geografi (morfologi)
Transcript of geografi (morfologi)
APA ITU GEOMORFOLOGI??
Kajian tentang proses-proses yang berlaku secara semulajadi ke atas fizikal daratan & lautan.
geo-bumi
morphe-bentuk
logos-kajian
PROSES GEOMORFOLOGI
Merangkumi semua proses fizikal,kimia & biologi (membentuk,memperkembang dan mengubah bentuk muka bumi)
Boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
a)endogenik
b)eksogenik
Endogenik
proses yang berpunca dari dalam bumi
menghasilkan bentuk muka bumi
Contoh: pergerakan tetonik,lipatan kerak bumi,gunung
berapi dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan.
Eksogenik
proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi. mengukir dan mengubah bentuk muka bumi
contoh:proses luluhawa,hakisan, pengangkutan,pemendapan dan gerakan jisim.
Lapisan yang paling penting pengaruhi pergerakan dalaman bumi ialah astenosfera.
terdiri daripada cairan batu yang amat
panas.
boleh menyebabkan wujud tenaga haba
yang tinggi.
arus-arus perolakan yang boleh mengerak-
kan lapisan kerak bumi.
Daratan atau benua 29%
keluasan di hemisfera utara 39.4%
keluasan di hemisfera selatan 18.6%
Lautan 71%
Taburan ini akan menjadi apabila diperincikan.
Benua utama:
Eurasia termasuk Asia dan Eropah,benua Afrika,benua Amerika
Utara,Amerika Selatan,benua Antartika dan benua Australia.
Lautan utama:
Lautan Atlantik,Lautan Pasifik,Lautan Hindi dan Lautan Artik.
Saiz daratan dan lautan adalah berbeza-beza (ikut saiz keluasan dan purata kedalamannya.
Taburan benua berhampiran dengan khatulistiwa adalah hampir sama luas.
Di sebelah utara dan selatan khatulistiwa saiznya berbeza
Kepulauan juga mempunyai saiz yang berbeza.
Kira-kira 31% daripada pulau-pulau yang ada di dunia bersaiz
besar melebihi 25 000 kilometer persegi dan majoriti pulau
adalah bersaiz kurang daripada 2500 kilometer persegi
STRUKTUR BUMI
Lapisan kerak bumi
Ketebalan berbeza-beza.
bawah laut (4.8 km)
benua (64.3 km)
Bawah laut lapisannya lebih padat berbanding dengan lapisan
kerak bumi di benua.
Kerak bumi terdiri daripada plat-plat yang bercantum seperti puzzle
Plat-plat ini sentiasa bergerak sedikit demi sedikit.
Pergerakan plat-plat kerak bumi akan mewujudkan fenomena
gempa bumi serta gunung berapi.
Litosfera (kerak bumi) ialah lapisan paling luar.
Sial (kerak benua)
ketebalan: 25-70 km
kaya dengan silika dan aluminium
Sima ( kerak lautan )
ketebalan: 5 -10 km
kaya dengan magnesium dan ferum.
Mantel
Lapisan ke 2 yang membekalkan tenaga endogenik bumi yang menjadi punca berlakunya gempa bumi,gunung berapi dll
gerakan tektonik.
meliputi 82% daripada isi padu bumi ,dan berasaskan jisim 68 %
daripada bumi.
lebih tumpat berbanding lapisan kerak bumi.
dipisahkan dari lapisan kerak bumi oleh ketakselanjaran
Mohorovicic.
terdiri daripada batuan bersifat separa cair dan likat ( suhu sangat
panas)
ketebalan 2 830 km.
terdapat zon batuan separa cair ( astenosfera )
berlakunya arus-arus perolakan yang panas yang hasilkan
tenaga haba yang tinggi.
BATUAN IGNEUS
terbentuk melaluI proses penyejukan dan pembekuan magma
2 jenis:
igneus rejahan ( magma yang membeku dalam lapisan
kerak bumi.
igneus terobosan ( magma yang membeku di
permukaan bumi )
CIRI-CIRI BATUAN REJAHAN
CONTOH
WARNA KANDUN-GANMINERAL UTAMA
TEKSTUR
ASID/BES
BENTUK MUKA BUMI
CONTOH KAWASAN
granit cerah Feldspar,Kuartza & mika
kasar asid Kubah kelupasa,Tanah tinggi,Banjaran gunung
Banjaran titiwangsa,gunung ledang
gabro gelap Feldspar,Piroksin &olivin
kasar bes Daik &Lereng curam
Gunung Sematan,sarawak
CIRI-CIRI BATUAN IGNEUS TEROBOSAN
CONTOH
WARNA KANDUN-GAN ,MINERAL UTAMA
TEKSTUR
ASID/BES
BENTUKMUKA BUMI
CONTOHKAWASAN
basalt gelap Piroksin,Feldspar & olivin
halus bes Daik &Lereng curam
Tawau,Pulau jawa,PulauHawaii
obsidian gelap feldspar berkaca asid Lereng curam
Taman Negara Yellow Stone,USA
pumis cerah feldspar berkaca bes Tanahtinggi
Kawasan gunung berapi
BATUAN ENAPAN
berbentuk berlapis-lapis.
melituputi 75% daripada tanah daratan Bumi, dan termasuk jenis biasa seperti kapur, batu kapur, dolomit, batu pasir dan syal.
terbentuk akibat tekanan litostatik kerana zarah-zarah endapan dilonggokkan oleh udara, air batu, angin atau aliran air yang membawa zarah-zarah yang terapung
Batuan enapan mendap dalam bentuk lapisan yang dipanggil strata
Setiap lapisan baru akan mendap secara mendatar di atas lapisan lama dalam satu proses yang dipanggil "pertindihan".
Biasanya terdapat celah antara lapisan yang dipanggil ketakselanjaran. Ini mewakili sela masa yang tiada mendapan baru, ataupun apabila lapisan endapan lebih tinggi dari aras laut dan terhakis
mengandungi fosil, tinggalan tumbuhan dan haiwan lama yang terawet
memelihara fosil kerana ia terbentuk pada suhu dan tekanan yang tidak menghancurkan saki-baki fosil, tidak seperti batu igneus atau metamorf
meliputi kawasan yang luas pada benua kerak Bumi.
namun peratusan batuan enapan sebenarnya cuma lima peratus. Selebihnya, di bawah lapisan batuan enapan yang nipis ini, adalah batu igneus dan metamorf.
CIRI-CIRI BATUAN ENAPAN
CONTOH KOMPOSISI BENTUK MUKA BUMI
KAWASAN
konglemerat Kerakal,kelikir,batu tongkol
Permatang & gunung
Pulau Redang
Batu pasir pasir Tebing tinggi & daratan tinggi
Pulau Langkawi
syal lempung Cerun landai,lembah & tanah pamah
Pulau Langkawi
JENIS KLASTIK
CONTOH KOMPOSISI BENTUK MUKA BUMI
KAWASAN
Batu kapur Kalsit dari sisa haiwan
Landskap Karst Lembah Kinta & Sekitar Ipoh,Perak
Batu arang Fosil tumbuhan Tanah Pamah,pinggir laut
Batu Arang,Selangor & Pahang
JENIS ORGANIK
Dua jenis batu enapan: limey shale dilapis dengan batu kapur. Dataran Cumberland, Tennessee.
CONTOH KOMPOSISI BENTUK MUKA BUMI
KAWASAN
Batu garam halit Tasik-tasik cetek
Laut mati
Batu gipsum gipsum Habsyah,Afrika & New Mexico
JENIS KIMIA
BATUAN METAMORFOSIS
batuan jelmaan yang mungkin berasal dari batuan igneus/enapan.
amat keras,bersinar-sinar,cantik & amat menarik
2 jenis:
batuan berjalur susunan mineral berlapis-lapis secara
selari
batuan tidak tidak mempunyai lapisan
berjalur
CIRI-CIRI BATUAN METAMOFOSIS
JENIS TEKSTUR BATUAN ASAL
BENTUK MUKA BUMI
KAWASAN
syis Sederhana kasar
Slat,bsalt,granit
Tanah tinggi & permatang
Rutland ,Vermont
gneisi kasar granit Tanah tinggi Carolina Utara,USA
Batu marmar
kasar Batu kapur Tanah pamah & bukit
Pulau Langkawi
kaurzit Sederhana besar
Batu pasir Bukit sisa Utah
CONTOH BATUAN METAMORFOSIS YANG LAIN & CIRI-CIRINYA
Batu Loh (slate)
berbijian halus
gred rendah
suhu pembentukan antara 200c-400c.
terhasil daripada metamorfisme batu lumpur (mud stone),syal /
batu kelodak (siltstone)
ira tersusun selari dengan paksi rataan.
Amfibolit
berbijian sederhana kasar
kaya dengan batu plagio
dihasilkan oleh metamorfisme batuan igneus yang bergred
sederhana tinggi
PROSES PEMBENTUKAN BATUAN
BATUAN IGNEUS
proses penyejukan & pembekuan magma yang cair dan panas.
magma ini boleh memejal dalam rekahan kerak bumi.
apabila magma keluar dari kerak bumi dan membeku di dalam lapisan kerak bumi ( igneus rejahan )
apabila magma keluar dari perut bumi dan membeku di permukaan
bumi (igneus terobosan )
BATUAN ENAPAN
proses simentasi & mampatan bahan mendapan (sideman) serta
fosil.
terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air men-
galir,ais dan angin.
bahan-bahan enapan : lumpur,pasir,kerikil,kulit kerang,sisa
tumbuhan dan haiwan yang telah mati (fosil )
2 proses pembentukan batuan ialah proses pemadatan dan pen-
yimenan.
BATUAN METAMORFOSIS
berasal dari batu igneus & batu enapan
lebih keras dan stabil berbanding batu igneus & batu enapan
perubahan tekanan & suhu yang dialami oleh batu enapan dan
batu igneus semasa gerakan tektonik dalam bumi. (tinggi)
.
LIPATAN KERAK BUMI
Bentuk alunan yang ada pada batuan kerak bumi
Kebanyakkan lipatan berlaku pada batuan yang berlapis-lapis/batu enapan.
Berlaku akibat adanya daya mampatan & tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara plat-plat tetonik.
Wujud daya tolakan dari arah kiri dan kanan lapisan kerak bumi yang asalnya mendatar.
Proses lipatan dipengaruhi oleh tarikan graviti.
Daya tektonik mampu melipatkan lapisan kerak bumi (2 proses)
Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi dan proses mampatan secara mendatar.
Lipatan kerak bumi/proses orogenesis: Antiklin atau lintap mungkum
Sinklin atau lintap lendut
Lipatan tegak lipatan miring lipatan reba lipatan menggantung lipatan isoklin lipatan kelopak
––––––
GELINCIRAN
Retakan pada kerak bumi atau blok batuan dari tempat asalnya (mendatar atau menegak) akibat kesan daya tegangan dan mampatan yang bertindak terhadap lapisan kerak bumi.
3 jenis: Sesar biasa
berlaku apabila daya-daya tegangan yang menarik kerak bumi
atau blok batuan atau daya-daya yang menolak kerak bumi dari
bawah.
hasilkan cerun sesar yang curam dan lurus dan ketinggiannya
berbeza-beza.
Sesar songsang
daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok
batuan dari 2 arah yang bertentangan.
dikenali sesar julang.
terdapat di kawasan-kawasan pergunungan yang besar-besar.
Sesar rabak
daya mampatan dan tegangan yang dikenakan ke atas lapisan
kerak bumi.
berlaku secara mendatar
tidak wujudnya cerun dan tidak terdapat gangguan di atas
lapisan batunya.
contoh:gelinciran San Andreas(California),gelinciran Great Glen
(Scotland)
GUNUNG BERAPI
Bukaan atau rekahan pada permukaan bumi /kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi.
Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung
Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri.
Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas).
boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai.
gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.
Gunung berapi:
1. Kamar magma besar2. Batu dasar3. Penyalur (Conduit)4. Asas5. Sill6. Paip cabang7. Lapisan abu dari gunung berapi8. Sisi
9. Lapisan lava dari gunung berapi10. Tengkuk11. Kon parasit12. Aliran lava13. Bukaan14. Kawah15. Kepulan abu