Geografi 3

29
Geografi 23/2 Kerja Kursus Nama calon : Ameer Azizi Bin Zulkarnain Tingkatan : 3 Jaya No. Kad Pengenalan : 970617146657 Angka Giliran : Nama dan alamt sekolah : Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Presint 1, 62520 Putajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tajuk Kerja Kursus : Ekosistem Hutan Belukar Terganggu Berhampiran Sekolah Sultan Alam Shah Guru Penilai : Puan Masni Binti Khamis Bil. Aspek Markah Penuh Markah Diperolehi 1 Tajuk 1 2 Senarai Kandungan 1 3 Penghargaan 2 4 Pendahuluan 2 5 Objektif Kajian 2 6 Kawasan Kajian 8 7 Kaedah Kajian 2 8 Dapatan Kajian 25 9 Rumusan 2 10 Lampiran 2 11 Rujukan 2 12 Penilaian Umum 1 Aspek 1 7 Aspek 9 12 25 Aspek 8 25 Jumlah 50 Tahap Pencapaian ...............................................

description

folio geo :)

Transcript of Geografi 3

Page 1: Geografi 3

Geografi 23/2

Kerja Kursus

Nama calon : Ameer Azizi Bin Zulkarnain

Tingkatan : 3 Jaya

No. Kad Pengenalan : 970617146657

Angka Giliran :

Nama dan alamt sekolah : Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Presint 1, 62520

Putajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tajuk Kerja Kursus : Ekosistem Hutan Belukar Terganggu Berhampiran Sekolah Sultan Alam Shah

Guru Penilai : Puan Masni Binti Khamis

Bil. Aspek MarkahPenuh

MarkahDiperolehi

1 Tajuk 12 Senarai Kandungan 13 Penghargaan 24 Pendahuluan 25 Objektif Kajian 26 Kawasan Kajian 87 Kaedah Kajian 28 Dapatan Kajian 259 Rumusan 210 Lampiran 211 Rujukan 212 Penilaian Umum 1

Aspek 1 – 7Aspek 9 – 12

25

Aspek 8 25Jumlah 50Tahap Pencapaian

...............................................

Tandatangan

Page 2: Geografi 3

Ekosistem Hutan Belukar Terganggu Berhampiran

Sekolah Sultan Alam Shah

Senarai Kandungan

Page 3: Geografi 3

Bil. Isi Kandungan Halaman Mukasurat

1 Tajuk

2 Penghargaan

3 Pendahuluan

4 Objektif Kajian

5 Kawasan Kajian

6 Kaedah Kajian

7 Dapatan Kajian

8 Rumusan

9 Lampiran

10 Rujukan

Page 4: Geografi 3

Penghargaan

           

Bersyukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan dapat juga saya

menyelesaikan kerja folio saya yang bertajuk Perkembangan Sistem Perhubungan

(Telekomunikasi) di Presint 15, Putrajaya. Folio ini penting buat saya kerana perkara ini

merupakan sebahagian daripada kerja kursus subjek Geografi.

Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak yang banyak membantu saya sepanjang

saya menyediakan folio saya ini. Pertamanya kepada Encik Ahmad Rosidi bin Ramli,

K.M.N.,A.M.N. merangkap Tuan Pengetua Sekolah Sultan Alam Shah, kerana beliau telah

memberi kebenaran untuk kami keluar untuk menyoal selidik dan bertemu ramah dengan

penduduk sekitar Presint 15, Putrajaya.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya Encik Zulkifli bin Aman kerana memberi

tunjuk ajar kepada saya menyiapkan folio ini. Jasa guru subjek saya amat dihargai kerana

memberi bimbingan serta nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari

semasa ke semasa.

Ribuan terima kasih juga kepada Rosliza binti Hanafi dan Zulkarnain bin Yop Nadzri

selaku ibu bapa saya kerana memberikan sokongan kepada saya sepanjang saya menyiapkan

folio ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan

dari segi kewangan untuk tambang bas pergi dan kembali ke sekolah, dan sebagainya.

Page 5: Geografi 3

Kepada rakan-rakan saya iaitu Muhammad Adib bin Sulaiman dan Muhammad Shahrul

Akmal bin Jamaluddin kerana berhempas-pulas dalam menyiapkan projek ini. Bantuan mereka

dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi baik mereka yang

sanggup meluangkan masa bersama untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya hilang

dalam ingatan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya secara langsung atau

tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan. Jasa anda amat saya hargai dan diingati

sepanjang masa.

Page 6: Geografi 3

Pendahuluan

Saya merupakan seorang daripada murid Tingkatan 3 di Sekolah Sultan Alam Shah,

Putrajaya. Saya telah memilih tajuk Ekosistem hutan belukar terganggu di Presint 1,Wilayah

Persukutuan Putrajaya adalah kerana kawasan ini terletak berdekatan sekolah saya. Sehubungan

dengan itu, kawasan ini memudahkan saya menjalankan kajian ini.

Tempoh yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan saya bermula dari Februari

sehingga Julai. Dalam tempoh masa itu, guru-guru telah memberi kebenaran kepada kami untuk

keluar ke kawasan kajian untuk mengambil serba sedikit maklumat penting .

Kajian Kursus Geografi ini diaplikasikan bagi memenuhi dan menepati syarat yang

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 3

pada tahun 2012.

Page 7: Geografi 3

Objektif Kajian

Antara objektif-objektif saya lakukan ketika membuat kajian ini ialah:

1.      Mengenal pasti konsep ekosistem hutan belukar

2.      Mengenal pasti faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu

3.      Menghuraikan kepentingan ekosistem hutan

4.      Menghuraikan kesan ekosistem hutan terganggu

5.      Mengenal pasti cadangan untuk mengurangkan kesan ekositem hutan terganggu

6.      Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian dan dalam diri pelajar

Page 8: Geografi 3

Kawasan Kajian

Page 9: Geografi 3

Hutan belukar sekitar Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1,Wilayah Persekutuan Putrajaya

terletak di bahagian tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Lokasi kawasan kajian tersebut

sangat dekat dengan Sekolah Sultan Alam Shah. Kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok-

pokok renek dan lalang. Terdapat sebuah lebuhraya berdekatan dengan kawasan kajian tersebut.

Page 10: Geografi 3

Untuk pergi ke kawasan kajian tersebut, saya perlu melalui sebuah pagar yang terletak di

hujung sekolah. Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah yang rata. Kawasan kajian

terletak hampir 1 kilometer dari Pusat Beli Belah Alamanda. Sekolah Sultan Alam Shah terletak

200 meter dari kawasan kajian saya iaitu hutan belukar.

Page 11: Geografi 3

Peta Daerah

Kawasan Kajian

U

Page 12: Geografi 3

Peta Kawasan Kajian

Page 13: Geografi 3

Kaedah Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, saya telah melaksanakan dengan beberapa kaedah kajian:

1.      Pemerhatian

-          Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan

dengan tajuk kajian iaitu ekosistem hutan terganggu di Sekolah Sultan Alam Shah. . Saya dapat

melihat banyak lalang tumbuh di situ dan denai-denai serta pokok-pokok menjalar yang tumbuh

dengan banyak sekali. Di kawasan belukar juga dihuni dengan pelbagai jenis haiwan seperti

monyet, ulat beluncas, burung, ular, kerengga dan lain-lain.

2.      Soal selidik

-          Saya juga telah mengagihkan sebanyak 20 borang soal selidik kepada 20 orang responden yang

terpilih. Responden terdiri daripada kakitangan sekolah, guru Sekolah Sultan Alam Shah dan

orang awam. Soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan hutan

belukar dan kesan hutan terganggu.

3.      Rujukan

-   Saya telah membuat pelbagai rujukan daripada peta fotografi, internet, buku ilmiah dan majalah.

Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi hutan belukar berhampiran

Sekolah Sultan Alam Shah dan jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di situ.

Page 14: Geografi 3

Dapatan Kajian

8.1 -  Konsep ekosistem hutan

Ekosistem ialah satu kawasan yang terdiri daripada komponen biotik ( manusia dan

haiwan lain ) dan komponen abiotik seperti cahaya matahari , udara , air , tanih , batu-batan ,

dan galian. Saiz sesebuah ekosistem berbeza-beza. Ekosistem terdapat dalam kolam , paya ,

ladang , hutan , gurun , dan padang rumput . Komponen-komponen ini sentiasa berinteraksi .

Interaksi di kalangan komponen-komponen ini dapat dilihat melalui proses aliran tenaga ,

kitaran udara , dan rantaian makanan . Komponen biotik dalam sistem ini ialah pengeluar

( tumbuhan ) , pengguna ( manusia dan haiwan lain ) , dan pengurai ( mikro-organisma

seperti fungi dan bakteria) . Interaksi antara komponen biotik dan abiotik menghasilkan satu

aliran tenaga dan rantaian makanan yang berterusan serta memelihara imbangan ekosistem itu .

Penerokaan sumber secara berleluasa akan mengganggu keseimbangan ekosistem ini .

Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan  antara kumpulan beberapa populasi

sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan  tanah dan terletak pada

suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.Ekosistem hutan terganggu apabila

terdapatnya aktiviti  manusia yang sewenang-wenangnya  meneroka kawasan hutan semula jadi

untuk tujuan pembangunan.

Page 15: Geografi 3

8.2 – Kepentingan Ekosistem Hutan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

1. Membekalkan oksigen

Pokok-pokok yang hidup seperti pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya

akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis.

2. Zon Penampan mengawal hakisan

Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam tanah dan seterusnya

mengurangkan keporosan  tanih . Disamping itu juga akar-akar pokok juga akan

mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung telah menjadi

penampan mengawal hakisan tanah daripada jatuh atau runtuk ke bawah.

3.Kawasan Tadahan Air Hujan

Kawasan  hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan

air. Sebagaimana yang diketahui, akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan.  Air

dari sinilah yang akan  mengalir  ke permukaan sungai-sungai utama.

4. Ekopelancongan dan rekreasi

Kadang-kadang hutan juga satu bentuk pelancongan yang berhubung kait dengan alam sekitar.

Hutan boleh dijadikan kawasan rekreasi unt uk penduduk sekitarnya seperti dijadikan

kawasan beriadah, berjogging, dan   merehatkan minda bagi penduduk bandar.

Page 16: Geografi 3

5. Menyerap karbon dioksida

Jika hutan ini berada di bandar, ia berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari asap kilang

dan asap kenderaan. Secara tidak langsung hutan ini telah membantu mengimbangi lebihan

karbon dioksida di udara.

Kita sepatutnya bekerjasama dan menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya

generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Page 17: Geografi 3

8.3 - Faktor Yang Mempengaruhi Ekosistem Hutan Terganggu di Sekolah Sultan Alam

Shah

1. Pembinaan petempatan

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan kajian

saya ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan petempatan. Peningkatan

permintaan rumah menyebabkan hutan  yang tinggal sedikit  dimusnahkan. Ini menyebabkan

ekosistem hutan semakin pupus.

2.  Pembinaan jalan raya

Pembinaanjalan raya merupakan satu faktor menyebabkan ekosistem hutan terganggu.

pembinaan jalan raya  telah menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah

membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai  spesis tumbuh-tumbuhan  ditebang.

Oleh itu, hidupan liar pun hilang habitnya.

3. Pertambahan penduduk

Apabila penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap petempatan juga akan

meningkat. Kesannya, pihak pemaju perumahan berlumba-lumba membina kawasan

petempatan yang baru atau meluaskan kawasan perumahan mereka. Ini akan memusnahkan

kawasan hutan yang sangat luas.

Page 18: Geografi 3

4.  Pembinaan sistem perparitan

Pembinaan sistem perparitan juga menganggu ekosistem hutan. Banyak longkang atau parit

konkrit dibina di kawasan hutan. Pembinaan sistem perparitan adalah untuk mengelakkan

kejadian banjir kilat daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan

yang berdekatan terganggu.

Sebagai penduduk , saya rasa bertanggungjawab  dalam memastikan ekosistem kawasan tempat

tinggal saya terpelihara .

Page 19: Geografi 3

8.4 Kesan ekosistem hutan belukar terganggu di kawasan kajian.

1. Rantaian makanan terjejas

Hutan belukar di kawasan kajian mempunyai banyak hidupan flora dan fauna. Salah satu

kesan yang akan berlaku iaitu rantaian makanan akan berkurang.Sekiranya tumbuhan utama

seperti lalang dihapuskan,maka banyak haiwan akan kehilangan sumber utama .Banyak

binatang yang akan mati dan ini akan menjurus kepada kehilangan flora dan fauna di

kawasan kajian.

2. Suhu meningkat

Putrajaya merupakan bandar yang mempunyai suhu yang tinggi. Kebanyakan kawasan di

Putrajaya mempunyai pokok-pokok yang boleh menyederhanakan suhu. Sekiranya kawasan

hutan belukar di kawasan kajian ditrokai, maka secara tidak lansung suhu di sekeliling

kawasan kajian akan menigkat.

3. Perubahan landskap.

Kawasan hutan belukar di kawasan kajian sememangnya indah nian. Sekiranya kawasan

tersebut diterokai, secara keseluruhannya pandang darat dan cirri-ciri fizikal kawasan kajian

akan terjejas dan akan mengubah keindahan kawasan tersebut.

Page 20: Geografi 3

4. Keselamatan nyawa terancam

Sekiranya kawasan kajian tersebut diterokai,pelbagai perkara buruk akan berlaku seperti

kualiti udara terjejas,suhu menigkat.Ini merupakan faktor dimana kesihatan orang awam

yang berada berdekatan dengan kawasan kajian akan terjejas terutamanya pelajar Sekolah

Sultan Alam Shah.Ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa

Page 21: Geografi 3

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan belukar terganggu di kawasan

kajian.

1. Pembangunan terancang

Pihak kerajaan perlu merancang dengan lebih teliti untuk menorokai kawasan tersebut. Pihak

kerajaan perlu mencari kawasan yang lebih strategik untuk pembinaan sesuatu bangunan.

Pembangunan yang terancang dapat menghasilakan bandar yang kondusif.

2. Kempen alam sekitar.

Kempen kesedaran alam sekitar juga perlu diadakan untuk memberi kesadaran kepada pihak

yang terlibat dalam pembangunan. Remaja juga perlu diberikan pendedahan tentang

kepentingan hutan belukar tersebut.

3. Pendidikan alam sekitar.

Pendidikan tentang alam sekitar juga perlu diterapka dalam sektor pendidikan. Pendidikan

alam sekitar boleh diselitkan dalam matapelajaran geografi. Pendidikan alam sekitar bertujuan

sebagai pendedahan awal untuk generasi akan datang.

Page 22: Geografi 3

4. Penyelidikan dan pembangunan.

Penyelidikan perlu diadakan oleh pihak kerajaan untuk mengkaji tentang cara untuk

mengekalkan kesuburan tanih di kawasan hutan belukar di kawasan kajian. Penyelidikan

adalah sangat penting untuk mengekalkan keadaan kawasan hutan belukar di kawasan kajian

untuk genarasi akan datang.

Page 23: Geografi 3

Bahan grafik

a) Berdasarkan pemerhatian , saya dapat menghasilkan peta minda mengenai Faktor Yang Menyebabkan Ekosistem Hutan Terganggu di Hutan Belukar, Presint 1 , Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Faktor yang menyebabkan

Ekosistem Hutan Belukar

Terganggu Berhampiran

Sekolah Sultan Alam Shah

Pembinaan jalan raya

Pembinaan pembangu

nan

Pertambahan

penduduk

Pembinaan Sistem

Perparitan

Page 24: Geografi 3

b) Berdasarkan pemerhatian, saya dapat menghasilkan carta aliran mengenai antara Kepentingan Ekosistem Hutan Belukar di Presint 1, Wilayah Persekutuan Putrajaya .

Page 25: Geografi 3

Rumusan

Akhirnya, Kerja Kursus Geografi ini telah dapat disiapkan dengan sepenuhnya. Ini adalah

kerana maklumat dan data yang terdapat dalam kerja kursus ini telah berjaya memenuhi dan

mencapai objektif kajian dengan sempurna.

Kajian ini telah dijalankan bagi memenuhi syarat Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan

juga bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang ekosistem hutan yamg terganggu di

kawasan petempatan pelajar.

Oleh itu, melalui kajian ini , para pelajar dapat menyedari akan kepentingan menjaga

hutan yang terdapat di Malaysia ini. Maka saya sebagai pelajar akan berasa lebih

bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan hutan yang terdapat di Malaysia ini.

Selepas ini, saya tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan sahaja untuk menjaga

ekosistem hutan dan untuk menyelesaikan masalah kekurangan ekosistem hutan.

Sesungguhnya , saya sebagai rakyat Malaysia perlu berasa lebih bertanggungjawab untuk

menjaga hutan kita ini.

Page 26: Geografi 3

Lampiran

Page 27: Geografi 3

Suasana di hutan belukar

Tumbuh-tumbuhan di hutan belukar

Page 28: Geografi 3

Rujukan

Buku Teks:

Abd. Rahim bin Md. Nor, Rozida binti Ismail, Jumaah binti Alias, 2004, Buku

Teks Geografi Tingkatan 3, Shah Alam, Selangor, Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Buku rujukan :

Mohammad Ismail, Khaw Ah Seng, 2009, SUCCESS Geografi PMR,Shah Alam,

Selangor, Oxford Fajar,

Internet :

http://www.smktd2geografi.blogspot.com/

http://www.sas.edu.my/portal/kenalisas/pengenalan.html