gengsterisme

43
TAJUK: GENGSTERISME PENSYARAH: EN.AHMAD ISMAIL DISEDIAKAN OLEH: 1) DIANA AK TANIE 128747 2) NOR AZILA BT AMIRUDDIN 129296 GDV 1023: PENDIDIKAN NILAI & KESAHSIAHAN

Transcript of gengsterisme

GDV 1023: PENDIDIKAN NILAI & KESAHSIAHAN

PENGENALANy DEFINISI GENGSTERISME Menurut Kamus Dewan gengster diklasifikasikan

kepada kategori jenis salah laku jenayah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, vandalisme, memeras ugut, buli, pelacuran, meliwat, menyalahgunakan dadah, membawa senjata merbahaya, mencabul kehormatan, mengutip dan membayar yuran keahlian dan membunuh ( Kamus Dewan, 1994).

SAMB Sementara itu kumpulan samseng merupakan

kumpulan seminat yang dianggotai oleh samsengsamseng yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku. Ahliahlinya diikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang longgar. (Dr.Amir Mohd Selleh, 1999).

Samby Manakala Miller (1973), gengsterisme sekumpulan

remaja yang sama umur, sama bangsa. Mempunyai identiti, simbol, tanda nama, dan tattoo. Melakukan kegiatan anti sosial dan melanggar undang-undang, ingin menguasai sesuatu kawasan dan masyarakat dan membuat serangan fizikal, psikologikal dan verbal.

Ciri-ciri gengsterisme Antaranya setiap ahli kumpulan gengster dikehendaki memakai pakaian yang sama warna yang terdiri warna merah, hijau, warna emas atau kundang setiap kali pertemuan dibuat. Selain itu, ahli gengster mempunyai tattoo yang dibuat sebelah kiri lengan dan mempunyai nama kumpulan. Ahli kumpulan juga dikehendaki memakai anting-anting di sebelah telinga kiri sahaja. Ahli kumpulan terdiri rakan sebaya yang sama umur, etnik sering menghabiskan bersama dan melakukan tingkah laku anti sosial secara berkumpulan. Stark (1992)

Ciri-ciri gengsterisme Terdapat perbezaan yang jelas dari segi ciri-ciri

sesuatu kumpulan gengster khususnya dari aspek pemakaian, fashion atau gaya pemakaian, jenama pakaian, simbol dan cara komunikasi serta tanda nama di antara kumpulan gengster. Perbezaan inilah yang menentukan lambang kekuatan, identiti malah kekuasaan sesebuah pertubuhan itu sendiri. (Spergel, 1995).

Senarai kumpulan gengsterisme di malaysia.NEGERI Pahang KUMPULAN GENG Hong Ying, Yee Pah, Hgeng 18, Geng 360 (Ang Bin Hui) Geng 18 (Balakong),Geng 18 (Kajang), Geng 2020, Geng 36 Gagak Hitam, Nazi Punk, Nazi British, Donald, Si Eng, TTP, Strash, Bob Maley, Chromax, Tato

Selangor (Kajang)

Selangor (Kajang) Gagak

Aktiviti-aktiviti gengsterisme Menurut Futrell (1996), aktiviti bermaksud kesalahan

yang dilakukan oleh gengsterisme antaranya kekasaran terhadap guru, pihak pengurusan sekolah dan kes-kes keganasan termasuklah mencuri, memeras ugut barang kemas atau wang, berbahasa kasar dan menakut-nakutkan pelajar serta memukul pelajar. 1) Memeras ugut - Menurut Kamus Dewan (2003), memeras ugut bermaksud meminta wang, barang kemas, datang mengugut (mengancam) secara paksa.

SAMB- Peras ugut boleh dilakukan secara berkumpulan, secara persendirian untuk tujuan mengisi saku untuk menyara diri. Ia berlainan dengan meminta sedekah atau merompak. - peras ugut bermaksud mendapatkan wang daripada seseorang secara paksa bukan kerana balasan ke atas sesuatu perkhidmatan yang diberi. Ia dilakukan dengan cara mengugut tanpa senjata. - Peras ugut dilakukan oleh kongsi gelap dan dikenali sebagai wang perlindungan ke atas pemilik atau penyewa premis dari gangguan oleh kumpulan lain yang merupakan salah satu aktiviti samseng atau gangsters.

Samb2) Menconteng dinding sekolah - Menurut Kamus Dewan (2003), menconteng dinding bermaksud bercorengcoreng dengan cat, arang, dan sebagainya. Bercalit-calit, berpalit-palit dan mencalit di dinding-dinding tanpa matlamat atau tujuan. - Ahli-ahli gengsterisme ini akan melakar, melukis, menconteng dinding sekolah atau kemudahan yang terdapat di sekolah dengan tanpa tujuan dan matlamat.

Samb3) Ponteng sekolah - Menurut Nassarudin (1997), murid-murid yang tidak hadir di sekolah atau tidak datang tanpa keizinan daripada guru. Murid yang meninggalkan kelas tanpa izin guru dari kawasan sekolah pada waktu yang mereka wajib mengikut pengajaran dan pembelajaran. - Pelajar yang terlibat dengan aktiviti gengsterisme ini biasanya akan ponteng sekolah iaitu tidak datang ke kelas dengan sengaja atau tanpa keizinan.

Samb3) Melawan guru - Menurut Kamus Dewan (2003), mendefinisikan melawan ialah menentang (musuh, lawan) seperti melawan orang yang lebih tua atau lebih berusia daripadanya. - Pelajar yang terlibat dengan aktiviti ini juga berani melawan guru sama ada secara fizikal, mimik muka, verbal atau sebaliknya.

Samb4) Mencaci dan mencemuh - Sementara mencaci dan mencemuh bermaksud menyatakan keburukkan orang seperti mencela, menghina atau memaki dengan kata-kata yang keji dan kotor (Kamus Dewan, 2003). - Pelajar yang terlibat dengan gengsterisme ini juga biasanya berani melawan guru atau orang yang lebih tua dari mereka dengan memaki, mencela atau menghina.

1) Teori Kekecewaan-Agresif(Sigmund Freud)y Menurut Sigmund Freud (1950) melalui teori

psikoanalisisnya, menyatakan bahawa setiap manusia secara semulajadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelak kesakitan. y Jika keinginan untuk memperoleh keseronokan dan mengelak kesakitan terhalang maka seseorang itu menjadi agresif. Seseorang yang agresif mempunyai dorongan naluri dalaman yang berlainan dengan seseorang yang tidak agresif.

Model Teori KekecewaanKeagresifan(1950)

Sesuatu motif tidak dicapai

kecewa

Dorongan yang agresif meningkat

Tingkah laku agresif

2) Teori Hieraki Keperluan Maslowy Abraham Maslow (1970), mengklasifikasi lima

keperluan asas manusia iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri (self-estem) dan keperluan kesempurnaan kendiri (self-actualization). y keperluan di tahap yang paling rendah (fisiologi) harus dipenuhi dahulu sebelum seseorang seseorang individu memikirkan tahap yang kedua.

Samby Keperluan di tahap rendah adalah keperluan yang

semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan dalam kehidupan. y Kepuasan memenuhi keperluan di tahap yang tinggi dianggap sebagai mencapai keperluan pertumbuhan (growth needs). Kegagalan dalam memenuhi atau memuaskan keperluan-keperluan asas ini akan membawa kepada gangguan dan kecelaruan sama ada dalam aspek fisiologi atau pun psikologi.

3) Teori Pembelajaran Sosial- Banduray teori pembelajaran sosial didefinisikan sebagai satu

pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model bertingkah laku. y Ini bererti persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku. Bandura (1977) menyatakan seseorang individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain dan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut.

Samby Justeru itu, tingkah laku agresif dipelajari daripada

persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, interaksi dengan rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu (Mahmood, 2001). y Di dalam Teori Pembelajaran Sosial Bandura, beliau telah membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian.

Samby Pembelajaran melalui peniruan, mengajuk, dan

memadan. Biasanya setiap individu terutama kanakkanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada persekitaran. y Bandura mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang berunsur agresif (Zirpoli, 1993).

1) Faktor pengaruh keluargay Menurut Lal (1991) mengkategorikan tujuh elemen

faktor keluarga menyebabkan berlakunya perlakuan gengsterisme. a) Situasi di rumah - ibu bapa, ibu atau bapa tunggal, dan penjaga lebih menumpukan pekerjaan, kurang mengambil berat, kurang kasih sayang dan perkembangan anak-anak lebih banyak kepada adik beradik. y b) Berlakunya pertambahan ahli keluarga.

Sambc) Kurang mendapat sokongan dan bimbingan daripada keluarga untuk mengharungi zaman remaja. d) Sejarah keluarga yang mempunyai ahli keluarga terdiri daripada gengsterisme yang masih tinggal bersama. e) Penggunaan dadah, minuman keras dan merokok oleh ibu bapa, adik beradik atau orang dewasa di rumah. f) Pengabaian emosi ketika di rumah. Hubungan kekeluargaan menjadi renggang mendorong kanakkanak menghabiskan masa menonton televisyen.

2)Faktor rakan sebayay Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur

ataupun sama paras kematangan. Pada peringkat remaja, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. y Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik begitu sebaliknya. Pengaruh rakan sebaya adalah sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap remaja apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak.

Samby Oleh itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa

sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Justeru itu, remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. y Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasiranasir jahat, remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya. Contoh gaya berpakaian, pertuturan, sikap dan tindakan mengikut cara rakan-rakan.

3)Faktor media massay Media massa yang merangkumi media cetak dan

elektronik memainkan peranan penting sebagai pendidik masyarakat. Namun begitu, media massa juga meninggalkan pengaruh yang membimbangkan. y Umpamanya pengaruh televisyen yang banyak memaparkan aksi-aksi berunsurkan negatif seperti aksi ganas, menipu, mencuri dan akhirnya membunuh. Paparan aksi ini mempengaruhi remaja dan mengajar cara-cara melakukan aktiviti negatif seperti gengsterisme.

Samby Hasil kajian mendapati bahawa 37.9 peratus

responden menonton televisyen lebih daripada 6 jam sehari dilaporkan mempunyai simptom trauma dan tingkah laku ganas. Kanak-kanak ini mempunyai gaya dan menunjukkan tingkah laku pergaduhan di tahap tinggi. y Kajian pada tahun 1930 mendapati bahawa pendedahan kepada filem jenayah dan gengster menyebabkan perubahan kepada tingkah laku sosial di kalangan kanak-kanak atau remaja.

Samby Penggunaan internet umpamanya telah menyebabkan

beraneka maklumat sampai kepada pengguna tanpa dapat dikawal atau ditapis. Lantaran itu ia boleh disalahgunakan oleh remaja. y Hasil kajian mendapati bahawa permainan komputer dan video boleh meningkatkan tingkah laku agresif kanak-kanak jika tidak dikawal penggunaanya.

4)Pengaruh persekitarany Pengaruh persekitaran seperti pusat-pusat hiburan,

kafe siber, kedai-kedai video game dan berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang-undang telah menambahkan lagi kemelut dan keruntuhan akhlak dan moral sehingga akhirnya membawa remaja dan pelajar terlibat dengan aktiviti jenayah dan kumpulan samseng atau gengster.

5) KONSEP KENDIRI INDIVIDUy Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah

satu masa yang amat kompleks. Dan para remaja sering menumpukan perhatian kepada perkara seperti ketidakpuasan, kesedihan dan perasaanya yang tidak difahami oleh orang lain. y Remaja juga sering dikatakan sebagai zaman yang banyak menimbulkan tekanan jiwa pada individu. Namun, tempoh ini juga dilihat sebagai zaman kegemilangan perkembangan.

SAMBy remaja yang berada ketidakselarasan dan boleh

menimbulkan kesan yang negatif di dalam diri remaja. Apabila mereka gagal membuat penyesuaian yang baik, maka akan timbul konflik dalam diri mereka. y Jika kanak-kanak gagal menyesuaikan diri dengan perubahan yang melibatkan alam remaja, maka pelbagai masalah kekosongan jiwa serta tingkah laku penyelewengan berlaku seperti gengsterisme, buli malah lepak.

1)Peranan ibu bapay Ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mendapat

bimbingan agama dan moral yang secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup yang penuh dengan rintangan dan cabaran. y Keimanan yang mantap akan mencegah diri seseorang dari perbuatan keji dan mungkar sekali gus menghindar mereka dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti kumpulan samseng dan gengster di sekolah atau di mana sahaja. Firman Allah swt yang bermaksud bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut : 45) adalah merupakan menifestasi didikan dan bimbingan yang mantap dari rumah.

2) Penguatkuasaan disiplin di sekolahy Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah

tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. y Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran.

Samby Antaranya pihak sekolah harus mentukan bahawa

pelajar-pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. y Selain itu pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.

3) Hubungan rapat antara ibu bapa dan pihak sekolah, guru dengan pelajary Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. y Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktivitiaktiviti yang booleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme.

4) Faktor agamay Faktor agama dan moral berkait rapat antara satu sama lain dalam membentuk kepribadian dan akhlak serta moral yang tinggi di kalangan remaja. Kewujudan suatu kod moral ialah sifat bagi semua agama yang utama di dunia. y Dalam agama-agama seperti Islam, Kristian, Hindu, nilainilai agama adalah terjalin begitu kuat sehingga perbezaan di antara mereka menjadi tidak ketara dan tidak penting. Pendek kata agama dapat memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan mempengaruhi kelakuan akhlak seseorang individu. (W.P.Yong, 1989) y Oleh yang demikian penekanan kepada pendidikan agama amat penting untuk membentuk individu yang seimbang sekali gus menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti gengsterisme.

5) Kerjasama daripada semua pihaky Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatu kegiatan gengster dan samseng yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang-undang. y Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng di kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktivitiaktiviti gengster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undangundang dan disiplin.

Kesimpulany Penglibatan semua pihak adalah penting dalam

menangani isu ini supaya ia dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. y Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi.

Samby Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan

melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat falsafah Pendidikan Negara kita.