Gejala Merokok

download Gejala Merokok

of 1

description

Gejala Merokok

Transcript of Gejala Merokok

  • 7/18/2019 Gejala Merokok

    1/1

    Kini, gejala merokok seolah-olah sudah menjadi budaya golongan remaja di negaraini tanpa mengira jantina.Senario ini menimbulkan tanda tanya, mengapakah golongan remaja , terutamanya golongan murid sekolah yang mudahterjebak dalam perbuatan tersebut.

    Satu daripada faktor utama yang dikenal pasti ialah diri sendiri.Hal ini didoron

    g oleh keinginan murid itu untuk memcubamenghisap rokok. Tambahan pula , mereka melihat contoh di hadapan mereka sepertiayah , abang , jiran dan sebagainya .Percubaan itulah yang menyebabkan ketagihan untuk terus merokok.

    Antara faktor lain ialah rakan sebaya . Hal ini berpunca daripada hubungan muridyang amat rapat dengan rakan-rakan merekaberbanding dengan keluarga sendiri , terutamanya ibu bapa.Mereka mudah terpengaruh oleh pujukan rakan-rakan untuk mencuba apa-apa aktiviti jua,termasuklah merokok.Terdapat pula kumpulan yang mensyaratkan rakan mereka supayamerokok jika ingin menyertaikumpulan mereka. Jika rakan mereka itu enggan, mereka mengejek-ejeknya sehingga

    menimbulkan cabaran untuk merokok.

    Pengaruh media elektronik seperti filem , iklan dan drama turut mempengaruhi golongan murid untuk merokok.Wujud tanggapan dalam fikiran murid bahawa jika mereka merokok , mereka kelihatan matang dan bergaya sepertiwatak-watak yang ditonjolkan dalam filem , iklan atau drama yang ditonton.

    Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha menangani gejalamerokok dalam kalangan murid.