Geografi Petempatan

38
PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI KAMPUNG LUAK, MIRI DAN PERBANDINGANNYA DENGAN BANGKOK THAILAND 1 | MukaSurat

Transcript of Geografi Petempatan

Page 1: Geografi Petempatan

PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI

KAMPUNG LUAK, MIRI DAN

PERBANDINGANNYA DENGAN BANGKOK

THAILAND

1 | M u k a S u r a t

Page 2: Geografi Petempatan

Tajuk Muka Surat

Tajuk Kajian 1

Senarai Kandungan 2

Penghargaan 3 - 5

Pendahuluan 6 - 7

Objektif Kajian 8 - 9

Kawasan Kajian 10 - 15

Kaedah Kajian 16 - 17

Dapatan Kajian

Jenis dan Pola Petempatan

Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

Fungsi Petempatan

Masalah petempatan

Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

18 - 29

Rumusan 30 - 32

Lampiran 33 - 37

Rujukan 38

2 | M u k a S u r a t

Page 3: Geografi Petempatan

3 | M u k a S u r a t

Page 4: Geografi Petempatan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya

dapat juga menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya juga dapat menyiapkannya tanpa sebarang

masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan Kerja Kursus

Geografi (KKG) ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik

Koh Chee Kiat kerana membenarkan saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Dan

guru geografi saya, Cikgu Lau Li Li yang telah banyak membimbing, tunjuk ajar serta

panduan ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa dan juga abang-

abang saya yang banyak memberi dorongan, sokongan dan galakan sepanjang saya

menjalankan kajian ini. Tanpa keizinan mereka juga, tidak dapatlah saya menyiapkan

kerja kursus ini dengan sempurna.

Tidak ketinggalan juga kepada kawan-kawan saya dari kelas 3 KRK yang

banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Tanpa

pertolongan dan kerjasama mereka, sudah pasti saya tidak dapat mencari beberapa

responden dalam kawasan kajian saya.

4 | M u k a S u r a t

Page 5: Geografi Petempatan

Selain itu, tidak lupa juga kepada para responden yang juga merupakan

penduduk kampung yang sudi memberi dan berkongsi maklumat serta memberi

komited ketika kajian dilakukan.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada orang-orang sumber yang juga

memberikan maklumat terpenting dalam menjayakan kajian ini iaitu, terdiri daripada

penghulu kampung, Encik Haji Awang Hamdan dan juga penduduk Kampung Luak.

5 | M u k a S u r a t

Page 6: Geografi Petempatan

6 | M u k a S u r a t

Page 7: Geografi Petempatan

Saya, Nur Syahida Binti Ispawi, calon PMR 2009 dari kelas 3KRK yang

bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Luak telah diberikan tugasan oleh guru

geografi untuk menjalankan kajian tentang petempatan dan perkembangannya di

Kampung Luak, Miri dan perbandingannya dengan negara lain, iaitu Bangkok,

Thailand.

Tujuan saya memilih Kampung Luak ini sebagai kawasan kajian saya kerana

ia merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ini memudahkan saya untuk mencari

maklumat tentang kawasan kajian saya. Dalam pada masa yang sama, Kampung Luak

juga mempunyai banyak tarikan dan keunikannya tersendiri.

Saya telah menemu ramah seramai 20 orang responden yang terpilih untuk

mendapatkan maklumat terkini tentang fungsi petempatan, masalah yang dihadapi dan

cadangan untuk mengatasinya dan kesemua mereka telah memberi kerjasama yang

baik kepada saya.

Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja

bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Semua data dan maklumat yang

dipilih telah direkod. Tempoh untuk saya menyiapkan kajian ini adalah lebih kurang 6

minggu.

7 | M u k a S u r a t

Page 8: Geografi Petempatan

8 | M u k a S u r a t

Page 9: Geografi Petempatan

Objektif kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih

lanjut tentang kawasan kajian saya iaitu Kampung Luak, Miri dan negara yang

dibandingkan, iaitu Bangkok, Thailand tentang perkara seperti yang berikut:

1. Mengkaji jenis dan pola petempatan.

2. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian dari

segi ekonomi, sosial dan politik.

3. Mengetahui fungsi petempatan di kawasan kajian.

4. Dapat mengetahui masalah petempatan yang berlaku di kawasan kajian saya.

5. Menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.

6. Dapat menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Saya sangat berbangga dan amat menghargai peluang untuk mengkaji tentang

jenis dan pola petempatan yang terdapat di Kampung Luak dan mengetahui tentang

masalah petempatan di Bangkok, Thailand dengan lebih lanjut lagi.

9 | M u k a S u r a t

Page 10: Geografi Petempatan

10 | M u k a S u r a t

Page 11: Geografi Petempatan

11 | M u k a S u r a t

Page 12: Geografi Petempatan

12 | M u k a S u r a t

Page 13: Geografi Petempatan

Kawasan kajian yang saya kaji adalah di Kampung Luak yang merupakan

kawasan tempat tinggal saya. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga saya untuk

mencari maklumat yang diperlukan. Saya juga telah memilih Bangkok, Thailand

untuk membandingkannya dengan kawasan kajian kerana banyak maklumat tentang

petempatan di Bangkok.

Mengikut cerita penduduk kampung, Kampung Luak ini adalah sebuah hutan.

Oleh kerana bentuk fizikal persekitaran di kampung ini amat strategik kerana terletak

berdekatan dengan laut. Oleh itu, petempatan pun terjadi. Nama kampung ini berasal

dari bentuk fizikal yang berbentuk luak kerana kampung ini terletak dipinggir laut.

Kampung luak terletak barat laut pusat bandaraya Miri. Luas kawasan kajian

ini ialah 1 km persegi. Jaraknya pula 4 km dari pusat bandar raya Miri. Kampung ini

mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Iklim di kawasan kajian ialah panas

dan lembap sepanjang tahun.

Bandar Bangkok, Thailand dalam bahasa Thailand ialah Krung Thep atau

Krung Thep Maha Nakhon. Bandar Bangkok adalah ibu kota dan kota terbesar di

Thailand. Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand.

Bangkok adalah salah satu kota yang berkembang dengan pesat, dengan ekonomi

yang baik dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara. Kota ini sedang

berkembang menjadi pusat regional yang dapat menyaingi Singapura dan Hong Kong,

namun masih mempunyai masalah dalam sektor infrastruktur dan sosial sebagai

13 | M u k a S u r a t

Page 14: Geografi Petempatan

akibat perkembangannya yang pesat. Kota ini juga telah dicatat sebagai salah satu

kota di dunia yang semakin maju dengan penambahan bangunan pencakar langit.

14 | M u k a S u r a t

Page 15: Geografi Petempatan

15 | M u k a S u r a t

Page 16: Geografi Petempatan

16 | M u k a S u r a t

BANGKOK

Page 17: Geografi Petempatan

17 | M u k a S u r a t

Page 18: Geografi Petempatan

Saya telah menggunakan beberapa kaedah semasa menjalankan kajian ini iaitu:

Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan secara keseluruhan di persekitaran Kampung Luak.

Pemerhatian saya banyak tertumpu pada susunan rumah, kegiatan ekonomi,

kemudahan sosial dan pentadbiran yang terdapat di kampung ini.

Temu Bual :

Saya telah menemu bual 3 orang responden. Kebanyakan responden ini terdiri

daripada penduduk Kampung Luak yang terdiri dari pelbagai kaum.

Soal Selidik :

Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik dengan menggunakan borang soal

selidik untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kawasan kajian. Seramai 20

orang responden disoal untuk mengetahui pendapat mereka terhadap petempatan di

Kampung Luak, Miri. Contoh borang soal selidik terdapat di bahagian lampiran.

Kaedah Rujukan :

Saya telah merujuk dalam internet dan juga contoh folio pelajar PMR pada tahun

lepas yang diberikan oleh guru geografi saya.

18 | M u k a S u r a t

Page 19: Geografi Petempatan

19 | M u k a S u r a t

Page 20: Geografi Petempatan

JENIS DAN POLA PETEMPATAN

Jenis petempatan di kawasan kajian saya iaitu, Kampung Luak adalah

kampung dan kampung ini terletak di dalam kawasan bandar. Kampung Luak

terbahagi kepada dua iaitu Kampung Luak Lama dan Kampung Luak Baru. Pola

petempatannya pula adalah berjajar. Ini kerana susun atur rumah dibina secara rapat-

rapat dan selari di sepanjang jalan.

Selain itu, jenis petempatan di Bangkok pula adalah bandar sama seperti di

kawasan kajian saya. Ini kerana bilangan penduduk yang melebihi 10 000 orang dan

kepadatan penduduk yang tinggi. Dari sudut pemerhatian saya, pola petempatan yang

terdapat di Bangkok ialah berpusat. Ini dapat dilihat kebanyakan rumah yang dibina

secara rapat-rapat antara yang lain dan rumah dihubungkan dengan jalan raya bagi

memudahkan penduduk melakukan aktiviti harian.

Saya berasa sangat bersyukur kerana petempatan di Kampung Luak tidak

sepadat seperti di Bangkok. Ini kerana negara kita masih boleh lagi menampung

rakyat yang ramai. Kepadatan penduduk seperti di Bangkok boleh menyebabkan

berlakunya bermacam-macam masalah seperti sering berlaku kemalangan jalan raya.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

20 | M u k a S u r a t

Page 21: Geografi Petempatan

Seperti yang kita ketahui, Kampung Luak merupakan kawasan yang strategik

untuk membina sebuah petempatan. Ini kerana terdapat banyak faktor yang

mempengaruhi petempatan di kampung ini.

Antara faktor utama ialah bentuk muka bumi. Ini kerana sekitar tanah kawasan

Kampung Luak ialah tanah pamah. Selalunya, kawasan tanah pamah pasti akan

menjadi kawasan tumpuan manusia untuk membuat petempatan baru kerana keadaan

tanahnya yang rata dan subur. Selain itu, Kampung Luak juga terletak dipinggir laut.

Ini juga salah satu faktor yang mampu menarik minat penduduk. Ini kerana laut

adalah sumber yang terpenting bagi penduduk untuk kegunaan makanan, berniaga dan

keperluan harian.

Bagi bentuk bumi di Bangkok pula ialah terdapat sebuah sungai Chao Phraya

yang menjadi tumpuan penduduk untuk membina kediaman di sana. Ini kerana sungai

Chao Phraya mempunyai daya tarikan untuk penduduk melakukan aktiviti bersawah

padi dan sungai ini menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Pada zaman

dahulu sungai ini juga menjadi tempat pelabuhan kepada semua pedagang. Selain itu,

terdapat sebuah Pasar Terapung yang menjadi tarikan kerana keunikannya.

Setiap petempatan sudah pasti mempunyai kegiatan ekonomi. Ini juga salah

satu faktor yang mempengaruhi petempatan di Kampung Luak, Miri. Kegiatan

ekonomi yang dijalankan di kampung ini seperti perniagaan, perikanan dan

perkhidmatan. Ketiga-tiga jenis kegiatan ekonomi ini antara yang paling terkenal. 21 | M u k a S u r a t

Page 22: Geografi Petempatan

Jika dibandingkan dengan Bangkok, keadaan ini amat jauh berbeza. Faktor

yang mempengaruhi petempatan di Bangkok, Thailand adalah disebabkan oleh faktor

sejarah dan lokasinya yang sesuai dengan perlabuhan. Ini kerana Bangkok

berhampiran dengan sungai yang dipanggil sungai Chao Phraya iaitu laluan ke

perlabuhan di Bangkok.

Sejarah yang pernah berlaku di Bangkok telah menjadi tarikan kepada

penduduk untuk menetap di Bangkok. Contohnya, Bangkok adalah sebuah pusat

perdagangan yang kecil semasa dibawah pengaruh Ayutthaya, ibu kota Siam yang

lama. Banyak bangunan bersejarah yang terdapat di Bangkok dan masih dikekalkan

keaslian seni binanya. Banyak bangunan bersejarah yang terdapat di Bangkok dan

masih dikekalkan keaslian seni binanya.ramai penduduk menetap di Bangkok kerana

mudah untuk mereka mencari kerja kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang

mempunyai kaitan dengan syarikat perkapalan.

22 | M u k a S u r a t

Page 23: Geografi Petempatan

FUNGSI PETEMPATAN

Fungsi petempatan terbahagi kepada tiga iaitu fungsi ekonomi, sosial dan

politik. Fungsi petempatan di Kampung Luak dari segi ekonomi ialah perniagaan.

Aktiviti seperti nelayan merupakan kegiatan utama bagi penduduk di Kampung Luak.

Selain itu, terdapat 3 buah kedai runcit kecil-kecilan iaitu GK Supermarket, Siang Joo

dan Luak Mini Market serta 2 buah gerai seperti Restoran Seng Kee dan Restoran

Kampung Luak. Oleh kerana itu, penduduk dikampung tidak perlu pergi ke bandar

untuk membeli kelengkapan barang harian kerana kampung ini telah tersedia kedai

runcit yang menjual barangan dapur dan lain-lain. Pada awal-awal pagi dan petang,

gerai menjual kuih-muih akan dibuka supaya penduduk Kampung Luak dapat

membeli sarapan pagi dan juga untuk makanan minum petang.

23 | M u k a S u r a t

POLITIK

Pusat pentadbiran

SOSIAL

Kemudahan asas

EKONOMI

Perniagaan

FUNGSI PETEMPATAN

PETA MINDA FUNGSI PETEMPATAN

Page 24: Geografi Petempatan

Dari segi fungsi sosial pula, saya dapati kampung ini terdapat 4 buah sekolah

iaitu Tadika, Sedidik, SK Kampung Luak dan SMK Luak. Keempat-empat sekolah ini

menyediakan pendidikan awal kepada pelajar yang bersekolah di sekitar ini untuk

melanjutkan pelajaran ke Universiti. Oleh kerana penduduk di sini kebanyakannya

beragama Islam, sebuah masjid telah dibina untuk penduduk di sini bagi melakukan

aktiviti keagamaan seperti semasa Hari Raya Korban. Dewan serbaguna juga dibina

kerana tempat ini menjadi tempat perkumpulan penduduk untuk membuat majlis bagi

mengeratkan silaturahim atau sebagai tempat mesyuarat AJK.

Fungsi petempatan dari sudut politik pula ialah kampung ini mempunyai

seorang ketua kampung iaitu Encik Abang Hj Hamdan dan juga AJK. Tanpa mereka,

kampung ini tidak akan menjadi sebuah kampung yang akan dihormati oleh orang

ramai. Ini kerana sistem politik yang digunakan adalah terancang dan sentiasa dalam

keadaan yang baik untuk memajukan kampung ini menjadi sebuah kampung yang

aman dan damai.

Bagi di negara perbandingan saya pula, Bangkok hanya terdapat 2 fungsi

petempatan yang saya dapat kenal pasti iaitu Bangkok merupakan pusat pentadbiran.

Ini kerana Bangkok merupakan salah satu daripada 76 wilayah di Thailand. Bangkok

menjadi sebuah negara yang maju dengan pesat kerana sistem pentadbiran yang

digunakan adalah tersusun dan juga terancang.

24 | M u k a S u r a t

Page 25: Geografi Petempatan

Selain itu, Fungsi ekonomi yang terdapat di Bangkok lebih kepada pusat

perkhidmatan dan juga perindustrian. Pusat perkhidmatan seperti industri

perlancongan merupakan salah satu sumber pendapatan terpenting kepada Bangkok.

Ini kerana Bangkok masih lagi memiliki beberapa kuil yang terkenal seperti Wat Pho

dan Wat Arun. Khaosan Road yang berdekatan dengan kompleks Istana Agung juga

destinasi yang popular di kalangan pelancong-pelancong muda.

Tempat makanan yang proses, kayu balak dan testil merupakan barangan

ekspot yang utama di Bangkok. Terdapat banyak kilang-kilang perindustrian seperti

kilang mengisar padi, kilang simen, loji pembersihan minyak dan lain-lain yang

terletak dikawasan bandar. Bangkok juga merupakan bandar yang terkenal dengan

barangan kemas, pelbagai barang perak dan gangsa yang boleh dijual dan dibeli.

Justeru itu, kita sepatutnya berbangga kerana mempunyai fungsi petempatan

yang lengkap dan setaraf dengan petempatan di Bangkok. Kita mempunyai fungsi

yang lengkap dalam Politik, Sosial dan juga Ekonomi.

25 | M u k a S u r a t

Page 26: Geografi Petempatan

BILANGAN FUNGSI PETEMPATAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG LUAK, MIRI

Aktviti \ Fungsi Ekonomi Sosial Politik Jumlah

Kedai Runcit III 3

Gerai Makan II 2

Gerai Kuih-Muih IIII II 7

Tadika / Sedidik II 2

Sekolah II 2

Masjid I 1

Pentadbiran (Ketua kampung)

I 1

Dewan Serbaguna I 1

NelayanIIII IIII IIII

IIII III23

FUNGSI PETEMPATAN DI KAMPUNG LUAK

26 | M u k a S u r a t

Page 27: Geografi Petempatan

MASALAH PETEMPATAN

Di Kampung Luak terdapat beberapa masalah yang saya telah kenal pasti

melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh 20 orang responden di Kampung

Luak. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung ini ialah masalah

perparitan. Masalah ini terjadi kerana banyak longkang yang tersumbat akibat

sampah-sarap yang dibuang merata-rata tempat mengakibatkan terjadinya banjir di

sesuatu tempat dan juga memperdalamkan lagi. AJK Kampung disini kurang memberi

perhatian terhadap masalah yang dihadapi dan menganggap masalah ini kurang

penting.

Selain itu, terdapat banyak aduan tentang laluan perjalanan pelajar sekolah

menengah untuk pergi ke sekolah. Ini kerana setiap pagi, pelajar terpaksa berjalan di

tepi jalan raya untuk pergi ke sekolah. Ini amat membahayakan keselamatan pelajar

kerana banyak kereta yang menggunakan laluan ini. Jika perkara ini tidak diberi

27 | M u k a S u r a t

Carta pai Fungsi Petempatan di kampung Luak

Page 28: Geografi Petempatan

tindakan segera, kemungkinan akan berlaku kemalangan akibat kecuaian pihak

kampung sendiri juga.

Berlainan pula dengan masalah petempatan yang berlaku di Bangkok,

Thailand. Oleh kerana penduduk di Bangkok adalah padat, kesesakan lalu lintas

sering kali berlaku. Kesesakan lalu lintas ini menjadikan aktiviti penduduk di sini

menjadi lambat seperti pekerja tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan oleh

pihak atasan. Selain itu juga, masalah ini boleh meningkatkan jumlah kemalangan di

jalan raya.

Selain itu juga, Bangkok tidak mempunyai kawasan yang luas untuk membina

perumahan. Ini menyebabkan ramai yang merempat di tepi jalan, membina rumah

setinggan atau menumpang di rumah saudara-mara walaupun rumah yang kecil

kerana kawasan untuk membuat perumahan tidak mencukupi.

Setiap tempat sudah semestinya mempunyai masalah yang tersendiri seperti

Kampung Luak dan juga negara perbandingan iaitu Bangkok, Thailand. Sebagai

masyarakat yang prihatin, kita seharusnya peka dengan masalah yang sedang berlaku

dipersekitan kita supaya dapat bersama-sama memikirkan cara-cara untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, kita perlu bekerjasama dan

berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak akan berlarutan.

LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN

28 | M u k a S u r a t

Page 29: Geografi Petempatan

Bagi langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan yang dihadapi oleh

penduduk di Kampung Luak bagi masalah perparitan dan juga masalah laluan pelajar

sekolah menengah ke sekolah. Untuk mengurangkan masalah perparitan yang

dihadapi di Kampung ini, pihak AJK kampung perlu membuat satu aktiviti bergotong-

royong bagi mengelakkan longkang tersumbat. Setiausaha kampung perlu menulis

surat kepada pihak yang terlibat dalam memperdalamkan lagi parit supaya masalah

banjir tidak lagi berlaku.

Selain itu, bagi masalah pelajar sekolah menengah pula, pihak kampung perlu

bersama-sama memohon kepada pihak JKR untuk membina sebuah lorong jalan kaki

supaya dapat mengelakkan sebarang kemalangan yang menimpa pelajar sekolah

berlaku.

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di Bangkok, pihak kerajaan perlu

memajukan sektor pengangkutan bas awam, “Sky Train” dan MRT. Ini dapat

mengurangkan penggunaan kereta persendirian yang banyak digunakan. Dalam pada

itu juga, pembinaan jalan raya atau lebuh raya dua tingkat juga dapat mengurangkan

masalah kesesakan lalu lintas.

Pihak kerajaan juga perlu memperbanyakkan pembinaan rumah yang

bertingkat seperti kondominium, rumah flat dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan

masalah kekurangan tempat tinggal kepada penduduk di Bangkok. Selain itu juga,

pihak kerajaan perlu memberi pinjaman kepada penduduk untuk atasi masalah 29 | M u k a S u r a t

Page 30: Geografi Petempatan

perumahan seperti program Baan Mangkong yang dianjurkan oleh Kerajaan Negara

Thailand.

Setiap permasalahan semestinya ada penyelasaian seperti masalah yang

dihadapi di Kampung Luak dan juga di Bangkok. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu

merasa bersyukur kerana kita dapat hidup dalam keadaan yang selesa, tidak seperti di

Bangkok yang sentiasa mengalami kepadatan penduduk sehingga sebahagian rakyat

di sana tidak mempunyai tempat tinggal.

30 | M u k a S u r a t

Page 31: Geografi Petempatan

31 | M u k a S u r a t

Page 32: Geografi Petempatan

Hasil dari kajian saya ini, saya mendapati jenis petempatan di Kampung Luak

ialah kampung. Pola petempatan di sini adalah sejajar kerana mempunyai penduduk

yang optimum. Ini juga kerana sistem politik yang digunakan di kampung ini adalah

terancang dan baik. Berlainan pula dengan Bangkok, jenis petempatan di Bangkok

adalah bandar dan pola petempatan di sana adalah berpusat kerana rumah dan

bangunan dibina secara rapat-rapat.

Selain itu juga, saya mendapati faktor yang mempengaruhi petempatan di

Kampung Luak kebanyakannya tertumpu pada bentuk muka bumi yang terdapat di

Kampung Luak. Ini kerana bentuk muka bumi yang terletak di pinggir laut, di mana

terdapat banyak sumber makanan. Tambahan juga, kawasan tanah sekitar Kampung

Luak ini adalah tanah pamah. Ini menjadi tumpuan kepada semua penduduk untuk

tinggal di sini kerana mempunyai tanah yang subur bagi memudahkan para penduduk

untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan.

Bagi di Bangkok pula, faktor yang mempengaruhi petempatan ialah terdapat

sungai Chao Phraya yang menjadi tumpuan penduduk untuk membina kediaman di

sana dan melakukan aktiviti pertanian. Selain itu juga, faktor sejarah dan lokasinya

yang sesuai dengan perlabuhan juga telah mempengaruhi fungsi petempatan.

Masalah yang sering berlaku di Kampung Luak ialah masalah perparitan.

Penduduk di sini telah mencadangkan melalui borang soal selidik iaitu melebarkan

dan mendalamkan parit. Bagi di Bangkok pula, masalah kepadatan penduduk yang 32 | M u k a S u r a t

Page 33: Geografi Petempatan

tidak mempunyai tempat tinggal dapat diatasi dengan pembinaan rumah yang

bertingkat seperti Kondominium.

Oleh itu, saya berasa bangga kerana dapat tinggal di Kampung Luak. Ini

kerana masalah yang dihadapi di kampung ini tidaklah seteruk di Bangkok yang

mengalami penduduk yang sangat padat sehinggakan penduduk di sana kurang selesa

dan juga ada sebahagiannya tidak mempunyai tempat tinggal.

33 | M u k a S u r a t

Page 34: Geografi Petempatan

34 | M u k a S u r a t

Page 35: Geografi Petempatan

35 | M u k a S u r a t

Menunjukkan pola petempatan di Bangkok, Thailand

Page 36: Geografi Petempatan

36 | M u k a S u r a t

Ini adalah satu antara cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang dihadapi di Bangkok

Pembangunan yang pesat di Bangkok

Page 37: Geografi Petempatan

37 | M u k a S u r a t

Page 38: Geografi Petempatan

38 | M u k a S u r a t

Page 39: Geografi Petempatan

http://geogarang.blogspot.com/2009/04/peta-petempatan-thailand.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok

Lim Jin Choon dan K.Ratnam, Geografi, 2006, Pan Asia Publications

Sdn.Bhd, ISBN 983-3237-10-X

39 | M u k a S u r a t