Geografi Folio F2

4
2.1 Konsep dan takrifan migrasi Migrasi ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan kawasan, negeri, ataupun sempadan antarabangsa. Migrasi yang saya kaji meliputi kawasan perkampungan Air Putih. Terdapat pelbagai pola migrasi, namun pola migrasi yang dapat dilihat di kawasan ini ialah migrasi dalaman yang merangkumi migrasi luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke bandar. Umumnya, perkampungan Air Putih ialah sebuah bandar yang sedang membangun dengan pesat. 2.2 Faktor berlakunya migrasi penduduk di perkampungan Air Putih 1. Peluang pekerjaan Salah satu faktor tarikan yang menyebabkan berlakunya migrasi ialah peluang pekerjaan. Di kawasan perkampungan Air Putih, peluang pekerjaan yang banyak wujud memandangkan kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat. Sepintas lalu, sepanjang Jalan Air Putih, terdapat peluang pekerjaan yang banyak dan juga pelbagai. Kebanyakan peluang pekerjaan yang disediakan pula lebih cenderung kepada sektor perkhidmatan iaitu sektor yang menjanjikan gaji yang paling lumayan. 2. Peluang pendidikan Di sekitar perkampungan Air Putih, terdapat peluang pendidikan yang banyak. Hal ini dapat mengurangkan beban ibu bapa terutamanya ketika menghantar anak-anak ke sekolah. Pemantauan terhadap anak-anak juga mudah sekali dilakukan. Contohnya, terdapat sekolah-sekolah rendah seperti SJK (C) Pei Chai dan SK Galing. Terdapat sekolah-sekolah menengah seperti SMK Air Putih, SMK Sultan Abu Bakar dan SMK Abdul Rahman Talib. Kesemua sekolah ini adalah berdekatan dengan perkampungan Air Putih. 3. Kemudahan asas dan infrastruktur

description

Folio Geografi 2015 tingkatan 2

Transcript of Geografi Folio F2

Page 1: Geografi Folio F2

2.1 Konsep dan takrifan migrasi

Migrasi ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan kawasan, negeri, ataupun sempadan antarabangsa. Migrasi yang saya kaji meliputi kawasan perkampungan Air Putih.

Terdapat pelbagai pola migrasi, namun pola migrasi yang dapat dilihat di kawasan ini ialah migrasi dalaman yang merangkumi migrasi luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke bandar. Umumnya, perkampungan Air Putih ialah sebuah bandar yang sedang membangun dengan pesat.

2.2 Faktor berlakunya migrasi penduduk di perkampungan Air Putih

1. Peluang pekerjaan

Salah satu faktor tarikan yang menyebabkan berlakunya migrasi ialah peluang pekerjaan. Di kawasan perkampungan Air Putih, peluang pekerjaan yang banyak wujud memandangkan kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat. Sepintas lalu, sepanjang Jalan Air Putih, terdapat peluang pekerjaan yang banyak dan juga pelbagai. Kebanyakan peluang pekerjaan yang disediakan pula lebih cenderung kepada sektor perkhidmatan iaitu sektor yang menjanjikan gaji yang paling lumayan.

2. Peluang pendidikan

Di sekitar perkampungan Air Putih, terdapat peluang pendidikan yang banyak. Hal ini dapat mengurangkan beban ibu bapa terutamanya ketika menghantar anak-anak ke sekolah. Pemantauan terhadap anak-anak juga mudah sekali dilakukan. Contohnya, terdapat sekolah-sekolah rendah seperti SJK (C) Pei Chai dan SK Galing. Terdapat sekolah-sekolah menengah seperti SMK Air Putih, SMK Sultan Abu Bakar dan SMK Abdul Rahman Talib. Kesemua sekolah ini adalah berdekatan dengan perkampungan Air Putih.

Page 2: Geografi Folio F2

3. Kemudahan asas dan infrastruktur

Kemudahan yang dapat dilihat sepanjang Jalan Air Putih boleh dikatakan lengkap. Terdapat kemudahan kesihatan, kemudahan pengangkutan, kemudahan untuk memperoleh barangan keperluan asas dan juga kemudahan-kemudahan lain yang memudahkan kehidupan seharian kita seperti kemudahan kewangan. Daripada aspek kesihatan, beberapa klinik mahupun yang swasta ataupun yang dikendalikan oleh pihak kerajaan dapat dilihat di sini. Bas Rapid Kuantan yang mempunyai rangkaian di seluruh Kuantan pula menjadikan Jalan Air Putih sebagai salah sebuah jalan utamanya. Beberapa pasar raya juga dapat kelihatan di sepanjang jalan ini.

2.3 Kesan migrasi di perkampungan Air Putih

1. Pertambahan penduduk

Hasil daripada pelbagai faktor tarikan, penduduk bertambah dengan mendadak telah membawa kepada beberapa masalah. Salah satu masalah yang mudah sekali dilihat ialah kekurangan tempat letak kereta. Saban hari, penduduk terpaksa meletakkan kereta mereka di tempat yang tidak sah sehingga dikenakan saman oleh majlis bandaraya tempatan. Selain itu, pada waktu puncak, lalu lintas di sepanjang Jalan Air Putih amat sesak.

2. Jenayah dan masalah sosial

Pertambahan penduduk menyebabkan bertambahnya kes-kes jenayah. Saban hari melalui rangkaian sosial Polis Kuantan dapat kelihatan pelbagai kes jenayah berlaku di perkampungan Air Putih. Masalah kebanyakan berpunca daripada rumah setinggan yang dibina sewenang-wenangnya oleh penduduk yang gagal ataupun tidak mampu membeli atau menyewa rumah di kawasan ini.

Page 3: Geografi Folio F2

3. Harga tanah dan rumah meningkat

Hasil daripada permintaan yang tinggi terhadap rumah dan tanah, dan pertambahan penduduk yang melebihi bilangan rumah yang mampu menampung keperluan mereka, harga tanah dan rumah meningkat dengan mendadak. Malah, saiz rumah yang baru dibina semakin kecil. Baru-baru ini juga terdapat pangsapuri dibina di perkampungan Air Putih bagi menampung keperluan pertambahan penduduk.

2.4 Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan migrasi di perkampungan Air Putih

1. Pengangkutan awam yang berkesan

Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan boleh memajukan pengangkutan awam yang masih belum luas digunakan oleh rakyat di Kuantan. Kempen yang berkesan dan menyeluruh harus dijalankan untuk mendorong rakyat tempatan supaya mula menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta. Sekiranya boleh, sistem pengangkutan awam seperti LRT dan MRT harus diperkenalkan di kawasan perkampungan Air Putih.

2. Memperbandarkan kampung

Kerajaan juga mempunyai peranan untuk mewujudkan bandar baru di sekitar kawasan perkampungan Air Putih dengan memperbandarkan kampung di sekelilingnya. Dengan mewujudkan lebih bandar baru daripada kampung-kampung di sekelilingnya, tumpuan dapat dialihkan ke bandar baru. Hasil daripada usaha ini, masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Tambahan pula, harga rumah baru di kawasan yang dianggap lebih jauh dari bandar pula pasti akan menjadi lebih rendah.

Page 4: Geografi Folio F2

3. Membina lebih rumah kos rendah / mampu milik

Kerajaan juga perlu mengubah dasarnya dengan membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Rumah sedemikian seharusnya berada dalam lingkungan harga mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat di negara kita. Hasil daripada tindakan ini, masalah rumah setinggan yang menjadi punca pelbagai masalah pasti dapat dikurangkan dan diatasi.

4. Menguatkuasakan undang-undang

Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah jenayah. Rondaan berkala yang lebih kerap harus dilakukan terutamanya di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan jenayah. Umumnya, polis yang cekap bermaksud kawasan perumahan yang selamat dan aman