GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan...

30
GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN BEKERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR AZIZAH BINTI GHAZALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan...

Page 1: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR

DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN BEKERJA GURU

DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

AZIZAH BINTI GHAZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

PSZ 19.16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS^

JUDUL : GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA

DENGAN KEPUASAN BEKERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN : 2008/2009.

Saya HJH. AZIZAH BTE HJ GHAZALI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia

dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/ badan dimana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_______________________ ______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Tarikh : 30 Oktober 2008 Tarikh : 30 Oktober 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika kertas projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

^ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Dr.Yusof bin Boon Nama Penyelia.

Alamat tetap: No. 25, Jalan Perak 1, Taman Sri Skudai, 81300 Skudai Johor Bahru

Page 3: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pengurusan dan Pendidikan ).

____________________________

DR. YUSOF BIN BOON

30 Oktober 2008

Page 4: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

i

GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN BEKERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH

JOHOR BAHRU

HJH AZIZAH BTE HJ. GHAZALI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pendidikan

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Oktober 2008

Page 5: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ____________________ Nama Penulis : HJH. AZIZAH BT HJ. GHAZALI Tarikh : 30 Oktober 2008

Page 6: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

iii

DEDIKASI

Didedikasikan khas untuk suami tersayang

HJ. MOHD NOAH BIN HJ. SALIM

Yang sentiasa memberi sepenuh sokongan dan dorongan.

Segala pengorbanan dan doamu sepanjang pengajian ini

Amat besar ertinya......

Untuk anak-anak yang amat disayangi

SITI HANIS-SYAZANA

SITI AKMAL HANISAH

SAIFUL NAJMEE

SAIFUL RAFIUDDIN

SITI NUR SHAHIDA

SITI ASMAAQ

MUHAMMAD LUQMAN

Yang amat memahami

Istimewa buat

Pensyarah Penyelia Dr. Yusof bin Boon,

Rakan-rakan guru yang turut serta menyumbang dan mendoakan

Terima kasih atas segalanya.

ALHAMDULILLAH

Page 7: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani. Saya bersyukur

kerana dengan izin serta limpah kurniaNya telah dapat saya menyempurnakan laporan

sarjan muda ini.

Persiapan awal untuk melaksanakan kajian ini telah bermula sejak semester dua

(2006/07) lagi melalui proses pembelajaran Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

(SPP3042) dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah iaitu Dr Yusof Bin

Boon dan seterusnya menjadi penyelia saya. Beberapa masalah telah saya hadapi di

peringkat awal dalam usaha memproses dan menganalisis data dengan menggunakan

perisian SPSS versi 15.0. Berkat tunjuk ajar pensyarah penyelia dan perkongsian pintar

rakan-rakan masalah ini dapat saya atasi. Kemudian peringkat penulisan laporan yang

memerlukan kemahiran dan kesabaran juga merupakan satu cabaran untuk diri saya

namun akhirnya lapuran ini berjaya disiapkan. Dikesempatan ini saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas saya kepada Dr. Yusof bin Boon diatas

kesabaran dan kesungguhannya memberi tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempuh

penyediaan laporan ini.

Penghargaan juga saya rakamkan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Institut

Aminuddin Baki (IAB) yang telah menaja pengajian ini sepenuhnya. Kerjasama,

kefahaman dan doa daripada suami dan anak-anak, guru-guru dari sekolah SK Sedenak,

SJKC Sedenak, SJKT Sedenak, SK Taman Universiti 1, SK taman Universiti 4, SJKC

Kuo Kwang 2 dan SJKT Taman Tun Aminah, rakan-rakan pengajian dan pensyarah-

pensyarah lain juga amat saya hargai. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja

yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan laporan ini.

Semoga Allah s.n.w akan sentiasa melimpahi rahmatNya ke atas mereka yang

telah menyumbangkan kerjasama, sokongan dan bantuan yang begitu besar maknanya

terhadap penghasilan laporan sarjana muda ini, InsyaAllah.

Page 8: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau pendapat guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor

Bahru terhadap gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja

mereka. Selain itu, kajian turut memberi fokus kepada sama ada terdapat perbezaan

pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar mengikut latar belakang mereka, dan

adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan

kepuasan bekerja mereka. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan

melibatkan sebanyak 178 orang guru sebagai responden. Data kajian diproses dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for Windows versi

15.0. Dapatan kajian menunjukkan guru besar kerap mengamalkan enam dari tujuh gaya

komunikasi, iaitu ekspresi positif, ekspresi negatif, arahan kerja, penglibatan, rasional

kerja dan penerangan kerja. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan pendapat

guru mengikut umur dan pengalaman mengajar terhadap gaya komunikasi guru besar.

Sebaliknya, terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar

mengikut jantina, etnik dan jenis sekolah. Selanjutnya, kajian ini mendapati terdapat

hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja

guru, terutamanya gaya komunikasi ekspresi positif dan ekspresi negatif. Beberapa

implikasi dan cadangan turut dikemukakan dalam kertas kerja ini.

Page 9: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify teachers’ opinions from three primary

schools about headmaster’s communication style in Johor Bahru’ District and its

influences towards teacher’s job satisfaction. Besides that, this study also focuses on

whether there are differences in teacher’s perception based on their demographic data

towards the headmaster’s communication style and it’s correlation between headmaster’s

communication style and teacher’s job satisfaction. About 178 teachers were selected to

answer a set of questionnaires. Once done, the collected data was analyzed using

‘Statistical Package for Social Science (SSPS) Window Program version 15.0’. Hence,

the result was six out of seven communication style were practiced by the headmasters

towards their teachers which are positive expression, negative expression, work

commandment, involvement, work rationality, and work description. The result of the

study also revealed there were no differences in teachers’ opinion based on age and

teaching experience but there were significant differences based on gender, ethnic, and

type of school. Moreover, based on the findings, there was a correlation between

headmasters’ communication style and teachers’ job satisfaction. In line with the research

finding, several communication implication and better communication techniques were

put forward.

Page 10: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA

PENGESAHAN PENYELIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN

iii

iiiivv

viixiiixvi

xviixviii

I

PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyaan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Hipotesis Kajian 9

1.6 Rasional Kajian

10

1.7

Kepentingan Kajian

11

1.8

Skop dan Batasan Kajian

12

1.9

Definisi Istilah

1.8.1 Komunikasi

12

13

Page 11: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

viii

1.8.2 Gaya Kominikasi 1.8.3 Kepuasan Kerja 1.8.4 Guru Besar 1.8.5 Guru

14

15

18

19

1.10 Kesimpulan

19

II SOROTAN KAJIAN

20

2.1 Pengenalan 20

2.2 Komunikasi 2.2.1 Teori-teori Komunikasi 2.2.2 Model-Model Komunikasi 2.2.3 Prinsip Komunikasi 2.2.4 Fungsi Komunikasi 2.2.5 Gaya Komunikasi 2.2.6 Ciri-ciri Seorang Guru Besar

Yang Berkesan Dari Aspek Komunikasi

2.2.7 Saluran-saluran Komunikasi

Yang Berkesan 2.2.8 Kepuasan Kerja

20

21

22

29

34

35

38

41

44

2.3 Kajian Tentang komunikasi Dan Kepuasan Kerja 2.3.1 Kajian Dalam Negeri 2.3.2 Kajian Luar Negeri

49

49

51

2.4 Kesimpulan 52

Page 12: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

ix

III

BAB

METODOLOGI KAJIAN

54

3.1

Pengenalan

54

3.2

Rekabentuk Kajian

54

3.3

Persampelan 3.3.1 Populasi dan Sampel Kajian

55

55

3.4 Instumen Kajian 3.4.1 Soal Selidik Bahagian II A

(Gaya Komunkasi Guru Besar)

3.4.2 Soal Selidik Bahasian II B (Kepuasan Kerja)

56 58

59

3.5

Kajian Rintis

60

3.6

Prosedur Pengumpulan Data Kajian

60

3.7

Analisis Data 3.7.1 Statistik Deskriptif

61

61

3.8 Kesimpulan

63

IV

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

64

4.2

Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 4.2.1 Jantina 4.2.2 Umur 4.2.3 Etnik 4.2.4 Pengalaman Mengajar 4.2.5 Jenis Sekolah

65

65

66

66

67

Page 13: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

x

4.3 Analisis Bahagian B: Soalan Kajian 4.3.1 Gaya Komunikasi Guru Besar 4.3.2 Tahap Kepuasan Kerja Guru

67

67

74

4.4 Analisis Tahap

75

4.5

Analisis Data Berasaskan Hipotesis 4.5.1 Gaya Komunikasi Guru Besar

Berdasarkan Pendapat Guru Lelaki Dan Guru Wanita.

4.5.2 Gaya Komunikasi Guru Besar

Berdasarkan Kumpulan Umur. 4.5.3 Gaya Komunikasi Guru Besar

Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Terhadap Guru Besar.

4.5.4 Gaya Komunikasi Guru Besar

Mengikut Kumpulan Etnik. 4.5.5 Gaya Komunikasi Guru Besar

Mengikut Jenis Sekolah. 4.5.6 Kepuasan Bekerja Guru

Mengikut Jantina. 4.5.7 Kepuasan Bekerja Guru

Mengikut Kumpulan Umur. 4.5.8 Kepuasan Bekerja Guru

Berdasarkan Mengikut Pengalaman Bekerja Guru Terhadap Guru Besar.

4.5.9 Kepuasan Bekerja Guru

Mengikut Jenis Sekolah. 4.5.10 Kepuasan Bekerja Guru

Mengikut Kumpulan Etnik

77

77

78

79

80

80

81

82

82

83

84

Page 14: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

xi

4.5.11 Rumusan Analisis Gaya Komunikasi Guru Besar Dan Kepuasan Bekerja Guru Berdasarkan Demografi.

84

4.6

Hubungan Antara Gaya Komunikasi Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru.

86

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 88

5.2 Rumusan Dapatan 88

5.3 Perbincangan 5.3.1 Gaya Komunikasi Yang

Diamalkan Oleh Guru Besar Dan Paling Disenangi Oleh Guru-Guru.

5.3.2 Perbezaan Pendapat Guru

Terhadap Gaya Komunikasi Guru Besar Mengikut Latar Belakang Responden.

5.3.3 Hubungan Di antara Gaya

Komunikasi Dengan Kepuasan Bekerja Serta Gaya Komunikasi Yang Paling Menyumbangkan Kepada Kepuasan Kerja.

89

92

94

5.4

Implikasi Dapatan

95

5.5

Cadangan

96

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

97

Page 15: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

xii

Penutup 98

Bibliografi

99

Lampiran

Page 16: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

HALAMAN

2.1

Saluran-saluran Berkomunikasi 42

3.1 Taburan Responden Mengikut sekolah 56

3.2 Taburan soalan gaya komunikasi mengikut konstruk dan jenis.

59

3.3 Taburan Soalan Kepuasan Bekerja 59

3.4 Pengkelasan tahap komunikasi dan kepuasan bekerja berdasarkan analisis markat min

62

3.5 Garis panduan Guilford 62

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 65

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 65

4.3 Taburan Responden Mengikut Etnik 66

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

66

4.5 Taburan Responden Mengikut Sekolah 67

4.6 Maklum Balas Responden Terhadap Gaya Komunikasi Ekspresi Positif

68

4.7 Maklum Balas Responden Terhadap Gaya Komunikasi Ekspresi Positif

69

4.8 Maklum Balas Responden Terhadap Gaya Komunikasi Arahan Kerja

69

Page 17: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

xiv

4.9 Maklum Balas Responden Terhadap Gaya Komunikasi Rasional Kerja

70

4.10 Maklum Balas Responden Terhadap Gaya Komunikasi Penerangan Kerja

71

4.11 Maklum Balas Responden Terhadap Gaya Komunikasi Penglibatan

72

4.12 Maklum Balas Responden Terhadap Gaya Komunikasi Memberi Maklum Balas

73

4.13 Analisis Skor Min Keseluruhan Pendapat Guru Terhadap Gaya Komunikasi guru Besar

73

4.14 Maklum Balas Responden Terhadap Kepuasan Kerja

74

4.15 Analisis Tahap Pendapat Guru Terhadap Gaya Komunikasi Guru Besar

76

4.16 Analisis Tahap Kepuasan Bekerja Guru Secara Keseluruhan

77

4.17 Analisis Ujian-t Perbandingan Pendapat Antara Guru Lelaki Dan wanita Terhadap Gaya Komunikasi guru besar

78

4.18 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Pendapat Guru Terhadap Gaya Komunikasi Guru Besar mengikut Umur

79

4.19 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Pendapat Guru Terhadap gaya Komunikasi Guru Besar Mengikut Pengalaman Mengajar

79

4.20 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Pendapat Guru Terhadap Gaya Komunikasi Guru Besar Mengikut Etnik

80

Page 18: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

xv

4.21 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Pendapat Guru Terhadap Gaya Komunikasi Guru Besar Mengikut Jenis Sekolah

81

4.22 Analisis Ujian-t Perbandingan Kepuasan Bekerja Antara Guru Lelaki Dan Wanita Terhadap Guru Besar

81

4.23 Kepuasan Bekerja Guru Mengikut Kumpulan Umur

82

4.24 Analisis Ujian ANOVA Sehala Perbandingan Kepuasan Bekerja Guru Mengikut Pengalaman Mengajar

83

4.25 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Pendapat Guru Terhadap Kepuasan Bekerja Di kalangan Guru Mengikut Jenis Sekolah

83

4.26 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Pendapat Guru Terhadap Kepuasan Bekerja Di Kalangan Guru Mengikut Kumpulan Etnik

84

4.27 Rumusan Keseluruhan Analisis Gaya Komunikasi guru Besar Dan Kepuasan Bekerja Guru Mengikut Latar Belakang.

85

4.28 Analisis Hubungan Yang Signifikan Antara Gaya Komunikasi Guru Besar Dengan Kepuasan Bekerja Guru

86

4.29 Analisis Hubungan Antara Kepuasan Bekerja Guru-guru Dengan Gaya Komunikasi Guru Besar

87

Page 19: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH RAJAH HALAMAN

2.1 Model Claude Shannon dan Weaver (1949) Proses Komunikasi dan Gangguan

24

2.2 Model Schramm – Komunikasi Bersifat Dua Hala 25

2.3 Model Schramm – Lapangan Pengalaman 26

2.4 Model Schramm – Pentafsiran Makna 26

2.5 Model McCrosckey 27

Page 20: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

xvii

SENARAI SIMBOL

> Lebih daripada

< Kurang daripada

= Sama dengan

% Peratus

N Jumlah sampel

α Alpha

r Korelasi koefisian Ho Hipotesis Nol

Page 21: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 104

B Bahagian A: -Nilai Alpha Cronbach’s Kajian Rintis Bahagian B: -Dapatan Kajian Nilai Min, Median, Ujian-t dan Korelasi.

109

C

Permohonan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah, Institut Perguruan, Jabtan Pelajaran Negeri Dan Bahagian-Bahagian Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. (KP(BPPDP)603/5/JLD.08 (165) – 08 September 2008)

119

D Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah, Institut Perguruan, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Bahagian-Bahagian Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. (JPNJ/31/1128/Jld.43 (18) – 20 Oktober 2008)

120

Page 22: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Semua manusia di dunia perlu berkomunikasi. Kebanyakan orang menerima hakikat

bahawa kita tidak boleh hidup tanpa berkomunikasi. Komunikasi adalah sesuatu yang

asas sepertimana keperluan kita untuk makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Komunikasi adalah penting dalam kehidupan kita sebagai individu, sebagai anggota

keluarga, sebagai ahli masyarakat, sebagai anggota organisasi dan sebagai rakyat

sesebuah negara. Dengan kefahaman yang mendalam kita dapat meningkatkan

komunikasi kita supaya kita menjadi komunikator yang baik demi menjayakan diri

kita sendiri, sebuah keluarga, organisasi, maupun negara.

Manusia berkomunikasi dalam pelbagai situasi iaitu dalam komunikasi dua

orang, dalam temuramah, kumpulan kecil, di depan khalayak ramai, dalam organisasi

dan dalam komunikasi massa atau awam. Komunikasi antara dua orang dalam

persekitaran bersemuka (face-to-face) biasanya bersifat tidak formal dan ia adalah

jenis komunikasi yang paling banyak dilakukan dari mula seseorang itu bangun pagi

sehingga dia tidur malam. Temuramah ialah komunikasi yang mempunyai tujuan

khusus sebagai contoh komunikasi semasa seseorang menghadiri temuduga kerja.

Komunikasi dalam kumpulan kecil melibatkan lebih peserta ia biasanya berlaku dalam

konteks ada sesuatu tugas yang hendak dilaksanakan. Komunikasi di khalayak ramai

pula biasanya melibatkan aktiviti menyampaikan ucapan kepada sekumpulan

pendengar. Manakala komunikasi dalam organisasi berlaku dalam jaringan kerjasama

Page 23: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

2

yang merangkumi semua bentuk komuniksi yang lain, sebagai contoh di dalam majlis

Perhimpunan Mingguan di sekolah. Komunikasi ini melibatkan struktur dan fungsi

organisasi, hubungan manusia, komunikasi dan proses mengorganisasikan, serta

budaya organisasi. Komunikasi massa pula merujuk kepada komunikasi umum yang

selalunya menggunakan perantaraan khusus seperti media cetak, radio, televisyen,

telekomunikasi komputer atau internet. Oleh itu segala aspek komunikasi antara

perseorangan, kumpulan dan organisasi amat berkait rapat dengan komunikasi massa.

Melalui pernyataan di atas komunikasi merupakan nadi kepada sesebuah

organisasi (Rogers, 1976) dan melalui komunikasi juga individu dalam sesebuah

organisasi dapat disatukan (Myers, 1964). Abd Halim (1994) menyatakan bahawa

komunikasi adalah aspek penting dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru

besar kerana tanggungjawab seorang guru besar melibatkan tugas memimpin dan

mengurus pelajar, guru dan kakitangan. Kecekapan dan keberkesanan sesebuah

sekolah itu bergantung secara langsung kepada kecekapan dan keberkesanan

komunikasi. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian

pendidikan kearah memertabatkan Profesion Keguruan, tanpa pengurusan dan sistem

komunikasi yang berkesan dari seorang guru besar sebuah sekolah itu tidak mungkin

dapat bergerak dan segala aktiviti tidak dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Razali (1991) menyatakan kegagalan komunikasi akan menimbulkan banyak masalah

yang akan menjejaskan kelancaran perjalanan sesebuah organisasi.

Menurut Katz dan Kahn (1966) komunikasi dalam organisasi adalah satu

proses pengaliran maklumat, pertukaran dan penyampaian maksud dalam lingkungan

organisasi. Komunikasi juga boleh ditakrifkan sebagai proses penyelarasan suatu

kumpulan yang mempunyai hubungan saling bergantungan antara satu sama lain.

Komunikasi dalam organisasi juga melibatkan penghantaran mesej dan aliran, tujuan

serta medianya di samping sikap, perasaan, hubungan dan kemahiran yang dimiliki

oleh individu tersebut.

Page 24: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

3

Porter (1962) menyatakan seorang guru besar itu menghabiskan 70% daripada

masanya untuk berkomunikasi dengan subordinatnya. Maka, hubungan yang erat

menerusi komunikasi yang berkesan antara guru besar dan guru adalah amat penting.

Tanpa amalan komunikasi yang berkesan, ia akan menyebabkan perancangan

sesebuah organisasi tidak dapat berjalan dengan lancar. Ahmad Atory (1991)

mengatakan bahawa kebanyakan masaalah, baik secara individu atau sosial adalah

akibat dari komunikasi yang tidak lengkap. Ini disokong oleh Razali (1991) yang

menyatakan kegagalan dalam aspek ini dapat menimbulkan banyak permasalahan

yang akan menjejaskan perjalanan sesebuah organisasi.

Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

sistem penyampaian pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka satu

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) yang holistik, realistik dan

memberi penekanan kepada pembangunan dari segi hard and soft development. Guru

besar sebagai agen perubahan didalam strategi pendidikan negara perlu mampu

berperanan menjayakan pelaksaan PIPP ini dalam usaha untuk menghasilkan

pendidikan berkualiti tinggi untuk semua. Enam teras strategi telah dikenalpasti untuk

memperkukuhkan sistem pendidikan negara ini iaitu membina negara bangsa,

membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan

jurang pendidikan, memertabatkan profesion guru dan melonjakkan kecemerlangan

Institusi Pendidikan bagi membolehkan guru dan murid-murid mengangkat nama dan

sistem pendidikan negara di mata dunia. Maka kebolehan berkomunikasi berkesan

adalah amat diperlukan oleh guru besar selaku ejen perubahan ini untuk

menyampaikan, mengarah dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan

pendidikan ini kepada subordinatnya. Malahan di dalam teras ke 2 Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan yang bertujuan untuk membangunkan modal insan,

matlamat dasarnya adalah untuk melahirkan modal insan yang berkebolehan untuk

belajar, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.

Page 25: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

4

Komunikasi yang baik dan berkesan juga membantu meningkatkan kepuasan

bekerja guru disamping memotivasikan mereka. Munchisky (1977) menyatakan

komunikasi mempunyai hubungan dan pengaruh ke atas kepuasan kerja. Semakin erat

hubungan antara penyelia dan pekerja, maka semakin tinggilah kepuasan kerja pekerja

(Alexander dan rakan-rakan, 1989). Menurut Arnold dan Fieldman (1986) pula,

pemimpin dapat mempengaruhi pengikut dari kepuasan, motivasi dan pencapaian asas

kerja dengan menyediakan ganjaran dan membantu pengikut mencapai matlamat kerja

organisasi. Oleh itu, guru besar perlu memberi perhatian yang sewajarnya terhadap

komunikasi yang berkesan dalam kepimpinan agar dapat merangsang guru berkhidmat

dengan lebih cemerlang dan seterusnya mewujudkan kepuasan kerja guru dalam usaha

mencapai matlamat sekolah.

Sekolah juga merupakan sebuah organisasi dengan guru besar menjadi

pemimpin atau pengurus yang bertanggungjawab menentukan kejayaannya. Justeru

itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan sekolah yang berkesan atau cemerlang

memerlukan guru besar yang cemerlang dan guru besar yang cemerlang adalah

individu yang mengamalkan kepimpinan cemerlang termasuk aspek komunikasi

dengan staf di bawahnya. Dalam konteks sekolah, sebahagian besar staf di bawahnya

adalah guru-guru. Perhubungan yang rapat antara guru besar dan guru menjadikan

peranan komunikasi itu penting.

1.1 Latar Belakang Masalah

Guru Besar memainkan peranan penting dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

Menurut Hussein (1993) guru besar sekolah di Malaysia bertanggungjawab dalam

banyak hal berkaitan dengan institusi sekolah, antaranya:

i. Berusaha melaksanakan dasar pendidikan sekolah.

Page 26: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

5

ii. Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kebajikan pelajar, guru dan staf

sokongan.

iii. Menyediakan khidmat bantuan yang secukupnya bagi meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran.

iv. Mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah.

Tugas ini dapat dilaksanakan sekiranya guru besar menjadikan komunikasi

sebagai sebahagian daripada pengurusannya dan berusaha meningkatkan strategi

berkomunikasi. Komunikasi yang baik akan memudahkan dan mempengaruhi iltizam

guru-guru dalam melaksanakan tugasnya. Komunikasi merupakan satu cara untuk

menyampaikan maklumat tentang apa yang berlaku di sekolah kepada guru-guru dan

warga sekolah yang lain agar mereka dapat memainkan peranan dengan berkesan.

Komunikasi yang diamalkan di sekolah terdiri daripada pelbagai gaya iaitu

eksperasi positif, ekspresi negatif, penglibatan rasional kerja, penerangan kerja,

maklumbalas dan arahan kerja. Kesemuanya mempunyai kelemahan dari segi

kesilapan pentafsiran antara pengirim dan penerima (Newel 1978, Cole & Chan 1987).

Kesilapan pemahaman dan pentaksiran ini lebih serius sekiranya penerima berasal dari

pelbagai bangsa yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza (Oetzel 1998).

Untuk menjadikan komunikasi berkesan guru besar harus menguasai dan

mengamalkan bentuk komunikasi yang sesuai melibatkan guru dalam aktiviti, menilai

dan menghargai sumbangan guru, memberi maklumat secukupnya kepada guru-guru,

mengamalkan sikap terbuka dan menghapuskan halangan komunikasi.

Menurut Abd Halim (1994), halangan komunikasi dalam pendidikan seperti

sekolah wujud disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya sikap guru besar yang

tidak memahami hakikat bahawa mesej bergerak kepada semua arah dan bukan hanya

kepada guru sahaja malah kepada pelajar, staf sokongan dan sebagainya. Kewujudan

alat perhubungan seperti intercom yang tidak sama dan terlalu banyak komunikasi

berbentuk formal juga menjadi punca komunikasi tidak efisien disamping mesej serta

Page 27: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

6

arahan yang tidak difahami dan kurang jelas. Ini membawa kepada kebenaran

maklumat sering dipersoal kerana terlalu banyak dipengaruhi oleh halangan dan

kadangkala mesej bersifat terlalu umum serta tidak dipersoal. Adam (1992) telah

mencadangkan tiga cara untuk penyelia berkomunikasi dengan efektif dalam

organisasi iaitu berkomunikasi secara bersemuka, perbincangan dalam mesyuarat staf

dan melalui media masa dalaman.

Di sekolah, walaupun guru besar mengetahui komunikasi antara beliau dan

guru boleh meningkatkan kepuasan kerja guru, tetapi bentuk dan kaedah komunikasi

yang berkesan masih kurang difahami. Akibatnya guru besar dan guru kurang

berkomunikasi. Guru besar hanya berkomunikasi apabila ada perkara yang hendak

disampaikan atau ada perkara yang perlu dilakukan oleh guru, lebih malang lagi

sekiranya guru besar membiarkan guru melaksanakan tugas tanpa bimbingan (Chase

1970). Maka guru besar perlu mengelak komunikasi seperti ini supaya guru dapat

melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, sempurna dan berkesan. Sekiranya

guru mengalami ketidakpuasan kerja ia boleh menimbulkan sikap seperti lekas marah,

tidak peduli dan benci pada kerja.

1.2 Pernyataan Masalah

Kelemahan gaya komunikasi guru besar boleh menjadi punca utama kepada

perselisihan faham dalam organisasi pendidikan seperti sekolah, kerana kemungkinan

idea atau mesej yang hendak disampaikan oleh guru besar tidak dapat difahami oleh

guru-guru yang akhirnya akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru-

guru. Sebahagian besar guru besar pula kurang mementingkan aspek komunikasi

berkesan semasa menjalankan urusan pentadbiran khususnya ketika menyalurkan

mesej atau maklumat kepada subordinat di bawahnya.

Page 28: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

7

Gaya komunikasi guru besar adalah subjektif dan sukar diramal. Guru-guru

kerap kali berdepan dengan komunikasi yang tidak seragam, berubah dan beranika

jenis. Setiap guru akan mempunyai pendapat masing-masing terhadap gaya

komunikasi guru besar yang mungkin dipengaruhi oleh faktor jantina, umur,

latarbelakang etnik, kategori perkhidmatan, jawatan disandang dan juga pengalaman

mengajar guru tersebut. Keadaan ini dilihat antara faktor-faktor yang memainkan

peranan penting dalam menentukan kejayaan sekolah dan pencapaian akademik

pelajar serta kepuasan bekerja guru di sekolah.

Seorang guru besar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi juga

mempunyai perhubungan yang baik dan rapat dengan orang bawahnya. Beliau

mengenali kakitangannya sebagai individu yang tersendiri dan jarang berkasar dengan

orang bawahnya (Ibrahim, 1999). Pernyataan ini juga pernah disuarakan oleh

Kamaruddin (1989) yang menyatakan bahawa kegagalan komunikasi atau kurang

berkomunikasi boleh menyebabkan syak wasangka, salah anggap atau curiga di

kalangan pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang seterusnya akan menjurus

kepada kemerosotan semangat guru di sekolah keseluruhannya.

Kemahiran komunikasi guru besar mampu mempengaruhi tahap pembangunan

dan kelangsungan organisasi. Komunikasi berkesan merupakan elemen penting dalam

pengurusan organisasi. Kebolehan pengurus menyampaikan maklumat dengan jelas

serta bebas dari kekeliruan membangkitkan dorongan bekerja yang tinggi di kalangan

subordinat, mengelak daripada berlakunya konflik dan salah faham, serta

membangkitkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain. Dalam

melaksanakan urusan harian guru besar akan menggunakan mekanisme komunikasi

untuk melaksanakan empat aspek penting pengurusan iaitu perancangan,

pengorganisasian, kepimpinan dan pemantauan. Guru besar akan berhadapan dengan

pelbagai perilaku daripada warga sekolah ataupun masyarakat luar yang memerlukan

kebolehan guru besar sebagai penghubung, pengurus dan pembuat keputusan.

Memandangkan pentingnya komunikasi dalam sesebuah sekolah, guru besar perlu

Page 29: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

8

memberi perhatian kepadanya. Guru besar dari semasa kesemasa perlu membuat

kajian atau penilaian tentang amalan komunikasi supaya dapat memperbaiki cara

berkomunikasi ke arah yang lebih berkesan.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah

i. Mengetahui pendapat guru di tiga buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru

tentang gaya komunikasi guru besar.

ii. Mengenalpasti tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru di tiga buah

sekolah rendah di daerah Johor Bahru.

iii. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya

komunikasi guru besar di tiga buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru

mengikut latar belakang responden (jantina, umur, etnik dan pengalaman

mengajar).

iv. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan kepuasan bekerja dalam kalangan

guru di tiga buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru mengikut latar

belakang responden (jantina, umur, etnik dan pengalaman mengajar).

v. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan gaya komunikasi antara guru besar

di tiga buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru mengikut jenis sekolah.

vi. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan kepuasan bekerja dalam kalangan

guru di tiga buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru mengikut jenis

sekolah.

vii. Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru di tiga

buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru.

Page 30: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA … · gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah johor bahru, johor azizah

9

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang hendak dijawab melalui kajian ini adalah:

i. Apakah pendapat guru di tiga buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru

tentang gaya komunikasi guru besar.

ii. Apakah tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru di tiga buah sekolah

rendah di daerah Johor Bahru.

iii. Adakah terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru

besar di tiga buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru mengikut latar

belakang responden (jantina, umur, etnik dan pengalaman mengajar).

iv. Adakah terdapat perbezaan kepuasan bekerja dalam kalangan guru di tiga buah

sekolah rendah di daerah Johor Bahru mengikut latar belakang responden

(jantina, umur, etnik dan pengalaman mengajar).

v. Adakah terdapat perbezaan gaya komunikasi antara guru besar di tiga buah

sekolah rendah di daerah Johor Bahru mengikut jenis sekolah.

vi. Adakah terdapat perbezaan kepuasan bekerja dalam kalangan guru di tiga buah

sekolah rendah di daerah Johor Bahru mengikut jenis sekolah.

vii. Adakah terdapat hubungan antara gaya komunikasi guru besar dengan

kepuasan bekerja dalam kalangan guru di tiga buah sekolah rendah di daerah

Johor Bahru.

1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini adalah:

Ho1. Tidak terdapat perbezaan pendapat antara guru lelaki dan guru wanita terhadap

gaya komunikasi guru besar.