GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

11

Click here to load reader

Transcript of GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

Page 1: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

Institut Pendikan GuruKampus Kent, Tuaran

GBM1103 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PENGUCAPAN AWAM

CERAMAH & SYARAHANATIFAH RUZANA BINTI ABD WAHAB // PPISMP SAINS AMBILAN JUN 2014

Page 2: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

CERAMAHSebagai penceramah, anda perlu membayangkan diri anda berucap di hadapan khalayak tertentu seperti rakan-rakan anda.Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu sesuai dengan khalayak, sama ada masyarakat biasa ataupun yang berpendidikan tinggi.Pengucapan hendaklah tegas, jitu, padat, dan berkesan dengan menggunakan intonasi suara (turun naik ataupun tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian khalayak.Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol. Contohnya seperti Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, tetamu kehormat, guru-guru, dan pelajar sekalian.

Page 3: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

Seelok-eloknya perinjakan daripada satu isi dengan isi berikutnya, diselitkan unsur sapaan seperti ‘hadirin yang saya muliakan’, ‘hadirin yang dihormati sekalian’, ‘tuan-tuan dan puan-puan sekalian’, dan sebagainya.Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali.Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam pembuka bicara disusuli dengan ucapan terima kasih kepada hadirin atas keprihatinan mereka mendengar ceramah dengan tekun.

Page 4: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

CONTOH CERAMAH

Ucapan alu-aluan

Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah kesan perkembangan perkhidmatan perubatan swasta.

Page 5: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

Isi ceramah

Tuan-tuan dan puan-puan, Perkembangan perkhidmatan perubatan swasta di negara ini semakin pesat. Kepesatan ini adalah selaras dengan perkembangan yang di capai dalam sector sosioekonomi penduduk. Perkembangan pesat ini adalah untuk menampung keperluan perubatan Negara.

Page 6: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

Penutup

Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini. Terima kasih.

Page 7: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

SYARAHANSyarahan juga dikenali sebagai pidato. Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan. Syarahan seperti ceramah, digunakan untuk menyampaikan buah fikiran tentang sesuatu perkara secara lisan.Isi-isi yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat agar dapat menerangkan maksud yang dihajatkan.Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas, dan audiens. Jika untuk pertandingan, peserta-peserta haruslah menyebut “para hakim yang arif lagi adil”.

Page 8: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

Kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik. Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama “tuan-tuan dan puan yang saya hormati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan.”Penutup ialah kesimpulan menyeluruh daripada isi-isi syarahan yang dinyatakan. Kesimpulan yang dibuat hendaklah padat dan jelas serta tidak terpesong daripada tajuk asal. Mengakhiri syarahan dengan memohon maaf dan ucapan terima kasih.

Page 9: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

CONTOH SYARAHAN

Ucapan alu-aluan Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.           Tajuk syarahan saya ialah ‘ Kepentingan Membaca’. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Page 10: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

Isi syarahan Saudara dan saudari sekalian, Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan sebagainya.

Page 11: GBM1103 : Ceramah dan Syarahan

Kata-kata penutup Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.          Sebelum mengundur diri, saya ingin meminta maaf jika tersilap Bahasa dan sekian, terima kasih