Gempa Sabah

download Gempa Sabah

of 1

Transcript of Gempa Sabah

  • 8/19/2019 Gempa Sabah

    1/1

    Tanggal 5 Jun 2015 merupakan satu dugaan besar kepada Malaysia, khususnya

    negeri di bawah bayu, Sabah. Gegaran sekuat 5.9 skala Richter menggegarkan

    kebanyakan tempat di negeri ini khususnya daerah Ranau yang terjejas teruk.

    Malah, kejadian gempa bumi yang tidak disangka ini meragut sekurang-kurangnya

    18 nyawa yang terdiri daripada pendaki dan malim gunung.

    Aksi bogel dan Aki Nabalu pelbagai reaksi dikongsi oleh seluruh lapisan masyarakat

    khususnya rakyat Sabah berikutan kejadian gempa bumi tersebut.

    Secara kronologinya, sebelum kejadian gempa ini berlaku, beberapa pendaki luar

    negara melakukan sesuatu yang melanggar pantang larang Gunung Kinabalu dan

    kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun.

    Aksi bogel mereka semasa berada di puncak Gunung Kinabalu mengundang kepadakemarahan semangat Aki Nabalu dan bagi masyarakat setempat di sini, ianya

    dipercayai punca berlakunya gempa bumi yang berpusat di gunung berkenaan.

    KESATUAN, SOLIDARITI DAN MALIM GUNUNG

    Namun di sebalik kejadian gempa bumi ini, ternyata ianya membawa kepada

    kesatuan rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai etnik,

    agama,dan kepercayaan.

    Solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat negeri di bawa bayu ini amat terpuji bukan

    sahaja diterjemahkan melalui kata-kata semangat dan simpati tetapi sumbangan

    derma yang pelbagai bentuk datang secara tidak putus-putus.

    Apatah lagi semangat dan komitmen penyelamat yang terdiri daripada pelbagai

    agensi serta malim gunung yang sudah tentunya berperanan besar dalam misi

    penyelamatan dan menjadi perwira seluruh rakyat Sabah.

    Malim gunung yang terkorban menjadi ikonik kepada seluruh rakyat Malaysia kerana

    keberanian mereka menyelamat dan melindungi pendaki.