Generasi terakhir umat manusia

5
generasi terakhir Umat Manusia Ketika kiamat makin hampir, Nabi Isa a.s. yang akan turun kembali ke bumi dan orang yang beriman merupakan umat Islam yang terakhir. Setelah Allah SWT mengutus hembusan angin lembut yang menyebabkan mereka semua meninggal dunia, maka pupuslah generasi tauhid di muka bumi ini. Islam, al-Quran dan akhlak mulia turut hilang dari muka bumi bersama-sama pemergian mereka. Hanya orang kafir yang berbaki di muka bumi. Semakin hari cara hidup mereka semakin jauh daripada keredaan Allah SWT. Mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan, malah tidak mengamalkan nilai-nilai moral dan adab kesopanan. Mereka hidup bagaikan haiwan yang hanya memuaskan hawa nafsu. Merekalah seburuk-buruk generasi manusia yang menjejakkan kaki di atas bumi. Rasulullah SAW menceritakan keadaan umat terakhir ini dalam pelbagai hadisnya. Dalam atikel ini, saya akan menceritakan sebahagian daripada sifat- sifat mereka sebagai iktibar bagi kita semua. Tak Kenal Allah SWT Sifat pertama yang paling kentara pada generassi terakhir ini ialah kejahilan mereka tentang Allah Tuhan Maha Mencipta. Mereka tidak mengenal Allah, bahkan tidak pernah menyebut nama-Nya dalam kehidupan. Mereka ateis dalam darjat yang paling teruk. Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Tidak akan berlakunya kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan: ‘Allah, Allah.’” (Riwayat Muslim) Kalimat tauhid telah lama hilang dari muka bumi. Apatah lagi solat, puasa dan ritual ibadah dan hokum-hukum Islam yang lain. Kaum MUslimin sudah pupus sama sekali dan hanya wujud dalam perbincangan sejarah sahaja. Perbincangan mengenai kaum Muslimin pada waktu sama seperti mengenai suku primitive (asal) yang sudah tiada lagi.

Transcript of Generasi terakhir umat manusia

Page 1: Generasi terakhir umat manusia

generasi terakhir Umat Manusia

Ketika kiamat makin hampir, Nabi Isa a.s. yang akan turun kembali ke bumi dan orang yang beriman merupakan umat Islam yang terakhir. Setelah Allah SWT mengutus hembusan angin lembut yang menyebabkan mereka semua meninggal dunia, maka pupuslah generasi tauhid di muka bumi ini. Islam, al-Quran dan akhlak mulia turut hilang dari muka bumi bersama-sama pemergian mereka.

Hanya orang kafir yang berbaki di muka bumi. Semakin hari cara hidup mereka semakin jauh daripada keredaan Allah SWT. Mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan, malah tidak mengamalkan nilai-nilai moral dan adab kesopanan. Mereka hidup bagaikan haiwan yang hanya memuaskan hawa nafsu. Merekalah seburuk-buruk generasi manusia yang menjejakkan kaki di atas bumi.

Rasulullah SAW menceritakan keadaan umat terakhir ini dalam pelbagai hadisnya. Dalam atikel ini, saya akan menceritakan sebahagian daripada sifat-sifat mereka sebagai iktibar bagi kita semua.

Tak Kenal Allah SWTSifat pertama yang paling

kentara pada generassi terakhir ini ialah kejahilan mereka tentang Allah Tuhan Maha Mencipta.

Mereka tidak mengenal Allah, bahkan tidak pernah menyebut nama-Nya dalam kehidupan. Mereka ateis dalam darjat yang paling teruk.

Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Tidak akan berlakunya kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan: ‘Allah, Allah.’” (Riwayat Muslim)

Kalimat tauhid telah lama hilang dari muka bumi. Apatah lagi solat, puasa dan ritual ibadah dan hokum-hukum Islam yang lain. Kaum MUslimin sudah pupus sama sekali dan hanya wujud dalam perbincangan sejarah sahaja. Perbincangan mengenai kaum Muslimin pada waktu sama seperti mengenai suku primitive (asal) yang sudah tiada lagi.

Daripada Huzaifah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Islam akan luntur seperti lunturnya tulisan di atas baju sehingga tidak lagi diketahui solat, puasa, haji dan zakat. Al-Quran akan diangkat pada satu malam sehinggatidak tertinggal satu ayat pun di bumi. Sehingga sekumpulan orang tua bercerita: ‘Kami mendapati bapa-bapa kami berkata: ‘Lailahaillallah’, maka kami pun mengucapkannya.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim)

Kaabah Runtuh

Page 2: Generasi terakhir umat manusia

Jika kaum Muslim telah tiada lagi, bagaimana dengan syiar-syiar allah di muka bumi? Kali terakhir kota suci Mekah dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah adalah pada masa Nabi Isa a.s. kembali ke bumi. Setelah mereka semua meninggal dunia, Kota Mekah sepi tanpa pengunjung. Sepanjang puluhab tahun, tidak ada sesiapa pun lagi yang datang untuk berziarah apatah lagi beribadah.

DArida Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga tidak ada seorang pun yang pergi menunaikan Haji ke Baitullah.” (Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya)

Pada masa itu, tidak ada seorang pun yang mengunjungi Mekah. Janganlah untuk beribadah untuk melihatnya pun mereka enggan. Ini menunjukkan iman telah hilang sama sekali dari hati seluruh umat manusia pada masa itu. Hati mereka tidak lagi member ruang untuk agama spiritual.

Keadaan ini bertambah parah apabila sekumpulan orang dari Habsyah (Ethiopia) datang ke Mekah lalu meruntuhkan Kaabah. Mereka mencungkil satu persatu batu-batu banana rumah Allah ini untuk mencari harta karun yang dipercayai tertimbun di bawahnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seolah-olah aku melihat seseorang daripada mereka, berkulit hitam dan

renggang kakinya, sedang mencungkil batu-batu Kaabah satu persatu.” (Riwayat al-Bukhari)

Kota BerhantuBegitu juga nasib Kota suci

umat Isalam yang kedua yakni Madinah al-Munawwarah. Kota yang sekian lama meninggalkan kerinduan di hati umat Islam ini dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Madinah pada masa itu tidak lebih daripada sebuah Kota “berhantu”. Tiada makhluk yang berada di sana melainkan haiwan buas dan burung liar.

Dalam hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Mereka akan meninggalkan Madinah dalam kedaan sangat indah. Tidak ada yang tinggal di sana melainkan binatang buas dan burung-burung liar.”

Fenomena ini menunjukkan betapa kerasnya hati manusia pada saat itu. Mereka tidak lagi merindui Nabi SAW dan para sahabat Baginda. Kota Madinah yang dipenuhi cahaya keimanan tidak dapat menimbus kegelapan hati-hati mereka. Seperti Mekah, Madinah akan menjadi sekadar suatu peniggalan sejarah.

Daripada Umar bin al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang pengendera nanti akan melalui pinggir Kota Madinah dan dia

Page 3: Generasi terakhir umat manusia

berkata: ‘Tempat ini dahulunya dipenuhi ramai kaum Mukminin.” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya)

Seperti Keldai Darjat keimanan sering kali

berinringan dengan darjat moraliti. Apabila keimanan kepada Allah SWT merosot, maka sifat malu dan kesopanan akan turut lenyap. Budaya dan gaya hidup hedonism tersebar dalam segenap lapisann masyarakat. Kenikmatan jasadi menjadi tujuan utama hidup mereka.

Fenomena ini memang telah berlaku kini, namun ia akan semakin parah pada akhir zaman nanti. Dek menjadi hamba hawa nafsu, mereka bukan lagi manusia, malah lebih buruk daripada haiwan. Zina, homoseksual dan pelbagai seks sumbang berlaku saban hari tidak kira masa atau tempat.

Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu (manusia berzina di tengah-tengan jalam keldai.”

Abdullah berkata: “Adakah perkara sebegitu akan berlaku?”

Baginda SAW menjawab: “Ya, itu pasti berlaku.” (Riwayat Ibn Hibban)

Perilaku yang menjijikkan ini menjadi fenomena global. Ia berlaku di mana-mana dan

dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal usia. Pada waktu itu, manusia yang terbaik antara mereka ialah orang yang massih memiliki sedikit perasaan malu. Mereka memang tidak dapat melarang kemungkaran, namun hanya dapat berkata kepada sepasang pasangan yang sedang berzina: “Cubalah hindari jalan. Jangan halang orang yang sedang lalu-lalang.”

Memperlambat KiamatSegala yang diberitakan oleh

Rasulullah SAW ini pasti akan berlaku. Ini keran BAginda telah meliht masa depan dan pelbagai kejadian yang bakal berlaku dengan izin Allah SWT. Baginda kemudiannya memberitahu umatnya bukan dengan tujuan untuk menanamkan ras putus asa, sebaliknya untuk satu hikamah yang Allah kehendaki.

Kita memang tidak dapat mengubah masa reality ini. Kita juga tidak mampu menahan perjalanan masa. Namun, ini bukan bermakna kita pasrah begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu. Paling tidak, kita masih berkesempatan untuk memastikan zaman yang buruk itu tidak berlaku pada zaman kita.

Saya pernah mendengar muhaddith dari Syam, Syeikh Dr. Nurudding ‘Itr berkata: “Para penuntut ilmu ialah orang yang memperlambatkan kedatanga

Page 4: Generasi terakhir umat manusia

kiamat. Merekalah yang berjasa menyelamatkan dunia ini hingga ke hari ini. Kalu bukan kerana mereka, dunia ini telah lama hancur.”

Sebagai umat yang beriman denga Baginda SAW, kita wajib membekalkan generasi penerus dengan ilmu dan iman agar mereka dapat menghadapi pelbagai masalah pada masa depan yang semakin mencabar. Kenalkan mereka dengan Allah dan tamankan dalam hati mereka dengan penghormatan terhadap syiar-syiar keagamaan. Sungguh, setiap kali saya melihat orang melihat orang yang menyebarkan rasa cinta kepada Nabi SAW, hati saya dipenuhi kegembiraan. Bagi saya, kita mesti menggalakan para pemuda mencintai Rasulullah. Perkenalkan mereka kepada Sunnah dan akhlak baginda. Selagi cinta Rasul berada dalam hati para pemuda, kedatangan kiamat dapat diperlambat.

MabukApabila dunia telah rosak,

maksiat dan dosa telah memenuhi seluruh pelosok dunia, Allah menjadi semakin murka kepada semua makhluk yang berada di muka bumi. Pada waktu itu, Allah SWT memerinthkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakalan tanda kiamat.

Alam semesta mulai hancur berkecai dan bintang-bintang bergugurann. Tidak terbayang

ketakutan yang dirasakan setiap manusia pada waktu itu. Mereka lari lintang pukang dan memekik bagaikan orang yang sedang mabuk, walhal mereka tidak mabuk. Mereka berkeadaan demikian disebabkan azab Allah yang sangat pedih.

Daripada Ibn Mas’ud, Rasuluillah SAW bersabda maksudnya: “Antara manusia-manusia yang paling buruk ialah mereka yang masih hidup sewaktu berlakunya kiamat.” (Riwayat al-Bukhari)

Semoga Allah menjauhkan diri kita dan orang yang kita cintai daripada kemurkaan dan azab-Nya. Amin ya Rab al-‘alamin!!!