GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL 942/1: PERCUBAAN GEOGRAFI STPM...

download GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL 942/1: PERCUBAAN GEOGRAFI STPM …geoasfizikal.blogspot.com/2010/10/percubaan-geografi...2017-12-11Markah kepujian akan diberikan juga untuk contoh yang

If you can't read please download the document

Transcript of GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL 942/1: PERCUBAAN GEOGRAFI STPM...

GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL 942/1: PERCUBAAN GEOGRAFI STPM 2010

GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL 942/1

Labels

LATIHAN

SASARAN

SOALAN PEPERIKSAAN

TEMA 1: SISTEM BUMI

TEMA 3: SISTEM ATMOSFERA

Wednesday, October 20, 2010

PERCUBAAN GEOGRAFI STPM 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBONG LIMBANGGEOGRAFIKERTAS 1(ALAM SEKITAR FIZIKAL)(TIGA JAM)PEPERIKSAAN PERCUBAANArahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan

Markah kepujian akan diberikan kepada anda menggunakan peta lakar dan gambar rajah yang sesuai.Markah kepujian akan diberikan juga untuk contoh yang khusus dan teliti yang dikaji melalui kajian luar dan kajian tempatan yang dibuat sendiri.

Semua penghitungan hendaklah diserahkan bersama dengan jawapan anda.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf , peta Malaysia, danpeta dunia, helaian itu hendaklah dipisahkan daripada kertas soalan dan diserahkan bersama dengan jawapan anda.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman

20061. (a) Huraikan dua jenis tenaga dalam sistem bumi. [4](b) Huraikan empat sebab mengapa bumi mengalami empat musim yang berbeza. [12] (c ) Jelaskan tiga kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan. [9]

JAWAPANA. i. Tenaga kinetic tenaga terhasil akibat pergerakan sesuatu ii. Tenaga keupayaan tenaga yang dimiliki dalam sesuatu jasad.b.* dalam tempoh setahun bumi mengalami empat musim yang berbeza kerana empat sebab utama.i. peredaran bumi mengelilingi matahari. Satu orbit yang lengkap akan menyebabkan bumi mengambil masa selama satu tahun. Oleh itu, peredaran bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya akan menyebabkan ada kawasan yang menerima pancaran matahari yang panjang dan ada kawasan yang menerima pancaran yang sedikit. Keadaan ini melahirkan perbezaan waktu siang dan malam. Perbezaan inilah yang menentukan adanya musim-musim di permukaan bumi.

ii. Putaran bumi di atas paksinya. Bumi mengambil masa selama 24 jam bagi melengkapkan satu putarannya. Putaran bumi di atas paksinya ini akan menentukan jumlah jam siang dan malam mengikut musim. Perbezaan jumlah jam siang dan malam mengikut masa dan kawasan ini akan menentukan wujudnya musim di atas permukaan bumi apabila dilihat dalam tempoh satu tahun.iii. Kecondongan paksi bumi sebanyak 23 1/2 . Kecondongan paksi bumi menyebabkan ada kawasan di permukaan bumi hampir kepada matahari dan pada masa yang sama jauh dari matahari. Jarak kedudukan ini menyebabkan sebahagian kawasan menerima bahangan yang berbeza dan dengan itu mewujudkan keadaan iklim yang berlainan. Iklim yang berbeza ini dirujuk kepada kewujudan musim mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari dan juga kecondongan paksi bumi.iv. Kesferaan muka bumi menyebabkan penerimaan sinaran matahari atau bahangan solar yang berbeza di permukaan bumi. Keadaan ini di tambah lagi apabila dikaitkan dengan kecondongan paksi bumi dan peredaran bumi mengelilingi matahari.c. i. apabila musim sejuk, habitat haiwan lazimnya akan berpindah ke kawasan baru atau berhijarah ke kawasan yang lebih panas. Sebagai contoh, burung layang-layang akan berpindah ke kawasan Asia Tenggara dari negara seperti China apabila tibanya musim sejuk di kawasan berkenaan. Oleh itu, dalam bulan-bulan musim sejuk di hemisfera utara banyak burung layang-layang di Malaysia.ii. peredaran bumi menyebabkan berlakunya pergerakan habitat haiwan untuk mencari makanan. Kawasan-kawasan yang mengalami musim sejuk, biasanya sukar mendapatkan makanan kerana dipenuhi dengan salji. Oleh itu, perpindahan habitat haiwan adalah sebagai proses mencari makanan di kawasan baru.iii. Berlakunya proses pembiakan. Dalam masa berlakunya peredaran bumi habitat haiwan akan menyesuaikan diri dengan proses pembiakannya. Dalam musim sejuk habitat haiwan mengawan dan biasanya pembiakan berlaku dalam musim panas. Keadaan ini banyak berlaku di kalangan habitat haiwan yang mengalami empat musim seperti di kawasan sederhana sejuk dunia. Habitat beruang kutub, musang, rusa dna sebagainya melalui proses pembiakan yang hampir sama sepanjang tahun.

20062. (a) Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal. [6](b) Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. [7](c ) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan tanah runtuh sering berlaku di kawasan tropika lembap dan huraikan tiga langkah untuk mengatasinya. [12]JAWAPANNyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa

fizikal.[6]Luluhawa kimia

Luluhawa fizikal

Proses asas berlakunya gondola. Batuan yang terdedah kepada air dan udara akan dihauskan menjadi regolit

Pemecahan fizikal batuan oleh agen iklim seperti hujan, fros dan matahari

Berkesan di kawasan gurun, karst, khatulistiwa dan tropika lembap

Melibatkan proses pengembangan dan penguncupan batuan serta pembasahan dan pengeringan

Melibatkan proses pengkarbonatan, pengoksidaan, larutan, hidratan

Membentuk pecahan bijian, pecahan bongkah dan kelupasan

(b) Huraikan proses- proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. [10]i. Pengkarbonan melibatkan galian terlarut di dalam air hujan yang mengandungi karbon dioksida. Bahan ini akan melarutkan kalsium karbonat dalam batuan menjadi kalsium bikarbonat.ii. Pengoksidaan- melibatkan tindak balas oksigen dalam udara dan air dengan bahan galian dalam batuan.iii. Larutan-iv. Penghidratan-v. Hidrolisi-b. tanah runtuh yang sering berlaku di kawasan tropika lembap berpunca daripada tiga faktor penting iaitui. iklimii. aktiviti manusiaiii. bmb yang berceruni. hujan merupakan faktor iklim yang amat dominan di kawasan beriklim tropika lembap yang boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Apabila hujan lebat berlaku, tanah-tanah di kawasan bercerun akan menjadi tepu. Keadaan menjadi bertambah dahsyat apabila kawasan tersebut tidak mempunyai tanaman tutup bumi atau tumbuh-tumbuhan. Dengan tanah yang tepu air, maka tanah cerun mudah runtuh kerana cengkaman yang semakin longgar.ii. Aktiviti pembangunan terutamanya di kawasan-kawasan lereng bukit. Apabila manusia menjalankan aktiviti pembangunan, sudah pasti tanah bukit akan diteres dan dicerunkan. Sekiranya tindakan susulan tidak diambil untuk mengawal tanah-tanah dicerun, maka kejadian tanah runtuh mudah berlaku. Kejadian tanah runtuh menjadi bertambah cepat semasa hujan.- Aktiviti pembalakan juga boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Apabila kayu balak ditebang, tanah terdedah kepada pelbagai proses fizikal seperti hakisan,dan luluhawa. Keadaan ini meningkatkan kadar kejadian tanaha runtuh apabila tanah terdedah kepada proses-proses tersebut.iii. Faktor kecerunan kawasan.- Bercerun landai atau curam boleh meningkatkan kejadian tanah runtuh terutamanya apabila kawasan tersebut kekurangan litupan bumi. Kejadian tanah runtuh menjadi-jadi apabila menerima kekerapan hujan yang tinggi di kawasan tersebut. Tanah di kawasan bercerun lazimnya tertakluk kepada daya cengkamnya terhadap batuan dasar. Sekiranya tanah di situ lebih bersifat tepu air, maka ia mudah mengalami kejadian tanah runtuh.Langkah-langkahi. Tanaman tutup bumi, sungkupan plasticii. Membina tembok atau penyimenan tebingiii. Teres.

3. Berdasarkan Peta 1 yang berskala 1:50 000, (a) (i) Kenal pasti label A,B,C dan D. [4] (ii) huraikan aktiviti-aktiviti manusia yang terdapat di pinggir pantai. [5] (b) Jelaskan kesan-kesan negatif yang akan berlaku hasil aktiviti manusia di kawasan itu terhadap ekosistem paya bakau. [8] (c ) Pada pendapat anda, apakah kepentingan hutan bakau di kawasan Pinggir pantai. [8]

Jawapan a. i. A pokok bakau B tasik ladam C paya belukar dan D beting pasir.ii. aktiviti yang dijalankan ialahl pembangunan pertanian: getah,padi,pokok baka, kelapal penebangan hutan bakaul pengorekan pasirb. kesan-kesan yang akan berlaku hasil aktiviti berkenaanl memusnahkan ekosistem paya bakau, mengganggu habitat burung,kerang,haiwan lain serta flora dan faunal memusnahkan sumber kayu bakau yang penting dalam membuat kayu arangl mengurangkan daya cengkaman akar kepada proses hakisan sungai dan lain-lain hakisan seperti ombak besar.c. Kepentingan hutan bakaul Berfungsi sebagai zon penampan semula jadi (buffer zone) yang paling berkesan untuk menahan segala bentuk hakisan sama ada disebabkan oleh pergerakan ombak, ribut, hujan ribut, angin dan sebagainya. Cirinya seperti akar yang kompleks berupaya menahan hakisan.

ATAU

3. (a) Nyatakan jenis hakisan sungai. [5] (b) Dengan memberi contoh kepada tiga bentuk muka bumi hasil tindakan hakisan sungai, terangkan proses pembentukannya. [12] (c ) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan hakisan dan pemendapan sungai terhadap kegiatan manusia. [8]a. Jenis hakisan sungail Hakisan secara mendalaml Hakisan sungai secara melebarl Hakisan sungai melibatkan pengunduran sungaib. Tiga bentuk muka bumi hasil tindakan hakisan dan pemendapan sungai serta proses pembentukannyal Delta terbentuk akibat timbunan bahan mendak di muara sungail Air terjun dan jeram terbentuk di kawasan yang mempunyai batuan yang tersusun secara mendatar antara batuan keras dengan lembutl Dataran banjir dan tetambak bahan mendak yang dimendakkan di sepanjang alur sungai akibat limpahan air sungai ketika banjir.c. Empat kepentingan bmb hasil tindakan hakisan dan pemendapan sungai terhadap kegiatan manusial Kawasan pertanian delta dan dataran banjir merupakan kawasan yang subur untuk pertanianl Kawasan petempatan lazimnya kebanyakan Bandar utama terletak di sepanjang dataran banjir dan tetambakl Kawasan ekopelancongan kawasan seperti air terjun menjadi daya tarikan pelancongl Lokasi membina stesen janakuasa kawasan air terjun dan jeram boleh berfungsi sebagai mini janakuasa elektrik.

2003ar angin4. Jadual 1 menunjukkan arah dan halaju angin di Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada tahun 1990.Jadual 1: Arah dan Halaju Angin di Lapangan TerbangKuala Terengganu pada tahun 1990 (%)

ArahHalaju(meter/saat)UtaraTimur LautTimurTenggaraSelatanBaratDayaBaratBaratLautTenang

3.0m/s5.214.011.94.710.02.41.50.8

(a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan rajah tiupan angin di Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada tahun 1990. [12](b) Huraikan bagaimana sistem angin monsoon mempengaruhi aktiviti penduduk di rantau Aia. [13]JAWAPANB

Angin monsoon timur lautAngin monsoon barat daya1. Kegiatan pertanian Angin monsoon timur laut di pantai timur semenanjung = Delta Kelantan banjir= selatan Thailand- padi Angin monsoon barat daya pantai barat = delta Kedah- banjir - sawah

2. Kegiatan pertanian Angin monsoon timur laut- nelayan terhenti, Angin monsoon barat daya timur kegiatan perikanan dijalankan3. Pelancongan - Angin monsoon timur laut- Kawasan pantai terganggu . Ombak besar- Pantai timur Kelantan- Terengganu- Pahang= banjir5. kegiatan ekonomi yang lain- perkhidmatan pengangkutan6. Rajah 1 menunjukkan fenomena pembentukan jerebu dan hujan asid.Rajah 1:

Berdasarkan rajah tersebut:(a) Jelaskan bagaimana fenomena jerebu dan hujan asid terjadi. [10](b) Huraikan kesan negatif fenomena jerebu dan hujan asid kepada persekitaranfizikal dan manusia. [10] (c ) Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan fenomena jerebu dan hujan asid. [5]a. Jerebu - terbentuk dalam keadaan udara kering/panas yang agak lama. Akibat pembebasan bahan pencemar udara yang banyak dari sumber kenderaan, industry dan pembakaran terbuka maka partikel-partikel terampai (PM10) akan terapung dalam atmosfera yang stabil dan keringii. hujan asid terjadi melalui proses kondensasi/pemeluwapan. Bahan pencemar seperti sulfur oksida, karbon monokisda, nitrogen oksida yang dibebaskan oleh industry dan kenderaan bertindak sebagai nucleus pemeluwapan untuk menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya, membesar, tepu dan akhirnya turun sebagai hujan asid. Nilai pH air hujan ini biasanya lebih dari 5.b. Kesan-kesan negatif fenomena jerebu dan hujan asidl Mengurangkan jarak penglihatan dalam Bandar risiko keselamatan dan gangguan kepada laluan lintas/kesesakan lalu lintasl Gangguan kepada pendaratan kapal terbang dan pandu arah kapal-kapal di laut boleh menjejaskan aktiviti ekonomil Gangguan kesihatan kepada penduduk sakit mata, sakit lelah, barah kulit/ penyakit kulit akibat terkena hujan asid dlll Gangguan kepada aktiviti riadah dan social penduduk aktiviti di luar rumah terpaksa dihadkan.l Kerosakan ekosistem akuatik akibat menerima hujan asid; nilai keasidan air sungai, tasikm paya dan kolam semakin meningkat . kesannya ,mengganggu keseimbangan ekologi berkenaanl Melunturkan warna bangunan memerlukan kos yang tinggi untuk membaikpulihnya.c. Langkah-langkah mengurangkan fenomena jerebu dan hujan asidl Langkah perundangan seperti mengenakan denda/penjara kepada aktiviti pembakaran terbuka atau kepada kilang yang mengeluarkan asap pencemar melepasi had yang dibenarkan.l Langkah pengurusan seperti mengadakan hujan tiruan untuk membersihkan udara , meninggikan serombong asap, di samping meletakkan filter ke dalamnya, beralih kepada penggunaan tenaga yang mesra alam seperti tenaga suria dan hidro.l Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar seperti kempen berkongsi kereta dalam Bandar, kempen menggunakan petrol tanpa plumbum dan lain-lain yang berkaitan.

set 16. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kurangan air? [5] (b) Jelaskan empat faktor yang membawa kepada perubahan imbangan air. [12] (c ) Huraikan empat langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kurangan air. [8] JawapanKurangan air bermaksud kadar kerpasan yang kurang berbanding dengan proses sejatan sehingga menyebabkan kejadian kemarau.Empat faktor

i. Faktor curahan hujanii. Faktor topografiiii. Faktor tumbuhaniv. Faktor ketinggianEmpat langkah

i. Melakukan usaha membuat hujan tiruanii. Mengenakan catuan bekalan air domestic dan industryiii. Menjalankan kempen berjimat cermat iv. Kempen tidak mencemarkan sumber bekalan air seperti tasik dan sungaiv. Kitar semula air.m/s2717. (a) Terangkan konsep rantaian makanan dan siratan makanan. [7] (b) Huraikan struktur ekosistem di kawasan hutan hujan tropika. [9] (c) Bagaimanakah kitar nutrien dan siratan makanan diganggu oleh kegiatan manusia? [9]Jawapan a.i. rantaian makanan* pengaliran tenaga melalui aras trop dalam sesuatu ekosistem ialah rantaian makanan. Aras trof utama adalah autotrof dan heterotrof. Aras trof consumer dibahagikan juga kepada herbivore, karnivor dan omnivore. Pemindahan tenaga dari satu aras trof ke satu arau trof yang lain menyebabkan kehilangan tenaga dalam bentuk haba. Oleh itu, kehilangan tenaga ini mengehadkan bilangan aras trof yang terdapat dala sesuatu rantaian makanan. ii. kebanyakan ekosistem, pengaliran tenaga tidak mengikuti satu jalan linear kerana kebanyakan haiwan mendapat makanan daripada pelbagai aras trof lalu mewujudkan siratan makananb.tenaga mataharipengeluar ( berbagai jenis pokok, rumput, herba, pemanjat dan epifit)pengguna primer( berbagai jenis serangga)pengguna sekunder( berbagai jenis burung)pengguna tertier( ular dan burung helang)pengurai(bacteria dan kulat)

komponen biotic tumbuhan, serangga, haiwan, burung dan kulatkomponen abiotik cahaya matahari, hujan, tanih dan gas co2

c.i. kitaran nutrien diganggu oleh kegiatan manusia melaluia. menambahkan karbon di atmosferab. manusia mengambil nutrient karbon keluar dari ekosistemii. gangguan rantaian makanan secara bioteknologi, kegiatan pembalakan dan penggunaan baja nitrogen secara berlebihanm/s1698. (a) Berdasarkan kajian luar sarkan kajian luar yang anda jalankan, huraikan bagaimana anda mengukur suhu dan kelembapan udara? [9](b) Terangkan mengapa suhu semakin rendah semakin ke paras yang lebih tinggi di lapisan troposfera. [6](c) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar di permukaan bumi. [10]ai. Cara mengukur suhu Menggunakan alat thermometer six Alat ini diletakkan di dalam rumah steveson Pada waktu yang ditetapkan iaitu selepas 24 jam bacaan suhu maksimum dan minimum diambil. Selepas bacaan diambil, indeks ditarik semula ke permukaan raksa dengan menggunakan sebatang magnet. Daripada nilai suhu maksimum dan suhu minimum kita boleh mendapati nilai min suhu harianii. Cara mengukur kelembapan udara Menggunakan alat hygrometer Meletakkan alat ini di dalam rumah pelindung steveson Bacaan diambil selepas 24 jam Membaca atau mencatat bacaan suhu kering dann suhu basah. Dapat selisih bacaan suhu basah dan suhu kering Berdasarkan satu jadual khas nilai kelembapan bandingan diperoleh.c. sebab sebab suhu semakin rendah semakin naik ke paras yang tinggii. pada umumnya, suhu udara turun pada kada 1 C bagi setiap kenaikan 165meter.ii. Penurunan suhu udara mengikut ketinggian adaah disebabkan oleh beberapa faktor.iii. Prose pengaliran haba dari permukaan bumi Udara tidak dipanaskan secara langsung oleh pancaran matahari. Permukaan bumi yang dipanaskan secara langsung. Permukaan bumi yang telah menjadi panas pula akan memanaskan udara melalui proses pengaliran haba. Oleh itu, udara di peringkat bawah yang bersentuhan dengan permukaan bumi akan menjadi panas. Udara di peringkat atas yang lebih jauh dari permukaan bumi tetap lebih sejuk. Ketebalan udaraUdara di peringkat bawah lebih panas juga disebabkan oleh ketebalan udara di lapisan bawah yang lebih padat daripada udara di lapisan atas yang lebih nipis. Oleh itu, udara lapisan bawah lebih berupaya menyerap lebih banyak haba berbanding dengan lapisan-lapisan di sebelah atas. Jumlah kandungan bahan rumah hijauKeupayaan udara menyerap haba dan menjadi panas juga bergantung kepada jumlah kandungan bahan rumah hijau seperti wap air, debu dan karbon dioksida. Bahan-bahan ini menyerap haba gelombang panjang bumi. Bahan-bahan ini lebih banyak didapati di lapisan peringkat bawah atmosfera. Udara di atas adalah lebih kering, bersih dan kurang bahan pencemar berbanding dengan udara di bawah. Oleh itu , udara di paras rendah adalah lebih panas daripada udara di peringkat atas atmosfera.c.i. pengaruh garisan latitudii. pengaruh sifat kebenuaan-kelautan dan pengaruh badan air yang besar di darataniii.pengaruh pengaliran arus lautaniv. pengaruh banjaran gunungv. tumbuhan semula jadi dan tanah-tanih.

Posted by

AGATHA NGU

at5:46 PM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels:SOALAN PEPERIKSAAN

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

2011

(1)

January

(1)

2010

(10)

November

(2)

October

(8)LATIHAN TEMA 3: SISTEM ATMOSFERALATIHAN TEMA 2: SISTEM GEOMORFOLOGISUKATAN PELAJARANPERCUBAAN GEOGRAFI STPM 2010SASARAN TAJUK GEO FIZIKAL STPM 2010SOALAN-SOALAN ULANGKAJI TEMA 1 : SISTEM BUMIPEREDARAN BUMISISTEM AMOSFERA

About Me

AGATHA NGU

AGATHA NGUDilahirkan di Bintangor, Sarawak. 1977-1982 belajar di SJK(C) Ming Diak, Bintangor.1983-1988 belajar di SMK Meradong, Bintangor.1989-1990 belajar di Catholic High School, Sibu.1991-1995 Universiti Kebangsaan Malaysia dapat Ijazah Sarjanamuda dengan kepujian dalam Psikologi.1996 Maktab Perguruan Kota Bahru, Kelantan dapat Diploma Pendidikan pengkhususan Geografi1997-2001 mengajar di SMK Methodist, Sibu.2002-2004 mengajar di SMK Limbang.2005 sehingga sekarang mengajar di SMK Kubong, Limbang.2008-2010 Universiti Utara Malaysia mendapat Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

View my complete profile

Picture Window theme. Powered by Blogger.