi memenuhi kepentingan bersama.

Page 42: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

25

2.3 Difinisi dan konsep stres

Perkataan stres sebenarnya berasal daripada perkataan eustres yang

membawa maksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina. Ia juga berasal

daripada perkataan distres yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri ataupun

dapat merosakkan diri. Oleh itu, stres adalah situasi yang menganggu ataupun

membina kehidupan seharian. Stres daripada sudut bahasa juga membawa maksud

tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunssani, 2004 dalam Mohd

Taib dan Hamdan 2006).

Hatta dan Mohamed Hatta (2005), menyatakan stres adalah fenomena

pelbagai dimensi yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia.

Ini dibuktikan dengan pertambahan kadar penyakit psikiatri dan gejala sosial di

kawasan yang telalu pesat membangun, tanpa mengisi jiwa masyarakatnya dengan

keperluan psikologi, sosial, emosi dan spiritual. Stres boleh tercetus bukan hanya

disebabkan oleh suatu keperluan atau kemestian, tetapi juga disebabkan oleh

kehendak-kehendak lain seperti menyatakan fikiran, kebebasan, hak individu dan

maruah diri. Bagi mereka yang berpolitik, kebebasan untuk bersuara, berkumpul dan

menyatakan pendapat adalah penting. Bagi ahli perniagaan, keuntungan dan

peluasan empayar perniagaan mereka sudah pasti menjadi idaman. Pelajar universiti

pula menentapkan kejayaan dalam peperiksaan sebagai suatu kemestian.

Menurut Mohd Salleh (1994), stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi

seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat

keselesaan hidup. Menurut Mohd Azhar (2004), stres diertikan sebagai sebarang

jenis desakan yang memberi kesan kepada kehidupan seharian seseorang. Kesan

daripada desakan ini sama ada baik atau buruk adalah bergantung pada tindak balas

kepada faktor-faktor yang menyebabkan stres.

Banyak situsai yang boleh menimbulkan stres. Namun tahap stres yang

dialami oleh seseorang adalah berbeza walau pun pada situasi yang sama. Keperluan

memahami punca stres dan tahap stres yang dialami membolehkan seseorang belajar

tentang diri sendiri. Keupayaan mengenal diri sendiri boleh membantu seseorang

untuk mengawal diri apabila berhadapan dengan tekanan. Nor Hanani (2007),

Page 43: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

26

menyatakan stres yang sederhana di kalangan individu ada baiknya bagi merangsang

minda bagi mencapai kecemerlangan berbanding dengan tiada stres langsung. Bukan

semua stres memudaratkan. Stres penting kerana ia menyebabkan seseorang sentiasa

berada dalam keadaan bersiap sedia, berdaya saing dan berdaya maju.

Selye (1980) dalam Mahmood Nazar (1990), menyatakan pada asasnya

terdapat empat bentuk tekanan iaitu tekanan yang berlebihan, kurang tekanan,

tekanan yang baik dan berguna serta tekanan yang memudaratkan (Rajah 2.3).

Setiap orang mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut. Ada yang

melihatnya sebagai tekanan yang tidak memberi apa-apa manafaat dan ada yang

menggunakan tekanan yang dihadapi dengan sepenuhnya. Namun jika seseorang

terlalu kerap menghadapi tekanan hidup, ia akan dapat menyesuaikan diri dengan

tekanan tersebut secara automatik. Manakala bagi seseorang yang tidak pernah

menghadapi tekanan, tindak balasnya terhadap apa-apa rangsangan yang mempunyai

unsur-unsur tekanan adalah sama tinggi.

Tekanan yang

berlebihan

Kurang

tekanan

TekananTekanan yang

baik dan berguna

Tekanan yang

memudaratkan

Rajah 2.3: Beberapa Bentuk Tekanan Yang Dihadapi Oleh Manusia.

(Sumber: Selye, 1980)

Page 44: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

27

2.4 Petanda dan Faktor-faktor Stres Guru

Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Ketua Jabatan Perubatan, Hospital

Putrajaya, Datok Dr. Ahmad Sukri Md Salleh dalam akhbar Mingguan Malaysia (1

Julai 2007) berkata stres tercetus apabila unsur mendesak mengatasi keupayaan kita

menanganinya. Apabila seseorang stres, tubuh bertindak balas seolah-olah berada

dalam situasi berbahaya. Respon stres ini selalunya dirujuk sebagai `lawan atau lari’

di mana tubuh secara automatik bertukar ke gear tinggi. Apabila berdepan ancaman,

hipotalamus pada dasar otak akan `membunyikan’ sistem penggera di dalam badan,

menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin dan kortisol.

Adrenalin meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah serta merangsang

bekalan tenaga. Kortisol, hormon utama stres menambahkan kandungan gula,

mengawal fungsi tidak penting dan bahaya dalam situasi lawan atau lari. Ia

mengubah respons sistem imun dan menekan sistem penghadaman, sistem

reproduktif dan proses tumbesaran. Sistem penggera yang kompleks ini turut

berkomunikasi dengan bahagian otak yang mengawal mood, dorongan dan

ketakutan.

Menurut Dr. Ahmad Shukri lagi, sesetengah stres adalah normal malah dalam

dos yang kecil ia boleh menjadi sesuatu yang positif. Ia boleh membantu sekiranya

seseorang perlu bekerja kuat atau bertindak balas dengan cepat. Contohnya

memenangi perlumbaan, bersemangat menduduki peperiksaan atau menyelesaikan

tugasan sebelum tarikh. Bagaimanapun, stres yang kerap berlaku dan berterusan

dalam jangka panjang boleh mendatangkan kesan yang negatif serta menjejaskan

tahap diri dan mental seperti kemurungan dan bipolar. Ia boleh menyebabkan sakit

kepala, perut meragam, sakit belakang, gangguan tidur, melemahkan sistem

imun/ketahanan badan dan akibatnya sukar untuk melawan penyakit.

Menurut Mohd Taib dan Hamdan (2006), petanda yang menunjukkan

seseorang itu menghadapi stres boleh dilihat pada fizikal, emosi, mental, personaliti

dan tingkah laku. Petanda fizikal orang yang menghadapi stres termasuk sakit dada,

letih yang melampau, sakit kepala, tidur terganggu, insomnia, sakit otot, rasa loya,

gelisah, pening-pening, kurang berat badan, kurang selera makan dan tekanan darah

tinggi. Petanda stres pada emosi seperti rasa gementar, bimbang, murung, kecewa,

cepat marah, hilang kawalan, hilang kawalan, menjadi tidak stabil dan dalam situasi

Page 45: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

28

yang teruk stres boleh mengakibatkan gangguan jiwa. Petanda stres pada mental

lebih berkait rapat dengan ingatan seperti pelupa, hilang tumpuan, lemah

pertimbangan, tidak terurus, keliru, tidak dapat berfikir dengan baik dan berfikiran

negatif. Petanda stres pada personaliti seperti bimbang dan risau yang menyebabkan

seseorang berubah sepenuhnya dari keadaan diri asalnya. Petanda stres pada tingkah

laku pula menyebabkan tingkah laku seseorang itu berubah sama ada kepada seorang

yang panas baran atau pendiam dan tidak lagi mengamalkan prinsip hidup hidup

yang selama ini diamalkan.

Menurut Mohd Azhar (2004), elemen yang menyebabkan stres dalam

kehidupan manusia ialah:

i. Faktor stres iaitu faktor luaran diri dan faktor dalaman diri : Faktor luaran diri

individu terdiri daripada faktor organisasi ataupun majikan, pekerjaan,

kerjaya, dan hubungan sosial. Faktor dalaman diri seperti kekecewaan,

kebimbangan, kehilangan, kesunyian, kegagalan dan kekurangan sumber.

ii. Pembentukan tingkah laku atau emosi orang yang mengalami

iii. Reaksi individu dan makna hubungannya dengan faktor stres

Harun Arrasyid (2006), menyatakan stres berpunca dari keadaan fizikal dan

psikologi. Keadaan fizikal yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di

tempat kerja dan penyakit fizikal yang dialami menyumbang ke aras tekanan

perasaan kepada seseorang. Stres yang berpunca dari faktor psikologikal wujud jika

berlaku perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti:

i. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru

ii. Memulakan alam rumah tangga

iii. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda

iv. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, datang lewat ke tempat kerja,

rasa berdosa akan perkara yang telah dilakukan atau gagal dalam memenuhi

cita-cita.

Craw dan Craw (1983), menyatakan hampir semua situasi boleh menerbitkan

tekanan emosi. Ini terutamanya benar kalau individu itu tidak biasa dengan situasi

itu atau tidak tahu bagaimana hendak bertindak balas terhadapnya. Dia mungkin

Page 46: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

29

mengalami satu pertentangan minat atau keinginan dan mengakibatkan tekanan

emosi. Bagaimanapun jika tekanan emosi hendak diatasi dengan berkesan, sebab-

sebabnya patut diketahui dan dihapuskan atau diselaraskan.

Siti Fatimah (1993), menyatakan punca ketegangan di kalangan jawatan

pentadbiran pendidikan ialah;

i. Perasaan mempunyai kuasa yang sedikit untuk menjalankan tanggungjawab

yang diberikan

ii. Anggapan mempunyai beban tugas yang banyak yang tidak mungkin dapat

dihabiskan dalam masa kerja seharian, tidak dapat memuaskan kehendak-

kehendak dan tuntutan-tuntutan yang bercanggah oleh orang-orang lain ke

atas diri sendiri

iii. Tidak berkelayakan untuk memegang jawatan yang diberikan, anggapan tidak

berdaya mempengaruhi ketua-ketua berhubung dengan keputusan dan

tindakan yang berkaitan diri sendiri

iv. Anggapan terpaksa melakukan sesuatu berkaitan dengan kerja yang

bertentangan dengan pendapat dan pendangan diri sendiri

Punca tekanan banyak bergantung kepada tanggapan seseorang kepada

sesuatu perkara atau situasi. Tanggapan pula bergantung kepada arah pemikiran

seseorang. Corak pemikiran dipengaruhi oleh ilmu pengetahuan, latar kehidupan,

budaya dan agama.

Menurut Mohd Taib dan Hamdan (2006), stres biasanya berlaku disebabkan

dua faktor iaitu:

i. Faktor dalaman : Kesakitan dan masalah psikologi seperti bimbang pada

sesuatu

ii. Faktor luaran : Keadaan fizikal seperti panas dan sejuk, persekitaran yang

memberi stres seperti keadaan pekerjaan dan penderaan di tempat kerja

contohnya dibuli.

Nor Hanani (2007), menyatakan stres di tempat kerja berlaku apabila

kehendak kerja tidak setanding dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

Sterusnya beliau menyenaraikan punca stres di tempat kerja seperti berikut:

Page 47: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

30

i. Pertentangan nilai moral dan etika di antara sikap anusia atau rakan sekerja

ii. Masalah kounikasi yang tidak berkesan sama ada dengan ahli keluarga atau

rakan sekerja

iii. Perubahan dalam bidang sains dan teknologi kerja seharian seperti

penggunaan peralatan moden tetapi tidak didedahkan kepada pekerja

iv. Kurang latihan yang sesuai dengan kerja akan mewujudkan jurang antara

pekerja yang berpengalaman dan berkelayakan

v. Sistem pengurusan kerja yang tidak berkesan

vi. Kurangnya kawalan keselamatan kerja

vii. Kurangnya penghargaan dari organisasi dan peluang bagai menonjolkan

potensi diri

viii. Tempat kerja bising, merbahaya, tidak teratur dan sesak

Stres akan menyebabkan perubahan-perubahan dalam biologikal, tingkah

laku, kognisi dan psikosomatik seperti (Rajah 2.4).

Rajah 2.4 : Perubahan Akibat Stres. (Sumber : Mohd Salleh, 1994)

Mohd Salleh (1994), menyatakan situasi atau perkara yang menyebabkan

seseorang itu mengalami stres ialah seperti beban tugas yang berat, selalu dimarahi

oleh pihak majikan, kesesakan di jalan raya, krisis rumah tangga, tidak mempunyai

anak, campur tangan ibu mertua, kekalahan dalam sesuatu pertandingan, gagal dalam

peperiksaan, masalah kewangan, atau lambat menerima pinangan. Kegagalan

keupayaan mental-emosi dan fizikal mengatasinya menyebabkan wujudnya

ketegangan yang berpanjangan. Ketegangan yang berpanjangan boleh

mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang,

Biologikal

Psikosomatik Tingkah laku

Kognisi

Tekanan

Page 48: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

31

agresif, fikiran menjadi berkecamuk, hilang daya konsentrasi, kegelisahan dan

merasa rendah diri.

Menurut Harun Arrasyid (2006), keadaan yang boleh menyebabkan stres di

tempat kerja ialah:

i. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan

ii. Beban kerja terlampau banyak

iii. Bekerja dalam tempoh masa yang panjang

iv. Terlibat dengan orang ramai

v. Hubungan sosial antara ahli dalam sesebuah organisasi. Contohnya tidak

boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja, terutama jika berbeza berbeza

dari sudut peribadi, kepercayaan atau agama

vi. Konflik tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

vii. Tidak mahir dengan tugas yang diberi

viii. Sikap ketua di tempat kerja

Menurut Mohd Azhar (2004), tahap stres atau tekanan terbahagi kepada tiga

iaitu tahap amaran, tahap penahanan dan tahap tenat.

i. Tahap amaran atau berjaga-jaga : Pada peringkat ini mangsa dapat

menyelami aktiviti hidup yang dilakukan tetapi sukat hendak menunpukan

perhatian kepada tingkah lakunya.

ii. Tahap penentangan : Pada tahap ini individu itu perlukan bantuan luar.

Mereka tidak mempunyai keupayaan dalam menentukan objektif tingkah laku

dan kehidupannya. Kekuatan intrinsik atau dalaman bagi menghadapi

kekangan tekanan semakin terhakis. iii. Tahap tenat atau kelesuan : Pada peringkat ini individu yang menghadapi

stres tidak lagi berpegang pada realiti hidup. Setiap saat ia dipengaruhi

kemurungan, kurang mempercayai orang lain, dan mementingkan diri dalam

apa perkara yang dilakukan.

Page 49: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

32

2.5 Pendekatan dan Teori Stres

Mengikut Mohd Salleh (1994), terdapat empat teori yang berkaitan dengan

konsep tekanan hidup iaitu:

i. Stres dari sudut teori psikodinamik

ii. Pandangan behaviurisme tentang stres

iii. Kognisi dan stres

iv. Pengaruh biologikal terhadap stres

i. Stres Dari Sudut Teori Psikodinamik

Teori psikodinamik yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud ini

menghubungkaitkan di antara kebimbangan dengan stres yang dialami oleh manusia.

Apabila seseorang mengalami stres, dia juga akan mengalami psikomatik, iaitu

penyakit yang berkaitan dengan gangguan mental-emosi dan kesakitan fizikal.

Tanda-tanda penyakit seperti asma, migrain, tekanan darah bertambah dan juga

pucat.

ii. Pandangan Behaviurisme Tentang Stres

Mengikut pandangan behaviurisme manusia yang stres akan bertingkah laku

yang tertentu dengan tujuan untuk mengatasi stres yang dialami. Namun tidak semua

stres dapat diatasi dengan bertingkah laku seperti mana yang ditunjukkan. Di antara

tingkah laku tersebut ialah :

- Tidak melakukan pekerjaan dengan teratur

- Banyak merokok atau menambah pengambilan alkohol

- Lebih banyak mengambil ubat untuk menghilangkan stres

- Cepat lupa akan sesuatu

- Menggenggam tangan tanpa tujuan

- Selera makan bertambah atau berkurang

- Menggigit kuku atau mencabut rambut iii. Minda dan stres

Seseorang yang mempunyai masalah akan stres jika menganggap masalah

yang ditanggungnya itu sebagai suatu yang membahayakan. Di antara perubahan

Page 50: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

33

minda akibat stres ialah kurang keyakinan diri, rasa cemas dan bimbang, sering

bimbang dan tidak boleh diganggu, dan rasa takut.

iv. Pengaruh Biologikal Terhadap Stres

Hans Seyle yang banyak mengkaji tentang stres telah memperkenalkan teori

Sindrom Adaptasi Am (General Adaptation Syndrom, GAS). Mengikut teori ini

tindak balas manusia adalah sama terhadap sesuatu tekanan. Dalam sindrom ini

terdapat tiga tahap iaitu renjatan, penahanan dan kelesuan. Pada tahap renjatan, tubuh

manusia akan bertindak terhadap sesuatu tekanan. Pada tahap penahanan, manusia

cuba menyesuaikan diri terhadap tekanan yang diterima, manakala pada tahap

kelesuan pula memperlihatkan sejauh manakah seseorang itu sanggup menerima

tekanan dan akan mengalami keletihan dan kesakitan. Mekanisma biologi akan

bertindak apabila menerima amaran stres iaitu sama ada menentang atau melarikan

diri secara pantas.

Hans Selye (1975) dalam Mahmood Nazar (1990), mendifinisikan tekanan

sebagai satu tindak balas yang tidak spesifik kerana ia boleh berlaku kerana pelbagai

ejen, tetapi amnya ia mempunyai satu aturan tindak balas yang sama setiap kali

seseorang menghadapi tekanan. Tindak balas ini dinamakan Sindrom Adaptasi Am

(GAS), kerana tindak balas yang dihasilkan oleh tubuh adalah sama kepada apa-apa

bentuk rangsangan yang menyebabkan tekanan. Sindrom ini mempunyai

mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang satu bentuk pertahanan

yang membantu untuk mengatasi masalah tersebut. Ia dinamakan sindrom kerana

manifestasi reaksi adalah berkaitan di antara satu dengan yang lain. Sifat-sifat

sindrom Adaptasi Am mengandungi tiga tahap (Rajah 2.5). Pertama ialah tahap

renjatan. Pada tahap ini, tubuh akan menghasilkan reaksi pertama terhadap tekanan.

Jikalau tekanan itu terlalu teruk, organisma itu akan mati, tetapi sebaliknya jika

tekanan tidak begitu teruk, tubuh akan mengalami sedikit renjatan dan pulih serta

memasuki tahap dua iaitu tahap penahanan. Pada tahap ini tubuh akan bertahan

terhadap tekanan yang dihadapi buat beberapa ketika. Ia akan berterusan ke tahap

tiga yang dikenali sebagai tahap kelesuan. Jikalau tekanan tidak berkurangan,

pertahanan akan luput dan organisasi akan mati. Sebaliknya, jika tekanan yang

dihadapi itu berkurangan ataupun tubuh telah lazim dengan tekanan tersebut, maka

Page 51: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

34

keadaan tubuh akan kembali ke tahap sedia kala. Selye mengatakan bahawa manusia

sentiasa menghadapi tekanan dan setiap kali ia berhadapan dengannya, inilah rupa

bentuk tubuh terhadap tekanan-tekanan itu. Ia akan berlaku berulang-ulang kali

sepanjang hayat organisma itu.

Rajah 2.5: Sindrom Adaptasi Am yang disarankan oleh Hans Selye.

Sumber: Selye, H. (1975). Stress Without Distress. Dalam Mahmood

Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas

Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia.

2.6 Kajian Lepas

Kaedah sorotan kajian digunakan bagi mendapatkan maklumat hasil daripada

pembacaan dan menganalisis sumber-sumber seperti dari tesis terdahulu, kertas-

kertas seminar, laporan kajian, keratan akhbar, dan buku rujukan dan jurnal.

A C D Tahap pertahanan Yang lazim B E Tahap Tahap Tahap Renjatan penahanan kelesuan A = Organisma mengalami tekanan

B = Organisma mengalami renjatan, iaitu beberapa perubahan fisiologi

akan berlaku

B-C = Organisma melawan tekanan yang dihadapi

C-D = Organisma menyesuaikan diri kepada tekanan yang dihadapi

D-E = Pertahanan terhadap tekanan luput, organisma sakit atau mati

Page 52: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

35

2.6.1 Kajian Dalam Negara

Sadri (1998), mengkaji amalan tingkah laku kepimpinan pengetua dari

dimensi tingkah laku timbang rasa dan pendayautamaan struktur dan hubungannya

dengan tekanan guru. Responden kajiannya terdiri daripada 96 orang guru dan tujuh

orang pengetua di tujuh buah sekolah menengah Daerah Bera, Pahang. Hasil

kajiannya mendapati pengetua sekolah menengah Daerah Bera lebih cenderung

mengamalkan tingkah laku kepimpinan timbang rasa dan mempunyai hubungan yang

negatif dengan tekanan kerja guru. Manakala tingkah laku kepimpinan

pendayautamaan struktur mempunyai hubungan yang positif dengan tekanan kerja

guru. Hasil kajian Sadri juga mendapati guru lelaki mengalami tekanan yang lebih

rendah berbanding guru perempuan. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat

perbezaan persepsi yang signifikan di antara guru lelaki dengan guru perempuan

terhadap tingkah laku kepimpinan pengetua. Seterusnya Sadri mendapati selain

faktor sifat dan pekerjaan orang bawahannya, situasi, masa dan tugas-tugasnya,

tingkah laku kepimpinan juga dipengaruhi oleh jenis organisasi dan sifat peribadi

yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Sekiranya ia seorang yang penyabar, ia

berkemungkinan mengamalkan tingkah laku kepimpinan yang berorientasikan

manusia (timbang rasa), manakala individu yang bersifat autokratik ia

berkemungkinan mengamalkan tingkah laku kepimpinan yang berorientasi tugas

(pendayautamaan struktur).

Walaupun tingkah laku kepimpinan pengetua yang mengamalkan gaya

timbang rasa berhubung secara negatif dengan tekanan kerja berbanding gaya

kepimpinan berstruktur yang berhubung secara positif dengan tekanan kerja, namun

seseorang pengetua mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka mengamalkan

gaya tersebut. Cara dan gaya pengetua bertingkah laku adalah dengan mengambil

kira semua faktor terutama yang berkait dengan pengurusan dan pentadbirannya

sebagai ketua dalam sebuah organisasi sekolah.

Noriah (1994), dalam kajiannya ke atas 180 orang responden di Sekolah

Menengah Harian di 13 daerah di Selangor mendapati item yang kerap membawa

ketegangan kepada guru-guru ialah kemudahan mendapat cuti selain cuti sakit dan

item pelajar berkelakuan buruk secara berterusan. Seterusnya Noriah mendapati

masalah murid merupakan satu punca ketegangan yang sarwajagat. Di mana sahaja

Page 53: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

36

ada kajian ketegangan dilakukan punca ini akan menonjol sebagai faktor utama

punca ketegangan bagi guru-guru.

Suaidah (1983), mengkaji hubungan antara tingkah laku 10 orang guru besar

dan pengetua dengan tekanan kerja 75 orang guru sekolah rendah dan menengah di

negeri Kelantan. Gaya kepimpinan yang dikaji adalah tingkah laku kepimpinan

timbang rasa dan pendayautamaan struktur yang diukur dengan soal selidik LBDQ-

12. Hasil kajian mendapati peratusan guru besar dan pengetua mengamalkan tingkah

laku timbang rasa dan pendayautamaan struktur yang tinggi. Beliau juga mendapati

tingkah laku timbang rasa berhubungan secara negatif dengan tekanan kerja guru.

Manakala tingkah laku pendayautamaan struktur pula berhubungan secara positif

dengan tekanan. Dapatan kajian Suaidah menyokong kajian See (1987). See

mengkaji tingkah laku kepimpinan ketua jururawat di hospital. Hasil kajiannya

mendapati ketua-ketua jururawat yang mengamalkan tingkah laku bekerjasama dapat

mengurangkan tekanan kerja.

Zolkepli, Melor dan Hanimah (2002), telah menjalankan kajian ke atas 25

orang guru pemulihan dari 25 buah sekolah di daerah di Ulu Langat, Selangor.

Keputusan kajian menunjukkan keseluruhan responden menghadapi tahap stres yang

rendah sahaja. Mereka tidak mengalami stres yang begitu serius sehingga boleh

menjejaskan pekerjaan mereka. Namun begitu terdapat faktor yang menyumbang

kepada tahap stres yang tinggi bagi sebilangan responden iaitu faktor yang berkaitan

dengan murid pemulihan, kekurangan kemudahan dan peralatan fizikal, aspek masa,

kerjasama antara guru pemulihan dan guru besar, guru biasa dan ibu bapa.

Guru menghadapi stres kerana faktor luaran yang dihadapinya sewaktu

melaksanakan tugas. Faktor sikap pelajar yang negatif merupakan faktor yang

paling memberi tekanan kepada guru. Ini disebabkan waktu bertugas guru adalah

paling banyak berhadapan dengan pelajar yang pelbagai kerenah di samping tugas-

tugas yang berkaitan dengan pelajar.

Helen et al. (2005), mendapati tahap stres yang dialami oleh guru-guru di

sebuah sekolah agama di Negeri Johor adalah rendah. Punca stres yang dikenalpasti

sebagai punca yang primer adalah beban tugas, diikuti oleh peraturan sekolah.

Masalah pelajar memberikan punca yang sedikit manakala hubungan interpersonal

Page 54: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

37

memberikan stres yang terendah di sekolah tersebut. Masalah kelas bising, kurang

masa memeriksa buku pelajar dan kurang masa rehat antara waktu mengajar

merupakan item punca stres yang memberikan tekanan kepada kebanyakan

responden. Berdasarkan dapatan Helen et al. tersebut, terdapat persoalan yang boleh

dikaji iaitu mengapa terdapat guru yang merasa stres pada sesuatu tugas yang diberi,

manakala guru yang lain kurang atau tidak merasa stres.

Tee dan Azizi (2006), yang mengkaji punca stres dan tahap stres di kalangan

guru aliran teknik di sekolah menengah teknik di negeri Johor, Melaka dan Negeri

Sembilan mendapati tahap stres kerja di kalangan responden berada pada tahap yang

sederhana. Faktor salah laku pelajar (min = 3.43) telah dikenal pasti sebagai faktor

utama stres kerja di kalangan responden. Ini diikuti oleh faktor kekangan masa dan

sumber (min = 2.97), faktor penghargaan (min = 2.90) dan faktor perhubungan

interpersonal (min = 2.85). Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan

stres kerja yang signifikan di kalangan responden mengikut jantina, status

perkahwinan dan kelulusan akademik yang tertinggi. Di samping itu didapati stres

kerja responden juga dibuktikan tidak berhubung secara signifikan dengan umur,

pengalaman mengajar dan pendapatan gaji sebulan.

Ahmad Azhari (1998), telah mebuat tinjauan mengenai tahap stres di

kalangan guru di kawasan Sabak Bernam dan mendapati seramai 6.1% guru telah

mengalami tahap stres yang tinggi. Noriah (1994), pula telah mengkaji pola

pemilihan respon di dalam menangani ketegangan dan hubungannya di Daerah

Gombak, Ulu Langat dan Petaling menunjukkan bahawa tahap stres guru adalah

tinggi iaitu 29.4%.

Abdull Rahim (2003), telah menjalankan kajian ke atas 120 orang sampel

yang terdiri dari guru-guru diempat buah sekolah menengah di kawasan Jengka,

Pahang. Instrumen LBDQ digunakan untuk mengukur tingkah laku tahap

kepimpinan pengetua, dan set soalan Sutcliffe digunakan untuk mengukur tekanan

kerja. Kajian menunjukkan pengetua perlu meningkatkan peranan, hubungan dan

perhatian kepada orang bawahan agar dapat meningkatkan kepuasan kerja dan

mengurangkan tekanan kerja guru-guru. Kajian Abdull Rahim juga mendapati

terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku kepimpinan pengetua dengan

tekanan kerja guru. Namun hubungannya adalah songsang sekiranya tingkahlaku

Page 55: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

38

kepimpinan pengetua adalah baik maka tekanan kerja guru-guru adalah rendah dan

sebaliknya. Berdasarkan kajian didapati tekanan kerja guru-guru yang dikaji adalah

pada tahap rendah kerana semua sampel memberikan tahap tingkahlaku kepimpinan

pengetua yang baik.

Ab. Rahim (2002), menjalankan kajian ke atas faktor-faktor yang

mempengaruhi stres (tekanan) dan niat untuk meninggalkan profesion perguruan di

kalangan guru sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah Kota Tinggi, Johor.

Didapati faktor luaran yang paling menimbulkan masalah stres di kalangan

responden ialah faktor salah laku pelajar, beban kerja dan kekangan masa berada

pada kedudukan pertama dan kedua teratas diikuti dengan ethos sekolah yang tidak

menyenangkan dan keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan. Di antara

kandungan item-item salah laku pelajar ialah responden mengalami stres apabila

mereka berhadapan dengan sikap sambil lewa pelajar semasa membuat tugas, apabila

responden berhadapan dengan salah laku pelajar dan apabila salah laku pelajar

menimbulkan gangguan kepada responden. Manakala kandungan item-item faktor

beban kerja dan kekangan masa ialah apabila responden mempunyai terlalu banyak

kerja atau tugas, apabila responden tidak dapat memberi perhatian kepada setiap

pelajar, apabila responden harus menyiapkan kerja pentadbiran, apabila responden

terpaksa menjalankan tugas lain selain daripada mengajar dan apabila responden

tidak cukup masa untuk menyiapkan rancangan mengajar dan menanda buku. Kajian

Ab. Rahim juga menunjukkan 66 daripada 69 responden di sekolah menengah dan

seramai 53 daripada 61 orang responden di sekolah rendah berada pada tahap stres

yang rendah. Manakala hanya seramai dua orang di sekolah menengah dan seramai

lapan responden mengalami tahap stres yang sederhana. Hanya seorang responden

di sekolah menengah mengalami tahap stres yang tinggi, manakala tidak ada seorang

pun responden yang mengalami tahap stres yang tinggi di sekolah rendah.

Setiap manusia menghadapi pelbagai faktor yang menyumbang stres. Faktor

stres yang dialami oleh guru kebanyakkannya adalah mempunyai persamaan.

Namun terdapat perbezaan dari segi tahap stres yang dialami oleh setiap individu.

Perbezaan ini disebabkan oleh individu yang mempunyai perbezaan dari segi

personaliti, pemikiran, penerimaan dan jati diri seseorang.

Page 56: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

39

2.6.2 Kajian Luar Negara Davidson dan Cooper (1984), mengkaji perbandingan stres perjawatan di

kalangan pengurus wanita dan lelaki di United Kingdom. Kajian melihat perspektif

arena kerja, individu, dan menifestasi stres. Dapatan kajian menunjukkan pengurus

wanita mengalami stres kerja lebih tinggi berbanding lelaki. Keempat-empat

perspektif menyumbang kepada stres bagi kedua-dua jantina tersebut.

Kajian Hamel dan Braken (1986), melihat stres kerja di kalangan 3 jenis

kumpulan pekerja iaitu: pekerja kolar putih, pekerja kolar biru dan golongan

profesional. Fokus kajian kepada beban kerja, konflik peranan, kekaburan peranan

dan kemahiran yang tidak dikuasai. Dapatan kajian didapati pekerja kolar putih dan

golongan proesional menyatakan beban kerja lebih berat berbanding dengan

golongan pekerja kolar biru. Golongan profesional mengalami konflik dan

kekaburan peranan yang paling tinggi.

Kajian ketengangan di kalangan guru-guru di Australia Barat dijalankan oleh

Tuettemann dan Punch (1990) dalam Noriah (1994), mendapati bahawa 45%

daripada subjek yang dikaji mengalami masalah pekerjaan (N=574). Daripada 45%

ini pula 50% mempunyai tahap ketegangan yang tinggi.

Tekanan dialami oleh semua lapisan masyarakat. Cara menghadapi tekanan

itu yang membezakan tahap tekanan yang dirasai oleh seseorang.

Page 57: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

40

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tajuk-tajuk mengenai reka bentuk kajian, populasi,

sampel dan tempat kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan tatacara

penganalisaan data. Di dalam reka bentuk kajian, pengkaji membincangkan bentuk

kajian yang digunakan dan sebab-sebab reka bentuk tersebut digunakan. Lokasi dan

sampel kajian merujuk kepada kawasan kajian dijalankan dan responden yang

digunakan dalam kajian. Instrumen kajian pula menjelaskan kaedah maklumat

kajian diperolehi. Prosedur kajian membincangkan langkah-langkah yang diambil

untuk memperolehi data kajian. Sementara tatacara penganalisaan data pula,

menjelaskan langkah-langkah yang diambil untuk menganalisis data kajian.

3.2 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah secara tinjauan. Menurut Cohen dan Manion

(1985) dalam Mohamad Najib (1999), cara tinjauan dibuat dengan mengambil data

dalam satu masa tertentu sahaja dan menggunakan soal selidik. Penyelidik hanya

meninjau situasi pada satu masa dan tidak menerangkan kaitan lanjutan kecuali pola

pada satu-satu peringkat sahaja. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perhubungan

di antara gaya pengetua dengan tahap stres yang dihadapi oleh guru. Reka bentuk

kajian yang dijalankan adalah berpandukan kepada proses menjalankan kajian seperti

yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Dalam kajian ini data dikumpulkan secara kuantitatif. Penyelidik

menggunakan kaedah tinjauan kerana kaedah ini dapat mengukur subjek kajian yang

luas berdasarkan soal selidik yang disediakan. Instrumen soal selidik mempunyai

item-item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A merupakan demografi

Page 58: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

41

responden, bahagian B merupakan gaya kepemimpinan pengetua iaitu dimensi

pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa manakala bahagian C pula

adalah tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dua dimensi tersebut.

.

Rajah 3.1 : Proses Reka Bentuk Kajian (Sumber : Mohd. Najib, 2003)

1. Tentukan objektif

2. Tentukan maklumat yang dikehendaki

3. Kumpul maklumat awal: penjadualan, analisis program dan sampel

4. Sorot maklumat dan penuliasan terkini mengenai topik dan

bidang

5. Tentukan keperluan sumber : staf, masa dan kewangan

6. Tentukan persampelan

7. Pilih cara tinjauan

8. Bina soal selidik

11. Kajian rintis

9. Struktur dan Pernyataan soalan

10. Pilih kaedah proses data

12. Ubah suai soal selidik dan persempelan

13. Temubual ringkas

14. Sertakan surat penerangan untuk tinjauan melalui pos

15. Hantar surat peringatan

16. Tinjauan UTAMA

17. Suntingan dan pengkodan, tentukan penjadualan sebenar

18. Penjadualan dan analisi data

19. Laporan / tesis

Page 59: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

42

Setelah mengenal pasti masalah yang hendak dikaji, penyelidik melakukan

kajian mengikut langkah seperti mana proses reka bentuk kajian yang dinyatakan

oleh Mohd. Najib (2003) tersebut (Rajah 3.1). Terlebih dahulu pengkaji menentukan

objektif yang hendak dikaji dan membuat hipotesis. Kemudian pengkaji menentukan

maklumat yang diperlukan berdasarkan kehendak objektif kajian dan pengujian

hipotesis. Pengkaji menyorot kajian dari bahan-bahan kajian terdahulu dan penulisan

yang berkaitan dengan skop kajian. Maklumat awal dikumpulkan untuk dijadikan

panduan kajian. Di antara maklumat yang dikumpulkan ialah cara mendapatkan

responden, kaedah menjalankan kajian, cara penulisan setiap bab, dan cara penulisan

hasil dapatan.

Setelah pengkaji membuat keputusan untuk menjalankan kajian secara

tinjauan menggunakan soal selidik, maka instrumen kajian dicari daripada pengkaji-

pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk mendapatkan instrumen yang telah

dikenal pasti mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang telah diuji. Namun

setelah mendapat maklum balas dari penyelia, instrumen bahagian demografi perlu

dibuat penyesuaian dan bahagian gaya kepimpinan pengetua boleh diguna pakai,

tetapi bahagian tahap stres guru perlu dibina sendiri atau diganti kepada instrumen

yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji mengambil keputusan untuk

membina sendiri instrumen bahagian tahap stres guru dengan bimbingan penyelia.

Instrumen yang dibina mempunyai kaitan secara langsung di antara gaya kepimpinan

pengetua dan tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua yang dikaji.

Gaya kepimpinan pengetua yang dikaji dan stres guru yang berkaitan dengan gaya

tersebut ialah dari dimensi berstruktur dan timbang rasa pengetua. Kajian rintis

dilakukan untuk mengesan sebarang kekaburan ayat dan mengumpul maklum balas

responden terhadap instrumen. Pembetulan dan pengubahsuaian item dilakukan dan

kajian rintis dibuat semula. Setelah kali kedua kajian rintis dan setiap item instrumen

mempunyai nilai Alfa Cronbach yang tinggi diperolehi, pengkaji mula membuat

tinjauan dengan cara mengedar soal selidik ke sekolah-sekolah yang dikenal pasti.

Pada masa yang sama pengkaji turut sertakan surat kebenaran dari Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah agar

kajian dapat berjalan lancar. Hasil kajian dikod, diproses dan dianalisis untuk dibuat

laporan kajian.

Page 60: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

43

3.3 Populasi, Sampel dan Tempat Kajian

Populasi kajian adalah guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah

menengah harian biasa yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar,

Johor. Selain daripada itu sekolah tersebut hendaklah telah ditadbir oleh pengetua

yang sama sekurang-kurang selama setahun. Setelah mengambil kira perkara

tersebut, didapati hanya lapan buah sekolah yang berkaitan. Jumlah populasi guru di

lapan sekolah tersebut ialah seramai 685 orang (Pejabat Pelajaran Daerah Muar,

2007).

Setelah mengambil kira permasalahan biasa dalam mengendalikan kajian

tinjauan yang melibatkan guru, pengkaji telah mengedarkan 50 set soal selidik

kepada guru-guru di lapan buah sekolah berkenaan yang menjadikan jumlah sampel

yang terlibat adalah seramai 400 orang. Pemilihan sampel adalah secara tak rawak

kouta. Menurut kaedah persempelan (Blum dan Foos, 1986; Cohen dan Manion,

1989; Kerlinger, 1986 dan Black, 1993 dalam Mohamad Najib, 1999), sampelan

kuota melibatkan pemilihan secara bertujuan melalui beberapa tapisan. Untuk itu

pengkaji telah menapis dalam pemilihan sampel iaitu guru-guru di daerah Muar

dipilih di kalangan sekolah yang mempunyai dua sesi persekolahan. Sekolah

tersebut juga perlu telah ditadbir oleh pengetua yang sama sekurang-kurangnya

selama setahun. Guru-guru yang dipilih juga perlu telah berada dibawah pengurusan

dan pentadbiran pengetua tersebut sekurang-kurangnya setahun. Guru-guru yang

memenuhi kriteria menjalani proses pengasingan sesi persekolahan terlebih dahulu

bertujuan untuk mendapat imbangan sampel. 400 orang guru yang terlibat dalam

kajian merupakan guru-guru yang mengajar dari Tingkatan Peralihan hingga

Tingkatan Enam dalam kedua-dua sesi persekolahan. Bagaimanapun, hanya 314 set

soal selidik telah dipulangkan dan boleh diproses. Selebihnya tidak dipulangkan dan

terdapat sebilangan kecil soal selidik yang rosak kerana responden tidak menjawab

ketiga-tiga bahagian dengan lengkap. Walaubagaimana pun bilangan soal selidik

yang terkumpul adalah melebihi had saiz sampel yang disarankan oleh Mohd. Najib

(2003) berdasarkan sela keyakinan. Menurut Mohd. Najib (2003), sela keyakinan

(s.k.) ialah kebarangkalian peratus sampel mempunyai ciri jika dibandingkan dengan

peratus sampel daripada populasi. Konsepnya ialah semakin kecil nilai sela kelas,

maka semakin baik untuk mengurangkan ralat pengukuran. Dalam kajian ini, untuk

Page 61: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

44

saiz sampel 300, nilai sela keyakinan (+/-) ialah 5.6. Indeks pembetulan sekiranya

kejadian sangat selalu atau jarang-jarang berlaku ialah 0.98 apabila kekerapan

kejadian dalam populasi ialah 46 peratus (314 daripada 685). Faktor pembetulan

apabila saiz sampel adalah sebahagian penting populasi ialah 0.71 iaitu apabila

peratus sampel adalah 50 peratus dari populasi. Maka kemungkinan peratus sebenar

sampel mempunyai ciri populasi ialah 50-5.6 peratus dan 50+5.6 peratus iaitu

daripada 44 hingga 55 peratus.

3.4 Instrumen Kajian

Menurut Mohd. Najib. Najib (2001), instrumen berbentuk soal selidik mudah

ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis.

Instrumen kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A (demografi),

bahagian B (Soal selidik gaya kepimpinan pengetua, LBDQ) dan bahagian C (soal

selidik tahap stres guru) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.1 : Jadual Spesifikasi Instrumen Bahagian Perkara Item Bilangan

Item A Demografi responden 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 7

B Gaya Kepimpinan Pengetua B1 : Dimensi berstruktur 2, 4, 6, 8, 9, 12, 13,

14, 18, 20, 22, 24, 26, 28, 30

15

B2 : Dimensi timbang rasa 1, 3, 5, 7, 10, 11, 15, 16, 17, 19, 21, 23, 25, 27, 29

15

C Tahap stres guruC1 : Berdasarkan gaya pengetua dimensi berstruktur

2, 4, 6, 8, 9, 12, 13, 14, 18, 20, 22, 24, 26, 28, 30

15

C2 : Berdasarkan gaya pengetua dimensi timbang rasa

1, 3, 5, 7, 10, 11, 15, 16, 17, 19, 21, 23, 25, 27, 29

15

Page 62: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

45

3.4.1 Bahagian A (demografi)

Bahagian A merupakan demografi responden iaitu jantina, umur, pengalaman

mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan

sidang / sesi persekolahan.

3.4.2 Bahagian B (Soal selidik gaya kepimpinan pengetua, LBDQ)

Bahagian B mengandungi 30 item yang bertujuan untuk mendapatkan

maklumat tentang gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru iaitu sama

ada pengetua mengamalkan dimensi berstruktur atau dimensi timbang rasa. Skala

likert lima mata digunakan untuk soal selidik ini di mana skala tersebut adalah

seperti Jadual 3.2. Dalam bahagian ini responden diminta membulatkan nombor

yang paling sesuai dengan pandangan mereka iaitu mengenai kekerapan tingkahlaku

yang pengetua telah tunjukkan. Bagi menentukan kebolehpercayaan item gaya

kepimpinan kaedah Pekali Alfa digunakan. Item nombor 10, 15, dan 16 ialah item

yang mempunyai skor negatif. Bagi pernyataan negatif yang terdapat di dalam soal

selidik tingkah laku kepimpinan telah ditukarkan kepada pernyataan yang positif

seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.2 : Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Bahagian B (LBDQ)

Skala Mata

Tidak pernah (TP) 1

Jarang-jarang (JJ) 2

Sekali sekala (SS) 3

Kerap kali (KK) 4

Sentiasa (S) 5

Jadual 3.3 : Cara Pemarkatan Gaya Kepimpinan Pengetua

Item Sentiasa Kerap kali Sekali sekala Jarang-jarang Tidak pernah

Positif 5 4 3 2 1

Negatif 1 2 3 4 5

Page 63: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

46

Alat ini dicipta oleh Hemphill dan Coons (1950) dan telah diubahsuai oleh

Halpin dan Winer (1952). Alat ini kemudiannya telah dimurnikan oleh Halpin

(1966). Soal selidik ini telah siap diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia dan

dimurnikan mengikut kesesuaian telah diambil terus oleh penyelidik dari Ong

(2001). LBDQ ini telah digunakan oleh pengkaji lain seperti Nagayaya (1988),

Mohd Shapri (1995), Suaidah (1984) dan Kalaiselvam (2000). Nilai Alpha Cronbach

Soal Selidik LBDQ yang dijalankan oleh Ong (2001) ialah 0.846.

Setiap item mempunyai skor 1 - 5 mata. Maka jarak yang mungkin untuk

setiap dimensi ialah antara 15 – 75 (15 item x 1 mata bersamaan 15 dan 15 item x 5

mata bersamaan 75). Skor min terendah pula adalah 0 manakala skor min tertinggi

ialah 5. Jumlah skor ini akan mengenalpasti gaya kepemimpinan yang diamalkan

oleh pengetua sama ada tinggi atau rendah bagi dimensi kepemimpinan yang diukur.

Jumlah skor min () digunakan sebagai penentu antara skor rendah dengan skor

tinggi bagi setiap dimensi kepemimpinan mengikut item. Jumlah skor untuk item-

item setiap dimensi yang lebih tinggi daripada min dianggap mengamalkan gaya

kepemimpinan yang tinggi, manakala jika jumlah skor yang rendah daripada min

dianggap kurang mengamalkan dimensi kepimpinan tersebut. Jadual 3.4

menunjukkan jumlah skor mata dan skor min untuk menentukan tahap gaya

kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua berdasarkan pandangan guru.

Jadual 3.4 : Jumlah Skor Untuk Penentuan Tahap Dimensi Gaya Kepimpinan

Tahap Gaya Kepimpinan Jumlah Skor Mata Jumlah Skor Min ()

Tinggi 46 – 75 3.01 – 5.00

Rendah 15 – 45 1.00 – 3.00

3.4.3 Bahagian C (Soal Selidik Tahap Stres Guru)

Bahagian C merupakan soal selidik tahap stres guru yang dibina sendiri oleh

pengkaji dengan cara mengubahsuai semua item dalam bahagian B (LBDQ) dan

disesuaikan dengan tahap stres guru berdasarkan dua dimensi gaya kepimpinan

pengetua iaitu dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Bahagian C

Page 64: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

47

mengandungi item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap stres guru

berdasarkan item bagi gaya kepimpinan pengetua yang mengamalkan sama ada

dimensi berstruktur atau dimensi timbang rasa. Soal selidik ini mengandungi 30 item

untuk mengukur tahap stres guru dalam menghadapi gaya kepimpinan pengetua

berdasarkan dua dimensi kepimpinan tersebut. Pembahagian item seperti dalam

Jadual 3.2. Item nombor , 3, 4, 22 dan 24 ialah item yang mempunyai skor positif.

Bagi pernyataan negatif yang terdapat di dalam soal selidik stres guru telah

ditukarkan kepada pernyataan yang positif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual

3.5. Jadual 3.6 pula merupakan skala jawapan untuk soal selidik tahap stres guru

berdasarkan gaya kepimpinan pengetua.

Jadual 3.5 : Cara Pemarkatan Tahap Stres / Tekanan Guru

Item Amat sangat

tertekan

Pasti

tertekan

Agak

tertekan

Sedikit

tertekan

Tiada

tekanan

Positif 5 4 3 2 1

Negatif 1 2 3 4 5

Jadual 3.6 : Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Tahap Stres Guru

Tahap Tekanan Kerja Mata

Tiada tekanan 1

Sedikit tekanan 2

Agak tertekan 3

Pasti tertekan 4

Amat sangat tertekan 5

Jadual 3.7 : Jumlah Skor Untuk Tahap Stres Guru

Tahap Stres Mata Min

Skor tertinggi 150 5

Skor terendah 30 1

Page 65: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

48

Untuk penentuan tahap stres guru dilihat dari min yang diperolehi. Untuk

menetukan skor min adalah dengan cara pengiraan. Setiap item mempunyai 1 – 5

mata. Jumlah skor minima bagi tekanan kerja guru ialah 30 mata (30 item x 1 mata)

dan jumlah skor maksima pula ialah 150 mata (30 item x 5 mata). Jumlah skor

minima digunakan untuk mengenalpasti tahap tekanan kerja guru sama ada tinggi

atau rendah. Jadual 3.7 menunjukkan jumlah min untuk menentukan tahap stres

guru.

3.5 Prosedur Kajian

Kajian yang dijalankan telah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia. Seterusnya pengkaji memohon kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri

Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Pihak sekolah dihubungi menerusi

telefon, surat dan pertemuan. Soal selidik diedar dan dipungut semula dengan

kerjasama guru bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah berkenaan. Data

dimasukkan ke dalam perisian SPSS secara berperingkat. Kemudian data diproses

dan dianalisis. Akhir sekali dapatan kajian ditulis dalam bentuk laporan projek.

3.6 Takwim Kajian

Takwim kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

Bil Perkara Tarikh

1 Membuat rujukan dan menyediakan kertas

cadangan (bab 1, 2, 3)

Mei hingga Julai 2007

2 Membuat kajian rintis 18 Julai 2007

3 Perjumpaan dengan penyelia: pandangan mengenai

kertas cadangan

14 Ogos 2007

4 Membuat pembetulan dan membina instrumen stres 15 -17 Ogos 2007

5 Perjumpaan dengan penyelia: Semakan, pembetulan 18 Ogos 2007

6 Membuat kajian rintis semula 18 – 23 Ogos 2007

Page 66: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

49

Bil Perkara Tarikh

7 Membuat pembetulan dan membuat rujukan kajian 19 Ogos hingga

8 September 2007

8 Perjumpaan dengan penyelia : SPSS 9 September 2007

9 Menjalankan kajian rintis dan membuat pembetulan

instrumen

9-15 September 2007

10 Mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian

dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

10 September 2007

11 Mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian

daripada Jabatan Pelajaran Johor

21 September 2007

12 Mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian

daripada Pejabat Pelajaran Daerah Muar

24 September 2007

13 Mengedarkan borang kajian ke sekolah-sekolah 10-24 September 2007

14 Mengumpul semula borang kajian dari sekolah-

sekolah

28 September -

26 Oktober 2007

15 Memasukkan data ke dalam SPSS secara

berperingkat

28 September -

27 Oktober 2007

16 Menganalisis data 28-30 Oktober 2007

17 Menulis bab 4 (dapatan kajian) 30 Oktober -

1 November 2007

18 Menulis bab 5 (perbincangan dan kesimpulan) 2-3 November 2007

19 Perjumpaan dengan penyelia: Dapatan, rumusan 3 November 2007

20 Membuat pembetulan penulisan kajian 3-15 November 2007

21 Penyerahan laporan yang telah siap 16 November 2007

22 Semakan oleh panel komprehensif 26 November 2007

23 Membuat pembetulan penulisan 26-28 November 2007

24 Hantar laporan yang telah siap 30 November 2007

Page 67: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

50

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis ini bertujuan untuk menentukan kesesuaian soal selidik yang

digunakan. Menurut Mohd. Najib (2003), kajian rintis adalah untuk menentukan

kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Soal selidik ditadbir kepada sekumpulan

responden yang mempunyai ciri yang sama dengan populasi sebenar. Jumlah

responden seramai 15-20 orang telah mencukupi untuk analisis kesahan luaran dan

indeks kebolehpercayaan. Pengkaji telah menjalankan kajian rintis ke atas 29 orang

guru.

Tujuan kajian rintis adalah untuk menentukan tahap keesahan (Mohd. Najib,

2003) dengan cara:

i. Adakan perbincangan setiap item dengan semua responden.

ii. Apakah kefahaman mereka untuk setiap item?

iii. Apakah mereka jelas dengan setiap pernyataan perkataan dan ayat dalam

item?

iv. Buat catatan bagi setiap masalah yang dihadapi mengenai sampel kajian rintis

untuk ubahsuai. Ayat yang samar, tidak difahami dan diberi jawapan yang

berbeza dengan objektif perlu diubahsuai menggunakan ayat dan struktur

yang difahami sampel.

Maklum balas daripada responden dalam kajian ini mendapati bahawa isi

kandungan soal selidik bahagian A (demografi) dan bahagian B (LBDQ) tidak

mempunyai masalah bahasa atau kekaburan item. Soal selidik bahagian C yang

didapati punya kesamaran ayat ialah item nombor 1 dan 2 sahaja dan telah

diubahsuai.

Kebolehpercayaan dan kestabilan dalaman instrumen telah diuji dengan

menggunakan kaedah ‘Cronbach Alpha’. Didapati nilai Alpha Cronbach bagi

kesemua konstruk adalah antara 0.610 hingga 0.914. Menurut Mohamad Najib

(1999), jika nilai Alfa Cronbach melebihi 0.6, maka instrumen tersebut sesuai

digunakan. Disebabkan nilai Alfa Cronbach yang didapati melebihi 0.6 maka

instrumen tersebut sesuai digunakan kerana mempunyai kebolehpercayaan instrumen

adalah tinggi.

Page 68: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

51

Nilai Alpha Cronbach Soal Selidik LBDQ yang pengkaji lakukan untuk

kajian rintis ke atas 29 orang responden ialah 0.887 manakala nilai Nilai Alpha

Cronbach soal selidik sebenar yang dijalankan ke atas 314 orang responden ialah

0.770. Nilai Alpha Cronbach Soal Selidik tahap stres guru yang pengkaji lakukan

untuk kajian rintis ke atas 29 orang responden ialah 0.920 manakala nilai Nilai Alpha

Cronbach soal selidik sebenar yang dijalankan ke atas 314 orang responden ialah

0.897. Perbezaan tersebut dapat dilihat secara lebih jelas seperti yang ditujukkan

dalam Jadual 3.8.

Jadual 3.8 : Nilai Alpha Cronbach Soal Selidik LBDQ dan Tahap Stres Guru

Item Kajian Bilangan

Responden

Nilai Ahpha

Cronbach

Bahagian B:

Gaya Kepimpinan Pengetua

(LBDQ)

Rintis 29 0.887

Sebenar 314 0.770

Bahagian C:

Tahap Stres Guru berdasarkan

gaya kepimpinan pengetua

Rintis 29 0.920

Sebenar 314 0.8970

3.8 Pembolehubah Kajian

Kajian ini mempunyai dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan

pembolehubah bebas. Pembolehubah bersandar kajian ialah tahap stres guru. Tahap

stres guru diberi pemeringkatan sama ada rendah, sederhana ataupun tinggi.

Penentuan tahap stres guru dibuat berdasarkan min skor responden terhadap tahap

stres yang dirasai pada gaya kepimpinan pengetua. Pembolehubah bebas kajian ialah

faktor-faktor demografi responden (guru) iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar,

status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sidang/sesi

persekolahan. Pembolehubah-pembolehubah bebas ini akan memberi kesan kepada

pembolehubah bersandar. Hubungan di antara pemboleh ubah adalah seperti Rajah

3.2.

Page 69: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

52

PEMBOLEHUBAH BEBAS PEMBOLEHUBAH BERSANDAR

Rajah 3.2 : Hubungan Antara Pembolehubah Bebas Dan Pembolehubah Bersandar

3.9 Analisis Data

Sebanyak 314 daripada 400 borang soal-selidik telah dikembalikan untuk

dianalisis. Data di analisis dengan menggunakan Program Statistical package of

Sosial Sciense (SPSS) for Windows 11.5. Soal selidik dianalisis menggunakan

statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan analisis dipaparkan dalam bentuk jadual

yang menunjukkan kekerapan, min dan peratusan. Daripada data yang diperolehi,

keputusan kajian dibincangkan mengikut setiap item berpandukan objektif dan

hipotesis kajian.

3.9.1 Kaedah Deskriptif

Kaedah deskriptif yang menunjukkan kekerapan, min dan peratusan di

gunakan untuk taburan demografi iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar, status

perkhawinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan.

FAKTOR DEMOGRAFI

Jantina

Umur

pengalaman mengajar

Status perkahwinan,

Sebagai guru kelas

Mengajar kelas peperiksaan

dan sidang / sesi persekolahan

GAYA KEPIMPINAN

PENGETUA

Berstruktur

Bertimbang rasa

TAHAP STRES GURU

Berstruktur

Bertimbang rasa

o Tinggi

o Sederhana

o Rendah

Page 70: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

53

3.9.2 Kaedah Inferensi

Kaedah inferensi digunakan untuk menguji hipotesis yang memerlukan

statistik lanjutan.

i. Pengujian hipotesis i :

Pengujian hipotesis yang pertama iaitu untuk menguji perbezaan tahap stres

guru dari segi demografi. Faktor demografi yang mempunyai dua pembolehubah

iaitu jantina, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan

diuji menggunakan min dan Ujian-t. Menurut Mohd. Najib (2003), Ujian-t

digunakan untuk menguji perbezaan signifikan antara min dua kumpulan. Dalam

kajian ini analisis Ujian-t digunakan untuk menguji Hipotesis nol (Ho). Aras

signifikan yang digunakan ialah pada aras keyakinan p ≤ 0.05. Pembolehubah yang

mempunyai lebih dari dua kumpulan iaitu umur, pengalaman mengajar dan status

perkahwinan diuji dengan menggunakan ANOVA.

ii. Pengujian hipotesis ii :

Untuk menguji hubungan antara gaya kepimpinan pengetua (dimensi

berstruktur dan dimensi timbang rasa) dengan tahap stres guru menggunakan ujian

statistik korelasi Pearson, r dan diplotkan seperti Rajah 3.3.

Rajah 3.3 : Plot Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap

Stres Guru

Tahap Stres Gaya Berstruktur

Tahap Stres Gaya Timbang Rasa

Page 71: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

54

Jadual 3.9 : Nilai Korelasi Dan Interpretasi Skala Pekali Korelasi

Skala Pekali Korelasi Interpretasi

0.00 - 0.20 Korelasi yang sangat lemah

0.21 – 0.40 Korelasi yang lemah, rendah

0.41 - 0.70 Korelasi yang sederhana

0.71 - 0.90 Korelasi yang tingi, kuat

0.91 – 1.00 Korelasi yang sangat tinggi, sangat kuat

(Sumber : Rowntree, 1981 dalam Mohd. Najib, 2003) Kaedah Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara gaya

kepimpinan pengetua dengan tahap stres guru. Untuk menginterprestasikan saiz dan

darjah hubungan nilai indeks 0 hingga 1 digunakan. Menurut Mohd. Najib (2003),

nilai 0 bermakna tahap kebolehpercayaan yang sangat rendah dan nilai yang hampir

kepada 1 ialah tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Nilai korelasi dan

interpretasi skala pekali korelasi ditunjukkan dalam Jadual 3.9.

Page 72: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

55

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan tentang dapatan yang diperolehi melalui soal

selidik yang telah diedarkan. Perbincangan deskriptif menumpukan kepada

penghuraian latar belakang responden seperti jantina, umur, pengalaman mengajar,

status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi

persekolahan. Penganalisisan inferensi pula melibatkan kaedah statistik analisis min,

ujian-t, Anova dan ujian korelasi pearson-r untuk melihat hubungan dan perbezaan

pembolehubah yang dikaji berdasarkan hipotesis yang telah dibina.

4.2 Huraian Latar Belakang Responden Latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, pengalaman

mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan

sesi persekolahan.

4.2.1 Jantina

Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Hasil daripada

kajian didapati responden lelaki adalah seramai 95 orang (30.3 %), manakala

responden perempuan seramai 219 orang (69.7 %). Keadaan menunjukkan bahawa

responden perempuan melebihi responden lelaki.

Page 73: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

56

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina Jantina Bilangan (n) Peratus (%)

Lelaki 95 30.3

Perempuan 219 69.7

Jumlah 314 100.0

4.2.2 Peringkat Umur

Jadual 4.2 menunjukkan seramai 82 orang (26.1%) responden kajian adalah

berumur 20 hingga 30 tahun, seramai 123 orang (39.2 %) berumur antara 31 tahun

hingga 40 tahun dan seramai 109 orang (34.7 %) responden kajian adalah berumur

41 tahun dan ke atas.

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan (n) Peratus (%)

20 – 30 tahun 82 26.1

31 – 40 tahun 123 39.2

41 tahun dan ke atas 109 34.7

Jumlah 314 100

4.2.3 Pengalaman Mengajar Responden

Jadual 4.3 menunjukkan seramai 144 orang (45.9%) responden kajian

mempunyai pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun, seramai 108 orang (34.4%)

diantara 11 hingga 20 tahun dan seramai 62 orang (19.7%) responden kajian

mempunyai pengalaman mengajar 21 hingga 30 tahun.

Page 74: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

57

Jadual 4.3 : Taburan Pengalaman Mengajar Responden Pengalaman Mengajar Bilangan (N) Peratus (%)

1 – 10 tahun 144 45.9

11 – 20 tahun 108 34.4

21 – 30 tahun 62 19.7

Jumlah 314 100

4.2.4 Status Perkahwinan Responden

Jadual 4.4 menunjukkan seramai 67 orang (21.3%) responden kajian adalah

terdiri guru bujang, seramai 242 orang (77.1%) responden kajian adalah terdiri guru

berkahwin manakala seramai 5 orang (1.6%) adalah dari kalangan guru yang

duda/janda/berpisah/balu.

Jadual 4.4 : Taburan Status Perkahwinan Responden Status Perkahwinan Bilangan (N) Peratus (%)

Bujang 67 21.3

Berkahwin 242 77.1

Duda/Janda/Berpisah/Balu 5 1.6

Jumlah 314 100

4.2.5 Adakah Responden Sebagai Guru Kelas?

Jadual 4.5 menunjukkan seramai 183 orang (58.3%) responden kajian adalah

guru kelas, manakala seramai 131 orang (41.7%) adalah bukan sebagai guru kelas.

Jadual 4.5 : Taburan Adakah Sebagai Guru Kelas?

Sebagai Guru Kelas Bilangan (N) Peratus (%)

Tidak 131 41.7

Ya 183 58.3

Jumlah 314 100

Page 75: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

58

4.2.6 Adakah Responden Mengajar Kelas Peperiksaan

Jadual 4.6 menunjukkan seramai 124 orang (39.5%) responden kajian tidak

mengajar kelas peperiksaan, manakala seramai 190 orang (60.5 %) adalah guru yang

terlibat mengajar kelas peperiksaan.

Jadual 4.6 : Taburan Adakah Responden Mengajar Kelas Peperiksaan Mengajar Kelas Peperiksaan Bilangan (N) Peratus (%)

Tidak 124 39.5

Ya 190 60.5

Jumlah 314 100

4.2.7 Sesi / Sidang persekolahan responden

Jadual 4.7 menunjukkan seramai 213 orang (67.8%) responden kajian

merupakan guru yang mengajar di sidang/sesi pagi, manakala seramai 101 orang

(32.2%) adalah guru yang mengajar di sidang/sesi petang.

Jadual 4.7 : Taburan Sesi / Sidang Persekolah Responden

Sesi / Sidang persekolahan Bilangan (N) Peratus (%)

Pagi 213 67.8

Petang 101 32.2

Jumlah 314 100.0

4.3 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua Gaya kepimpinan pengetua yang dikaji adalah berdasarkan pada pandangan

guru. Guru menpersepsikan sama ada pengetua mengamalkan gaya berstruktur atau

bertimbang rasa.

Page 76: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

59

4.3.1 Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan PandanganGuru (Dimensi

Berstruktur)

Analisis gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru dapat dilihat

pada Jadual 4.8 (dimensi gaya berstruktur).

Jadual 4.8 : Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan Pandangan Guru

Mengikut Item (Gaya Berstruktur)

Item Pernyataan Item Tidak

Pernah

Jarang-

jarang

Sekali-

sekala

Kerap

kali

Selalu

Min

S.P. 24 Beliau meminta guru

mengikut segala peraturan dan

syarat kerja yang telah

ditetapkan

2

0.6%

8

2.5%

47

15.0%

144

45.9%

113

36.0%

4.14

.807

26 Beliau menjelaskan kepada

guru-guru apa yang

diharapkannya

6

1.9%

9

2.9%

49

15.6%

140

44.6%

110

35.0%

4.08

.888

18 Beliau menekankan segala

kerja yang diberi siap pada

waktu yang ditetapkan

4

1.3%

10

3.2%

49

15.6%

158

50.3%

93

29.6%

4.04

.834

22 Beliau memastikan semua

guru memahami peranan

beliau di sekolah

2

0.6%

19

6.1%

60

19.1%

135

43.0%

98

31.2%

3.98

.897

28 Beliau menentukan semua

guru menjalankan tugas

dengan sepenuhnya

1

0.3%

18

5.7%

68

21.7%

142

45.2%

85

27.1%

3.93

.862

12 Beliau menetapkan tugas

tertentu untuk setiap guru

2

0.6%

13

4.1%

72

22.9%

154

49.0%

73

23.2%

3.90

.823

13 Beliau menentukan jadual

kerja yang perlu dilaksanakan

5

1.6%

19

6.1%

71

22.6%

148

47.1%

71

22.6%

3.83

.901

14 Beliau mengekalkan satu

tahap pencapaian yang tetap

4

1.3%

16

5.1%

75

23.9%

159

50.6%

60

19.1%

3.81

.846

Page 77: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

60

Item Pernyataan Item Tidak

Pernah

Jarang-

jarang

Sekali-

sekala

Kerap

kali

Selalu

Min

S.P. 30 Beliau memastikan semua

tugas guru diselaraskan

4

1.3%

33

10.5%

87

27.7%

135

43.0%

55

17.5%

3.65

.931

20 Beliau menggalakkan guru

menggunakan prosedur kerja

yang sama

8

2.5%

22

7.0%

112

35.7%

129

41.1%

41

13.1%

3.64

1.948

2 Beliau memastikan sikapnya

jelas difahami oleh guru

3

1.0%

51

16.2%

96

30.6%

110

35.0%

54

17.2%

3.51

.989

4 Beliau senang mencuba idea-

idea baru bersama guru

9

2.9%

43

13.7%

85

27.1%

132

42.0%

44

14.0%

3.50

1.009

8 Beliau mengkritik kerja-kerja

guru yang tidak bermutu

20

6.4%

53

16.9%

122

38.9%

85

27.1%

34

10.8%

3.19

1.046

9 Beliau bercakap dengan gaya

yang tidak boleh dipersoalkan

35

11.1%

65

20.7%

105

33.4%

83

26.4%

26

8.3%

3.00

1.119

6 Beliau mentadbir secara

paksaan

81

25.8%

67

21.3%

110

35.0%

49

15.6%

7

2.2%

2.47

1.102

Min keseluruhan 3.6450

n = 314

Jadual 4.8 menunjukkan nilai kekerapan dan peratusan gaya kepimpinan

pengetua dimensi berstruktur berdasarkan pandangan guru. Berdasarkan jadual

didapati responden memilih item 24, iaitu beliau meminta guru mengikut segala

peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan mencatatkan seramai 2 orang (0.6%)

memilih tidak pernah, 8 (2.5%) jarang-jarang, 47 (15.0%) sekali-sekala, 144

(45.9%) kerap kali dan 113 (36.0%) sentiasa, (min bagi item ini ialah 4.14). Item 26

iaitu beliau menjelaskan kepada guru-guru apa yang diharapkannya mencatatkan

seramai 6 (1.9%) tidak pernah, 9 (2.9%) jarang-jarang, 49 (15.6%) sekali-sekala,

140 (44.6%) kerap kali, dan 110 (35.0%) sentiasa, (min = 4.08 ). Bagi item 18,

beliau menekankan segala kerja yang diberi siap pada waktu yang ditetapkan

mencatatkan seramai 4 orang (1.3%) tidak pernah, 10 (3.2%) jarang-jarang, 49

(15.6%) sekali-sekala, 158 (50.3%) kerap kali, dan 93 (29.6%) sentiasa, (min =

4.04).

Page 78: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

61

Untuk item 22, beliau memastikan semua guru memahami peranan beliau di

sekolah mencatatkan seramai 2 orang (0.6%) tidak pernah, 19 (6.1%) jarang-jarang,

60 (19.1%) sekali-sekala, 135 (43.0%) kerap kali, dan 98 (31.2%) sentiasa, (min =

3.98). Item 28 iaitu beliau menentukan semua guru menjalankan tugas dengan

sepenuhnya mencatatkan seramai 1 orang (0.3) tidak pernah, 18 (5.7%) jarang-

jarang, 68 (21.7%) sekali-sekala, 142 (45.2%) kerap kali, dan 85 (27.1%) sentiasa,

(min = 3.93). Untuk item 12, beliau menetapkan tugas tertentu untuk setiap guru,

seramai 2 orang (0.6%) tidak pernah, 13 (4.1%) jarang-jarang, 72 (22.9%) sekali-

sekala, 154 (49.0%) kerap kali, dan 73 (23.2%) sentiasa, (min = 3.90).

Bagi item 13 iaitu beliau menentukan jadual kerja yang perlu dilaksanakan

seramai 5 orang (1.6%) memilih tidak pernah, 19 (6.1%) jarang-jarang, 71 (22.6%)

sekali-sekala, 148 (47.1%) kerap kali, dan 71 (22.6%) sentiasa, (min = 3.83). Item

14 iaitu beliau mengekalkan satu tahap pencapaian yang tetap seramai 4 orang

(1.3%) memilih tidak pernah, 16 (5.1%) jarang-jarang, 75 (23.9%) sekali-sekala,

159 (50.6%) kerap kali, dan 60 (19.1%) sentiasa, (min = 3.81). Untuk item 30 iaitu

beliau memastikan semua tugas guru diselaraskan seramai 4 orang (1.3%) memilih

tidak pernah, 33 (10.5%) jarang-jarang, 87 (27.7%) sekali-sekala, 135 (43.0%) kerap

kali, dan 55 (17.5%) sentiasa, (min = 3.65).

Item 20 iaitu beliau menggalakkan guru menggunakan prosedur kerja yang

sama seramai 8 orang (2.5%) memilih tidak pernah, 22 (7.0%) jarang-jarang, 112

(35.7%) sekali-sekala, 129 (41.1%) kerap kali, dan 41 (13.1%) sentiasa, (min =

3.64). Bagi gaya kepimpinan beliau memastikan sikapnya jelas difahami oleh guru

iaitu item 2, seramai 3 orang (1.0%) memilih tidak pernah, 51 (16.2%) jarang-

jarang, 96 (30.6%) sekali-sekala, 110 (35.0%) kerap kali, dan 54 (17.2%) sentiasa,

(min = 3.51). Untuk item 4 iaitu beliau senang mencuba idea-idea baru bersama

guru seramai 9 orang (2.9%) memilih tidak pernah, 43 (13.7%) jarang-jarang, 85

(27.1%) sekali-sekala, 132 (42.0%) kerap kali, dan 44 (14.0%) sentiasa, (min =

3.50).

Seterusnya untuk item ke-8 iaitu beliau mengkritik kerja-kerja guru yang

tidak bermutu seramai 20 orang (6.4%) mensepsikan pengetua mereka tidak pernah,

53 (16.9%) jarang-jarang, 122 (38.9%) sekali-sekala, 85 (27.1%) kerap kali, dan 34

(10.8%) sentiasa, (min = 3.19). Bagi item 9 iaitu beliau bercakap dengan gaya yang

Page 79: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

62

tidak boleh dipersoalkan seramai 35 orang (11.1%) memilih tidak pernah, 65

(20.7%) jarang-jarang, 105 (33.4%) sekali-sekala, 83 (26.4%) kerap kali, dan 26

(8.3%) sentiasa, (min = 3.00 ). Item 6 iaitu beliau mentadbir secara paksaan seramai

81 orang responden (25.8%) memilih tidak pernah, 67 (21.3%) jarang-jarang, 110

(35.0%) sekali-sekala, 49 (15.6%) kerap kali, dan 7 (2.2%) sentiasa, (min = 2.47).

4.3.2 Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan PandanganGuru (Dimensi

Berstruktur)

Analisis gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru dapat dilihat

pada Jadual 4.9 (dimensi gaya timbang rasa).

Jadual 4.9 : Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan Pandangan Guru

Mengikut Item (Gaya Timbang Rasa)

Item Pernyataan Item Tidak

Perna

Jarang-

jarang

Sekali-

sekala

Kerap

kali

Selalu

Min

SP 21 Beliau bersedia melakukan

perubahan-perubahan

0

0.0%

14

4.5%

80

25.5%

154

49.0%

65

20.7%

3.99

2.399

23 Beliau mudah didekati dan

mesra dengan semua guru

10

3.2%

37

11.8%

85

27.1%

109

34.7%

73

23.2%

3.63

1.062

25 Guru-guru berasa senang

apabila berbincang dengan

beliau

9

2.9%

39

12.4%

93

29.6%

109

34.7%

64

20.4%

3.57

1.037

7 Beliau sedia meluangkan

masa untuk memberi

perhatian kepada guru

4

1.3%

42

13.4%

115

36.6%

111

35.4%

42

13.4%

3.46

.929

5 Beliau mudah difahami 9

2.9%

58

18.5%

106

33.8%

102

32.5%

39

12.4%

3.33

1.007

27 Beliau melaksanakan

cadangan-cadangan yang

dikemukakan oleh guru-guru

5

1.6%

45

14.3%

132

42.0%

106

33.8%

26

8.3%

3.33

.878

Page 80: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

63

Item Pernyataan Item Tidak

Perna

Jarang-

jarang

Sekali-

sekala

Kerap

kali

Selalu Min

SP17 Beliau menyokong segala

tindakan yang dilakukan oleh

guru-guru

8

2.5%

42

13.4%

135

43.0%

108

34.4%

21

6.7%

3.29

.874

29 Beliau mendapat persetujuan

guru-guru terlebih dahulu

sebelum meneruskan sesuatu

perkara penting

11

3.5%

60

19.1%

115

36.6%

102

32.5%

26

8.3%

3.23

.968

3 Beliau melakukan perkara-

perkara kecil bagi

membolehkannya disenangi

sebagai ahli dalam

masyarakat sekolah

12

3.8%

60

19.1%

118

37.6%

98

31.2%

26

8.3%

3.21

.973

11 Beliau mengambil berat

secara individu tentang hal-

hal kebajikan guru

17

5.4%

60

19.1%

122

38.9%

85

27.1%

29

9.2%

3.18

1.066

1 Beliau menghulurkan

pertolongan peribadi kepada

guru-guru

51

16.2%

67

21.3%

123

30.3%

56

17.8%

16

5.1%

2.73

1.098

19 Beliau menganggap semua

guru setaraf dengannya

55

17.5%

71

22.6%

116

36.9%

55

17.5%

17

5.4%

2.71

1.112

16 Beliau bertindak tanpa

berunding dahulu dengan

guru

54

17.2%

78

24.8%

106

33.8%

60

19.1%

16

5.1%

2.70

1.116

15 Beliau enggan menjelaskan

segala tindakannya

60

19.1%

93

29.6%

106

33.8%

45

14.3%

9

2.9%

2.61

1.965

10 Beliau suka bersendirian 51

16.2%

91

29.0%

113

36.0%

49

15.6%

10

3.2%

2.61

1.035

Min keseluruhan 3.1722 n = 314 orang

Jadual 4.9 menunjukkan nilai kekerapan dan peratusan gaya kepimpinan

pengetua dimensi bertimbang rasa berdasarkan pandangan guru. Didapati responden

memilih item 21 iaitu beliau bersedia melakukan perubahan-perubahan seramai 14

Page 81: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

64

orang (4.5%) jarang-jarang, 80 (25.5%) sekali-sekala, 154 (49.0%) kerap kali, dan 65

(20.7%) sentiasa, (min = 3.99). Bagi item 23 iaitu beliau mudah didekati dan mesra

dengan semua guru terdapat seramai 10 orang (3.2%) memilih tidak pernah, 37

(11.8%) jarang-jarang, 85 (27.1%) sekali-sekala, 109 (34.7%) kerap kali, dan 73

(23.2%) sentiasa, (min = 3.63). Item 25 iaitu guru-guru berasa senang apabila

berbincang dengan beliau seramai 9 orang (2.9%) memilih tidak pernah, 39 (12.4%)

jarang-jarang, 93 (29.6%) sekali-sekala, 109 (34.7%) kerap kali, dan 64 (20.4%)

sentiasa, (min = 3.57).

Item 7 iaitu beliau sedia meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada

guru seramai 4 orang (1.3%) memilih tidak pernah, 42 (13.4%) jarang-jarang, 115

(36.6%) sekali-sekala, 111 (35.4%) kerap kali, dan 42 (13.4%) sentiasa, (min =

3.46). Bagi item 7 iaitu beliau mudah difahami terdapat seramai 9 orang (2.9%)

memilih tidak pernah, 58 (18.5%) jarang-jarang, 106 (33.8%) sekali-sekala, 102

(32.5%) kerap kali, dan 39 (12.4%) sentiasa, (min = 3.33). Item 27 iaitu beliau

melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh guru-guru terdapat

seramai 5 (1.6%) memilih tidak pernah, 45 (14.3%) jarang-jarang, 132 (42.0%)

sekali-sekala, 106 (33.8%) kerap kali, dan 26 (8.3%) sentiasa, (min = 3.33).

Bagi item 17 iaitu beliau menyokong segala tindakan yang dilakukan oleh

guru-guru terdapat seramai 8 orang (2.5%) memilih tidak pernah, 42 (13.4%) jarang-

jarang, 135 (43.0%) sekali-sekala, 108 (34.4%) kerap kali, dan 21 (6.7%) sentiasa,

(min = 3.29). Untuk item 29 iaitu beliau mendapat persetujuan guru-guru terlebih

dahulu sebelum meneruskan sesuatu perkara penting, terdapat seramai 11 orang

(3.5%) memilih tidak pernah, 60 (19.1%) jarang-jarang, 115 (36.6%) sekali-sekala,

102 (32.5%) kerap kali, dan 26 (8.3%) sentiasa, (min = 3.23). Bagi item 3 iaitu

beliau melakukan perkara-perkara kecil bagi membolehkannya disenangi sebagai

ahli dalam masyarakat sekolah, terdapat seramai 12 orang (3.8%) memilih tidak

pernah, 60 (19.1%) jarang-jarang, 118 (37.6%) sekali-sekala, 98 (31.2%) kerap kali,

dan 26 (8.3%) sentiasa, (min = 3.21).

Seterusnya item 11 iaitu beliau mengambil berat secara individu tentang hal-

hal kebajikan guru terdapat seramai 17 orang (5.4%) memilih tidak pernah, 60

(19.1%) jarang-jarang, 122 (38.9%) sekali-sekala, 85 (27.1%) kerap kali, dan 29

(9.2%) sentiasa, (min = 3.18). Item 1 iaitu beliau menghulurkan pertolongan

Page 82: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

65

peribadi kepada guru-guru seramai 51 orang (16.2%) memilih tidak pernah, 67

(21.3%) jarang-jarang, 123 (30.3%) sekali-sekala, 56 (17.8%) kerap kali, dan 16

(5.1%) sentiasa, (min = 2.73). Untuk item 19 iaitu beliau menganggap semua guru

setaraf dengannya seramai 55 orang (17.5%) memilih tidak pernah, 71 (22.6%)

jarang-jarang, 116 (36.9%) sekali-sekala, 55 (17.5%) kerap kali, dan 17 (5.4%)

sentiasa, (min = 2.71 ).

Item 16 iaitu beliau bertindak tanpa berunding dahulu dengan guru, terdapat

seramai 54 orang responden (17.2%) memilih tidak pernah, 78 (24.8%) jarang-

jarang, 106 (33.8%) sekali-sekala, 60 (19.1%) kerap kali, dan 16 (5.1%) sentiasa,

(min = 2.70). Bagi item 15 iaitu beliau enggan menjelaskan segala tindakannya,

seramai 60 orang (19.1%) memilih tidak pernah, 93 (29.6%) jarang-jarang, 106

(33.8%) sekali-sekala, 45 (14.3%) kerap kali, dan 9 (2.9%) sentiasa, (min = 2.61).

Item 10 iaitu beliau suka bersendirian terdapat seramai 51 orang (16.2%) memilih

tidak pernah, 91 (29.0% ) jarang-jarang, 113 (36.0%) sekali-sekala, 49 (15.6%) kerap

kali, dan 10 (3.2%) sentiasa, (min = 2.61 ).

4.4 Untuk Mengenal Pasti Tahap Stres Guru

Tahap guru adalah berdasarkan pada gaya kepimpinan pengetua yang

berstruktur dan pada gaya kepimpinan pengetua gaya bertimbang rasa.

4.4.1 Tahap Stres Guru Pada Gaya Berstruktur Pengetua Tahap stres guru pada gaya kepimpinan pengetua yang berstruktur adalah

seperti Jadual 4.10.

Page 83: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

66

Jadual 4.10 : Analisis Tahap Stres Guru Pada Gaya Kepimpinan Pengetua Dimensi

Berstruktur

Item Pernyataan Item Tiada

tekananSedikit

TekananAmat

TertekanPasti

Tertekan

Amat Sangat

Tertekan

Min

SP

2 Pengetua yang tidak pernah memastikan guru untuk memahami sikapnya

41 13.1%

92 29.3%

106 33.8%

67 21.3%

8 2.5%

3.29 1.025

18 Pengetua yang tidak menekankan segala arahan yang diberi siap pada waktu yang ditetapkan

33 10.5%

66 21.0%

128 40.8%

69 22.0%

18 5.7%

3.09 1.037

12 Pengetua yang tidak menetapkan tugas tertentu kepada setiap guru

34 10.8%

68 21.7%

118 37.6%

77 24.5%

17 5.4%

3.08 1.053

20 Pengetua yang tidak menggalakkan semua guru menggunakan prosedur kerja yang sama

26 8.3%

70 22.3%

125 39.8%

70 22.3%

23 7.3%

3.02 1.036

13 Pengetua yang tidak menentukan jadual kerja yang perlu dilaksanakan

27 8.6%

76 24.2%

101 32.2%

91 29.0%

19 6.1%

3.00 1.059

14 Pengetua yang tidak mengekalkan satu tahap pencapaian yang tetap

24 7.6%

65 20.7%

125 39.8%

81 25.8%

19 6.1%

2.98 1.008

24 Pengetua yang meminta guru mengikut segala peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan

36 11.5%

71 22.6%

100 31.8%

75 23.9%

31 9.9%

2.97 1.162

Page 84: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

67

Item Pernyataan Item Tiada tekanan

Sediki Tekanan

Amat Tertekan

Pasti Tertekan

Amat Sangat

tertekan

Min

SP

28 Pengetua yang tidak memastikan semua guru menjalankan tugas dengan sepenuhnaya

21 6.7%

61 19.4%

116 36.9%

86 27.4%

29 9.2%

2.86 1.057

8 Pengetua yang mengkritik kerja-kerja guru yang tidak bermutu

14 4.5%

61 19.4%

102 32.5%

84 26.8%

53 16.9%

2.68 1.103

30 Pengetua yang tidak menyelaraskan tugas guru-guru

13 4.1%

50 15.9%

100 31.8%

109 34.7%

42 13.4%

2.63 1.035

26 Pengetua yang tidak menjelaskan kepada guru apa yang diharapkannya

15 4.8%

44 14.0%

93 29.6%

106 33.8%

56 17.8%

2.54 1.084

4 Pengetua yang proaktif dengan mencuba idea-idea baru dalam pentadbirannya

68 21.7%

98 31.2%

90 28.7%

49 15.6%

9 2.9%

2.47 1.082

9 Pengetua yang bercakap dengan gaya yang tidak boleh dipersoalkan

18 5.7%

41 13.1%

75 23.9%

103 32.8%

77 24.5%

2.43 1.106

22 Pengetua yang memastikan semua guru memahami peranannya di sekolah

94 29.9%

86 27.4%

73 23.2%

46 14.6%

14 4.5%

2.35 1.188

6 Pengetua yang mentadbir secara paksaan

20 6.4%

22 7.0%

44 14.0%

95 30.3%

133 42.4%

2.05 1.191

Min keseluruhan 2.7622 N = 314

Page 85: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

68

Jadual 4.10 menunjukkan analisis tahap stres guru berdasarkan gaya

kepimpinan pengetua dimensi berstruktur. Berdasarkan analisis tersebut, nilai

kekerapan dan peratusan mengenai tahap stres guru mengikut item diketahui.

Didapati responden memilih item 2 iaitu pengetua yang tidak pernah memastikan

guru untuk memahami sikapnya sebagai item yang mempunyai min yang tertinggi

iaitu 3.29. Dalam item ini seramai 41 orang (13.1%) merasa tiada tekanan, 92

(29.3%) sedikit tekanan, 106 (33.8%) agak tertekan, 67 (21.3%) pasti tertekan dan 8

(2.5%) amat sangat tertekan. Item 18 iaitu pengetua yang tidak menekankan segala

arahan yang diberi siap pada waktu yang ditetapkan menunjukkan sebanyak 33 orang

(10.5%) memilih tiada tekanan, 66 (21.0%) sedikit tekanan, 128 (40.8%) agak

tertekan, 69 (22.0% ) pasti tertekan, 18 (5.7%) amat sangat tertekan, (min = 3.09).

Item 12 iaitu pengetua yang tidak menetapkan tugas tertentu kepada setiap guru

menunjukkan seramai 34 orang (10.8%) memilih tiada tekanan, 68 (21.7%) sedikit

tekanan, 118 (37.6%) agak tertekan, 77 (24.5%) pasti tertekan, 17 (5.4%) amat

sangat tertekan, (min = 3.08).

Item 20 iaitu pengetua yang tidak menggalakkan semua guru menggunakan

prosedur kerja yang sama mencatatkan seramai 26 orang (8.3%) memilih tiada

tekanan, 70 (22.3%) sedikit tekanan, 125 (39.8%) agak tertekan, 70 (22.3%) pasti

tertekan, dan 23 (7.3%) amat sangat tertekan, (min = 3.02). Item 13 iaitu pengetua

yang tidak menentukan jadual kerja yang perlu dilaksanakan merekodkan seramai 27

orang (8.6%) merasa tiada tekanan, 76 (24.2%) sedikit tekanan, 101 (32.2%) agak

tertekan, 91 (29.0%) pasti tertekan, dan 19 (6.1%) amat sangat tertekan, (min =

3.00). Item 14 iaitu pengetua yang tidak mengekalkan satu tahap pencapaian yang

tetap menunjukkan seramai 24 (7.6%) memilih tiada tekanan, 65 (20.7%) sedikit

tekanan, 125 (39.8% ) agak tertekan, 81 (25.8%) pasti tertekan, dan 19 (6.1%) amat

sangat tertekan, (min = 2.98).

Item 24 iaitu pengetua yang meminta guru mengikut segala peraturan dan

syarat kerja yang telah ditetapkan menunjukkan seramai 36 responden (11.5%)

memilih tiada tekanan, 71 (22.6%) sedikit tekanan, 100 (31.8%) agak tertekan, 75

(23.9%) pasti tertekan, dan 31 (9.9%) amat sangat tertekan, (min = 2.97). Item 28

iaitu pengetua yang tidak memastikan semua guru menjalankan tugas dengan

sepenuhnaya menunjukkan seramai 21 orang (6.7%) memilih tiada tekanan, 61

Page 86: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

69

(19.4%) sedikit tekanan, 116 (36.9%) agak tertekan, 86 (27.4%) pasti tertekan, dan

29 (9.2%) amat sangat tertekan, (min = 2.86). Item 8 iaitu pengetua yang

mengkritik kerja-kerja guru yang tidak bermutu menunjukkan seramai 14 orang

(4.5%) memilih tiada tekanan, 61 (19.4%) sedikit tekanan, 102 (32.5%) agak

tertekan, 84 (26.8%) pasti tertekan, dan 53 (16.9%) amat sangat tertekan, (min =

2.68).

Item 30 iaitu pengetua yang tidak menyelaraskan tugas guru-guru

menunjukkan sebanyak 13 orang (4.1%) memilih tiada tekanan, 50 (15.9%) sedikit

tekanan, 100 (31.8%) agak tertekan, 109 (34.7%) pasti tertekan, dan 42 (13.4%) amat

sangat tertekan, (min = 2.63). Item 26 iaitu pengetua yang tidak menjelaskan kepada

guru apa yang diharapkannya menunjukkan sebanyak 15 (4.8%) memilih tiada

tekanan, 44 (14.0%) sedikit tekanan, 93 (29.6%) agak tertekan, 106 (33.8%) pasti

tertekan, dan 56 (17.8%) amat sangat tertekan, (min = 2.54). Item 4 iaitu pengetua

yang proaktif dengan mencuba idea-idea baru dalam pentadbirannya menunjukkan

sebanyak 68 orang (21.7%) memilih tiada tekanan, 98 (31.2%) sedikit tekanan, 90

(28.7%) agak tertekan, 49 (15.6%) pasti tertekan, dan 9 (2.9%) amat sangat tertekan,

(min = 2.47).

Item 9 iaitu pengetua yang bercakap dengan gaya yang tidak boleh

dipersoalkan menunjukkan sebanyak 18 orang (5.7%) memilih tiada tekanan, 41

(13.1%) sedikit tekanan, 75 (23.9%) agak tertekan, 103 (32.8%) pasti tertekan, dan

77 (24.5%) amat sangat tertekan, (min = 2.43). Item 22 iaitu pengetua yang

memastikan semua guru memahami peranannya di sekolah menunjukkan sebanyak

94 responden (29.9%) merasa tiada tekanan, 86 (27.4%) sedikit tekanan, 73 (23.2%)

agak tertekan, 46 (14.6%) pasti tertekan, dan 14 (4.5%) amat sangat tertekan, (min =

2.35). Item 6 iaitu pengetua yang mentadbir secara paksaan menunjukkan sebanyak

20 orang (6.4%) memilih tiada tekanan, 22 (7.0%) sedikit tekanan, 44 (14.0%) agak

tertekan, 95 (30.3%) pasti tertekan, dan 133 (42.4%) amat sangat tertekan, (min =

2.05).

Page 87: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

70

4.4.2 Tahap Stres Guru Pada Gaya Timbang Rasa Pengetua Tahap stres guru pada gaya kepimpinan pengetua yang timbang rasa adalah

seperti Jadual 4.11.

Jadual 4.11 : Analisis Tahap Stres Guru Pada Gaya Kepimpinan Pengetua Dimensi

Timbang Rasa

Item Pernyataan Item Tiada

tekananSedikit

TekananAmat

TertekanPasti

Tertekan

Amat Sangat

Tertekan

Min

SP

1

Pengetua yang tidak menghulurkan pertolongan peribadi kepada guru

72 22.9%

103 32.8%

92 29.3%

37 11.8%

9 2.9%

3.60 1.071

11 Pengetua yang tidak mengambil berat secara individu tentang hal-hal kebajikan guru

31 9.9%

75 23.9%

83 26.4%

90 28.7

35 11.1%

2.93 1.168

7 Pengetua yang tidak meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada guru

28 8.9%

52 16.6%

102 32.5%

97 30.9%

34 10.8%

2.81 1.123

21 Pengetua yang tidak bersedia melakukan perubahan

18 5.7%

62 19.7%

108 34.4%

92 29.3%

33 10.5%

2.80 1.064

19 Pengetua yang menganggap semua guru tidak setaraf dengannya

36 11.5%

46 14.6%

92 29.3%

86 27.4%

54 17.2%

2.76 1.230

27 Pengetua yang tidak melaksanakan cadangan-cadangan yang di-kemukakan oleh guru-guru

19 6.1%

50 15.9%

107 34.1%

108 34.4%

30 9.6%

2.75 1.032

Page 88: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

71

10 Pengetua yang tidak suka bergaul dengan warga sekolah

35 11.1%

46 14.6%

71 22.6%

97 30.9%

65 20.7%

2.65 1.269

29 Pengetua yang tidak mendapatkan persetuju an guru-guru terlebih dahulu sebelum menerus-kan sesuatu perkara penting

17 5.4%

33 10.5%

100 31.8%

112 35.7%

52 16.6%

2.53 1.058

23 Pengetua yang tidak mudah didekati dan tidak mesra

22 7.0%

37 11.8%

81 25.8%

95 30.3%

79 25.2%

2.48 1.188

15 Pengetua yang enggan menjelaskan segala tindakannya

13 4.1%

34 10.8%

87 27.7%

127 40.4%

53 16.9%

2.45 1.026

16 Pengetua yang bertindak tanpa berunding dahulu dengan guru

8 2.5%

34 10.8%

71 22.6%

114 36.3%

84 26.8%

2.44 2.668

5 Pengetua yang sukar difahami

19 6.1%

38 12.1%

81 25.8%

98 31.2%

78 24.8%

2.43 1.163

25 Pengetua yang tidak senang berbincang dengan guru-guru

20 6.4%

32 10.2%

72 22.9%

114 36.3%

76 24.2%

2.38 1.145

17 Pengetua yang tidak menyokong segala tindakan yang dilakukan oleh guru

8 2.5%

26 8.3%

83 26.4%

116 36.9%

81 25.8%

2.25 1.012

3 Pengetua yang melakukan perkara-perkara kecil untuk membolehkannya disenangi sebagai ahli dalam masyarakat sekolah

158 50.3%

70 22.3%

65 20.7%

15 4.8%

6 1.9%

1.86 1.028

Min Keseluruhan 2.6051 N = 314

Page 89: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

72

Jadual 4.11 menunjukkan analisis tahap stres guru berdasarkan gaya

kepimpinan pengetua dimensi bertimbang rasa. Berdasarkan analisis tersebut, nilai

kekerapan dan peratusan mengenai tahap stres guru mengikut item diketahui.

Didapati responden memilih item 1 iaitu pengetua yang tidak menghulurkan

pertolongan peribadi kepada guru mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.60. Dalam

item ini terdapat seramai 72 (22.9%) merasa tiada tekanan, 103 (32.8%) sedikit

tekanan, 92 (29.3%) agak tertekan, 37 (11.8%) pasti tertekan dan 9 (2.9%) amat

sangat tertekan, (min = 3.60). Item 11 iaitu Pengetua yang tidak mengambil berat

secara individu tentang hal-hal kebajikan guru , mencatatkan seramai 31 orang

(9.9%) merasa tiada tekanan, 75 (23.9%) sedikit tekanan, 83 (26.4%) agak tertekan,

90 (28.7) pasti tertekan, dan 35 (11.1%) amat sangat tertekan, (min = 2.93). Item 7

iaitu pengetua yang tidak meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada guru,

mencatatkan seramai 28 (8.9%) merasa tiada tekanan, 52 (16.6%) sedikit tekanan,

102 (32.5%) agak tertekan, 97 (30.9%) pasti tertekan, dan 34 (10.8%) amat sangat

tertekan, (min = 2.81).

Item 21 iaitu pengetua yang tidak bersedia melakukan perubahan,

mencatatkan seramai 18 (5.7%) merasa tiada tekanan, 62 (19.7%) sedikit tekanan,

108 (34.4%) agak tertekan, 92 (29.3%) pasti tertekan, dan 33 (10.5%) amat sangat

tertekan, (min = 2.80). Item 19 iaitu pengetua yang menganggap semua guru tidak

setaraf dengannya, mencatatkan seramai 36 orang (11.5%) merasa tiada tekanan, 46

(14.6%) sedikit tekanan, 92 (29.3%) agak tertekan, 86 (27.4%) pasti tertekan, dan 86

(27.4%) amat sangat tertekan, (min = 2.76). Item 27 iaitu pengetua yang tidak

melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh guru-guru, mencatatkan

seramai 19 (6.1%) merasa tiada tekanan, 50 (15.9%) sedikit tekanan, 107 (34.1%)

agak tertekan, 108 (34.4%) pasti tertekan, dan 30 (9.6%) amat sangat tertekan, (min

= 2.75).

Item 10 iaitu pengetua yang tidak suka bergaul dengan warga sekolah,

mencatatkan seramai 35 orang (11.1%) merasa tiada tekanan, 46 (14.6%) sedikit

tekanan, 71 (22.6%) agak tertekan, 97 (30.9%) pasti tertekan, dan 65 (20.7%) amat

sangat tertekan, (min = 2.65). Item 29 iaitu pengetua yang tidak mendapatkan

persetujuan guru-guru terlebih dahulu sebelum meneruskan sesuatu perkara penting,

mencatatkan seramai 17 (5.4%) merasa tiada tekanan, 33 (10.5%) sedikit tekanan,

Page 90: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

73

100 (31.8%) agak tertekan, 112 (35.7%) pasti tertekan, dan 52 (16.6%) amat sangat

tertekan, (min = 2.53). Item 23 iaitu pengetua yang tidak mudah didekati dan tidak

mesra, mencatatkan seramai 22 (7.0%) merasa tiada tekanan, 37 (11.8%) sedikit

tekanan, 81 (25.8%) agak tertekan, 95 (30.3%) pasti tertekan, dan 79 (25.2%) amat

sangat tertekan, (min = 2.48).

Item 15 iaitu pengetua yang enggan menjelaskan segala tindakannya,

mencatatkan seramai 13 (4.1%) merasa tiada tekanan, 34 (10.8%) sedikit tekanan, 87

(27.7%) agak tertekan, 127 (40.4%) pasti tertekan, dan 53 (16.9%) amat sangat

tertekan, (min = 2.45). Item 16 iaitu pengetua yang bertindak tanpa berunding

dahulu dengan guru, mencatatkan seramai 8 (2.5%) merasa tiada tekanan, 34 (10.8%)

sedikit tekanan, 71 (22.6%) agak tertekan, 114 (36.3%) pasti tertekan, dan 84

(26.8%) amat sangat tertekan, (min = 2.44). Item 5 iaitu pengetua yang sukar

difahami, mencatatkan seramai 19 (6.1%) merasa tiada tekanan, 38 (12.1%) sedikit

tekanan, 81 (25.8%) agak tertekan, 98 (31.2%) pasti tertekan, dan 78 (24.8%) amat

sangat tertekan, (min = 2.43).

Item 25 iaitu pengetua yang tidak senang berbincang dengan guru-guru,

mencatatkan seramai 20 orang (6.4%) merasa tiada tekanan, 32 (10.2%) sedikit

tekanan, 72 (22.9%) agak tertekan, 114 (36.3%) pasti tertekan, dan 76 (24.2%) amat

sangat tertekan, (min = 2.38). Item 17 iaitu pengetua yang tidak menyokong segala

tindakan yang dilakukan oleh guru, mencatatkan seramai 8 orang (2.5%) merasa

tiada tekanan, 26 (8.3%) sedikit tekanan, 83 (26.4%) agak tertekan, 116 (36.9%)

pasti tertekan, dan 81 (25.8%) amat sangat tertekan, (min = 2.25). Item 3 iaitu

pengetua yang melakukan perkara-perkara kecil untuk membolehkannya disenangi

sebagai ahli dalam masyarakat sekolah, mencatatkan seramai 158 (50.3%) merasa

tiada tekanan, 70 (22.3%) sedikit tekanan, 65 (20.7%) agak tertekan, 15 (4.8%) pasti

tertekan, dan 6 (1.9%) amat sangat tertekan, (min = 1.86).

Analisis dapatan dari aspek tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan

pengetua dilakukan dengan meletakkan kategori sedikit tekanan, agak tertekan dan

pasti tertekan. Min daripada jawapan responden dikategorikan kepada skala berikut:

Page 91: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

74

Jadual 4.12 : Skala Tahap Stres

Skala Kategori

1.00 - 2.33

2.34 - 3.66

3.67 – 5.00

Sedikit Tekanan / Rendah

Agak Tertekan / Sederhana

Pasti Tertekan / Tinggi

Jadual 4.13 : Min dan Tahap Stres pada Gaya Kepimpinan Pengetua

Stres Min Tahap stres

Stres pada gaya berstruktur 2.762 Tinggi

Stres pada gaya bertimbang rasa 2.605 Sederhana

Stres keseluruhan 2.684 Tinggi

Kesimpulannya, tahap stres responden (guru) pada gaya kepimpinan pengetua

yang berstruktur adalah sederhana atau agak tertekan (min = 2.762). Tahap stres

responden pada gaya bertimbang rasa pengetua adalah juga sederhana atau agak

tertekan (min = 2.60). Skala tahap stres (Rajah 4.12) adalah rendah atau sedikit

tekanan (min = 1.00 - 2.33), sederhana atau agak tertekan (min = 2.34 - 3.66) dan

tinggi atau pasti tertekan (min = 3.67 – 5.00).

4.5 Pengujian Hipotesis

Hipotesis kajian adalah untuk melihat perbezaan dan hubungan antara

pembolehubah. Untuk melihat perbezaan tahap stres di kalangan guru-guru

berdasarkan faktor demografi (jantina, sebagai guru kelas, mengajar kelas

peperiksaan dan sesi persekolahan), penyelidik telah menggunakan Ujian-t. Ia

digunakan untuk menguji wujudnya perbezaan di antara min satu pebolehubah bagi

dua kumpulan sampel yang tidak saling bergantungan. Di dalam kajian ini, min

antara dua pebolehubah akan dibandingkan. Nilai ”p“ yang digunakan ialah 0.05

untuk menentukan aras signifikan bagi menguji hipotesis null, iaitu tidak terdapat

perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi demografi (jantina, sebagai guru

kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan).

Page 92: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

75

Untuk melihat perbezaan tahap stres di kalangan guru-guru berdasarkan

faktor demografi (umur, pengalaman mengajar dan status perkahwinan,), penyelidik

menggunakan One-Way ANOVA. Ia digunakan untuk menguji wujudnya perbezaan

di antara min satu pembolehubah bagi lebih dari dua kumpulan yang tidak saling

bergantungan. Nilai ”p“ yang digunakan ialah 0.05 untuk menentukan aras

signifikan bagi menguji hipotesis null iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan

tahap stres guru dari segi demografi (umur, pengalaman mengajar dan status

perkahwinan). Pernyataan hipotesis dan hasil pengujian hipotesis adalah seperti

berikut:

4.5.1 Hipotesis Pertama (Ho 1.1) Iaitu Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Tahap Stres Guru Dari Segi Jantina

Jadual 4.14 : Tahap Stres Guru Dengan Jantina

Tahap stres

Jantina Min SP Ujian-t Signifikan, p

Lelaki 2.826 .681 2.832 0.005

Perempuan 2.622 .543

Signifikan pada aras keyakinan 0.05 (p < 0.05). Ho ditolak.

Jadual 4.14 menunjukkan tahap stres guru dengan jantina. Berdasarkan

jadual didapati nilai p = 0.005 lebih kecil daripada nilai aras signifikan yang

ditetapkan 0.05. Ini bermaksud hipotesis null, Ho1.1 ditolak dan menerima Ha. Ini

bermakna terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi jantina.

Page 93: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

76

4.5.2 Hipotesis Kedua (Ho 1.2) Iaitu Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Tahap Stres Guru Dari Segi Umur

Jadual 4.15 : Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Tahap Stres

Guru Dengan Umur

Tahap stres

Umur Min Sisihan Lazim

20 – 30 tahun 2.623 .577

31 – 40 tahun 2.649 .548

41 – 50 tahun 2.745 .634

51 tahun ke atas 2.870 .727

ANOVA (SEHALA)

Dk Jumlah

Kuasa Dua

Min Kuasa

Dua

Nisbah F Sig. p

Antara kumpulan 3 1.508 .503

1.428

.234 Dalam kumpulan 310 109.079 .352

Jumlah 313 110.587

Signifikan pada aras p = 0.05 (p > 0.05). Ho diterima.

Jadual 4.15 menunjukkan perbandingan tahap stres guru dengan umur.

Didapati tahap stres yang paling tinggi ialah guru yang berumur 51 tahun ke atas

(min = 2.86), diikuti guru yang yang berumur 41-50 tahun (min = 2.744), kemudian

guru yang berumur 31-40 tahun (min = 2.64) dan yang terendah adalah guru yang

berumur 20-30 tahun (min = 2.62). Berdasarkan jadual Anova Sehala, analisis

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dengan umur.

Nilai `p’ yang diperolehi ialah 0.234, manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah

0.05 (5%). Nilai `p’ yang lebih tinggi menunjukkan hipoteris null di diterima.

Page 94: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

77

4.5.3 Hipotesis ketiga (Ho 1.3) iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan

tahap stres guru dari segi pengalaman mengajar.

Jadual 4.16 : Analisis Skor Min Dan ANOVA Sehala Perbandingan Tahap Stres

Guru Dengan Pengalaman Mengajar

Tahap stres

Pengalaman

Mengajar Min Sisihan Lazim

1 – 10 tahun 2.604 .557

11 – 20 tahun 2.717 .601

21 – 30 tahun 2.812 .647

ANOVA (SEHALA)

Dk Jumlah

Kuasa Dua

Min Kuasa

Dua

Nisbah F Sig. p

Antara kumpulan 2 2.064 1.032

2.958 .053 Dalam kumpulan 311 108.523 .349

Jumlah 313 110.587

Signifikan pada aras p = 0.05, (p > 0.05). Ho diterima.

Jadual 4.16 menunjukkan analisis skor min dan ANOVA Sehala

perbandingan tahap stres guru dengan pengalaman mengajar. Berdasarkan jadual

didapati min tahap stres guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 1

hingga 10 tahun ialah 2.603. Min tahap stres guru yang mempunyai pengalaman

mengajar selama 11 hingga 20 tahun ialah 2.717, manakala guru yang mempunyai

pengalaman mengajar selama 21 hingga 30 tahun pula ialah 2.811. Berdasarkan

jadual Anova Sehala, nilai `p’ yang diperolehi ialah 0.053, iaitu lebih besar

berbanding aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 (5%). Analisis ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dengan

pengalaman mengajar. Nilai `p’ yang lebih tinggi menunjukkan hipoteris null di

diterima.

Page 95: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

78

4.5.4 Hipotesis Keempat (Ho 1.4) Iaitu Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Tahap Stres Guru Dari Segi Status Perkahwinan

Jadual 4.17 : Analisis Skor Min Dan ANOVA Sehala Perbandingan Tahap Stres

Guru Dengan Status Perkahwinan

Tahap stres

Status

Perkahwinan Min Sisihan Lazim

Bujang 2.682 .560

Berkahwin 2.688 .605

Duda / Janda /

Berpisah / Balu 2.500 .630

ANOVA (SEHALA)

Dk Jumlah

Kuasa Dua

Min Kuasa

Dua

Nisbah F Sig. p

Antara kumpulan 2 .173 .087

.244 .784 Dalam kumpulan 311 110.414 .355

Jumlah 313 110.587

Signifikan pada aras p = 0.05, (p > 0.05). Ho diterima

Jadual 4.17 menunjukkan analisis skor min dan ANOVA Sehala

perbandingan tahap stres guru dengan status perkahwinan. Berdasarkan jadual

didapati min tahap stres guru bujang ialah 2.682, guru berkahwin ialah 2.687 dan

guru duda/janda/berpisah/balu ialah 2.50. Berdasarkan jadual ANOVA Sehala pula

didapati nilai `p’ yang diperolehi ialah 0.784, iaitu lebih besar berbanding aras

signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 (5%). Analisis ini menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan tahap stres guru dengan pengalaman mengajar. Nilai `p’

yang lebih tinggi menunjukkan hipoteris null di diterima.

Page 96: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

79

4.5.5 Hipotesis Kelima (Ho 1.5) Iaitu Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Tahap Stres Guru Sebagai Guru Kelas

Jadual 4.18 : Tahap Stres Guru Dengan Sebagai Guru Kelas

Tahap stres

Sebagai Guru

Kelas Min

Sisihan

Lazim Ujian-t Sig. p

Tidak 2.715 .608 .757 .385

Ya 2.661 .585

Signifikan pada aras p = 0.05, (p > 0.05). Ho diterima.

Jadual 4.18 menunjukkan tahap stres guru dengan sebagai guru kelas.

Daripada jadual didapati nilai p = 0.385 lebih besar daripada nilai aras signifikan

yang ditetapkan 0.05. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap

stres guru sebagai guru kelas, maka hipotesis null, Ho diterima dan menolak Ha.

4.5.6 Hipotesis Keenam (Ho 1.6) Iaitu Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Tahap Stres Guru Segi Mengajar Kelas Peperiksaan

Jadual 4.19 : Tahap Stres Guru Dengan Mengajar Kelas Peperiksaan

Tahap stres

guru

Mengajar Kelas

Peperiksaan

Min Sisihan

Lazim

Ujian-t Sig. p

Tidak 2.707 .569 .01 .979

Ya 2.668 .611

Signifikan pada aras p = 0.05, (p > 0.05). Ho diterima.

Jadual 4.9 menunjukkan tahap stres guru dengan mengajar kelas peperiksaan.

Berdasarkan jadual menunjukkan bahawa nilai p = 0.979 lebih besar daripada nilai

aras signifikan yang ditetapkan 0.05. Ini bermaksud Ho tidak dapat ditolak, iaitu

tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi sama ada

mengajar kelas peperiksaan atau tidak.

Page 97: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

80

4.5.7 Hipotesis ketujuh (Ho 1.7) iaitu Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Tahap Stres Guru Dari Sesi Persekolahan

Jadual 4.20 : Tahap Stres Guru Dengan Sesi Persekolahan

Tahap stres

Sesi Min Sisihan Lazim Ujian-t Sig. p

Pagi 2.665 .617 .886 .347

Petang 2.723 .545

Signifikan pada aras p = 0.05, (p > 0.05). Ho diterima.

Jadual 4.20 menunjukkan tahap stres guru dengan sesi persekolahan.

Berdasarkan jadual menunjukkan bahawa nilai p = 0.347 lebih besar daripada nilai

aras signifikan yang ditetapkan 0.05. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang

signifikan tahap stres guru dari segi sesi persekolahan, maka hipotesis null, Ho

diterima dan menolak Ha.

4.5.8 Menguji Hipotesis Kelapan

Berikut adalah ujian untuk mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan

pengetua dengan tahap stres guru. Tahap stres guru pada gaya berstruktur pengetua

dikaitkan dengan gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur. Tahap stres guru

pada gaya timbang rasa pengetua dikaitkan dengan gaya kepimpinan pengetua

dimensi timbang rasa. Pengujian berbentuk inferensi korelasi ini adalah untuk

mengukur kekuatan hubungan dan kekuatan tahap hubungan antara dua

pembolehubah. Kekuatan hubungan adalah sama ada positif atau negatif, manakala

kekuatan tahap hubungan adalah sama ada tinggi atau rendah. Model korelasi

pearson telah digunakan untuk menentukan korelasi tersebut dan keputusan ini

digunakan untuk menguji hipotesis berikut:

Hipotesis kelapan (Ho 2.1) iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres guru.

Page 98: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

81

Jadual 4.21 : Analisis Korelasi Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dimensi

Berstruktur Dengan Stres Guru (Pada Gaya Berstruktur Pengetua)

Min Sisihan Lazim Indeks Korelasi,

r

Sig. p

(1 arah)

Gaya Berstruktur 3.645 .489 -.159(**) .002

Tahap stres 2.762 .506

** Signifikan pada 0.01 (1 arah), (p < 0.01). Ho ditolak.

Jadual 4.21 menunjukkan analisis korelasi antara gaya kepimpinan pengetua

dimensi berstruktur dengan stres guru (pada gaya berstruktur pengetua). Daripada

jadual tersebut menunjukkan pekali korelasi, r bagi gaya kepimpinan dimensi

berstruktur dengan tahap stres guru adalah bersamaan -.159. Nilai p yang diperolehi

(0.002) adalah lebih kecil dari aras signifikan (p) yang ditetapkan (0.01). Menurut

Rowntree (1981) dalam Mohd. Najib (2003), nilai ini menunjukkan hubungan yang

sangat lemah. Ini bermakna hipotesis null ditolak dan menerima Ha. Maka hasil

kajian ialah terdapat hubungan yang signifikan pada tahap yang sangat lemah dan

negatif antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres

guru pada gaya kepimpinan pengetua yang berstruktur.

Hubungan antara tahap stres guru pada gaya kepimpinan pengetua yang

mengamalkan gaya berstruktur dapat dilihat secara lebih jelas menerusi plot graf

dalam Rajah 4.1

Page 99: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

82

GAYA BERSTRUKTUR PENGETUA

654321

TAH

AP

STR

ES G

UR

U

4.5

4.0

3.5

3.0

2.5

2.0

1.5

1.0

Rajah 4.1 : Plot Hubungan Tahap Stres Guru Pada Gaya Kepimpinan Pengetua

Dimensi Berstruktur

4.5.9 Menguji Hipotesis Kesembilan

Hipotesis Kesembilan (Ho 2.2) iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara gaya kepimpinan pengetua dimensi bertimbang rasa dengan tahap stres guru

Jadual 4.22 : Analisis Korelasi Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dimensi

Timbang Rasa Dengan Stres Guru (Pada Gaya Timbang Rasa Pengetua)

Min Sisihan Lazim Indeks korelasi,

r

Sig. p

(1 arah)

Gaya Timbang rasa 3.172 .504 0.080 0.079 Tahap stres 2.605 .749

Signifikan pada aras 0.05 (1 arah). (p > 0.05). Ho diterima.

Page 100: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

83

Jadual 4.22 menunjukkan analisis korelasi antara gaya kepimpinan pengetua

dimensi timbang rasa dengan stres guru (pada gaya timbang rasa pengetua). Jadual

tersebut menunjukkan pekali korelasi, r bagi gaya kepimpinan dimensi timbang rasa

dengan tahap stres guru adalah bersamaan 0.080. Menurut Rowntree, (1981) dalam

Mohd. Najib (2003), nilai ini menunjukkan hubungan yang sangat lemah. Nilai

signifikan, p (0.079) yang lebih besar dari nilai p yang ditetapkan (0.05)

menunjukkan hipotesis null tidak dapat ditolak. Ini bermakna tidak terdapat

hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi timbang rasa

dengan tahap stres guru pada gaya timbang rasa pengetua .

Hubungan antara tahap stres guru pada gaya kepimpinan pengetua

yang mengamalkan gaya bertimbang rasa dapat dilihat secara lebih jelas menerusi

plot graf dalam Rajah 4.2.

Gaya Timbang Rasa Pengetua

654321

Taha

p St

res

Gur

u 6

5

4

3

2

1

0

Rajah 4.2 : Plot Hubungan Tahap Stres Guru Pada Gaya Kepimpinan Pengetua

Dimensi Timbang Rasa

Page 101: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

84

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan keputusan yang dinyatakan dalam bab 4. Bab ini

mengandungi enam perkara, iaitu (i) ringkasan kajian, (ii) membincangkan

keputusan dengan membuat implikasi berdasarkan kajian lepas atau teori, (iii)

menjawab hipotesis kajian dari bab 1, (iv) membuat cadangan tindakan berdasarkan

keputusan kajian, (v) membuat cadangan tentang kajian lanjutan, dan (vi) membuat

kesimpulan tentang perolehan kajian.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai usaha untuk menambah serta mengembangkan

lagi pengetahuan mengenai gaya kepimpinan pengetua dari dimensi mengutamakan

berstruktur dan bertimbang rasa dan hubungannya dengan stres guru berdasarkan

gaya kepimpinan pengetua yang berkenaan. Hal ini dirasakan perlu diketahui untuk

melihat tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua mengikut pandangan

guru. Perkara ini perlu bagi pihak yang berkaitan dengan pendidikan sama ada

sekolah, pejabat pelajaran daerah, negeri atau kementerian untuk merancang program

pencegahan agar stres guru berada dalam keadaan terkawal.

Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengenal pasti gaya

kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru di lapan buah sekolah harian

biasa yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar. Lokasi dipilih kerana

ianya mampu memberi maklumat berdasarkan kehendak kajian iaitu melihat gaya

kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru dan hubungannya dengan stres

guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua.

Page 102: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

85

Antara soalan atau hipotesis kajian yang dikemukan dalam kajian ini ialah

mengenalpasti perbezaan tahap stres guru dari segi dari segi jantina, umur,

pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas

peperiksaan dan sesi/sidang persekolahan. Selain itu, kajian ini juga untuk

mengenalpasti hubungan antara stres dengan faktor gaya kepimpinan pengetua

dimensi pendayautamaan struktur dan dimensi bertimbang rasa.

Dalam kajian ini, stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua

merupakan pebolehubah bersandar, manakala faktor demografi seperti jantina, umur,

pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas

peperiksaan dan sesi/sidang persekolahan merupakan pembolehubah bebas.

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara soal selidik. Alat kajian

yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga

bahagian. Bahagian A terdiri daripada butir-butir diri sampel iaitu jantina, umur,

pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas

peperiksaan dan sesi/sidang persekolahan. Bahagian B soal selidik ini mempunyai

30 item yang menyentuh tentang gaya kepimpinan pengetua dari dimensi

pendayautamaan struktur dan bertimbang rasa. Bahagian C pula mengandungi 30

item yang menyentuh tentang tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan

pengetua.

Bagi memproses data, data yang diperolehi daripada soal selidik yang

diedarkan kepada responden akan dianalisis menggunakan program ”Statistical

Package For the Social Sciences” (SPSS) versi 11.5 yang dapat digunakan untuk

mengenalpasti pebolehubah-pembolehubah yang dikaji dari segi kekerapan. Bagi

melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pengkaji telah menggunakan

Ujian-t dan ANOVA. Selain itu kaedah kekerapan dan peratusan juga digunakan

untuk melihat tahap stres dalam setiap item.

5.3 Keputusan dan implikasi kajian

Bahagian ini akan membincangkan keputusan dan implikasi kajian.

Berdasarkan kajian didapati gaya kepimpinan pengetua dalam kedua-dua dimensi

Page 103: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

86

iaitu dimensi berstruktur dan timbang rasa adalah tinggi pada pandangan guru.

Kebanyakan item dalam kedua-dua dimensi mempunyai min yang lebih dari 3.00.

Ini menunjukkan pengetua di sekolah-sekolah yang dikaji mengamalkan tinggi dalam

kedua-dua dimensi gaya tersebut.

Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres guru (r = -0.159 dan p =

0.002). Walaupun hubungan tersebut adalah pada tahap yang sangat lemah dan

hubungannya adalah secara negatif, namun terdapat item-item tertentu yang

menyebabkan stres guru. Ini bermakna semakin kurang gaya berstruktur pengetua

maka semakin tinggi tahap stres guru. Walaubagaimana pun tahap stres guru adalah

berbeza mengikut item gaya berstruktur tersebut.

Kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan gaya kepimpinan

pengetua dimensi timbang rasa dengan tahap stres guru. Hasil kajian mendapati apa

pun gaya kepimpinan pengetua, pasti ada guru yang berada pada tahap amat tertekan.

Ini ditunjukkan oleh hasil kajian yang tidak ada yang mendapat skor kosong peratus

pada setiap item dalam kedua-dua dimensi kepimpinan. Ini menjelaskan mengapa

hubungan antara gaya kepimpinan kedua-dua dimensi dengan tahap stres guru berada

pada tahap yang sangat lemah dan tidak terdapat hubungan yang signifikan. Ini

berbeza dengan kajian Tee dan Azizi (2006), yang mendapati tahap stres kerja di

kalangan guru berada pada tahap yang sederhana. Faktor yang telah dikenal pasti

sebagai faktor utama stres kerja di kalangan responden ialah faktor salah laku pelajar

(min = 3.43). Ini diikuti oleh faktor kekangan masa dan sumber (min = 2.97), faktor

penghargaan (min = 2.90) dan faktor perhubungan interpersonal (min = 2.85).

Noriah (1995), pula telah menunjukkan bahawa guru-guru yang menghadapi stres

dan `burnout’ akan meninggalkan profesion perguruan sebelum tamat tempoh

perkhidmatan. Kajian Noriah (1995), juga menunjukkan bahawa tekanan pekerjaan

di kalangan guru-guru telah meningkat. Tekanan ini timbul dari berbagai punca

seperti kekangan masa, beban tugas yang berlebihan, tingkah laku pelajar, rakan

sekerja, dan juga polisi yang dibuat oleh pihak pentadbir.

Semua faktor utama yang menyebabkan stres yang dikaji oleh Tee dan Azizi

(2006) dan Noriah (1995) ini walaupun berlaku di sekolah tetapi hanya secara tidak

Page 104: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

87

langsung dengan gaya kepimpinan pengetua. Ini berbeza dengan kajian pengkaji

yang berkaitan secara secara langsung dengan gaya kepimpinan pengetua.

Walaubagaimana pun, pengetahuan mengenai cara menangani stres perlu

diberi kepada guru agar guru sentiasa berada dalam emosi yang stabil dan dapat

mengawal tekanan. Pembelajaran mengenai psikologi manusia membolehkan

seseorang lebih mudah memahami manusia iaitu diri sendiri dan juga orang lain.

Guru merupakan profesion yang memerlukan pengetahuan dan pengamalan ilmu

psikologi kerana kerjaya guru merupakan kerjaya yang berhubung secara langsung

dengan manusia. Watts dan Short (1990) dalam Nor’Azian (2003) menyatakan

keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan penarikan diri dari kerja

mereka sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologi. Untuk itu langkah mengawal

emosi perlu diketahui oleh setiap individu. Menurut Mohd Azhar (2004), langkah

pertama dalam membuat penyesuaian pada stres adalah mengenal pasti tahap tekanan

yang dialami. Langkah ini dapat dilakukan dengan cara :

i. Memahami proses dan kesan tekanan

ii. Mengenal pasti punca-punca utama tekanan

iii. Mengenali dan mengetahui bila tekanan itu berlaku ataupun akan berlaku

iv. Membentuk beberapa cara yang sesuai bagi mengatasi tekanan yang kerap

dihadapi

v. Melatih diri mengatasi tekanan dengan cara ditetapkan terlebih dahulu

vi. Kenali bentuk tekanan yang dapat membantu kita mengembangkan diri

Seseorang individu perlu mengenali diri sendiri terlebih dahulu. Ini dapat

membantu individu untuk mengendali tekanan yang dihadapi. Kebolehan mengenal

diri dan mengendali tekanan membolehkan individu tersebut menghadapi sebarang

tekanan dalam keadaan emosi yang stabil.

Menurut Shahril (2000), pengetua perlu mempunyai tahap kecerdasan (IQ)

dan kecerdasan emosi yang seimbang (EQ). Ciri ini penting bagi membolehkan

pengetua menangani masalah yang dihadapi secara rasional. Ketidakstabilan emosi

akan mempengaruhi sikap dan tingkah kepimpinan pengetua terhadap tugas dan gaya

kepemimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional didapati lebih mudah

mengalami stres dan sukar diajak berunding. Mereka lebih cenderung mengamalkan

Page 105: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

88

gaya kepemimpinan autokratik, manakala pengetua yang stabil emosinya lebih

mudah diajak berunding dan cenderung mengamalkan gaya kepemimpinan

demokratik.

Stres kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada

ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Namun gaya

kepimpinan pengetua tidak akan mempengaruhi tahap stres guru jika guru mampu

mengawal emosinya dan memahami situasi peranan yang perlu dilaksanakan oleh

pengetua. Kawalan emosi pada tahap tekanan yang pelbagai bukan sahaja perlu

dilakukan oleh pengetua, tetapi juga oleh semua guru dan staf sekolah. Ini bagi

menjamin persekitaran sosial sekolah yang harmonis.

5.4 Menjawab Objektif Dan Hipotesis Kajian

Bahagian ini membincangkan pencapaian objektif kajian dan hasil pengujian

hipotesis seperti mana yang dinyatakan dalam bab 1. Hasil kajian adalah

berdasarkan kepada 314 borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh responden.

Objektif-objektif tersebut ialah (i) untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua

berdasarkan pandangan guru, (ii) untuk mengenal pasti tahap stres guru, dan (iii)

untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan diantara gaya

kepimpinan pengetua dengan stres guru.

Hipotesis-hipotesis kajian pula ialah (i) Ho 1.1 = Tidak terdapat perbezaan

yang signifikan tahap stres guru dari segi jantina, (ii) Ho 1.2 = Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi umur, (iii) Ho 1.3 = Tidak

terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi pengalaman mengajar,

(iv) Ho 1.4 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi

status perkahwinan, (v) Ho 1.5 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap

stres guru pengetua dari segi sebagai guru kelas, (vi) Ho 1.6 = Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan tahap stres guru pengetua dari segi mengajar kelas

peperiksaan, (vii) Ho 1.7 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

pengetua dari segi sesi persekolahan, (viii) Ho 2.1 = Tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres

Page 106: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

89

guru, (ix) Ho 2.2 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan

pengetua dimensi bertimbang rasa dengan tahap stres guru.

Objektif kajian yang pertama ialah untuk mengenal pasti gaya kepimpinan

pengetua berdasarkan pandangan guru sama ada gaya berstruktur atau bertimbang

rasa. Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan pengetua pada pandangan 314

responden dari kalangan guru adalah pada tahap tinggi pada gaya berstruktur (min =

3.645) dan pada tahap tinggi juga pada gaya timbang rasa (min = 3.172). Dapatan ini

menyokong kajian yang dilakukan oleh Suaidah (1983), yang mendapati peratusan

guru besar dan pengetua yang mengamalkan tingkah laku timbang rasa dan

pendayautamaan struktur adalah tinggi.

Pada pandangan guru, gaya berstruktur pengetua yang paling kerap ialah

pengetua meminta guru mengikut segala peraturan dan syarat kerja yang telah

ditetapkan (min = 4.14). Seramai 144 orang responden (45.9%) memilih kerap-kali

pengetua menunjukkan gaya berkenaan. Guru juga melihat pengetua kerap-kali

menjelaskan kepada guru-guru apa yang diharapkannya. Seramai 140 orang

responden (44.6%) yang melihat pengetua mereka mengamalkan gaya ini. Selain

daripada itu, gaya pengetua yang menekankan segala kerja siap pada waktu yang

ditetapkan dilihat kerap kali dilakukan, dengan majoriti responden (158 orang =

50.3%) dan min 4.09.

Pada pandangan guru, gaya pengetua dimensi berstruktur yang paling kurang

diperlihatkan oleh pengetua (min=2.47) ialah pengetua mentadbir secara paksaan.

Pada pandangan responden, hanya 7 orang (2.2%) yang melihat pengetua selalu

mentadbir secara paksaan, manakala 49 orang (15.6%) yang mensepsikan pengetua

kadang-kala sahaja mentadbir secara paksaan. Majoriti responden mensepsikan

pengetua sekali-sekala sahaja mentadbir secara paksaan (110 orang = 35%).

Manakala 67 orang (21.3%) dan 81 orang (25.8%) masing-masing mengatakan

pengetua jarang-jarang dan tidak pernah mentadbir secara paksaan.

Kajian juga mendapati gaya kepimpinan pengetua dimensi timbang rasa

adalah tinggi dalam semua item (min 3.18 hingga 3.99) kecuali 5 item yang

mendapat skor min kurang dari 3.00. Gaya pengetua dimensi timbang rasa yang

dianggap paling rendah pada pandangan guru ialah, (i) beliau menghulurkan

Page 107: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

90

pertolongan peribadi kepada guru-guru (min=2.73), (ii) beliau menganggap semua

guru setaraf dengannya (min=2.71), (iii) beliau bertindak tanpa berunding dahulu

dengan guru (min=2.70), (iv) beliau enggan(menjelaskan segala tindakannya (min=

2.61), dan (v) beliau suka bersendirian (min=2.61).

Dapatan kajian juga mendapati gaya pengetua dimensi timbang rasa yang

paling tinggi pada pendangan guru ialah pengetua sering melakukan perubahan-

perubahan (min=3.99), pengetua mudah didekati dan mesra dengan semua guru

(min=3.63) dan guru-guru berasa senang apabila berbincang dengan pengetua

(min=3.57).

Dapatan kajian mengenai gaya kepimpinan pengetua pada pandangan guru

memperlihatkan bahawa pengetua mengamalkan kedua-dua gaya iaitu berstruktur

dan bertimbang rasa pada tahap yang tinggi dalam kepimpinan mereka. Namun aras

kekerapan gaya kepimpinan yang diperlihatkan oleh pengetua adalah berbeza-beza

pada pandangan guru.

Objektif kedua kajian yang telah ditetapkan ialah untuk mengenal pasti tahap

stres guru. Hasil kajian mendapati tahap stres guru berada pada tahap sederhana atau

agak tertekan pada pengetua yang mengamalkan gaya timbang rasa (min=2.605).

Manakala tahap stres guru berada pada tahap tinggi atau pasti tertekan pada pengetua

yang mengamalkan gaya berstruktur (min=2.762).

Kajian juga mendapati tahap stres guru pada gaya pengetua yang berstruktur

adalah pada tahap sederhana dan rendah. Stres guru berada pada tahap sederhana

pada 14 item dan pada tahap rendah pada 1 item. Stres guru berada pada tahap

sederhana pada pengetua yang tidak pernah memastikan guru untuk memahami

sikapnya (min=3.29), pengetua yang tidak menekankan segala arahan yang diberi

siap pada waktu yang ditetapkan (min=3.09), pada pengetua yang tidak menetapkan

tugas tertentu kepada setiap guru (min=3.08), pada pengetua yang tidak

menggalakkan semua guru menggunakan prosedur kerja yang sama (min=3.02). Ini

bermakna guru-guru perlukan pengetua yang berstruktur pada item-item tertentu.

Stres guru pada gaya pengetua yang berstruktur berada pada tahap rendah

adalah jika pengetua mentadbir secara paksaan (min=2.05).

Page 108: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

91

Kajian juga mendapati tahap stres guru pada gaya pengetua yang bertimbang

rasa adalah pada tahap sederhana dan rendah. Stres guru berada pada tahap

sederhana pada 13 item dan pada tahap rendah pada 2 item. Stres guru berada pada

tahap yang paling rendah pada gaya pengetua yang melakukan perkara-perkara kecil

untuk membolehkannya disenangi sebagai ahli dalam masyarakat sekolah

(min=1.86), dan pengetua yang tidak menyokong segala tindakan yang dilakukan

oleh guru (min=2.25).

Objektif ketiga kajian adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat

hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan stres guru.

Berdasarkan kajian didapati, tahap stres responden (guru) pada gaya kepimpinan

pengetua yang berstruktur adalah sederhana atau agak tertekan (min=2.762). Tahap

stres responden pada gaya bertimbang rasa pengetua adalah juga sederhana atau agak

tertekan (min=2.60). Ini adalah berdasarkan skala tahap stres (Rajah 4.12) adalah

rendah atau sedikit tekanan (min=1.00-2.33), sederhana atau agak tertekan

(min=2.34-3.66), dan tinggi atau pasti tertekan (min=3.67–5.00).

Hipotesis yang pertama (Ho 1.1) ialah tidak terdapat perbezaan yang

signifikan tahap stres guru dari segi jantina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

hipotesis null ini ditolak. Ini dapat dibuktikan dengan nilai signifikan melalui ujian-t

yang dilakukan. Nilai p yang diperolehi (0.005) adalah lebih kecil daripada nilai aras

signifikan yang telah ditetapkan iaitu 0.05. Ini bermakna terdapat perbezaan yang

signifikan tahap stres guru dari segi jantina. Didapati min stres guru lelaki ialah 2.82

manakala min stres guru perempuan ialah 2.62. Ini boleh dihuraikan iaitu tahap stres

guru lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan. Tahap stres guru lelaki adalah

lebih tinggi berbanding tahap stres guru perempuan. Keadaan ini mungkin

disebabkan bilangan guru lelaki yang semakin kurang, manakala guru perempuan

kian bertambah di sekolah. Situasi ini menyebabkan bidang tugas yang memerlukan

tenaga lelaki terpaksa dipikul oleh guru lelaki yang semakin kurang. Dapatan ini

adalah bertentangan dengan Sadri (1998), yang mendapati guru lelaki mengalami

tekanan yang lebih rendah berbanding guru perempuan. Kajian Tee dan Azizi (2006)

pula mendapati tidak terdapat perbezaan stres kerja yang signifikan di kalangan guru

mengikut jantina.

Page 109: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

92

Hipotesis kedua (Ho 1.2) ialah tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap

stres guru dari segi umur. Berdasarkan dapatan kajian, menunjukkan hipotesis ini

tidak dapat ditolak. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Tee dan Azizi (2006),

yang mendapati stres kerja guru dibuktikan tidak berhubung secara signifikan dengan

umur.

Hipotesis ketiga (Ho 1.3) ialah tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap

stres guru dari segi pengalaman mengajar.

Kajian mendapati semakin lama pengalaman mengajar seseorang guru, maka

semakin tinggi tahap stres yang dialaminya. Hasil kajian mendapati, dari jadual

ANOVA sehala, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres

guru dengan pengalaman mengajar. Hasil kajian ini menyamai hasil kajian Tee dan

Azizi (2006), yang mendapati stres kerja guru juga dibuktikan tidak berhubung

secara signifikan dengan pengalaman mengajar.

Hipotesis keempat (Ho 1.4) ialah tidak terdapat perbezaan yang signifikan

tahap stres guru dari segi status perkahwinan. Berdasarkan kajian didapati tidak

terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dengan status perkahwinan. Ini

mungkin merupakan sumbangan dalam latihan guru, yang mana ilmu psikologi

diberikan sebagai panduan guru dalam menangani stres walau pun sudah mempunyai

keluarga.

Hipotesis kelima (Ho 1.5) ialah tidak terdapat perbezaan yang signifikan

tahap stres guru sebagai guru kelas. Dapatan kajian menunjukkan hipotesis ini tidak

dapat ditolak. Ini dibuktikan oleh nilai ”p” yang ditunjukkan (0.385) adalah lebih

besar daripada nilai aras signifikan yang ditetapkan (0.05). Ini bermakna tahap stres

guru kelas dengan guru yang tidak memegang kelas adalah tiada perbezaan.

Hipotesis keenam (Ho 1.6) ialah tidak terdapat perbezaan yang signifikan

tahap stres guru dari segi mengajar kelas peperiksaan. Dapatan kajian yang

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi

sama ada mengajar kelas peperiksaan atau tidak. Dapatan ini tidak menyokong

kajian yang dilakukan oleh Norul Azlin (2003), yang mendapati tahap stres di

kalangan guru kelas peperiksaan di daerah Pendang adalah tinggi.

Page 110: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

93

Hipotesis ketujuh (Ho 1.7) ialah tidak terdapat perbezaan yang signifikan

tahap stres guru pengetua dari segi sesi persekolahan. Mengikut kajian didapati

hipotesis ini diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru

dari segi sesi persekolahan. Ini dibuktikan apabila nilai `p’ (0.347) lebih besar

daripada nilai aras signifikan yang ditetapkan 0.05.

Hipotesis kelapan (Ho 2.1) ialah tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres guru.

Pekali korelasi, r bagi gaya kepimpinan dimensi berstruktur dengan tahap stres guru

adalah bersamaan -.159. Nilai p = 0.002 yang lebih kecil dari aras signifikan yang

ditetapkan menunjukkan hipotesis null ditolak kerana hubungan ini adalah

signifikan. Menurut Rowntree, (1981) dalam Mohd. Najib (2003) nilai ini

menunjukkan hubungan yang sangat lemah. Ini bermakna terdapat hubungan yang

signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres

guru. Hubungan tersebut adalah pada tahap yang sangat lemah dan hubungannya

adalah secara negatif. Ini bermakna semakin kurang gaya berstruktur pengetua,

maka tahap stres guru semakin tinggi. Dapatan ini menunjukkan pengetua perlu

memastikan guru-guru memahami sikap pengetua, menekankan segala arahan diberi

siap pada waktunya, menetapkan tugas tertentu kepada setiap guru dan

menggalakkan semua guru menggunakan prosedur kerja yang sama. Jika tidak,

perkara ini akan menyumbang kepada stres guru.

Hasil kajian ini tidak menyokong kajian Sadri (1998), yang mendapati

pengetua yang lebih cenderung mengamalkan tingkah laku kepimpinan

pendayautamaan struktur mempunyai hubungan yang positif dengan tekanan kerja

guru. Suaidah (1983) juga mendapati tingkah laku pendayautamaan struktur

berhubungan secara positif dengan tekanan.

Hipotesis kesembilan (Ho 2.2) ialah tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara gaya kepimpinan pengetua dimensi bertimbang rasa dengan tahap stres guru.

Jadual 4.22 menunjukkan analisis korelasi antara gaya kepimpinan pengetua dimensi

timbang rasa dengan stres guru (pada gaya timbang rasa pengetua). Dapatan ini

menujukkan hipotesis null tidak boleh ditolak. Ini bermakna tidak terdapat

hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi timbang rasa

Page 111: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

94

dengan tahap stres guru pada gaya timbang rasa pengetua . Dapatan ini menyokong

kajian yang dilakukan oleh Sadri (1998) yang mendapati pengetua sekolah menengah

Daerah Bera lebih cenderung mengamalkan tingkah laku kepimpinan timbang rasa

dan mempunyai hubungan yang negatif dengan tekanan kerja guru. Suaidah (1983)

juga mendapati tingkah laku timbang rasa berhubungan secara negatif dengan

tekanan kerja guru.

Abdull Rahim (2003), mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara

tingkah laku kepimpinan pengetua dengan tekanan kerja guru. Namun hubungannya

adalah songsang sekiranya tingkahlaku kepimpinan pengetua adalah baik maka

tekanan kerja guru-guru adalah rendah dan sebaliknya. Abdull Rahim mendapati

tekanan kerja guru-guru yang dikaji adalah pada tahap rendah kerana semua sampel

memberikan tahap tingkahlaku kepimpinan pengetua yang baik. Tinjauan Ahmad

Azhari (1998), mendapati seramai 6.1% guru telah mengalami tahap stres yang tinggi

di kawasan Sabak Bernam. Kajian Noriah (1994), pula menunjukkan bahawa tahap

stres guru adalah tinggi iaitu 29.4%.

Perbezaan dapatan kajian antara pengkaji dengan Suaidah (1983) dan Sadri

(1988) berlaku mungkin disebabkan oleh instrumen untuk mengukur tahap stres yang

digunakan adalah berbeza seperti yang pengkaji gunakan. Pengkaji menggunakan

instrumen tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua itu sendiri, tetapi

Suaidah dan Sadri menggunakan instrumen tahap stres yang berdasarkan faktor

luaran seperti dan tidak berkait secara langsung dengan gaya kepimpinan pengetua.

5.5 Cadangan Tindakan Berdasarkan Keputusan Kajian

Berdasarkan keputusan kajian, beberapa cadangan perlu dilakukan untuk

penambahbaikan diri guru dalam menangani tekanan yang dihadapi dan seterusnya

menambahbaikan hubungan di antara pengetua dengan guru. Cadangan kepada

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Penggubalan Kurikulum Guru

agar mewajibkan semua guru dan pengetua mempelajari ilmu psikologi, komunikasi

dan kepimpinan. Ini adalah kerana tahap stres seseorang banyak bergantung kepada

cara berkomunikasi. Contohnya, satu daripada matlamat pendidikan adalah untuk

melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 112: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

95

Semua warga pendidikan sama ada guru biasa atau pentadbir mempunyai matlamat

yang sama. Namun komunikasi dan psikologi dalam gaya kepimpinan memberikan

impak yang berbeza dan tahap stres yang berbeza bukan sahaja kepada yang

dipimpin tetapi juga yang memimpin.

Cadangan yang sama juga ditujukan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri,

Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah agar mengadakan kursus-kursus khas

yang memberi fokus kepada pengendalian emosi dan menangani stres. Kemahiran

mengendalikan emosi boleh membantu semua warga guru agar sentiasa berada

dalam emosi yang stabil dan dapat menghadapi segala bentuk tekanan dengan lebih

tenang.

Cadangan juga khusus ditujukan kepada kaunselor pentadbir yang berperanan

untuk membantu guru dalam menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu.

Kaunselor pelajar di sekolah perlu mengenalpasti guru-guru yang mempunyai

potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya bekerjasama dengan

kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran Daerah dan di Jabatan

Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan. Tujuan sesi tersebut adalah

untuk membantu guru memahami dirinya dan orang lain, seterusnya mendapatkan

alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani sebarang isu khususnya

yang berkait dengan tekanan.

5.6 Cadangan Tentang Kajian Lanjutan

Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan, penumpuan adalah kepada

mengenalpasti hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan stres guru bagi guru-

guru di sekolah harian biasa yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar.

Kajian adalah untuk meninjau gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan

guru sama ada dimensi pendayautamaan struktur atau dimensi timbang rasa. Kajian

juga adalah untuk mengenalpasti tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan

pengetua.

Selain itu kajian yang dilakukan juga khusus tertumpu kepada melihat sama

ada terdapat perbezaan pembolehubah yang dikaji seperti segi jantina, umur,

Page 113: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

96

pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas

peperiksaan dan sesi persekolahan.

Beberapa cadangan boleh dikemukakan sebagai idea kajian lanjutan. Dengan

itu dicadangkan beberapa tema kajian lanjutan yang berkaitan dengan tahap stres

guru dan gaya kepimpinan pengetua di sekolah iaitu:

i. Kajian tentang faktor yang menyebabkan tahap stres guru lelaki lebih tinggi

berbanding tahap stres guru perempuan dalam menghadapi gaya kepimpinan

pengetua.

ii. Kajian tentang faktor stres dari segi personaliti guru itu sendiri dan cara guru

berhadapan dengan gaya kepimpinan pengetua.

iii. Kajian tentang gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tahap

pencapaian akademik pelajar dan tahap stres guru di sekolah-sekolah

pencapaian akademik paling rendah dan paling tinggi

iv. Kajian tentang hubungan tahap stres guru dengan cara menghadapi tekanan

dalam menghadapi gaya kepimpinan pengetua yang berbeza dimensi.

v. Kajian tentang hubungan gaya kepimpinan pengetua dari sudut dimensi yang

lain dengan tahap stres guru

5.7 Kesimpulan

Berdasarkan keputusan kajian, didapati terdapat hipotesis yang ditolak dan

diterima. Keputusan pengujian ke atas hipotesis null yang diterima ialah tidak

terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan dengan umur,

pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas

peperiksaan, dan dari segi sesi persekolahan. Selain itu hipotesis null yang tidak

dapat ditolak ialah tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan

pengetua dimensi timbang rasa dengan tahap stres guru.

Keputusan pengujian ke atas hipotesis null yang ditolak dan menerima

hipotesis alternatif (Ha) pula ialah :

Page 114: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

97

i. terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan dengan

jantina.

ii. terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi

berstruktur dengan tahap stres guru. Hubungan tersebut adalah pada tahap

yang sangat lemah dan hubungannya adalah secara negatif.

Interaksi antara manusia dengan punca tekanan adalah penting dalam hal

menyesuaikan diri terhadap tekanan (Mahood Nazar, 1990). Penyelidik bersetuju

dengan pernyataan tersebut. Ini kerana mereka apabila sesorang mengetahui punca

yang menyebabkan dirinya tertekan, maka tindakan ke atas punca tekanan tersebut

boleh dilakukan.

Sebagai kesimpulan, penyelidik berharap kajian ini dapat membantu para

guru, kaunselor, ibu bapa dan pihak sekolah untuk melihat tahap stres guru yang

berhubung dengan gaya kepimpinan pengetua. Dengan mengetahui tahap stres guru

berdasarkan item membolehkan pengetua menjadi pemimpin sekolah yang

mempunyai gaya yang sesuai dengan situasi sekolah dan peribadi guru ke arah

penambahbaikan sekolah. Penyelidik sependapat dengan Nor Hanani (2007), yang

menyatakan stres yang sederhana di kalangan individu ada baiknya bagi merangsang

minda bagi mencapai kecemerlangan berbanding dengan tiada stres langsung. Ini

kerana bukan semua stres memudaratkan. Sedikit stres yang diberikan kepada

seseorang boleh menjadi sumber motivasi atau faktor pengerak ke arah yang lebih

baik. Apabila seseorang berada di dalam keadaan stres yang sedikit akan

menyebabkan seseorang memastikan diri berada dalam keadaan bersiap sedia,

berdaya saing dan berdaya maju.

Page 115: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

98

RUJUKAN

_____________ (1992). Kamus Dewan. Edisi Pertama. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

_____________ (2006). Abstrak Seminar Projek Sarjana Muda Sesi 2005/06 (II).

10-14 April 2006. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

_____________ (2002). Prosiding Seminar Profesion Perguruan 2002. Profesion

Perguruan: Cabaran Pendidikan Masa Kini. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia

Ab. Rahim bin Aris (2002). Kajian Ke Atas Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Stres (Tekanan) Dan Niat Untuk Meninggalkan Profesion Perguruan Di

Kalangan Guru Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Di Daerah Kota

Tinggi, Johor. Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai

Abdull Rahim bin Che Lah (2003). Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Dan

Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Dan Tekanan Kerja Guru-guru Sekolah

Menengah Di Kawasan Felda, Jengka Pahang. Tesis Sarjana Muda, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai

Ahmad Azhari Sarmun (1998). Tinjauan Tahap dan Punca Stres di Kalangan Guru-

guru Yang Mengajar di Sekolah Menengah Sabak Bernam Selangor. Tesis

Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991). Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Ainon Mohd (2005). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat

Kerja. Pahang: PTS Professional

Page 116: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

99

Aizzat Mohd Nasarudin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006). Pengantar

Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors

AlHabshi, Syed Othman dan Hamiza Ibrahim (1998). Pengurusan dan Pentadbiran:

Mencari Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai. Kuala Lumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia

Aminudin Mohd Yusof (1990). Siri Analisis Psikologi: Kepimpinan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Aminudin Mohd Yusof (1994). Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi: Model Guru

dan Tentera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Andi Audryanah Hj Md Noor (2007). Kepimpinan Pengajaran dan Efikasi Kendiri

Pengetua Sekolah Menengah dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik

Sekolah. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim

Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis

& Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing

Bartol, Kathryn M. dan Martin, David C. (1994). Management. Dalam Aizzat

Mohd Nasarudin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006). Pengantar

Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Bass B.M. (1981). Stogdill’s Handbook of Leadership. Dalam Aminudin Mohd

Yusof (1994). Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi: Model Guru dan Tentera.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Black, T.R. (1993). Evaluating Social Science Research: An Introduction. Dalam

Mohamad Najib Abd Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru:

Universiti Teknologi Malaysia

Blum, M.L. dan Foos, P.W. (1986). Data Gathering: Experimental Methods Plus.

Dalam Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor

Bahru: Universiti Teknologi Malaysia

Page 117: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

100

Cohen, L. dan Manion, L. (1985). Research Methods in Education. Dalam

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor

Bahru: Universiti Teknologi Malaysia

Crow & Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. (Habibah Elias).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1980)

Edmonds, R. (1978). Search for effective Schools. The Identification and Analysis

of City Schools: Are Instructionally Effective For Poor Children. Dalam

Hussein Mahmood (1997). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ee Ah Meng (1994). Siri Pendidikan Perguruan: Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala

Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Engliman Roslan (2005). Tahap Stres Kerja di Kalangan Pentadbir Sekolah: Satu

Kajian Diskriptif Tahap Stres Kerja Guru Penolong Kanan HEM dan Penyelia

Petang Sekolah Menengah di Daerah Muar. Pembentangan kertas kerja di

Seminar Guru Bimbingan dan Kaunseling Muar

Fleishman, E.A. (1973). Twenty Years of Consideration and Structur. Dalam

Aminudin Mohd Yusof (1990). Siri Analisis Psikologi: Kepimpinan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fiedler F.E. (1967). A Theory of Leadership Effectiveness. Dalam Aminuddin

Mohd Yusof (1994). Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi – Model Guru dan

Tentera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Gan, Phei Ling (2000). Reformasi Pendidikan Dan Hubungannya Dengan Stres

Kerja Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kulai.

Tesis Sarjana, Universiti Teknologi, Skudai

Harunssani Zakaria (2004). Stres Mengikut Pandangan Islam. Dalam Mohd Taib

Dora dan Hamdan Abd Kadir (2006). Mengurus Stres. Selangor: PTS

Professional

Page 118: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

101

Harun Arrasyid Haji Tuskan (2006). Menangani Konflik Emosi Menurut Pandangan

Islam. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2005). Mengurus Stres Pendekatan Yang

Praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Helen Malaka, Rojiah Abdullah, Nor’azian Rohani, Eldrana Augustin Daniel,

Mustafa Kamal Mohammad (2005). Hubungan Punca Stres dengan Tahap

Stres di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Agama Johor Bahru. Kertas

Kerja Seminar Fakulti Pendidikan 15 Oktober 2005, UTM

Hellriegel, D. & Slocum Jr., J.W. (1996). Management. Dalam Aizzat Mohd

Nasarudin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006). Pengantar

Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Hisham Altalib (1992). Panduan Latihan Bagi Petugas Islam. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise

Hussein Mahmood (1997). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jayanthe Sree Rahman (2003). Tekanan Kerja di Kalangan Guru-guru: Satu

Perbandingan Antara Guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Tesis

Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Kamarudin Hj. Kachar (1989). Siri Pengurusan Pendidikan: Strategi Pentadbiran

Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.

Kerlinger, F.N. (1986). Foundations of Behavioural Research. Dalam Mohamad

Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Universiti

Teknologi Malaysia

Koontz, H. dan Wichrich, H. (1991). Pengurusan. Dalam Mohamad Najib Abdul

Ghafar (2004). Pembangunan Organisasi Di Malaysia: Projek Pendidikan.

Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Page 119: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

102

Lewin K., Lippit R. dan White R.K. (1939). Pattern of Aggressive Behavior in

Experimentally Created Social Climates. Dalam Aminudin Mohd Yusof

(1994). Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi: Model Guru dan Tentera. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas

Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

McGregor D. (1966). Leadership and Motivation. Dalam Ainon Mohd (2005).

Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang:

PTS Professional

McGregor D. (1966). Leadership and Motivation. Dalam Aminudin Mohd Yusof

(1990). Siri Analisis Psikologi: Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru:

Universiti Teknologi Malaysia

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004). Pembangunan Organisasi Di Malaysia:

Projek Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Azhar Abd. Hamid (2004). EQ – Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi.

Pahang: PTS Publications & Distributors

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Said bin Haji Othman (2005). Tahap Stres Di Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Harian Di Daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai

Mohd Salleh Lebar (1994). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors

Page 120: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

103

Mohd Taib Dora dan Hamdan Abd Kadir (2006). Mengurus Stres. Selangor: PTS

Professional

Mohd. Salleh Lebar (1994). Pengajian Dan Pendidikan – Asas Psikologi

Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nor Hanani Hussin (2007). Membina Sukses Tanpa Stres. Selangor: Edusystem

Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob (1990). Guru Dan Perguruan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nor’Azian Rohani (2003). Hubungan Punca Stres Dan Tahap Stres Di Kalangan

Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Di Daerah Johor Bahru.

Kajian Ilmiah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Noriah Mohd Ishak & Aliza Alias dalam _____________. (2002). Prosiding

Seminar Profesion Perguruan 2002 – Profesion Perguruan: Cabaran

Pendidikan Masa Kini. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Noriah Mohd Ishak (1994). Pola Pemilihan Respon Menangani Ketegangan Dan

Hubungannya Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-Guru. Tesis

Sarjana Pendidikan, UKM Bangi

Norul Azlin Ismail (2003). Stres Di Kalangan Guru Kelas Peperiksaan UPSR Di

Daerah Pendang. Laporan Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai

Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah – Satu Panduan Lengkap. Kuala

Lumpur: Utusan Publication

Ong Mee Nee (2001). Stail Kepimpinan Pengetua Dan Hubungannya Dengan

Tekanan Kerja Guru. Tesis Sarjana Pendidikan, UKM Bangi

Peter Songan dan Narawi Udin (2002). Tahap Dan Punca Utama Stres Kerja Di

Kalangan Pengetua Sekolah Menengah Di Sarawak. Jurnal Penyelidikan

Pendidikan BPPDP, Jilid 4 Disember 2002, 1-16

Page 121: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

104

Roald F. Campbell, John E. Corbally, Raphael O.Nystrand (1988). Pengenalan

Pentadbiran Pendidikan. (Edisi keenam). Selangor: Universiti Pertanian

Malaysia.

Robbins, Stephen P. (1993). Organizational Behavior: Concepts, Controversies and

Applications. Dalam Aizzat Mohd Nasarudin, Intan Osman, Zainal Ariffin

Ahmad (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors

Rowntree, D. (1981). Statistics Without Tears: A Primer For Non Mathematicians.

Dalam Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik

Pendidikan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia

Roslan Atan (2004). Hubung Kait Bentuk Komuniksi Dan Tingkah Laku

Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Kepuasan Kerja Guru-Guru Sekolah

Menengah Daerah Muar Dari Persepsi Guru. Tesis Sarjana Pendidikan, ,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Selye, H. (1975). Stress Without Distress. Dalam Mahmood Nazar Mohamed

(1990). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah

Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Shafinaz Sheikh Maznah (1.7.2007). Mengurus Stres. Mingguan Malaysia. m.s. 1-3

Stogdill, R.M. (1974). Handbook of Leadership. A Survey of Theory and Research.

Dalam Aminudin Mohd Yusof (1994). Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi:

Model Guru dan Tentera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sadri Hj Kormin (1998). Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Dan Hubungannya

Dengan Kepuasan, Tekanan Dan Prestasi Kerja Guru-guru Sekolah Menengah

Daerah Bera. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai

Page 122: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

105

School Of Graduate Studies (2007). UTM Thesis Manual July 2007. Diakses pada

18 November 2007, dari http://portal.psz.utm.my/psz/images/stories/pdf/utm_

thesis_ manual_ 2007.pdf?

See, Tean Seng (1987). Tingkah Laku Ketua Jururawat Berbentuk Kerjasama,

Persaingan dan Individulistik Terhadap Pengikut. Tesis Sarjana Muda, UKM

Bangi

Selye, H. (1980). The Stress Concept Today. Dalam Mahmood Nazar Mohamed

(1990). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah

Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pendidikan Malaysia

Shahril @ Charil Marzuki (2000). Ciri-ciri Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar

Berkesan yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad Ke-21,

Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki Kementerian

Pendidikan Malaysia. Jilid 10. Bil. 02. Disember 2000.

Siti Fatimah Awang (1993). Hubungan Antara Pengurusan Masa Dengan Tahap

Ketegangan (Stres) Di Kalangan Pengetua Sekolah Menengah. Tesis Sarjana

Pendidikan, UKM

Siti Taniza Toha (2003). Masalah Psikologi Guru dan Hubungannya dengan

burnout serta keperluan Perkhidmatan Kaunseling. Tesis phD: UKM

Suaidah Ahmad (1983). Tingkah Laku Kepimpinan Guru Besar Dan Hubungannya

Dengan Kepuasan, Tekanan Dan Prestasi Kerja Guru. Latihan Ilmiah Sarjana

Muda, UKM Bangi

Shuhadah bt. Yaacob (2000). Penggunaan Kuasa Kepimpinan Oleh Pengetua

Dalam Organisasi Sekolah Dari Perspektif Guru: Satu Tinjauan Di Sekolah-

sekolah Menengah Daerah Johor Bahru. Laporan Projek Sarjana, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai

Page 123: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

106

Schermerhorn Jr. & John R. (1986). Management For Productivity. Aizzat Mohd

Nasarudin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006). Pengantar

Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors

Sulaiman Masri (2005). Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan - Kaedah

Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis). Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors

Tamyis Arbak (2005). Persepsi Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Pengetua

Berkaitan Dengan Ciri-ciri Pengetua Efektif di Sekolah Menengah di Daerah

Batu Pahat Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Tee, Sook Kim dan Azizi Haji Yahya dalam Abstrak Seminar Projek Sarjana Muda

Sesi 2005/06 (II). 10-14 April 2006. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1998). Pentadbiran Pendidikan. Shah Alam: Fajar

Bakti

Zolkepeli Haron, Melor Md Yunus, Hanimah Abdul Jalal dalam _____________

(2002). Prosiding Seminar Profesion Perguruan 2002 – Profesion Perguruan:

Cabaran Pendidikan Masa Kini. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Zulkeflee Yaacob (23 Julai 2007). Guru mesti didik bukan dera pelajar. Berita

Harian. Diakses pada 30 Oktober 2007, dari http://www.bharian.com.my/

Page 124: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

107

Lampiran A

Salam sejahtera,

Saya ialah seorang penuntut UTM yang sedang menjalankan kajian mengenai

”Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Hubungannya Dengan Stres Kerja Guru Di

Sebuah Daerah Di Negeri Johor. ”

Bersama-sama ini disertakan satu set borang soal selidik untuk tujuan kajian.

Saya berharap mendapat kerjasama daripada saudara / saudari untuk menyertai

kajian ini sebagai responden kajian.

Sila beri maklumat yang diperlukan dengan jujur, ikhlas dan tanpa prasangka

kerana segala maklumat yang diberi adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk

keperluan kursus yang pengkaji wajib penuhi.

Segala kerjasama, sokongan dan bantuan yang telah saudara / saudari berikan

amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

...................................................

TINAH BINTI NAIM @ NAIN

Program Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan),

Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

Page 125: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

108

BAHAGIAN A

MAKLUMAT DIRI RESPONDEN ARAHAN: Pilih maklumat diri yang sesuai dan tandakan dengan ( √ ) pada ruang yang disediakan. Semua maklumat adalah RAHSIA. 1. Jantina

Lelaki Perempuan

2. Umur : ___________ tahun 3. Pengalaman mengajar : _____________ tahun 4. Status Perkahwinan

Bujang Berkahwin Duda / Janda / Berpisah / Balu

5. Sebagai guru kelas

Ya Tidak

6. Mengajar kelas peperiksaan

Ya Tidak

7. Sesi / Sidang persekolahan

Pagi Petang

Page 126: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

109

BAHAGIAN B

SOAL SELIDIK GAYA KEPIMPINAN PENGETUA (LBDQ)

Arahan: Guru yang budiman 1. Sila BACA setiap pernyataan di bawah dengan teliti. 2. CUBA INGAT kekerapan tingkahlaku yang pengetua anda telah tunjukkan

seperti dalam pernyataan 1-30 di bawah 3. BUAT KEPUTUSAN sama ada pengetua anda tidak pernah, jarang-jarang,

sekali-sekala, kerap kali atau sentiasa menunjukkan tingkah laku seperti yang dinyatakan di dalam pernyataan-pernyataan tersebut.

4. BULATKAN satu daripada lima angka yang terdapat di bawah pernyataan tersebut yang anda telah pilih.

Skala : 1 Tidak pernah ( TP ) 2 Jarang-jarang ( JJ ) 3 Sekali sekala ( SS ) 4 Kerap kali ( KK ) 5 Sentiasa ( S )

Contoh : Beliau bersedia meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada guru 1 2 3 4 5 (TP) (JJ) (SS) (KK) (S) TP JJ SS KK S

1 Beliau menghulurkan pertolongan peribadi kepada guru-guru 1 2 3 4 5

2 Beliau memastikan sikapnya jelas difahami oleh guru 1 2 3 4 5

3 Beliau melakukan perkara-perkara kecil bagi membolehkan-

nya disenangi sebagai ahli dalah masyarakat sekolah

1 2 3 4 5

4 Beliau senang mencuba idea-idea baru bersama guru 1 2 3 4 5

5 Beliau mudah difahami 1 2 3 4 5

6 Beliau mentadbir secara paksaan 1 2 3 4 5

7 Beliau sedia meluangkan masa untuk memberi perhatian

kepada guru

1 2 3 4 5

8 Beliau mengkritik kerja-kerja guru yang tidak bermutu 1 2 3 4 5

9 Beliau bercakap dengan gaya yang tidak boleh dipersoalkan 1 2 3 4 5

10 Beliau suka bersendirian 1 2 3 4 5

11 Beliau mengambil berat secara individu tentang hal-hal

kebajikan guru

1 2 3 4 5

Page 127: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

110

Skala : 1 Tidak pernah ( TP ) 2 Jarang-jarang ( JJ ) 3 Sekali sekala ( SS ) 4 Kerap kali ( KK ) 5 Sentiasa ( S )

TP JJ SS KK S

12 Beliau menetapkan tugas tertentu untuk setiap guru 1 2 3 4 513 Beliau menentukan jadual kerja yang perlu dilaksanakan 1 2 3 4 514 Beliau mengekalkan satu tahap pencapaian yang tetap 1 2 3 4 515 Beliau enggan menjelaskan segala tindakannya 1 2 3 4 516 Beliau bertindak tanpa berunding dahulu dengan guru 1 2 3 4 517 Beliau menyokong segala tindakan yang dilakukan oleh

guru-guru 1 2 3 4 5

18 Beliau menekankan segala kerja yang diberi siap pada waktu yang ditetapkan

1 2 3 4 5

19 Beliau menganggap semua guru setaraf dengannya 1 2 3 4 520 Beliau menggalakkan guru menggunakan prosedur kerja

yang sama 1 2 3 4 5

21 Beliau bersedia melakukan perubahan-perubahan 1 2 3 4 522 Beliau memastikan semua guru memahami peranan

beliau di sekolah 1 2 3 4 5

23 Beliau mudah didekati dan mesra dengan semua guru 1 2 3 4 524 Beliau meminta guru mengikut segala peraturan dan

syarat kerja yang telah ditetapkan 1 2 3 4 5

25 Guru-guru berasa senang apabila berbincang dengan beliau

1 2 3 4 5

26 Beliau menjelaskan kepada guru-guru apa yang diharapkan-nya

1 2 3 4 5

27 Beliau melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh guru-guru

1 2 3 4 5

28 Beliau menentukan semua guru menjalankan tugas dengan sepenuhnya

1 2 3 4 5

29 Beliau mendapat persetujuan guru-guru terlebih dahulu sebelum meneruskan sesuatu perkara penting

1 2 3 4 5

30 Beliau memastikan semua tugas guru diselaraskan 1 2 3 4 5

Page 128: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

111

BAHAGIAN C

SOAL SELIDIK TAHAP STRES GURU

Arahan : Guru yang budiman. 1. Sila BACA setiap pernyataan di bawah dengan teliti, dengan memikirkan dalam

konteks tekanan kerja anda. 2. BUAT KEPUTUSAN sama ada tiada tekanan, terdapat sedikit tekanan, agak

tertekan, pasti tertekan dan amat sangat tertekan dalam konteks kerja anda seperti yang di nyatakan dalam pernyataan-pernyataan berikut.

3. BULATKAN satu daripada lima angka yang terdapat di bawah pernyataan yang telah anda pilih.

1 = Tiada Tekanan ( TT ) 2 = Sedikit Tekanan ( ST ) 3 = Agak Tertekan ( AT ) 4 = Pasti Tertekan ( PT ) 5 = Amat sangat tertekan ( AST )

TT ST AT PT AST

1 Pengetua yang tidak menghulurkan pertolongan

peribadi kepada guru

1 2 3 4 5

2 Pengetua yang tidak pernah memastikan guru untuk

memahami sikapnya

1 2 3 4 5

3 Pengetua yang melakukan perkara-perkara kecil untuk

membolehkannya disenangi sebagai ahli dalam

masyarakat sekolah

1 2 3 4 5

4 Pengetua yang proaktif dengan mencuba idea-idea

baru dalam pentadbirannya

1 2 3 4 5

5 Pengetua yang sukar difahami 1 2 3 4 5

6 Pengetua yang mentadbir secara paksaan 1 2 3 4 5

7 Pengetua yang tidak meluangkan masa untuk memberi

perhatian kepada guru

1 2 3 4 5

8 Pengetua yang mengkritik kerja-kerja guru yang tidak

bermutu

1 2 3 4 5

9 Pengetua yang bercakap dengan gaya yang tidak boleh

dipersoalkan

1 2 3 4 5

10 Pengetua yang tidak suka bergaul dengan warga

sekolah

1 2 3 4 5

Page 129: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

112

1 = Tiada Tekanan ( TT ) 2 = Sedikit Tekanan ( ST ) 3 = Agak Tertekan ( AT ) 4 = Pasti Tertekan ( PT ) 5 = Amat sangat tertekan ( AST )

TT ST AT PT AST

11 Pengetua yang tidak mengambil berat secara individu

tentang hal-hal kebajikan guru

1 2 3 4 5

12 Pengetua yang tidak menetapkan tugas tertentu kepada

setiap guru

1 2 3 4 5

13 Pengetua yang tidak menentukan jadual kerja yang

perlu dilaksanakan

1 2 3 4 5

14 Pengetua yang tidak mengekalkan satu tahap

pencapaian yang tetap

1 2 3 4 5

15 Pengetua yang enggan menjelaskan segala tindakannya 1 2 3 4 5

16 Pengetua yang bertindak tanpa berunding dahulu

dengan guru

1 2 3 4 5

17 Pengetua yang tidak menyokong segala tindakan yang

dilakukan oleh guru

1 2 3 4 5

18 Pengetua yang tidak menekankan segala arahan yang

diberi siap pada waktu yang ditetapkan

1 2 3 4 5

19 Pengetua yang menganggap semua guru tidak setaraf

dengannya

1 2 3 4 5

20 Pengetua yang tidak menggalakkan semua guru

menggunakan prosedur kerja yang sama

1 2 3 4 5

21 Pengetua yang tidak bersedia melakukan perubahan 1 2 3 4 5

22 Pengetua yang memastikan semua guru memahami

peranannya di sekolah

1 2 3 4 5

23 Pengetua yang tidak mudah didekati dan tidak mesra 1 2 3 4 5

24 Pengetua yang meminta guru mengikut segala

peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan

1 2 3 4 5

25 Pengetua yang tidak senang berbincang dengan guru-

guru

1 2 3 4 5

26 Pengetua yang tidak menjelaskan kepada guru apa

yang diharapkannya

1 2 3 4 5

Page 130: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

113

1 = Tiada Tekanan ( TT ) 2 = Sedikit Tekanan ( ST ) 3 = Agak Tertekan ( AT ) 4 = Pasti Tertekan ( PT ) 5 = Amat sangat tertekan ( AST )

TT ST AT PT AST

27 Pengetua yang tidak melaksanakan cadangan-cadangan

yang dikemukakan oleh guru-guru

1 2 3 4 5

28 Pengetua yang tidak memastikan semua guru

menjalankan tugas dengan sepenuhnaya

1 2 3 4 5

29 Pengetua yang tidak mendapatkan persetujuan guru-

guru terlebih dahulu sebelum meneruskan sesuatu

perkara penting

1 2 3 4 5

30 Pengetua yang tidak menyelaraskan tugas guru-guru 1 2 3 4 5

– soalan tamat –

* terima kasih *

Page 131: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

114

Lampiran B

Lampiran E ****** Method 1 (space saver) will be used for this analysis ****** _ R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A)

BAHAGIAN B - GAYA KEPIMPINAN PENGETUA (LBDQ) Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted BT01 97.5172 239.6872 .5188 .8812 BS02 97.2759 230.8498 .6923 .8768 BT03 97.1379 229.1232 .7881 .8750 BS04 97.2069 234.9557 .6189 .8788 BT05 97.2414 231.8325 .6418 .8779 BS06 98.2069 265.5271 -.2475 .8969 BT07 97.1034 230.7389 .7145 .8765 BS08 97.5172 253.4729 .0791 .8905 BS09 97.3103 251.5788 .1688 .8878 BT10 97.8621 265.9089 -.2502 .8975 BT11 97.3448 229.4483 .7461 .8757 BS12 96.7586 236.2611 .7261 .8778 BS13 97.0345 237.8202 .5384 .8806 BS14 96.8966 234.6675 .6352 .8785 BT15 97.8621 281.3374 -.6069 .9056 BT16 97.8966 275.3103 -.5085 .9017 BT17 97.0345 233.9631 .7550 .8768 BS18 96.4483 240.0419 .5996 .8802 BT19 97.5517 236.8276 .4248 .8835 BS20 97.2759 243.1355 .4661 .8824 BT21 96.7586 237.1182 .6946 .8784 BS22 96.6207 236.9581 .6479 .8789 BT23 96.6207 247.4581 .2731 .8861 BS24 96.4138 240.6798 .5640 .8807 BT25 97.0000 232.7857 .6326 .8782 BS26 96.4828 235.7586 .6331 .8788 BT27 97.0690 232.5665 .6784 .8774 BS28 96.7586 234.7611 .5887 .8793 BT29 97.1724 235.5764 .5621 .8799 BS30 96.6207 235.9581 .6821 .8782 Reliability Coefficients N of Cases = 29.0 N of Items = 30 Alpha = .8865

Page 132: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

115

****** Method 1 (space saver) will be used for this analysis ****** _ R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A)

BAHAGIAN C - TAHAP STRES GURU Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted C1 82.5862 367.5369 .6732 .9142 C2 82.3793 371.9581 .6672 .9145 C3 83.5862 404.3941 .0324 .9231 C4 83.1379 416.4803 -.2499 .9258 C5 83.0345 360.6059 .8533 .9112 C6 83.2414 369.4039 .6644 .9144 C7 82.8276 372.6478 .6421 .9148 C8 82.9310 375.7808 .6105 .9154 C9 82.7931 366.5985 .7724 .9128 C10 82.3448 371.5911 .6561 .9146 C11 82.5862 376.0369 .6147 .9154 C12 82.4828 391.1872 .4165 .9182 C13 82.4828 391.0443 .3438 .9191 C14 82.7586 390.5468 .3980 .9184 C15 82.7931 377.7414 .5300 .9166 C16 82.8621 372.1232 .6488 .9147 C17 83.1034 378.4532 .5211 .9167 C18 82.4138 386.1084 .4663 .9175 C19 82.6552 370.9483 .6754 .9143 C20 82.5517 387.9704 .5272 .9170 C21 82.7241 377.8498 .6279 .9153 C22 83.0000 418.6429 -.2538 .9278 C23 82.7586 356.1182 .8575 .9107 C24 82.8966 427.3818 -.4403 .9295 C25 82.6552 369.5197 .7048 .9138 C26 82.4483 378.0419 .6103 .9155 C27 82.8276 370.3621 .7598 .9133 C28 82.7586 383.2611 .5292 .9167 C29 82.7241 385.0640 .4614 .9176 C30 82.6552 378.6626 .6252 .9154 Reliability Coefficients N of Cases = 29.0 N of Items = 30 Alpha = .9195

Page 133: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

116

Lampiran F

Reliability ****** Method 1 (space saver) will be used for this analysis ****** _ R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted BT01 99.5255 141.2725 .4095 .7578 BS02 98.7452 139.5707 .5398 .7527 BT03 99.0478 142.0776 .4376 .7575 BS04 98.7611 139.5178 .5302 .7529 BT05 98.9268 139.4866 .5325 .7528 BS06 99.7866 157.8297 -.2121 .7870 BT07 98.7962 141.0574 .5099 .7548 BS08 99.0669 150.3054 .0690 .7737 BS09 99.2580 153.4764 -.0562 .7802 BT10 99.6529 158.0229 -.2277 .7863 BT11 99.0828 139.1944 .5107 .7531 BS12 98.3567 144.8436 .3862 .7608 BS13 98.4268 143.1016 .4294 .7585 BS14 98.4459 144.1201 .4104 .7597 BT15 99.6433 156.6328 -.1489 .8026 BT16 99.5573 159.7491 -.2774 .7902 BT17 98.9650 143.7528 .4129 .7594 BS18 98.2197 145.1049 .3669 .7615 BT19 99.5510 142.7913 .3440 .7610 BS20 98.6178 137.8024 .2529 .7702 BT21 98.2675 138.6183 .1558 .7864 BS22 98.2771 140.3479 .5654 .7530 BT23 98.6274 140.1834 .4714 .7550 BS24 98.1178 143.7209 .4547 .7585 BT25 98.6847 138.9450 .5377 .7521 BS26 98.1783 140.5751 .5604 .7533 BT27 98.9299 140.7427 .5596 .7535 BS28 98.3280 142.6748 .4737 .7571 BT29 99.0287 141.5615 .4631 .7564 BS30 98.6083 140.7886 .5210 .7543 Reliability Coefficients N of Cases = 314.0 N of Items = 30 Alpha = .7703

Page 134: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

117

Reliability ****** Method 1 (space saver) will be used for this analysis ****** _ R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted C1 76.9076 301.8988 .4012 .8947 C2 77.2197 297.9803 .5357 .8925 C3 78.6529 320.5980 -.0998 .9026 C4 78.0414 325.9056 -.2328 .9051 C5 78.0764 291.4574 .6341 .8904 C6 78.4618 289.8468 .6586 .8898 C7 77.7006 293.3478 .6078 .8910 C8 77.8312 301.1120 .4091 .8945 C9 78.0828 293.6992 .5772 .8914 C10 77.8631 287.7991 .6638 .8894 C11 77.5828 292.6784 .5988 .8910 C12 77.4299 296.3353 .5666 .8919 C13 77.5064 296.0591 .5708 .8918 C14 77.5287 296.4608 .5909 .8916 C15 78.0605 291.8845 .7142 .8895 C16 78.0669 282.1712 .3202 .9067 C17 78.2611 293.7910 .6677 .8904 C18 77.4236 301.7529 .4206 .8944 C19 77.7516 290.5004 .6193 .8904 C20 77.4904 296.6724 .5671 .8919 C21 77.7102 294.7368 .6053 .8912 C22 78.1561 327.2631 -.2488 .9064 C23 78.0573 288.2906 .7010 .8890 C24 77.5382 331.9043 -.3607 .9081 C25 78.1274 287.2553 .7581 .8881 C26 77.9682 291.1875 .6923 .8896 C27 77.7643 296.6983 .5685 .8919 C28 77.6497 296.7906 .5511 .8921 C29 77.9841 294.4630 .6170 .8910 C30 77.8822 295.2225 .6097 .8912 Reliability Coefficients N of Cases = 314.0 N of Items = 30 Alpha = .8970

Page 135: gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di ...

118