Gejala merokok dalam kalangan remaja

7

Transcript of Gejala merokok dalam kalangan remaja

Page 1: Gejala merokok dalam kalangan remaja
Page 2: Gejala merokok dalam kalangan remaja

Isi1:-

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagaikempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukansahaja membazirkan wang malah membawa pelbagaipenyakit yang boleh membawa maut seperti kanserparu-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalanganremaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun2006.

Page 3: Gejala merokok dalam kalangan remaja

Isi2:-

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan olehkerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untukmembanteras tabiat merokok. Kempen ini memberipenumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebakdalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Page 4: Gejala merokok dalam kalangan remaja

Isi3:-

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, suratkhabar, dan juga radio kini dipenuhi denganiklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen sertamendengar radio diberi kesedaran mengenaitabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasarankempen ini, iaitu perokok seharusnya dapatdicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Page 5: Gejala merokok dalam kalangan remaja

Isi4:-Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh

kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara

berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat

sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan

mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan

buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat

menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak

kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat

menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan

mengamalkan gaya hidup sihat.

Page 6: Gejala merokok dalam kalangan remaja

isi5:-

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah

kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui

kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan

mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Page 7: Gejala merokok dalam kalangan remaja

Penutup:-

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulahbekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasamamasyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.